781-1514-1-sm

10
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 IBNU AMRU DALAM PROSES FOTOSINTESIS MELALUI PERMAINAN “MOFOSIS” Oleh : Muhammad Afham Bin Bidin, Badrul Muin Binti Muhamad Adam Jabatan Sains,IPG Kampus Dato` Razali Ismail [email protected] , [email protected] ABSTRAK Hasil refleksi PdP semasa praktikum mendapati bahawa tahap pencapaian peserta kajian yang telah dikenal pasti oleh pengkaji sangat lemah dalam tajuk proses fotosintesis dan dalam masa yang sama tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian terhadap proses PdP adalah tidak memberasangkan. Oleh itu, pengkaji telah merancang satu kaedah belajar sambil bermain. Permainan “MOFOSIS” merupakan satu kit pembelajaran secara bermain di mana murid akan memperoleh input dan output dalam satu masa yang sama. Seramai 6 orang murid telah dipilih secara bertujuan melalui hasil ujian TOV dan lembaran kerja yang dilaksanakan oleh murid, hasil tinjauan awal dapati keenam-enam peserta kajian ini merupakan murid yang memperoleh gred peratusan yang rendah serta mempunyai tingkah laku yang disruktif semasa proses P d P. Model yang digunakan sepanjang proses pelaksanaan kajian tindakan ini adalah Model Kemmis dan McTaggart (1988). Sepanjang pelaksanaan intervensi ini 4 instrumen telah digunakan oleh pengkaji iaitu Ujian Pra dan Pasca,lembaran peta minda,borang pemerhatian, dan borang soal selidik. Dapatan kajian diperoleh menunjukkan perubahan yang positif dari segi tingkah laku serta peningkatan kefahaman peserta kajian dalam tajuk proses fotosintesis. Antara kekuatan Permainan “MOFOSIS” ini adalah permainan ini dapat di menarik minat peserta kajian untuk belajar dan dalam masa yang sama mereka memperoleh input serta output semasa proses permainan ini dilaksanakan. Alat ini perlu ditambah baik supaya boleh dilaksanakan terhadap mata pelajaran dan tajuk yang berlainan di sekolah. Kata Kunci : meningkatkan, Permainan “MOFOSIS”, bermain,distruktif, input output REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada praktikum kali ini pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Kelas 4 Amru merupakan kelas kedua daripada 5 kelas yang terdiri daripada 35 orang murid , dari segi kognitif murid di dalam kelas ini mereka berada pada aras sederhana dan rendah dalam pencapaian akademik tetapi mereka sangat aktif seperti bercakap-cakap dan mengangu rakan lain semasa proses P&P berlangsung. Pertama kali pengkaji memasuki kelas ini, pengkaji memulakan sesi perkenalan bersama murid agar pengajaran akan datang berjalan lancar, pada pertama kali bersua kenal pandangan pertama saya terhadap murid kelas 4 Amru ini semua kelihatan baik dan ceria kerana mereka memberi respon yang baik terhadap soalan yang pengkaji ajukan.. Pengkaji telah memberikan tiga peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 1) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid dikehendaki belajar dan fokus pada pengajaran. 2) Murid hendaklah hormat pada guru. 3) Menjaga tingkah laku

Upload: kavithaa-sengalrayan

Post on 17-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sm

TRANSCRIPT

Page 1: 781-1514-1-SM

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 IBNU

AMRU DALAM PROSES FOTOSINTESIS MELALUI

PERMAINAN “MOFOSIS”

Oleh :

Muhammad Afham Bin Bidin, Badrul Muin Binti Muhamad Adam

Jabatan Sains,IPG Kampus Dato` Razali Ismail

[email protected] , [email protected]

