6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

32
Bab 3: Bimbingan Dalam Pendidikan: Tingkah Laku Bermasalah Bimbingan Dalam Pendidikan 3.1 Pengantar Kepada Bimbingan 3.1.1 Konsep bimbingan Bimbingan bermaksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Perkhidmatan panduan (Bimbingan) dijalankan di sekolah- sekolah mulai sejak tahun 1963 berikutan dengan perakuan Suruhanjaya UNESCO. Tujuan utama adalah untuk memberi kesedaran kepada guru-guru tentang kepentingan memberi perhatian terhadap kebolehan mental dan fizikal, minat dan bakat bagi setiap pelajar. Bimbingan ialah satu proses untuk menolong pelajar mempelajari, memahami pengalaman, nilai, sikap, dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat. Pelajar yang memerlukan bimbingan adalah pelajar yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Masalah-masalah yang biasanya dihadapi oleh pelajar boleh dikategorikan kepada masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Dalam proses bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu. 1

Upload: herney-aqilah-kay

Post on 19-Jun-2015

4.700 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

Bab 3: Bimbingan Dalam Pendidikan: Tingkah

Laku Bermasalah

Bimbingan Dalam Pendidikan

3.1 Pengantar Kepada Bimbingan

3.1.1 Konsep bimbingan

• Bimbingan bermaksud memberi panduan atau nasihat

kepada seseorang.

• Perkhidmatan panduan (Bimbingan) dijalankan di sekolah-

sekolah mulai sejak tahun 1963 berikutan dengan perakuan

Suruhanjaya UNESCO. Tujuan utama adalah untuk memberi

kesedaran kepada guru-guru tentang kepentingan memberi

perhatian terhadap kebolehan mental dan fizikal, minat dan

bakat bagi setiap pelajar.

• Bimbingan ialah satu proses untuk menolong pelajar

mempelajari, memahami pengalaman, nilai, sikap, dan

perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat.

• Pelajar yang memerlukan bimbingan adalah pelajar yang

menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani,

emosi ataupun sosial. Masalah-masalah yang biasanya

dihadapi oleh pelajar boleh dikategorikan kepada masalah

akademik dan masalah emosi-sosial. Dalam proses

bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi panduan

atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan

masalah tertentu.

1

Page 2: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

3.1.2 Konsep bimbingan dalam pendidikan

Menurut Crow dan Crow (1983), di bawah konteks

pendidikan, bimbingan merujuk kepada pemberian bantuan atau

pertolongan yang betul kepada pelajar. Perkhidmatan bimbingan di

sekolah mestilah merangkumi perkhidmatan bimbingan peribadi

sosial, pelajaran, vokasional dan program mencegah salah guna

dadah.

Proses bimbingan merangkumi aspek-aspek seperti

orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar, nasihat

dan juga tindakan susulan.

Perkhidmatan bimbingan diadakan adalah bertujuan untuk:

a) mengembangkan inisiatif, tanggungjawab, arahan

kendiri dan bimbingan kendiri pelajar.

b) mengembangkan kebolehan pelajar memilih

matlamat sendiri, mengetahui diri sendiri dan

sekolah.

c) mengelak, menjangka dan mencegah krisis

daripada bermula dalam kehidupan pelajar.

d) Monolong pelajar menyesuaikan diri dengan

sekolah dan hidup secara memuaskan.

3.1.3 Prinsip bimbingan

1. Setiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi

peluang perkhidmatan bimbingan tanpa mengira jantina,

kaum, status sosial, latar belakang dan kepercayaannya.

2

Page 3: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

2. Perkhidmatan bimbingan ialah tanggungjawab bersama di

antara

a) guru pembimbing dengan pelajar yang memerlukan

bimbingan

b) guru pembimbing dengan pihak sekolah termasuk

ibu-bapa pelajar berkenaan.

3. Perkhidmatan bimbingan haruslah diadakan untuk

mengembangkan peribadi individu secara sistematik dan

tersusun.

4. Perkhidmatan bimbingan mesti diuruskan mengikut prosedur

dan peraturan yang ditetapkan seperti:

• Dijalankan dengan adanya persetujuan daripada pelajar

yang terlibat tanpa sebarang paksaan. Hubungan yang

mesra dan kepercayaan perlu diwujudkan di antara guru

pembimbing dan pelajar yang terlibat.

