folio tarian rimup

33
1.0 PENDAHULUAN Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik (Kamus Dewan, edisi keempat), manakala tafsiran ahli sejarah pula mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama (C.Sachs). Tarian boleh diertikan sebagai seni lakon di bawah unsur kesenian dan dilihat di bawah aspek kebudayaan. Ianya dapat dizahirkan melalui sebarang gerakan yang dapat melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan gerakan yang dilakukan pula menggambarkan perasaan jiwa manusia. Secara umumnya, kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada tarian- tarian yang terdapat di sini. Tarian-tarian kaum seperti Melayu, Cina, dan India iaitu antara kaum majoriti di Malaysia benar-benar eksotik dan menawan. Bagi sesetengah masyarakat, setiap tarian yang diwarisi mempunyai makna yang tersendiri. Tarian-tarian ini bukan sahaja diwarisi secara turun-temurun tetapi juga diubah mengikut kehendak semasa. Setelah sekian lama kaum Cina dan India menetap di Malaysia, tarian-tarian tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian sama ada dari segi tarian berbentuk tradisional mahupun kontemporari. Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian yang mengikut etnik dan 1

Upload: hazizon-muhamad

Post on 27-Jul-2015

833 views

Category:

Career


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio  tarian RIMUP

1.0 PENDAHULUAN

Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama

mengikut rentak muzik (Kamus Dewan, edisi keempat), manakala tafsiran ahli sejarah

pula mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama (C.Sachs).  Tarian boleh

diertikan sebagai seni lakon di bawah unsur kesenian dan dilihat di bawah aspek

kebudayaan. Ianya dapat dizahirkan melalui sebarang gerakan yang dapat

melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan gerakan yang dilakukan pula

menggambarkan perasaan jiwa manusia. 

Secara umumnya, kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara

dilihat pada tarian- tarian yang terdapat di sini. Tarian-tarian kaum seperti Melayu, Cina,

dan India iaitu antara kaum majoriti di Malaysia benar-benar eksotik dan menawan.

Bagi sesetengah masyarakat, setiap tarian yang diwarisi mempunyai makna yang

tersendiri. Tarian-tarian ini bukan sahaja diwarisi secara turun-temurun tetapi juga

diubah mengikut kehendak semasa. Setelah sekian lama kaum Cina dan India menetap

di Malaysia, tarian-tarian tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada

warisan dan budaya Malaysia.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian sama ada dari segi tarian berbentuk

tradisional mahupun kontemporari.  Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian

yang mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian.  Tarian tradisional pula

walaupun di telan zaman, ia masih ditarikan di dalam acara-acara kesenian mahupun

majlis-majlis kenamaan.Walau bagaimanapun, tarian tradisional sering dihubungkaitkan

dengan semangat ritual dan mistik.  Sejajar dengan proses globalisasi, kemasukan

tarian kontemporari dari negara barat semakin menular dalam kalangan masyarakat

Malaysia dan amat digemari oleh anak-anak muda masa kini.  Kebiasaannya, tarian

sering kali dikaitkan dengan iringan muzik.  Tarian dan muzik bagaikan ritma yang tidak

dapat dipisahkan.  Selain itu, tarian juga dapat dijadikan sebagai suatu alat yang dapat

mengeratkan perhubungan sesama manusia di samping memuliharanya agar ia tidak

ditelan zaman.

1

Page 2: Folio  tarian RIMUP

Berikut diketengahkan beberapa jenis tarian tradisional yang mewakili kaum Melayu,

kaum Cina, kaum Orang Asli dan kaum India iaitu tarian joget, tarian kipas, tarian

sewang dan tarian kolattam.

2.0 TARIAN JOGET

2.1 Pengenalan

Joget adalah sejenis rentak dalam kesenian tari Melayu khususnya dan tarian di

Malaysia umumnya. Sebarang gubahan tarian yang ditarikan mengikut rentak tersebut

boleh dinamakan tarian joget. Tarian berentak dan berima joget terdapat di mana-mana

sahaja di negara ini. Sejak beberapa lama dahulu tarian joget merupakan satu-satunya

jenis tarian yang ditarikan orang secara terbuka dan sering diadakan di majlis-majlis

keramaian sebagai tarian bersuka ria. Hingga awal tahun 70-an, perayaan Mandi Safar

di Melaka dianggap musim orang berjoget. Selain itu, temasya joget turut ditarikan di

majlis-majlis kecil yang lain seperti majlis perkahwinan.

