717-1396-1-sm

11
PENGGUNAAN POPOBOARD DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 Oleh: Mohd Hafiz Almuhaimi Bin Mohd Halim, Tuan Haji Abd Samat Bin Taib Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] , [email protected] ABSTRAK Kemahiran menolak merupakan salah satu kemahiran asas penting dalam matematik yang harus dikuasai oleh setiap murid. Hasil refleksi PdP mendapati bahawa sebahagian murid menghadapi masalah dalam penolak melibatkan pengumpulan semula. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid lemah Tahun 2 As-Siddiq Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam menolak dengan mengumpul semula menggunakan Popoboard. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan. Pengkaji menggunakan instrumen ujian pra dan pasca, analisis dokumen bertulis, pemerhatian dan temubual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Selepas intervensi dijalankan menggunakan ‘popoboard’, didapati terdapat peningkatan yang ketara dalam kefahaman murid dalam menolak melibatkan pengumpulan semula dalam lingkungan 1000. Murid juga didapati lebih berminat terhadap subjek Matematik. Cadangan penambahbaikan adalah untuk meluaskan penggunaan alat ini kepada soalan yang melebihi tiga digit dan dapat diaplikasikan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kata kunci: ‘Popoboard’, Menolak melibatkan pengumpulan semula dalam lingkungan 1000, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh pengkaji di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam, Kuala Terengganu, pengkaji mengesan bahawa terdapat beberapa masalah yang telah dialami oleh 34 orang murid tahun 2 As-Siddiq dalam menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula dalam lngkungan 1000. Pada awalnya pengkaji mendapati murid tidak menghadapi banyak masalah dalam penolakan. Kebanyakan murid berjaya menukarkan ayat Matematik kepada bentuk lazim. Namun, apabila pengkaji mula mengajar untuk menolak melibatkan pengumpulan semula, pengkaji mendapati sebahagian besar

Upload: nurul-jannah-ngapdi

Post on 01-Sep-2015

240 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

iji

TRANSCRIPT

  • PENGGUNAAN POPOBOARD DALAM MENINGKATKAN

    PENGUASAAN KEMAHIRAN MENOLAK DENGAN

    MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN

    MURID TAHUN 2

    Oleh:

    Mohd Hafiz Almuhaimi Bin Mohd Halim, Tuan Haji Abd Samat Bin Taib

    Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail

    [email protected], [email protected]

    ABSTRAK

    Kemahiran menolak merupakan salah satu kemahiran asas penting dalam matematik yang

    harus dikuasai oleh setiap murid. Hasil refleksi PdP mendapati bahawa sebahagian murid

    menghadapi masalah dalam penolak melibatkan pengumpulan semula. Kajian ini bertujuan

    untuk meningkatkan kemahiran murid lemah Tahun 2 As-Siddiq Sekolah Kebangsaan

    Tanjung Gelam menolak dengan mengumpul semula menggunakan Popoboard. Peserta

    kajian terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang dipilih

    berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan. Pengkaji menggunakan instrumen ujian

    pra dan pasca, analisis dokumen bertulis, pemerhatian dan temubual. Data kualitatif

    dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Selepas intervensi dijalankan

    menggunakan popoboard, didapati terdapat peningkatan yang ketara dalam kefahaman

    murid dalam menolak melibatkan pengumpulan semula dalam lingkungan 1000. Murid juga

    didapati lebih berminat terhadap subjek Matematik. Cadangan penambahbaikan adalah

    untuk meluaskan penggunaan alat ini kepada soalan yang melebihi tiga digit dan dapat

    diaplikasikan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

    Kata kunci: Popoboard, Menolak melibatkan pengumpulan semula dalam lingkungan

    1000, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh pengkaji di Sekolah

    Kebangsaan Tanjung Gelam, Kuala Terengganu, pengkaji mengesan bahawa terdapat beberapa masalah

    yang telah dialami oleh 34 orang murid tahun 2 As-Siddiq dalam menguasai kemahiran menolak dengan

    mengumpul semula dalam lngkungan 1000.

    Pada awalnya pengkaji mendapati murid tidak menghadapi banyak masalah dalam penolakan.

