kerjasama resorts world berhad dengan … mee chin(24 pages).pdfpenonton pertandingan tarian singa...

24
KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN (KeKKWa) DALAM MENGEMBANGKAN SENI PERSEMBAHAN KAUM CINA. KAJIAN KES : PERTANDINGAN TARIAN SINGA ANTARABANGSA KE-7 CHAN MEE CHIN Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: hacong

Post on 11-Apr-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN KEMENTERIAN

KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN (KeKKWa) DALAM

MENGEMBANGKAN SENI PERSEMBAHAN KAUM CINA.

KAJIAN KES : PERTANDINGAN TARIAN SINGA ANTARABANGSA KE-7

CHAN MEE CHIN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

Pengurusan Seni

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

ii

PENGHARGAAN

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana usaha Resorts World

Berhad dan KeKKWa dalam mengembangkan seni persembahan kaum Cina

menerusi kerjasama pertama dalam Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7.

Di sini penyelidik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan penyelidikan ini.

Terlebih dahulu, penyelidik ingin mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar

dan nasihat daripada para pensyarah Pengurusan Seni, terutamanya penyelia projek

tahun akhir penyelidik, Puan Noria Anak Tugang. Komen dan cadangan beliau

mendorong penyelidik untuk menghasilkan penyelidikan yang lebih bagus. Masa dan

tenaga telah dicurahkan sepanjang penyeliaan beliau untuk meminpin penyelidik

dalam projek tahun akhir ini. Jasa beliau amat dihargai.

Penyelidik juga ingin berterima kasih atas kerjasama daripada pegawai-

pegawai dua organisasi kajian Resorts World Berhad dan KeKKWa, iaitu Encik

Wong Kok Chee, Puan Noorsiah bt. Sabri, Cik Sharlina bt. Alias dan Encik Makhtar

bin Mustapha yang sudi meluangkan masa untuk memberikan maklumat-maklumat

serta pendapat dan cadangan yang membina berkaitan dengan penyelidikan ini.

Page 3: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

iii

Akhir sekali, sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan memberi semangat

kepada penyelidik untuk menghasilkan penyelidikan ini. Tanpa sokongan dan

kerjasama daripada pelbagai pihak tidak mungkin penyelidikan ini dapat dihasilkan

dengan berjaya.

Sekian, terima kasih.

Page 4: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

iv

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

PENGAKUAN i

PENGHARGAAN ii -iii

ABSTRAK viii-ix

BAB 1 PENGENALAN

1. 1 Pengenalan 1 - 3

1.1.1 Latarbelakang 4 - 6

Resorts World Berhad

1.1.2 Latarbelakang

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 7 - 9

(KeKKWa)

1.1.3 Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 10-11

1.2 Definisi 12

1.2.1 Kerjasama 12

1.2.2 Mengembangkan 13

1.2.3 Seni Persembahan 13-14

1.2.4 Kaum Cina 15

1.2.5 Tarian Singa 16-19

1.3 Objektif 20-21

1.4 Hipotesis 22

1.5 Skop Kajian 23-24

1.6 Permasalahan Kajian 25-26

1.7 Kepentingan Kajian 27-28

1.8 Rumusan dan Kesimpulan 28

Page 5: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

v

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 29-69

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 70

3.2 Lokasi Kajian 70-71

3.2.1 Organisasi Kajian 71

3.2.1.1 Resorts World Berhad 72

3.2.2 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 73-74

(KeKKWa)

3.2.2 Perpustakaan 75

3.3 Sumber Data 76

3.3.1 Data Primer 76

3.3.1.1 Kuantitatif 76-77

3.3.1.2 Kualitatif 78-79

3.3.2 Data Sekunder 79

3.4 Populasi 80-81

3.5 Persampelan 82

3.6 Instrumen Kajian 83

3.7 Limitasi Kajian 84-86

3.8 Rumusan dan Kesimpulan 86

Page 6: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

vi

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 87

4.2 Penganalisaan Data 87

4.2.1 Borang Soal Selidik 87

4.2.1.1 Kajian Soal Selidik terhadap 88-104

Penonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7

4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

dan Pengunjung Genting Highlands

4.2.2 Temuramah

4.2.2.1 Encik Wong Kok Chee 130-135

Eksekutif Bahagian Promosi dan Hiburan

4.2.2.2 Puan Noorsiah bt Sabri 136-142

Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan

Kesenian Negara

4.2.2.3 Sharlina bt Alias 136-142

Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan

Kesenian Negara

4.2.2.4 Encik Makhtar bin Mustapha 143-146

Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara dan

Perhubungan Awam

4.3 Kesimpulan 147

Page 7: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

vii

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 148

5.2 Rumusan 149-152

5.3 Cadangan 152

5.3.1 Kerjasama kerajaan dengan sektor swasta dalam 153-154

mengembangkan seni persembahan kaum Cina

5.3.2 Memperbanyakkan penganjuran acara kebudayaan Cina 155-156

di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

5.3.3 Mempertingkatkan promosi 157-159

5.3.4 Persatuan-persatuan tarian singa di Malaysia 159

5.3.5 Menerapkan tarian singa sebagai ko-kurikulum 160

di peringkat sekolah

5.3.6 Dokumentasi warisan seni persembahan Cina 161

5.4 Cadangan untuk kajian akan datang 162-164

5.5 Kesimpulan 165-166

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 8: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

