6). k3 t5b7 negara persekutuan

Upload: md-firdaus-miena

Post on 13-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 6). k3 t5b7 Negara Persekutuan

    1/8

    NEGARA PERSEKUTUAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 1

    T5B7 : NEGARA PERSEKUTUANINGATAN : 1. Rujuk buku teks ms 160 187

    2. Tidak perlu buat rangka jawapan3. Jumlah isi jawapan hendaklah mengikutperuntukan markah.

    Bil Tajuk ms

    SOALAN 1Konsep / Maksud dan latar belakang NEGARA PERSEKUTUAN

    ( bt ms 177 ) 2

    SOALAN 2Konsep Pengagihan kuasa dalam NEGARA PERSEKUTUAN

    ( bt ms 184 ) 2

    SOALAN 3Terangkan bidang kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaannegeridalam memajukan negara? ( Btms 184-185) 3

    SOALAN 4Prinsip pengagihan kuasaantara Kerajaan Persekutuan dan KerajaanNegeri ( Btms 184-185) 4

    SOALAN 5Kepentingan mengamalkan konsep pengasingan kuasa dalam sistempemerintahan negara. 4

    SOALAN 6Bagaimanakah pengagihan kuasatersebut dapat menjaminkesejahteraan hidup rakyat? 5

    SOALAN 7Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan

    5

    SOALAN 8

    Kebaikan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan

    negeri 6

    SOALAN 9

    Konsep pengasingan kuasa pemerintahan berjaya menwujudkan

    pentadbiran yang cekap dalam amalan demokrasi berpalimen. Buktikan

    penyataan berikut.6

    SOALAN 10

    Sistem pentadbiran yang adil dan telusdapat memelihara kesejahteraan

    hidup rakyat. 7

    SOALAN 11a) Cabaran malaysia menjadi sebuah negara maju dan langkah-langkahb) Cabaran yang dihadapi oleh badan pemerintah dalam mengekalkan

    kuasanya7

    SOALAN 12

    a) Nilai-nilai murni yang patut dimiiliiki oleh setiap warganegara Malaysia

    demi mempertahankan maruah negara dan bangsa.

    b)Nyatakan nilai-nilai murni, nilai patriotisme dan iktibar daripada sistem

    pemerintahan di Malaysia.

    8

    SOALAN 13

    9. MERUMUS kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkana) Pengetahuan yang diperolehib) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negarac) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

    dan terbilang

    8

    Jumlah isi jawapan hendaklah mengikutperuntukan markah

  • 7/26/2019 6). k3 t5b7 Negara Persekutuan

    2/8

    NEGARA PERSEKUTUAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 2

    RUJUK BUKUTEKS

    Andaian aras : PENGENALAN ( 5 markah )

    Soalan 1 : Konsep / Maksud dan latar belakang NEGARA PERSEKUTUAN (5 markah)

    ( bt ms 184 )

    Negara persekutuan bermaksud beberapa buah negeri yang mempunyai sebuahKerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan inimenjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

    Persekutuan merupakan satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah yangdahulunya wujud berasingan. Dalam hal ini, hubungan baik antara Kerajaan Persekutuandengan Kerajaan Negeri haruslah dipelihara.

    Sifat ini bukan sahaja dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan

    berwibawa malah membantu mengurangkan perbalahan antara etnik.

    Hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri perlu sentiasadipupuk untuk menjamin keharmonian. Pemimpin atau rakyat sentiasa mengamalkantoleransi untuk kepentingan bersama.

    ============================================================================

    Soalan 2 : Konsep pengagihan kuasa dalam Negara Persekutuan (5 markah)

    ( bt ms 184 )

    Terdiri daripada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. SenaraiPersekutuan memuatkan bidang kuasa persekutuan, iaitu hanya kerajaan Persekutuanmempunyai kuasa terhadapnya.

    Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri, iaituKerajaan Negeri sahaja yang mempunyai kuasa terhadapnya.

