6 tip asas nyanyian

Upload: mohdaffandi

Post on 03-Apr-2018

404 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    1/15

    6 Tip Asas Nyanyian

    Menyanyi adalah sifat semulajadi yang ada dalam setiap nalurimanusia.Nyanyian juga sejak beribu-ribu tahun dahulu menjadi

    tunjang kepada peradaban manusia,kesenian,keagamaan dan

    yang paling ketara dalam percintaan.Kita tidak semua lahir dengan

    kebolehan menyanyi,walaubagaimanapun dengan latihan yang

    betul dan sesuai setiap orang BOLEH menyanyi.Berikut beberapa tips

    untuk menyanyi dengan cara yg betul bagi mempersiapkan anda

    untuk menyanyi secara profesional,ke audition atau di karaoke dan

    juga menyanyi di bilik air.

    1.Kawalan Pernafasan

    Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi

    adalah dengan menahan nafas ketika menyanyi.Sedangkan yang

    sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja nafas

    anda mengalir seperti biasa,jika tidak anda akan merasakan

    kesukaran untuk mencapai note tinggi dalam nyanyian

    anda..senang cakap terkehel bila nak tarik..

    Untuk itu anda harus beajar satu cara pernafasan yang dipanggildiaphragmatic breathing.Teknik pernafasan ini adalah dengan

    menarik nafas masuk ke dalam paru-paru anda yang bawah

    sekali.ooo ada yang garu kepala dah...Ok senang cerita macam ni

    jer,cuba baring melentang atas katil kaki lunjur,kemudian letakkan

    tangan kanan anda diatas dada sebelah atas dan tangan kiri anda

    diatas dada sebelah bawah(ddekat tulang rusuk).Bila bernafas

    pastikan tangan kanan anda diatas dada sebelah atas tidak

    bergerak,manakala tangan kiri diatas dada sebelah bawah

    bergerak keatas dan kebawah

    2.Perkembangkan Suara Asli Anda

    Bila menyanyi anda dengan cara tak sengaja akan terikut-ikut cara

    nyanyian penyanyi asal,fenomena ini berleluasa di Malaysia suatu

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    2/15

    waktu dulu dimana ramai yang meniru suara Jamal Abdillah begitu

    juga dengan Dato'Siti Nurhaliza.Ini adalah tidak bagus jika anda

    hendak menjadi penyanyi yang hebat.Untuk menjadi hebat anda

    kena atau mesti mempunyai identiti suara anda sendiri,pendekata

    anda kena ada trademark anda sendiri.Untuk cuba lari dari terikut2ni cubalah menyanyi lagu yang anda kurang minat dengan

    penyanyi nya atau anda langsung tak pernah dengar pun lagu

    serta penyanyinya.Mulanya anda akan merasa kurang selesa,jika

    anda cuba sekerap yang mungkin lama-kelamaan ianya akan

    menjadi biasa dan sedikit demi sedikit anda akan nampak keaslian

    suara anda,mat saleh cakap original!

    p/s Tips ini memerlukan kesabaran dan latihan serta memakan masa

    sedikit

    3.Latih Diri Anda Beremosi

    Nyanyian dan muzik adalah bersangkut paut dengan

    emosi.Sesebuah nyanyian mengutarakan sebuah

    cerita,warna,perasaan,kesedihan dan kebahagian etc.

    Dengan hanya setakat mengenal nota-nota muzik dan pandai

    menyanyi sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penyanyi

    hebat.Anda harus pandai mengawal emosi anda!Setiap lagu yang ingin dinyanyikan harus diteliti dan difahami isi

    kandungan dan ceritanya,apakah emosi dalam lagu itu?apakah

    emosi dalam melodi lagu itu?ini semua harus dikaji.Biasa orang

    cakap kita kena 'feel' kan lagu tu baru lah sedap.

    Bila emosi berjaya dengan kemahiran vokal yang ada maka

    lengkaplah nyanyian.