ABSTRAK

Hasil refleksi PdP semasa praktikum mendapati bahawa tahap pencapaian

peserta kajian yang telah dikenal pasti oleh pengkaji sangat lemah dalam tajuk

proses fotosintesis dan dalam masa yang sama tingkah laku yang ditunjukkan

oleh peserta kajian terhadap proses PdP adalah tidak memberasangkan. Oleh

itu, pengkaji telah merancang satu kaedah belajar sambil bermain. Permainan

“MOFOSIS” merupakan satu kit pembelajaran secara bermain di mana murid

akan memperoleh input dan output dalam satu masa yang sama. Seramai 6

orang murid telah dipilih secara bertujuan melalui hasil ujian TOV dan

lembaran kerja yang dilaksanakan oleh murid, hasil tinjauan awal dapati

keenam-enam peserta kajian ini merupakan murid yang memperoleh gred

peratusan yang rendah serta mempunyai tingkah laku yang disruktif semasa

proses P d P. Model yang digunakan sepanjang proses pelaksanaan kajian

tindakan ini adalah Model Kemmis dan McTaggart (1988). Sepanjang

pelaksanaan intervensi ini 4 instrumen telah digunakan oleh pengkaji iaitu Ujian

Pra dan Pasca,lembaran peta minda,borang pemerhatian, dan borang soal

selidik. Dapatan kajian diperoleh menunjukkan perubahan yang positif dari segi

tingkah laku serta peningkatan kefahaman peserta kajian dalam tajuk proses

fotosintesis. Antara kekuatan Permainan “MOFOSIS” ini adalah permainan ini

dapat di menarik minat peserta kajian untuk belajar dan dalam masa yang sama

mereka memperoleh input serta output semasa proses permainan ini

dilaksanakan. Alat ini perlu ditambah baik supaya boleh dilaksanakan terhadap

mata pelajaran dan tajuk yang berlainan di sekolah.

Kata Kunci : meningkatkan, Permainan “MOFOSIS”, bermain,distruktif, input

output

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada praktikum kali ini pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal,

Kuala Terengganu. Kelas 4 Amru merupakan kelas kedua daripada 5 kelas yang terdiri

daripada 35 orang murid , dari segi kognitif murid di dalam kelas ini mereka berada pada aras

sederhana dan rendah dalam pencapaian akademik tetapi mereka sangat aktif seperti

bercakap-cakap dan mengangu rakan lain semasa proses P&P berlangsung. Pertama kali

pengkaji memasuki kelas ini, pengkaji memulakan sesi perkenalan bersama murid agar

pengajaran akan datang berjalan lancar, pada pertama kali bersua kenal pandangan pertama

saya terhadap murid kelas 4 Amru ini semua kelihatan baik dan ceria kerana mereka memberi

respon yang baik terhadap soalan yang pengkaji ajukan.. Pengkaji telah memberikan tiga

peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 1)

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid dikehendaki belajar dan fokus

pada pengajaran. 2) Murid hendaklah hormat pada guru. 3) Menjaga tingkah laku

Page 2: 781-1514-1-SM

murid. Peraturan diberikan kepada murid bertujuan agar mereka lebih berhati-hati dan

mempunyai satu garisan diantara pengkaji dan murid. Oleh itu, pengkaji bertindak tegas

sewaktu bersua kenal supaya mereka menjaga tingkah laku mereka dan saling memperingati

antara satu sama lain apabila sesi pengajaran seterusnya berlangsung.

Sewaktu sesi pengajaran pengkaji telah membuat perancangan seperti biasa dengan

menggunakan alat bantu mengajar seperti gambar dan kad imbasan pengajaran dibuat di

dalam makmal sains bertujuan agar murid biasa dengan keadaan makmal sains terutama

apabila beraktiviti. Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji

membahagikan murid mengikut kumpulan agar mereka mudah untuk beraktiviti dan juga

memudahkan guru untuk mengingati nama murid. Semasa proses pengajaran dan

pembelajaran bagi tajuk proses hidup tumbuhan bab 5 terutama bagi sub tajuk fotosintesis,

murid kelihatan terpinga-pinga dan menyoal rakan mereka apa yang dimaksudkan dengan

fotosintesis. Pengkaji mula menerangkan kepada murid tentang fotosintesis namun hasilnya

murid kelihatan tidak lagi memberi tumpuan kepada pengkaji. Keadaan ini menyebabkan

proses pengajaran dan pembelajaran terhenti kerana murid mula bercakap-cakap dan tidak

memberi perhatian, keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak faham proses fotosintesis

dan bosan dengan pembelajaran dengan kaedah biasa.

