6017163 tarian-singa

7
Tarian Singa (bahasa Cina : 舞舞; pinyin : wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina , yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong , dram , dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah. Sejarah Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia , terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China , Taiwan , Jepun , Korea , Thailand , dan Vietnam . Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan". Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah , jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Upload: ravin-ravi

Post on 17-Jun-2015

143 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

TARIAN SINGA

TRANSCRIPT

Page 1: 6017163 tarian-singa

Tarian Singa

(bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian

tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan

meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa

itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian

hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari

akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua

penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan.

Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang

dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang

Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa

menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam.

Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.

Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana

dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang

amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang

menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka

menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa

betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan

bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini

selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat

dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai

warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa

Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Page 2: 6017163 tarian-singa

Tarian naga

(Cina Tradisional: 舞龍, Cina Ringkas: 舞龙, pinyin: wǔ lóng) ialah sebentuk

tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian

singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina

selalu menyebut "Keturunan Naga" (Cina Tradisional: 龍的傳人, Cina Ringkas:

龙的传人, pinyin: lóng de chuán rén) sebagai lambang identiti etnik.

Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu

imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat,

mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-

ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk

mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang

dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan

beralun-alun.

Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan

peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga

ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.

Naga dipercayai membawa tuah kepada orang, seperti yang dicerminkan

dalam sifat-sifat naga termasuk kuasa besar, maruah, kesuburan,

kebijaksanaan dan tuah. Kemunculan naga sungguhpun menakutkan namun

membawa kecenderungan hati murni, maka menjadi jata yang

melambangkan kekuasaan maharaja.

Tarian Kipas

Cina merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7

wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina

mempunyai erti yang sebati  dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi

Page 3: 6017163 tarian-singa

pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan.

Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana

masyarakat cina mempercayai  “ Fung shui” iaitu suatu kepercayaan

masayarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk

terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini

dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan  atau “Fung Shui”

yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

Tarian Bharata Natyam

merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.

Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.

Tarian Bharata Natyam merupakan tarian klasik India yang terkenal berasal dari Tamil Naidu. Tarian ini

banyak berunsur kepada keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan Purba Sanskrit Natyashastra

karya Bharata Mumi (2000 tahun dahulu). Seseorang penari perlu mengambil masa bertahun-tahun

untuk menguasainya kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi

menjaga kehalusan seni tari ini agar dihormati semasa persembahan.

Dipercayai tarian ini dibawa dari Tamil Naidu oleh para pekerja Tamil zaman kolonial British, menempuhi

kawasan ladang kopi, cengkih, pala, getah pelabuhan dan stesyen keretapi. Akhir bertapak tetap

bersama masyarakat Tamil yang memilih negara ini sebagai tanah air. Kebangkitan Bharata Natyam di

Malaysia dibaurkan dengan situasi dan gambaran tempatan. Rentak dan gaya ditambahi dengan pola

hidup sekeliling bersama dengan keturunan lain, menjadikan tarian ini dipelajari oleh mereka yang

bukan Tamil. Justeru, tujuan utama tarian bukan lagi persembahan kepada para dewa keagamaan,

tetapi peragaan keunikan dan kejituan estetik yang dijelmakan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Page 4: 6017163 tarian-singa

Tarian Sumazau

merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.

Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Page 5: 6017163 tarian-singa

Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula, mereka memakai pakaian tradisi seperti