    4.Menyanyi Depan Cermin

    Cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vokal

    anda..bunyi macam tak logik bukan..Tapi ini lah hakikatnya.Dengan

    menyanyi dihadapan cermin anda sendiri dapat meihat posture

    badan anda sewaktu menyanyi(ini amat penting ketika

    menyanyi)expresi muka dan mulut serta teknik pernafasan

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    3/15

    anda.Cuba berxperimen depan cermin dengan menyanyi dengan

    membongkok,tak buka mulut dengan sepatutnya dan cuba

    menyanyi dengan berdiri tegak dan membuka mulut dengan

    sepatutnya.Dont be surprised anda akan selesa menyanyi bila anda

    berdiri tegak sambil menyanyi dengan membuka mulut dengansepatutnya.Itulah kegunaan cermin!

    5.Berhenti....

    Ok yang ni mungkin agak berat sikit bagi sesetengah orang untuk

    mempraktikkanya..Namun untuk menjadi penyanyi yang berkaliber

    anda kena berhenti merokok,cakap dengan menjerit atau suka

    menjerit-jerit(ada ke orang macamni)dan kurangkan meminum ais

    beberapa jam sebelum anda menyanyi.Saya tak kan kupas bab nikerana bersangkut-paut dengan tabiat manusia,saya dah bagi tahu

    jadi pandai-pandailah yer..

    6.Latihan Latihan Latihan

    Nyanyian jika tidak diasah atau dilatih takkan membawa anda

    kemana-mana.Dengan berlatih anda akan mengenali kelemahan

    dan kelebihan suara anda,anda juga dapat kenalpasti lagu yang

    bagaimana selesa dengan anda,juga dengan latihan anda bolehberexperimen dengan suara anda,cuba cabar suara anda ketahap

    yang diluar kemampuan anda,dengan cara ini suara anda menjadi

    flexible dan mungkin anda boleh jadi versatile singer.Ambil

    kesempatan untuk menyanyi dimana-mana sahaja,rasakan

    keseronokan menyanyi dan cuba menyanyi dihadapan rakan-rakan

    secara tak langsung atau secara langsung dan dapatkan komen

    dari mereka,jikalau komen-komen yang diterima membanggakan

    maka anda sudah bersedia untuk ke tahap seterusnya.

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    4/15

    alam kemahiran menyanyi , lagu adalah sumber utama yang dapat

    dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

    -Aural

    Kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari

    -Fizikal

    Pengawakan nafas dan mekanisme vokal

    -Verbal

    Kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan

    bahasa

    -Daya ingatan muzikal

    Kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula

    -Persembahan

    Menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat

    -Interaksi sosial

    Berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan

    -Komunikasi

    Menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui nyanyian

    ASPEK NYANYIAN

    Untuk mendapatkan nyanyian yang baik, seseorang perlu mengikut

    aspek nyanyian. Terdapat lima aspek nyanyian yang perlu diikuti.

    Aspek tersebut ialah postur, pernafasan,sebutan dan ton, bentuk

    mulut dan latihan bunyi vokal dan terakhirjenis suara.

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    5/15

    Postur

    Dalam nyanyian, tubuh badan berfungsi sebagai alat muzik penting.

    Teknik vokal merangkumi cara pernafasan, mutu pengeluaran

    suara dan keseluruhan nyanyian seseorang. Postur terbahagi

    kepada dua iaitu berdiri dan duduk.

    Postur berdiri

    Berdiri tgak dengan kaki renggang sedikit. Badan diimbangkan di

    kedua belah kaki dan seluruh anggota badan dalam keadaan

    selesa. Tangan diletakkan di sisi badan. Dada hendaklah

    kehadapan dengan bahu ke belakang. Kepala haruslah

    http://4.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcG_48A2TI/AAAAAAAAAJA/M0kstphKWf0/s1600/kaki.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcG6AZHibI/AAAAAAAAAI8/U4fgiV8pw-k/s1600/postur+nyanyi+1.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcG_48A2TI/AAAAAAAAAJA/M0kstphKWf0/s1600/kaki.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcG6AZHibI/AAAAAAAAAI8/U4fgiV8pw-k/s1600/postur+nyanyi+1.jpg
  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    6/15

    ditegakkan dan pandang lurus kehadapan.

