etika pemakaian dan aurat atlet - isu da

Upload: amerhakimmohdzaki

Post on 06-Jul-2018

387 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    1/24

     

    IBDP3073

    ETIKA KERJA ISLAM

    TAJUK:

    ETIKA PEMAKAIAN DAN AURAT ATLET SUKAN: ISU DAN SOLUSI

    DISEDIAKAN UNTUK:

    USTAZ AHMAD FAQIH BIN IBRAHIM

    DISEDIAKAN OLEH

    IRFAN ASYRAF BIN JAMALUDDIN 13BI05029

    MOHAMMAD ZAHIRUL NUKMAN BIN MOHD NARAKNA 13BI05030

    AFIQ AIMAN BIN ABDUL HALIM 13BI05022

    SARJANA MUDA DAKWAH DENGAN PENGURUSAN SUMBER INSAN

    SEMESTER 5, SESI 1 - 2015/2016

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    2/24

    DAFTAR ISI

    ABSTRAK 3 

    TOPIK 1: LATAR BELAKANG 4 

    TOPIK 2: DEFINISI TAJUK 5 

    1.1 Etika Islam 5 

    1.2 Aurat 5 

    1.3 Atlet Sukan 6 

    TOPIK 3: OBJEKTIF 7 

    TOPIK 4: METODE KAJIAN 8 

    TOPIK 5: PENEMUAN HASIL KAJIAN 9 

    5.1 Konsep Aurat  9 

    5.2 Isu-isu Sekitar Permasalahan Aurat dalam Kalangan Atlet  13 

    5.3 Solusi dalam menangani permasalahan aurat dalam golongan atlet  15 

    KESIMPULAN 17 

    RUJUKAN 18 

    LAMPIRAN 20 

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    3/24

    ETIKA PEMAKAIAN DAN AURAT ATLET SUKAN: ISU DAN SOLUSI

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan menutup aurat dalam kalangan atlet

    negara serta memberikan pendedahan, pengetahuan dan kesedaran kepada

    masyarakat Islam khususnya atlet sukan negara dalam pensyariatan penjagaan aurat.

    Metode pengumpulan data, kajian perpustakaan dan wawancara telah digunakan

    dalam kajian ini. Kajian dilakukan adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan

     pemahaman atlet sukan negara terhadap kewajipan menutup aurat dan mengetahui

    kedudukan aurat dai perspektif Islam. Konklusinya dapatan kajian menunjukkan

     bahawa responden dan indiidu-individu yang bergiat aktif dalam bidang sukan

    mengetahui konsep, kewajipan serta tujuan menutup aurat namun culas dari segi

     pengamalannya. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, kami telah

    mengemukakan beberapa cadangan bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab

    dapat mengaplikasikan pensyariatan penjagaan aurat dalam bidang yang mereka

    ceburi.

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    4/24

    TOPIK 1: LATAR BELAKANG

    Islam adalah agama universal yang mencakupi segala aspek kehidupan termasuk

    sukan. Islam tidak melarang penganutnya dari menjadikan bidang sukan sebagai hobi

    mengisi masa lapang mahupun sebagai kerjaya demi memenuhi tuntutan negara.

    Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan umatnya untuk menceburi bidang sukan

    sebagaimana hadith Baginda s.a.w1.

    “Segala sesuatu yang tidak mengandung dzikirullah padanya maka itu adalah kesia-

     siaan dan main-main kecuali empat perkara: iaitu senda gurau suami dengan

    isterinya, melatih kuda, berlatih memanah, dan mengajarkan renang.” 

    Di samping itu, tubuh badan adalah amanah Allah s.w.t yang wajib dipelihara dari

    sebarang perbuatan yang merosakkan diri sendiri serta mengundang kemurkaan

    Allah s.w.t. Namun begitu, terdapat ramai dalam kalangan Muslim yang

     beranggapan tubuh badan mereka adalah hak peribadi masing-masing sehingga bebas

    untuk melakukan apa sahaja tanpa memikirkan halal dan haram dalam Islam. Begitu

     juga yang terjadi dalam kalangan atlet negara dewasa ini, kewajipan menutup aurat

    hanya dipandang sepi semata-mata demi meraih kebanggaan dan kemasyhuran di

    dunia.

    Perlu dipertegaskan adalah bahawasanya tuntutan memelihara aurat tidak tergugur

    kepada atlet-atlet sukan negara yang berjuang mengharumkan nama negara.

