tarian tradisional orang kenyah

25
Tarian Tradisional Orang Kenyah (Datun Julud) Wan Amilia Bt Wan Ahmad Nur Adibah Bt Kapli Noor Hafizah Bt Hashim Engku Amalina Bt Engku Yusoff Zahera Azlea Bt Zaaba

Upload: amilia-ahmad

Post on 04-Jul-2015

5.198 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Tarian Tradisional Orang Kenyah

(Datun Julud)

Wan Amilia Bt Wan AhmadNur Adibah Bt Kapli

Noor Hafizah Bt HashimEngku Amalina Bt Engku Yusoff

Zahera Azlea Bt Zaaba

Pengenalan

• Tarian kenyah adalah tarian suku kaum Kenyah di Sarawakyang terdiri daripada pelbagai jenis.Salah satu jenis ini yangpopular ialah datun julud.

• Tarian ini biasanya dipersembahkanuntuk meraikan kedatangan para pengunjung ke rumahpanjang.

• Pada umumnya,para penari tarian ini terdiri daripadalapan orang wanita yang akan menari mengikut alunan alat muzik sape.

• Peralatan utama dalam tarian kenyah ialah bulu-bulu burung kenyalang.Bulu-bulu ini menghiasi kedua-dua belah tangansetiap penari.

• Ayunan tangan yang dihiasi bulu-bulu kenyalang serta gerak tari yang lemah lembut inilah yang menyebabkan tarian kenyah sungguh unik dan tersendiri

Datun Julud

• Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak.

• Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran.

• Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai.

• Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.

Pakaian

• Disebabkan tarian Datun Julud ini merupakan tarian untuk berhibur di rumah panjang, maka tiada pakaian khas digunakan.

• Tetapi sekiranya ada tetamu kenamaan atau untuk menyambut hari-hari perayaan beberapa corak pakaian tradisioal yang digunakan di antaranya ialah penutup kepala yang dihiasi manik dan bulu kambing.

• Baju dan sarung ( taah ) dihiasi dengan ukiran tradisi yang diperbuat daripada manik dan labuci.

• Penari wanita memakai baju berlengan pendek dan kain bermotif tradisi.

• Pakaian tradisional yang pelbagai corak dan motif ini dibuat menggunakan tenunan tangan.

• Di tangan penari wanita pula memegang kipas yang diperbuat daripada bulu burung enggang.

• Dalam tarian ini juga bulu-bulu burung yang dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari wanita hanyalah sebagai perhiasan.

• Penari lelaki pula selalunya membawa perisai “ Terabai” dan parang panjang “Ilang” semasa menari.

• Di kepala penari lelaki juga dihias dengan topi yang dilekatkaan dengan bulu burung Kenyalang.

• Baju yang digunakan penari lelaki juga kadang-kadang ialah baju yang diperbuat daripada kulit kayu Kemedu atau kulit kambing sunong.

Repetoire Lagu Kenyah • Kaum Kenyah mempunyai pelbagai lagu yang mempunyai melodi dan

ritma yang menarik, dan kebanyakannya menggunakan skel pentatonik. Di rumah panjang Kenyah, belian dadu (lagu tarian panjang) dinyanyikan secara acapella (tanpa iringan) semasa peserta menari mengikut arah lawan jam sepanjang serambi (ruai) rumah panjang.

• Gerakan tarian (tu’ut dadu) adalah mudah.• Langkah asas adalah melangkah kaki kanan, mengheret kaki kiri, dan

sebaliknya. Kadang kala, kaki akan dihentak setiap empat kiraan ataupun pada hujung frasa.

• Walau bagaimanapun, terdapat variasi gerakan yang mengiringi lagu-lagu khusus.

• Satu ciri menarik lagu tarian ini ialah kebanyakan lagu belian dadu adalah lagu pentatonik (skel pentatonik: d r m s l d’).

Contoh lagu kenyah

Alat Muzik Kenyah

• Ensemble muzik kenyah, biasanya mengandungi sape, satu atau dua buah jatung utang dan pelbagai alat lain seperti harmonika, lutong, suling dan gitar.,botol berisi air, maracas dan sape bio (sejenis sape besar dengan satu tali sahaja).

