61528443-ponteng

Upload: ariffin-aj

Post on 03-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    1/77

    GEJALA PONTENG DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

    MENENGAH

    KHAIRUL IRWAN BIN RUSTAM EFFENDI

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2006

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    2/77

    GEJALA PONTENG DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

    KHAIRUL IRWAN BIN RUSTAM EFFENDi

    LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT

    UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

    (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

    FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    TANJONG MALIM

    2006

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    3/77

    PENGAKUAN

    Saya mengaku bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri melainkan nukilan -

    nukilan dan ringkasan-ringkasan yang mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

    sumbernya.

    23 Oktober 2006 KHAIRUL IRWAN BIN RUSTAM EFFENDI

    D20031016647

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    4/77

    PENGHARGAAN

    Terlebih dahulu syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya jua,dapatlah pengkaji menyiapkan latihan ilmiah ini dengan jayanya, hasil tunjuk ajar dan

    bantuan daripada pelbagai pihak.

    Di kesempatan ini pengkaji juga ingin merakamkan setinggi-tinggi

    penghargaan serta jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Nazariah Bt

    Ab Samad iaitu selaku penyelia pengkaji. Terima kasih diucapkan kerana memberi

    bimbingan dan tunjuk ajar kepada pengkaji bagi menghasilkan sebuah latihan ilmiah

    yang baik. Segala teguran, nasihat serta dorongan yang telah diberikan menjadi

    panduan kepada pengkaji.

    Begitu juga jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Abdul Malek dan EncikMohamad Bazlan Bin Mustafa yang turut memberikan tunjuk ajar kepada pengkaji

    dalam menjalankan kajian ilmiah ini. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala

    bantuan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada pihak sekolah serta pelajar yang

    terlibat dalam kajian ini.

    Namun tidak ketinggalan juga kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan

    Bimbingan dan Kaunseling yang telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan

    masalah analisis data. Teristimewa buat isteri dan kedua-dua keluarga saya yang telah

    banyak berkorban, bersabar dan memahami serta doa yang dipohon.

    Di kesempatan ini juga, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

    yang terlibat dalam membantu saya sepanjang proses menyiapkan penulisan ilmiah

    ini. Di antaranya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Wilayah

    Kuala Lumpur, Pensyarah serta kakitangan Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan

    Manusia dan sekolah yang terlibat iaitu SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur kerana

    memberi kebenaran menggunakan sampel kajian di sekolah tersebut.

    Tidak ketinggalan ucapan terima kasih buat teman-teman yang turut sama

    membantu dalam proses menyiapkan latihan ilmiah ini serta semua pihak yang terlibat

    secara langsung dan tidak langsung. Keperihatinan dan pengorbanan kalian amat

    dihargai. Semoga Allah S.W.T jua yang dapat membalas budi baik kalian semua.

    KHAIRUL IRWAN BIN RUSTAM EFFENDI

    D20031016647

    Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia

    Universiti Pendidikan Sultan Idris

    2006

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    5/77

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar pontengsekolah di SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur. Kajian ini telah dijalankan ke atas 50

    orang pelajar Tingkatan 4 (35 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan) yang telah

    mempunyai rekod ponteng. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini

    adalah kaedah kajian perbandingan Sebab-Akibat atau Ex-Post Facto. Faktor-faktor

    yang ingin dilihat ialah faktor sikap guru, faktor sosioekonomi, faktor rakan sebaya

    dan faktor diri sendiri yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Faktor sikap guru

    adalah dilihat faktor yang lebih dominan dimana min = 2.4560, ini diikuti oleh faktor

    diri sendiri min = 2.4120 seterusnya faktor sosioekonomi min = 2.2340 dan akhir

    sekali faktor rakan sebaya 2.0100 dengan kegiatan ponteng sekolah.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    6/77

    FACTORS THAT INFLUENCE PLAYING TRUANT AMONG STUDENT

    ABSTRACT

    This study was carried out to assess the factors that influence playing truant among

    secondary school students. Besides that, this study also would like to find out the most

    dominant factors which is causes playing truant among students. The respondents

    consist 50 students from SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur which is including 35

    male and 15 female students. The researcher using a set of questionnares which is

    based on item that influence students to play truant. Factors that influence playing

    truant among student have been study. There were the attitude of teachers factor,

    socioeconomic factors, colleague factors and oneself factors. The Statistical Package

    for Social Sciences is used to analyse the data. Statistical analyses used to analyse the

    data were T-test and Means. The T-test was used to analysed the differences amongplaying truant and gender. The means were used to measure an average of all the

    factors before get the most dominants factors which is influence students to playing

    truant. The results of this study showed that there is no significant differences between

    palying truang and gender. At the same time, the most dominant factors that causes

    palying truant among students is teachers factor.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    7/77

    SENARAI KANDUNGAN

    PERKARA MUKA SURAT

    PENGAKUAN i

    PENGHARGAAN ii

    ABSTRAK BAHASA MELAYU iii

    ABSTRAK BAHASA INGGERIS iv

    SENARAI KANDUNGAN v

    SENARAI JADUAL viii

    SENARAI ISTILAH xi

    SENARAI LAMPIRAN x

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar belakang kajian 4

    1.3 Pendekatan teori

    1.3.1 Teori tingkah laku 7

    1.3.2 Teori pembelajaran sosial 9

    1.4 Pernyataan masalah 13

    1.5 Objektif kajian 20

    1.6 Kepentingan kajian 21

    1.7 Definisi konsep dan operasional 22

    1.7.1 Pelajar 22

    1.7.2 Ponteng 22

    1.7.3 Sekolah 23

    1.7.4 Sikap guru 23

    1.7.5 Sosioekonomi 24

    1.7.6 Rakan sebaya 24

    1.7.7 Diri sendiri 25

    1.8 Persoalan kajian 25

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    8/77

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    9/77

    4.2 Analisis sampel kajian 49

    4.3 Ciri-ciri demografi sampel 49

    4.4 Analisis dapatan (Persoalan Kajian) 52

    4.4.1 Apakah faktor yang paling tinggi atau dominan yang

    Menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng 52

    4.4.2 Apakah perbezaan dalam faktor ponteng mengikut jantina 53

    4.4.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam

    dimensi faktor ponteng berdasarkan jantina 54

    4.5 Kesimpulan 55

    BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 57

    5.2 Perbincangan 57

    5.3 Implikasi kajian 62

    5.4 Cadangan 64

    BIBLIOGRAFI 65

    LAMPIRAN

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    10/77

    SENARAI JADUAL

    Jadual Muka surat

    3.1 Item-item positif dan negatif bagi faktor sikap guru 41

    3.2 Item-item positif dan negatif bagi faktor sosioekonomi 42

    3.3 Item-item positif dan negatif bagi faktor diri sendiri 42

    3.4 Pemarkatan jumlah skor 45

    3.5 Pemarkatan tahap sosioekonomi 46

    3.6 Pemarkatan jarak rumah ke sekolah 46

    4.1 Peratusan faktor demografi ketegori jantina 49

    4.2 Peratusan faktor demografi kategori tahap sosioekonomi 50

    4.3 Peratusan faktor demografi kategori bilangan adik beradik 51

    4.4 Peratusan faktor demografi kategori cara ke sekolah 52

    4.5 Keputusan analisis min bagi faktor yang paling dominan 52

    4.6 Keputusan analisis min bagi faktor ponteng berdasarkan jantina 53

    4.7 Keputusan ujian T bagi melihat perbezaan dimensi faktor 55

    ponteng berdasarkan jantina

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    11/77

    SENARAI ISTILAH

    F Kekerapan

    N Jumlah Bilangan Responden

    SP Sisihan Piawai

    T Nilai Ujian

    % Peratusan

    > Lebih Besar Daripada

    KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

    SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

    UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

    JPWPKL Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu

    SPSS Statistical Package for Social Sciences

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    12/77

    LAMPIRAN

    A Soal selidik ponteng

    B Surat pengesahan sebagai pelajar

    C Surat kebenaran menjalankan kajian luar

    D Surat Kebenaran menjalankan Penyelidikan Daripada Bahagian Perancangan

    Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

    E Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah - Sekolah Menengah

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    F Analisis Alat Kajian

    F-1 Skala Kekerapan Jantina

    F-2 Skala Kekerapan Pendapatan Penjaga

    F-3 Skala Kekerapan Bilangan Adik beradik

    F-4 Skala Kekerapan Cara Ke Sekolah

    F-5 Skala Deskriptif Min

    F-6 Skala Means

    F-7 Ujian T Alat Kajian

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    13/77

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 PengenalanBab pengenalan ini membincangkan tentang latar belakang kajian, pendekatan teori,

    pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasional,

    kepentingan kajian dan batasan kajian. Kesemua sub tajuk ini akan menghuraikan

    dengan terperinci di bawah bab ini.

    Secara amnya sekolah adalah sebuah tempat untuk pelajar-pelajar menerima

    pembelajaran daripada orang yang signifikan dengan pelajar di sekolah seperti guru.

    Masyarakat umum pula menganggap sekolah adalah sebagai pusat penyebaran ilmu

    pengetahuan yang bercorak akademik khususnya seperti kemahiran asas serta latihan

    yang sesuai untuk masa depan mereka. Jadi, jelaslah disini bahawa tujuan yang paling

    utama sekolah adalah untuk membentuk manusia yang terdidik.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    14/77

    Sebagai sebuah organisasi yang bercorak formal, sekolah mempunyai ciri-ciri

    organisasi yang lengkap dan teratur yang lazimnya wujud hari ini. Ia mempunyai

    matlamat, khususnya untuk menghasilkan manusia yang terdidik dan seterusnya

    berguna kepada negara kerana ada antara mereka merupakan bakal di kalangan

    pemimpin negara kelak. Jadi, Unit Bimbingan dan Kaunseling di sesebuah sekolah

    merupakan satu komponen yang sangat penting dalam organisasi dan pengurusan

    sesebuah sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga merupakan satu unit yang

    berfungsi dan peranannya adalah tertumpu kepada perkhidmatan kebajikan kepada

    pelajar.

    Proses pembangunan dan perkembangan Unit Bimbingan dan Kaunseling

    sekolah merupakan sebahagian daripada aspek pengurusan dan proses pembelajaran

    dan pengajaran. Iklim di sekolah yang kondusif adalah bertujuan untuk mencapai

    keberkesanan dari segi kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Perlaksanaan

    perkhidmatan kaunseling di sekolah menjadi satu perkara yang berguna dan

    merupakan sebahagian daripada urusan pentadbiran sekolah. Perkhidmatan

    Bimbingan dan Kaunseling adalah satu perkhidmatan menolong yang terancang dan

    sistematik untuk semua pelajar daripada peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat

    pengajian tinggi.