    Kewajipan menutup aurat ini adalah tetap terpakai kepada atlet-atlet sukan negara

    sama seperti individu-individu muslim yang lain. Sebagai sebuah agama yang

    syumul dan menepati fitrah hidup manusia, Islam bertindak memelihara kesucian dan

    maruah penganutnya agar tidak kelihatan sama seperti penganut agama-agama lain

    yang hidup dalam keadaan kebebasan tanpa sempadan sehingga hilang rasa malu dan

    segan dalam diri.

    1 Hadith riwayat al-Nasaie no.8890. Al-Albani menyatakan bahwa hadith itu sahih (Shahih al-Jami'

    ash-Shaghir no.4534)

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    5/24

    TOPIK 2: DEFINISI TAJUK

    1.1 Etika Islam

    Kamus Dewan edisi keempat, Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-

    nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan2.

    Manakala, Islam pula didefinisikan dengan agama yang disampaikan oleh Nabi

    Muhammad s.a.w3.

    Oleh itu, Etika Islam merupakan satu ilmu atau prinsip yang mengajar tentang

     perlakuan yang bermoral berdasarkan ajaran Allah s.w.t dan Rasul-Nya Muhammad

    s.a.w4. Etika Islam ini sangat bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia dan juga

    akal pemikiran yang waras.

    1.2 Aurat

    Perkataan aurat berasal dari kalimah dalam bahasa arab yang berbunyi ‘aar’ yang 

     bermaksud sesuatu yang dikeji, aib dan dicela yang patut disembunyikan, sama ada

    ia berbentuk perbuatan, sifat atau perkataan5. Perkataan aurat juga diguna pakai ke

    dalam Bahasa Melayu yang membawa maksud bahagian tubuh yang tidak boleh

    kelihatan atau wajib ditutup6. Maksud dari segi bahasa ini jelas menyatakan bahawa

    aurat ini perlu ditutup dan dipelihara.

    Menurut Mahmud Muhammad, aurat dari segi istilah adalah sesuatu yang tidak

    dibenarkan kepada perempuan memperlihatkannya di hadapan lelaki ajnabi dan

     begitu juga sebaliknya7.

    2 Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2015. Kamus Dewan Edisi Keempat . Kuala Lumpur: Sinaran Bros Sdn

    Bhd. Hlm 401.3  Ibid. Hlm 590.4 Wan Aminurrashid, Drs. 2002. Etiket Islam, Panduan Sopan Santun. Pahang: PTS Publications &

    Distributor Sdn Bhd. Hlm 1.5 Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004.  Aurat: Kod Pakaian Islam. Kuala Lumpur: Utusan

    Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm 2.6 Dewan Bahasa Dan Pustaka. Op. Cit. Hlm 90.7 Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. Op. Cit . Hlm 3.

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    6/24

    Dengan itu, kesepakatan ulama’ telah memutuskan hukum menutup aurat yang

    merupakan suatu kewajipan ke atas individu Muslim8. Kewajipan ini tidaklah terhad

    hanya menutup sebahagian anggota sahaja, malahn ianya merangkumi perhiasan-

     perhiasan dalaman, fesyen-fesyen tertentu, suara wanita dan juga perkara-perkara

    yang lain.

    1.3 Atlet Sukan

    Menurut Kamus Dewan edisi keempat, atlet ialah orang yang giat dalam lapangan

    sukan. Ia berasal dari perkataan Greek, athlos  yang bermaksud peraduan atau

     pertandingan9.

    8  Ibid. 9 Kerajaan Malaysia. 2010. Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan Dan Padang (Olahraga)

     Di Sekolah. Putrajaya : Kementerian Sukan Malaysia. Hlm. 1

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    7/24

    TOPIK 3: OBJEKTIF

    1.  Mengenalpasti konsep aurat dari perspektif syarak

    2. 

    Mengenalpasti isu-isu yang berhubungkait dengan permasalahan aurat dalam

    kalangan atlet sukan

    3.  Mengenalpasti solusi yang perlu diambil dalam menangani permasalahan

    aurat dalam golongan atlet

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    8/24

    TOPIK 4: METODE KAJIAN

    Kajian kualitatif ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini

    menggunakan makanisme rujukan buku, akhbar dan laman sesawang dan juga

    temubual.