Tarian Joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia

mudah dipraktikkan dan dipelajari. Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara

Mandi Safar. Suatu ketika dahulu di negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu

terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis

perkahwinan dan keramaian terutamanya di negeri Melaka.

Tarian joget ditarikan secara berpasangan lelaki dan perempuan.

2

Page 3: Folio  tarian RIMUP

2.2 Sejarah Tarian Joget

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh

kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah

dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia.

Tarian ini juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Tarian ini,

yang dipersembahkan oleh pasangan penari lelaki dan perempuan dengan gerak-geri

pantas yang disulami pelbagai usikan.

Joget telah diperkenalkan di Malaysia oleh orang Melayu Melaka pada zaman

pemerintahan Portugis. Orang Melaka dipercayai telah mencipta joget, sama ada tarian

ataupun muziknya, dengan memilih dan mengambil gerak tarian branyo yang ditarikan

oleh orang Portugis di Melaka. Namun demikian, tarian branyo yang ditarikan di Melaka

oleh masyarakat Portugis bukan berasal dari Portugal, tetapi dipercayai telah

diperkembangkan daripada tarian brundo ataupun branle dari Semenanjung Iberia.

Brundo atau branle yang popular di Portugal, Sepanyol dan Itali pada abad ke-16, telah

diperkembangkan di tanah jajahan negara-negara tersebut. Branle yang ditarikan dalam

2/4 (rentak dua) dikenali sebagai branle double dan branle simple, manakala branle

yang ditarikan dalam 3/4 (rentak tiga) dikenali sebagai branle gai. Kemungkinan besar

branle menjadi asas branyo di Melaka, yang kemudiannya ditiru dan digayakan oleh

orang Melayu dan disebut sebagai “joget”.

Joget juga dikenali sebagai ronggeng yang berasal daripada “wrong gang” kerana

ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis

lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johor Sport Club

dan lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta

keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.

3

Page 4: Folio  tarian RIMUP

2.2 Cara Persembahan Tarian Joget

Dalam tarian joget, gerak geri kaki lebih penting daripada gerakan tangan. Tempo tarian

joget yang sederhana ialah langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas.

Tarian Joget ditarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua, muda,

lelaki dan wanita secara berpasangan. Orang yang sedang menari dikatakan berjoget

atau bertandak sementara pengiring tarian dikatakan pencak joget.

Dalam pesta-pesta keramaian, penari lelaki berjoget akan mengembing atau

mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya tetapi dalam

persembahan joget di atas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari joget dalam satu-

satu persembahan.

Asas Pergerakan Tari Joget (Lagu Serampang Laut)

BIL PERGERAKAN KIRAAN1 Setempat 1 x 82 Maju 1 x 83 Setempat 1 x 84 Undur 1 x 85 Setempat 1 x 86 Ragam Kunang-kunang Mabuk (Pergi dan balik) 2 x 87 Setempat 1 x 88 Maju 1 x 8 1 x 89 Undur 1 x 8 1 x 810 Setempat 1 x 8 1 x 811 Ragam “S”, Maju, Undur & 4 Penjuru (Pergi) 2 x 812 Ragam “S”, Maju, Undur & 4 Penjuru (Balik) 2 x 813 Setempat 1 x 814 Ragam Terancang Setempat 2 x 815 Ragam Terancang Lompat 2 x 816 Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kanan 1 x 417 Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kiri 1 x 4 1 x 418 Ragam Angkat Kaki ke Hadapan 1 x 4 1 x 419 Ragam Angkat Kaki ke Hadapan (Undur) 1 x 4 1 x 4

4

Page 5: Folio  tarian RIMUP

BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN1 Kunang-kunang Mabuk a. Melangkah ke hadapan dengan

kaki kanan, membuat silang bersama kaki kiri di belakang kaki kanan.b. Kaki kanan dibuka ke sisi.c. Pusing badan, membuat kaki kiri di sisi.d. Silangkan kaki kanan ke belakang kaki kirie. Membuka dan meletak kanan kiri di sisi dan pusing dengan membuka kaki kanan di sisi.f. Ulang ragam yang sama sekali lagi

