document5

37
5.1 Guru Dan Pihak Sekolah Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana, antara salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau berpeleseran di pusat membeli-belah dan pusat kafe siber. Guru seharusnya melihat alasan ini sebagai cabaran untuk mereka berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan suasana persekolahan dan pembejaran yang kondusif, dinamik dan memberangsangkan. Pendekatan dan strategi p&p serta aktiviti perlu dipelbagaikan dan diperbaharui untuk menjana perkembangan kognitif pelajar. Selain itu, perbanyakkan pengunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik serta banyakkan aktiviti berpusatkan murid sesuai dengan gaya pembelajaran kontruktivisme melalui strategi berpusatkan murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu yang baharu dan bijak dalam menyelesaikan pemasalahan yang dihadapi. Hubungan interpersonal dengan pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini bermakna guru perlu menjadi role model yang baik kepada pelajar. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti kokurikulum seperti perkehemahan, Program rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara adalah wajib disertai supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah di samping memperolehi banyak ilmu pengetahuan. Malah pelbagai kempen perlu giat diadakan sama ada melalui media massa ataupun kempen di sekolah yang bersifat memberi kesedaran kepada pelajar akan kesan negatif gejala ponteng sekolah. Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkah laku dan pergerakan pelajar dengan meluangkan sedikit masa, walaupun dalam keadaan yang sibuk, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan tingkah laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Sikap ambil berat guru ini, mungkin dapat mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah. Tindakan yang bersesuaian dan tegas perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan dibiarkan bersendirian. Di samping itu, pendekatan bimbingan dan kaunseling perlu diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang sensitif dan suka memberontak. Semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa atau guru disiplin bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar. Justeru, janganlah menunggu dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling baharulah hendak mengambil berat tentang latar belakang dan masalah pelajar.

Upload: jiljungjug

Post on 11-Jul-2016

24 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Page 1: Document5

 5.1       Guru Dan Pihak SekolahGuru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan peranan

penting dalam  menangani masalah ponteng sekolah.  Hal ini kerana, antara salah satu

alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang membosankan

menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau berpeleseran di pusat

membeli-belah dan pusat kafe siber. Guru seharusnya melihat alasan ini sebagai cabaran

untuk mereka berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran

(p&p) berjalan dengan baik dan menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan

membuatkan pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman

mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan suasana persekolahan

dan pembejaran yang kondusif, dinamik dan memberangsangkan. Pendekatan dan strategi

p&p serta aktiviti perlu dipelbagaikan dan diperbaharui untuk menjana perkembangan

kognitif pelajar. Selain itu, perbanyakkan pengunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dan

menarik serta banyakkan aktiviti berpusatkan murid sesuai dengan gaya pembelajaran

kontruktivisme melalui  strategi berpusatkan murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan

inovatif dalam mencipta sesuatu yang baharu dan bijak dalam menyelesaikan pemasalahan

yang dihadapi. Hubungan interpersonal dengan pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu

mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini

bermakna guru perlu menjadi ‘role model’ yang baik kepada pelajar.   Pada masa yang

sama, pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti kokurikulum seperti perkehemahan, Program

rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara adalah  wajib disertai supaya pelajar

dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah di samping memperolehi banyak ilmu

pengetahuan. Malah pelbagai kempen perlu giat diadakan sama ada melalui media massa

ataupun kempen  di sekolah yang bersifat memberi kesedaran kepada pelajar akan kesan

negatif gejala ponteng sekolah.

Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkah laku dan pergerakan pelajar dengan

meluangkan sedikit masa, walaupun dalam keadaan yang sibuk, untuk mengambil tahu

tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan tingkah laku pelajar-pelajar di

bawah kawalannya. Sikap ambil berat guru ini, mungkin dapat mengesan dengan lebih awal

pelajar yang bermasalah. Tindakan yang bersesuaian dan tegas perlu diambil agar pelajar

yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan dibiarkan bersendirian.  Di samping itu,

pendekatan bimbingan dan kaunseling perlu diaplikasikan relevan dengan sikap remaja

yang sensitif dan suka memberontak.

 Semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa atau guru disiplin

bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar. Justeru, janganlah menunggu dilantik

Page 2: Document5

sebagai guru disiplin atau guru kaunseling baharulah hendak mengambil berat tentang latar

belakang dan masalah pelajar. Semua warga sekolah  perlu sama-sama mewujudkan

suasana yang positif untuk perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan

dewasa. Kesedaran dan komitmen semua pihak akan dapat membanteras gejala ponteng

sekolah secara berkesan. Malah tanamkan suasana ‘Sekolah Syurgaku’ untuk mewujudkan

rasa kepunyaan dan keselamatan di sekolah.

 Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari semua pihak di sekolah, adalah

wajar sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang

wujud di sekolah. Relevannya kerana pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang

ini baik dalam bidang akademik atau bidang bukan akademik, bergantung kepada tahap

disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam kehidupan sering dikaitkan dengan

mereka yang berdisiplin. Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan

penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang

terancang dan sistematik bagi membendung masalah yang akan timbul, seperti kata

pepatah “membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya”.

            5.2       Peranan IbubapaLangkah seterusnya ialah melalui peranan Ibu bapa. Ibu bapa  perlu memastikan anak-anak

benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya, sekali-sekala ibu bapa menghubungi pihak

sekolah bagi memastikan samada anak mereka benar-benar pergi ke sekolah ataupun

sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik dengan guru demi kebaikan

anak mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan mata ibu bapa tetapi sebaliknya di

sekolah. Masing-masing akan ketakutan apabila mereka ditangkap atas sesuatu kesalahan

dan kebiasaannya mereka akan merayu agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka.

Ibu bapa pula sering tidak percaya dan menafikan anak mereka melanggar peraturan

sekolah. Anak-anak yang bermasalah ini biasanya akan membawa dua perwatakan

berbeza; baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya

menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin demi masa depan anak mereka

sendiri.

Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan yang

amat besar dalam membina sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga akan

membawa kepincangan sesebuah negara. Keluarga haruslah memberi keadaan

persekitaran yang mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika dan seterusnya akan

berkembang baik dalam generasi. Keluarga bertanggungjawab membentuk sikap, watak diri

Page 3: Document5

dan wawasan bagi seseorang insan dan ini merupakan unsur utama dalam pembinaan

bangsa dan negara yang cemerlang.

Melalui institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa dalam mencorak

kehidupan anak-anak. Anak-anak  dilahirkan bagai kain putih yang bersih. Guru yang

pertama dalam hidup seseorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Ibu bapa

berperanan penting dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ibu bapa seharusnya

mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka. Kasih sayang bukanlah

dengan hanya memberi kemewahan kepada anak-anak tetapi perhatian dan asuhan yang

baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi pekerti serta patuh kepada ajaran agama

semuanya perlu disemai dari rumah lagi oleh ibu bapa.

Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia

mengakui akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains dan teknologi, kekukuhan

ekonomi dan kecanggihan teknologi dan ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan

mereka sangat rapuh dan terdedah dengan pelbagai penyakit sosial. Kita tidak mahu dalam

keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan institusi

kekeluargaan dilupakan.

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan

peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai

golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah

sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang

membahayakan kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang

diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan

vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga

institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi

keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku

Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk

memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa

perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam

gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak

mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu

menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak

Page 4: Document5

dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk

mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai

kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu

sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada

hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti

riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin

di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-

anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu

bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-

anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama

kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka

menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah

memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah

dari rebungnya”. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan

yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga

keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar

motivasi, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan

ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka

menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas

padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk

mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak

mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa

kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk

mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya,

ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru.

Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama

untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak

mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada

penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih

baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-

anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan

wang ringgit.

Page 5: Document5

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa

sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala

perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu

bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk

seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka

berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah

mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak

akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu

bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini,

golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan

seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan

mereka.

Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam

mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik

anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang

bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang

berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita

berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”,

ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

Remaja,Ingatlah masa depanmu,Kenanglah,Jasa ibu dan ayahmu,

Susah payah mereka membesarkan kita.                    Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa menghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Jadi, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja.                    (Isi 1) Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu

Page 6: Document5

bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan benteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Jadi, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain.                    (Isi 2) Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial. Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini.                        (Isi 3) Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak.Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini.