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    9/24

    TOPIK 5: PENEMUAN HASIL KAJIAN

    5.1 Konsep Aurat

    5.1.1 Aurat

    Perkataan aurat berasal dari kalimah dalam bahasa arab yang berbunyi ‘aar’ yang

     bermaksud sesuatu yang dikeji, aib dan dicela yang patut disembunyikan, sama ada

    ia berbentuk perbuatan, sifat atau perkataan10. Perkataan aurat juga diguna pakai ke

    dalam Bahasa Melayu yang membawa maksud bahagian tubuh yang tidak boleh

    kelihatan atau wajib ditutup11. Maksud dari segi bahasa ini jelas menyatakan bahawa

    aurat ini perlu ditutup dan dipelihara.

    Menurut Mahmud Muhammad, aurat dari segi istilah adalah sesuatu yang tidak

    dibenarkan kepada perempuan memperlihatkannya di hadapan lelaki ajnabi dan

     begitu juga sebaliknya12.

    Dengan itu, kesepakatan ulama’ telah memutuskan hukum menutup aurat yang

    merupakan suatu kewajipan ke atas individu Muslim13. Kewajipan ini tidaklah terhad

    hanya menutup sebahagian anggota sahaja, malahn ianya merangkumi perhiasan-

     perhiasan dalaman, fesyen-fesyen tertentu, suara wanita dan juga perkara-perkara

    yang lain.

    5.1.2 Kewajipan Menutup Aurat

    Jumhur ulamak telah bersepakat bahawa hukum menutup aurat adalah wajib14.

    Pendapat ini diambil berdasarkan firman Allah s.w.t15:

                                         10  Ibid . Hlm 2.11 Dewan Bahasa Dan Pustaka. Op. Cit. Hlm 90.12 Shofian Ahmad, Lotfiah Zainol Abidin. Op. Cit. Hlm 3.

    13  Ibid. Hlm. 314  Ibid. Hlm. 415 Al-A’raf, 7: 31 

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    10/24

                                                  

    Maksudnya:

    “Wahai anak -anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap

    kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta

    minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan

    orang-orang yang melampaui batas.” 

    Ayat ini menunjukkan perintah Allah s.w.t kepada manusia untuk menutup aurat dan

    tidak juga berlebih-lebihan dalam berhias.

    5.1.3 Batas Aurat Lelaki dan Wanita

    Sepertimana yang sedia maklum, aurat antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Ia

    adalah kerana bentuk tubuh badan yang berbeza yang boleh mengundang kepada

    ketelitian yang melihat yang boleh mengundang kepada ketidakstabilan syahwat16.

    Ulamak telah bersepakat bahawa aurat bagi wanita itu adalah seluruh anggotanya

    kecuali muka dan kedua telapak tangan17. Batas aurat wanita juga tertakluk kepada

    siapa wanita itu berhadapan18.

    Menurut mazhab Shafie, Hanafi dan Maliki, aurat bagi wanita adalah keseluruhan

    anggotanya kecuali muka dan telapak tangannya. Sebahagian besar daripadanya juga

    menyatakan kedua tapak kaki juga bukanlah aurat bagi wanita19. Sabda Rasulullah

    s.a.w yang bermaksud20:

    “Daripada Aisyah menayatakan bahawa  Asma’   binti Abu Bakar masuk ke rumah

     Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang dipis. Lalu Rasulullah s.a.w

    menegur perbuatannya lalu bersabda: “Wahai Asma’  , sesungguhnya seorang wanita

    16 Ma’rifa Muhaimin. Aurat Dalam Perspektif Ulama Mazhab Dan Relavansinya Dengan Masa Kini.

    Tesis Sarjana. Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah. 2008. Hlm 15.17 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 16.

    18 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 16.19 Ma’rifa Muhaimin. Ibid . Hlm 17.20 Hadith Riwayat Abu Daud, daripada Aisyah r.ha.

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    11/24

    itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya

    kecuali ini dan ini”. Lalu baginda menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” 

    Manakala, mazhab Hambali meletakkan aurat wanita adalah keseluruhan anggotanya

    kecuali di dalam solat dan beberapa keadaan yang memerlukan. Tetapi ada

    sebahagiannya mewajibkan menutup seluruh anggotanya termasuk di dalam solat21.