viii

ABSTRAK

Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 merupakan satu acara seni

persembahan tarian Cina dalam Festival Kuala Lumpur 2006. Pertandingan tersebut

merupakan hasil kerjasama pertama kali antara Resorts World Berhad dengan

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa). Kajian ini

bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kerjasama antara Resorts World Berhad

dengan KeKKWa dalam usaha mengembangkan seni persembahan kaum Cina.

Page 9: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

ix

ABSTRACT

The 7th Genting World Lion Dance Championship is a Chinese dance

performance of the Kuala Lumpur Festival 2006. The purpose of this research is to

study the effectiveness of the first joint effort by Resorts World Berhad and the

Ministry of Culture, Arts and Heritage Malaysia in presenting the 7th

World Lion

Dance Championship and promote the Chinese performing arts.

Page 10: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

BAB 1

PENGENALAN

Page 11: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

Page 12: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Page 13: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

BAB 4

ANALISA DATA DAN

DAPATAN KAJIAN

Page 14: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

BAB 5

CADANGAN DAN

RUMUSAN KAJIAN

Page 15: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

BIBLIOGRAFI

Page 16: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

LAMPIRAN

Page 17: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

SOALAN TEMURAMAH

Page 18: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

BORANG SOAL SELIDIK

Page 19: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

1

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sepanjang bulan Julai, Kuala Lumpur dimeriahkan dengan Festival Kuala

Lumpur 2006 (Festival KL) yang dianjurkan buat julung kalinya atas usaha

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dengan kerjasama

Kementerian Penerangan, Kementerian Pelancongan dan Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur. Penghormatan diberikan kepada sektor seni, budaya dan warisan kita pada

bulan ini. Festival KL 2006 menyemarakan bakat dan daya kreativiti para karyawan

serta pejuang kesenian dan budaya tradisional turun-temurun. Festival ini merupakan

peluang keemasan untuk rakyat Malaysia dan pelancong-pelancong asing menyelami

keindahan warisan negara yang kaya dengan nilai kebudayaan. (Jabatan Kebudayaan

dan Kesenian Negara, KL Festival 2006 Di Sini Semaraknya Seni!)

Kenyataan Media Pelancaran Awalan Festival Kuala Lumpur 2006 yang

dikeluarkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara pada 12 Jun 2006

menyatakan bahawa Festival KL merupakan sebahagian dari inisiatif ke arah

menjayakan matlamat Kuala Lumpur sebagai pusat kegiatan kesenian antarabangsa.

Festival yang berlangsung selama sebulan bermula dari 1 sehingga 31 Julai 2006 ini

diserikan dengan pelbagai pengisian aktiviti selari dengan tema program iaitu“ Di

Sini Semaraknya Seni! ”

Page 20: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

2

Acara-acara dalam Kalendar Acara Festival KL terbahagi kepada beberapa

kategori iaitu :

Seni Persembahan

Seni Tampak

Warisan

Permainan Tradisional

Bahasa dan Persuratan

Citrarasa Malaysia

Lain-lain acara

( Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,

KL Festival 2006 Di Sini Semaraknya Seni!)

Kemeriahan Festival KL diteruskan hingga ke Kota Keriangan, Arena of

Stars Genting Highlands yang menampilkan Pertandingan Tarian Singa

Antarabangsa ke-7. (Berita Harian, 7 Julai 2006) Acara tersebut merupakan acara

seni persembahan kategori tarian dalam Kalendar Festival KL 2006. Pertandingan

antarabangsa yang melibatkan penyertaan daripada pasukan tarian singa dalam dan

luar negara ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 21 hingga 23 Julai 2006.

Pusingan kelayakan diadakan pada 21 dan 22 Julai manakala pusingan akhir pada 23

Julai 2006.

Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 dipersembahkan oleh Genting

– Kota Keriangan selaku penaja tempat acara dengan usaha sama Pergabungan

Persatuan-persatuan Tarian Naga dan Singa Selangor dan Wilayah Persekutuan

Page 21: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

3

sebagai penganjur dan Vitagen sebagai minuman rasmi bagi pertandingan ini.

Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 pada tahun ini turut mendapat

sokongan daripada KeKKWa sejajar dengan usaha untuk mengetengahkan

keindahan dan kepelbagaian unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai

kaum supaya dihayati oleh seluruh masyarakat setempat dan antarabangsa.