• Dijalankan dalam keadaan yang selesa dan selamat. Segala

perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan oleh pihak

guru bimbingan. Segala maklumat pelajar adalah sulit

supaya hak pelajar dipeliharakan.

• Tindakan susulan haruslah dirancangkan selepas

perkhidmatan bimbingan diberi untuk memastikan masalah

yang dihadapi tidak akan timbul semula.

3

Page 4: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

• Diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah atau guru

bimbingan yang terlatih.

3.1.4 Matlamat bimbingan

1. Matlamat bimbingan ialah untuk membantu pelajar

memahami diri mereka sendiri dengan mendalam dan

mengoptimakan tujuan hidup mereka.

2. Perkhidmatan bimbingan diberi agar pelajar dapat

menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya

yang dihadapinya melalui usaha diri sendiri dengan nasihat

dan dorongan guru bimbingannya.

3.1.5 Pendekatan bimbingan

1. Bimbingan ialah satu proses yang berterusan mengikut

susunan dan bersifat mendidik.

2. Bimbingan diberi berdasarkan kesedaran tingkah laku yang

bersesuaian dengan kehendak masyuarakat, kesedaran

kehormatan dan harga diri serta kesedaran hak memilih atau

menolak untuk pelajar.

3. Proses bimbingan mesti dipraktikkan berdasarkan prinsip-

prinsip bimbingan yang baik.

(a) Pendekatan bimbingan dalam perkembangan

4

Page 5: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

• Aktiviti-aktiviti yang memotivasikan individu dijalankan untuk

membentuk personaliti dan konsep kendiri yang positif ke

arah mencapai prestasi diri yang lebih baik.

• Bimbingan diberi berdasarkan kepercayaan bahawa

manusia mempunyai kebolehan dan kesanggupan yang

tidak ada had.

(b) Pendekatan bimbingan dalam pencegahan

• Bimbingan menyediakan satu sistem tanggungjawab

bersama di antara guru-guru, pentadbir, ibu-bapa, rakan

sebaya dan ahli-ahli komuniti untuk mencegah dan

menyekat kemungkinan berlakunya permasalahan-

permasalahan dalam sistem persekolahan. Contohnya,

penyalahgunaan dadah, AIDS, budaya lepak dan

sebagainya.

(c) Pendekatan bimbingan dalam pemulihan

• Disediakan untuk pelajar-pelajar yang lemah supaya

mereka dapat mempertingkatkan prestasi diri dalam

pencapaian akademik.

(d) Pendekatan bimbingan dalam krisis

• Krisis merujuk kepada kes-kes kritikal seperti bertumbuk

dengan tujuan mencedera, percubaan membunuh orang

atau diri, masalah mental atau penyalahgunaan dadah.

5

Page 6: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

• Krisis-krisis yang biasa yang dihadapi oleh guru

bimbingan ialah masalah pembelajaran, masalah

peribadi, masalah kurang kecerdasan dan masalah

mental di kalangan pelajar-pelajar selokah.

• Krisis masalah pembelajaran yang biasa dihadapi oleh

pelajar-pelajar ialah ketidaksinambungan di antara

kurikulum dengan perkembangan kognitif mereka atau

pun strategi dan kaedah mengajar guru yang kurang

sesuai dengan diri mereka.

• Selain daripada itu, guru bimbingan juga boleh

membimbing pelajar-pelajar yang menghadapi masalah

peribadi seperti mereka yang mempunyai motivasi dan

konsep kendiri yang rendah atau pun yang mempunyai

masalah kemiskinan dan masalah sosial.

• Masalah kecerdasan mental di kalangan pelajar adalah

masalah seperti cepat lupa atau sukar memahami

sesuatu konsep yang diajar oleh guru. Seorang guru

pembimbing boleh menolong pelajar dengan

mencadangkan pelbagai cara atau latihan yang boleh

meningkatkan daya ingatan pelajar.

• Untuk mengesahkan pelajar yang mengalami krisis

mental, guru bimbingan perlu mengenali ciri-ciri yang

akan ditunjukkan oleh pelajar seperti berikut:

(i) tidak boleh menyebut perkataan-perkataan dengan tepat

6

Page 7: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

(ii) tidak boleh menyusun perkataan-perkataan untuk

membina ayat dengan tepat

(iii) membaca dengan kadar lambat atau langsung tidak

boleh membaca

(iv) jangka masa penumpuan perhatian semasa guru

mengajar adalah sangat singkat

3.1.6 Jenis bimbingan

1. Bimbingan merupakan satu tugas pendidikan yang penting.

Di kebanyakan sekolah, guru biasa berperanan penting

dalam usaha membimbing pelajar-pelajar di bawah

penjagaannya. Contohnya, guru darjah / tingkatan bagi

setiap kelas merupakan guru bimbingan bagi pelajar-pelajar

dalam kelasnya.