    Walau bagaimanapun, aurat wanita adalah berbeza apabila mereka berhadapan

    dengan golongan yang berbeza. Menurut Yusuf al-Qardhawi, wanita boleh

    menampakkan tempat perhiasan batinnya seperti leher, telinga, rambut, tangan, betis,

    dan juga rambut di hadapan mahramnya22. Firman Allah s.w.t23:

                                                                              

                                                                                

                                                                     

                                                                                     

                                                                 

                                                                                        

                     

     

    21 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 17.22 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 20.23 Al-Nur, 24: 31

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    12/24

    Maksudnya:

    “ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat

     pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara

    kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh

    mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan

    leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan

     perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau

    bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau

     saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau

    anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan

     Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang

    telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum

    mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki

    untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan

    bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya

    kamu berjaya.” 

    Ayat ini jelas menyatakan tentang golongan yang dikecualikan terhadap wanita

    untuk memperlihatkan perhiasan batinnya.

    Manakala aurat lelaki sepertimana yang telah disepakati ulamak adalah terdapat di

    antara pusat hingga ke lutut24. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan

    dari sudut pandangan ulamak mazhab terhadap batasan pusat dan lutut yang terdapat

    dalam batasan aurat lelaki.

    Menurut pandangan Imam al-Shafie, Hanafi dan Maliki bahawa aurat lelaki adalah

    antara pusat dan lutut. Pandangan ini adalah berbeza dengan situasi orang yang

    melihatnya. Tetapi, Imam al-Shafie berpendapat bahawa memperlihatkan pusat dan

    lutu adalah haram secara mutlak 25. Adalah menjadi kewajipan untuk menutup pusat

    dan lutut kerana kaedah fiqh menyatakan:

    و جا

     

    ف

     

    ه

     

    بج ل متي

     24 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 27.25 Ma’rifa Muhaimin. Ibid. Hlm 28.

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    13/24

    Maksudnya:

    “Tidak sempurna suatu yang wajib itu, melainkan dengannya itu adalah wajib.” 

    Maka dengan itu, menutup lutut dan pusat menurut mazhab Shafie adalah wajib dan

    membukanya adalah haram sekiranya berhadapan dengan golongan yang bukan

    muhrim.

    5.2 Isu-isu Sekitar Permasalahan Aurat dalam Kalangan Atlet

    Beberapa isu atau permasalahan timbul berkaitan konsep aurat dalam kalangan atlet.

    Dalam subtopik ini, disertakan beberapa isu yang menjadi topik hangat di dada

    akhbar.

    Isu 1: Pemakaian Atlet Gimnastik Artistik Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi.

    Isu berkaitan atlet gimnastik artistik Negara, Farah Ann Abdul Hadi bermula apabila

    sebuah stesen televisyen swasta tempatan memuat naik gambar yang dikatakan

    menjolok mata di laman Faceook rasmi milik mereka, selepas beliau memenangi

     pingat emas ketiga skuad gimnastik melalui kategori rutin lantai di kejohanan Sukan

    SEA 2015 yang bertempat di Singapura.

    Isu ini menjadi hangat kerana mendapat respon dan kritikan daripada pengguna

    laman sosial, dan tidak terkecuali maklum balas daripada beberapa tokoh tempatan.

    Antara tokoh yang memberi maklum balas sama ada mengkritik atau menyokong

    atlet tersebut adalah Y.B. Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar, Menteri Belia dan

    Sukan Malaysia26; Sahib as-Samahah Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan

     Negeri Perak 27; Dr. Fathul Bari Mat Jahaya, Exco Pergerakan Pemuda UMNO

    26 T K Letchumy Tamboo (2015) Biarlah Tuhan sahaja yang menghakimi Farah Ann - Khairy

     Jamaluddin. Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/biarlah-

    tuhan-sahaja-yang-menghakimi-farah-ann-khairy-jamaluddin-62364

    27 Wan Syamsul Amly (2015) Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam' - Mufti Perak .Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-farah-ann-

    gimnastik-bukan-untuk-wanita-islam-mufti-perak-62368

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    14/24

    Malaysia28; Prof. Madya Dr Mariani Mohd Nor, Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi

    Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya29; dan Ustazah Wan

    Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia30.

    Secara rumusannya, isu berkaitan atlet Farah Ann Abdul Hadi ini berkait secara

    langsung dengan etika pemakaian seseorang gimnas yang langsung tidak menepati

    kehendak syarak.