    Kebanyakan murid berjaya menukarkan ayat Matematik kepada bentuk lazim. Namun, apabila pengkaji

    mula mengajar untuk menolak melibatkan pengumpulan semula, pengkaji mendapati sebahagian besar

  • murid menghadapi masalah dalam menolak nombor tersebut. Mereka melakukan pelbagai kesilapan

    dalam proses menolak tersebut menyebabkan mereka gagal mendapatkan jawapan yang betul. Daripada

    hasil kerja murid di papan hitam dan latihan serta lembaran kerja yang diberikan kepada murid, pengkaji

    mendapati murid begitu lemah dalam topik tersebut dan tidak memahami konsep pengumpulan semula

    serta tidak menguasai fakta asas tolak dengan baik.

    Terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka apabila melibatkan topik ini. Sebagai

    contoh, bagi item di dalam Rajah 1, pengkaji mendapati murid terus melakukan penolakan nombor besar

    terhadap nombor kecil tanpa melihat kedudukan nombor tersebut berada di atas atau di bawah.

    Rajah 1 : Kesilapan murid pada papan hitam

    Bagi item dalam Rajah 2 pula, murid didapati langsung tidak memahami konsep mengumpul semula.

    Dalam lembaran kerja tersebut, murid tidak melakukan proses pengumpulan semula apabila sifar perlu

    ditolak dengan sembilan. Murid terus menulis jawapan 9 dengan menambah secara terus dua nombor

    tersebut.

    Rajah 2 : Kesilapan murid pada lembaran kerja

    SOROTAN LITERATUR

    Menurut Longman Dictionary (2001), penolakan ialah mengambil nilai atau jumlah dari sesuatu nilai

    yang lebih besar. Ini membawa maksud bahawa operasi tolak memerlukan pengurangan nilai kepada nilai

    yang lebih besar

    Suydam M.N (1985) menyatakan masalah utama untuk proses penolakan adalah apabila melibatkan

    proses meminjam di mana murid akan salah mengumpul semula atau membuat beberapa kesalahan

    seperti tidak menghiraukan kedudukan digit dan menolak nombor yang bernilai kecil dengan nombor

    yang bernilai besar. Ini kerap berlaku kepada murid-murid dan menyebabkan jawapan turut menjadi

    salah.

  • Menurut Chieng (2011) dalam kajiannya ada menyatakan murid kehilangan minat untuk menyelesaikan

    soalan yang disediakan sekiranya nilai yang digunakan untuk menolak lebih daripada 10. Mereka

    berpendapat bahawa soalan tersebut terlalu susah untuk mereka. Tanggapan negatif ini biasanya wujud

    apabila murid tidak dapat menguasai konsep asas nombor iaitu nilai tempat bagi sesuatu nombor. Apabila

    murid-murid tidak mampu menggunakan nilai tempat dengan betul, ini akan menyebabkan mereka

    menghadapi kesukaran apabila menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula kerana ianya

    melibatkan pertukaran nilai tempat

    Merujuk kepada Nadia Fasha (2010), bahan manipulatif adalah sangat membantu dalam sesi pengajaran

    dan pembelajaran matematik terutama apabila melibatkan pemahaman suatu konsep matematik yang

    baru. Ini kerana bahan manipulatif boleh digunakan secara khusus dalam menjelaskan konsep matematik

    yang bersifat abstrak di samping membantu murid murid menjawab soalan matematik dengan

    mengoptimumkan penggunaan bahan manipulatif tersebut.

    Antara kajian lepas berkaitan tajuk ini ialah kajian yang dilakukan oleh Mohd Hadhri bin Mohd Noor

    yang menngunnakan ladder step. Menerusi ladder step yang dicadangkan, murid diajar untuk menulis

    nilai yang ditolak pada petak yang telah disediakan. Penggunaan petak berwarna-warni pada setiap

    peringkat bertujuan menarik minat responden dalam mempelajari ladder step ini. Contoh soalan ialah

    4136 1597. Soalan tersebut akan ditulis dalam bentuk berikut seperti Rajah 3.

    Rajah 3 : Ladder Step

    Penggunaan kaedah ini berjaya membantu murid untuk melakukan kaedah penolakan dengan mudah

    dibantu oleh petak-petak yang telah disediakan. Alat ini membolehkan murid-murid dapat melihat dengan

    jelas dan membantu murid-murid melakukan operasi penolakan dengan mengumpul semula secara lebih

    tersusun.

  • TUJUAN KAJIAN

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid lemah Tahun 2 As-

    Siddiq Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam menolak dengan mengumpul semula menggunakan

    Popoboard.

    Objektif

    Membantu murid lemah Tahun 2 As-Siddiq Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam menguasai kemahiran

    menolak dengan mengumpul semula menggunakan Popoboard.