2. Seorang guru biasa perlu mengesan masalah atau keadaan-

keadaan yang tidak memuaskan yang boleh menjejaskan

pencapaian akademik murid-muridnya.

3. Guru juga perlu memberikan bimbingan untuk

mengembangkan lagi peribadi dan sosial murid-muridnya.

4. Masalah kejutan budaya, krisis keluarga, konflik dalam

persahabatan dan soal kewangan adalah antara masalah-

masalah yang memerlukan bimbingan di sekolah.

7

Page 8: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

5. Dalam proses bimbingan, peranan seorang guru

pembimbing ialah seperti berikut:

a) mengenal pasti murid-murid yang bermasalah

b) membuat rujukan kepada pihak tertentu

c) mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh

mengenai murid yang terlibat dalam proses bimbingan.

d) memberikan bimbingan secara individu atau pun

berkelompok.

(a) Bimbingan individu

1. Menurut Cottle dan Downie (1970), bimbingan individu

adalah proses perbincangan di antara seorang kaunselor

dan seorang kliennya, di mana kaunselor berusaha

menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima

masalah yang dihadapi, sehingga dia membuat

pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-

pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah.

2. Di dalam sekolah, bimbingan individu merujuk kepada

proses perhubungan bersemuka di antara seorang pelajar

dengan seorang guru bimbingan yang menyediakan peluang

untuk sesuatu situasi temu bual. Tujuannya adalah untuk

membantu pelajar berkenaan untuk mengenal pasti masalah

yang dihadapi, dan seterusnya membuat pilihan daripada

alternatif-alternatif yang disarankan, dengan harapan dapat

membantu pelajar menyelesaikan masalah diri sendiri.

8

Page 9: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

3. Seorang guru bimbingan perlu membuat bimbingan secara

individu untuk murid-murid yang mempunyai konsep kendiri

yang sangat rendah atau yang bersifat pemalu.

4. Dalam bimbingan individu, peranan guru bukanlah untuk

memberikan nasihat tetapi menolong murid untuk

membangkitkan diri mereka.

5. Kebanyakan murid tidak tahu apa yang mereka hendak dan

bagaimana untuk mendapatkanya. Oleh itu, guru bimbingan

berperanan untuk membimbing murid-murid ini secara

individu dengan meminta mereka untuk

a) menerangkan situasi semasa mereka dan sensasi

yang mereka rasai.

b) mengalami dan melafazkan semua emosi semasa

yang dirasai secara eksplisit.

c) menyoal diri secara asertif tentang keadaan semasa

mereka

d) menyuarakan secara eksplisit keperluan-keperluan

semasa dan masa depan mereka.

6. Tujuan-tujuan bimbingan individu ialah:

a) menjalin hubungan yang baik dan mesra di antara guru

bimbingan dengan pelajar.

b) membantu pelajar membina kemahiran dan keyakinan

untuk menyelesaikan masalah diri sendiri.

c) membantu pelajar supaya membuat keputusan secara

rasional dan praktikal.

9

Page 10: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

d) menyelesaikan masalah dengan berkesan atau

mencegah masalah kritikal menimbul, atau mengubah

tingkah laku negatif kepada positif.

(b) Bimbingan secara kelompok

1. Jika ramai pelajar di sekolah menghadapi masalah yang

sama dalam pencapaian akademik atau penyesuaian sosial,

bimbingan secara kelompok adalah lebih sesuai dijalankan.

2. Menurut C.A. Mahler dan E. Caldwell, bimbingan secara

kelompok adalah proses sosial tentang masalah

perkembangan dan sikap para pelajar di bawah keadaan

terkawal. Isi kandungan bimbingan secara kelompok

merangkumi keperluan dan minat bersama di kalangan

kebanyakan pelajar.