          (Isi 4) Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan

Page 7: Document5

bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan pragmatik dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja.

        (Isi 5)  Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Oleh itu, dalam kita mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.                  (kesimpulan) Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

Berkorban apa sahaja,Harta ataupun nyawa,Itulah kasih mesra,Sejati dan mulia.

Ingatlah, ibu bapa cemerlang, anak-anak gemilang!

Page 8: Document5

Kecanggihan teknologi pada masa kini mencirikan kehidupan menjelang tahun 2020, namun persoalannya apakah impak yang dapat dikecapi kerana dalam masa yang sama kita dapatmenyaksikan masalah sosial dan budaya hedonistik dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. “Pelanduk lupa akan jerat, jerat tidak lupa akan pelanduk” begitulah gambaran tentang masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Kemelut isu ini semakin parah, adakah membuktikan ibu bapa yang menjadi acuan kepada pewaris mereka gagal mencanai modal insan yang cemerlang justeru anak watan yang jumud dilahirkan. Senario ini hangat diperkatakan dan tidak hairanlah jika polemik isu ini menjadi “buah mulut” dari warung-warung kopi hingga ke peringkat parlimen. Usaha pasti membuahkan hasil kalau pelbagai prakarsa yang drastik dan efisien yang diambil untuk membanteras masalah yang sudah lama bersarang di negara kita. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja pada masa kini?

Peranan afdal ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialahmemberi didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir

Page 9: Document5

dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.

Pada pendapat saya, ibu bapa juga perlu memberikan pendidikan kepada zuriat mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan kepada anak-anak sejak dari prasekolah sehingga mereka mendapat pHd di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Anak-anak yang ada pendidikan sedar akan keburukan dan kebaikan sesuatu perkara yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu”. Polemik dalam kalangan remaja yang semakin membusung nanah ini semakin membimbangkan golongan ibu bapa. Anak watan janganlah membiarkan ayah mengeluarkan air mata egonya selama ini apabila melihat insan kesayangannya berada dalam kepompong dosa. “Benih yang baik kalau jatuh di tengah lauatan pasti akan menjadi pulau” begitulah gambaran tentang peranan ibu bapa kerana mereka yang mencorak anak-anak mereka sendiri. Kata orang, anak-anak ibarat sehelai kain putih yang bebas diwarnakan oleh ibu bapa. Jika diwarnakan hitam, maka hitamlah mereka dan begitu juga sebaliknya. Perkara ini disokong oleh saintis terkemuka India yang mengatakan bahawa pelajar yang cemerlang dalam semua aspek merupakan pelajar yang bebas daripada kepompong masalah sosial. Konklusinya, pendidikan merupakan mekanisme untuk melahirkan modal insan yang syumul dan makruf.

Di samping itu, peribahasa “air di tulang bumbungan ke cucur atap akhirnya” menggambarkan bahawa ibu bapa perlu menjadi “role-model” kepada anak-anak. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak nescaya anak-anak akan mencontohi sikap ibu bapa mereka. Begitu juga, jika ibu bapa menunjukkan contoh yang baik, maka anak-anak juga akan menurut sesuatu yang baik. Sebagai contoh, seorang bapa yang bekerja sebagai doktor tidak mungkin anaknya ingin menjadi petani nescaya anaknya juga ingin menjadi doktor yang lebih hebat daripada ayahnya. Menurut Y.B. Dato’ Seri Utama Rais Yatim mengatakan bahawa “bapak borek anak rintik” semasa berucap dalam majlis makan malam di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tuntasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan bagi anak-anak mereka agar terhasillah masyarakat madani yang kamil dan sakinah menjelang wawasan 2020.

Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Anak-anak yang hidup tanpa kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa mereka ibarat rumah usang yang belah menanti retak. Menurut John davey Schwartz, apa yang ingin kita lakukan akan menjadi jika adanya seseorang yang selalu memberi dorongan kepada kita. Ibu bapa mestilah meluangkan masa dengan anak-anak di rumah agar merasa diri mereka dihargai. Oleh itu, ada segelintir ibu bapa hanyut dalam arus kekayaan kerana hanya membanting  tulang untuk mencari nafkah hidup tetapi dalam masa yang sama mereka tidak cakna dengan nasib anak-anak mereka. Bertitik tolak daripada itu, anak-anak mula tergelincir daripada landasan yang betul dan terjerumus ke alam fantasi yang menggetarkan setiap inci hati mereka. Menurut Y.B. Senator Dato’ Sri Sharizat Binti Abdul Jalil semasa ditemubual dalam rancangan

Page 10: Document5

“Wanita Hari Ini” di TV3 mengatakan bahawa ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak waima sibuk dengansegala tugas yang dipikul agar anak-anak mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya. Bagi anak-anak mereka wang bukan segala-galanya dalam kehidupan. Jelaslah, ibu bapa harus meluangkan masa walaupun hanya seketika bersama anak-anak kerana dengan cara ini masalah sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi.

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlu mengikuti perkembangan anak-anak. Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak merangkak sebelum mereka pandai berlari. Ibu bapa harus berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui tentang pekembangan anak-anak mereka. Oleh itu, ada segelintir ibu bapa bersikap “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana sudah hilang tanggungjawab terhadap adiwangsa dalam diri mereka. Perkara ini disokong oleh pakar motivasi terkemuka negara kita mengatakan anak-anak yang bebas dalam dunia tanpa sempadan ini akan menjahanamkan keturunan kita oleh sebab ibu bapa yang gagal membentuk modal insan yang cemerlang justeru melahirkan generasi yang diibaratkan “menconteng arang ke muka sendiri”. Konklusifnya, ibu bapa yang cakna waima sibuk dengan pekerjaan akan mengikuti perkembangan anaknya untuk melahirkan generasi yang berketerampilan.

Tuntasnya, peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ialah memberi didikan agama kepada anak-anak, memberi pendidikan, menjadi “role model” kepada anak-anak, meluangkan masa bersama dengan anak-anak dan mengikuti perkembangan anak-anak. Ibu bapa hendaklah mengambil langkah yang drastik dan efisien untuk membanteras masalah dalam kalangan remaja ini sehingga ke akar umbi. Hasrat negara untuk mencapai wawasan 2020 hanya angan-angan Mat Jenin sahaja seandainya generasi yang akan datangmasih berada dalam kepompong nista. Usaha pasti membuahkan hasil dan negara pasti mencapai misi kudsi negara kerana ibu bapa berjaya melahirkan cerucuk pembangunan yang berkualiti. “Ibu Bapa Mencipta, Anak-anak Berguna” haruslah dijadikan panduan untuk menuju ke garisan Wawasan 2020. Sekian terima kasih.  

Ibu bapa merupakan pemimpin kepada anak-anak dalam sesebuah keluarga. Ajaran agama yang syumul perlu dipraktikkan setiap masa. Dalam konteks ini, kebanyakan institusi keluarga yang musnah disebabkan kerapuhan pegangan agama dalam kalangan ahli keluarga dapat dielakkan. Sebagai contoh, keluarga yang gersang dari segi amalan agama, yakni tidak mementingkan ajaran agama biasanya akan berhadapan dengan masalah. Oleh itu, amalan cara hidup seperti ditetapkan ajaran agama, masalah  sosial seperti anak derhaka, anak lari dari rumah dan  sumbang mahram tidak akan timbul kerana semua ahli keluarga mempunyai jati diri yang teguh. Mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW meliputi cara hidup muslim dan muslimah yang amat bernilai  untuk kita ikuti. Langkah ibu bapa mendidik anak-anak dengan menyemai sikap amar makruf nahi mungkar iaitu melakukan perkara-perkara yang baik dan mencegah kemungkaran dalam diri diyakini dapat membentuk remaja daripada sebarang noda yang boleh merosakkan jiwa remaja. Hal ini demikian kerana remaja memahami tanggungjawab dan nilai-nilai menghormati dan

Page 11: Document5

ketaatan kepada keluarga. Menyedari nilai-nilai positif dalam keluarga, ibu bapa perlu mendidik anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. -171pp

Memetik penulisan dalam satu artikel iaitu

“ Saban hari ada sahaja ceritera kurang enak yang didengari mengenai salah laku remaja. Seolah-olah menunjukkan permasalahan tersebut bagai tiada berpenghujung. Buang anak, lari dari rumah, penagihan dadah, seks bebas, seks songsang, derhaka kepada ibu bapa, gangsterisme dan ponteng sekolah sering menjadi tajuk-tajuk dalam laporan media. Walaupun sering diperkatakan, isu gejala social masih juga tidak berkesudahan. Segala usaha yang diambil seolah-olah mencurah air ke daun keladi apabila isu ini dilihat semakin meruncing.

