73430122 paper work ceriathon

15
ANJURAN: PIBG SK TAMAN SEA, JALAN SS2/95 PETALING JAYA KERTAS KERJA PROGRAM CERIATHON 2011 TARIKH PROGRAM : 2 OKTOBER 2011 Disediakan oleh :RAFIZAH BINTI RAMLI

Upload: lindsay-walsh

Post on 31-Dec-2014

57 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

ceriathon

TRANSCRIPT

Page 1: 73430122 Paper Work Ceriathon

ANJURAN:

PIBG SK TAMAN SEA, JALAN SS2/95 PETALING JAYA

KERTAS KERJA PROGRAM CERIATHON 2011TARIKH PROGRAM :2 OKTOBER 2011

Disediakan oleh :RAFIZAH BINTI RAMLI

Page 2: 73430122 Paper Work Ceriathon

KERTAS KERJA : PROGRAM CERIATHON 2011

1.0 Latar Belakang

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman SEA telah ditubuhkan pada tahun 1980. Tujuan penubuhan PIBG adalah untuk membantu pihak pentadbiran dan pengurusan SK Taman SEA menyediakan kemudahan fizikal yang diperlukan.

AJK PIBG dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28 pada 26 Mac 2011 dengan sebulat suara telah memutuskan untuk mengadakan Program Ceriathon yang bertujuan mengisi tabung PIBG bagi menampung perbelanjaan serta kos membiayai beberapa projek yang akan dijalankan oleh pihak sekolah.

Perancangan, persediaan dan pelaksanaan Program Ceriathon sekolah ini melibatkan ibu bapa, penjaga, guru-guru, kakitangan bukan guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman SEA dan ahli masyarakat tempatan.

2.0 Objektif

2.1 Menambah tabung kewangan PIBG SK Taman SEA bagi membiayai pelbagai

projek yang melibatkan murid-murid.

2.2 Menjalinkan semangat persaudaraan yang lebih mesra antara guru-guru dan ibu

bapa.

3.0 Objektif Kutipan Wang

3.1 Membaiki fizikal sekolah yang usang.

3.2 Menaik taraf perpustakaan sekolah.

3.3 Menceriakan persekitaran sekolah.

4.0 Sasaran Kutipan

4.1 Sasaran kutipan adalah sebanyak RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu).

5.0 Cadangan Agihan Kutipan (Lihat Lampiran A)

6.0 Perkaedahan :

6.1 Ucapan

6.2 Jualan

6.3 Cabutan bertuah

6.5 Kutipan derma

2

Page 3: 73430122 Paper Work Ceriathon

7.0 Kumpulan Sasaran :

7.1 Guru-guru

7.2 Ibu bapa/ Penjaga

7.3 Kakitangan bukan guru

7.4 Syarikat Swasta

7.5 Murid-murid

8.0 Tarikh, Masa danTempat

8.1 Tarikh : 2 Oktober 2011

8.2 Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

8.3 Tempat: Sk Taman SEA

9.0 Peralatan / Bahan

9.1 P.A Sistem

9.2 Alat Perakam/ kamera

9.3 Meja dan kerusi

10.0 Pakaian :

10.1 Guru dan murid : Kemeja –T dan Track bottom

11.0 Tentatif Program :

7.40 pagi : Murid-murid berkumpul di Dataran Cetusan Akhlak

7.55 pagi : Ketibaan En Wong Kok Beng (YDP PIBG SK Taman SEA)

8.10 pagi : Bacaan doa

: Ucapan Guru Besar

: Ucapan Dan Perasmian oleh YDP PIBG SK Taman SEA .

8.30 pagi : Penjualan makanan, minuman, dan lain-lain.

Pergaulan mesra antara guru-guru dengan para jemputan

10.00 pagi : Jamuan

10.30 pagi : Lawatan oleh YDP PIBG

11.00 pagi : Cabutan bertuah/ penyampaian hadiah

12.30 pagi : Gotong royong membersihkan kawasan.

12.0 Sumber Kewangan

3

Page 4: 73430122 Paper Work Ceriathon

12.1 PIBG SK Taman SEA

13.0 Anggaran Perbelanjaan

13.1 Logistik (kain rentang) RM 100.00

13.2 Jualan makanan dan Minuman RM 600.00

13.3 Jamuan RM 200.00

13.4 Kad Ceriathon RM 500.00

13.5 Cenderamata RM 100.00

13.6 Cabutan Bertuah RM 1500.00

JUMLAH RM 3000.00

14.0 Senarai Jawatankuasa Induk dan Pelaksana (Lihat lampiran B)

15.0 Senarai Tugas Jawatankuasa (Lihat Lampiran C)

16.0 Peraturan Program (lihat lampiran D)

17.0 Pelan Tindakan (lihat lampiran E)

18.0 Penutup

Semoga program ini dapat dijalankan dengan baik dan mencapai objektif. Pihak

sekolah dan PIBG berharap agar segala perancangan akan terlaksana demi keselesaan

murid dan warga sekolah.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

( RAFIZAH BINTI RAMLI ) ( OOI BAN AIK ) (WONG KOK BENG)

