7 refleksi.docx

Upload: khairi-azmi

Post on 14-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 7 REFLEKSI.docx

    1/2

    AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112

    Muhammad Khairi Bin Azmi | Refleksi Kendiri 77

    REFLEKSI

    Oleh : Muhammad Khairi Bin Azmi

    Pada semester ini, saya bersama-sama rakan diberi tugasan untuk membina satu set

    soalan untuk diberi pengujian kepada murid-murid di dalam mana-mana kelas di sekolah

    ketika menjalani praktikum. Oleh itu, saya telah membuat perancangan awal untuk

    menyiapkan tugasan yang diberi.

    Saya telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka selama 8minggu. Dalam masa 8 minggu tersebut bermula 15 Julai 2013, kami telah diberi peluang

    oleh guru di sekolah tersebut untuk membuat set soalan ujian bagi murid-murid Tahun 5.

    Oleh yang demikian, saya dan rakan membuat keputusan untuk menjalankan sekaligus

    tugasan yang diberi ketika peperiksaan berlangsung. Saya mula merancang soalan-soalan

    berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang dikehendaki di dalam tugasan.

    Pada 23 Julai 2013 hingga 25 Julai 2013, telah berlangsungnya Ujian Bulan Julai

    2013 bagi murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Batu Pekaka. Oleh

    yang demikian, soalan yang dibuat telah ditadbir pada semua murid Tahun 5. Setelah tamat

    ujian, saya mula menganalisis jawapan murid-murid untuk membuat laporan. Saya memilih

    Kelas Tahun 5 Nilam bagi menganalisis tahap keberkesanan soalan yang diuji. Kelas ini

    merupakan kelas yang pertama dalam Tahun 5.

    Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai pengalaman yang berguna saya

    dapat perolehi. Di sini, saya berpeluang menimba pengalaman dalam membina soalan bagi

    melaksanakan pengujian. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, saya dapat mengetahui

    bahawa pembinaan soalan perlu difikirkan dalam pelbagai aspek agar soalan dapat

    dihasilkan dengan kualiti yang baik. Dalam masa yang sama saya dapat mempelajari

    bagaimana untuk mengenalpasti kualiti soalan yang boleh digunakan berdasarkan indeks

    kesukaran dan indeks diskriminasi yang diperoleh. Untuk mendapatkan soalan yang baik,

    indeks diskriminasi perlu berada dalam lingkungan lebih dari 0.4, manakala indeks

    kesukarannya berada di antara 0.3 hingga 0.8. Jika soalan-soalan tidak mencapai

    lingkungan di atas, soalan tersebut masih boleh digunakan jika diubahsuai sama ada dari

    segi kesukaran atau diskriminasi.

  • 7/27/2019 7 REFLEKSI.docx

    2/2

    AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112

    Muhammad Khairi Bin Azmi | Refleksi Kendiri 78

    Dalam pada itu, saya juga melihat bagaimana murid-murid tersebut menjawab soalan

    yang diberi. Walaupun dirasakan soalan itu mudah disediakan kepada murid, namun dapat

    dilihat murid-murid kebanyakannya menjawab soalan sambil lewa menyebabkan keputusan

    yang diperoleh kadangkala dirasakan tidak logik. Namun, mungkin pendapat yang saya

    fikirkan tersebut tidak begitu tepat tentang soalan yang disediakan. Saya merasakan soalan

    yang disediakan boleh dijawab, tetapi tahap kefahaman mereka tentang matematik yang

    terlalu lemah menyebabkan soalan yang disediakan tidak dapat dijawab.

    Walaupun banyak kelemahan dari diri saya, namun itu semua banyak memberi

    pendedahan kepada saya untuk memperbaikinya pada masa-masa akan datang. Melalui

    tugasan ini juga, saya dapat belajar dengan lebih lagi tentang penyediaan soalan yang

    menjadi salah satu perkara yang perlu diketahui oleh setiap guru apabila berada di sekolah.

    Ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah-pensayarah pembimbing yang

    telah memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang kami

    melaksanakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan atas bantuan yang

    diberikan dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus bagi semester ini.