Sumber : Artikel Utusan Malaysia Online, bertarikh 3/42012

Dalam pada itu, terdapat kes yang merekodkan murid tahun satu cederah parah ditikam di sekolahnya. Dia turut dipukul dengan kayu dan dibaling dengan batu oleh sekumpulan murid lelaki, dipercayai rakan sekolahnya kerana enggan memberikan mereka wang RM10 ( Utusan Malaysia, 2000 ). Kebejatan gejala sosial dalam kalangan anak muda sudah menjadi satu isu dalam masyarakat bahawa anak-anak muda merupakan golongan yang sering terlibat dalam gejala sosial. . Apa yang pasti gejala sosial dikatakan sering berlaku dalam kalangan anak-anak muda kerana mereka beralih daripada zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Keadaan ini mempengaruhi kehidupan seharian mereka di rumah dan hal ini akan terbawa-bawa ke sekolah.

Gejala merupakan tanda, alamat, petanda akan berlaku sesuatu. Manakala sosial merupakan perkara yang berkaitan dengan masyarakat. Umumnya, sosial ialah interaksi. Dalam situasi kemasyarakatan, aktiviti sosial antara masyarakat merupakan satu perkara yang positif namun begitu gejala sosial merupakan satu wabak yang perlu ditanggani daripada awal pembangunan anak-anak. Gejala sosial dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu devian ( sikap melampaui batas ), delikuensi ( tingkah laku yang bertentangan dengan norma masyarakat ).

2.0 Gejala Sosial Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Menurut pakar perkembangan kanak-kanak Bronfenbrenner, menjelaskan dalam teori perkembangan kanak-kanak bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran. Dalam teori ekologi yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner, persekitatan rumah merupakan persekitaran yang paling dekat dengan anak di mana  ia mengandungi nilai-nilai, pengawalan, tradisi yang memainkan peranan

Page 12: Document5

penting sebagi agen pembangunan dalam pembangunan kanak-kanak ( Zahyah Hanafi, 2008 ).

Mumtaj Hassan dari Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang , UUM dalam artikel bertajuk Kanak-Kanak dan Jenayah : Pendekatan Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan bahawa sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi seseorang kanak-kanak itu untuk melakukan kesalahan yang bersifat jenayah. Antaranya termasuklah faktor kurangnya pendidikan agama, longgarnya institusi kekeluargaan, pengaruh negatif rakan sebaya, kesan persekitaran yang tidak sihat, naluri ingin mencuba, pengaruh media massa dan sebagainya. Dalam pada itu, Mohd Reduan Aslie ( 2009 ) menjelaskan dalam ilmu kriminologi kecenderungan seseorang melakukan kesalahan bermula daripada zaman kanak-kanak. Apa yang dapat dikesan disini ialah, gejala sosial yang berlaku berleluasa pada masa kini dilihat tiada penghujungnya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan , Kementerian Pendidikan kadar jenayah dalam kalangan pelajar meningkat secara drastik malah budaya gengsterisme berada di tahap yang membimbangkan ( Abdullah Sani Yahaya, 2005 ). Berikut merupakan fakta berkaitan gengsterisme yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh negara :

Negeri Bilangan SekolahSelangor 77 buah

Perak 60 buahPulau Pinang 49 buah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan & Sabah. 37 buahPahang 35 buahKedah 32 buah

Negeri Sembilan 14 buahMelaka 10 buah

Terengganu 8 buahPerlis & Sarawak 6 buah

Jumlah 328 buahDipetik daripada Abdullah Sani Yahaya, 2005 : Mengurus Disiplin Pelajar.