    Pelajar-pelajar di sekolah boleh diibaratkan sebagai rebung yang masih boleh

    dilentur ke arah mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Pelajar-pelajar yang mentah

    adalah merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat. Jadi, harapan masyarakat

    terhadap pelajar sekolah adalah tinggi apabila mereka sudah tamat persekolahan kelak

    agar berguna kepada masyarakat umumnya dan khasnya kepada diri mereka dan orang

    yang signifikan dengan mereka iaitu ibu bapa mereka. Namun, apa yang terjadi kini

    adalah disebaliknya di mana para ibu bapa dan masyarakat umumnya, belum pun

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    15/77

    habis mereka belajar sudah ada sebahagiannya yang menunjukkan tanda-tanda yang

    negatif dan adanya gejala sosial di kalangan pelajar pada hari ini sudah sampai ke

    tahap yang boleh mengancam keselamatan negara dipetik dalam Berita Harian, 28

    Februari 1997: 1. (Ishak Harun et al., 2004).

    Gejala ponteng ke sekolah dan ke kelas adalah merupakan sebahagian yang

    cuba dikupas dalam penyelidikan ini. Gejala ponteng diberi tanggapan sebagai jenis

    kelumpuhan penyesuain diri oleh individu-individu dan kerana itu mereka membentuk

    kelakuan anti penyesuaian. Dan akhirnya mereka yang melanggar disiplin ini akan

    mengundurkan diri dari pembelajaran secara separa atau sepenuhnya. Mereka yang

    ponteng malangnya akan mengalami kejutan suasana, mempunyai kemampuan

    penyesuaian yang rendah serta langkah kognitif yang kabur. Perbuatan ponteng juga

    merupakan satu perlakuan salah laku dan melanggar disiplin sesebuah sekolah.

    Seseorang pelajar yang dikatakan memonteng sekiranya ia tidak hadir ke sekolah

    tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan seperti biasa, seperti

    sakit, kecemasan dan sebagainya. Sejak akhir-akhir ini permasalahan ini didapati

    semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke tahap yang agak serius. Pihak media juga

    sering kali meyiarkan berita tentang permasalahan ini sehinggakan pada masa ini

    pihak guru serta ibu bapa perlu sama bekerja keras dengan memikirkan apakah

    tindakan yang terbaik bagi menghalang gejala negatif ini sampai ke peringkat yang

    lebih kronik lagi. Kes ponteng sekolah telah menjadi suatu isu dan mencatatkan

    peningkatan tinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain dan ia secara

    langsung membebankan pelbagai pihak mengenai apakah punca sebenar terjadinya

    fenomena seperti ini.

    Jadi, di dalam penyelidikan ini, kita akan menilai dan mengukur apakah faktor-

    faktor yang menyebabkan masalah ponteng ke sekolah dan ke kelas ini terjadi. Dan

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    16/77

    langkah seterusnya adalah tertumpu kepada guru-guru Bimbingan dan Kaunseling dan

    Guru sekolah amnya bagaimana intervensi yang difikirkan sesuai kepada

    permasalahan ini, dengan harapan intervensi yang dibuat itu akan membuahkan hasil

    dengan mengubah tingkah laku negatif ponteng sekolah ini kepada tingkah laku yang

    positif.

    1.2 Latar Belakang KajianTidak dinafikan bahawa masalah perlanggaran disiplin seperti ponteng ke sekolah dan

    ke kelas ini adalah satu daripada masalah yang tidak ada kesudahannya dan tidak

    berhenti-henti dibincangkan. Malah masalah disiplin seperti ini sudah tersebar luas

    menerusi media massa, akhbar, majalah, radio malah ia juga turut bergema dalam

    persidangan di Dewan Parlimen (Awang Had Salleh, 1991). Tidak dapat tidak bahawa

    masalah ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor antara yang ingin di kaji dalam

    penyelidikan ini adalah faktor diri sendiri, sosio ekonomi, rakan sebaya dan guru.

    Dalam hal ini, pihak Kerajaan khususnya Kementerian yang bertanggungjawab

    seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang kini diterajui oleh Yang

    Berhormat Dato Hishammudin Tun Hussein Onn, bukan tidak peka dengan gejala

    sosial seperti ponteng ke sekolah dan ke kelas ini. Terdapat beberapa langkah, telah

    dan sedang dilaksanakan: antaranya dengan memberi penekanan kepada kegiatan Ko-

    Kurikulum seperti sukan, unit beruniform, persatuan termasuklah kem-kem motivasi

    dan bina semangat telah dilaksanakan di sekolah. Kenyataan ini disokong oleh Ketua

    Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Mazlan Ahmad dalam akhbar Utusan

    Malaysia bertarikh 26 februari 1997, masalah disiplin seperti ponteng sekolah dan ke

    kelas ini berlaku sejak adanya kecenderungan sekolah mengurangkan waktu

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    17/77

    pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) daripada tiga waktu seminggu kepada satu

    waktu sahaja. Secara fizikalnya, katanya, kanak-kanak dan remaja mempunyai tenaga

    yang melimpah ketika usia remaja (Abundence) yang mesti disalurkan melalui aktiviti

    seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan lain-lain.

    Ketua Pengarah MSN itu menambah bahawa usaha yang serius mesti di buat

    bagi mewujudkan suasana pelajar suka ke sekolah dan ketagih dengan sesuatu jenis

    permainan, para pelajar juga perlu diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mereka

    berpeluang beriadah, melakukan aktiviti pendidikan jasmani dan bersukan jelasnya.

    Antara lain pihak KPM juga telah melakukan intervensi agar masalah disiplin seperti

    ponteng ke sekolah dan kelas ini dapat diatasi secara beransur-ansur, dengan ini KPM

    telah menerbitkan lima buah buku panduan disiplin di sekolah-sekolah untuk panduan

    Guru-guru dan pentadbiran sekolah iaitu:

    i. Panduan Am Disiplin Sekolah (1981).ii. Panduan Bagi Ibu Bapa Menangani Disiplin Murid Sekolah (1982).iii. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru (1983).iv. Mencegah Salahgunu Dadah Melalui Kaunseling (1982).v. Surat Pekeliling Ikhtisas 1979-1983 (1984).

    Ini disebabkan sesebuah institusi pendidikan itu merupakan penggerak utama

    pembentukan awal minda murni ahli masyarakat. Seperti yang kita ketahui sekolah

    adalah merupakan sebuah institusi yang mendidik para pelajar bukan sahaja dari segi

    akademik, malahan pelajar diasuh mengenai tingkah laku yang sempurna dan diajar

    mengenai disiplin diri. Gejala-gejala negatif seperti ponteng ke sekolah dan ke kelas

    ini adalah suatu perkara yang sukar untuk dikawal. Kes ponteng sekolah telah menjadi

    isu dan mencatat peningkatan tinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain.

    Olah yang demikian maka terbitnya langkah yang drastik telah diusahakan seperti

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    18/77

    menguatkuasakan akta Juvana 1972 dan memberikan kuasa polis tambahan kepada

    guru-guru disiplin adalah dialukan.

    Gejala ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan suatu perlakuan yang

    menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng

    kelas menjadi amalan dan tabiat pelajar, mala ianya akan boleh membawa kepada

    kesan yang negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah.

    Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat

    tanggungjawab, ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan

    melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif kesan daripada ponteng tersebut.

    Masalah disiplin ponteng sekolah adalah yang paling banyak berlaku di

    sekolah berhampiran bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan kawasan yang

    menjadi tumpuan pelajar untuk melepak pada waktu persekolahan ialah sekitar taman-

    taman rekreasi seperti Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Permaisuri dan Taman

    Tasik Titiwangsa (Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWKL),

    2002). Menurut Yaakob Wan Ibrahim (2002), pelajar yang ponteng sekolah tidak

    menukar pakaian mereka apabila ponteng dan ini bermakna mereka melepak di

    tempat-tempat yang dinyatakan tadi dalam keadaan masih berpakaian sekolah. Pelajar

    yang ponteng juga gemar menghabiskan waktu persekolahan mereka di pusat-pusat

    membeli belah. Berikutan itu, JPWKL (2002), telah mencadangkan penubuhan skuad

    ponteng bagi menangani permasalahan pelajar ponteng sekolah yang disertai oleh ahli

    pertubuhan bukan kerajaan serta kerjasama dari pihak polis khususnya dalam

    membendung permasalahan ini terus menular.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    19/77

    1.3 Pendekatan Teori1.3.1 Teori Tingkah Laku

    Menurut Amir Hassan Dawi (2002), teori tingkahlaku merupakan satu jenis

    kaunseling yang berorientasikan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk membasmi

    tingkahlaku yang tidak betul dan membantu klien untuk menguasai tingkahlaku baru.

    Franks (1969), menyatakan bahawa pendekatan teori tingkahlaku kepada

    kaunseling adalah semata-mata ubahsuaian gerak balas yang melibatkan penggunaan

    teori pembelajaran. Ia mendefinisikan kaunseling tingkahlaku sebagai pengubahsuaian

    tingkahlaku bersesuaian dengan dengan prinsip individu. Tidak ada satu teori

    pembelajaran khusus yang dinyatakan dan diterima oleh semua kaunselor tingkahlaku,

    walaupun boleh dikatakan yang semua kaunselor percaya akan prinsip umum

    pembelajaran.

    Dalam kajian ini teori tingkah laku dilihat amat sesuai dan dilihat selari dengan

    masalah yang hendak dikaji. Diantara tokoh yang mempelopori teori ini antaranya

    B.F.Skinner, J.B.Watson dan Thorndike. Teori tingkah laku ini menerangkan bahawa

    personaliti adalah hasil daripada pembelajaran melalui interaksi dengan individu lain.

    Sebagai contoh tingkah laku yang menyimpang seperti ponteng adalah disebabkan

    hasil daripada pembelajaran melalui pemerhatian. Menurut Ramlah Jantan & Mahani

    Razali (2002), dalam Mohammad Aziz Shah (2004), menurutnya pembelajaran adalah

    satu perubahan yang berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh

    pengalaman. Teori ini juga berpendapat tabiat dan tingkah laku menusia terbentuk

    daripada proses pembelajaran dan perubahan persekitaran. Tabiat manusia yang

    menjadi masalah adalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran

    yang salah. Sebagai contoh pembentukan sikap negatif seperti ponteng adalah hasil

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    20/77

    daripada pembelajaran dan tindak balasnya terhadap rangsangan yang diterima

    daripada persekitaran seperti rakan sebaya.

    Sikap ponteng yang pelajar tunjukkan merupakan suatu pembelajaran yang

    diperoleh daripada rangsangan dan peneguhan dan akhirnya ia akan membentuk gerak

    balas iaitu:

    a) Rangsangan Malas belajar, bosan dengan cara guru mengajar dan tidak minatmata pelajaran tertentu.

    b) Peneguhan Diterima oleh rakan-rakan yang turut ponteng, lalu ia merasapuas dengan apa tindakan yang dilakukannya dan dianggap hebat oleh

    segelintir pelajar yang tertentu.

    c) Gerak Balas Ponteng ke sekolah atau ke kelas.

    Akhirnya ia akan menyebabkan pelajar tersebut ponteng dan seterusnya membuat

    suatu gerak balas yang berupa generalisasi dan ia mengarah kepada proses

    pembentukan sikap atau dikenali sebagai shaping (kerap ponteng sekolah).

    Dan teori ini juga mengatakan seseorang manusia itu adalah berkonsepkan

    Tabula Rasa atau kosong. Sebarang tingkah laku mahupun buruk atau sebaliknya ia

    adalah dipelajari sepanjang hidup melalui rangsangan, peneguhan dan gerak balas.

