fungsi nyanyian rakyat
DESCRIPTION
Nyanyian rakyatTRANSCRIPT
Fungsi Nyanyian Rakyat
4 Fungsi Utama:
1. Mendidik dan memberi
nasihat2. Hiburan
3. Sindiran
4. Digunakan untuk
perubatan tradisional
Mendidik dan Memberi Nasihat
Mendidik masyarakat supaya taat pada ajaran agama di samping membentuk nilai berbudi bahasa.Contoh:
Burung Kenek-kenek
Burung Kenek-kenek Terbang tinggi di awan
Pesan datuk nenek Pandai-pandai cari kawan
Burung kenek-kenek Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek Sujudlah pada Tuhan
Lenggang-Ienggang kangkung Kangkung di tengah rimba Berair berair kabung Budak nak makan gula Lenggang-lenggang kangkung Kangkung di tepi pagar Berair berair kabung Budak nak makan sakar Burung kenek-kenek Hinggap di atas bumbung Pesan datuk nenek Jangan laku sombong Burung kenek-kenek Hinggap pohon kelapa Pesan datuk nenek Patuh ibu bapa
Geleng-geleng sapi Berbulu di telinga Atur tapak kaki Berdiri lama-lama Geleng-geleng sapi Sapi berbulu merah Atur tapak kaki Cepat-cepat melangkah Burung kenek-kenek Hinggap tepi perigi Pesan datuk nenek Bangun pagi-pagi Burung kenek-kenek Hinggap di atas atap Pesan datuk nenek Rajin-rajin baca kitab
Lagu rakyat ‘Burung Kenek-kenek’merupakan sebuah lagu yang ditujukan kepada kanak-kanak.Lagu ini menyelitkan unsur nasihat supaya kanak-kanak berhati-hati dalam memilih kawan.Selain itu, lagu ini mengingatkan kanak-kanak supaya menjadi insan yang bertaqwa dan menunaikan solat.Perkataan‘pesan’ pada lirik lagu yang membawa maksud nasihat membuktikan bahawa lagu rakyat ini bertujuan untuk memberi nasihat kepada khalayak.
Hiburan
Satu bentuk hiburan yang cukup mengasyikkan kepada pendengar-pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Di samping keindahan melodi, lagu rakyat yang sarat dengan cerita-cerita yang mengasyikkan juga telah memukau pendengar. Sebagai contoh lagu‘Indung-Indung’ yang menceritakan mengenai kepahlawanan seorang pemuda.
Indung indung lagu indung Indung indung lagu indung Indung indung lagu indung Indung indung Anak dagang pergilah merantau Membawa keris luk tujuh belas Besi dititik besi di tinting Diasap kemenyan tunggal Dibasuh air belimbing buluh Indung indung lagu indung Indung indung
Bisanya keris tidaklah terkira Sebulan Sebulan dagang menggalas lalu Jejak di tikam mati jua
Setitik Setitik darah jatuhlah ke laut Setahun ikan tidak bermain Indung indung lagu indung Indung indung Setitik Setitik darah jatuhlah ke darat Semusim padi tidaklah menjadi Indung indung lagu indung Indung indung
Lagu ‘Indung-Indung’ menceritakan perihal seorang jejaka yang pergi merantau berbekalkan sebilah keris yang tinggi nilai martabatnya sebagai senjata yang sangat terkenal dalam masyarakat melayu. Keris tersebut digambarkan sangat bisa. Setelah setahun dagang lalu, jejaknya yang ada jika ditikam dengan keris tersebut, dagang itu akan menemui maut. Jika setitik darah dari hujung keris itu jatuh ke laut maka setahun ikan tidak akan bermain disitu. Jika setitik darah tersebut jatuh ke darat, semusim pula padi tidak menjadi.
Sinopsis lagu
SindiranLagu rakyat yang dinyanyikan turut menjadi medium sindiran kepada golongan-golongan tertentu atas perilaku dan sikap yang dianggap menyimpang dari norma masyarakat.Contoh:
Peram-peram pisang Pisang masak layu
Di mana kayu bongkok Di situ kera meniti
Ayam makan padi Itik makan beras Orang zaman ini
Hatinya keras
Dipetik daripada Lagu ‘Tebang Tebu’
Sindiran yang terdapat dalam kedua-dua rangkap:
Peram-peram pisang Pisang masak layu Di mana kayu bongkok Di situ kera meniti
Orang yang tidak ada usul periksa dalam
pekerjaan akan menjadi sia-sia
Orang yang tidak mahu berusaha akan menggunakan
segala kesempatan yang mudah
Ayam makan padi Itik makan beras Orang zaman ini Hatinya keras
Ahli-ahli masyarakat yang sebegini terlalu mementingkan
peribadi atau diri sendiri
Perubatan Tradisional
Terdapat sebilangan lagu yang digunakan oleh bomoh atau pawang untuk mengubat penyakit.Masyarakat Melayu zaman dahulu sememangnya kuat kepercayaan kepada bomoh dan pawang terutama dalam menyembuhkan penyakit-penyakit.Bomoh atau pawang dikatakan akan menggunakan pertolongan makhluk halus untuk menyembuhkan penyakit. Lagu digunakan untuk menyeru makhluk halus berkenaan.Sebagai contoh lagu ‘Ulit Mayang’ yang begitu terkenal di Terengganu.