Jadual 1 : Statistik menunjukkan bilangan sekolah di seluruh Malaysia yang berisiko tinggi dan terdedah kepada kegiatan gengsterisme.

Berdasarkan statistik yang dinyatakan, secara jelas menunjukkan bahawa kegiatan gengsterisme yang sering berlaku di Kuala Lumpur, Hong Kong, negara Colombia, Mexico sebaliknya ia berlaku di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Keadaan ini menjelaskan bahawa walaupun sekolah menjadi pusat kegiatan akademik bagi remaja namun mereka masih terdedah dengan gejala negatif seperti gengsterisme.  Sekolah yang diharapkan sebagai tempat yang kondusif untuk belejar akan menjadi sebaliknya.

Page 13: Document5

Selain itu, kegiatan buli yang popular di sekolah ialah sewaktu minggu suai kenal. Che Surahaya Che Wil, 2006 dalam Juvana menyatakan bahawa terdapat unsur-unsur buli sewaktu minggu suai kenal. Namun, kegiatan ini dianggap biasa kerana hukuman yang dikenakan kepada pelajar baharu adalah ringan sahaja. Terdapat beberapa kes dari awal tahun 2006 hingga 2010 yanng menunjukkan mangsa buli koma, lumpuh malah ada yang menyebabkan kematian. Contoh mangsa buli ialah adik Mohd Afiq Qusyairi, 13 tahun dari SMA Almaidah Addiriah, Padang Tengku, Lipis, Pahang yang lumpuh kerana dipukul oleh empat belas pelajar. Malah, terdapat beberapa kes yang dicatatkan setiap tahun. 

Kes gengsterisme dan buli merupakan antara salah satu di antara pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. Terdapat pelbagai lagi isu sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. Persoalan kini ialah adakah tugas guru yang semakin membebankan dan autoriti kepada murid yang terhad menyebabkan gejala sosial ini tidak dapat dibendung. Malah, ada pihak yang menunding jari kepada profesion perguruan yang dikatakan tidak menyeluruh dalam melahirkan anak murid yang berkualiti. Apa yang penting, profesion perguruan sebenarnya telah mempunyai garis panduan kepada guru untuk membentuk budaya kerja yang lebih cemerlang dan melahirkan klien ( murid-murid ) yang seimbang seperti yang telah digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Malah, profesion ini juga mempunyai Falsafah Guru sendiri dalam membentuk klien yakni anak murid yang berkualiti.

3.0 Peranan Profesionalisme Guru Membendung Gejala Sosial Remaja

Menurut Abd Rahim Abd Rashid ( 2001 ), masalah keruntuhan moral di kalangan generasi muda dewasa ini amat membimbangkan dan mencabar peranan sistem pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan moral kepada masyarakat. Tambah beliau lagi tanpa mempunyai wawasan moral yang kuat, sekolah dan sistem pendidikan di negara ini tidak mungkin dapat melaksanakan wawasan dan misi perjuangan ke arah membentuk golongan muda yang berhemah dan bermoral.   Perkara ini jelas menunjukkan bahawa, dalam cabaran globalisasi kini, guru berperanan penting dalam membentuk dan mengukuhkan jati diri di anak murid di sekolah.

Richard Layard ( 2009 ), menyatakan bahawa pada masa kini bagi perkembangan yang baik, anak-anak memerlukan aspek berikut iaitu keluarga bahagia, gaya hidup positif, nilai-nilai baik, persekitaran sekolah yang baik, kesihatan mental yang baik dan wang yang mencukupi untuk hidup dalam kalangan rakan-rakan mereka tanpa rasa malu. Walaubagaimanapun, untuk memberikan

Page 14: Document5

kesemua di atas adalah suatu cabaran masyarakat terhadap anak-anak kini.Namun begitu gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja menjadi persoalan kepada masyakat kini, banyak pihak yang menunding jari kepada sistem pendidikan negara disebabkan oleh masalah ini. Akibatnya, terdapat pihak yang merasakan sistem pendidikan negara mempunyai kelemahan dalam melahirkan generasi yang berkualiti. Memetik ulasan dari artikel yang sama iaitu

"Sikap guru yang lebih menumpukan perhatian kepada pelajar cemerlang juga tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan membuatkan pelajar yang lemah semakin rasa tersisih. Sepatutnya perhatian harus diberikan kepada pelajar yang lemah dan bermasalah kerana guru adalah pengganti ibu bapa di sekolah”.

