5garis panduan pengurusan kk

11
GARISPANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH A. PENGURUSAN PENGELOLAAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH (Pertandingan Bersifat Akademik/Sukan/Perkhemahan/Asrama) 1. SURAT JEMPUTAN 1.1. Surat jemputan dikeluarkan oleh pihak sekolah/PPD yang menganjur dengan salinan kepada PPD Mukah (PPD Utama) 1.2. Surat jemputan ditandatangani oleh Pengetua/PPD/Guru Besar ATAU Pen. Kanan yang telah diberi kuasa. 1.3. Surat jemputan hendaklah dikeluarkan sekurang- kurangnya 2 minggu sebelum sesuatu aktiviti/pertandingan dijalankan 1.4. Kandungan surat jemputan penyertaan mengandungi; Tarikh Tempat Masa Syarat-syarat pertandingan / Kertas konsep 1.5. Jemputan untuk Majlis Perasmian/penutupan dikeluarkan oleh sekolah/PPD yang mengelola. Jemputan Tetamu Kehormat yang melibatkan Ketua Jabatan Kerajaan lain, Ketua-ketua Masyarakat dll selain daripada pegawai dari PPD perlu memaklumkan kepada PPD Mukah terlebih dahulu dan satu salinan surat perlu dihantar ke pejabat untuk tujuan rekod. ppm/uppk/ppdmkh/2014 1

Upload: rasputein69

Post on 08-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pengurusan KK

TRANSCRIPT

Page 1: 5garis Panduan Pengurusan Kk

GARISPANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUMPERINGKAT BAHAGIAN MUKAH

A. PENGURUSAN PENGELOLAAN AKTIVITI KOKURIKULUMPERINGKAT BAHAGIAN MUKAH

(Pertandingan Bersifat Akademik/Sukan/Perkhemahan/Asrama)

1. SURAT JEMPUTAN

1.1. Surat jemputan dikeluarkan oleh pihak sekolah/PPD yang menganjur dengan salinan kepada PPD Mukah (PPD Utama)

1.2. Surat jemputan ditandatangani oleh Pengetua/PPD/Guru Besar ATAU Pen. Kanan yang telah diberi kuasa.

1.3. Surat jemputan hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sesuatu aktiviti/pertandingan dijalankan

1.4. Kandungan surat jemputan penyertaan mengandungi;TarikhTempatMasaSyarat-syarat pertandingan / Kertas konsep

1.5. Jemputan untuk Majlis Perasmian/penutupan dikeluarkan oleh sekolah/PPD yang mengelola.

Jemputan Tetamu Kehormat yang melibatkan Ketua Jabatan Kerajaan lain, Ketua-ketua Masyarakat dll selain daripada pegawai dari PPD perlu memaklumkan kepada PPD Mukah terlebih dahulu dan satu salinan surat perlu dihantar ke pejabat untuk tujuan rekod.

Jemputan Tetamu Kehormat yang melibatkan Yang Berhormat perlu mendapat kelulusan dari Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak

1.6. Tempahan penggunaan kemudahan gelanggang/padang/dewan (kemudahan dari jabatan lain), perlu dihantar/dimaklumkan ke PPD dalam tempoh 2 minggu sebelum penggunaan untuk tujuan pengeluaran Borang Pesanan Tempatan untuk sewaan. Walau bagaimanapun pihak sekolah digalakkan menggunakan kemudahan sedia ada di sekolah.

1.7. Bagi pertandingan kokurikulum bersifat akademik, pengerusi teknikal adalah dilantik di kalangan guru di sekolah penganjur ( guru-guru yang berkelayakan mengikut pengkhususan akademik mereka), di mana kertas konsep pertandingan akan disediakan oleh Unit KK yang disalurkan melalui PK KK.

ppm/uppk/ppdmkh/2014 1

Page 2: 5garis Panduan Pengurusan Kk

2. SURAT JEMPUTAN HAKIM/PENGADIL/PEGAWAI

2.1. Surat Jemputan Hakim/Pegawai /pengadil dikeluarkan oleh PPD Mukah dan cadangan nama hendaklah diserahkan oleh sekolah pengelola kepada PPD dua minggu sebelum aktiviti/pertandingan untuk tujuan pelantikan.

3. PIALA DAN PINGAT, CENDERAMATA, SIJIL & KAIN RENTANG

3.1. Untuk pertandingan KK Ko-Akademik dan Sukan, piala dan pingat akan disediakan bersama oleh PPD Mukah /PPD Dalat /PPD Daro. - Pindaaan

3.2. Kain rentang – Penyediaan kain rentang hanya disediakan untuk Pertandingan

Peringkat Negeri sahaja manakala Pertandingan Peringkat Bahagian/Daerah, mohon disediakan oleh pihak penganjur.

3.3. Pemberian hadiah kemenangan adalah:Johan : Piala dan PingatNaib Johan : Piala dan PingatKetiga : Piala dan PingatKeempat : Piala

3.4. Sijil Penyertaan - pelajar yang mewakili sekolah akan dikeluarkan oleh

pihak sekolah masing-masing manakala pelajar yang mewakili bahagian ke peringkat negeri dikeluarkan oleh Bahagian Pengelola atau PPD.