Setiausaha PIBG Guru Besar YDP PIBG SK Taman SEA SK Taman SEA SK Taman SEA

Tarikh : 29 April 2011

4

Page 5: 73430122 Paper Work Ceriathon

Lampiran A

CADANGAN AGIHAN KUTIPAN

1) Bahagian yang dicadangkan dari jumlah pungutan untuk ditetapkan pada tiap-tiap tujuan pungutan.

a)Membaiki fizikal sekolah yang usang RM 20,000.00

b)Menaik taraf perpustakaan sekolah RM 10,000.00

c)Menceriakan persekitaran sekolah RM 20,000.00

JUMLAH RM 50,000.00

2) Perbelanjaan yang dianggarkan dan butir-butirnya.

a) Membaiki fizikal sekolah yang usang RM 20,000.00

b) Menaik taraf perpustakaan sekolah RM 10,000.00

c) Menceriakan persekitaran sekolah RM 20,000.00

JUMLAH RM 50,000.00

3) Anggaran jumlah pungutan dan matlamatnya.

a) Membaiki fizikal sekolah yang usang RM 20,000.00

b) Menaik taraf perpustakaan sekolah RM 10,000.00

c) Menceriakan persekitaran sekolah RM 20,000.00

JUMLAH RM 50,000.00

5

Page 6: 73430122 Paper Work Ceriathon

Lampiran B

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM CERIATHON

PENASIHAT :En. Ooi Ban Aik(Guru Besar)PENGERUSI :En. Wong Kok Beng (YDP PIBG)NAIB PENGERUSI :En. Bob Tee Poh Keong (NYDP PIBG)PENYELARAS :Pn. Theah Phaik Ean(PK KOKO)

Pn. Loo Hue Hoon(PK Kurikulum)Pn. Hjh Rapidah bt Mahyuddin(PK HEM)

SETIAUSAHA :Pn. Rafizah binti RamliBENDAHARI : Pn. Pn. Siti Zalani binti Musa

JAWATANKUASA PENGELOLA (K) DAN PELAKSANA:

HADIAH/ CENDERAHATI/ CABUTAN BERTUAH

Pn. Yeo Lay Lee(K)Pn. Lee Oi Chun

PENYAMBUT TETAMUEn. Ooi Ban Aik ( Guru Besar)

Pn. Loo Hue Hoon ( PK)Pn. Hjh. Rapidah Mahyudin (PK

HEM)Pn. Theah Phaik Ean(PK KOKU)

KEBERSIHAN & KESELAMATAN

En Muhammad Fadzli Razali

P.A SISTEMEn. Mohd Najibulmuti’e En.

(k)En. Zulkeffly Mohammad

BACAAN DOAEn. Mohd Fauzi Abd Khadzer

JURUACARAEn. Ahmad Fuadi Sarham

KAD CERIATHONFreddy Gondu (K)

Pn. Siti Noorlaila Samzura

JAMUAN Pn. Lim Poh Choo (K)

Pn. Teoh Lean Lee

LOGISTIKEn. Abd. Razak Abdul (K)

En. Sia Kiong Tek

BANNER/PROMOSIPn. Rohani Ahmad (K)

PERMAINANEn. Azwa bin Zahari (K) En. Zubir bin Yaacob

KUPON/PENJUALAN KUPON

Pn. Haniza Zahari(K) Pn. Jayasanthi

FOTOGRAFI/DOKUMENTASI

Pn Siti Zalani bt Musa (K)Pn Rafizah bt Ramli

GERAI MAKANANPn. Nor Aini Muda(K )

Pn. Norizan Ahyat Pn. Solehayati bt Tusiran

GERAI MINUMANPn. Zubaidah Baharudin (K)

Pn. Rosmaliza bt Rusli Pn. Alita binti Abas

6

Page 7: 73430122 Paper Work Ceriathon

Lampiran C

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM CERIATHON 2011

Bil Jawatankusa Senarai Tugas

1 Jawatankuasa Induk Menyediakan kertas cadangan Menguruskan surat-menyurat Mesyuarat jawatankuasa dan

pengurusan tugas. Memohon permit daripada Jabatan Polis

Cawangan Petaling Jaya.

2 Bendahari Menyimpan wang hasil jualan kupon Memastikan jumlah kutipan yang

diserahkan dicatat sebelum dimasukkan ke dalam akaun PIBG.

Menyediakan satu laporan lengkap mengenai jumlah kutipan untuk dibentangkan dalam mesyuarat induk AJK PIBG dan diserahkan kepada bahagian Pendaftar Sekolah JPS.

Menyerahkan penyata kira-kira kepada Jabatan polis Petaling Jaya.