    Isu 2: Pemakaian Atlet Pasukan Bola Keranjang Wanita Qatar.

    Isu berkenaan pasukan bola keranjang wanita dari negara Qatar bermula apabila

    Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) melarang pemakaian hijab dalam

    sukan tersebut31.

    Akhrnya, pasukan bola keranjang wanita Qatar menarik diri daripada kejohanan di

    Sukan Asia tersebut pada saat-saat terakhir gara-gara peraturan yang melarang

    mereka memakai hijab ketika beraksi di gelanggang.

    Hal ini mendapat respon hebat daripada Majlis Olimpik Asia32 yang merasakan ianya

    suatu yang tidak masuk akal kerana hijab sudah diterima dalam acara sukan yang lain

    seperti bola sepak, bola tampar, olahraga dan acara padang.

    Selain itu, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia33 juga turut memberi maklum balas

    dalam isu ini dengan menuntut agar FIBA menghentikan diskriminasi terhadap atlet

    wanita berhijab yang jelas bercanggah dengan semangat Olimpik.

    28 Wan Syamsul Amly (2015) Isu Farah Ann: 'Ahli politik dan artis pun kena tutup aurat' - Dr Fathul .

    Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-farah-ann-ahli-

     politik-dan-artis-pun-kena-tutup-aurat-dr-fathul-6258529 Wan Syamsul Amly (2015) 'Bising hanya pada Farah Ann, diam bila tengok drama peluk-peluk' -

     Dr Mariani Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bising-

    hanya-pada-farah-ann-diam-bila-tengok-drama-peluk-peluk-dr-mariani-6235030 Wan Hasrina bt Wan Hassan (2015) Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia Terhadap

     Isu Pemakaian Ahli Sukan Negara. Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari http://www.pas.org.my/berita-

    kenyataan-dmpp/5099-kenyataan-media-dewan-muslimat-pas-malaysia-terhadap-isu-pemakaian-ahli-

    sukan-negara31 BH Online (2014) Sukan Asia: Wanita Qatar tarik diri kerana isu hijab.  Dicapai pada 5 Ogos 2015,

    dari : http://www.bharian.com.my/node/771532 BH Online (2014) Sukan Asia: Pemakaian hijab perlu diterima - Presiden OCA. Dicapai pada 5

    Ogos 2015, dari : http://www.bharian.com.my/node/9742

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    15/24

     

    Secara rumusannya, isu berkaitan pasukan Qatar ini berkait secara langsung dengan

     prinsip atlet berhijab yang bercanggah etika pemakaian atau garis panduan yang

    dikuatkuasakan oleh pihak penganjur.

    5.3 Solusi dalam menangani permasalahan aurat dalam golongan atlet

    Dalam mendepani isu berkaitan aurat ini, beberapa solusi dilontarkan untuk diambil

    tindakan secara bersama oleh pihak yang bertanggungjawab. Antaranya:

    5.3.1 Penguatkuasaan Etika Pemakaian Atlet Muslim

    Sebuah garus panduan berkaitan etika pemakaian dan panduan bersukan dari sudut

    Islam perlu dikuatkuasakan dengan serius. Garis Panduan Bersukan Menurut

    Perspektif Islam terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu

    dikuatkuasakan, malah dinaik taraf sebagai sebuah akta yang sah dalam

     perlembagaan bagi memudahkan ia diaplikasikan dalam segala sektor.

    Senada dengan saranan daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia34, kerajaan

    Malaysia khususnya Kementerian Belia dan Sukan perlu menyemak kembali etika

     pemakaian ahli sukan muslim supaya ia selaras dengan tuntutan syarak.

    Ini adalah disebabkan, ramai antara pemain Negara yang boleh sahaja menutup aurat,

    namun mereka dalam keadaan serba salah kerana tidak menuju program yang

    menarik.

    5.3.2 Pengasingan Tempat Acara Wanita dan Lelaki

    33 Che Asmah Ibrahim (2014) Kenyataan Media IKRAM –  Hentikan Diskriminasi Terhadap Atlet

     Berhijab. Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari : http://wanita.ikram.org.my/index.php?option=com

     _content&view=article&id=118:kenyataan-media-hentikan-diskriminasi-terhadap-atlet- berhijab&catid=6:berita&Itemid=2434 Wan Hasrina Wan Hassan (2015) op. cit. 