1, 2

345, 67, 8

1 x 8

2 ‘S’ maju, undur dan empat penjuru

a. Langkah berjuntai membuat separuh bulatan.b. Balas di sebelah dengan separuh bulatan juga.c. Langkah berjuntai maju ke hadapan dan undur.d. Langkah berjuntai keempat-empat penjuru.

e. Ulang ragam yang sama sekali lagi hingga balik ke tempat asal

1, 2, 3, 4

5, 6, 7, 8

1, 2, 3, 4

1, 2, 3, 4

2 x 8

3 Terancang Setempat a. Keluarkan kaki kanan ke arah 45 darjah. Ibu jari kaki cecah ke lantai.b. Silangkan kaki kanan dengan kaki kiri.c. Keluarkan kaki kanan ke arah 45 darjah sekali lagi.d. Susunkan kaki kanan di sebelah kaki kiri.e. Ulangkan di sebelah kaki kiri pula dan seterusnya hingga tamat lagu terancang

1

23

4

5, 6, 7, 8

4 Terancang Lompat a. Sama dengan Terancang Setempat tetapi kakinya tergantung dan dilakukan dengan melompat ke tempat.

1 x 8

5

Page 6: Folio  tarian RIMUP

2.4 Pakaian Joget

Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap dengan songkok dan

samping. Sementara pakaian wanita ialah kebaya labuh serta sanggul atau bunga di

atas kepalanya. Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk

menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget.

Contoh pakaian yang dipakai dalam tarian joget.

2.5 Irama Joget

Ciri utama muzik joget ialah ritma yang cepat dengan rentak dua atau tiga yang

mempunyai keserasian dengan tarantella atau fandango dalam tempo 3/4 atau 6/8.

Kod lagu joget yang disebut “terancang” bertempo cepat sehingga pasangan penari

juga akan melompat rendah atau menghinjut lantai dengan sebelah kaki sambil sebelah

kaki yang lain dihayun ke hadapan dan ke samping kaki yang berdiri. Gerak tersebut

juga dikenali sebagai terancang.

6

Page 7: Folio  tarian RIMUP

2.6 Alat Muzik Joget

Secara tradisional, muzik joget dimainkan oleh kumpulan pemuzik kecil. Seorang

pemain biola memainkan melodi, dua orang pemain rebana memainkan ritma dan

menentukan rentak lagu, dan seorang pemain tetawak atau gong memainkan tanda

agogic.

3.0 Tarian Kipas

3.1 Pengenalan.

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang

wanita dan 2 orang lelaki.Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti

yang sebati dalam masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu

sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka. Tambahan pula, angin

merupakan satu tradisi masyarakat cina iaitu mempercayai ‘feng shui’. ‘Feng shui’

merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda baik dan buruk terhadap

kehidupan mereka. Oleh itu, tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan

kepada seluruh anggota masyarakat. Tarian kipas ini diamalkan oleh masyarakat Cina

dan merupakan salah satu tarian tradisional mereka.

Tarian kipas ditarikan oleh penari-penari menggunakan kipas sebagai alat utama dalam

tarian ini.

7

Page 8: Folio  tarian RIMUP

3.2 Sejarah Tarian Kipas

Tarian kipas tarian berasal dari Korea, pada mula-mulanya merupakan tradisi Korea 

Shamanisme dan kemudiannya berkembang sehingga menjadi satu bentuk tarian yang

mempunyai 3000 tahun sejarah. Hari ini, tarian kipas telah menjadi satu latihan yang

disayangi oleh masyarakat pertengahan umur. Di Chengdu, setiap taman dan

plaza komuniti sama ada musim panas atau musim sejuk, setiap hari ramai golongan

tua yang memegang kipas dan menari bersama.

3.3 Peralatan Tarian

Peralatan yang digunakan ialah kipas yang berwarna terang. Kipas tersebut

mempunyai banyak jenis, ada yang berkain panjang, berbulu-bulu, ada yang diperbuat

daripada buluh dan kertas juga.

Beberapa contoh kipas yang digunakan dalam tarian kipas.

8

Page 9: Folio  tarian RIMUP

3.4 Pakaian Tarian Kipas

Pakaian yang dipakai oleh penari tarian kipas Cina ialah ceongsam, samfu dan pakaian

tradisional Cina yang lain.

Contoh pakaian yang digunakan dalam persembahan tarian kipas.

9

Page 10: Folio  tarian RIMUP

Penari-penari memakai pakaian dan peralatan untuk persembahan tarian kipas.

