5.docx

Upload: ginny-elf

Post on 01-Mar-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Definisi Pasar Malam pula ditakrifkan sebagai konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu malam. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan. Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan[2] dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, buku, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam hanya dibuka beberapa malam dalam seminggu, kerana peniaga berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang minggu. Tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar sedemikian.

KONSEP AKTIVITI PERNIAGAAN RUNCIT KATEGORI PENJAJA KECIL:1.Menjalankan aktiviti perniagaan tanpa premis tetap ( kedai ).2.Mempunyai lesen bagi menjalankan perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.3. Mendirikan gerai sementara atau menggunakan kenderaan beroda.4.Terdiri daripada penjaja menjalankan perniagaan kecil-kecilan.5. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.6.Berbentuk milikan tunggal.7.Contoh aktiviti: jualan basah, jualan kering, makanan ringan, pakaian, buah-buahan dan barangan keperluan harian.

KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT DI PASAR SEHARI PEKAN POKOK SENA1 PENCEMARANKebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasarminggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap. Lebih menyedihkan lagi,sampah sarap itu akan berterbangan dan berselerak ke tempat lain.Ini dapat menimbulkan pencemaran di samping menyukarkan pembeli untuk menyusuri tapak perniagaan itu sendiri kerana bau yang kurang menyenangkan.2 KESESAKAN LALU LINTASMasalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati. Walaupun pihak kerajaan telah menyediakan infrastruktur yang baik, termasuklqh tempat meletak kereta, ada juga segelintir pengunjung yang tidak menggunakan infrastruktur tersebut dengan betul. Ini diburukkan lagi dengan sikap segelintir peniaga yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas dengan berniaga hingga ke gigi jalan. Ini menyukarkan keadaan.3 HARGA TANPA KAWALANKebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Terdapat pembeli yang tertipu dengan sikap peniaga yang menaikkan harga dengan sengaja. Antara alasan yang dilontarkan oleh peniaga apabila harga dengan tiba-tiba yang meningkat ialah musim hujan nelayan tak turun laut , laut bergelora dan sebagainya.

4 BARANGAN TIDAK BERKUALITITerdapat juga barangan tidak berkualiti dari segi ketulenannya. Contohnya jam yang berjenama di jual di Pasar Sehari dengan harga yang murah, itu tandanya barangan itu tidak berkualiti atau dengan kata lain barangan palsu. Menjual barangan palsu ini merupakan salah satu jenayah yang kian menular pada masa kini. Saya bersyukur jikalau terdapat pihak pihak tertentu sama ada pihak kerajaan mahupun pihak NGO sekali pun yang berusaha membanteras penjualan barangan palsu ini.

CADANGAN UNTUK MENGURANGAN KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT POKOK SENA.

1 PENGAWALAN HARGAKerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual. Pihak berkenaan perlu sering turun padang untuk memastikan pelanggan tidak ditindas. Sepatutnya semua peniaga perlu meletakkan tanda harga untuk memudahkan urusniaga mereka seperti meletakkan tanda harga pada jualan memudahkan pembeli dan peniaga 2. KEMPEN KESEDARANKempen kesedaran ini mengunakan risalah , tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan.Sebagai contoh, Cintailah Alam Sekitar dan Kurangkan Penggunaan Plastik.Nilai cintakan kebersihan perlu disemai dalam jiwa setiap individu sama ada peniaga atau pembeli.3 MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASASPihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan, ini bagi memudahkan pembersihan dilakukan sendiri oleh perniaga dapat dijalankan dengan lebih mudah.SOALAN TEMUBUAL:1. Encik/Puan sering datang ke pasar malam ini2. Apa barang yang biasa Encik/Puan beli?3. Apakah Encik/Puan rasa harga barang di pasar malam ini murah?4. Adakah barang-barang yang dijual di pasar malam ini memenuhi cita rasa Encik/Puan?5. Adakah tapak pasar malam ini bersesuian?6. Jika tapak pasar malam ini tidak sesuai, boleh Encik/Puan beri cadangan di mana tapak yang sesuai untuk perniagaan pasar malam dijalankan?7. Adakah tong-tong sampah disediakan oleh PBT di sekitar pasar malam ini untuk mengelakkan pencemaran sampah-sarap daripada berlaku?FAKTOR MENJADIKAN TARIKAN PENGUNJUNG UNTUK KE PASAR MALAM DI JERTEH Mengaitkan produk dengan nama artisSelain itu, peniaga juga melariskan produk yang dijual dengan mengaitkan nama artis dan selebriti tanah air, tidak kurang juga mengaitkan dengan selebriti antarabangsa. Contohnya pengguna boleh memiliki tudung Ikin serendah RM 10.00 dengan hanya berbelanja di pasar malam. Pengaruh tudung Ikin yang dipopularkan oleh isteri Mawi artis realtiti TV dari Akademi Fantasia tidak perlu diperkenalkan lagi. Penangan hebat membuatkan orang ramai mampu bergaya cantik dan sopan seperti Ikin. Hari ini, pelbagai jenis tudung dan selendang yang berkualiti boleh didapati di pasar malam. Kualiti dan fabrik mungkin agak sedikit berbeza namun ia tetap memberikan kepuasan kepada pengguna. Selain itu, terdapat juga peniaga makanan yang mempromosikan kempen 1Malaysia melalui makanan yang dijual. Kelihatan peniaga sangat kreatif dan peka dengan perkembangan negara. Selain sedap, makanan 1Malaysia ini juga jauh lebih murah dan banyak pilihan. Berani dan lantang melontarkan suaraPeniaga pasar malam juga lebih berani dan lantang untuk melontarkan suara mereka untuk meraih keuntungan. Kebanyakan peniaga akan menjerit atau memasang tape yang telah dirakam lalu dimainkan untuk mempromosikan produk mereka. Seawal tapak pertama menjejakkan kaki ke pasar malam sehingga ke payung terakhir pasar malam, rakaman tape ini akan mencuri tumpuan. Pasti ramai yang sedar akan kewujudan peniaga ini dengan menggunakan cara yang paling terkini. Contohnya di pasar malam Padang Jawa setiap malam Jumaat, gerai menjual barang-barang plastik dan keperluan dapur akan mencuri tumpuan kerana memasang tape yang telah dirakam. Setiap peniaga pasar malam mempunyai cara yang tersendiri untuk memasarkan produk mereka. Hasilnya juga adalah berbaloi. Sikap ramah dan mesraSeterusnya, peniaga pasar malam juga lebih mesra dan ramah. Sikap ini melambangkan peribadi yang baik dengan masyarakat. Sekaligus, peniaga-peniaga ini akan membuatkan pembeli merasa selesa dan mudah untuk menjalankan urus niaga dengan mereka. Selain mempunyai mulut yang manis, peniaga pasar malam juga lebih bertolak ansur dalam soal penawaran harga barang yang dijual. Mereka akan membuatkan pengguna mencari mereka lagi jika mengunjungi pasar malam. Kerana tawaran yang diberikan akan mencetuskan kepuasan dalam diri pembeli. Budaya tawar-menawar apabila berbelanja di pasar malam merupakan satu kemestian. Selain itu, apabila kita terlibat dalam kegiatan ini, secara tidak langsung hubungan sesama masyarakat akan mesra melalui komunikasi dua hala yang telah berlangsung.Rujukan http://kkg2012.blogspot.com/,,,http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/tips-melariskan-jualan-produk-pasar-malam.html,,,http://www.mbsa.gov.my/ms-my/mbsa/perkhidmatan/pelesenan/Documents/lesen_senarai_1jam.pdf