(7th Genting World Lion Dance Championship 2006 Souvenir Programme)

Pengisian Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 sebagai salah satu

acara Festival KL kerana acara tersebut bersesuaian dengan objektif festival ini

seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Media Pelancaran Awalan Festival

Kuala Lumpur 2006 iaitu untuk melaksanakan satu festival kebudayaan, kesenian

dan warisan yang bertaraf antarabangsa di Malaysia. Kedua, menonjolkan keunikan

seni budaya Malaysia dan nama negara kepada dunia luar melalui penglibatan

masyarakat antarabangsa dalam festival ini. Ketiga, menempatkan Festival Seni,

Budaya dan Warisan Malaysia dalam kalendar acara kebudayaan tahunan peringkat

antarabangsa.

Keistimewaan Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 antara 40

program yang berlangsung sepanjang bulan Julai ini adalah acara tersebut

merupakan satu-satunya acara kebudayaan Cina yang diterapkan dalam Kalendar

Acara Festival KL 2006. Dalam acara ini menampakkan kerjasama yang

menggalakkan antara sektor swasta dengan kerajaan, iaitu kerjasama antara Resorts

World Berhad dengan KeKKWa dalam usaha mengembangkan tarian singa sebagai

warisan seni persembahan kaum Cina.

Page 22: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

4

1.1.1 Latarbelakang

Resorts World Berhad

Menurut catatan dalam The Genting Group, Kumpulan Genting ditubuhkan

pada tahun 1965 dengan usaha pengasas, Tan Sri Dato’Lim Goh Tong

membangunkan satu hotel di tanah tinggi yang kini berkembang menjadi Pusat

Peranginan Genting Highlands, Kota Keriangan “City of Entertainment” dan salah

satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia.

Genting Berhad ditubuhkan sebagai satu syarikat sendirian berhad pada tahun

1968. Genting Berhad distrukturkan semula pada tahun 1989 untuk menjadi sebuah

syarikat pelaburan dan pengurusan manakala bidang permainan dan hotel serta

operasi yang berkenaan dengan peranginan dipindahkan ke anak syarikat Resorts

World Berhad. Resorts World Berhad merupakan cabang industri peranginan dan

perhotelan di bawah Genting Berhad. Visi Resorts World Berhad adalah untuk

menjadi koperasi peranginan, hiburan dan perhotelan yang utama di dunia.

(Genting Berhad, The Genting Group)

Pencapaian Resorts World Berhad telah mendapat pengiktirafan di peringkat

antarabangsa. Antara anugerah-anugerah yang pernah diterima oleh Resorts World

Berhad adalah sebagai Pusat Peranginan Keluarga atau Taman Tema Mewah Terbaik

dan Pencapaian Terulung dalam Hotel atau Pusat Peranginan oleh Anugerah

Page 23: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

5

Hospitaliti Asia Platinum 2003-2004, Syarikat Terbaik Asia 2002 – Sektor Hotel

oleh Majalah Global Finance dan Pusat Peranginan Hiburan dan Keluarga Bertaraf 5

Bintang Terbaik pada World Asia Media Millennium Gold Awards 2001/2002.

(Genting Berhad, The Genting Group)

Menurut Resorts World Berhad Annual Report 1997, pada tahun 1997

Kumpulan Genting terus kekal sebagai destinasi percutian Malaysia yang utama.

Kemudahan hiburan telah diperkembangkan untuk mempromosikan imej baru

Resorts World Berhad sebagai Kota Keriangan “City of Entertainment”. Kini,

Resorts World Berhad mempunyai kemudahan tempat pertunjukan yang berprestij

untuk mengadakan acara-acara tempatan atau antarabangsa. Antaranya terdapat tiga

lokasi pertunjukan yang utama iaitu Arena of Stars, Genting International Showroom

dan The Pavilion.

Page 24: KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN … MEE CHIN(24 pages).pdfPenonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129

6

Arena of Stars

Arena of Stars merupakan satu dewan hiburan serbaguna baru yang sebelum

ini adalah sebuah panggung terbuka. Dewan ini terletak di Taman Tema Luar

mempunyai kapasiti untuk menampung 6,000 penonton. Pertunjukan besar pertama

yang diadakan di Arena of Stars adalah “Sally Yeh & George Lam Concert” pada

Januari 1998. Persembahan artis-artis ternama seperti konsert Sir Cliff Richard,

Westlife, Richard Clayderman dan Maksim pernah diadakan di Arena of Stars.

Majlis anugerah berprestij turut diadakan di sini, antaranya termasuk Anugerah Era,

Miss Malaysia Universe Pegeant, International India Film Academy (IIFA) Awards,

Astro Talent Quest dan Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa.

(Resorts World Berhad, 1997 : 22)