4.0 Tarian Sewang

4.1 Pengenalan

Muzik Sewang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli Semai yang banyak terdapat

secara berkumpulan di daerah Tapah atau Cameron Highlands dan Tanjung Malim.

Sewang terdiri daripada muzik, nyanyian solo dan beramai-ramai serta tarian. Muzik

berunsurkan amalan ritual ini sering dikaitkan dengan kehadiran hantu dan gunik.Roh

sering dirujuk bagi entiti baik manakala gunik dirujuk sebagai entiti jahat dalam

masyarakat ini. Gunik dikatakan sering bertanggungjawab terhadap nasib malang,

penyakit dan mala petaka dan ia wujud dalam semangat harimau, guruh dan entiti jahat

yang lain. Roh pula dikaitkan dengan semangat orang-orang yang telah meninggal

terdiri daripada ketua-ketua atau tokoh-tokoh hebat dalam masyarakat setempat.

Mereka biasanya terdiri daripada mantan tok batin, pawang dan pahlawan-pahlawan.

Unsur ritual dalam muzik sewang ini semakin lama semakin berkurangan kerana fungsi

asal bagi mengubati penyakit telah mulai dilupai. Ramai penduduk masyarakat Orang

Asli telah mula beralih kepada perubatan moden yangsemakin mudah didapati. Fungsi

sewang ini telah mula beralih kepada genggulang atau hanya untuk persembahan khas

kepada pelancong.

10

Page 11: Folio  tarian RIMUP

Tarian sewang merupakan tarian tradisi semua Orang Asli yang ditarikan oleh 18 orang

penari lelaki dan perempuan atau lebih yang akan diketuai oleh seorang lelaki yang

berusia yang bertindak sebagai penyanyi utama. Penari yang lain akan mengulangi

baris nyanyian penyanyi utama dan bergerak sambil menghentakkan kaki ke lantai.

semasa menari, mereka akan diiringi alat muzik tradisional yang dinamakan Bukuh

Cetong yang dihentak kayu beluti oleh lima orang wanita di belakang.

Penari-penari sewang memakai hiasan daripada daun kelapa.

Tarian sewang ditarikan oleh penari-penarinya.

11

Page 12: Folio  tarian RIMUP

Sewang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sewang Terang dan Sewang

Gelap.Sewang Gelap dijalankan untuk perubatan. ‘Hala’ akan memanggil gunik yang

mengganggu penduduk dan akhirnya memutuskan perkara-perkara yang perlu

dilakukan oleh penduduk kampung tersebut. Dipercayai gunik hanya akan hadir dalam

kegelapan malam dan ia tidak suka kepada sebarang cahaya atau api. ‘Hala’ dikatakan

akan dirasuk oleh gunik dan ia akan berinteraksi dengan pembantunya dalam upacara

tersebut. Dipercayai pada masa itu gunik akan menyampaikan hasrat dan kehendaknya

melalui perantaraan ‘hala’. Nama entiti jahat akan ditukar dengan nama yang lebih baik

semasa upacara ini, misalnya entiti “tikus” akan digelar dengan Gunik Siti (Si Tikus) dan

Gunik Hari (harimau).

Sewang Terang dijalankan dalam suasana terang pesta. Upacara ini sering dijalankan

dalam upacara “pemutus ubat”, menolak bala disebabkan wabak penyakit atau kerana

hasil pertanian yang tidak begitu baik.Ia juga dijalankan selepas musim genggulang

(menuai) bertujuan mengucap terima kasih kepada semangat hutan dan meminta hasil

pertanian yang lebih lumayan pada masa akan datang.

Sewang Terang biasanya dijalankan tujuh hari tujuh malam berturut-turut. Tidak ada

bunyi bising seperti gelak ketawa atau kanak-kanak menangis dibenarkan semasa

muzik dan tarian sewang dijalankan. Sewang Terang juga dijalankan sebagai pemutus

ubat.Bagi tujuan ini, sekurang-kurangnya dua puluh pesakit yang telah diubati dan

masih belum menjalankan upacara pemutus ubat hendaklah berkongsi menjalankan

sewang. Pengeras atau “sko” hendaklah disediakan oleh pesakit dalam bentuk wang

perak (wang syiling biasa) untuk diberi kepada gunik. Hala’ boleh membatalkan upacara

sewang jika beliau mendapat “mimpi” atau sebab-sebab lain. Pesakit yang tidak dapat

hadir hendaklah menggantikannya dengan sedikit darah yang diambil dari bahagian

kaki. Tarian Sewang ini juga biasanya ditarikan untuk upacara tradisi dan juga untuk

pesta-pesta keramaian.Jika ditarikan semasa upacara bersunat, tarian ini dinamakan

Tarian Ajok.