• Jenis alat tidak tetap dan berbeza dari satu kampung ke satu kampong yang lain.

• Dalam ensembel, sebuah sape dan sebuah jatung utang memainkan melodi secara unison manakala sape kedua atau jatung utang kedua memainkan ostinato bermelodi ataupun melodi berbalas.

• Ketiga-tiga alat ini menggunakan skel pentatonik.

SAPE

• Sape diukir daripada kayu aro (ataupun kayu lain seperti meranti).

• Seperti gitar, sape mempunyai badan yang memanjang dengan bahagian belakang badan dibiarkan terbuka serta “berleher” yang pendek.

• Ia dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna-warni.

• Umumnya, setiap alat muzik sape mempunyai ukuran lebih kurang 130 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar.

• Kategori kordofon dan merupakan sejenis lut yang dipetik.

• dimainkan oleh kaum lelaki sahaja.• Zaman dahulu, dua utas tali rotan digunakan.

Pada masa kini, tiga hingga empat tali logam atau nilon dipasangkan pada badan sape(fius, tali nilon,tali brek basikal atau tali gitar. )

• Dimainkan dengan cara memetik talinya tetapi rupa bentuknya berbeza-beza.

• Biasanya sape dimainkan dalam tema yang berbeza bagi mengiringi tarian Ngajat atau Datun Julud.

Jatung Utang

• Gambang kayu daripada suku kaum Orang Ulu.• Mengandungi di antara tujuh hingga sepuluh keping kayu

yang setiap satu berbeza dari segi saiz dan tebalnya.• Ia digantung dengan sepasang tali di atas kotak

dengungan.• Alat ini dimainkan dengan menggunakan kayu dan

menghasilkan muzik instrumental.• Kadangkala ia digabungkan dengan sape untuk

mengiringi tarian.• Merupakan alat dalam kategori zailofon

Gambar Jatung Utang

Lutong

• Lutong adalah alat jenis petikan kordofon dengan enam tali, dengan pic m, r, s, s, d’ d.

• Alat ini biasanya dimainkan oleh kaum perempuan dengan petikan ibu jari dan jari telunjuk sahaja.

• Lutong boleh dimainkan dalam ensembel atau pun berduet.

• Boleh didapati di sebuah kampung Kenyah iaitu Long Semiyang di Ulu Baram.

ALAQ TAU

• Sebuah ritual yang dilakukan warga Dayak Kenyah di Samarinda, Kalimantan Timur sebelum memulai masa tanam padi.

• Tujuan- mohon petunjuk dalam memilih waktu yang tepat untuk menanam padi.

• Ritual dimulakan dengan membaca doa yang dilakukan oleh tetua adat.

• Waktu yang tepat biasanya didasarkan dalam bentuk koordinat tertentu dari matahari yang dibaca tetua adat.

• Kemudian, dilanjutkan dengan tarian yang berhubungan dengan kehidupan agraris warga seperti tari pangpagaq, tari udoq aban, dan tari anyam tali.

TARI PANGPAGAQ

• Tarian yang menggambarkan upaya menangkap binatang yang masuk ke dalam kawasan pertanian.

• Gerakannya melompat-lompat di antara kayu dengan rentak teratur seperti hendak menjebak binatang.

TARI UDOQ ABAN

• Juga dikanali sebagai tarian topeng.• Tarian untuk mengusir roh jahat dan hama

padi menjelang musim penan tiba.

TARI ANYAM TALI

•Tarian ini berasal dari suku Dayak Kenyah. •Semula, tarian ini dinamakan “KANCET MENYAM TALI” berarti Tarian Anyam Tali. •Para penari memegang tali atau pita beraneka warna yang menjadi lambang atau symbol dari agama yang berbilang, suku, adat, budaya dan agama masyarakat yang tinggal di Kalimantan Timur. •Pita tersebut kemudian dianyam menjadi simpul yang terpadu. •Tarian Persatuan dan Kesatuan.