    Sebarang tingkah laku yang diperteguhkan ada mempunyai kecenderungan tinggi

    untuk dilakukan oleh seseorang berbanding tingkah laku yang tidak diperteguhkan

    iaitu seorang pelajar ponteng lalu ia semakin terkenal lalu diterima oleh kawannya.

    Dan perlu diingatkan juga setiap perlakuan ada mempunyai sebab dan kesan ia

    bertingkah laku. Maksudnya tingkah laku pelajar ada mempunyai kaitan erat dengan

    persekitaran di mana ia dibesarkan.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    21/77

    1.3.2 Teori Pembelajaran SosialTeori pembelajaran sosial adalah diasaskan oleh Albert Bandura (1986, 1977, 1998,

    2000). Dan teori ini juga telah dinamakan sebagai Teori Kognitif sosial oleh

    Bandura sendiri (Amanda Moore, 2002). Teori ini juga telah memperkenalkan Model

    reciprocal determinism dan Teori pembelajaran peniruan atau pembelajaran model.

    Teori ini juga mempercayai bahawa kebanyakkan tingkah laku adalah terhasil

    daripada pembelajaran seseorang ke atas tingkah laku orang lain yang disimpannya

    dalam ingatan dan akan dikeluarkan apabila menghadapi situasi yang sesuai. Menurut

    Bandura ia menganggap manusia adalah merupakan sesuatu mahluk yang aktif, di

    mana manusia berupaya untuk membuat pilihan dan menggunakan proses-proses

    perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta komunikasi dengan orang lain.

    Terdapat tiga faktor utama iaitu perlakuan, individu (kognitif) dan

    persekitaran. Ketiga faktor-faktor tersebut adalah saling berinteraksi untuk

    mempengaruhi pembelajaran. Menurut Bandura lagi setiap perlakuan seseorang

    adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Menurut teori ini

    terdapat beberapa cara peniruan boleh dilakukan.

    i. Proses peniruan yang mudah atau meniru secara langsungii. Proses peniruan melalui sekatlakuan dan takselatlakuan

    iii.

    Proses peniruan melalui elisitasi dimana proses peniruan ini timbul apabila kita

    melihat perlakuan orang lain.

    Terdapat beberapa langkah yang penting dalam melakukan peniruan iaitu:

    i. Pemerhatian apabila seseorang ingin meniru perlakuan model, pertama sekalidia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat langkah-langkah yang

    dilaksanaka oleh model tersebut.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    22/77

    ii. Penyimpanan langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalamingatan oleh pelajar.

    iii. Pengeluaran tingkah laku yang perlu ditiru diperlihatkan dalam situasi yangsesuai

    iv. Motivasi Sekiranya tingkah laku mendapat motivasi, peniruan akan diulang.

    Jika dibandingkan dengan kaunseling yang berorientasikan wawasan dalam

    pendekatan tingkahlaku kaunselor, kaunselor lebih mempunyai pengaruh yang lebih

    besar terhadap apa yang dilakukan oleh klien dalam kaunseling dan mungkin juga

    dalam kehidupan di luar kaunseling. Oleh itu, kaunselor adalah lebih

    bertanggungjawab terhadap hasil rawatan, iaitu apa juga perubahan yang berlaku pada

    klien. Kaunseling tingkahlaku berasaskan teori personaliti. Ia telah ditemui atas

    kepercayaan bahawa pola personaliti dipelajari dan boleh difahami melalui

    pengetahuan tentang teori pembelajaran. Teori pembelajaran yang menerangkan

    kaunseling tingkahlaku telah dikenalpasti pada satu masa dahulu sebagai proses

    pelaziman.

    Satu teknologi kaedah menilai tingkahlaku yang kukuh perlu bagi kaunseling

    tingkah laku. Adalah penting bagi kaunselor untuk memahami proses yang melaluinya

    klien telah mempelajari tingkahlakunya, memahami peristiwa sebelumnya yang

    penting dalam perkembangannya dan mengenalpasti atau memahami kekuatan yang

    telah mengekalkannya. Individu yang telah mempelajari tingkah laku salahsuaian atau

    salah laku datang berjumpa dengan kaunselor dengan masalah ini. Kaunselor dan

    klien membentuk satu program ubahsuaian tingkahlaku yang melaluinya klien boleh

    mempelajari cara baru dan lebih berkesan untuk berfungsi.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    23/77

    Andaian asas pendekatan teori tingkahlaku ini berkaitan dengan personaliti

    ialah tingkahlaku dipelajari dan personaliti individu berkembang melalui kematangan

    dan pembelajaran. Havinghurts (1952), telah memperkenalkan tugas-tugas

    perkembangan yang perlu dikuasai oleh individu dalam proses perkembangannya.

    Menurut beliau lagi, tugas perkembangan yang perlu dikuasai oleh individu dalam

    proses perkembangannya adalah tugas pembelajaran.

    Untuk memahami perkembangan manusia, seseorang itu mestilah memahami

    pembelajaran. Manusia belajar melalui liku-liku dalam hidupnya. Kehidupan terdiri

    daripada satu siri tugas untuk dipelajari dan dikuasai. Sekiranya manusia

    mempelajarinya dengan baik atau dengan sepenuhnya, seseorang itu akan mendapat

    kepuasan tetapi jika pembelajarannya tidak lengkap, lemah dan tidak sempurna

    mereka akan mengalami kesusahan, kedukaan dan tidak diterima dari segi sosial.

    Setiap individu berpotensi untuk menjadi baik atau jahat tanpa dorongan

    semulajadi untuk menuju ke mana-mana arah. Cara personaliti itu berkembang

    bergantung kepada interaksinya dengan persekitarannya. Dari sudut pembelajaran,

    manusia dilihat sebagai makhluk reaktif. Manusia bertindakbalas terhadap rangsangan

    yang merangsangnya dan apabila mereka bertindakbalas, pola tingkahlaku terbentuk

    dan pola inilah yang akhirnya membentuk personaliti. Ahli teori pembelajaran percaya

    bahawa sesetengah tingkahlaku adalah hasil daripada sifat-sifat semulajadi dan

    interaksi sifat-sifat ini dengan persekitaran ( Amir Hassan Dawi, 2002 ).

    Kesimpulannya, kaunseling yang menggunakan teori pendekatan tingkahlaku

    dilihat sebagai suatu situasi pembelajaran oleh teori tingkahlaku. Segala perubahan

    yang berlaku dalam tingkahlaku klien yang dihasilkan dalam proses undang-undang

    pembelajaran iaitu undang-undang pembelajaran yang sama seperti yang berlaku di

    luar sesi kaunseling. Oleh itu, dalam proses kaunseling, tumpuan diberikan kepada

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    24/77

    pengenaan undang-undang pembelajaran untuk mencapai tingkah laku yang

    dikehendaki. ( Amir Hassan Dawi, 2002 ).

    Dalam usaha mendisiplinkan pelajar, guru mungkin menggunakan kaedah

    penguatkuasaan dengan mengetatkan peraturan dan hukuman. Namun disiplin yang

    baik sebenarnya datang daripada kawalan dalam diri melalui internalisasi norma dan

    nilai.

    Berbanding dengan kawalan luaran. Cabaran bagi guru ialah bagaimana untuk

    menginternalisasikan norma dan nilai dalam diri pelajar-pelajarnya supaya mereka

    tidak melakukan perkara-perkara yang mungkin tidak sesuai dengan kemahuan

    budaya masyarakat. Guru perlu memikirkan pelbagai cara untuk berinteraksi yang

    membentuk kawalan dalaman para pelajar. (Amir Hassan Dawi, 2002).

    Sekolah merupakan institusi yang berstruktur yang mengandungi dimensi

    interaksi tiga kumpulan yang dominan iaitu pihak pengurusan, guru-guru dan para

    pelajar. Di sekolah, guru mempunyai autoriti kekuasaan yang signifikan terhadap

    pelajar-pelajar. Namun, kadang-kadang pelajar-pelajar mungkin tidak setuju dengan

    gaya atau tingkah laku guru-guru mereka. Apabila mereka tidak setuju, maka

    berlakulah konflik dan konflik ini menyebabkan berlakunya tingkah laku devian

    seperti ponteng sekolah ini ( Amir Hassan Dawi, 2002 ).

    Oleh itu satu suasana yang mengatasi konflik pelajar-guru perlu dibina dalam

    iklim persekolahan. Di sinilah peranan kaunselor sekolah dan unit Bimbingan

    Kaunseling dalam menangani masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar ini.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    25/77

    1.4 Pernyataan Masalah

    Usaha untuk mengurangkan kejadian ponteng sekolah amat penting demi kebaikan

    generasi akan datang. Sebenarnya masalah ponteng sekolah ini bukanlah suatu

    masalah baru, malah ia telah lama wujud iaitu semenjak konsep persekolahan

    dimulakan di nagara ini, iaitu sebelum negara merdeka lagi.

    Media massa banyak memperkatakan dan menyiarkan berita-berita berkaitan

    disiplin sekolah seperti ponteng sekolah. Terdapat pelbagai persoalan dikemukakan,

    khususnya mengenai langkah-langkah yang patut diambil oleh pihak yang berkenaan.

    Hal ini pada sesetengah pihak seolah-oleh menunjukkan bahawa keadaan disiplin di

    sekolah sudah tidak terkawal lagi, dan pastinya akan membangkitkan kebimbangan di

    kalangan ahli masyarakat terutama ibu bapa tentang masa depan anak-anak dan negara

    amnya. Perlakuan seperti ponteng ini merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan

    sekolah dan jika dijadikan sebagai satu tabiat dan amalan, ia boleh membawa kesan

    yang negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarga dan juga sekolah.

    Perlakuan ponteng sekolah dan kelas memungkinkan seorang pelajar itu hilang

    sifat bertanggungjawab, suka bohong dan menentang. Pelajar yang ponteng juga akan

    mengakibatakan mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan mungkin akan terlibat

    dengan kegiatan negatif dan berakhir dengan keciciran. Masalah ponteng ini boleh

    dikategorikan sebagai salah satu daripada tingkah laku delinkuen kerana ia merupakan

    tingkah laku yang menyalahi norma masyarakat ataupun peraturan dan undang-

    undang yang telah ditetapkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng

    didefinisikan sebagai tingkah laku menipu ataupun dalam kata lain ialah melarikan

    diri daripada tanggungjawab, tempat bertugas dan sebagainya. Tingkah laku ponteng

    di kalangan pelajar sekolah boleh dilihat sebagai tingkah laku melarikan diri dari

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    26/77

    sekolah atau kelas yang boleh dikatakan melarikan diri daripada tanggungjawab

    sebagai seorang pelajar.

    Utusan Malaysia yang bertarikh 18 Oktober 2004, menyatakan gejala ponteng

    sekolah kini menghangatkan hubungan keluarga dalam Kementerian Pelajaran.

    Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd. Khir mendakwa segelintir guru

    yang tidak kreatif menyebabkan sesi pengajaran membosankan sehingga mendorong

    pelajar ponteng kelas. Pemimpin kesatuan guru pula berasa tersinggung dengan

    kenyataan Mahadzir itu.