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    16/24

    Cadangan untuk mengasingkan tempat acara bagi sukan wanita dan lelaki turut perlu

    dipandang baik. Ini sekaligus menjamin kehormatan khususnya atlet wanita daripada

    menjadi paparan umum.

    Cadangan ini melibatkan semua pihak, khususnya pihak penganjur atau organisasi

    tertinggi bahagian sukan.

    5.3.3 Pengkhususan Acara untuk Muslim dan Non-Muslim

    Kerajaan disarankan untuk memberi penetapan khusus berkenaan acara yang hanya

    disertai oleh atlet Muslim dan non-Muslim. Ini sekaligus memudahkan cara

     berpakaian yang sesuai khususnya kepada atlet wanita. Kerajaan turut perlu

    menyedari bahawa tidak semua acara tidak boleh dicampurkan atlet lelaki dan

     perempuan. Justeru, ia memerlukan kerajaan adil dalam menentukan keputusan.

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    17/24

    KESIMPULAN

    Islam hadir dengan beberapa peraturan dan garis-garis panduan tertentu bagi

    menghalang manusia bertindak semberono hingga membawa padah kepada diri

    sendiri. Antara peraturan dan garis panduan yang dijalankan oleh Islam adalah

    kewajipan memelihara aurat dalam segala hal termasuk ketika bersukan. Maka ianya

    mesti dipatuhi oleh setiap muslim tanpa sebarang alasan kerana di antara hikmah

    kewajipan menutup aurat ini disyariatkan adalah bagi memelihara kehormatan diri.

    Sebagai seorang muslim yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas amanah

    negara, atlet-atlet sukan negara juga perlu bertanggungjawab kepada agama dengan

    mentaati syariat Allah s.w.t. Bersukan tidak boleh dijadikan alasan untuk sengaja

    mendedahkan aurat di hadapan khalayak ramai.

    Justeru, segala isu yang diketengahkan diharapkan dapat dibahaskan di laman ilmiah

    yang lain, manakala cadangan solusi dapat dilaksanakan oleh pihak yang berautoriti.

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    18/24

    RUJUKAN

    1.  Al-Quran al-Kariim

    2. 

    Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2015. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala

    Lumpur: Sinaran Bros Sdn Bhd.

    3.  Wan Aminurrashid, Drs. 2002. Etiket Islam, Panduan Sopan Santun. Pahang:

    PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.

    4.  Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004. Aurat: Kod Pakaian Islam.

    Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

    5. 

    Kerajaan Malaysia. 2010. Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan

     Dan Padang (Olahraga) Di Sekolah. Putrajaya: Kementerian Sukan

    Malaysia.

    6.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2015. Garis Panduan Bersukan Menurut

     Perspektif. Kuala Lumpur : JAKIM

    7.  Ma’rifa Muhaimin. Aurat Dalam Perspektif Ulama Mazhab Dan

    Relavansinya Dengan Masa Kini. Tesis Sarjana. Universitas Islam Negeri

    Syarif Hidayatullah. 2008. Hlm 15.

    8.  T K Letchumy Tamboo (2015)  Biarlah Tuhan sahaja yang menghakimi

     Farah Ann - Khairy Jamaluddin.  Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari :

    http://www.astroawani.com/berita-malaysia/biarlah-tuhan-sahaja-yang-

    menghakimi-farah-ann-khairy-jamaluddin-62364

    9.  Wan Syamsul Amly (2015)  Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita

     Islam' - Mufti Perak.  Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari :

    http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-farah-ann-gimnastik-bukan-

    untuk-wanita-islam-mufti-perak-62368

    10. 

    Wan Syamsul Amly (2015)  Isu Farah Ann: 'Ahli politik dan artis pun kena

    tutup aurat' - Dr Fathul.  Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari

    http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-farah-ann-ahli-politik-dan-

    artis-pun-kena-tutup-aurat-dr-fathul-62585

    11. 

    Wan Syamsul Amly (2015) 'Bising hanya pada Farah Ann, diam bila tengok

    drama peluk-peluk' - Dr Mariani Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari

    http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bising-hanya-pada-farah-ann-

    diam-bila-tengok-drama-peluk-peluk-dr-mariani-62350

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    19/24

    12. 