    Senarai bersama pula, menurunkan bidang kuasa Kerjaan Persekutuan dan KerajaanNegeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

  • 7/26/2019 6). k3 t5b7 Negara Persekutuan

    3/8

    NEGARA PERSEKUTUAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 3

    RUJUK BUKUTEKS

    Andaian SoalanARAS

    2. MEMAHAMI ( Calon FAHAM tentang topik perbincangan)3. MENGANALISIS ( Calon buat ANALISIS terhadap solan,

    melibatkan proses pengumpulan maklumat )

    Isi jawapan ikutperuntukan

    markah

    Soalan 3 : Terangkan bidang kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeridalam memajukan negara? ( Btms 184-185)

    a) Kerajaan Persekutuan

    Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan

    Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara. Pentadbiran negara meliputi semua

    aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi,sosial,keselamatan dan

    pendidikan.

    Badan Pelaksana atau Eksekutifmempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa

    eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada. Mengikut

    Perlembagaan Persekutuan.kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang

    di-Pertuan Agong . Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa

    eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri ini diketuai oleh

    seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.

    Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia terletak di Putrajaya.Senarai

    Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuaniaitu hal ehwal luar negeri (hubungan

    luar), Pertahanan, Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran dan keadilan, Kerakyatan negara,

    Pilihan raya negara, Kewangan, Perniagaan,perdagangan dan perusahaan, Jabatan ukur dan

    penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat, Pelajaran, Kesihatan, Keselamatan buruh dan

    sosial, Orang asli dan hal-hal lain.

    b) Kerajaan Negeri

    Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri.

    Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua

    Negeri.Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri

    daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan

    majoriti ahli dewan tersebut.

    Urusan pentadbiran negeri terletak pada perlembagaan negeriseperti mana yang

    diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Majlis Mesyuatrat Kerajaan Negeri

    (EXCO) di Semenanjung Malaysia,Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah

    mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu

    Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang

    Negeriyang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara di peringkat negeri.

    Senarai Negeriterdiri daripada bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri

    iaitu Undang-undang Islam, Tanah, Pertanian dan perhutanan, Kerajaan Tempatan,

    Perkhidmatan tempatan, Kerajaan negeri, Hari cuti negeri dan Undang-undang negeri.

  • 7/26/2019 6). k3 t5b7 Negara Persekutuan

    4/8

    NEGARA PERSEKUTUAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 4

    Soalan 4 : Prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri( Bt ms 184 - 185 )

    Persekutuan ialah penyatuan beberapa buah negeri. Persekutuan mempunyai sebuahKerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kerajaan-kerajaan tersebutmenjalankan tugas mengikut peruntukandalam Perlembagaan Malaysia.

    Kerajaan Persekutuanialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbirannegara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Badan Pelaksanabagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menterimenjalankan kuasa bagi pihak Yang Dipertuan Agong. Jemaah Menteri diketuai olehPerdana Menteri.

    Kerajaan Negeriialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal pentadbiran negerimengikut Perlembagaan Negeri. Badan Pelaksana Negeri terletak pada Sultan atau YangDipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultanatau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan / Majlis Tertinggi / Kabinet diketuaioleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.

    Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan dalamPerlembagaan Malaysia ialah Hal Ehwal Luar Negeri / Pertahanan, Keselamatan DalamNegeri, Kerakyatan Negara, Kewangan, Pelajaran dan Kesihatan.

    Bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut Senarai Negeri dalam PerlembagaanMalaysia ialah Undang-undang Islam, Tanah, Pertanian dan Perhutanan, KerajaanTempatan, Kerajaan Negeri, Cuti-cuti Negeri dan Undang-undang Negeri.

    Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersamadalam Perlembagaan Malaysia ialah Kebajikan Sosial, Biasiswa, Taman Negara,Perancangan Bandar dan Wilayah, Penjagaan Haiwan, Kesihatan dan Kebersihan Awam,Parit dan Tali air, Hiburan Awam dan Perhubungan

    Pembahagian kuasa bertujuan memelihara hubungan baik antara KerajaanPersekutuan dengan Kerajaan Negeri. Sifat ini dapat membentuk kerajaan persekutuan yangstabildan membantu mengurangkan perbalahanetnik.============================================================================

    Soalan 5 : Kepentingan mengamalkan konsep pengasingan kuasa dalam sistempemerintahan negara. ( Bt ms 184 - 185 )

    Kepentingan pengasingan kuasa dalam pentadbiran negara Malaysia ialah bagimemastikan tidak berlakunya pertindihan kuasaantara tiga cabang kuasa pemerintahan.