3. Di dalam sekolah, bimbingan secara kelompok adalah

proses mencari alternatif untuk menolong sekumpulan

pelajar yang menghadapi masalah yang serupa, sama ada

dalam bidang akademik atau bidang emosi-sosial. Teknik

yang biasanya digunakan untuk melaksanakan proses

bimbingan secara kelompok ialah pemerhatian atau soal

selidik dalam peringkat pembentukan kumpulan, dan sesi

sumbangsaran.

4. Guru bimbingan boleh menggunakan kaedah

sumbangsaran, dalam bimbingan berkelompok kerana ia

dapat:

a) membincangan isu masalah yang dihadapi

10

Page 11: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

b) membina hubungan yang rapat antara ahli kumpulan

c) mencadangkan alternatif-alternatif kepada masalah yang

dihadapi

d) mencapai kata sepakat

e) mengahir tindakan susulan yang dipersetujui oleh semua

ahli

5. Guru bimbingan perlu mengadakan sesi bimbingan

berkelompok dengan ahli keluarga pelajar jika masalah yang

dihadapi pelajar berpunca daripada keluarganya.

6. Bimbingan berkelompok juga boleh dibentuk daripada satu

kumpulan yang terdiri daripada lima atau lapan orang ibu-

bapa yang boleh bertemu dan mengenali semua ahli dalam

kumpulan. Lama-kelamaan, ini akan menolong mereka

untuk berkongsi perasaan mereka tentang anak-anak

mereka yang menunjukkan tingkah laku bermasalah di

sekolah.

7. Pengalaman guru bimbingan dalam mengendalikan

bimbingan secara kelompok adalah penting. Masa dan

ketika guru bimbingan campur tangan semasa perbincangan

dijalankan adalah penting.

Peringkat-peringkat asas bimbingan secara kelompok:

1. Mengenalpasti dan membentuk kumpulan serta objektif

untuk bimbingan secara kelompok.

2. Sesi sumbangsaraan:

11

Page 12: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

a) Orientasi dan pendedahan diri.

b) Konflik dan pertentangan.

c) Perkembangan hubungan yang rapat dan integrasi

d) Mengusulkan alternatif penyelesaian masalah.

e) Membuat keputusan berdasarkan rumusan.

3. Tindakan susulan.

3.2 Peranan guru dalam Perkhidmatan Bimbingan

dan Kaunseling

3.2.1 Konsep

• Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat

kepada seseorang.

• Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan di bawah

konteks pendidikan, merujuk kepada bantuan dan

pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar

yang berkenaan.

• Kaunseling, mengikut Shertzer dan Stone (1963), ialah

proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri

dan situasinya.

Model Wilber Schramm III:

12

Page 13: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

3.2.1 Konsep Hubungan Interpersonal

• Hubungan interpersonal berkaitan dengan perkembangan

kita dengan orang lain.

• Ia merupakan satu bentuk komunikasi dalam sesi

kaunseling.

• Banyak saluran komunikasi dan maklum balas adalah serta

merta.

• Prinsip untuk memahami perasaan orang dinyatakan oleh

Covey (2000). Seek first to understand, then to be

understood.

Prinsip-prinsip dalam kemahiran komunikasi interpersonal adalah

seperti berikut:

• Manusia sentiasa berkomunikasi sama ada dengan nada

suara, gerak badan dan ekspresi muka.

Mesej

Mesej

Pengenkod - Pentafsir

Pendekod

13

Page 14: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

• Manusia tidak boleh elak daripada berkomunikasi.

• Sekali sesuatu perkataan atau ayat telah dikatakan, ia tidak

boleh ditarik balik.

• Komunikasi ialah satu proses yang kompleks.

3.2.1 Kemahiran komunikasi interpersonal

a. Membina hubungan

- Pembinaan hubungan adalah suatu proses di mana guru

membina hubungan yang baik dengan muruid-muridnya.

- Mengambil tahu keperluan fisiologi dan psikologi murid-

muridnya.

- Kaunselor mesti boleh dipercayai.

b. Memberi perhatian

- Guru patut memberi perhatian kepada murid-murid agar

mereka berasa selesa dan tenang.

- Guru mesti duduk dekat dengan klien.

- Kedudukan badan, kontak mata dan perwatakan guru

harus sesuai.

- Kaunselor mesti prihatin tentang segala percakapan

termasuk isi-isi tersirat dan perasaan yang dibawa oleh

kliennya.

c. Mendengar secara aktif

- Guru perlu menggunakan nada suara yang lembut.

- Pengalaman guru.

- Penggunaan psikologi.

- Mendengar secara teliti dan penuh minat.