    Persoalan Kajian

    Bagaimanakah penggunaan Popoboard dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menolak

    dengan mengumpul semula dalam kalangan murid Tahun 2.

    METODOLOGI KAJIAN

    Model Stephen Kemmis & McTaggart (1988) telah dipilih sebagai model penyelidikan tindakan dalam

    kajian ini. Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid berpencapaian rendah Tahun 2 As-Siddiq

    yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Semua peserta kajian

    dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian diagnostik. Keempat-empat peserta kajian telah

    menunjukkan penguasaan yang agak lemah dalam kemahiran menolak dengan mengumpul semula

    berdasarkan ujian yang telah dijalankan.

    Bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif yang diperoleh, kajian ini telah

    melibatkan triangulasi iaitu penggunaaan beberapa instrumen pengumpulan data seperti instrumen ujian,

    penelitian dokumen, pemerhatian dan temubual. Penelitian dokumen bertujuan untuk mengenal pasti

    kelemahan dan kesilapan murid dalam menjawab soalan matematik yang melibatkan kemahiran menolak

    dengan mengumpul semula. Pengkaji telah menganalisis dokumen seperti skrip jawapan Ujian Pra dan

    Ujian Pasca setiap peserta kajian bagi menilai tahap pencapaian peserta kajian sebelum dan selepas sesi

    intervensi dilaksanakan. Selain itu, analisis terhadap penelitian dokumen yang dijalankan oleh pengkaji

    juga merangkumi latihan lembaran kerja yang diberikan kepada peserta kajian semasa sesi-sesi intervensi

    dilaksanakan. Latihan lembaran kerja ini bertujuan untuk melihat perkembangan tahap penguasaan

    peserta kajian dari semasa ke semasa sepanjang sesi intervensi dilaksanakan.

    Pengkaji telah menggunakan pemerhatian berstruktur dengan menyenaraikan borang senarai semak

    pemerhatian terhadap tingkah laku dan perkembangan pembelajaran yang dipamerkan oleh peserta kajian

    semasa sesi intervensi dijalankan. Data yang diperoleh hasil daripada pemerhatian pengkaji terhadap

    tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian boleh diguna oleh pengkaji dalam membuat analisis

    maklumat yang berbentuk kualitatif.

  • Instrumen temubual telah dijalankan ke atas kelima-lima peserta kajian sebelum sesi intervensi dan

    selepas sesi intervensi dijalankan. Instrumen ini membolehkan pengkaji memahami apa yang difikirkan

    oleh peserta kajian khususnya mengenai isu keprihatinan yang difokuskan oleh pengkaji iaitu kemahiran

    mempermudahkan pecahanmenolak dengan mengumpul semula di samping melihat pendapat peserta

    kajian berkaitan penggunaan bahan manipulatif Popoboard dalam membantu peserta kajian

    menyelesaikan soalan melibatkan penolakan dengan mengumpul semula.. Data kualitatif yang telah

    diperoleh dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.

    SPESIFIKASI INTERVENSI

    Pengkaji telah menggunakan Popoboard untuk membantu murid menguasai kemahiran penolakan dengan

    mengumpul semula dalam lingkungan 1000. Popoboard ini mengandungi satu board yang

    membolehkan murid mengira soalan penolakn dengan lebih mudah dan pada alai ini juga ditunjukkan

    pasangan pelengkap 10 untuk membantu murid membuat rujukan. Rajah 4 menunjukkan Popoboard yang

    digunakan oleh pengkaji sepanjang sesi intervensi berlangsung.

    Rajah 4: Popoboard

    Berikut merupakan contoh penggunaan Popoboard. Soalan yang diberi adalah 357 tolak 169 seperti

    Rajah 5.

    Rajah 5: Langkah 1

    Murid dikehendaki menulis soalan pada ruang yang terdapat pada papan putih yang ada pada

    Popoboard. Setiap nombor perlu diletakkan pada setiap rumah nombor yang betul.

  • Rajah 6: Langkah 2

    Murid memulakan pengiraan dengan melihat pada nombor yang terdapat pada rumah sa dan cuba

    menolak nombor tersebut. Jika dilihat pada rajah didapati pada rumah sa, 7 perlu ditolak dengan 9 dan 9

    adalah lebih besar daripada 7 dan tidak boleh ditolak secara terus. Maka murid perlu memotong nilai 9

    dan melihat kepada pelengkap 10 bagi 9 iaitu +1. Murid perlu meletakkan nilai +1 pada ruang kecil yang

    terdapat di sebelah angka 9. Nilai yang terdapat pada rumah puluh akan berkurang 1. Seterusnya, murid

    akan mengira nilai 7 ditambah dengan 1 dan menulis jawapan pada ruang disdiakan bagi rumah sa iaitu 8.