    Wan Hasrina Wan Hassan (2015)  Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS

     Malaysia Terhadap Isu Pemakaian Ahli Sukan Negara. Dicapai pada 5 Ogos

    2015, dari http://www.pas.org.my/berita-kenyataan-dmpp/5099-kenyataan-

    media-dewan-muslimat-pas-malaysia-terhadap-isu-pemakaian-ahli-sukan-

    negara

    13. Che Asmah Ibrahim (2014)  Kenyataan Media IKRAM  –   Hentikan

     Diskriminasi Terhadap Atlet Berhijab.  Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari :

    http://wanita.ikram.org.my/index.php?option=com

     _content&view=article&id=118:kenyataan-media-hentikan-diskriminasi-

    terhadap-atlet-berhijab&catid=6:berita&Itemid=24

    14. BH Online (2014) Sukan Asia: Wanita Qatar tarik diri kerana isu hijab.

    Dicapai pada 5 Ogos 2015, dari : http://www.bharian.com.my/node/7715

    15. BH Online (2014) Sukan Asia: Pemakaian hijab perlu diterima - Presiden

    OCA. Dicapai pada 5 Ogos 2015,dari http://www.bharian.com.my/node/9742

    16. Pemain bola sepak tempatan. Temuramah biasa. 20 Julai, 2015

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    20/24

    LAMPIRAN

    Temubual atas talian antara Irfan Asyraf & salah seorang pemain bola sepak

    tempatan.

    Soalan:

    Apakah saudara mengetahui anggota-anggota aurat bagi lelaki & perempuan?

    Jawapan:

    Tahu…dari pusat hingga lutut, bagi perempuan pula saya kurang pasti tapi mungkin

    seluruh badan kecuali muka dengan tapak tangan.

    Soalan:Apakah pandangan saudara mengenai aurat dalam sukan?

    Jawapan:

    Sebagai seorang Muslim, kita tidak terepas dari garis panduan aurat.. Mahu atau

    tidak, suka atau tidak, saya dan atlet-atlet lain perlu ikut kewajipan ini.

    Soalan:

    Sepanjang saudara bergiat aktif dalam arena sukan Negara, apakah saudara

    merasakan kewajipan menutup aurat ini mengganggu prestasi atlet Negara ?

    Jawapan:

    Bagi saya tidak..(ini) kerana saya sendiri sudah 12 tahun berkecimpung dalam bola

    sepak walaupun menutup aurat.. Saya juga melihat rakan sepasukan saya dalam

     pasukan Selangor, Bunyamin Omar mampu mengekalkan pretasi terbaik walaupun

    menutup aurat sampai pernah menjadi kapten team kami beberapa sesi lepas. Macam

    tu jugak dengan kawan saya dalam bidang sukan lain macam Azizul Hasni Awang.

    Soalan:

    Apakah saudara melihat ada atlet sukan Negara yang berdepan kesulitan untuk

    menutup aurat ?

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    21/24

    Jawapan:

    Kalau dalam sukan bola sepak, saya rasa tiada masalah kerana kami dibenarkan

    untuk memakai tight dan penjaga gol boleh memakai tracksuit, tapi bagi acara-acara

    seperti renang dan gimnastik yang sudah sinonim dengan sut sukan khas jadi agak

     payah bagi atlet-atlet Islam kita terutama perempuan untuk membantah garis

     panduan pakaian yang dah ditetapkan itu . Saya akui ramai atlet kita yang tidak

     berpakaian seperti yang sepatutnya dalam Islam macam kes Farah Ann baru-baru ini

    tapi mereka terpaksa akur dengan arahan .

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    22/24

    LAMPIRAN

    Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia Terhadap Isu Pemakaian Ahli

    Sukan Negara.

    Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan jutaan tahniah buat atlet

     Negara Farah Ann Abdul Hadi kerana berjaya merangkul pingat emas dalam sukan

    Sea di Singapura baru-baru ini. DMPM turut berbangga kerana saudari Farah mampu

    mengharumkan nama Malaysia di persada sukan gimnastik Asia.

    Berkenaan isu pemakaian yang hangat diperkatakan baru-baru ini di media sosial.

    DMPM berpendapat bahawa isu pemakaian ahli gimnastik atau ahli sukan lain

     bukanlah suatu perkara baru. Walaubagaimanapun, cara pemakaian ini perlulah

    dipandang serius kerana ia melibatkan aurat muslim tidak kira kaum perempuan

    mahupun lelaki. Sejajar dengan seruan Allah dalam surah Al-Ahzab:59 yang

     berbuny.