14

Page 15: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

d. Menggunakan bahasa yang sesuai

- Pemilihan dan penyusunan kata-kata serta ayat.

- Perbincangan pertama hendaklah dimulakan dengan

butiran peribadi murid-murid.

e. Memahami gerak geri badan

- Memberi tindak balas yang sesuai.

- Kaunselor perlu mengamalkan cara duduk yang

membongkok supaya boleh cipta suasana yang kondusif.

f. Memberi tindak balas yang sesuai

- Kaunselor mesti ikhlas.

- kaunselor tidak boleh memberi nasihat tapi hanya boleh

memberi panduan.

- Kaunselor boleh memberikan peneguhan positif.

- Kaunselor boleh bertanya soalan terbuka dan meminta

maklumat lanjut.

- Refleksi.

3.2.2 Halangan dalam Komunikasi

• Halangan Fizikal

– Bilik kaunseling yang tidak kondusif.

– Tempat duduk yang tidak selesa dan lampu yang

terang.

• Halangan Psikologikal

– Tak boleh mengkritik dan komen negatif.

– Perlu memberikan peluang kepada klien-klien untuk

menyatakan semua perasaan negatif.

15

Page 16: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

• Halangan Persekitaran

– Satu persekitaran yang positif.

• Halangan Sosial

– Kaunseling berkelompok dan rakan sebaya.

– Memastikan tidak ada konflik atau idea-idea yang

bercanggah

3.2.3 Implikasi Penggunaan Kemahiran Komunikasi Dalam

Mewujudkan Hubungan Interpersonal Yang Berkesan

• Tidak rasa malu atau diperkecilkan.

• Ia akan sentiasa didekati oleh murid yang bermasalah.

• Kaunselor perlu mempunyai komunikasi interpesonal positif.

16

Page 17: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

Bab 4 Tingkah Laku Bermasalah

4.1 Pengertian

• Sebarang tingkah laku yang boleh menjejaskan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

• Tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behaviour

dalam Bahasa Inggeris

• Terkeluar dari nilai, norma dan sosial masyarakat, termasuk

sekolah

• Bertentangan dengan tingkah laku yang dipersepsi, dirasai,

dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam

masyarakat.

4.2 Jenis Tingkah Laku Bermasalah

Rajah 1: Jenis Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah Positif

17

Page 18: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

4.2.1 Tingkah Laku Bermasalah Positif

Jadual 1: Tingkah laku Bermasalah Positif

Tingkah Laku Bermasalah Positif

Ingin

Tahu Proaktif

Pelajar bertindak terlebih dahulu di

dalam bilik darjah tanpa menunggu

arahan atau tunjuk ajar daripada

guru. Kemalangan berlaku kerana

tanpa mematuhi arahan yang jelas.

Pintar Cerdas Cepat Belajar

Menyelesaikan tugasan dengan

lebih cepat disebabkan keupayaan

mental menyebabakan mereka

akan cepat berasa bosan

seterusnya akan bergerak ke sana

ke mari tanpa tujuan

4.2.2 Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku destruktif, tingkah laku disruptif, tingkah laku

bergantung, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku bimbang, tingkah

laku murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.

Jadual 3.2: Tingkah laku Bermasalah Negatif

Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Bergantung

(Tingkah laku yang

menghalang)

Disruptif

(Tingkah laku yang

menganggu)

Destruktif

(Tingkah laku anti sosial)

kelakuan yang

membahayakan diri

sahaja tetapi tidak

menganggu pelajar lain

hiperatif bertindak tanpa

memikir akibatnya

,membahayakan diri dan

pelajar lain

melakukan aktiviti jenayah

dan mengancam

keselamatan orang dan

kemudahan-kemudahan

sekolah

18

Page 19: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

• Kebimbangan

• Pergantungan

berlebihan

• Pengunduran

diri

• Pengasingan

diri

• Hiperaktif

• Kelakuan

nakal

• Bising

• Bergerak

sesuka hati

• Ketawa kuat

• Agresif secara

lisan/fizikal

• Pemusuhan

nyata (Over

hostility)

• Vandalisme

• Kumpulan liar

• Klik

• Geng

4.3 Cara-cara Mengenal Pasti Murid-murid Yang Bermasalah

Tingkah Laku

Rajah 2: Teknik Mengenal Pasti Masalah Tingkah Laku

4.3.1 Teknik Jenis Ujian Psikologi

1. Ujian Pencapaian Akademik

Teknik

Jenis Ujian Psikologi(Ujian Dianostik)