Pada pandangan pengkaji murid kelas 4 Amru merupakan murid yang aktif semasa proses

pengajaran dan pembelajaran, pemerhatian ini dapat dilihat apabila setiap kali pengkaji

membawa kelas ini memasuki makmal mereka sering menyoal pengkaji untuk melaksanakan

eksperimen. Selain itu, kaedah pengajaran secara teori dan 2 hala tidak dapat dilaksanakan

terhadap kelas ini disebabkan murid yang terlalu aktif untuk beraktiviti. Ada satu ketika murid

pernah mengatakan bosan kepada pengkaji kerana mereka tidak dapat melaksanakan aktiviti

semasa belajar, tetapi setiap pengajaran tidak semestinya dapat beraktiviti mungkin dengan

menggunakan kaedah lain mereka boleh belajar dengan lebih efisien.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah mengambil keputusan untuk

melaksanakan dan menyelidik satu pengajaran dengan menggunakan kaedah bermain bagi sub

tajuk fotosintesis. Ini kerana bermain merupakan satu lumrah dalam tumbesaran mereka,

sebagai pengkaji, saya mengambil peluang ini sebagai satu teknik dalam pengajaran saya

untuk mereka belajar sambil bermain, secara tidak langsung perkembangan dari segi kognitif

dapat dibentuk dan diuji supaya murid tahan lasak terhadap cabaran akan datang. Selain itu,

apabila murid bermain mereka akan lebih berkomunikasi antara satu sama lain dan bagi murid

yang pasif pula mereka akan lebih aktif apabila bermain. Secara tuntasnya, bermain semasa

belajar merupakan satu kaedah pengajaran yang berfokuskan murid selain dapat membentuk

peribadi murid dalam peraturan.

SOROTAN LITERATUR

Teori kostruktivisme juga merupakan satu teori yang membina pengetahuan atau konsep

secara aktif berasaskan pengetahuan yang diterima. Tokoh yang terkenal yang mempelopori

teori kostruktivisme ialah Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua

tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran sebagai aktiviti pembinaan mental yang

dicantumkan dengan maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam

menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea

dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur

otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam

pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan

tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.

Page 3: 781-1514-1-SM

Menurut Saayah Bt Abu (2005), belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.melalui teknik ini juga akan mendatangkan

keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak

disampaikan.

Lau (2009) menyatakan bahawa penggunaan kaedah bermain sambil belajar didapati berjaya

meningkatkan minat serta penglibatan peserta kajian dalam pembelajaran sains, sekali gus

meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran sains .Menurut Mok Soon Sang,

dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar

yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di

dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip

belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Beliau juga berpendapat

bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka

berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.

Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah bermain kaedah bermain adalah kaedah

pembelajaran yang mendekatkan diri murid kepada pengalaman sebenar secara langsung,

terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Berdasarkan kajian tindakan yang telah

dipelopori oleh Roslita Binti Ab Rahman (2008) dengan penyelidikannya Pengajaran Dan

Pembelajaran Menggunakan Modul Permainan Bagi Topik Enzim Dalam Subjek Biologi,

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan pencapaian keatas penggunaan modul

permainan dalam pengajaran topik enzim di kalangan pelajar tingkatan 4 dan mengenalpasti

persepsi penggunaan modul permainan dalam pengajaran topik enzim di kalangan pelajar

tingkatan 4. Selain itu, kajian yang telah dijalankan oleh Nur Hanis Binti Mohd Hatta (2009)

dengan penyelidikan beliau Keberkesanan Penggunaan Kaedah Bermain Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dilaksankan adalah untuk meningkatkan kefahahaman murid tahun 4

Ibnu Amru yang lemah dalam mata pelajaran sains bagi tajuk proses fotosintesis melaui

Permainan “MOFOSIS”

Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah :

1. Meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk proses fotosintesis dengan permainan

“MOFOSIS”

2. Murid dapat mengkonstruk peta minda bagi kata kunci dalam proses fotosintesis selepas

menggunakan permainan “MOFOSIS”

3. Meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran sains melalui permainan “MOFOSIS” .

Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan objektif

kajian tercapai, antaranya ialah:

1. Adakah permainan “MOFOSIS” dapat meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk

fotosintesis?