    “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan

    isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh

    tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal yang

    dengannya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha

    Penyayang.” 

    Islam tidak menolak aktiviti sukan bahkan Islam menggalakkan aktiviti yang boleh

    mendatangkan kesihatan yang baik kepada umatnya. Islam juga meraikan bakat dan potensi seseorang serta mengiktiraf kebolehan dan kehebatan wanita tetapi semua

    kurniaan Allah mesti digarap dalam ruang lingkup syariat,halal dan haram demi

    menjaga maruah wanita Islam.

    Oleh itu, DMPM menyeru kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Belia dan

    Sukan supaya menyemak kembali etika pemakaian ahli sukan muslim supaya ia

    selaras dengan tuntutan syarak. Sudah sampai masanya JAKIM perlu menyediakan

    etika pemakaian menurut Islam untuk para etlit lelaki dan wanita. Dengan ini dapat

    mengharumkan lagi nama Malaysia sebagai negara Islam sebagaimana yang

    dipertegaskan selama ini. Dengan penguatkuasaan etika pemakaian ini, ajaran lslam

    dapat dipraktikkan secara menyeluruh di Malaysia.

    USTAZAH WAN HASRINA BINTI WAN HASSAN

    Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia

    16 Jun 2015

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    23/24

    LAMPIRAN

    Kenyataan Akhbar Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia: Hentikan Diskriminasi

    Terhadap Atlet Berhijab

    Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia merakamkan rasa kecewa dan kesal terhadap

    tindakan yang diambil oleh Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) yang

    melarang atlet wanita memakai hijab (pakaian menutup aurat menurut ajaran Islam)

    sehingga memaksa pasukan bola keranjang wanita Qatar menarik diri daripada

     bertanding melawan pasukan Mongolia di Kejohanan Sukan Asia 2014 di Incheon,

    Korea Selatan.

    Jelas sekali tindakan ini adalah merupakan satu diskriminasi terhadap Atlet wanita

    Islam di dalam acara sukan.

    Wanita IKRAM berbangga dan menyokong pendirian tegas pasukan bola keranjang

    wanita Qatar dalam mempertahankan hak mereka melaksanakan ajaran agama.

    Kengganan mereka untuk menanggalkan hijab menghantar mesej yang jelas kepada

     penganjur sukan khususnya dan dunia amnya bahawa larangan sedemikian adalah

    tidak adil dan mendiskriminasikan wanita Islam.

    Kehadiran mereka pada sukan kali ini juga menunjukkan bahawa pasukan mereka

     bersedia untuk bermain namun pihak penganjur yang tidak bersedia meraikan

    kepelbagaiaan yang ada pada mereka.

    Tindakan penganjur amat bertentangan dengan matlamat Jawatankuasa Olimpik

    Antarabangsa yang mahukan faktor kepelbagaian budaya di antara negara-negara

    diraikan dalam temasya sukan kali ini.

    Ia juga jelas bertentangan dengan slogan Sukan Asia di Incheon iaitu 'Diversity

    Shines Here” (kepelbagaian bersinar di sini). 

    Wanita IKRAM berpandangan menghalang atlet sukan berhijab adalah merupakan

    satu pelanggaran terhadap perjuangan hak asasi manusia yang selama ini melaung-

    laungkan agar semua agama diberi layanan dan kebebasan untuk mengamal ajaran

    agama masing-masing. Dunia sukan seharusnya tidak terkecuali daripada memenuhi

    tuntutan ini.

    Sehubungan dengan itu, Wanita IKRAM menyeru Kerajaan Malaysia, yang

    merupakan negara umat Islam yang dihormati, agar menggunakan saluran diplomatik

    yang ada untuk menyuarakan bantahan kepada tindakan berbaur diskriminasi ini

    kepada pihak penganjur.

  • 8/18/2019 Etika Pemakaian Dan Aurat Atlet - Isu Da

    24/24

    Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa juga digesa supaya mencontohi

    Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan beberapa persekutuan sukan yang

    lain yang membenarkan atlet mereka memakai pakaian sukan yang menutup aurat

     berikutan perubahan dalam peraturan mereka .

    Perubahan ini akan menampakkan kematangan dunia sukan dalam menghormati dan

    meraikan kepelbagaian manusia sejagat.

    DATIN PADUKA HAJJAH CHE ASMAH IBRAHIM

    Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

    26 September 2014