Jenis Bukan Ujian (Pemerhatian/

Temu bual)

Kajian (Kajian Kes /

Kajian dokumen/ Kajian Membujur

19

Page 20: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

~Ujian sumatif dan penilaian formatif sekolah termasuk UPSR,

PMR, SPM dan STPM

2. Ujian Kecerdasan

~Mengukur darjah kecerdasan pelajar (IQ) yang disarankan oleh

Terman dan Binet

3. Ujian Kecendungan Bakat

~Ujian Aptitude Differentiate (DAT)

4. Ujian Minat

~ Menilai minat pelajar terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya

5. Ujian Personaliti

~ Mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek efekti,motivasi,

emosi dan sikap seseorng pelajar

~Mendapat maklumat hal peribadi serta nilai dan sikap pelajar

6. Ujian Saringan

~ Mengasingkan pelajar-pelajar yang cerdas dengan kurang cerdas

7. Ujian Diagnostik

~ Mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan

kemahiran pembelajaran pelajar

8. Ujian Aptitud Khas

~Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud

Seni atau Muzik

~Mengukur potensi pelajar dalam bidang tertentu

20

Page 21: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

4.3.2 Teknik Jenis Bukan Ujian

(i) Pemerhatian

• Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar daripada

bidang efektif dan psikomotor khasnya bagi mata pelajaran

Agama Islam, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani

• Tempat: Di dalam dan luar bilik darjah

• Cara Merekod:

1.senarai semak – darjah pencapaian tingkah laku

2.skala kadar – 5 mata,(1)amat buruk, (2) buruk, (3) sederhana, (4)

baik, (5) terbaik

(ii) Temu bual

• Soalan selidik melalui teknik temu bual

• Mendapatkan maklumat dan butir-butir pelajar

• Teknik menjalankan temu bual:

• Tentukan tujuan dan objektif temu bual

• Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi

• Tentukan soalan-soalan yang bertulis yang hendak

dikemukakan semasa temu bual

• Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual

• Bermula dengan soalan yang menyenangkan dan

menimbulkan rasa keyakinan pelajar

• Tentukan tujuan dan objektif temu bual

• Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi

• Tentukan soalan-soalan yang bertulis yang hendak

dikemukakan semasa temu bual

• Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual

21

Page 22: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

• Bermula dengan soalan yang menyenangkan dan

menimbulkan rasa keyakinan pelajar

Kajian Dokumen

4.3.3 Teknik Jenis Kajian

1. Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah

~ Mengetahui kemajuannya dalam bidang akademik dan

kokurikulum dari setahun ke setahun, memahami sifat-sifat, minat,

kesihatan dan latar belakang keluarganya.

• Butir-butir pelajar

• Buti-butir keluarga

• Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum

• Keputusan ujian

• Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah

• Sifat-sifat diri

• Butir-butir pelajar

• Buti-butir keluarga

• Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum

• Keputusan ujian

• Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah

• Sifat-sifat diri

2. Rekod Anekdot

~ sejenis dokumen berbentuk laporan berdasarkan pemerhatian

sesuatu kejadian atau peristiwa seseorang pelajar oleh gurunya.

~ merekod tingkah laku atau personaliti pelajar yang diperhatikan

termasuk komen guru yang memerhatikannya.

22

Page 23: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

Jadual 3: Rekod Anekdot

Rekod Anekdot

Nama pelajar: ………………………Tingkatan: ……………………….

Jantina: …………………………….. Umur: …………………………..

Tarikh Tempat Kejadian /

peristiwa

Komen

--------------

Nama Guru:

4.4 Pengurusan Tingkah Laku

4.4.1 Pengertian

• Satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku

bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan

teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang sesuai

• Peranan Guru

~ memodelkan tingkah laku yang positif

~ menggunakan contoh-contoh visual dan konkrit untuk

menunjukkan interaksi yang positif dalam sistem persekolahan

~ membetulkan tingkah laku murid yang salh dengan

menunjukkan mereka tingkah laku yang betul

23

Page 24: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

Proses

Rajah 3: Proses Pengurusan Tingkah Laku

Menetapkan matlamat tingkah laku yang betul harus ditunjukkan oleh murid

Mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh seseorang murid

Memodifikasikan tingkah lakunya sehingga murid tidak mengharapkan ganjaran ekstrinsik dan menujukkan tingkah laku yang betul

kerana motivasi intrisiknya

Merekod Kekerapan Tingkah Laku Yang Hendak Diubah

Mengenal Pasti Tingkah Laku

Jenis Tindakan Yang Akan Dikenakan

Penilaian

24

Menggunakan pelbagai teknik modifikasi tingkah laku sehingga tingkah laku yang salah diperbaiki atau diperbetulkan

