document7

2
7. Bagaiman guru dapat menyediakan aktiviti pembelajaran selaras dengan perkembangan kognitif murid. i. Guru harus sedar bahawa ada sesetengah murid yang mungkin berada pada mod pembelajaran yang berbeza, sama ada enaktif, ikonik ataupun simbolik. Bagi memenuhi kehendak kumpulan murid yang berlainan, guru boleh mengadakan satu perbincangan (mmod simbolik) berasaskan apa yang mereka pelajari daripada eksperimen mahupun kajian yang dilakukan (mod ikonik). ii. Dari segi aspek perkembangan kognitif, murid- murid perlulah dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang berpadanan serta selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka. Sebagai contoh, katakana guru mahu mengajar mengenai planet-planet di alam semesta, murid - murid boleh diminta untuk membina model planet (enaktif); menonton filem mahupun video mengenai planet yang ada di alam semesta (ikonik); atau diminta untuk membuat rujukan di pusat sumber mengenai planet-planet. Seterusnya mengadakan perbincangan mengenai dapatan sesama mereka. iii. Guru seharusnya memainkan peranan sebagai fasilitator ataupun mentor dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Tanggungjawab ataupun tugas guru adalah untuk menyusun maklumat yang hendak diajar bagi memudahkan murid-murid mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari oleh mereka sebelumnua. Antara contoh sumber pengajaran termasuklah gambar, tajuk cerita dan segmen pendek video. iv. I si pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza

Upload: ng-xin-yi

Post on 23-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

7

TRANSCRIPT

Page 1: Document7

7. Bagaiman guru dapat menyediakan aktiviti pembelajaran selaras dengan

perkembangan kognitif murid.

i. Guru harus sedar bahawa ada sesetengah murid yang mungkin berada pada mod

pembelajaran yang berbeza, sama ada enaktif, ikonik ataupun simbolik. Bagi memenuhi

kehendak kumpulan murid yang berlainan, guru boleh mengadakan satu perbincangan (mmod

simbolik) berasaskan apa yang mereka pelajari daripada eksperimen mahupun kajian yang

dilakukan (mod ikonik).

ii. Dari segi aspek perkembangan kognitif, murid-murid perlulah dibekalkan dengan bahan

pembelajaran, aktiviti dan alatan yang berpadanan serta selaras dengan tahap kebolehan

kognitif mereka. Sebagai contoh, katakana guru mahu mengajar mengenai planet-planet di

alam semesta, murid - murid boleh diminta untuk membina model planet (enaktif); menonton

filem mahupun video mengenai planet yang ada di alam semesta (ikonik); atau diminta untuk

membuat rujukan di pusat sumber mengenai planet-planet. Seterusnya mengadakan

perbincangan mengenai dapatan sesama mereka.

iii. Guru seharusnya memainkan peranan sebagai fasilitator ataupun mentor dalam proses

pengajaran dan pembelajaran(P&P). Tanggungjawab ataupun tugas guru adalah untuk

menyusun maklumat yang hendak diajar bagi memudahkan murid-murid mengaitkan

konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari oleh mereka sebelumnua. Antara

contoh sumber pengajaran termasuklah gambar, tajuk cerita dan segmen pendek

video.

iv. Isi pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah

mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan

kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur ataupun tahap masing-masing. Di sini, guru

haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan

kognitif kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta

cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 4M, dengan itu guru hendaklah

mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya

mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

v. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk

mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang

Page 2: Document7

dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsic individu, guru

haruslah menggalakan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

vi. Guru haruslah membina alam belajar yang kondusif untuk situasi inkuiri dan penerokaan.

Guru perlu menggalakan murid agar menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk

memperoleh ilmu dan kemahiran dengan usaha diri sendiri.

vii) Guru boleh menggunakan teknik pemudahcaraan untuk membimbing murid belajar dan

mengutamakan minat serta penyertaan murid dalam pembelajaran.