    Seterusnya pengasingan kuasa juga dapat menjelaskan bidang kuasasetiap badanpentadbiran. Di samping itu dapat menjamin kelicinan pentadbirandi Malaysia dan dapatmenggelakkkan pembolotan kuasaantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

    Pengasingan kuasa juga dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dansosial negara. Selain itu juga dapat menggelakkan pemusatan kuasaterhadap institusi atauindividu tertentu dan dapat menggelakkan penyalahgunaan kuasaoleh badan pentadbirannegara.

    Pengasingan kuasa juga dapat menyelaras dan menyeragamkan pentadbiranantara tiga cabang kuasa pemerintahan dan membolehkan kerajaan pusat dan kerajaannegeri menjalankan kuasa mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Kepentingan seterusnya ialah dapat menjamin keadilan dari segi pengagihan tugas antara

    kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Seperti senarai persekutuan, senarai negeri dan senaraibersama.

  • 7/26/2019 6). k3 t5b7 Negara Persekutuan

    5/8

    NEGARA PERSEKUTUAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 5

    Soalan 6 : Bagaimanakah pengagihan kuasatersebut dapat menjamin kesejahteraanhidup rakyat?

    Pengagihan kuasa kepada tiga badan pentadbiran dapat menjamin kesejahteraan hidup

    rakyat kerana dapat mengelakkan pemusatan kuasa. Selain itu, pengasingan kuasa tersebut

    berperanan untuk tujuan perimbangan kuasa dan mengelakkan penindasan terhadap

    rakyat serta dapat menjamin kebebasanrakyat.

    Pengagihan kuasa tersebut juga penting untuk menjamin hak asasi rakyat dan

    mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran. Pentadbiran negara menjadi lebih sistematik

    dan berupaya mengurangkan beban tugas rakyat secara umum. Pengagihan kuasa

    menjamin pembangunannegara yang pantas, selain menjamin keadilandan keharmonian

    sosial negara kita.

    Pengagihan kuasa kepada tiga badan pentadbiran juga mengukuhkan perpaduan

    antara kaum di samping mengelakkan salah guna kuasa oleh pihak-pihak tertentu.

    Akhirnya, pengagihan kuasa dapat mengelakkan perbalahan yang mungkin timbul akibat

    percanggahan pendapat dan dapat mengekalkan kedaulatan negara.

    ========================================================================================

    RUJUKBUKU TEKS

    Andaian Soalan ARAS4. APLIKASI ( Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang

    dipelajari serta kefahaman tentang pengetahuan dan maklumat ituuntuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI BARU )

    Isi jawapanikut

    peruntukanmarkah

    Soalan 7 : Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan

    Kejayaan Malaysia ialah dapat mengekalkan kestabilansebagai sebuah negara persekutuan hamper

    57 tahun merdeka. Kejayaan ini disebabkan wujud pembahagian tanggungjawab antara kerajaan

    negeri dan persekutuan.

    Wujud juga persefahaman dan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri dalam

    melaksanakan program pembangunan negeri atau negara. Selain itu, wujud juga kesedaran bahawa

    kepentingan negaramelebihi segala-galanya apabila timbul pertelagahan antara kerajaan negeri dan

    persekutuan.

    Kejayaan seterusnya ialah banyak program pembangunan untuk rakyat dilaksanakan untuk

    meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Malaysia. Pembangunan bersepadu yang menekankan

    pembangunan modal insan dilaksanakan bagi membentuk masyarakat yang bersifat dinamis,

    progresif dan berdaya saing di peringkat global. Pembangunan tersebut juga telah dapat merapatkan

    jurangantara penduduk Bandar dan luar Bandar dari segi pemilikan harta benda dan prasarana yang

    mencukupi untuk kemudahan rakyat.

    Kestabilan politik dan pembangunan ekonomi yang pesat membolehkan negara kita maju dan

    mampu bersaingdi peringkat antarabangsa dan meletakkan negara kita seiringdengan negara maju

    yang lain di dunia.

    Akhirnya, Kemakmuran dan keamanan yang dikecapi negara kita adalah hasil kebijaksanaan

    pemimpin negara merencanakan arah tuju bagi menjamin perpaduan dan kejituan masyarakat

    berbilang kaum dapat dikekalkan. Toleransi dan kerjasamaantara kaum merupakan kunci kepada

    kemakmuran dan perpaduan yang kita kecapi sekarang ini.