    Adalah tidak wajar tuduh-menuduh dilemparkan antara satu sama lain. Apa

    yang perlu dilakukan segera oleh Kementerian Pelajaran dan sekolah terbabit ialah

    mengambil inisiatif membendung gejala itu daripada berleluasa. Fakta bila tarikh

    gejala ponteng berlaku juga perlu diteliti. Adakah ia berlaku hanya kepada pelajar

    yang tamat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang

    berakhir baru-baru ini. Di sinilah harus dilihat semula tarikh mula dan akhir

    peperiksaan awam dengan sistem persekolahan yang masih berjalan hingga

    pertengahan November depan.

    Isu itu menjadi gempar hanya selepas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

    Terengganu, Mohamed Che Hamid mendedahkan masalah ponteng di sebuah sekolah

    menengah di Felda di negeri itu yang mencatatkan hanya 50 peratus pelajar sahaja

    yang ke kelas terutamanya pada hari Ahad dan Khamis.

    Kita tertanya-tanya mengapa masalah ponteng sekolah di luar bandar boleh

    berlaku. Benarkah sebab guru tidak pandai mengajar atau memang segelintir murid

    mempunyai telinga tebal yang tidak boleh diajar atau ditegur lalu memilih ponteng

    daripada berada di dalam kelas.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    27/77

    Ataupun disebabkan pengaruh di luar kelas lebih menarik. Jika sekolah di

    kawasan membangun seperti bandar atau bandar baru, kemunculan siber atau internet

    cafe dan pusat membeli-belah boleh memukau pelajar untuk terpaku di tempat

    berkenaan. Tetapi mengapa, dan apa punca gejala ponteng pelajar sekolah di luar

    bandar jadi begitu teruk?.

    Kalau beberapa bulan lalu rondaan polis Kuala Lumpur bagi mencegah

    kegiatan ponteng di kalangan pelajar sekolah menunjukkan kesan menggalakkan,

    apakah kaedah yang sama perlu dilakukan ke sekolah luar bandar?. Sekadar

    menghebahkan gejala ponteng tanpa disusuli siasatan terperinci, tidak menyelesaikan

    masalah. Ia perlu diikuti tindakan bagi membendung daripada ia terus berlaku.

    Tindakan lebih efektif perlu diambil segera bagi menangani masalah ponteng

    sekolah hingga ke peringkat akar umbi termasuk membabitkan kerjasama kerajaan,

    sekolah dan ibu bapa. Adalah merugikan negara apabila trend ponteng sekolah

    berjangkit kepada pelajar luar bandar yang majoritinya adalah Melayu. Malah

    kebanyakan pelajar yang tidak menghadiri kelas tambahan yang disediakan oleh

    kerajaan pun adalah di kalangan mereka yang tinggal di luar bandar.

    Sebab itu, punca pelajar luar bandar enggan atau tidak berminat ke sekolah

    perlu dicari segera sebelum ia menjadi sebati dan sukar untuk dipulihkan keyakinan

    mereka. Barangkali sekali lagi bantuan polis dituntut untuk menahan pelajar sekolah

    yang ponteng. Tiada bezanya kesalahan ponteng sekolah dan melepak di pusat

    membeli-belah dengan kesalahan sama yang dilakukan di ladang kelapa sawit atau

    getah.

    Utusan Malaysia yang bertarikh 26 Ogos 1998, melaporkan mengenai sepuluh

    orang pelajar yang ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah pangsa di Bukit Baru,

    Melaka kerana ponteng sekolah. Tidak dinafikan bahawa persekitaran sekolah dan

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    28/77

    sikap guru-guru menjadi salah satu faktor penyumbang kepada tingkah laku ponteng

    di kalangan pelajar sekolah. Persekitaran sekolah seperti struktur bilik darjah, interaksi

    antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan juga pelajar dengan

    persekitaran. Menurut Reynold (1976) dalam Vijayan Ramakutir (2000), masalah

    akan timbul jika kemerosotan berlaku dalam perhubungan di antara guru dan murid.

    Selain itu, pelajar hari ini kurang berminat terhadap pelajaran yang diajar kerana

    menganggap pelajaran tersebut terlalu padat dan membebankan. Cara penyampaian

    guru yang membosankan dan tidak menarik juga menyebabkan mereka ponteng kelas.

    Tugas guru, di samping mengajar juga adalah sebagai 'role model' yang utama

    bagi para pelajar. Konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati pelajar

    terhadap undang-undang dan dasar pendidikan akan menyebabkan mereka melakukan

    perkara-perkara di luar jangkaan. Para pelajar juga hendaklah dilatih dan diasuh dalam

    suasana budaya berbilang kaum supaya mereka tidak keterlaluan dalam kaum sendiri.

    Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial ini

    terutama kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami

    masalah keluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personaliti individu tertentu. Justeru

    itu, ibu bapa patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa aktiviti mereka, di mana

    mereka berjumpa dan lain-lain persoalan lagi.

    Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan.

    Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara

    sambilan sebagai jurujual, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai buruh di tapak

    binaan. Malah masih ramai di kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar

    raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal

    terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    29/77

    Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah

    seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang

    berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana

    tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat

    juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut

    didenda kerana kesalahan mereka itu.

    Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya

    akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan.

    Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan

    yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat

    bagi kesalahan yang kecil.

    Utusan Malaysia yang bertarikh 17 Oktober 2003, menyatakan kes yang paling

    banyak berlaku melibatkan masalah disiplin pelajar di Kuala Lumpur ialah ponteng

    sekolah. Maklumat yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan

    Kuala Lumpur (JPWKL) menunjukkan kawasan yang menjadi tumpuan pelajar untuk

    melepak pada waktu sekolah ialah sekitar taman-taman rekreasi seperti Taman Tasik

    Perdana, Taman Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Titiwangsa. Selain itu, pelajar

    juga gemar menghabiskan waktu sekolah di pusat-pusat membeli belah.

    Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat

    terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca

    daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan

    kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran

    sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga

    kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran

    dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    30/77

    juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar

    yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya

    mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana

    menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat

    untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang

    lebih cerdas.

    Dapat dinyatakan di sini bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang

    kepada masalah ponteng sekolah iaitu sikap guru, status sosio ekonomi, rakan sebaya,

    dan diri sendiri

    Secara keseluruhannya ponteng sekolah ditakrifkan sebagai tingkah laku

    remaja atau golongan pelajar sekolah yang melarikan diri daripada tanggungjawab

    sekolah yang merupakan tempat mereka menuntut ilmu pengetahuan. Ini tergolong

    sebagai tingkah laku delinkuen, di mana ia melanggar peraturan-peraturan yang telah

    ditetapkan oleh pihak sekolah khususnya dan Kementerian Pendidikan amnya. Justeru

    itu perlakuan delinkuen ini perlu di banteras bagi mengatasi kesan-kesan negatif yang

    bakal muncul ekoran daripada perlakuan ponteng. Antara punca pelajar ponteng yang

    telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di

    sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita

    yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar

    menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya.

    Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak

    mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat

    kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes

    ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan

    pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    31/77

    kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa.

    Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak

    dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

    kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ponteng

    sekolah iaitu sikap guru, status sosio ekonomi, rakan sebaya dan diri sendiri.

    1.5 Objektif Kajian

    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat faktor-faktor penyebab yang

    mempengaruhi pelajar ponteng sekolah daripada sudut sikap guru, status

    sosioekonomi, rakan sebaya dan diri sendiri.

    1.5.1 Pertama ialah untuk melihat faktor sikap guru sama ada mempunyai hubungan

    dengan tingkah laku pelajar ponteng sekolah. Faktor sikap guru yang dikaji

    dalam kajian ini ialah sama ada guru bersikap bias atau pun garang semasa sesi

    pengajaran berlangsung.

    1.5.2 Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada terdapatnya perbezaan status

    sosioekonomi keluarga di kalangan pelajar yang bertingkah laku ponteng

    sekolah. Kebiasaannya ibu bapa dari status sosiekonomi yang tinggi lebih

    mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Status sosioekonomi yang dikaji

    ialah tingkat pendapatan ibu bapa sama ada dapat mempengaruhi cara dan

    gaya didikan terhadap anak-anak.

    1.5.3 Tujuan kajian ini juga untuk melihat sejauh mana faktor rakan sebaya

    memainkan peranan sebagai pendorong kepada pelajar untuk ponteng sekolah.

    Di zaman persekolahan, pelajar lebih mudah mendekati rakan sebaya dan cuba

    mencari identiti melalui pengaruh rakan sebaya.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    32/77

    1.5.4 Kajian ini juga bertujuan untuk melihat faktor diri pelajar itu sendiri. Inikerana terdapat sesetengah pelajar ponteng sekolah bukan disebabkan oleh

    orang lain tetapi kerana dirinya sendiri yang tidak berminat terhadap pelajaran.

    1.6 Kepentingan kajian

    1.6.1 Kajian ini dapat membantu mengenal pasti faktor yang paling dominan yang

    mempengaruhi pelajar ponteng sekolah.

    1.6.2 Kajian ini sebagai panduan kepada ibu bapa dalam mengawal dan mendidik

    anak-anak.

    1.6.3 Kajian ini dapat membantu pihak sekolah dalam membuat perancangan bagi

    mengatasi masalah ponteng sekolah.

    1.6.4 Kajian ini sebagai panduan kepada kaunselor supaya memberi perhatian

    terhadap pelajar yang ponteng sekolah.

    1.6.5 Akhir sekali, diharapkan kajian ini dapat membantu masyarakat dalam

    memainkan peranan dalam mencegah daripada berleluasanya gejala ponteng

    sekolah ini.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    33/77

    1.7 Definisi konsep dan operasional

    1.7.1 Pelajar

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), pelajar ialah orang yang belajar seperti

    murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya atau orang yang mengaji iaitu

    menyelidiki ilmu.

    Menurut Tengku Iskandar (1970) dalam Masitah Mohd Yusof (2003),

    mendefinisikan pelajar sebagai anak yang sedang belajar atau sedang berguru. Kamus

    Webster pula (1974) dalam Masitah Mohd Yusof (2003), memberi pengertian pelajar

    sebagai sesiapa sahaja yang sedang belajar di institusi pendidikan seperti sekolah

    tinggi dan kolej. Pelajar atau murid juga merujuk kepada seseorang anak di bawah

    seliaan seorang instruktur atau tutor.

    Pelajar yang dimaksudkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pelajar

    Tingkatan 4 yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya Kuala

    Lumpur. Pelajar-pelajar ini ialah yang telah dikenal pasti sering ponteng sekolah yang

    diperolehi melalui Buku Kedatangan Harian daripada guru tingkatan.

    1.7.2 Ponteng

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), mendefinisikan ponteng sebagai kecoh,

    tipu atau lari daripada tugas dan tanggungjawab.

