6.. pembangunan atlet
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN ATLET
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN
Pembangunan sukan di kalangan pelajar bermatlamat melahirkan pelajar yang yang mempunyai ciri yang unggul dan sentiasa berdaya saing. Bagi mencapai matlamat ini, Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) telah dilancarkan dan mensasarkan objektif berikut:
Menjadikan IPT sebagai pemangkin kepada pembangunan kecemerlangan sukan negara
Mewujudkan budaya bersukan di IPT ke arah memperkasakan modal insan seimbang dan berkualitidalam pencapaian akademik dan penglibatan bidang sukan
Sasaran untuk melahirkan sekurang-kurangnya 30% atlit negara adalah terdiri daripada atlit IPT atau"The Thinking Athletes"
7 Kluster DPSIPT
Pelaksanaan dasar ini akan menggerakkan perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan sukan di IPT dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan sistematik melalui fokus kepada tujuh (7) kluster berikut:
Program Pembudayaan Sukan
Program Pembangunan Infrastruktur Sukan
Program Pembangunan Pusat Kecemerlangan Sukan
Skim Kecemerlangan, Kebajikan, Insentif dan Penyelidikan Sukan (SKIPS)
Program Pembangunan Akademik Atlit
Program Promosi dan Jaringan Kerjaya
Program Pembangunan Pengajian Sukan di IPT
Insentif Biasiswa Sukan
Bertepatan dengan usaha menggalakkan kecemerlangan sukan atlet IPT, inistiatif menawarkan Biasiswa Sukan kepada atlit IPT yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam sukan yang diceburi serta mendapat pengiktirafan Majlis Sukan Negara (MSN) telah dilaksanakan. Sejak penawaran Biasiswa Sukan dibuka bermula pada 2006 hingga 2010, seramai 356 atlet telah diperakukan sebagai penerima Biasiswa Sukan KPT.
FUNGSI UNIT PERSEDIAAN ATLET
Merancang, mengatur dan melaksana serta menilai prestasi atlit bagi sukan-sukan terpilih untuk prestasi tinggi.
Merancang, mengatur, melaksana dan menilai program pembangunan Sukan Prestasi Tinggi pada semua tahap bagi semua jenis sukan.
Memantau dan meneliti keberkesanan semua program persatuan yang terlibat dengan sukan prestasi tinggi dari semasa ke semasa.
Bertanggungjawap membantu persatuan atau pasukan dari aspek penyediaan jurulatih, venue latihan, kelengkapan latihan dan kelengkapan lain yang dikira perlu.
Memantau program latihan dan kejohanan pendedahan disemua peringkat dan menyediakan laporan.
Membantu mengumpul data-data maklumat atlit, pegawai sukan bagi tujuan rekod-rekod dan statistic atlit dan pasukan.
Memantau dan mengambil tindakan untuk membantu pasukan-pasukan yang bermasalah.
PEMAKANAN SEIMBANG
Definisi Pemakanan Seimbang
- Aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakkan kesihatan, mengadaptasi pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan dan meningkatkan prestasi latihan.
Pemakanan sukan terbahagi kepada dua aspek iaitu:
1. Pemakanan bagi latihan2. Pemakanan bagi pertandingan
Kepentingan pemakanan sukan
1. Atlet mengetahui kesan pemakanan terhadap kesihatan mereka2. Atlet boleh menentukan jumlah cecair, nutrien dan tenaga yang diperlukan.3. Membantu meningkatkan prstasi atlet.4. Mengurangkan risiko mendapat kecederaan semasa latihan dan
pertandingan.5. Tubuh badan dengan keperluan nutrient-nutrien essential
Pemakanan sebelum latihan dan pertandingan
1. Memastikan glikogen tubuh berada pada tahap optimum bagi melambatkan kelesuan.
2. Pengambilan makan mestilah 2-4 jam sebelum latihan atau pertandingan bermula.
3. Jumlah karbohidrat adalah antara 200-300 gram protein pada kadar sederhana dan lemak pada kadar rendah.
4. Makanan mestilah mudah dihadam.
Pemakanan semasa latihan dan pertandingan
1. Melengkapkan simpanan karbohidrat sebagai tambahan untuk otot-otot yang bekerja.
2. Dapat mengekalkan glukosa dalam darah.3. Atlet perlu mengambil makanan berkabohidrat pada setiap jam semasa
berlatih dan bertanding pada kadar 30-60 gram.4. Atlet juga boleh mengambil minuman yang membekalkan karbohidrat.