analisis skor -ymraja

9
ANALISIS SKOR LAGU “BURUNG KAKAK TUA” Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama.". Daripada definisi koir ini jelaslah bahawa dalam menghasilkan satu kumpulan koir yang baik, guru perlu menyediakan sekumpulan murid dan membentuk nyanyian berharmoni. Jadi, guru harus menyediakan skor lagu koir yang mempunyai beberapa lapisan suara yang sesuai dengan kumpulan koir yang dilatih. Bagi kumpulan koir kanak-kanak, lapisan suara yang sesuai ialah soprano dan alto. Jadi,saya telah memilih untuk menyediakan skor yang mempunyai dua bahagian soprano dan satu bahagian akan menyanyikan alto. Bagi s uara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari "C tengah" (C4) hingga ke “A” atas (A5). Perkataan soprano secara umumnya merujuk kepada penyanyi yang bersuara tinggi dalam lingkungan suara wanita. Manakala bagi lingkungan suara alto pula ialah meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Di bawah merupakan lingkungan suara mengikut papan kibod. Lingkungan suara soprano

Upload: mohd-harqib-haris

Post on 18-Dec-2014

712 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

analisa

TRANSCRIPT

Page 1: analisis skor -ymraja

ANALISIS SKOR LAGU “BURUNG KAKAK TUA”

Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-

ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama

lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni.

Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-

sama.". Daripada definisi koir ini jelaslah bahawa dalam menghasilkan satu

kumpulan koir yang baik, guru perlu menyediakan sekumpulan murid dan

membentuk nyanyian berharmoni. Jadi, guru harus menyediakan skor lagu koir yang

mempunyai beberapa lapisan suara yang sesuai dengan kumpulan koir yang dilatih.

Bagi kumpulan koir kanak-kanak, lapisan suara yang sesuai ialah soprano dan alto.

Jadi,saya telah memilih untuk menyediakan skor yang mempunyai dua bahagian

soprano dan satu bahagian akan menyanyikan alto. Bagi suara soprano

kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari "C tengah" (C4) hingga ke “A”

atas (A5). Perkataan soprano secara umumnya merujuk kepada penyanyi

yang bersuara tinggi dalam lingkungan suara wanita. Manakala bagi

lingkungan suara alto pula ialah meliputi di antara G di bawah C tengah

hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Di bawah merupakan

lingkungan suara mengikut papan kibod.

Lingkungan suara soprano

Lingkungan suara alto

Page 2: analisis skor -ymraja

Rajah di bawah menunjukkan skor lagu koir yang telah disediakan

dan mempunyai tiga lapisan suara iaitu dua lapisan suara soprano yang

terdiri daripada soprano 1 dan soprano 2 dan juga lapisan suara alto.

Pemilihan dua lapisan soprano bagi lagu koir ini adalah bagi memberikan

variasi kepada lagu koir yang akan dinyanyikan ini. Perbezaan lapisan soprano 1 dan

soprano 2 ialah dari segi nyanyian iaitu soprano 1 akan menyanyikan bahagian

melodi manakala soprano 2 akan menyanyikan lagu ini secara round song. Nyanyian

ini akan dapat di lihat pada bar ke 6 dalam rajah di atas. Alto pula akan menyanyi

secara harmoni. Nyanyian ini dapat di lihat pada skor alto dalam rajah di atas.

Bagi kumpulan koir ini, saya telah memilih lagu burung kakak tua. Pemilihan

lagu ini adalah kerana melodi lagu ini adalah lebih dekat dengan kanak-kanak dan

mudah untuk dinyanyikan. Murid akan lebih mudah menyanyi dan menghayati

sesebuah lagu itu sekiranya mereka mudah menyanyikan lagu tersebut serta lagu

tersebut selalu di dengar. Ini merupakan salah satu punca utama saya memilih lagu

ini. Meter lagu ini pula ialah 3 an. Tempo bagi lagu ini ialah 120. Tempo ini akan

menghasilkan mud riang semasa murid meyanyi koir. Mud riang adalah bersesuaian

dengan lagu burung kakak tua.. Terdapat intro pada bar pertama hingga bar ke tiga.

Jadi, bagi murid yang menyanyi soprano 1 dan alto, mereka akan mula menyanyi

pada detik yang ke tiga pada bar ke empat lagu ini. Bagi soprano 2 pula, mereka

akan menyanyi pada detik ke tiga pada bar ke 6. Ini kerana soprano 2 memainkan

peranan sebagai penyanyi round song. Penyanyi akan menyanyi pada detik ke tiga

kerana lagu ini mempunyai anakrusis.

