77537985 refleksi permainan tradisional

3
REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL Pertama sekali ingin saya rafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kumpulan kami (saya, Mohamad Ibrahim dan Asyraf bin Ahmad) menyiapkan tugasan ini. Kedua, terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Khairuddin bin Mat Hassan selaku pensyarah pembimbing untuk subjek Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan. Tidak ketinggalan juga kedua- dua ibu bapa dan rakan seperjuangan. Kami telah diberi tugasan dengan menganjurkan dan mengelolakan satu permainan tradisional pada kali ini dan permainan tradisional yang telah kami pilih ialah bola beracun di kampong.Pada saya permainan tradisional yang kami pilih ini sememangnya sudah terkenal dan biasa kami lihat dan ada yang sudah mempunyai pengalaman bermain tetapi dalam konteks ini bukan bermain yang ditekankan tetapi pengurusannya yang menjadi tugasan utama. Pada dasarnya tugasan ini tidaklah begitu rumit bagi saya dan rakan-rakan kerana kami semua sememangnya telah mempunyai pengalaman dalam menganjurkan sesuatu program sukan. Perbincangan telah diadakan antara kami bagi melaksanakan proses penganjuran dan pengelolaan permainan ini. Dengan terbentuknya jawatankuasa penganjur ,maka pertandingan permainan tradisional ini telah dapat dijalankan dengan jayanya. Walaupun saya tidak berapa minat dengan permainan bola beracun ini tetapi pertandingan permainan tradisional yang diadakan ini telah menyebabkan saya berasa seronok bermain. Beberapa kekuatan telah saya kenalpasti apabila belajar cara menganjurkan kejohanan atau pertandingan permainan tradisional antaranya saya dapat mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman

Upload: zur-aliff-aliff

Post on 29-Sep-2015

243 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL

REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONALPertama sekali ingin saya rafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kumpulan kami (saya, Mohamad Ibrahim dan Asyraf bin Ahmad) menyiapkan tugasan ini. Kedua, terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Khairuddin bin Mat Hassan selaku pensyarah pembimbing untuk subjek Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan. Tidak ketinggalan juga kedua-dua ibu bapa dan rakan seperjuangan.Kami telah diberi tugasan dengan menganjurkan dan mengelolakan satu permainan tradisional pada kali ini dan permainan tradisional yang telah kami pilih ialah bola beracun di kampong.Pada saya permainan tradisional yang kami pilih ini sememangnya sudah terkenal dan biasa kami lihat dan ada yang sudah mempunyai pengalaman bermain tetapi dalam konteks ini bukan bermain yang ditekankan tetapi pengurusannya yang menjadi tugasan utama.

Pada dasarnya tugasan ini tidaklah begitu rumit bagi saya dan rakan-rakan kerana kami semua sememangnya telah mempunyai pengalaman dalam menganjurkan sesuatu program sukan. Perbincangan telah diadakan antara kami bagi melaksanakan proses penganjuran dan pengelolaan permainan ini. Dengan terbentuknya jawatankuasa penganjur ,maka pertandingan permainan tradisional ini telah dapat dijalankan dengan jayanya. Walaupun saya tidak berapa minat dengan permainan bola beracun ini tetapi pertandingan permainan tradisional yang diadakan ini telah menyebabkan saya berasa seronok bermain.

Beberapa kekuatan telah saya kenalpasti apabila belajar cara menganjurkan kejohanan atau pertandingan permainan tradisional antaranya saya dapat mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman saya bagaimana menjalankan proses penganjuran yang yang bersistematik. Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu saya untuk mengelola sesuatu projek pada masa akan datang.Beberapa perkara yang telah diajar dan di tegur serta dibimbing oleh En. Khairuddin selaku pensyarah pembimbing telah meninggalkan kesan yang cukup bermakna kepada saya. Terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat saya kesan. Kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan. Walaupun kami semua adalah guru tetapi saya rasa aktviti dalam kumpulan memerlukan satu bentuk kerjasama yang cukup baik . inilah kelemahannya di mana tidak wujud kerjasama yang betul betul mantap bagi melaksana dan mengelolakan aktiviti ini. Hal ini demikian adalah kerana wujudnya ego dalam diri masing masing.Saya juga dapati,masa yang diberi kepada kami untuk menganjur projek ini agak singkat.Dengan kekangan masa yang singkat ini sudah tentu perancangan yang benar-benar kemas dan mantap tidak dapat dilaksanakan.

Kesimpulannya sesuatu program pertandingan sukan termasuklah sukan tradisional memerlukan pengurusan yang baik. Pengurusan yang baik pula memerlukan mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman.

Disediakan oleh,Mohd zur Aliff Bin Rozmee