    Postur semasa duduk.

    Duduk tegak dan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah

    tapak kaki di lantai dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan

    diatas paha. Kerusi hanya duduk 1/3 bahagian kerusi dan jangan

    bersandar. Dada juga hendaklah kehadapan dengan bahu

    kebelakang dan elakkan dari mengangkat bahu. Kepala mestilahsentiasa tegak dan pandang lurus kehadapan.

    Pernafasan

    Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik.

    Dalam nyanyian, mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk

    laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih

    resonan.

    Sebutan dan tonDalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah paling

    jelas. Untuk menghasilkan pengeluaran ton yang baik ciri-ciri berikut

    memainkan peranan yang penting.

    Tenaga

    http://4.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcHEOly5aI/AAAAAAAAAJE/X8Zs6D3p8lI/s1600/duduk.jpg
  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    7/15

    Intensiti Kekuatan bunyi Harakat (panjang dan pendek)

    Pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkansebutan yang baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi

    konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu

    ditekankan.

    Bentuk mulut dan latihan bunyi vokal.

    Latihan mengikut solfege

    http://4.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcHS9rXyMI/AAAAAAAAAJM/UFGlDOwZBZc/s1600/handsign.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcHJ-JYsMI/AAAAAAAAAJI/VKpNg5qyb4o/s1600/mulut.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcHS9rXyMI/AAAAAAAAAJM/UFGlDOwZBZc/s1600/handsign.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcHJ-JYsMI/AAAAAAAAAJI/VKpNg5qyb4o/s1600/mulut.jpg
  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    8/15

    Asas Nyanyian

    Nyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Dalam muzik

    nyanyian dinamakan vokal. Terdapat dua jenis nyanyian iaitu

    nyanyian secara humming dan nyanyian menggunakan lirik lagu.

    Nyanyian secara humming adalah nyanyian menggunakan bunyi

    huruf vokal contohnya La la la, Di di di, Mu mu mu mu, Ta ta, Ti ti ti

    dan sebagainya. Nyanyian dengan lirik ialah nyanyian lagu

    menggunakan lirik lagu.

    Bunyi terhasil dari getaran sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk,

    permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Begitu juga

    dengan suara manusia. Atau apabila trumpet ditiup, udara dalam

    trumpet akan bergetar dan oleh itu bunyi trumpet terhasil.

    Biasanya, semasa bernafas, udara dari paru-paru akan melalui

    larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila hendak

    mengeluarkan bunyi, vocal cords (pita suara) akan dikawal supaya

    ia dapat menggetarkan udara yang melaluinya. Dengan cara itu

    suatu bunyi akan terhasil.

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    9/15

    Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi

    menjadi bunyi konsonan dan vokal. Simbol bagi vokal dan konsonan

    adalah huruf-huruf.

    Pic-pic muzik adalah besar atau kecilnya sesuatu bunyi. Semakinnyaring bunyi maka semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan vocal

    cords mempengaruhi ketinggian pic. Semakin tegang vocal cords,

    maka semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. Penyanyi yang

    mempunyai suara yang tinggi mempunyai vocal cords yang kuat.

    Kakuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara

    dari paru-paru. Dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai

    dinamiks. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada

    muzik.

    Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling

    tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik

    mempunyai julat pic yang besar

    Postur

    Dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat muzik.

    Semasa menyanyi postur adalah amat penting. Postur

    mempengaruhi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dankeseluruhan nyanyian seseorang.