    Rajah 7: Langkah 3

    Seterusnya, murid mengulang langkah yang dilakukan pada rumah sa terhadap rumah puluh. Didapati

    pada rumah puluh 4 perlu ditolak dengan 6 dan 6 adalah lebih besar daripada 4 dan tidak boleh ditolak

    secara terus. Maka murid perlu memotong nilai 6 dan melihat kepada pelengkap 10 bagi 6 iaitu +4. Murid

    perlu meletakkan nilai +4 pada ruang kecil yang terdapat di sebelah angka 6. Nilai yang terdapat pada

    rumah ratus akan berkurang 1. Seterusnya, murid akan mengira nilai 4 ditambah dengan 4 dan menulis

    jawapan pada ruang disdiakan bagi rumah puluh iaitu 8.

    Rajah 8 : Langkah 4

  • Akhir sekali, murid perlu menolak angka yang terdapat pada rumah ratus. Didapati 2 perlu ditolak dengan

    1 dan murid boleh menolak secara terus. Murid menulis nilai 1 pada ruang jawapan rumah ratus. Jawapan

    yang diperoleh murid bagi 357 tolak 169 ialah 188.

    DAPATAN KAJIAN

    Dapatan kajian ini melihat sejauh manakah keberkesanan penggunaan bahan manipulatif Popoboard

    dalam membantu murid-murid berpencapaian rendah tahun 2 As-Siddiq bagi menguasai kemahiran

    menolak dengan mengumpul semula dalam lingkungan 1000. Sebelum menjalankan sesi intervensi ke

    atas peserta kajian, masalah penguasaan kemahiran menolak dengan mengumpul semula dapat dilihat

    pada diri peserta kajian pertama iaitu Farhan (bukan nama sebenar) melalui skrip jawapan Ujian Pra.

    Rajah 9 : Skrip ujian pra Farhan

    Berdasarkan rajah 9, pengkaji mendapati Farhan masih belum dapat memahami dan menguasai

    kemahiran menolak dengan mengmpul semula dengan baik. Farhan juga hanya menulis jawapan secara

    sembarangan bagi menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula tersebut tanpa

    mengetahui jawapan yang ditulis adalah betul ataupun salah. Hal ini disokong oleh hasil temu bual

    apabila Farhan menjawab Kite tulis je jawapan tu cikgu, Tak tahu pon betul ke salah.

    Merujuk Rajah 7, didapati Farhan secara asasnya boleh melakukan operasi tolak namun tidak menguasai

    kemahiran menolak dengan mengumpul semula dengan baik. Murid ini jelas hanya melakukan operasi

    tolak dengan menolak nombor yang lebih besar dengan yang lebih kecil tanpa melihat kedudukan nombor

    tersebut seperti yang berlaku kepada rumah sa (6 1 = 5) dan juga puluh (7 2 = 5). Ini jelas

    menunjukkan murid tersebut tidak menguasai kemahiran mengumpul semula.

    Semasa sesi PdP yang dijalankan dalam kelas, pengkaji juga memerhati bahawa Farhan seorang murid

    yang sangat aktif dan suga bergerak sekitar kelas dan mengganggu rakan-rakan yang lain dan bersembang

    sekaligus menyebabkan Fahrul tidak fokus kepada sesi PdP.

    Pengkaji telah menjalankan empat sesi intervensi ke atas Farhan. Kesemua sesi intervensi ini dijalankan

    bagi melihat perubahan terhadap penguasaan Farhan terhadap topik penolakan dengan mengumpul

    semula. Pada sesi intervensi yang pertama, pengkaji telah memfokuskan penolakan dengan mengumpul

    semula melibatkan dua digit. Dalam sesi tersebut, Farhan dikehendaki menjawab sepuluh soalan

    melibatkan penolakan dengan mengumpul semula dua digit. Farhan berjaya menjawab tujuh daripada

    sepuluh soalan tersebut dengan betul.

  • Di akhir sesi intervensi, pengkaji telah mengedarkan satu lembaran kerja yang mengandungi soalan

    penolakan dengan mengumpul semula nombor dua digit. Farhan berjaya menjawab soalan tersebut

    dengan menggunakan kaedah yang sama seperti ketika menyelesikan soalan menggunakan alat tersebut.