.

12

Page 13: Folio  tarian RIMUP

4.2 Peralatan Tarian

Daun kelapa merupakan peralatan penting dalam sewang. Daun kelapa yang dianyam

akan dihias di sekeliling ruang tarian. Hiasan daun kelapa ini hendaklah disusun secara

bersambung-sambung kerana dipercayai akan digunakan sebagai “jambatan” kepada

gunik untuk memasuki tubuh Hala’. Daun kelapa juga dijadikan aksesori di mana ia

akan dililit di kepala, badan dan pinggang semua ahli-ahli sewang di mana sesudah

menari, hiasan ini akan dikeringkan dan kemudian dibuang jauh dari tempat laluan

orang. Hiasan ini pantang dilangkahi atau dibakar. Sekiranya berlaku, dipercayai orang

yang melakukannya akan menjadi gila atau jatuh sakit. Muka ahli sewang dihiasi

dengan warna merah dari biji buah kesumbar dan bintik putih daripada kapur.

Hala’ dan penari sewang akan memegang segenggam daun-daun hutan yang dipanggil

“kijau”. Biasanya terdiri daripada daun-daun herba dan akar-akar yang mempunyai bau

harum.Ia dipotong secara khusus supaya kelihatan cantik dan kemas. Daun-daun dan

akar ini biasanya diambil dari bahagian tertinggi (bukit atau gunung) yang terdapat di

sekitar kawasan tersebut.

Wajah penari-penari tarian sewang yang telah dihiasi dengan warna merah dan bintik putih.

13

Page 14: Folio  tarian RIMUP

Warna merah daripada biji kesumbar digunakan untuk menghiasi wajah penari sewang.

4.3 Pantang Larang

‘Hala’ yang bertanggungjawab menjalankan upacara tarian sewang tidak boleh makan

makanan yang pedas dan juga yang dianggap berbisa seperti ikan keli dan ikan berduri

selama tujuh hari selepas upacara sewang. Dipercayai jika hala’ melanggar pantang ini,

penyakit yang diubati tersebut akan kembali. Selain itu sepanjang sewang dijalankan,

penonton tidak dibenarkan berbuat bising contohnya gelak ketawa, menangis (kanak-

kanak) dan memasang lampu atau api (bagi sewang gelap).

4.4 Alat Muzik Sewang

Alat terpenting ialah buluh centung yang dihentak di atas kayu beluti dimainkan oleh

empat orang pemuzik. Satu set centung terdiri daripada dua batang buluh yang

mempunyai bahagian atas terbuka dan di bahagian bawahnya ditutup oleh bahagian

ruas. Centung yang lebih besar dinamakan Centung Jantan dipegang menggunakan

tangan kiri berukuran lebih kurang 6-8 cm dan panjang 60-75 cm. Centung Betina

berukuran lebih kecil dipegang menggunakan tangan kanan. Terdapat 3 pic dikesan

pada centung. Sesetengah set centung terdiri “hampir” kepada Perfek ke-5 (G-D) dan

sesetangah set terdiri daripada jeda minor ke-3 (G – Bb). Bahagian bawah centung

akan dihentak di atas sepotong kayu dasar yang agak besar. Selain dari bermain

14

Page 15: Folio  tarian RIMUP

muzik, pemuzik akan menyanyi berselang-seli dengan nyanyian oleh ‘Hala’ centung

akan dimainkan sepanjang tarian sewang.

Pensol atau seruling hidung dimainkan oleh ‘Hala’. juga dibuat daripada buluh

berukuran diameter 1.5 – 2 cm dan panjang kira-kira 25 cm. ‘Hala’ akan menyumbat

sebelah lubang hidung menggunakan daun atau cebisan kain manakala sebelah lagi

lubang hidung digunakan untuk meniup pensol. Pensol dimainkan sebagai muzik

melodi intro, bridge dan penamat. Alat lain dalam sewang ialah rebana, crep (gitar

buluh bertali 2), gong dan genggong (menyerupai mouth harp). Julak atau melodi yang

dinyanyikan oleh ‘hala’ dikatakan diilhamkan melalui mimpi. Julak ini dinyanyikan untuk

memanggil gunik hadir dalam majlis. ‘Hala’ yang telah dirasuk oleh gunik dikesan

dengan perubahan karektor atau suaranya yang berubah. Contohnya, apabila Gunik

Harimau telah merasuk tubuh ‘hala’ maka suara ‘hala’ akan berubah menderam seperti

bunyi harimau.