    Dalam kajian ini, ponteng yang dimaksudkan oleh pengkaji ialah pelajar yang

    tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut dalam sebulan tanpa notis.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    34/77

    1.7.3 Sekolah

    Kementerian Belia dan Sukan (1995), mendefinisikan sekolah sebagai sebuah institusi

    pendidikan yang membekalkan generasi muda dengan ilmu pengetahuan, kemahiran,

    ketrampilan dan kecerdasan serta nilai dan interaksi sosial. Sistem persekolahan juga

    menyediakan golongan muda dengan segala persediaan untuk menghadapi alam

    dewasa dan pekerjaan serta menjadi insan yang berguna dalam masyarakat.

    Menurut Foster (1984), sekolah sekurang-kurangnya mempunyai empat fungsi

    iaitu sebagai tempat pendidikan, penilaian, sosialisasi dan kanak-kanak mendapat

    perlindungan.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), sekolah ialah tempat untuk

    belajar dan mengajar atau tempat menerima dan memberi pelajaran.

    Dalam kajian ini, sekolah merujuk kepada faktor dalaman sekolah dan lokasi

    sekolah yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Faktor dalaman sekolah

    merujuk kepada keadaan mata pelajaran yang terlalu padat dan membebankan, guru

    disiplin yang terlalu tegas dan penyampaian guru yang membosankan. Manakala

    lokasi sekolah pula merujuk kepada jarak antara sekolah dan rumah.

    1.7.4 Sikap guru

    Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), sikap merujuk kepada gaya berdiri (bergerak,

    berpakai, dan lain-lain). Guru pula merujuk kepada orang yang mengajar, pendidik,

    pengajar, pengasuh. Oleh itu, sikap guru ialah gaya yang ditunjukkan semasa proses

    pengajaran berlangsung.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    35/77

    Sikap guru yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah sikap guru semasa

    pengajaran sama ada garang atau pun bias terhadap pelajarnya yang mempengaruhi

    pelajar ponteng sekolah.

    1.7.5 Sosioekonomi

    Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), sosioekonomi melibatkan unsur-unsur atau faktor-

    faktor kemasyarakatan dan ekonomi.

    Dalam kajian ini, sosioekonomi merujuk kepada tingkat pendapatan ibu bapa

    sama ada rendah atau pun tinggi yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah.

    1.7.6 Rakan sebaya

    Cole dan Hall (1970), rakan sebaya sebagai unit sosial bagi golongan remaja. Rakan

    sebaya dikaitkan dengan sahabat di mana remaja bertindak balas dan mendapat

    hubungan serta kerjasama yang rapat antara satu sama lain.

    Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002), rakan sebaya ialah mereka

    yang tergolong dalam kumpulan yang sama dan mempunyai persamaan dari segi

    minat, nilai dan aktiviti yang dilakukan. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang

    penting terutama di peringkat akhir kanak-kanak dan remaja.

    Dalam kajian ini rakan sebaya merujuk kepada rakan yang mendorong ke arah

    perkara-perkara positif atau pun negatif. Perkara positif ialah rakan yang menjadi

    pendorong dalam belajar, manakala rakan negatif ialah rakan yang mendorong ke arah

    ponteng sekolah.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    36/77

    1.7.7 Diri sendiri

    Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), diri ialah batang tubuh, orang seorang, empunya

    badan. Sendiri pula tubuh diri yang sebenarnya (bukan wakil dan lain-lain), diri. Oleh

    itu, diri sendiri ialah diri pelajar itu sendiri.

    Dalam kajian ini, diri sendiri merujuk kepada diri pelajar itu sendiri sama ada

    berminat untuk belajar atau pun tidak bukannya dipengaruhi oleh orang lain. Faktor

    ini dilihat sama ada pelajar tersebut ponteng sekolah disebabkan oleh dirinya sendiri.

    1.8 Persoalan Kajian

    1.8.1 Apakah faktor yang paling tinggi atau dominan yang menyebabkan pelajar

    terlibat dengan gejala ponteng?

    1.8.2 Apakah perbezaan dalam dalam faktor ponteng mengikut jantina?

    1.8.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi faktor ponteng

    sekolah berdasarkan jantina?

    1.9 Limitasi Kajian

    Kajian ini terhad kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 (umur 16 tahun) di Sekolah

    Menengah Kebangsaan Segambut Jaya, Kuala Lumpur. Kajian ini terhad kepada 100

    orang pelajar sahaja dan akan dijalankan dalam 3 atau 4 buah kelas sahaja. Selain itu,

    temubual juga dijalankan ke atas beberapa orang guru kelas di sekolah tersebut untuk

    mendapatkan maklumat tentang kes pelajar ponteng. Kajian juga dijalankan untuk

    mengetahui apakah faktor utama yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    37/77

    Bilangan responden yang tidak ramai menyebabkan kajian ini tidak dapat

    memberi gambaran sebenar atau membuat generalisasi dengan tepat tentang masalah

    ponteng di kalangan pelajar sekolah ini. Kajian ini hanyalah tinjauan pendapat tentang

    tajuk kajian sahaja bukanlah kajian menyeluruh yang umum.

    1.10 Rumusan

    Secara keseluruhannya, masalah ponteng perlu ditangani segera kerana ia akan

    melibatkan jenayah lain lagi yang semakin berleluasa. Pelajar juga adalah pemangkin

    negara di masa hadapan. Matlamat utama Wawasan 2020 adalah untuk membina

    sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    38/77

    BAB 2

    TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan

    Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai kajian-kajian sama ada dari

    dalam negara mahupun luar negara, yang mempunyai kaitan dengan kajian yang

    dijalankan. Ini adalah berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan seseorang

    pelajar itu terlibat dengan tingkah laku ponteng di sesebuah sekolah. Kajian-kajian

    lepas ini dikatakan sebagai sumber idea penyelidikan yang sama pentingnya dengan

    teori.

    2.2 Kajian dalam negara

    Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Terengganu sepanjang tahun 1987

    mengenai salah laku pelajar yang didedahkan dalam Berita Harian pada 25 Ogos

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    39/77

    1988. Kajian ini mendapati 13 452 kes berlaku di Terengganu. Di antara kesalahan

    yang dilakukan oleh pelajar ialah berambut panjang (22.5%), berpakaian tidak

    mengikut peraturan (13.6%), ponteng kelas (9.3%), merokok (8.1%) dan ponteng

    sekolah (8.0%).

    (Norwani Daud, 2001).

    Kajian oleh Nabil Abdul Latif (1994), ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat

    dan lima di Sekolah Menengah Vokasional Tanah Merah, Kelantan mendapati faktor

    keluarga dan faktor sekolah mendorong pelajar melakukan ponteng sekolah.

    Dari segi faktor keluarga, beliau mendapati ibu bapa yang tidak menunjukkan

    teladan yang baik, tidak mengambil berat tentang pencapaian anak-anak, ibu bapa

    yang tidak sehaluan atau sefahaman dan pendapatan ibu bapa yang rendah

    menyebabkan para pelajar bertingkah laku ponteng. Faktor sekolah pula merangkumi

    mata pelajaran yang membebankan dan gaya penyampaian guru yang membosankan

    menyebabkan mereka ponteng sekolah.

    Wan Ahmad Ismail (1980) dalam Vijayan Ramakutir (2000), mengatakan

    bahawa faktor utama wujudnya masalah ponteng sekolah ialah kecuaian ibu bapa

    pelajar sendiri dalam menjalankan kewajipan mereka sebagai tenaga pengaruh yang

    paling hampir dengan anak-anak. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar-pelajar

    yang ponteng mempunyai alasan seperti beban kerja rumah yang diberikan oleh guru,

    sikap guru yang tidak disenangi dan pengaruh rakan-rakan.

    Mohd Tajudin (1995) dalam Mardzelah Makhsin dan Mohamad Fadhli Ilias

    (2004), yang berkaitan dengan faktor keluarga menyimpulkan beberapa perkara yang

    tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab

    untuk mencorakkan anak mereka. Guru hanya dapat meluangkan masa selama lima

    atau tujuh jam seminggu. Mereka juga terpaksa mengawasi sebuah bilik darjah yang

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    40/77

    sesak yang mana kadangkala terdapat 40 hingga 50 pelajar dalam sebuah kelas. Ini

    menyebabkan guru tidak dapat membuat perhubungan interpersonal dengan setiap

    pelajar di dalam kelas itu.

    Dass (1992) dalam Maisarah Taufik (2000), menyatakan keluarga yang terlalu

    mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja. Kesan

    pergaulan bebas dan pengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan

    memburukkan lagi keadaan. Sikap ibu bapa yang juga tidak mengambil berat tentang

    kelakuan dan pergaulan anak remaja mendorong mereka kepada akhlak yang rosak.

    Remaja yang terdedah terlalu awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap

    yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah

    satu faktor keruntuhan akhlak mereka.

    Kajian yang dijalankan oleh Mokhtar Ismail dan Khadijah Zon (2003) dalam

    Rohana Man (2003), di dua buah sekolah di Johor Bahru yang mempunyai masalah

    disiplin tertinggi. Dalam kajian tersebut, seramai 60 orang pelajar tingkatan 4 yang

    terlibat. Kajian ini menyatakan perasaan tidak puas hati dengan sistem persekolahan

    mengundang rasa tidak seronok ke sekolah dan benci pada sekolah. Selain itu,

    tindakan sekolah yang mengeluarkan surat putih menyebabkan pelajar merasa telah

    disenarai hitamkan dan rekod mereka menjadi buruk walaupun kesalahan pelajar

    tidaklah serius. Berikutan daripada itu, perlabelan jahat secara tidak langsung akan

    memusnahkan harapan pelajar dan memesongkan pendirian mereka sehingga ada

    yang melabel diri sendiri sebagai tidak berguna dan tidak akan berjaya. Dengan

    sendirinya keadaan ini akan mematikan semangat pelajar bermasalah disiplin untuk

    mengubah sikap. Di samping itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mendorong

    pelajar terlibat dalam masalah salah laku dan disiplin.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    41/77

    Lebih lapan bulan kumpulan penyelidik itu berada dalam kumpulan pelajar

    terlibat di sekolah itu untuk memerhati dan menyelidik punca berlakunya masalah

    disiplin di sekolah berkenaan. Ia meliputi ponteng sekolah, bertumbuk, pergaduhan

    ala gangster, pergaduhan beramai-ramai antara kaum, mencuri wang, melepak.

    Mengikut laporan kajian itu, kesalahan disiplin di sekolah yang dilaporkan ialah

    seperti melanggar peraturan sekolah, datang lewat, ponteng kelas, tidak membuat

    kerja rumah, melawan guru dan biadap terhadap guru. Kajian di kedua-dua buah

    sekolah itu mendapati ramai di kalangan pelajarnya yang didapati tidak sembahyang

    atau tidak mendalami hal ajaran agama (baik Islam atau agama lain).

    Mohd Jakarni (1981) dalam A. Rani @ Ghani (1988), mendapati remaja dari

    taraf sosioekonomi rendah adalah lebih tinggi purata mereka dalam melanggar

    perlakuan tingkah laku berbanding dengan remaja dari taraf sosioekonomi keluarga

    yang tinggi.

    Kajian yang dijalankan oleh Hussein Mahmud (1980) dalam Salleh Abd.