  • 7/26/2019 6). k3 t5b7 Negara Persekutuan

    6/8

    NEGARA PERSEKUTUAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 6

    Soalan 8 : Kebaikan pengagihan kuasaantara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

    Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ialah dapatmenentukan bidang kuasa kedua-dua kerajaan. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan KerajaanNegeri telah dinyatakan dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.Pengagihan kuasa dapat menggelakkan pertindihan kuasa dan pemusatan kuasa. KerajaanPersekutuan dan Kerajaan Negeri dapat memenuhi tanggungjawabnya terhadap rakyat mengikut

    bidang kuasanya.Pengagihan kuasa dapat mewujudkan keadaan politik yang lebih stabil. Konsep tersebut

    memelihara hubungan baik antara kedua-dua kerajaan. Perpaduan antara Kerajaan Persekutuandengan Kerajaan Negeri menjadi lebih erat.

    Pengagihan kuasa telah mewujudkan pentadbiran yang seragam.Pengagihan kuasaberdasarkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama dapat memastikanpentadbiran menjadi lebih cekapdan sistematik.

    Pembahagian kuasa menyebabkan pembangunan yang seimbang antara negeri dalampersekutuan.Program pembangunan berjalan lancar. Perkara itu terjadi kerana wujudnyapenyelarasan pentadbiranantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

    Pengagihan kuasa telah mengiktiraf hak autonomiKerajaan Negeri. Kerajaan Negeri diberibidang kuasa khusus mengikut Senarai Negeri.

    Dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat serta menjamin kebebasan rakyat dan hakasasi rakyat dilindungi

    =========================================================================================

    Andaian Soalan ARAS :5 & 6 MENILAI( Calon perlu menjelaskan kejayaaan yang dicapai

    oleh negara setelah memanfaatkan aplikasi )

    Isi jawapan ikutperuntukan

    markah

    Soalan 9 : Konsep pengasingan kuasa pemerintahan berjaya menwujudkan pentadbiran yang cekapdalam amalan demokrasi berpalimen. Buktikan penyataan berikut.

    Konsep pengagihan kuasa pemerintah telah berjaya menwujudkan pentadbiran yang cekapdalam amalan demokrasi berparlimen apabila badan pelaksana dapat mengubal dasar dasarpembangunan ekonomi Negara dengan lancer. Badan Pelaksana dapat melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal oleh badan perundangan.

    Selain itu, pengagihan kuasa pemerintah telah melahirkan para pemimpin yang dihormati

    dan berwibawa di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan pusat contohnya, lahirnya tokoh-tokoh politikyang disegani seperti Tun Abdul Razak, Tun Mahathir, Nik Aziz Nik Mat, Najib Tun Razak dan lain-lain.

    Konsep pengagihan kuasa juga dapat mensejahterakan kehidupan rakyat apabila banyakprogram-program kerajaan telah berjaya membenteras kadar kemiskinan rakyat seperti DasarEkonomi Baru (DEB) , Dasar Pembangunan Nasional. Selain itu, melalui badan Pelaksanapengagihan kuasa juga turut membantu meningkatkankebajikan rakyat agar terpelihara. Misalnya,kerajaan telah meningkatkan kebajikan rakyat melalui pelbagai bantuan BRIM, Klinik 1 Malaysia,Perumahan Rakyat mampu milik dan lain-lain. Selain itu, melalui kementerian pendidikan,perpaduan kaumdapat diwujudkan antara kaun seperti Dasar 1 Murid 1 Sukan, mewujudkan SekolahWawasan, Sekolah Intergrasi, serta Dasar Kebudayaan.

    Pengagihan kuasa dalam pemerintahan juga telah berjaya menwujudkan kehidupanrakyat yang aman apabila kerajaan dapat menyusun pelbagai aktiviti seperti rakyat bebasberpersatuan, bebas menyuarakan pendapat, bebas berhimpun secara aman. Selain itu, pengagihankuasa juga dapat meningkatkan taraf hidup rakyat apabila agensi-agensi kerajaan seperti MARA,

    FAMA, Mardi Risda dapat membantu meningkatkan pendapat para petani/rakyat.Pengagihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri juga dapat merapatkan

    hubungan baik antara wilayah malah pembangunan wilayah dapat dimajukan . Selain itu, hak-hakasasi rakyat dapat dilindungi melalui undang-undang dan akta-akta yang telah digubal oleh badanperundangan serta badan pelaksanaan.