    Contoh jawapan Farhan dalam lembaran kerja tersebut ditunjukkan dalam Rajah 10 berikut.

    Rajah 10 : Skrip lembaran kerja Farhan

    Beberapa hari kemudian, pengkaji telah menjalankan sesi intervensi yang kedua terhadap Farhan. Dalam

    sesi yang kedua ini, objektif pembelajaran yang perlu dicapai ialah peserta kajian dapat menolak dengan

    mengumpul semula melibatkan nombor tiga digit menggunakan Popoboard., Farhan memberi tumpuan

    terhadap apa yang disampaikan oleh pengkaji. Kemudian, pengkaji memberi lima soalan penolakan

    dengan mengumpul semula dan meminta Farhan menjawab soalan-soalan tersebut pada Popoboard.

    Semasa sesi latihan dilakukan, Farhan pada mulanya melakukaan kesilapan dalam melakukan pengiraan

    dalam soalan yang dierikan. Farhan lupa untuk meletakkan nilai pelengkap 10 bagi nombor tujuh seperti

    yang ditunjukkan dalam Rajah 11.

    Rajah 11 : Kecuaian yang dilakukan Farhan

    Farhan terus menambah nilai dua dengan nilai tujuh. Farhan sepatutnya meletakkan nilai pelengkap 10

    bagi tujuh iaitu +3 terlebih dahulu barulah perlu ditambah dengan dua. Kesilapan tersebut segera

    diperbetulkan oleh pengkaji dengan menyuruh Farhan melakukan proses pengiraan dengan betul dengan

    memastikan meletakkan nilai pelengkap 10 dalam ruang yang disediakan terlebih dahulu kemudian

    Semasa sesi intervensi ketiga, pengkaji mengulang hasil pembelajarn yang sama seperti sesi intervensi

    yang kedua iaitu menolak dengan mengumpul semula melibatkan nombor tiga digit. Pengkaji

    memberikan lima soalan berkaitan topik tersebut. Fakrul berjaya menjawab kelima-lima item tersebut

    dengan betul menggunakan Popoboard. Hasil jawapan yang dijawab oleh Farhan untuk Item 1 bagi

    soalan 833 ditolak dengan 569 ditunjukkan dalam Rajah 12.

  • Rajah 12 : Farhan menjawab Item 1 menggunakan Popoboard

    Farhan juga mula perubahan sikap dengan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam pembelajaran

    dan mula menunjukkan komunikasi dua hala bersama rakan-rakan apabila beliau mula membantu peserta

    kajian lain semasa sesi intervensi dijalankan.

    Bagi sesi intervensi keempat, Farhan dibekalkan dengan lembaran kerja.Farhan tidak lagi diberikan

    Popoboard. Sepanjang sesi ini berlangsung, Farhan telah dapat mengaplikasikan penggunaan alat dengan

    membuat jalan pengiraan yang sama seperti proses pengiraan yang dilakukan ketika menggunakan

    Popoboard pada lembaran kerja. Berdasarkan bukti di dalam Rajah 18 pengkaji mendapati Farhan sangat

    mahir menjawab soalan yang diberikan. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas di mana apabila ditanya,

    bagaimanakah dia menjawab soalan yang diberikan jika tidak disertakan alat, Farhan menjawab, Saya

    kira macam saya kira kat alat ni la cikgu.

    Rajah 13 : Contoh jawapan Farhan pada lembaran kerja

    Selepas itu, pengkaji telah menyoal adakah dia memahami topik penolakan dengan mengumpul semula

    dengan menggunakan Popoboard dan Farhan menjawab Senangla guna cara cikgu ni. Saya faham dah

    cikgu

    Selepas keempat empat sesi intervensi ini selesai, Farhan menduduki ujian pasca bagi melihat tahap

    kefahaman Farhan terhadap penolakan melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan

    Popoboard. Ujian ini dijalankan selama satu jam yang mengandungi sepuluh soalan subjektif. Soalan

    soalan yang diberi adalah sama dengan soalan pada ujian pra. Ini adalah untuk melihat perbandingan

    antara jawapan yang berjaya dijawab oleh Farhan semasa ujian pra dan ujian pasca. Rajah 14

    menunjukkan skrip jawapan Farhan pada ujian pasca. Farhan berjaya menjawab kesemua item pada ujian

    pasca dengan betul

  • Rajah 14 : Skrip jawapan Farhan pada ujian pasca.