3.5. Cenderamata - hanya satu cenderamata diperuntukan bagi setiap aktiviti /pertandingan peringkat bahagian. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada pen. penyelia UPPK yang berkenaan untuk tujuan tempahan.

4. PENGANGKUTAN, MAKANAN DAN PENGINAPAN

4.1. Bagi SMK, Pengangkutan/Makanan/Penginapan diuruskan oleh sekolah masing-masing.

4.2. Sekolah-sekolah boleh memohon bantuan dari sekolah penganjur untuk bantuan penyediaan makanan dan penginapan. Surat permohonan perlu ada salinan ke PPD.

4.3. Bagi SR, penyediaan makanan boleh menggunakan bantuan makanan Asrama /

Bantuan KK dan Sukan. Pengangkutan/makanan dibantu oleh PPD masing-masing.

4.4. Makanan Majlis Penangguhan Rasmi – mohon disediakan oleh sekolah/PPD penganjur

ppm/uppk/ppdmkh/2014 2

Page 3: 5garis Panduan Pengurusan Kk

5. PERKHEMAHAN

5.1. Penyediaan khemah adalah urusan sekolah masing-masing

5.2. Bagi SR yang mewakili daerah untuk perkhemahan peringkat bahagian dan negeri, boleh memohon penyediaan khemah dari PPD masing-masing.

5.2. Bagi penyediaan makanan, semua sekolah peserta dipohon menyumbangkan bantuan makanan untuk sekolah pengelola. (berbentuk makanan kering/basah) untuk menampung peserta sekolah masing-masing.

6. KESELAMATAN DAN DISIPLIN PELAJAR

6.1. Keselamatan dan disiplin pelajar mesti ” DIUTAMAKAN ” . Borang Akuan Ibu Bapa dan Borang Deklarasi Pelajar perlu disediakan untuk semua bentuk aktiviti /program/pertandingan di peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan

7. TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

7.1. Guru-guru (Pengetua/Guru Besar/PK/Guru) yang dilantik oleh pihak sekolah atau PPD yang mengiringi pelajar-pelajar dalam apa jua aktiviti mesti MENGUTAMAKAN KESELAMATAN DAN DISIPLIN PELAJAR sehingga pelajar-pelajar berkenaan telah selamat sampai di sekolah atau di rumah.

8. LAPORAN AKTIVITI/PERTANDINGAN

8.1. Sekolah/PPD Penganjur WAJIB menghantar laporan aktiviti/pertandingan ke PPD Mukah dua minggu selepas aktiviti/pertandingan untuk tujuan rekod dan penghantaran maklumat ke JPNS

9. LAIN-LAIN PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

9.1. Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Khas/ MSS Bahagian Mukah yang dipengerusikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Mukah

9.2. Garis panduan ini tertakluk kepada perubahan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Mukah.

ppm/uppk/ppdmkh/2014 3

Page 4: 5garis Panduan Pengurusan Kk

B. GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENYERTAAN BAHAGIAN MUKAHKE PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI

1. PEGAWAI/PENGURUS/JURULATIH/GURU PENGIRING/PEMAIN/PELAJAR YANG MEWAKILI PASUKAN BAHAGIAN MUKAH( Kokurikulum/ Sukan/ HEM/Perkhemahan )

1.1. Ketua Kontingen adalah Pegawai Pendidikan Daerah Mukah/Dalat/Daro

1.2. Pengurus Pasukan adalah Pengetua /Guru Besar yang menjadi pengelola.

1.3. Jurulatih/guru pengiring, pegawai dan peserta/pemain yang mewakili Bahagian Mukah adalah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dibentuk oleh sekolah pengelola yang dipengerusikan oleh Pengerusi Pengelola dibantu oleh Pegawai Teknik berkenaan berpandukan peraturan/kertas

konsep pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan.

1.4. Senarai nama pegawai dan pemain yang mewakili pasukan Bahagian Mukah hendaklah diserahkan ke PPD Mukah untuk tujuan pelantikan DUA HARI selepas pertandingan Peringkat Bahagian.

2. TUNTUTAN ELAUN SARA HIDUP

2.1. Pegawai yang dilantik layak menuntut tuntutan elaun sara hidup mengikut kelayakan masing-masing.( tuntutan perjalanan/penginapan/makanan)

berdasarkan arahan yang terkandung dalam surat pelantikan yang dikeluarkan oleh PPD atau JPNS. Tuntutan perjalanan tidak layak dituntut sekiranya PPD telah menyediakan Bas Sewaan/Makanan/penginapan.

2.2. Bagi SMK, tuntutan dihantar ke sekolah masing-masing (PTJ) dan bagi SR tuntutan dihantar ke PPD masing-masing secara kelompok oleh Guru Besar.