Page 25: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

Rajah 4: Proses Modifikasi Tingkah Laku

4.4.2 Objektif:

1. mengajar murid-murid kemahiran baru dan tingkah laku

betul yang harus ditunjukkan oleh mereka.

2. memperbetulkan semua tingkah laku bermasalah dan

belajar respon-respon alternative yang boleh diterima dalam

satu persekitaran sosial.

3. Guru mesti meneguhkan semua tingkah laku positif yang

ditunjukkan oleh murid secara konsisten dan tetap untuk

memastikan kejayaan sesuatu program pengurusan tingkah

laku.

4. Mengubah tingkah laku negatif atau salah laku murid yang

dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif,

menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi

membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif

untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5. Objektif pengurusan modifikasi tingkah laku murid ialah:

(a) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini

(b) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.

4.4.2.1 Pengekalan Dan Peningkatan Tingkah Laku Yang

Diingini

1. Ganjaran:

(a) Pemenang pingat mingguan

(b) Memberikan pelekat (murid-murid yang lebih muda)

(c) Membuat carta bintang ( kanak-kanak yang lebih muda)

(d) Memberikan pujian (memberitahu merid-murid yang lain

atau menyebarkan nama murid dalam perhimpunan)

25

Page 26: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

2. Kata-kata pujian dalam peneguhan sosial:

(a) “Saya sukakan cara anda bekerja dalm aktiviti kumpulan”

(b) “ Sangat bagus, itu adalah satu soalan yang baik”

3. Guru mesti selalu memberikan pujian bersama ganjaran

yang berbentuk materialistic (hadiah atau barang maujud)

sahingga murid hanya ingin menerima pujian sahaja

(motivasi intrinsik)

4. Modifiaksi tingkah laku berjaya, murid dapat

menyesuaikan diri dan berfungsi dalam bilik darjah tanpa

mengharapkan apa-apa ganjaran esktrinsik.

4.4.2.2 Pengurangan dan Pelupusan Tingkah Laku yang

tidak diingini

1. Guru perlu menggunakan peneguhan negative dalam bentuk

denda atau hukuman untuk menggurangkan dan

melupuskan tingkah laku yang tidak diingini.

2. Bentuk-bentuk denda:

(a) Kritikan

(b) Amaran

(c) Kerja Tambahan

3. Hukuman merotan adalah perlu untuk mengikis tingkah laku

yang sangat berbahaya.

4.4.3 Teknik-teknik Modifikasi Tingkah Laku

(a) Peneguhan (Reinforcement)

26

Page 27: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

• Skinner- apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku

yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang

mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah.

• Peneguhan positif- mengawal tingkah laku murid

dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta

kata-kata perangsang yang dapat membaiki atau

mengubah tingkah laku.

• Faktor- faktor yang mempengaruhi keberkesanan

peneguhan positive

1. Pilih secara khusus tingkah laku yang ingin

diulangi

2. Pilih jenis peneguh (reinforces)

3. Deprivasi

4. Kesegaran

5. Penjelasan

6. Perubahan kepada persekitaran semula jadi

• Dua jenis ganjaran atau peneguhan positif iaitu:

(i) Ganjaran primer (susu, makanan, gula)

(ii) Ganjaran terlazim ( bintang, token, markah tinggi),

penerimaan sosial dan sentuhan, perkataan (lisan

atau bertulis), permainan dan aktiviti, ekspresi dan

wajah guru (muka atau badan).

27

Page 28: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

• Peneguhan negative – denda , memarahi murid,

menggunakan kata-kata kesat atau menyuruh mereka

menjalani “time-out”.

(b) Dendaan

• Dimarahi oleh guru

• Diberikan amaran

• Hukuman yang dibayar dengan membuat kerja di

sekolah seperti mengutip sampah atau mencuci tandas.