Pensol atau alat seruling hidung

15

Page 16: Folio  tarian RIMUP

4.5 Konsep Muzik

Sepanjang tarian sewang akan diiringi oleh muzik dari centung dan jika ada alat muzik

gong, crep, rebana dan genggong. Format atau bentuk seksyen-seksyen muzik sewang

dapat dijelaskan seperti berikut:

• Intro / muzik inetrumental oleh pensol

• Julak berselang seli dengan nyanyian ramai oleh pemuzik (beberapa kali)

• Bridge / muzik instrumental oleh pensol

• Julak berselang seli dengan nyanyian ramai (beberapa kali)

• Bridge / muzik instrumental – oleh pensol

• Julak berselang seli dengan nyanyian ramai (beberapa kali)

• Penamat / muzik instrumental – oleh pensol

Secara keseluruhannya, hanya satu pola irama permainan muzik centung

dalam muzik itu, iaitu:

Muzik sewang dimainkan dalam meter empatan, tempo sederhana (lebih kurang krocet

= 100) bagi muzik perubatan dan tempo lebih cepat bagi muzik persembahan. Melodi

yang dimainkan adalah melodi yang diulang-ulang (yang diilhamkan melalui mimpi).

Melodinya seolah-olah tidak begitu mengambil kira detik muzik tetapi secara

keseluruhannya mempunyai struktur 4 bar. Walau pun tidak begitu jelas, terdapat

sedikit persamaan melodi dengan penggunaan skel minor pentatonik (tanpa pic ke-4

dan ke-7) digunakan sebagai asas melodi. Tekstur sewang ialah monofonik iaitu satu

melodi (sama ada dari pensol atau julak) diiringi oleh rentak kekal dari alat kombinasi

alat muzik centung (juga lain-lain alat muzik jika ada).

16

Page 17: Folio  tarian RIMUP

Tiada penglibatan penggunaan kod (triad) selain triad tonik di sepanjang lagu di mana

ianya selaras dengan muzik-muzik ritual dalam etknik-etnik lain di Malaysia. Bunyi alat

muzik genggong seolah-olah berfungsi sebagai drone sepanjang lagu dimainkan.Tiada

penggunaan dinamik yang jelas dalam persembahan sewang. Semua melodi dan muzik

iringan menggunakan dinamik yang sekata sepanjang lagu.

Muzik sewang ini mula dipengaruhi oleh muzik popular semasa, contohnya dangdut.

Tetapi pola irama rentaknya tidak banyak berubah.Ia masih mengekalkan pola irama

rentak yang mudah dan berulang-ulang. Unsur yang paling jelas berubah ialah tempo.

Bagi “lagu dangdut” rentaknya dimainkan dengan sedikit laju berbanding tempo sewang

asal.

Alat muzik sewang dimainkan semasa persembahan tarian sewang.

Sebahagian alat muzik sewang.

17

Page 18: Folio  tarian RIMUP

5.0 Tarian Kolattam

5.1 Pengenalan

Kolattam melibatkan persembahan yang diadakan untuk perayaan tertentu oleh kaum

wanita dan kanak-kanak perempuan di Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan negeri-negeri

di selatan India. Tarian ini ditarikan oleh kaum wanita dan tidak semestinya melibatkan

kaum lelaki. Mereka biasanya bermain gendang atau muzik latar. Kolattam berasal dari

daerah-daerah seperti Mahabalipuram, Taripatri, Marchela, Hampi dan Ramappa.

Penari-penari kolattam menggunakan kayu kecil yang dipanggil ‘kol’ untuk tarian yang

seragam. Kayu-kayu kecil ini diketuk bersama bagi menghasilkan bunyi yang harmoni

mengikut irama lagu.