2.3. Pembayaran tuntutan adalah bergantung kepada peruntukan yang ada.

3. SIJIL PENYERTAAN PELAJAR

3.1. Sijil penyertaan pelajar akan dikeluarkan oleh PPD di mana pengurus pasukan hendaklah menyerahkan senarai nama pasukan ke UPPK ( pegawai yang berkenaan

ppm/uppk/ppdmkh/2014 4

Page 5: 5garis Panduan Pengurusan Kk

Sijil penyertaan pelajar juga ada disediakan oleh pihak JPN Sarawak.4. PENGANGKUTAN PELAJAR

4.1. Pengangkutan pelajar yang mewakili Bahagian Mukah akan diuruskan oleh PPD Mukah/Dalat/Daro

4.2. Bagi SMK, pertandingan yang berformatkan JUARA SEKOLAH penyediaan pengangkutan akan diuruskan oleh sekolah masing-masing.

5. PENGINAPAN PELAJAR

5.1. Kontinjen (pelajar & guru) hendaklah menginap di kemudahan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

5.2. Sekiranya kemudahan penginapan tidak disediakan, pihak PPD akan menyediakan kemudahan penginapan di asrama belia/Dewan Suarah/Perkampungan Sukan/Rumah Rehat dan sebagainya di mana sewaan adalah murah

5.3. Dalam keadaan perkara 5.1 dan 5.2 tidak dapat disediakan, pihak PPD akan menyediakan penginapan di hotel berdasarkan kadar yang telah diluluskan oleh Unit Kewangan dan bergantung pada peruntukan yang ada

5.4. Bagi SMK, pertandingan yang berformatkan JUARA SEKOLAH penyediaan penginapan akan diuruskan oleh sekolah masing-masing.

6. MAKANAN/MINUMAN PELAJAR

6.1. Penyediaan makanan dan minuman akan diuruskan oleh PPD Mukah/ Dalat/Daro dan peruntukan berdasarkan kadar yang diluluskan oleh Unit Kewangan dan bergantung pada peruntukan yang ada.

7. WANG KONTINGENSI DAN PETI KECEMASAN (Ubatan)

7.1. Wang kontinjensi akan dikeluarkan oleh pengurus terlebih dahulu dan boleh membuat tuntutan balik dengan bersertakan resit untuk pengesahan. Perbelanjaan ini perlu dinyatakan secara jelas semasa membuat tuntutan.

7.2. Peti kecemasan/ubatan akan diuruskan oleh sekolah/PPD pengurus pasukan.

ppm/uppk/ppdmkh/2014 5

Page 6: 5garis Panduan Pengurusan Kk

8. BAJU T, JERSI PERTANDINGAN, RUNNING VEST

8.1. Disediakan untuk pertandingan sukan permainan, dua set jersi @ running vest dan sehelai baju t disediakan untuk sesebuah pasukan bergantung pada peruntukan

8.2. Hanya pasukan Olahraga, Piala Perak dan Piala Emas diperuntukan satu set track suit- bergantung pada peruntukan.

9. PERTANDINGAN/AKTIVITI BERFORMATKAN JUARA SEKOLAH

9.1. Bagi pertandingan/aktiviti yang berformatkan JUARA SEKOLAH (SM), pengurusan pasukan seperti penyediaan penginapan, pengangkutan, makan jersi dan lain-lain diuruskan oleh sekolah masing-masing.

9.2. Pihak PPD akan menguruskan borang penyertaan pasukan.

10. KESELAMATAN DAN DISIPLIN PELAJAR

10.1. Keselamatan dan disiplin pelajar mesti ” DIUTAMAKAN ” . Borang Akuan Ibu Bapa dan Borang Deklarasi Pelajar perlu disediakan untuk semua bentuk aktiviti /program/pertandingan di peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan

11. TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

11.1. Guru-guru (Pengetua/Guru Besar/PK/Guru) yang dilantik oleh pihak sekolah atau PPD yang mengiringi pelajar-pelajar dalam apa jua aktiviti mesti MENGUTAMAKAN KESELAMATAN DAN DISIPLIN PELAJAR sehingga pelajar-pelajar berkenaan telah selamat sampai di sekolah atau di rumah.

11.2. Taklimat pergerakan dan program perlu diadakan oleh Pengurus Pasukan yang telah dilantik sebelum pasukan bergerak ke destinasi pertandingan

12. LAPORAN PERTANDINGAN

12.1 Pengurus pasukan DIWAJIBKAN membuat laporan penuh program dan menghantar ke PPD dua minggu selepasa sesuatu aktiviti/pertandingan

ppm/uppk/ppdmkh/2014 6

Page 7: 5garis Panduan Pengurusan Kk

13. LAIN-LAIN PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

13.1. Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Khas/ MSS Bahagian Mukah yang dipengerusikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah

13.2. Garis panduan ini tertakluk kepada perubahan yang diputuskan oleh Jawatankuasa MSS Bahagian Mukah yang dipengerusikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Mukah.

ppm/uppk/ppdmkh/2014 7

Page 8: 5garis Panduan Pengurusan Kk

ppm/uppk/ppdmkh/2014 8