    Hamed (1987), mendapati masalah besar yang dihadapi oleh para pelajar adalah

    masalah yang berkaitan di rumah. Kebanyakan pelajar-pelajar yang bertingkah laku

    devian dan ponteng sekolah adalah terdiri daripada keluarga yang berpendapatan

    rendah ditambah pula dengan jumlah anak yang ramai.

    Ruhayati (1978) dalam Vijayan Ramakutir (2000), mendapati latarbelakang

    pelajar yang purata miskin sebagai penyebab pelajar melakukan kegiatan ponteng

    sekolah. Ibu bapa tidak berupaya menyediakan kemudahan pelajaran untuk anak-anak,

    makanan berzat, pakaian dan juga berkemampuan menghantar anak-anak untuk

    mengikuti kelas bimbingan yang mengenakan bayaran. Beliau juga mendapati pelajar-

    pelajar yang memiliki pandangan yang negatif terhadap masa depan dan pelajar akan

    cenderung untuk melakukan ponteng sekolah.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    42/77

    Amin Husin (1972), menyatakan bahawa ponteng sekolah mempunyai

    beberapa peringkat iaitu dari peringkat bawah hingga peringkat tertinggi. Ada ponteng

    yang tidak dihiraukan dan ada yang sangat diambil berat oleh ibu bapa dan guru.

    Mengikut pengakuan pelajar-pelajar yang disoal selidik oleh beliau, didapati perkara

    yang menyebabkan ponteng sekolah ialah sengaja tidak mahu pergi ke sekolah,

    disiplin yang terlalu ketat, jemu, benci pada guru, tidak ada duit belanja, rendah diri,

    malas, ingin bebas, takut dan keretakan rumahtangga.

    Wan Mohd Zaid (1973) dalam Munirah Abdul Aziz (2001), dalam kajiannya

    menyatakan bahawa keadaan sosioekonomi dan latar belakang keluarga sebagai punca

    bagi masalah ponteng di kalangan pelajar di Kelantan. Ini kerana keluarga yang tidak

    berkemampuan tetap ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kesannya

    timbul banyak masalah di kalangan pelajar tersebut. Pengangkutan dan perjalanan

    yang jauh ke sekolah menjadi masalah utama kepada pelajar-pelajar di kawasan

    pedalaman Kelantan. Kelewatan mereka untuk tiba di sekolah mungkin mendorong

    mereka untuk terus ponteng daripada dimarahi oleh guru kerana lewat.

    Kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Panduan Tatacara Disiplin (1990),

    mendapati wujudnya beberapa faktor yang mempengaruhi disiplin murid di sekolah

    yang diantaranya menyebabkan berlakunya ponteng sekolah. Perubahan dan

    perkembangan masyarakat akibat daripada proses modenisasi perbandaran berlakulah

    gejala-gejala yang negatif di sekolah khususnya.

    Berdasarkan laporan salah laku pelajar sekolah di Malaysia dari tahun (1985-

    1992), salah laku ponteng menunjukkan mengatasi jenis salah laku lain dikalangan

    pelajar. Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin (kini Tan Sri) dalam kata

    aluannya pada buku panduan bagi mengatasi masalah ponteng sekolah (1994),

    mengatakan bahawa ponteng sekolah atau kelas merupakan satu perlakuan yang tidak

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    43/77

    diingini berlaku dalam sistem persekolahan kita hri ini. Perlakuan ini pasti akan

    membawa kepada masalah disiplin yang lain jika tidak dibendung dan di kawal.

    Masalah ini jika dibiarkan terus berlaku ia akan mengganggu pelaksanaan rancangan

    program pendidikan negara.

    Sumber daripada laporan disiplin pelajar sekolah di Malaysia (1985-1992),

    menunjukkan ponteng sekolah atau kelas agak serius dan perlu dibendung segera.

    Misalnya pada tahun 1992 bilangan pelajar yang terlibat dengan ponteng sekolah atau

    kelas ialah seramai 32,092 orang (daripada 2,004,979 sampel) manakala ponteng kelas

    seramai 20,378 orang daripada bilangan sampel yang sama.

    2.3 Kajian luar negara

    Axentoth (1979) dalam Norwani Daud (2001), telah membuat kajian ke atas remaja

    lelaki di Korea yang berumur 17 hingga 18 tahun. Hasil dapatan kajian tersebut

    menyatakan remaja dari keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah,

    lebih tinggi kadar kenakalannya dan kesalahan yang paling tinggi dilakukan ialah

    berdusta, bertumbuk, lari dari rumah, ponteng sekolah, mencuri harta sekolah,

    mencuri yang serius dan peras ugut.

    Cloward dan Chin (1960) dalam Dewi Juliana (1998), mengaitkan ponteng

    sekolah dengan faktor sosioekonomi. Dalam kajian yang dijalankan oleh mereka

    mendapati ponteng sekolah tinggi di kalangan golongan berependapatan rendah

    adalah berpunca daripada kekurangan kemudahan pendidikan yang diterima. Dapatan

    ini disokong oleh Elliot (1974), yang menunjukkan pelajar tercicir dan berasal dari

    status sosioekonomi rendah didapati kadar pelanggaran disiplin dan ponteng yang

    tinggi berbanding dengan pelajar dari status sosioekonomi tinggi.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    44/77

    Mardzelah Makhsin dan Mohamad Fadhli Ilias (2004), menyatakan kajian

    yang dibuat oleh Universiti Chicago mendapati purata masa yang dikongsi oleh

    remaja dengan ibu bapa mereka hanya 12 jam seminggu, yang mana kebanyakan

    daripada masa itu ialah ketika waktu malam dan menonton televisyen. Akibatnya,

    remaja merasa kesunyian dan kurang motivasi diri. Remaja lebih senang

    mendampingi rakan sebaya daripada keluarga sendiri, kerana ibu bapa tidak ada masa

    untuk menasihat anak-anak supaya mengulangkaji pelajaran, jarang melihat prestasi

    anak-anak, meneliti siapakah teman-teman anak mereka, pergerakan anak-anak dan

    sebagainya. Mereka menyerahkan hal-hal ini semata-mata kepada guru ataupun

    pembantu rumah untuk diuruskan.

    Gold (1970) dalam Jas Laile Suzana (2002), menyatakan bahawa teman

    sebaya dapat mempengaruhi tingkah laku remaja. Beliau mendapati bahawa pelajar

    yang devian lebih berkecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan

    dengan peraturan sekolah bersama rakan sebaya berbanding bila berseorangan.

    Krosnick dan Judd (1982) dalam Maisarah Taufik (2000), menyatakan dalam

    hal yang berkaitan dengan antisosial seperti merokok, ponteng sekolah, mencederakan

    orang lain atau melakukan jenayah, nilai rakan sebaya kerap kali mengatasi nilai

    peribadi dan nilai ibu bapa. Apabila berlaku konflik antara pertimbangan rakan

    sedarjah dengan guru, remaja lebih cenderung untuk mengikut rakan-rakan mereka

    walaupun cadangan mereka adalah antisosial. Nilai kawan-kawan banyak

    mempengaruhi tingkah laku remaja.

    Walsh (1956) dalam Nabil Abdul Latif (1994), menjalankan kajian ke atas dua

    kumpulan murid daripada kelas menengah yang mempunyai tingkat pencapaian

    akademik. Satu kumpulan memperolehi akademik yang tinggi manakala satu

    kumpulan lagi memperolehi pencapaian akademik yang rendah. Dalam kajian

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    45/77

    tersebut, beliau mendapati bahagian kanak-kanak yang rendah pencapaian

    akademiknya menggambarkan anak patung mereka tidak boleh mengeluarkan

    perasaan, tidak dikehendaki dan diasingkan, mereka mempunyai disiplin diri yang

    rendah.

    Centra & Potter, 1980; Rosenshine, 1971 dalam Habibah Elias dan Noran

    Fauziah Yaakub (2002), keputusan kajian menunjukkan ciri-ciri guru yang baik ialah

    mereka mempunyai sifat imaginatif, merangsang pelajar, sentiasa menggunakan

    strategi pengajaran, bahan dan aktiviti pembelajaran yang baru. Manakala Hart (1934)

    dalam Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002), keputusan kajian awal yang

    pernah dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun tiga puluhan dahulu menunjukkan

    ciri-ciri personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar terhadap mereka dan sekolah

    sama ada ponteng atau tidak. Guru yang disayangi dan murid berminat untuk hadir ke

    sekolah dilihat sebagai berminat dan sukakan pelajar dan berperikemanusiaan dan

    baik hati. Sebaliknya pula, guru yang dibenci ialah mereka yang peramah, suka

    berleter, tidak pernah senyum, suka menyindir dan tidak mesra dengan pelajar. Selain

    itu, guru yang baik juga dapat menguasai bahan pengajaran mereka dan

    berorientasikan tugas. Itu semua mendorong pelajar untuk ponteng sekolah.

    Bachman dan Green (1971), melalui kajiannya mendapati masalah

    persekolahan seperti tiada minat dalam hal-hal sekolah dan kesulitan pembelajaran

    merupakan sebab utama pelajar-pelajar tidak hadir ke sekolah dan tercicir.

    Kebanyakan pelajar kurang mempunyai semangat untuk belajar dan hanya

    mementingkan keseronokan waktu remajanya dengan berpoya-poya.

    Roman (1978) dalam Vijayan (2000), dalam kajiannya mendapati sepertiga

    daripada pelajar benci untuk pergi ke sekolah tetapi lebih suka bekerja. Separuh

    daripada pelajar-pelajar yang dikajinya merasakan sebahagian daripada mata pelajaran

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    46/77

    di sekolah menjemukan atau tidak berfaedah. Beliau berpendapat masalah tidak puas

    hati terhadap sekolah di kalangan pelajar menyebabkan pelajar-pelajar tersebut

    melakukan kegiatan ponteng sekolah.

    Michael Cooper (1984) dalam Vijayan (2000), membuat satu kajian

    perbandingan ke atas 22 orang pelajar yang tidak gemar ke sekolah dan 45 orang

    pelajar yang ponteng sekolah. Mereka adalah berumur antara 11 hingga 16 tahun dan

    belajar di dua buah sekolah di South East England. Hasil kajiannya menunjukkan

    bahawa pelajar yang kerap ponteng sentiasa merasakan mereka adalah malas, tidak

    jujur, agresif dan sentiasa ingin menarik perhatian orang lain.

    Reavis (1972), dalam kajiannya mendapati faktor jarak rumah ke sekolah serta

    pengangkutan berperanan dalam menentukan kehadiran di sekolah di kalangan pelajar

    sekolah menengah. Manakala masalah pengangkutan menyebabkan pelajar-pelajar

    yang terlewat takut dimarahi dan didenda. Dalam kajiannya, faktor jarak yang jauh

    menyebabkan pelajar ramai yang ponteng sekolah.

    2.4 Rumusan

    Secara keseluruhannya, dalam bab ini telah membincangkan mengenai kajian-kajian

    yang lepas iaitu mengenai kajian lepas yang dijalankan di dalam negara dan luar

    negara.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    47/77

    BAB 3

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang

    mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Oleh itu, metodologi kajian adalah yang

    paling penting untuk mendapat keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Metodologi

    yang terperinci dan sistematik akan memberi makna yang berkesan terhadap kajian

    yang dijalankan. Metodologi menerangkan bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan.

    Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan kaedah-kaedah yang akan digunakan

    semasa menjalankan kajian nanti.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    48/77

    3.2 Rekabentuk kajian

    Kajian ini merupakan kajian berbentuk ex-post facto iaitu pengkaji ingin melihat

    sebab dan akibat ponteng sekolah berlaku. Menurut Sidek Mohd Noah (2002), tujuan

    kajian ex-post facto ialah untuk mengkaji perkaitan-perkaitan yang mungkin antara

    sebab dan akibat dengan cara memerhati beberapa kesan yang wujud serta menyemak

    semula data-data sedia ada bagi mencari faktor-faktor sebab akibat. Dalam kajian ini,

    faktor-faktor yang ingin dilihat oleh pengkaji ialah faktor sikap guru, faktor status

    sosioekonomi, faktor rakan sebaya, faktor diri sendiri dan faktor jarak di antara

    sekolah dengan rumah.

    3.3 Tempat kajian

    Dalam penyelidikan ini pengkaji telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan

    Segambut Jaya (SMKSJ), Kuala Lumpur sebagai tempat untuk menjalankan kajian

    terhadap penyelidikan ini. SMKSJ ini teletak di dalam kawasan bandar yang mana

    jarak antara sekolah dengan pusat bandar adalah kira-kira empat kilometer sahaja.

    Selain itu, sekolah jenis harian biasa yang mempunyai asrama ini mempunyai pelbagai

    bangsa yang mana ia terdiri daripada Melayu, Cina, India dan sekumpulan pelajar

    yang mempunyai taraf waraganegara tetapi ibu bapa mereka merupakan penduduk

    tetap di negara ini.

    Pengkaji memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya, Kuala

    Lumpur sebagai lokasi menjalankan kajian kerana penulis mengandaikan bahawa

    tajuk kajian yang dijalankan adalah bersesuaian dengan persekitaran sekolah dan

    aspek-aspek yang ingin dikaji dapat dipenuhi oleh sampel daripada sekolah

    berkenaan. Selain itu juga, kawasan tempat tinggal penyelidik yang berhampiran

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    49/77

    dengan sekolah tersebut memudahkan penyelidik untuk berurusan dengan pihak

    sekolah

    3.4 Subjek KajianSubjek kajian yang dipilih ialah pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan

    Segambut Jaya, dan semua responden adalah terdiri daripada berbagai bangsa iaitu

    Melayu, Cina, India dan lain-lain. Subjek kajian dipilih atas beberapa sebab yang

    menarik perhatian penyelidik untuk menerokai isu ponteng sekolah ini.

    Kebanyakkan pelajar tingkatan 4 sebahagiannya mempinyai tabiat suka

    ponteng ke sekolah, hal ini mungkin disebabkan mereka dalam masa ini iaitu semasa

    berada di tingkatan 4 yang tidak mempunyai peperiksaan yang besar seperti tingkatan

    3 dan 5 lalui. Kerana dalam fikiran mereka masa ini adalah merupakan masa untuk

    mereka bergembira sebelum menempuh peperiksaan yang lebih besar pada tahun

    berikutnya.

    3.4.1 Populasi Kajian

    Populasi kajian yang dipilih bagi menyempurnakan kajian ini ialah pelajar-pelajar

    yang berada di tingkatan 4 sahaja. Pemilihan ini dibuat memandangkan pada waktu ini

    mereka tidak mempunyai peperiksaan yang penting seperti SPM. Jadi amat sesuailah

    kajian ini dijalankan kerana sedikit sebanyak dapat mengenal pasti faktor-faktor yang

    menyebabkan seseorang itu bertingkah laku ponteng.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    50/77

    3.4.2 Sampel kajian

    Kajian ini melibatkan subjek kajian yang terdiri daripada 50 orang pelajar. Pelajar-

    pelajar ini berumur 16 tahun dan terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat.

    Pemilihan sampel untuk kumpulan ponteng adalah disemak daripada Buku Daftar

    Kedatangan Harian untuk melihat sejauh manakah tahap ponteng mereka. Pengkaji

    mendapat kerjasama guru tingkatan dalam pemilihan pelajar ponteng ini. Pelajar yang

    ponteng sekurang-kurangnya tiga hari dalam bulan pertama dan seterusnya pada bulan

    kedua dan ketiga berikutnya dikategorikan sebagai pelajar ponteng.

    Dalam kajian ini, pemilihan sampel adalah secara persempelan bertujuan.

    Menurut Sidek Mohd Noah (2002), teknik persampelan ini menjadi pilihan terbaik

    berbanding teknik persampelan, terutama persampelan rawak mudah kerana ia

    membolehkan penyelidik menemui responden kajian kerana responden berkumpul di

    satu tempat. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji memilih menggunakan persampelan

    berkelompok bagi pemilihan sampel.

    3.5 Alat kajian

    Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang diambil

    oleh pengkaji daripada Vijayan Ramakutir (2000) yang telah diubahsuai oleh

    pengkaji. Borang soal selidik ini mengandungi lima bahagian dan item-item soalan

    yang perlu dijawab oleh subjek. Bahagian-bahagian dalam borang soal selidik tersebut

    adalah mengandungi :

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    51/77

    3.5.1 Bahagian A : Maklumat peribadi

    Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan dengan maklumat diri responden.

    Terdapat 5 soalan dalam bahagian A ini. Antara item yang ditanya dalam bahagian ini

    ialah jantina, pendapatan bapa atau penjaga, bilangan adik-beradik dalam keluarga,

    cara ke sekolah dan juga jarak dari rumah ke sekolah.

    3.5.2 Bahagian B : Faktor sikap guru

    Bahagian B mengandungi 10 soalan yang meliputi soalan yang berkaitan dengan

    faktor sikap guru yang mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Item-item soalan ini

    menggunakan skala Likert. Terdapat soalan-soalan yang berbentuk positif dan juga

    negatif iaitu :

    Jadual 3.1

    Item-Item Positif dan Negatif bagi Faktor Sikap Guru

    _____________________________________________________________________

    Item Positif Item Negatif

    _____________________________________________________________________

    1, 2, 4, 5, 7, 9, 10 3, 6, 8

    3.5.3 Bahagian C : Faktor Sosioekonomi

    Bahagian ini juga mengandungi 10 soalan yang mengandungi faktor sosioekonomi

    yang mengukur pelajar ponteng sekolah. Item-item bagi soalan ini juga berbentuk

    positif dan juga negatif iaitu :

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    52/77

    Jadual 3.2

    Item-Item Positif dan Negatif bagi Faktor Sosioekonomi

    Item Positif Item Negatif

    1, 2, 4, 5, 7, 8 3, 6, 9, 10

    3.5.4 Bahagian D : Faktor rakan sebaya

    Bahagian D juga mengandungi 10 soalan mengenai faktor rakan sebaya yang

    mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Bahagian ini juga diukur menggunakan skala

    Likert iaitu Sangat Tidak Benar (STB), Tidak Benar (TB), Benar (B) dan Sangat

    Benar (SB). Semua item dalam soalan ini adalah berbentuk positif.

    3.5.5 Bahagian E : Faktor Diri Sendiri

    Bahagian ini mengandungi 10 soalan mengenai faktor diri sendiri yang mempengaruhi

    pelajar ponteng. Item-item yang digunakan bagi mengukur bahagian ini adalah

    berbentuk positif dan juga negatif.

    Jadual 3.3Item-Item Positif dan Negatif bagi Faktor Diri Sendiri

    _____________________________________________________________________

    Item Positif Item Negatif

    _____________________________________________________________________

    2, 6, 7, 8 1, 3, 4, 5, 9, 10

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    53/77

    3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian

    Menurut Cronbach (1951), kesahan menunjukkan sejauh manakah sesuatu alat ukuran

    itu sah mengukur. Allen dan Yen (1979), ujian yang sah ialah apabila ujian itu dapat

    mengukur apa yang sepatutnya didakwa diukur oleh ujian itu.

    Nilai kesahan bagi soal selidik yang telah pengkaji bentuk sendiri adalah tinggi

    dan menggunakan statistik korelasi pearson. Didapati 50 item yang dibina adalah sah.

    Item-item tersebut dapat berkorelasi secara keseluruhannya pada aras signifikan 0.05

    dan 0.01. Item-item ini dianggap sebagai item yang baik dan berjaya mengukur

    dimensi yang membentuk alat kajian tersebut.

    Menurut Anastasia (1986), reliabiliti adalah merujuk kepada ketekalan,

    kestabilan, kesaksamaan dan ketepatan skor-skor atau markat yang diperolehi individu

    yang sama apabila diuji semua dengan ujian yang sama dalam keadaaan yang berbeza

    atau dengan set alat kajian yang berbeza tetapi menggunakan item-item yang sama

    menguji pembolehubah yang berlainan dalam satu keadaan.

    Manakala menurut Kerlinger (1973), relialibiliti sesuatu alat kajian bergantung

    kepada ketekalan dalam memberi keputusan yang tepat, jitu, stabil, boleh dipercayai,

    boleh diramal dan saksama. Nilai reliabiliti sesuatu alat kajian yang baik diperolehi

    bila nilai ralatnya adalah minima atau dengan kata lain, nilai variannya adalah sama

    dengan sifar (Guilford, 1954).

    Pengkaji telah menjalankan ujian rintis terhadap alat kajian yang telah

    diubahsuai mengikut persoalan kajian Keputusan nilai kebolehpercayaan dalam kajian

    ini adalah pada alpha 0.910. Ini menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi alat

    kajian ini adalah tinggi dan boleh dipercayai penggunaannya. Menurut Kaplan &

    Saccuzzo (1982), nilai reliabiliti yang baik adalah di antara 0.8 hingga 1.0.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    54/77

    3.7 Prosedur kajian

    Sebelum menjalankan kajian, terlebih dahulu pengkaji telah memohon kebenaran dan

    pengesahan menjalankan kajian daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

    Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

    Seterusnya, pengkaji telah memohon kebenaran menjalankan kajian daripada

    Kementerian Pendidikan Malaysia di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

    Pendidikan. Permohonan ini disertakan bersama satu salinan cadangan penyelidikan.

    Seterusnya, pengkaji mendapatkan surat kebenaran dan pengesahan daripada Jabatan

    Pendidikan Kuala Lumpur dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut

    Jaya, Kuala Lumpur.

    Sebelum responden menjawab soal-selidik, pengkaji terlebih dahulu

    memperkenalkan diri dan memberi penerangan yang ringkas mengenai tujuan kajian,

    kandungan soal selidik dan juga arahan untuk menjawab soal-selidik. Responden

    diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan yang diberikan.

    Pengkaji telah mendapat kerjasama dan pertolongan daripada pihak sekolah

    terutamanya kaunselor dan juga guru kelas. Oleh kerana pengkaji tidak dapat

    menjalankan kajian sendiri, maka pengkaji telah mendapatkan bantuan sepenuhnya

    daripada kaunselor. Kaunselor secara sukarela telah mentadbir soal selidik bagi 50

    orang responden. 40 orang responden lelaki telah dipilih. Begitu juga dengan

    responden perempuan iaitu seramai 10 orang.