3 Penyambut tetamu Menyambut kehadiran tetamu kehormat

4 Logistik Memastikan segala peralatan mencukupi (khemah,kerusi,meja)

Menyediakan ruang atau tapak gerai jualan.

5 Kebersihan dan keselamatan Memastikan sekitar kawasan bersih sepanjang program berjalan.

Memastikan disiplin terkawal sepanjang program.

Bertanggungjawab merawat luka sekiranya berlaku kecemasan.

6 Siaraya dan PA Sistem Menyediakan peralatan siaraya dan memastikan ianya berfungsi

Mengawal selia peralatan sepanjang program.

7 Hadiah/Sumbangan/cabutan bertuah/ Cenderahati

Mengenalpasti bentuk dan harga hadiah/ cenderamata/cabutan bertuah

Mencari penaja hadiah bagi kutipan

7

Page 8: 73430122 Paper Work Ceriathon

terbanyak. Memastikan perjalanan penyampaian

hadiah berjalan dengan lancar Menyediakan dan menyusun hadiah Menyediakan hadiah untuk kutipan

terbanyak serta merekodkan nama murid tersebut.

Menyediakan cenderahati untuk tetamu kehormat.

8 Promosi/Banner Menyediakan kain rentang dan poster. Membuat iklan program .

9 Kad Ceriathon Mencetak kad Ceriathon dan mengeluarkan nombor siri.

Mengedarkan kad Ceriathon kepada guru kelas sebelum diedarkan kepada murid-murid.

Mengumpul semula kad untuk rujukan. Membuat dan mengedarkan kad

jemputan kepada ibu bapa, guru dan murid dan beberapa agensi kerajaan tertentu.

10 Pembaca Doa Menyediakan teks doa dan membacanya pada hari tersebut

11 Pengacara Menyediakan teks acara program Mengendalikan majlis dengan teratur

12 Fotografi/ Dokumentasi Mengumpul bahan dan membuat laporan program

Menyediakan kamera, atau video cam Membuat laporan dan dokumentasi

program

13 Kupon/ Jualan Kupon Menyediakan kupon kepada guru, murid dan tetamu.

Mengagihkan kupon kepada murid melalui guru kelas.

Memastikan kupon mencukupi. Menjual kupon dan memungut wang

jualan kupon. Menyerahkan wang jualan kupon

kepada bendahari.

8

Page 9: 73430122 Paper Work Ceriathon

Lampiran D:PERATURAN PROGRAM

1. Sebanyak 500 keping kad Ceriathon akan dicetak dan kad Ceriathon ini bernombor dari 0001 hingga 0500.

2. Kad Ceriathon ini akan diedarkan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum kepada guru kelas. Guru kelas pula akan mengedarkan kad Ceriathon kepada ibu bapa melalui murid.

3. Kutipan wang Ceriathon dari kelas akan dijalankan oleh guru kelas dan kemudian guru kelas pula menyerahkan wang kutipan kepada Bendahari PIBG.

4. Kutipan wang langsung daripada Penganjur/Penaja (individu/syarikat) akan dijalankan oleh ibu bapa atau penjaga / guru / kakitangan bukan guru Sekolah Kebangsaan Taman SEA.

5. Tempoh kutipan …………….. hingga 29 September 2011 Kutipan derma akan diamasukkan ke dalam akaun PIBG Sekolah Kebangsaan Taman SEA pada hari yang sama .

6. Kehilangan kad Ceriathon, pemegang akan dikenakan denda sebanyak RM 50.00 dan dikehendaki melaporkan kepada polis. Satu salinan laporan polis hendaklah diserahkan kepada PIBG sekolah ini.

7. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh Bendahari bagi sumbangan yang bernilai RM 50.00 ke atas.

8. Setiap kad Ceriathon untuk peserta ini hendaklah dipulangkan selewat-lewatnya pada 30 September 2011.

9. Semua ibu bapa / penganjur / penaja digalakkan mengambil bahagian dalam acara Ceriathon.

10. Segala langkah keselamatan bagi Program Ceriathon akan diambil oleh pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Taman SEA dengan kerjasama dan tindakan dari pihak polis dan Polis Lalulintas.

11. Suatu Post-Mortem Program Ceriathon SK Taman SEA 2011 akan diadakan selepas acara tamat. Selewat-lewatnya pada bulan November 2011 Satu laporan lengkap akan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG yang akan datang.

9

Page 10: 73430122 Paper Work Ceriathon

Lampiran E

PELAN TINDAKAN KERJA

Kertas Kerja

Mesyuarat Jawatankuasa Induk

Mesyuarat Jawatankuasa

Pelaksana

Keperluan Logistik

Mesyuarat Penyelarasan

Pelaksanaan Program

Laporan/Dokumentasi/Post

Mortem

Page 11: 73430122 Paper Work Ceriathon

RUMUSAN / LAPORAN:

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

________________________________

1

Page 12: 73430122 Paper Work Ceriathon

2