Page 3: analisis skor -ymraja

Rajah di bawah menunjukkan tempo, intro, anakrusis pada lagu.

Meter Tempo Anakrusis

Intro

Rentak lagu ini ialah ialah rentak mac. Rentak akan dimainkan oleh piano

yang bertindak bagi memainkan kord dan juga rentak bagi lagu ini. Lagu ini adalah

dalam nada C major. Saya memilih nada C major kerana nada ini bersesuaian

dengan murid-murid saya. Nada ini tidak mempunyai sharp atau flat, jadi murid akan

lebih mudah menyanyi dan mencapai pic semasa menyanyi. Tekstur ialah jalinan

suara yang membentuk bunyi tebal dan nipis. Bagi kumpulan lapisan suara yang

bagi lagu saya ialah soprano akan menghasilkan tekstur yang lebih tebal berbanding

alto. Ini kerana pic bagi lapisan suara soprano adalah lebih tinggi berbanding pic bagi

penyanyi alto. Bentuk lagu ini ialah AB. Pada bar ke empat hingga bar ke 19, bentuk

lagu ini ialah A manakala pada bar 20 hingga akhir bentuk lagu ini ialah B.

Bagi aspek harmoni pula, saya menggunakan suara alto untuk menyanyikan

harmoni. Harmoni ialah bunyi muzikal yang di hasilkan melalui kombinasi dua atau

lebih bunyi yang di hasilkan secara serentak. Harmoni boleh di lakukan

menggunakan not ke 3 dan juga not ke lima. Pada skor lagu yang telah saya

hasilkan ini, saya telah memilih untuk meletakkan harmoni bermula pada bar ke 20

Kord

Rentak

Page 4: analisis skor -ymraja

hingga akhir lagu. Bagi menghasilkan bunyi yang bersesuaian dan juga mudah

dinyanyikan oleh murid, saya telah menggunakan harmoni not ke 3 . Perkara ini

dapat di lihat berdasarkan rajah di bawah:

Setelah menjalankan latihan, beberapa masalah telah di kenal pasti iaitu

masalah dari segi pic, tempo, agihan lapisan suara dan juga harmoni. Dari segi pic,

terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat mengenalpasti pic dengan betul.

Contohnya,pada bar ke 6, murid mengalami masalah untuk menyanyi dari pic tinggi

ke pic rendah.

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menggunakan teknik pengulangan

disamping memperdengarkan kepada murid pic yang betul dengan menggunakan

kibod.

Bagi masalah tempo pula, murid tidak dapat menyanyi mengikut tempo yang

ditetapkan. Terdapat beberapa orang murid menyanyi lambat berbanding tempo

asal. Masalah ini jelas di dengar bagi lapisan suara soprano 2. Bagi mengatasi

masalah ini, saya telah membuat teknik ansur maju iaitu dari tempo perlahan ke

tempo yang di tetapkan.

Masalah ke tiga pula melibatkan agihan lapisan suara. Saya mengalami

masalah dalam mengagihkan murid mengikut tiga lapisan suara yang terdapat dalam

skor. Bagi murid yang mempunyai suara tinggi, mereka di masukkan dalam

Page 5: analisis skor -ymraja

kumpulan soprano 1. Manakala bagi murid yang mempunyai suara sederhana,

mereka di masukkan dalam kumpulan soprano 2. Bagi suara alto pula, saya memilih

murid lelaki . Ini kerana murid lelaki lebih sesuai dengan renj suara alto.

Terdapat juga masalah dari segi menghasilkan harmoni. Masalah berlaku

terutama pada lapisan suara alto. Murid dari kumpulan ini terikut-ikut dengan

nyanyian melodi. Saya menggunakan teknik dengar dan nyanyi bagi mengatasi ini.

Saya telah memainkan bahagian tersebut dengan menggunakan kibod dan murid

diminta mendengar pic yang dimainkan . perkara ini dilakukan berulang kali sehingga

murid dapat menghafal pic yang di mainkan.

Kesimpulannya, pemilihan lagu, pic, tempo, dan juga harmoni amat penting

dalam menghasilkan kumpulan koir yang baik. Guru harus memastikan murid dapat

menguasai semua aspek ini supaya kumpulan koir yang dihasilkan adalah mantap.

Page 6: analisis skor -ymraja
Page 7: analisis skor -ymraja
Page 8: analisis skor -ymraja