    Postur Semasa Nyanyian Secara Berdiri

    Berdiri tegak, kaki direnggang sedikit. Imbang badan di kedua-dua

    belah kaki dan keseluruhan anggota dalam keadaan selesa

    1. Tangan di sisi badan.

    2. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari

    mengangkat bahu.

    3. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.

    Postur Semasa Nyanyian Secara Duduk

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    10/15

    1. Duduk tegak, kaki direnggang sedikit, kedua-dua tapak kaki di

    lantai dan dalam keadaan selesa.

    2. Tangan di atas peha.

    3. Duduk di separuh bahagian hadapan kerusi dan jangan

    bersandar.

    4. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari

    mengangkat bahu.

    5. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.

    Pernafasan

    Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik.

    Dalam nyanyian. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk

    memberi laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang

    lebih resonan.

    Sebutan dan Ton

    Dalam menyanyi, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah jelas.

    Bagi menghasilkan sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut memainkanperanan yang penting.

    Ciri-ciri ton nyanyian meliputi

    Tenaga

    Pembentukan alat vokal ( bibir dan lidah )

    Kekuatan bunyi

    Harkat (panjang dan pendek)

    Pernafasan dan bentuk mulut yang betul mengasilkan sebutan yang

    baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    11/15

    permulaan dan akhir suatu perkataan perlu ditekankan semasa

    latihan.

    Jenis Jenis Suara

    Dalam nyanyian, terdapat 3 jenis suara iaitu

    Suara kepala

    Suara tengah

    Suara dada

    Suara kepala ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan suarayang dirasai dikeluarkan dari ruang di kepada. Untuk mendapat

    suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang betul

    adalah perlu. Suara kepada akan membantu pelajar lelaki semasa

    mengalami perubahan suara.Ia juga memberi persediaan dalam

    penggunaan nyanyian falsetto.

    Suara Tengah ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan

    perletakan suara yang di rasai dikeluarkan dari paras hidung kekerongkong.

    Suara dada adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan

    suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang dada. Untuk merasai suara

    ini, nyanyi pic rendah dengan meletakkan tangan di dada. Getaran

    dada akan dirasai pada tangan.

    Tangga Nada Solfa

    Seorang paderi berbangsa Perancis, bernama Guido d Arenzo

    telah mencipta satu kaedah untuk mengajar nyanyian semerta

    dikalangan rahib pada abad ke-11. Arenzo menggunakan 6 not

    iaitu

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    12/15

    Do Re Mi Fa Sol La

    Sistem nyanyian ini kemudiannya digunakan dengan meluas untuk

    nyanyian sekular ( bertemakan cinta dan isu semasa ). Sistem ini

    adalah sama dengan tangga nada solfa yang digunakan untuklatihan nyanyian sehingga hari ini. Hari ini Ut telah digantikan

    dengan Do manakala pic Ti ditambah selepas La.

    POSTUR

    Dalam nyanyian, tubuh badan berfungsi sebagai alat muzik.

    Semasa menyanyi postur adalh penting. Postur boleh

    mempengaruh penguasan teknik vokal seseorang. Teknik vokal

    merangkumi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dankeseluruhan nyanyian seseorang.

    Kepala

    Pinggang

    Pinggul

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    13/15

    Kaki

    Lutut

    Tangan

    Lengan

    Bahu

    Dada

    Postur Semasa Menyanyi Secara Berdiri

    Postur semasa menyanyi secara berdiri adalah seperti berikut:

    Berdiri tegak dengan kaki renggang sedikit. Imbangkan badan di

    kedua belah kaki dan keseluruhan anggota haruslah dalam

    keadaan selesa Letakkan tangan disisi badan

    Dada hendaklah kehadapan dengan bahu ke belakang dan

    elakkan dari mengangkat bahu semasa menyanyi

    Kepala haruslah ditegakkan dan pandang lurus ke hadapan

    Gambarajah di sebelah adalah menunjukkan kedudukan kepalayang salah ketika menyanyi.