2. Bagaimanakah murid mengkonstruk peta minda selepas menggunakan permainan

“Mofosis” bagi kata kunci dalam proses fotosintesis ?

3. Adakah permainan “MOFOSIS” dapat membantu meningkatkan minat murid dalam

mata pelajaran sains ?

Page 4: 781-1514-1-SM

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini dilaksanakan terhadap murid tahun 4 Ibnu Amru yang mempunyai

masalah tingkah laku yang disruktif dan sukar untuk memberi tumpuan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. 6 orang peserta kajian yang terlibat di antaranya 3 lelaki dan 3

perempuan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan tinjauan awal pengkaji terhadap tingkah

laku dan tahap pencapaian peserta kajian. Pemerhatian tidak berstruktur,soal selidik,lembaran

kerja dan temu bual merupakan instrumen bagi mengesan masalah mereka.

Sepanjang pengumpulan data yang melibatkan permerhatian,pengkaji telah memilih kelas

yang sesuai untuk pengkaji menjalani kajian tindakan, pengkaji telah membuat pemerhatian

secara terperinci dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah diubah suai. Semasa

pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas 4 Amru pengkaji telah

memerhati segala tindak tanduk peserta kajian kemudian pengkaji telah mencatat segala

pemerhatian secara tidak berstruktur iaitu secara draf dan bebas.

Instrumen penelitian dokumen pengkaji telah menyediakan lembaran kerja, semasa

pembelajaran dan pengajaran berlangsung iaitu mengenai sub tajuk fotosintesis, pengkaji telah

menekankan bagi sub tajuk itu untuk mengenal pasti sejauh mana kekerapan kesalahan yang

dilakukan oleh responden.

Borang soal selidik digunakan untuk mengenal pasti sejauh mana minat murid terhadap

pembelajaran sains, kefahaman murid terhadap kaedah pengajaran sebelum intervensi

dilaksanakan. Hasil soal selidik akan di nilai melalui kaedah yang lebih sistematik untuk

memperoleh data yang lebih tepat dan mudah.

Instrumen temu bual yang dilaksanakan bersama Guru mata pelajaran sains sebelum

kehadiran pengkaji bagi kelas 4 Amru. Pengkaji telah menggunakan temu bual secara tidak

berstruktur untuk mendapatkan maklumat secara mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau

isu.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Model Kajian

Model yang pengkaji mengaplikasikan dalam kajian tindakan ini adalah model Kemmis dan

McTaggart (1988). Stephen Kemmis dan Robin Mctaggart (1988) telah memperkenalkan

pendekatan ini untuk menjalankan penyelidikan tindakan. Model Kemmis dan

McTaggart(1988), terdapat 4 elemen,iaitu i. Mereflek (reflect) ii. Merancang (plan) iii.

Bertindak (action) dan iv. Memerhati (observe).

i) Mereflek

Pengkaji telah melaksanakan satu proses pengumpulan data awal bagi mengenal pasti masalah

utama yang dihadapi oleh peserta kajian dengan menggunakan instrumen permerhatian (Nota

Page 5: 781-1514-1-SM

Lapangan). Setelah mengenal pasti masalah utama pengkaji membuat penelitian secara

dokumen iaitu lembaran kerja serta menghasilkan tinjauan berdasarkan soal selidik.