    Pengagihan kuasa pemerintah dapat menjadikan pentadbiran negara lebihbersistematik dengan lahirnya sistem e-filing, my eg, e-maklum, Hrmis dan dapat mewujudkankeberkesanan pentadbiran apabila berjaya mengelakkan salah guna kuasadengan adanya badan-badan penguatkuasaan seperti SPRM.

    ===========================================================================

  • 7/26/2019 6). k3 t5b7 Negara Persekutuan

    7/8

    NEGARA PERSEKUTUAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 7

    Soalan 10 : Sistem pentadbiran yang adil dan telusdapat memelihara kesejahteraan hidup rakyat.

    Sistem pentadbiran yang adil dan telus dapat memelihara kesejahteraan hidup rakyat

    kerana dapat memastikan kestabilan politikiaitu tidak berlakunya huru hara. Selain itu pentadbiran

    yang adil dan telus membolehkan rakyat mendapat hak yang samaalam semua bidang. Pentadbiran

    yang adil dan telus juga membolehkan rakyat dapat menikmati pembangunan negarayang sama ratatanpa mengira kaum mahupun tempat tinggal. Seterusnya, dapat menggelakkan berlakunya

    diskriminasiterhadap rakyat dalam pemilikan harta dan membolehkan rakyat dapat hidup dengan

    aman dan harmonisesuai dengan konsep Satu Malaysia.

    Sistem pentadbiran yang adil dan telus membolehkan Malaysia yang lebih maju, selamat,

    aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia. Di samping itu

    membolehkan rakyat dapat menikmati kemudahan prasaranayang lengkap dan moden seperti

    pembinaan leburaya Timur Barat dan mendapat peluang pekerjaanyang banyak dalam bidang

    pertanian dan perindustrrian. Kerajaan juga dapat menarik pelabur asing melabur modaldi Malaysia

    .Sistem pentadbiran yang adil dan telus dapat menyediakan pemerintahan yang cekap di

    mana rakyat dapat berurusan dengan mudah dan cepat dan dapat mengurangkan berlakunya rasuahdan penyalahgunaan kuasa.

    ==============================================================================

    Andaian Soalan ARAS :7 MENJANA IDEA( Calon perlu menjelaskan CABARAN-

    CABARAN yang dihadapi dan LANGKAH LANGKAHuntukmengatasi cabaran tersebut )

    Isi jawapan ikutperuntukan markahCadangan = 5mLangkah = 5m

    Soalan 11 : Cabaran dan usaha-usaha untuk perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat

    Cabaran malaysia menjadi sebuah negara maju dan langkah-langkah

    Cabaran

    Antara cabaran yang dihadapi oleh kerajaan bagi memastikan pentadbiran yang cekap danberkesan kepada rakyat ialah terdapatnya segelintir kakitangan kerajaan yang terlibat dalamgejala rasuah.

    Selain itu, terdapat segelintir kakitangan perkhidmatan awam yang kurang berintergritidalam menjalankan tugas dan dasar kerajaan.Tambahan pula, di dalam jabatan kerajaan, berlakuketirisan dalam pengagihan peruntukan kewangan dalam kementerian dan jabatan kerajaanuntuk program pembangunan negara serta kurang kerjasama antara kerajaan Pusat dankerajaann negeri yang berlainan ideologi politik.

    Di samping itu, terdapat juga kakitangan yang kurang berpengalaman dalam menjalankan

    tugas yang diamanahkan. Akhir sekali berlaku pertindihan bidang kuasa sesetengahkementerian menyebabkan belaku ketidakcekapan dan pembaziran pengurusan.

    Langkah

    Antara langkah-langkah untuk memastikan pentadbiran kerjaan yang cekap dan berkesankepada rakyat ialah menguatkuasakan undang-undang rasuah dan memperkasakan bidangkuasa SPRM.

    Selain itu, kerajaan perlu memantapkan Integriti Pegawai Perkhidmatan Awam melaluiprogram agama, seminar, bengkeldan sebagainya. Tambahan pula pihak kerajaan perlumeningkatkan kecekapan pemantauan terhadap intergriti kakitangan awam denganmengadakan Audit berkalaserta mewujudkan kesefahaman antara kerajaan Persekutuan danKerajaan Negeri dengan mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira ideologi politik.