Di Malaysia, tarian ini ditarikan semasa perayaan-perayaan tertentu seperti Thaipusam

dan Ponggal. Tarian kolattam ini boleh dipelajari dari penari-penari atau mereka yang

mengadakan kelas tradisional. Walau bagaimanapun terdapat perubahan dalam rentak

muziknya yang berbentuk kontemporari pada hari ini kerana perubahan masa dan

fungsinya.

Tarian kolattam sedang ditarikan oleh penari-penari.

18

Page 19: Folio  tarian RIMUP

5.2 Cara Persembahan Tarian

Tarian ini biasanya dilakukan dalam satu bulatan oleh penari sambil menari mengikut

irama lagu. Iramanya berbunyi seperti “ it tayyaku” atau “kita kita tayyaku”. Penari juga

menyanyikan lagu sambil menari. Ia adalah penting untuk melakukan pergerakan yang

seragam dan pantas mengikut lagu.

Penari utama akan memulakan lagu dan tarian diikuti oleh penari-penari yang lain.

Tarian dilakukan dalam satu bulatan sambil bergerak hadapan dan belakang mengikut

irama dan rentak. Terdapat perkataan yang tertentu digunakan oleh penari seperti

‘Pennudi’ bermaksud penari utama, ‘Usi’ pula ialah kepantasan dan ‘Ettugada’ memberi

maksud permulaan tarian.

Tarian kolattam ditarikan dalam satu bulatan.

19

Page 20: Folio  tarian RIMUP

Kayu-kayu kecil yang dipanggil ‘kol’ digunakan dalam tarian ini.

5.3 Pakaian dan Perhiasan

Penari tarian kolattam dikenali sebagai “Hallisaka”. Mereka kelihatan cantik berpakaian

berwarna terang dan barang kemas semasa mereka menyebut perkataan ‘talas’ dan

meneruskan langkah tarian antara satu sama lain.

Pakaian berwarna-warni dan barang kemas dipakai semasa tarian ini ditarikan oleh

kanak-kanak perempuan.

20

Page 21: Folio  tarian RIMUP

6.0 Rumusan

Tuntasnya, terdapat pelbagai jenis tarian tradisional di Malaysia  yang menonjolkan

kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum atau bangsa. Oleh itu, tarian perlulah dijaga

keseniannya agar generasi akan datang dapat mengenali dan mempelajari tarian

secara mendalam dan tarian tradisional pula tidak akan dilupakan oleh masyarakat

akan datang. Tarian juga mencerminkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat

yang berbilang kaum.

Pada era modenisasi sikap manusia yang mengagungkan budaya barat menyebabkan

tarian tradisional semakin ditelan zaman. Generasi muda sekarang tidak lagi pandai

untuk menarikan tarian tradisional seperti mana mereka menarikan tarian moden. 

Kesannya, tarian tradisional kian ditelan zaman dan kurang mendapat perhatian. Sudah

menjadi tanggungjawab generasi muda untuk memperkembangkan tarian tradisional di

mata dunia supaya ianya dikenali ramai. Harapan kita tarian tradisional ini akan terus

ditarikan oleh generasi muda tanpa malu supaya tidak ditelan zaman serta dapat

memartabatkan nama negara kita di persada dunia. 

21

Page 22: Folio  tarian RIMUP

PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat dan nikmat masa yang

dianugerahkan dapat disiapkan folio ini dengan jayanya. Folio ini diharapkan dapat

menjadi panduan kepada pihak yang berkenaan sebagai rujukan pada masa akan

datang. Folio yang berkaitan dengan tarian tradisional ini adalah rentetan daripada

Program RIMUP, Daerah Kinta Selatan 2014 yang bakal dilaksanakan di sekolah ini.

Jutaan terima kasih kepada AJK RIMUP SKSBC, semua guru dan murid yang terlibat

dalam program ini serta memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, buah fikiran, bahan

folio dan wang ringgit sehingga terlaksananya program RIMUP, Daerah Kinta Selatan

2014 ini yang melibatkan sekolah-sekolah yang terpilih bagi melaksanakannya di SK St.

Bernadette’s Convent, Batu Gajah, Perak.

Terima kasih…Kuning emas masaknya padi,

Mawar merah dalam jambangan;

Terima kasih daun keladi,

Budi tuan jadi kenangan.

Pohon sirih pohon selasih,

Tumbuh merimbun di hujung laman;

Kalungan budi junjungan kasih,

Menjadi kenangan sepanjang zaman.

22

Page 23: Folio  tarian RIMUP

23