Berdasarkan masalah utama yang dihadapi oleh peserta kajian,pengkaji mendapati segelintir

murid tahun 4 Amru mempunyai masalah untuk memahami konsep fotosintesis serta mereka

juga sukar untuk memberi tumpuan semasa guru mengajar.

ii) Merancang

Perancangan awal yang telah dibuat ialah pengkaji telah memikirkan satu kaedah melalui

kaedah bermain sambil belajar untuk membantu murid mengingati fakta dan kata kunci dalam

pembelajaran sains serta meningkatkan kefahaman murid bagi proses fotosintesis. Kaedah

bermain yang terapkan kepada murid adalah satu kaedah bermain secara berstruktur, Oleh itu,

pengkaji telah mengambil satu permainan monopoli yang memerlukan dadu dan papan

permainan di mana peserta kajian perlu menjawab soalan pada setiap perhentian untuk

mendapatkan markah. Permainan ini memfokuskan tajuk proses fotosintesis bagi

meningkatkan kefahaman peserta kajian tentang fotosintesis.

iii) Bertindak

Setelah perancangan dibuat,pengkaji telah menghasil kan sebuah kit pembelajaran yang

dinamakan Permainan “MOFOSIS”. Permainan ini direka bertujuan untuk membantu

pengkaji untuk memahami konsep proses fotosintesis dengan menggunakan kaedah bermain

sambil belajar.

Sebelum Permainan ini atau intervensi ini dilaksanakan pengkaji perlulah memastikan tempat

pembelajaran yang dilaksanakan adalah selesa dan tidak menganggu sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Semasa intervensi ini diperkenalkan, pengkaji meminta peserta kajian untuk membuat 2

kumpulan, iaitu satu kumpulan mempunyai 3 orang peserta kajian. Seterusnya pengkaji

memperkenalkan kepada peserta kajian Permainan “MOFOSIS” tetapi peserta kajian perlu

mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pengkaji, ia bertujuan untuk mengawal

tingkah laku murid dan memastikan murid mendengar arahan guru semasa intervensi sedang

dijalankan. Selain itu,

Semasa intervensi ini dilaksanakan, pengkaji bertindak sebagai pembimbing serta hakim

kepada peserta kajian agar ketidakadilan tidak berlaku. Tambahan lagi dalam masa yang sama

pengkaji menggunakan pemerhatian berstruktur (Lampiran K) untuk menilai tingkah laku

peserta kajian semasa intervensi dilaksanakan. Permainan ini mengambil masa selama 30

minit untuk ditamatkan. Kumpulan yang dikira sebagai pemenang adalah berdasarkan kad

soalan yang berjaya dikumpul oleh setiap kumpulan.

Setelah tamatnya Permainan “MOFOSIS” pengkaji memberi masa kepada peserta kajian

untuk berehat dan dalam masa yang sama pengkaji menyoal peserta kajian tentang

pelaksanaan intervensi itu. Seterusnya, pengkaji mengagihkan satu lembaran kerja Peta Minda

kepada peserta kajian. Melalui lembaran kerja Peta Minda ini peserta kajian dikehendaki

membuat satu peta minda bertajuk proses fotosintesis selepas Permainan “MOFOSIS” tamat.

Peserta kajian diberi masa 10 minit untuk membuat peta minda sebelum dihantar kepada

pengkaji.

Langkah yang berikut ialah ,pengkaji mengedarkan ujian pasca untuk dijawab oleh peserta

kajian, ujian ini diberi kepada peserta kajian pada keesokan hari. Soalan bagi Ujian Pasca

adalah setara dengan Ujian Pra. Ini bertujuan untuk melihat kemampuan peserta kajian

mengingat fakta Sains serta mengenal pasti tahap kefahaman murid dalam tajuk proses

fotosintesis .

