7 petua skor a matematik

4
7 PETUA SKOR A MATEMATIK 1. TULISKAN DI ATAS KERTAS GRED YANG INGIN DICAPAI UNTUK MATEMATIK (KESEDARAN DAN KEAZAMAN DIRI) 3 perkara yang perlu disenaraikan: [Bengkel 1] Tuliskan target gred A untuk matematik. Sediakan Jadual pencapaian untuk semua ujian peperiksaan yang bakal diduduki sepanjang tahun 2009 untuk dibuat perbandingan. Tulis 3 sebab mengapa anda mahu mendapat gred tersebut. (Jangan tulis “….sebab saya memang nak dapat gred A.” Anda perlu perah otak sedikit untuk menjawab soalan ini kerana soalan begini jarang difikirkan.) Tulis dalam bentuk ayat apa yang anda akan rasa kalau anda benar-benar mendapat gred tersebut. 2. KENALPASTI KEKUATAN DAN KELEMAHAN ANDA i. Senaraikan topik dan kenalpasti kemahiran-kemahiran yang masih belum anda kuasai sepenuhnya. [Bengkel 2] ii. Apa yang perlu dilakukan terhadap kelemahan ini? Pertama, kita perlu ingat, kelemahan itu bukan sesuatu yang kekal. Kedua, kelemahan masa kini merupakan satu cabaran buat kita. Ketiga, kita perlu buat rancangan untuk mengatasi kelemahan kita.

Upload: dikwanz

Post on 14-Jun-2015

527 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

7 PETUA SKOR A MATEMATIK

1. TULISKAN DI ATAS KERTAS GRED YANG INGIN DICAPAI UNTUK MATEMATIK (KESEDARAN DAN KEAZAMAN DIRI)

3 perkara yang perlu disenaraikan: [Bengkel 1]

Tuliskan target gred A untuk matematik. Sediakan Jadual pencapaian untuk semua ujian peperiksaan yang bakal diduduki sepanjang tahun 2009 untuk dibuat perbandingan.

Tulis 3 sebab mengapa anda mahu mendapat gred tersebut. (Jangan tulis “….sebab saya memang nak dapat gred A.” Anda perlu perah otak sedikit untuk menjawab soalan ini kerana soalan begini jarang difikirkan.)

Tulis dalam bentuk ayat apa yang anda akan rasa kalau anda benar-benar mendapat gred tersebut.

2. KENALPASTI KEKUATAN DAN KELEMAHAN ANDA

i. Senaraikan topik dan kenalpasti kemahiran-kemahiran yang masih belum anda kuasai sepenuhnya. [Bengkel 2]

ii. Apa yang perlu dilakukan terhadap kelemahan ini?

Pertama, kita perlu ingat, kelemahan itu bukan sesuatu yang kekal.

Kedua, kelemahan masa kini merupakan satu cabaran buat kita. Ketiga, kita perlu buat rancangan untuk mengatasi kelemahan

kita.

i. Tentukan bilangan soalan yang wajib diselesaikan mengikut kemampuan.

1. URUSKAN MASA BERPANDUKAN MATLAMAT

Merancang Tindakan. [Bengkel 3]

Maksudnya, untuk mendapat gred A dalam subjek Matematik, kita perlu tentukan apakah aktiviti yang perlu kita lakukan.

i. Senaraikan aktivitiii. Bina Jadual Waktu Pembelajaran

iii. Peruntukkan masa yang sesuai untuk aktiviti yang dirancang

Kalau boleh, tindakan itu mesti boleh dilakukan dalam masa 48 jam selepas kita menulis matlamat.

3. GANDAKAN LATIH TUBI

Latih tubi adalah aktiviti membuat latihan bagi soalan-soalan yang biasa disoal dalam peperiksaan.

3 perkara yang perlu kita lakukan:

Pertama, lebihkan membuat latihan daripada membaca. Apabila kita membuat latihan, secara automatik kita juga perlu membaca.

Kedua, dapatkan soalan-soalan lepas. Soalan-soalan lepas adalah gambaran tentang apa yang perlu kita tahu dalam setiap subjek.

Ketiga, buat latih tubi ini secara berterusan. Semakin banyak latihan yang kita lakukan, kita akan nampak soalan bagaimana yang bakal keluar nanti. Apabila ini berlaku, proses pembelajaran jadi jauh lebih mudah.

4. TINGKATKAN KEPANTASAN DAN KETEPATAN

Ketepatan bermaksud kita tahu dengan tepat apa yang diperlukan oleh soalan-soalan subjek atau soalan-soalan peperiksaan.

Untuk meningkatkan tahap ketepatan, kita memerlukan 3 kemahiran belajar. Kemahiran belajar itu ialah

Kemahiran untuk fokus semasa belajar Kemahiran menghafal Kemahiran menulis nota kreatif

Kepantasan adalah berapa cepat anda dapat selesaikan sesuatu soalan atau berapa cepat anda jawab sesuatu soalan di dalam dewan peperiksaan.

cara paling mudah untuk kita meningkatkan kepantasan ialah dengan membuat latihan dalam masa yang ditetapkan.

Ketepatan dan Kepantasan adalah dua kemahiran yang perlu digabungkan bersama dalam mencapai gred yang baik bagi Matematik.

Mengapa ia perlu dipatuhi?

o Kepantasan tanpa ketepatan akan menyebabkan kita lalai dan sukar mendapat markah yang baik.

o Ketepatan tanpa kepantasan pula menghalang kita daripada menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan dan akibatnya kita akan gagal juga mendapat gred yang kita mahukan.

5. JAGA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL Pertama, banyakkan makan makanan yang berkhasiat. Kedua, banyakkan minum air yang bersih. Luangkan masa 30 hingga 60 minit sehari untuk berpeluh. Lakukan senaman regangan otot 5 - 10 minit sehari. Lebih menarik lagi, luangkan masa bermain sukan dengan kawan-kawan

30 hingga 60 minit sehari. Tidur yang mencukupi

6. DAPATKAN SOKONGAN DARIPADA IBU BAPA, GURU DAN RAKAN

Ibu Bapa Pertama, belajar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kepada ibu

bapa dan minta nasihat mereka untuk membantu diri kita. Kedua, ceritakan kepada ibu bapa tentang matlamat kita untuk

mencapai kejayaan. Ketiga, dalam masa yang sama, walaupun sedang berusaha untuk

berjaya, jangan lupa untuk membantu ibu bapa di rumah.

Guru Pertama, Pikat hati guru dengan menunjukkan kesungguhan anda dalam

aktiviti P&P. Kedua, dekati guru dan berbincanglah tentang masalah pembelajaran

yang dihadapi. Ketiga, hormati dan hargailah segala jasa dan pengorbanan guru.

Rakan Pertama, dekati rakan-rakan berfikiran positif, rajin dan bersemangat

untuk berjaya. Belajar bagaimana mahu menambahkan jumlah kawan dengan cara

yang sihat dan positif.