5+ping-pong

3
PING-PONG 1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN Undang-Undang permainan hendaklah mengikut undang-undang yang berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Undang-Undang Rasmi Persekutuan Ping-Pong Antarabangsa (ITTF) yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. 2.0 PERATURAN PERTANDINGAN Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej Komuniti yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini. 3.0 JENIS PERTANDINGAN Pertandingan Ping-pong Individu (2 single lelaki dan 2 single wanita) * Bergantung kepada pengelola kejohanan dan Jawatankuasa Eksekutif MASKOM. 4.0 PENDAFTARAN PEMAIN 4.1 Rujuk Peraturan Am 5 Peraturan Am 6. 4.2 Bilangan peserta adalah seramai 4 orang ; iaitu 2 (DUA) pemain lelaki dan 2 (DUA) orang pemain wanita 5.0 PAKAIAN 5.1 Rujuk Peraturan Am 10. 5.2 Pakaian yang berwarna putih dan oren adalah tidak dibenarkan sama sekali. 6.0 SISTEM PERTANDINGAN 6.1 Rujuk Peraturan Am 23 dan Rujuk Peraturan AM 24. 6.2 Perlawanan dalam pusingan pertama akan dijalankan secara liga 4 kumpulan (3,4).

Upload: pedusi01

Post on 19-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

5

TRANSCRIPT

PING-PONG

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-Undang permainan hendaklah mengikut undang-undang yang berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Undang-Undang Rasmi Persekutuan Ping-Pong Antarabangsa (ITTF) yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

2.0 PERATURAN PERTANDINGANMengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej Komuniti yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.

3.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan Ping-pong Individu (2 single lelaki dan 2 single wanita)* Bergantung kepada pengelola kejohanan dan Jawatankuasa Eksekutif MASKOM.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Rujuk Peraturan Am 5 Peraturan Am 6.

4.2 Bilangan peserta adalah seramai 4 orang ; iaitu 2 (DUA) pemain lelaki dan 2 (DUA) orang pemain wanita

5.0 PAKAIAN

5.1 Rujuk Peraturan Am 10.

5.2 Pakaian yang berwarna putih dan oren adalah tidak dibenarkan sama sekali.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Rujuk Peraturan Am 23 dan Rujuk Peraturan AM 24.

6.2 Perlawanan dalam pusingan pertama akan dijalankan secara liga 4 kumpulan (3,4).

6.2.1 Pusingan Awal

Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga untuk menentukan Johan dan Naib

Johan setiap kumpulan (Best of 3 Sets).

6.2.2 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir

Johan dan Naib Johan kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Johan dan Naib Johan kumpulan B, manakala Johan dan Naib Johan kumpulan C akan bertemu secara dengan Johan dan Naib Johan kumpulan D dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana yang bertanding dalam perlawanan akhir. Perlawanan separuh akhir dijalankan secara kalah mati (Best of 5 Sets).

6.3 Setiap permainan pusingan awal set dimainkan dengan kiraan mata 11 (Best of 5 Sets). Manakala permainan peringkat separuh akhir dan akhir boleh dimainkan dengan kiraan mata 11 (Best of 7 Sets).

7.0 CARA PENENTUAN KEMENANGAN

7.1 Pemberian Mata

7.1.1 Pemberian mata : Menang – 3 mataKalah - 1 mataKalah Tanpa Tanding – 0 mata

7.1.2 Jika dua (2) pasukan mendapat jumlah mata yang sama,maka pasukan yang mengalahkan lawannya dikira menang.

7.2 Jika dua pasukan atau lebih mendapat jumlah mata yang sama,maka keputusan akan ditentukan seperti berikut:

7.2.1 Pasukan yang memenangi perlawanan terbanyak dikira menang.

7.2.2 Jika masih seri,pasukan yang memenangi bilangan permainan (set) terbanyak dikira menang.

7.2.3. Jika masih seri, pasukan yang mendapat perbezaan permainanterbanyak dikira menang.

7.2.4. Jika masih seri juga,pasukan yang mendapat jumlah matapermainan yang terbanyak dikira menang.

7.2.5. Jika masih seri juga,pasukan yang telah mengalahkan lawannyadikira menang.

8.0 TEMPAT/GELANGGANG DAN ALATANRujuk Peraturan Am 11.

9.0 KELEWATAN Hanya 15 minit sahaja diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan mata 11-0, 11-0, 11-0,11-0,11-0.

10.0 BANTAHAN / RAYUANRujuk Peraturan Am 17.

11.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKANRujuk Peraturan Am 20.