Langkah yang terakhir adalah pengkaji mengedarkan borang soal selidik untuk melihat sama

ada murid rasa seronok dan terhibur terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

Page 6: 781-1514-1-SM

dijalankan. Borang soal selidik mempunyai skala bagi setiap item dan setiap satu item

mempunyai penjelasan terperinci dalam borang soal selidik tersebut.

iv) Memerhati

Proses terakhir adalah pemantauan atau memerhati, pemantauan bertujuan untuk melihat

keberkesanan kaedah dan tindakan yang telah dijalankan untuk melihat sejauh mana masalah

yang dihadapi dapat diselesaikan. Oleh itu, sekiranya intervensi yang dilaksanakan adalah

gagal gelung kedua harus dimulakan semula untuk menambahbaik kajian tindakan ini. Namun

demikian intervensi yang dilaksankan ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

DAPATAN KAJIAN

i) Adakah Permainan “MOFOSIS” Dapat Meningkatkan Kefahaman Murid Dalam

Tajuk Fotosintesis?

Instrumen yang digunakan adalah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Kedua-dua instrumen ini

berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu Meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk

proses fotosintesis dengan permainan “MOFOSIS”. Dalam kajian ini 6 peserta kajian yang

terlibat telah menjawab Ujian Pra sebelum intervensi dilaksanakan manakala Ujian Pasca

selepas intervensi yang telah diaplikasikan kepada responden. Soalan ujian ini adalah sama di

antara Ujian Pra dan Ujian Pasca, ini bertujuan untuk memudahkan pengkaji menganalisis dan

mengkaji tahap kebolehan dan kefahaman peserta kajian terhadap tajuk proses fotosintesis.

Kedua-dua soalan ini merangkumi 20 soalan objektif dan 1 soalan struktur bergambar.

Selepas membuat semakan terhadap Ujian Pasca, pengkaji mula menganalisis perbezaan

jawapan dan markah responden terhadap Ujian Pos yang telah dijalankan tempoh hari.

Jadual 1:

Perbezaan Peratusan Ujian Pra dan Pasca

Ujian Pra Gred Pasca Gred

Markah/Peratus Markah Peratus

(%)

Markah Peratus

(%)

R1 10 34 D 22 75 B

R2 11 38 D 25 86 A

R3 6 21 D 17 59 C

Page 7: 781-1514-1-SM

R4 11 38 D 20 69 B

R5 10 34 D 18 62 B

R6 11 38 D 16 55 C

Jadual 1 menunjukkan perbezaan markah peserta kajian dalam dua siri ujian iaitu Ujian Pra

dan Ujian Pasca. Namun demikian jadual di atas jelas menunjukkan peningkatan markah

Ujian Pasca berbanding Ujian Pra, kesemua markah peserta kajian telah dianalisis dan

diilustrasikan dalam bentuk graf agar dapat memudahkan pengkaji serta pembaca meneliti

hasil kajian (Rajah 1).

Rajah 1 : Graf Perbandingan Ujian Pra dan Pasca

ii) Bagaimanakah Murid Mengkonstruk Peta Minda Selepas Menggunakan Permainan

“Mofosis” Bagi Kata Kunci Dalam Proses Fotosintesis? Tujuan instrumen ini di gunakan adalah untuk memastikan tahap kefahaman mereka terhadap

tajuk proses fotosintesis selepas pengkaji melaksanakan intervensi.

R1 R2 R3 R4 R5 R6

PRA 34% 38% 21% 38% 34% 38%

PASCA 75% 86% 59% 69% 62% 55%

0%10%20%30%40%50%60%70%80%90%

100%

Mar

kah

%

Perbandingan Peratus Ujian Pra dan Pasca

Page 8: 781-1514-1-SM

Rajah 2 : Hasil Kerja Lembaran Peta Minda Peserta Kajian

Gambar rajah 1 menunjukkan hasil kerja peserta kajian membuat peta minda selepas

intervensi di laksanakan. Sebelum memulakan intervensi dan penelitian dokumen ini,

pengkaji telah menerangkan kepada peserta kajian terlebih dahulu apa yang harus

dilaksanakan agar peserta kajian bersedia dari segi mental dan fizikal. Kemudian semasa

intervensi di jalankan pengkaji memastikan peserta kajian memperoleh input sebanyak

mungkin agar kata kunci untuk tajuk fotosintesis diterima dan difahami oleh peserta kajian.