    Kedeudukan kepala yang salah ini menunjukkan bagaimana dagu

    didongakkan atau ditundukkan ke bawah yang mana ianya akan

    menyebabkan pengaliran udara dari abdomen terganggu dan

    seterusnya akan menyebabkan pengeluaran suara juga terganggu.

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    14/15

    Gambarajah di sebelah menunjukkan kedudukan kepala yang

    betul ketika menyanyi.

    Kedudukkan kepala dan bahu yang betul seperti ini akan

    membantu penyanyi menghasilkan ton yang lebih baik

    Gambarajah di sebelah menunjukkan kedudukan kepala yang

    tegak, kedudukkan dagu adalah rata, bahu juga dalam keadaan

    lurus dan dada lebar untuk memudahkan pengawalan pernafasan

    semasa menyanyi.

    Postur Semasa Menyanyi Secara Duduk

    Postur semasa menyanyi secara duduk adalah seperti berikut : Duduk tegak dengan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua

    belah tapak kaki di lantai dalam keadaan selesa

    Letakkan tangan di ats paha

    Duduk diseparuh bahagian hadapan kerusi sahaja dan jangan

    sekali-kali bersandar

    Dada hendaklah ke hadapan dengan bahu ke belakang dan

    elakkan dari mengangkat bahu

    Kepala hendaklah ditegakkan dan pandang lurus ke hadapan.PERNAFASAN

    Terdapat tiga cara pernafasan yang digunakan iaitu;

    a) Calvicular atau Shoulder Breathing (bahu)

    Teknik pernafasan ini hanya menggunakan bahu untuk menyedut

    udara masuk ke dalam badan. Cara ini perlu dielakkan ianya bukan

    saja membekalkan udara yang tidak mencukupi tetapi juga akan

    menyebabkan ketegangan pada leher dean kerongkong dan

    seterusnya merosakkan postur.

    b) Costal atau Rib Breathing (rusuk/tulang rusuk)

    Cara pernafasan ini adalah lebih baik dari shoulder breathing, tetapi

    ianya tidak digalakkan kerana ianya akan menampakkan otot

    pada rusuk semasa menarik nafas tetapi ianya akan lebih berhasil

  • 7/28/2019 6 Tip Asas Nyanyian

    15/15

    sekiranya ianya digabungkan dengan cara pernafasan yang ketiga

    iaitu ;

    c) Belly atau Diaphragmatic Breathing (perut/diafram)

    Cara pernafasan ini adalah merupakan cara pernafasan yang

    paling berkesan. Teknik ini adalah berdasarkan kepada prinsip saitifik

    iaitu apabila otot yang dipanggil sebagai diafram mengendur ke

    bawah, udara akan masuk melalui mulut dan kerongkong untuk

    memenuhi ruang di bahagian perut dan apabila diafram naik

    semula ke atas, udara akan dilepaskan keluar. Oleh kerana itu,

    apabila udara telah terkumpul dibahagian perut, perut kita akan

    membuncit dan apabila nafas dilepaskan, perut kita akan

    mengempis semula.Teknik pernafasan yang betul adalah merupakan aspek utama

    yang perlu dimahirkan oleh setiap penyanyi untuk menghasilkan

    nyanyian yang baik.

    Pengawalan pernafasan yang baik dipengaruhi oleh dua faktor

    yang berbeza iaitu:

    a) Breath management (pengurusan pernafasan)

    b) Breath control/support (pengawalan pernafasan)

    Tiga aspek pernafasan yang perlu ada pada setiap penyanyi ialah:

    a)Kemampuan menyedut seberapa banyak udara yang boleh

    b)kemampuan melakukan pernafasan dengan cepat

    c)kemampuan mengawal pelepasan pernafasan

    Perkara yang perlu dielakan untuk mengawal pernafasan:

    a)Ketegangan

    b)Coup de glottepenghasilan suara dengan keadaan kerongkong

    yang tertutup.(terutama dipermulaan dan diakhir frasa)