Sumber : Artikel Utusan Malaysia Online, bertarikh 3/42012

Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat segelintir pihak yang merasakan sistem pendidikan negara tidak lagi mampu mengembangkan potensi pelajar seperti mana yang diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini kerana, berikutan era globalisasi kini, pelbagai implikasi positif berlaku terhadap institusi pendidikan negara. Seiring itu, kesan negatif juga berlaku seiring pembangunan yang dikecapi. Menurut Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris ( 2008 ), cabaran kritikal yang dihadapai oleh institusi pendidikan negara ialah untuk meningkatkan kualiti institusi pendidikan secara menyeluruh bagi mengekalkan keyakinan rakyat pada tahap yang lebih tinggi terhadap kecermelangan institusi tersebut. Kualiti pendidikan yang ditawarkan dan status institusi pendidikan tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana ada pihak yang membuat perbandingan dan penarafan institusi pendidikan secara gobal dan menyebarkan maklumat tersebut dengan meluas. Ahli pendidik mendapati bahawa, murid yang berkebolehan untuk membuat pilihan sendiri akan menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif. Manakala Durkheim, Facouner dan Schnurer dalam Nik Azis Nik Pa& Noraini Idris ( 2008 ),  perkembangan moral yang menjadi fokus pendidikan moral bergantung kepada pengalaman hidup yang bermakna, sama seperti perkembangan kognitif atau fizikal. Ahli pendidik moral mendapati bahawa perkembangan moral adalah satu aspek penting bagi perkembangan hidup manusia dan perkembangan tersebut bergantung kepada wawasan individu dan interaksi sosial.

Shaffer dalam Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris ( 2008 ),  menegaskan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada pelbagai jenis pengalaman pembelajaran dalam konteks keluarga dan komuniti akan mempunyai peluang untuk membezakan perkara baik daripada perkara buruk pada tahap yang abstrak dan kompleks secara progresif. Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris ( 2008 ), menjelaskan dalam negara kita matlamat keseluruhan program Pendidikan Moral adalah untuk melahirkan individu yang memahami, menerima dan mempraktikkan peranan mereka sebagai

Page 15: Document5

warganegara yang bertanggungjawab selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

            Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi mengariskan beberapa cabaran yang perlu dimatapkan antaranya ialah melahirkan sumber manusia yang berkualiti. Guru yang terlatih dan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki akan dapat melahirkan budaya pendidikan yang berkualiti.Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ), para guru perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memikul satu akauntabiliti yang besar. Tanggungjawab guru pada masa kini, bukan sahaja untuk mengajar mengikut sukatan yang ditetapkan, tetapi guru perlu mendidik dan peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Sehubungan itu, sebagai seorang guru yakni penjawat awam kementerian telah mengeluarkan arahan perkhidmatan ( 1974 ) menghendaki seseorang pegawai awam sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap orang ramai dan memberi mereka layanan yang teratur dan memuaskan. Dalam satu etika profesion perguruan, antaranya ialah guru mempunyai akuntabiliti kepada murid. Dalam hal ini, akuntabiliti telah mengariskan panduan kepada guru bahawa setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mengulas lanjut kenyataan Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ) berkaitan akuntabiliti guru untuk melahirkan murid yang seimbang selaras dengan kehendak FPN, guru perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira fakor jasmani, mental, emosi, politik, eknomi, social, keturunan atau agama.

            Beck ( 1990 ) mebincangkan peranan penting sekolah termasuklah memupuk nilai-nilai yang baik untuk mencorak perkembangan sosial, moral, kerohanian dan perkembangan personal pelajar. Keadaan ini sejajar dengan matlamat pendidikan iaitu untuk melahirkan kehidupan dan pengamalan nilai-nilai yang sihat dalam diri pelajar. Mengikut Beck, banyak faktor yang masih lagi membelenggu nilai-nilai di sekolah seperti bias terhadap agama, kaum, etnik, seks dan juga gender. Reformasi perlu berlaku dalam pendidikan dan di sekolah bagi mencorakkan perubahan hala tuju masyarakat yang lebih baik.