Selepas intervensi dilaksanakan peserta kajian diagihkan helaian kertas kepada peserta kajian

untuk melukis dan membuat peta minda berdasarkan input yang diperoleh hasil Permainan

“MOFOSIS” iaitu intervensi yang di jalankan terhadap keenam-enam peserta kajian.

Namun demikian sepanjang pelaksanaan lembaran kerja ini rajah 2 menunjukkan hasil

pemerhatian terhadap tingkah laku peserta kajian sepanjang intervensi dan semasa lembaran

peta minda dilaksanankan.

Rajah 3 : Hasil pemerhatian tingkah laku

Pemerhatian ini menunjukkan tingkah laku peserta kajian terhadap tugasan yang diberi oleh

pengkaji selepas intervensi, seramai 4 orang peserta kajian memperoleh 60% daripada 100%

skan tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian semasa melaksanakan penelitian

dokumen peta minda manakala 2 orang peserta kajian memperoleh 80% daripada 100% skan

tingkah laku terhadap peserta kajian yang melaksanakan penelitian dokumen peta minda ini.

Oleh itu, dapatan ini menunjukkan majoriti peserta kajian memperoleh 60% ke atas skan

tingkah laku yang positif setelah melaksanakan intervensi

iii) Adakah Permainan “MOFOSIS” Dapat Membantu Meningkatkan Minat Murid

Dalam Mata Pelajaran Sains ?

Borang soal selidik ini bertujuan untuk menilai perubahan minat responden dalam pengajaran

proses fotosintesis sebelum menggunakan intervensi dan selepas intervensi dilaksanakan.

Bagi mendapat keputusan yang tepat dan keesahan yang tinggi pengkaji telah meneliti dan

berbincang terlebih dahulu bersama guru dan pensyarah pembimbing sebelum dilaksanakan

terhadap peserta kajian. Seterusnya pengkaji juga perlu memastikan peserta kajian benar-

Page 9: 781-1514-1-SM

benar bersedia untuk melaksanakan soal selidik ini agar keputusan yang diperoleh adalah sah.

Data yang dianalisis berdasarkan jawapan daripada peserta kajian sama ada ‘Ya’ atau ‘Tidak’

. Jadual 2 :

Minat Peserta Kajian Terhadap Mata Pengajaran Sains Sebelum Dan Selepas Intervensi

Bil. Item Sebelum

Intervensi

Selepas

Intervensi

Ya Tidak Ya Tidak

1. Saya meminati mata pelajaran sains 5

(83%)

1

(17%)

6

(100%)

0 (0%)

2. Mata pelajaran sains sangat

menyeronokkan

5

(83%)

1

(17%)

6

(100%)

0 (0%)

3. Tajuk fotosintesis merupakan tajuk

yang paling susah untuk faham

6

(100%)

0

(0%)

2

(33%)

4

(67%)

4. Saya rasa tajuk fotosintesis seronok

untuk dipelajari

5

(83%)

1

(1%)

5

(83%)

1

(17%)

5. Saya suka kaedah bermain yang guru

sains tunjukkan dalam pembelajaran

3

(50%)

3

(50%)

6

(100%)

0 (0%)

6. Saya mengantuk semasa proses

pengajaran berlangsung

6

(100%)

0

(0%)

0 (0%) 6

(100%)

7. Saya bersemangat sekiranya guru

menjalankan eksperimen atau

bermain sambil belajar

4

(67%)

2

(33%)

6

(100%)

0 (0%)

8. Saya sentiasa ingin terlibat dalam

pengajaran secara aktif

3

(50%)

3

(50%)

5

(83%)

1

(17%)

9. saya merasakan tajuk fotosintesis

sangat membosankan

4

(67%)

2

(33%)

0 (0%) 6

(100%)

10. Saya tidak suka cara yang guru

gunakan.