• “Time-out” sama ada di dalam bilik darjah atau di luar

bilik darjah

• Dihantar ke bilik guru besar

• Ibu bapa murid yang menunjukkan tingkah laku

bermasalah disuruh datang ke sekolah untuk

membincangkan masalah tersebut murid

(c) Reverse Psychology

• Menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah

laku negative kepada yang positif.

• Memerlukan kemahiran guru memahami psikologi

pelajar serta mengenal pasti sikap, pandangan dan

pemikiran dalamnya.

(d) Shaping

• Proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui

beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur

dekat kepada tingkah balas yang diharapkan

• Guru mesti sangat spesifik dalam menetapkan matlamat

tingkah laku yang perlu dicapai olah murid.

28

Page 29: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

• E.g. murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah

iaitu selalu bergerak dalam bilik darjah, guru boleh

menetapkan matlamat tingkah lakunya sebagai “

Berhenti bergerak di dalam bilik darjah”.

(e) Token Ekonomi

• System untuk membahagiakn beberapa peneguh

simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai

peneguh yang sebanar diidamkan.

• Sistem merit ditentukan berdasarkan criteria respons

terhadap tingkah laku yang diingini.

• Point merit (token) yang dikumpulkan boleh ditukarkan

seterusnya dengan peneguhan yang diidamkan

(f) Kontrak ( Lisan dan Bertulis)

• Cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah

laku negative kepada positif

• Murid-murid mesti menandatangani kontrak ini dan jika

mereka pecahkannya, mereka perlu menjalani hukuman

yang dinyatakan dalam kontrak tersebut.

• Semua penerangan ganjaran atau hukuman yang akan

diberikan akan dinyatakan dalam kontrak.

• Perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak (guru dan

murid)

(g) Kawalan Kendiri

29

1. Menentukan tingkah laku yang ingin di modifikasikan

Page 30: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

Rajah 5: Kawalan Kendiri

(h) Peneguhan kendiri (Motivasi intrisik)

3. Merancang program tindakan:Memulih strategi untuk menambah atau mengurangkan kekuatan respons

4. Implement dan menilai program

5. Penutup: Menamatkan program

30

2. Mengumpulkan data:• Mengenal pasti antenseden kawalan• Menentukan respons peringkat awal• Mengenal pasti akibat kawalan

Page 31: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

Rajah 6: Peneguhan Kendiri

(i) Modeling ( Modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran)

o Pemerhatian dan peniruan

o Dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan

o Meniru kemahiran daripad kecekapan demonstrasi

modelnya, dan dapat menguasai kemahiran itu jika

memperoleh kepuasan dan peneguhan

o Meliputi pemerhatian, peingatan, peniruan dengan tingkah

laku atau gerak balas yang sesuai

4.5 Implikasi modifikasi tingkah laku terhadap

proses pengajaran & pelajaran

1. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang sihat akan

dapat diwujudkan

2. Membantu murid mengubah tingkah laku negative dan

melicinkan proses p&p

3. Masa akan dapat dijimatkan kerana guru tidak perlu

mengendalikan kes salah laku

4. Standard tingkah laku pelajar seragam; tidak terdapat

unsur pulih kasih. Semua pelajar dikehendaki mematuhi

peraturan-peraturan yang sama.

PemerhatianMenetapkan piawai t/laku diri Menilai diri

Memperoleh diri kepuasannyaPeneguahan diri

31

Page 32: 6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)

5. Objektif guru untuk meningkatkan pencapaian akademik

akan tercapai

6. Keharmonian pelajar-pelajar di dalam sesebuah kelas akan

ditingkatkan kerana gangguan dapat dikurangkan melalui

modifikasi tingkah laku

7. Meningkatkan prestasi dan keberkesanan aktiviti

pembelajaran murid

8. Membentuk tingkah laku positif ( fizikal, mental, emosi dan

sosial)

9. Meningkatkan motivasi kendiri serta disiplin arahan diri.

10.Membentuk murid yang berilmu pengetahuan, cinta

membaca serta berakhlak mulia.

Rumusan, dalam modifikasi tingkah laku, guru perlu:

1. Menekankan aspek dan pemikiran yang positif

2. Meneguhkan tingkah laku positif dengan secepat mungkin

3. Mengelak daripada menggunakan hukuman

4. Meninjau apa yang digemari oleh murid-murid agar peneguh

yang digunakan itu berkesan

5. Menekankan kepada pengakuan dan pengiktirafan

kebolehan murid-murid.

32