    3.8 Penganalisaan data

    Data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan kaedah

    software SPSS. Cara penganalisaan data ialah menggunakan kaedah perbandingan

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    55/77

    min dan peratusan. Melalui penganalisaan ini juga pengkaji dapat menentukan nilai

    sebenar dan adakah faktor-faktor yang dikemukakan mempengaruhi pelajar ponteng

    sekolah. Peratusan pula adalah untuk analisis biodata responden kajian.

    3.9 Kaedah pemarkatanSoal selidik ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu A,B,C,D dan E.

    Yang mana setiap bahagian mewakili 10 item soalan kecuali bahagian A.

    Jumlah keseluruhan item 45 soalan. Jadual di bawah menunjukkan bagaimana cara

    pemarkatan diberi:

    Jadual 3.4

    _________________________________________________________________

    Respon Jawapan Item positif Item negatif

    _________________________________________________________________

    Sangat Tidak Setuju 4 1

    Tidak Setuju 3 2

    Setuju 2 3

    Sangat Setuju 1 4

    _________________________________________________________________

    Skor Maksimum = 200

    Skor rendah = 50

    Skor sederhana = 125

    Cara penilaian sikap guru dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah ialah

    adakah guru tersebut bersikap bias atau pun garang semasa pengajaran dalam bilik

    darjah. Manakala sikap pelajar pula diukur melalui diri pelajar itu sendiri. Sikap ini

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    56/77

    diukur adakah pelajar itu tidak berminat datang ke sekolah atau pun pelajar itu

    bermotivasi rendah untuk hadir ke sekolah. Pengaruh rakan sebaya pula dilihat sama

    ada rakan itu positif atau pun negatif dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah.

    Bagi kaedah penilaian tahap sosioekonomi bapa ata penjaga bagi keluarga

    sampel kajian iaitu tahap ekonomi rendah ataupun tinggi. Ini ditunjukkan berdasarkan

    jadual di bawah.

    Jadual 3.5

    Pemarkatan Tahap Sosioekonomi

    Tahap Ekonomi Tingkat Pendapatan

    Rendah < RM 1000

    RM 1000 RM 2000

    Tinggi RM 2000 RM3000

    > RM3000

    Cara penilaian dari rumah ke sekolah pula ialah dengan melihat jarak rumah

    sampel kajian dengan sekolah samada jauh ataupun dekat dengan melihat jadual 3.6.

    Jadual 3.6Pemarkatan Jarak Rumah ke Sekolah

    Jarak rumah ke sekolah Kilometer (km)

    Dekat < 1 km

    1 km 5 km

    Jauh 5 km 10 km

    > dari 10 km

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    57/77

    3.10 Rumusan

    Secara keseluruhannya, kesempurnaan sesuatu penyelidikan dipengaruhi oleh

    metodologi kajian. Oleh itu, menjadi tanggungjawab pengkaji untuk memastikan

    ketepatan dalam penggunaan rekabentuk kajian, menjalankan kajian seperti yang

    dirancang, pemilihan sampel yang bersesuaian dengan kajian dan yang akhir sekali

    adalah penganalisisan data secara tepat.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    58/77

    BAB 4

    DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan

    Bab ini membincangkan mengenai dapatan kajian. Pengkaji merumuskan data yang

    diperolehi daripada soal selidik ke dalam bentuk jadual dan menginterpretasi dalam

    bentuk huraian. Penganalisaan dibuat ke atas jawapan responden. Secara

    keseluruhannya, perbincangan dalam bab ini adalah berdasarkan kepada empat faktor

    yang mendorong pelajar ponteng sekolah. Di samping itu juga, pengkaji ingin melihat

    faktor manakah yang paling dominan sekali yang mendorong seseorang pelajar

    bertingkah laku ponteng. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah peratusan

    untuk melihat faktor demografi. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah

    statistik deskriptif perbandingan min bagi melihat faktor yang paling dominan di

    antara keempat-empat faktor terhadap gejala ponteng. Pengkaji juga menggunakan

    min untuk melihat adakah terdapat perbezaan faktor ponteng mengikut jantina dan

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    59/77

    akhir sekali kaedah T-test juga digunakan dalam melihat adakah terdapat perbezaan

    yang signifikan antara faktor ponteng dengan jantina.

    4.2 Analisis sampel kajian

    Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri seramai 50 orang pelajar. Pelajar-pelajar ini

    adalah berumur 16 tahun iaitu berada di tingkatan empat. Pemilihan sampel untuk

    kumpulan pelajar yang ponteng adalah disemak daripada Buku Daftar Kedatangan

    Harian yang diperolehi daripada guru tingkatan untuk melihat sejauh manakah tahap

    ponteng.

    4.3 Ciri-ciri demografi sampel

    Dalam bahagian A soal selidik, data yang dikumpulkan adalah berkaitan dengan

    demografi sampel. Bahagian yang dikaji dalam bahagian ini adalah seperti jantina,

    tingkat pendapatan bapa atau penjaga, bilangan adik-beradik dan cara mereka ke

    sekolah.

    Jadual 4.1

    Jadual Kekerapan dan Peratusan Faktor Demografi Sampel Mengikut Jantina

    Jantina Kekerapan Peratus (%)

    Lelaki 35 70

    Perempuan 15 30

    Jumlah 50 100

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    60/77

    Berdasarkan kepada jadual 4.1 menunjukkan kategori jantina yang paling

    mempengaruhi pelajar yang melakukan kegiatan ponteng sekolah. Pelajar yang paling

    tinggi melakukan kegiatan ponteng adalah terdiri daripada pelajar lelaki iaitu seramai

    35 orang bersamaan dengan 70%. Manakala Pelajar perempuan adalah seramai 15

    orang bersamaan 30%. Ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih tinggi melakukan

    kegiatan ponteng berbanding pelajar perempuan.

    Jadual 4.2

    Jadual Kekerapan dan Peratusan Faktor Demografi Sampel Mengikut TahapSosioekonomi Keluarga

    Pendapatan Kekerapan Peratusan (%)

    Di bawah RM 1000 9 18

    RM 1000 RM 2000 20 40

    RM 2000 RM 3000 15 30

    RM 3000 ke atas 6 12

    Jumlah 50 100

    Berdasarkan jadual 4.2 di atas menunjukkan tahap sosioekonomi atau

    pendapatan keluarga bagi pelajar yang melakukan kegiatan ponteng. Berdasarkan data

    yang diperolehi, pelajar yang melakukan kegiatan ponteng terdiri daripada keluarga

    yang tahap sosioekonominya kedua rendah iaitu sebanyak 20 orang bersamaan 40%.

    Ini berdasarkan pemarkatan yang telah ditunjukkan oleh pengkaji dalam bab sebelum

    ini, iaitu pendapatan RM2000 ke bawah adalah golongan yang berpendapatan rendah.

    Manakala pelajar yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan tinggi adalah

    rendah dalam melakukan kegiatan ponteng sekolah iaitu sebanyak 15 orang

    bersamaan 30%. Ini menunjukkan pelajar dari golongan yang berpendapatan rendah

    adalah tinggi dalam melakukan kegiatan ponteng sekolah ini.

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    61/77

    Jadual 4.3

    Jadual Kekerapan dan Peratusan Faktor Demografi Sampel Mengikut

    Kategori Bilangan Adik-Beradik

    Bilangan Adik-Beradik Kekerapan Peratus (%)

    Seorang 0 0

    Dua orang 10 20

    Tiga orang 8 16

    Empat Orang 23 46

    Lain-lain 9 18

    Jumlah 50 100

    Berdasarkan jadual 4.3 di atas menunjukkan bilangan adik-beradik yang

    mempengaruhi faktor sosioekonomi yang menyebabkan pelajar ponteng. Bilangan

    adik-beradik ini mempengaruhi pendapatan ibu bapa. Secara umumnya, bilangan

    adik-beradik seramai 4 orang yang mempengaruhi tahap sosioekonomi ibu bapa iaitu

    sebanyak 23 orang bersamaan 46%. Kebanyakan tahap pendapatan ibu bapa pelajar

    ini adalah rendah dan bilangan adik-beradik pula ramai iaitu melebihi daripada 2

    orang. Apabila ibu bapa berpendapatan rendah dan bilangan adik-beradik pula ramai,

    ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pelajar melakukan kegiatan ponteng.

    Jadual 4.4

    Jadual Kekerapan dan Peratusan Faktor Demografi Sampel Kategori Cara ke Sekolah

    Cara Kekerapan Peratus (%)

    Jalan kaki 22 44

    Basikal 12 24

    Motosikal 8 16

    Kereta 4 8

    Bas 4 8

    Jumlah 50 100

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    62/77

    Berdasarkan jadual 4.4 di atas menunjukkan cara pelajar yang ponteng sekolah

    datang ke sekolah. Terdapat seramai 22 orang bersamaan 44% yang datang ke sekolah

    dengan cara berjalan kaki. Ini menunjukkan bahawa majoriti rumah pelajar yang

    ponteng sekolah adalah berhampiran dengan sekolah. Oleh itu, pengkaji dapat

    rumuskan berdasarkan data yang diperolehi bahawa lagi dekat rumah sampel dengan

    sekolah, semakin tinggi faktor untuk pelajar tersebut ponteng bagi sampel yang dikaji

    oleh pengkaji.

    4.4 Analisis dapatan

    Persoalan Kajian

    4.4.1 Apakah faktor yang paling tinggi atau dominan yang menyebabkanpelajar terlibat dengan gejala ponteng?

    Jadual 4.5

    Keputusan Analisis Min Bagi Melihat Faktor Yang Paling Dominan

    Faktor Min

    Sikap guru 2.4560

    Sosioekonomi 2.2340

    Rakan sebaya 2.0100

    Diri sendiri 2.4120

    Berdasarkan jadual 4.5 di atas, ia menunjukkan keputusan analisis min atau

    purata terhadap keempat-empat faktor iaitu faktor sikap guru, faktor sosioekonomi,

    faktor rakan sebaya dan akhir sekali faktor diri sendiri. Daripada keputusan di atas ini

    menunjukkan bahawa persoalan untuk melihat apakah faktor yang paling dominan

    antara faktor-faktor tersebut telah terjawab, dimana faktor sikap guru adalah

  • 7/28/2019 61528443-ponteng

    63/77

    penyumbang terbesar kepada terjadinya gejala ponteng di sekolah tersebut iaitu min

    bagi faktor sikap guru adalah 2.4560. Ini diikuti oleh faktor kedua terbesar yang

    menyumbang kepada timbulnya gejala ponteng ini iaitu faktor diri sendiri iaitu min

    bagi faktor ini adalah 2.4120. Faktor yang seterusnya adalah faktor sosioekonomi

    dimana min bagi faktor tersebut adalah 2.2340. Dan akhir sekali faktor yang paling

    sedikit sekali yang menyumbang berlakunya gejala ponteng adalah faktor diri

    responden itu sendiri iaitu min bagi faktor ini adalah 2.0100.

    4.4.2 Apakah perb