    Di samping itu, kakitangan yang baru dilantik perlu diberikan latihan yang secukupnyadalam bidang yang berkaitan. Akhir sekali kerajaan perlu menyusun bidang tugas kementeriandan jabatan kerajaan agar pertindihan bidang kuasa tidak berlaku.

  • 7/26/2019 6). k3 t5b7 Negara Persekutuan

    8/8

    NEGARA PERSEKUTUAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 8

    Andaian Soalan ARAS :8. NILAI MURNI / IKTIBAR / PATRIOTISME ( Calon menyatakan nilai-nilai murni,iktibar dan unsurnpatriotisme yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita )

    IKTIBARmestilah, hendaklah, haruslah, mestilah dll

    Isi jawapanikut

    peruntukanmarkah

    Soalan 12 : a) Nilai-nilai murni yang patut dimiiliiki oleh setiap warganegara Malaysia demimempertahankan maruah negara dan bangsa.

    b)Nyatakan nilai-nilai murni, nilai patriotisme dan iktibar daripada sistem pemerintahan diMalaysia

    Antara nilai-nilai patriotisme yang terdapat dalam tajuk ini ialah nilai taat setia kepada negara

    iaitu perlantikan senator mencermin kecemerlangan sumbangan mereka dalam perkhidmatan awam

    dan lain-lain. Selain itu, nilai tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pemerintah

    negara dapat dilihat atas perlantikan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Jabatan serta Perlantikan

    Lembaga Pengarah.

    Iktibar yang diperolehi daripada sistem pemerintahan di Malaysia ialah pengasingan kuasa

    dapat menggelakkan daripada perebutan kuasa antara badan Perundangan, Pelaksanaan dan

    kehakiman. Seterusnya, Iktibar yan diperoleh ialah rakyat dapat hidup dengan aman, sejahtera dan

    harmoniwalaupun hidup berbilang kaum. Di samping itu, rakyat Malaysia perlunya bertoleransi dan

    kerjasama antara pemimpin demi kedaulatan negara. Iktibar seterusnya pemimpin mestilah rakyat

    didahulukan , pencapian diutamakan dalam semua aspek pentadbiran. Selain itu,pemimpin juga

    hendaklah bermaufakat dalam melaksanakan semua dasar kerajaan bagi menjamin pembangunan

    sosioekonomi yang mapan. Sementara itu, rakyat Malaysia perlulah patuh kepada undang-undang

    dan menjunjung Perlembagaan negara sebagai peraturan tertinggi. Kita juga perlu menghormati

    keputusan bidang kehakiman yang telah diputuskan, sebarang ketidak puashatian bolehlah dibuat

    rajuan di mahkamah yang lebih tinggi. Seharusnya, semua Pegawai Kakitangan Awam mempunyai

    Intergriti yang tinggi ketika menjalankan tugas yang diamanahkan.

    ===========================================================================

    PENUTUP / KESIMPULAN / RUMUSAN

    9. MERUMUS kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkana) Pengetahuan yang diperolehib) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negarac) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

    dan terbilang

    . Pengetahuan yang saya peroleh ialah saya dapat mengetahui fungsi dan peranan serta

    tanggungjawab setiap cabang kuasa pemerintahan iaitu badan Pelaksanaan, Badan pelaksana

    dan badan kehakiman.

    Antara iktibar yang saya peroleh daripada tajuk yang dikaji ialah saya perlu mematuhi

    perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi. Di samping itu, kita

    seharusnya mematuhi sistem pentadbiran negara agar bangsa Malaysia bersama-sama

    berkerjasama memakmurkan negara. Selain itu, kita juga sepatutnya mendokong aspriasi yang

    dizahirkan oleh para pemerintah agar negara kita terus cemerlang di persada dunia.

    Antara harapan saya untuk masa depan Malaysia yang gemilang adalah saya berharap

    generasi muda dapat meneruskan legasi kepimpinan para pemimpin terdahulu dan sekarang. di

    samping itu, saya juga turut berharap agar saya dan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama

    mengembleng tenaga dan idea untuk memajukan negara dan seterusnya mengangkat martabat

    bangsa.