    Dari segi penulisan pula, didapati tulisan Farhan lebih kemas dan tersusun berbanding sebelum sesi

    intervensi dijalankan. Farhan juga didapati lebih aktif dan suka mencuba. Hal ini terbukti apabila pada

    akhir sesi, Farhan bertanya, Cikgu..bagi soklan lain pulok cikgu.

    Berdasarkan analisis daripada dapatan kajian, pengkaji dapat merumuskan bahawa kesemua peserta

    kajian telah dapat menguasai penolakan dengan mengumpul semula melalui penggunaan Popoboard.

    Sepanjang menjalani sesi intervensi, didapati kesemua peserta kajian telah menunjukkan perubahan yang

    sangat ketara dari segi penguasaan, kemahiran dan tingkahlaku. Sebelum sesi intervensi dijalankan

    didapati kesemua peserta kajian tidak berminat dengan menunjukkan sikap yang kurang positif terhadap

    topik pendaraban nombor dua digit dengan dua digit. Kesilapan yang dilakukan dalam pengiraan juga

    menunjukkan mereka tidak mengetahui bagaimana kaedah yang harus digunakan untuk menyelesaikan

    masalah yang diberi. Namun begitu, setelah sesi intervensi dijalankan, pengkaji dapat melihat dengan

    jelas perubahan positif dalam diri kesemua murid sama ada dalam pengiraan atau tingkah laku terhadap

    pembelajaran terutama bagi topik penolakan melibatkan pengumpulan semula.

    KESIMPULAN

    Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperoleh, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahan

    manipulatif Popoboard dapat membantu murid berpencapaian rendah dalam menguasai kemahiran

    menolak dengan mengumpul semula dalam lingkungan 1000

    Penggunaan Popoboard nyata memberi kelebihan kepada peserta kajian dalam menolak dengan

    mengumpul. Selain itu, Popoboard juga hanya terhad kepada penolakan dengan mengumpul semula

    sehingga tiga digit sahaja. Oleh itu, kajian seterusnya boleh dilakukan oleh pengkaji lain dengan membuat

    penambahbaikan ke atas penggunaan Popoboard seperti mengaplikasikan bahan intervensi tersebut dalam

    bentuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di samping memperbesarkan bahan manipulatif

    Popoboard sehingga digit yang lebih besar.

    Dalam aspek profesionalisme keguruan, kajian tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji membantu

    pengkaji dalam meningkatkan tahap profesionalisme sebagai seorang bakal guru terlatih. Kajian tindakan

    yang dilakukan membimbing pengkaji supaya sentiasa menerokai kaedah-kaedah baru yang berbentuk

    inovasi dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam usaha untuk membantu

    murid-murid yang berpencapaian rendah dalam matapelajaran Matematik. Kajian tindakan yang telah

  • dijalankan juga akan menjadi perintis kepada pengkaji untuk menilai amalan pengkaji dalam proses PdP,

    menyelesaikan pelbagai masalah ketika melaksanakan amalan dalam bilik darjah dan memperbaiki proses

    PdP bagi meningkatkan profesionalisme pengkaji di masa akan datang.

    RUJUKAN

    Longman Dictionary of Contemporary English (2001). England :

    Pearson Education Limited.

    Nadia Fasha (2010). Penggunaan Bahan Manipulative Straws & Board Bagi Membantu Murid

    Tahun 2 Yang Berpencapaian Rendah Dalam Mempelajari Tajuk Penolakan. IPG Kampus

    Dato Razali Ismail, Terengganu.

    Suydam M.N (1985). Alternative Courses For Secondary School Mathematics.

    National Council of Teachers of Mathematics. United States.

    Chieng Leh Hui. (2011). Penggunaan Kaedah Jari Dalam Membantu Murid Tahun Dua Menyelesaikan

    Operasi Tolak Yang Melibatkan Pengumpulan Semula (ms 150). Institut Pendidikan Guru

    Kampus Batu Lintang.

    Hadhri M.N (2010). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menolak Dengan Mengumpul Semula

    Menggunakan Ladder Step Dalam Kalangan Murid Tahun 3 Meningkatkan Penguasaan

    Kemahiran Menolak Dengan Mengumpul Semula Menggunakan Ladder Step Dalam Kalangan

    Murid Tahun 3. IPG Kampus Dato Razali Ismail.