1

(17%)

5

(83%)

0 (0%) 6

(100%)

Jadual 2 menunjukkan minat peserta kajian terhadap mata pengajaran sains bagi tajuk proses

fotosintesis sebelum dan selepas intervensi. Secara keseluruhannya peningkatan yang

ditunjukkan oleh peserta kajian melalui instrumen ini adalah memberangsangkan. Maka

dengan itu, hasil yang ditunjukkan oleh peserta kajian menunjukkan bahawa Permainan

“MOFOSIS” yang dilaksanakan dapat menarik minat peserta kajian dalam tajuk proses

fotosintesis dengan menggunakan instrumen soal selidik.

Page 10: 781-1514-1-SM

KESIMPULAN

Secara tuntasnya intervensi yang dilaksanakan terhadap murid tahun 4 Ibnu Amru bagi mata

pelajaran sains terhadap proses fotosintesis menunjukkan keputusan yang positif di mana

peningkatan yang ketara dapat dilihat dalam dapatan kajian selepas intervensi dilaksanakan.

Sepanjang pelaksanaan intervensi, 6 orang peserta kajian telah dipilih secara bertujuan

berdasarkan tingkah laku dan hasil lembaran kerja bagi tajuk proses fotosintesis.Ppeserta

kajian ini telah didedahkan melalui pembelajaran sambil belajar di mana satu kaedah dan

inovasi yang telah dicipta oleh pengkaji untuk peserta kajian belajar sambil bermain.

Permainan “MOFOSIS” merupakan satu ciptaan yang direka berdasarkan permainan yang

sedia ada iaitu permainan Monopoli. Permainan ini menekankan pembelajaran kooperatif di

mana peserta kajian memperoleh input tentang proses fotosintesis dan dalam masa yang sama

menjawab soalan berkaitan proses fotosintesis (output). Oleh itu, intervensi yang telah

dilaksanakan ini adalah amat cemerlang sepanjang kajian tindakan ini dijalankan dan

sehubungan itu juga pengkaji berjaya meningkatkan kefahaman peserta kajian bagi tajuk

proses fotosintesis dan menambahbaik tingkah laku peserta kajian sewaktu proses pengajaran

dan pembelajaran.

Sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini pelbagai ilmu dan pengetahuan yang telah

diperoleh terutamanya dalam pelaksanaan intervensi yang melibatkan peserta kajian dan data-

data yang harus di analisis. Pelaksanaan kajian tindakan ini merupakan satu titik permulaan

bagi seseorang guru di mana ilmu yang diperoleh ini akan terus digunakan untuk

meningkatkan profesionalisme guru pada masa akan datang.

Sehubungan dengan itu juga intervensi ini memerlukan beberapa penambahbaikan untuk

diketengahkan kepada umum iaitu memperkenalkan intervensi ini kepada mata pelajaran lain

atau tajuk lain, menambah baik ciri-ciri fizikal intervensi ini agar lebih jelas untuk digunakan

dan melibatkan lebih ramai peserta kajian agar pembelajaran yang bermakna dapat diperolehi

oleh semua murid.

RUJUKAN

Christina Lau Chui Jin. (2012). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif

Permaian Panggil Nombor (NHT) Dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat di

Kuching. Jurnal Pendidikan, 210-222

Mok Soon Sang. (2004). Pedagogi untuk KDP,Semester 5. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Sdn Bhd.

Nur Hanis Bt Mohd Hatta. (2012). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Bermain Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4. Jurnal

Pendidikan, 34-44.

Phd. C.L(2008).Bab 4 Teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktivis.Murid dan Alam

Belajar Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun

(P.57).Shah Alam, Selangor.Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Roslita Bt AB Rahman. (2008). Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Modul

Permainan Bagi Topic Enzim Dalam Subjek Biologi. Jurnal Pendidikan .

Saayah, A. b. (2005). Pelaksanaan Aktiviti belajar melalui bermain di tadika-tadika kawasan

melaka tengah. Jurnal Pendidikan. Bangi,Selangor: Maktab perguruan islam.

Wong Leng Sim,Amir Hamzah Sharaai. (2012). Penggunaan Peta Minda Untuk

Meningkatkan Daya Mengingat dan minat Mengulang Kaji Bagi Pelajar Tahun 4

dalam topik Pembiakan Tumbuhan. Junal Pendidikan, 22-31.