            Mengulas hal ini, cabaran guru pada masa kini ialah untuk mengenepikan unsur-unsur perbezaan murid dan memberikan yang terbaik untuk melahirkan generasi yang mempunyai jati diri untuk mengekang masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. Hal ini kerana, guru yang memberikan layanan yang berbeza-beza akan menyebabkan anak murid rasa tersisih. Perasaan ini akan mewujudkan jurang antara pelajar yang diberikan sering diberikan perhatian dengan pelajar yang tidak mendapat hak yang sepatutnya. Syed Ismail Bin Syed Mustafa &

Page 16: Document5

Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ) menyatakan kajian keciciran telah menunjukkan bahawa keluarga yang miskin merupakan keluarga yang kurang moden dan rendah pula motivasi pendidikannya. Dalam hubungan ini, jika mereka tidak diberi layanan yang sama rata, maka sudah tentulah pendapaian mereka akan terjejas. Motivasi murid yang rendah akan menjejaskan dorongan murid-murid untuk belajar dengan tekun. Ini akan menyebabkan pencapaian persekolahan juga terjejas.

            Apa yang lebih membimbangkan ialah, murid-murid yang mengambil jalan mudah dengan menjauhkan diri daripada sekolah dengan ponteng sekolah. Gejala ponteng menyumbang kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan anak muda. Ponteng sekolah membawa maksud kegiatan menjauhkan diri daripada sekolah tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Punca ponteng sekolah dalam kalangan pelajar ialah malas, sengaja tidak mahu datang sekolah, guru berleter, peras ugut, kemiskinan rumah tangga, tidak siap kerja yang diberikan guru, disiplin yang ketat di sekolah dan lain-lain lagi ( Abdullah Sani Yahaya, 2005 ).

            Sehubungan itu, guru perlu menjalankan pendekatan ‘kepedulian guru’ apabila berhadapan dengan masalah murid. Hal  ini kerana, tugas utama guru ialah untuk mendidik anak murid. Pendekatan kepedulian guru sangat penting dalam mendapatkan kepercayaan anak murid dan mendekatkan perhubungan antara guru dan murid. Kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk bekorban demi orang lain. Kepedulian didefinisikan sebagai mengambil berat terhadap orang lain. Dalam konteks guru, setiap guru perlu mempunyai sifat kepedulian untuk menghadapi murid dalam kelas. Hal ini kerana, murid akan merasakan bahawa guru sentiasa dekat dan menjaga hati guru yang peduli terhadap masalah mereka. Dengan ini, hubungan yang kondusif dalam kelas akan mewujudkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Malah, suasana yang kondusif ini akan dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Noddings dalam Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ) menjelaskan pendidikan merupakan medium perantaraan untuk mengembangkan perasaan kasih sayang dalam masyarakat. Melalui pendidikan, beliau menjelaskan bahawa perjumpaan dirancang atau tidak dirancang menggalakkan perkembangan melalui penimbaan ilmu pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan penghargaan. Jelas Noddings, sekolah yang merupakan tempat utama untuk menimba ilmu pengetahuan. Melalui ilmu pengetahuan, murid dapat membentuk tingkah laku melalui disiplin dan matlamat diri yang jelas.  Seterusnya, sikap kepedulian guru ini, akan membantu guru untuk menjalankan akauntabiliti terhadap murid dengan adil dan saksama.

            Sehubungan itu, guru berperanan sebagai agen perubahan. Peranan guru di sekolah ialah untuk membawa perubahan dalam masyarakat. Sebagai agen

Page 17: Document5

perubahan, guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan menyampaikan kepada masyarakat. Melalui ini, sudah menjadi tanggungjawab para guru untuk memberikan pelbagai pengetahuan yang dapat digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, guru perlu mempunyai kecemerlangan hidup untuk menjadi agen perubahan. Omar Mohd Hashim ( 1999 ), menjelaskan perasaan puas hati untuk kekal berada pada tahap yang rendah dan mediacore akan membawa natijah yang buruk. Maka, dalam dunia yang kuat bersaing, tidak ada cara dan matlamat lain, melainkan mengarah dan mengejar ke tahap kecemerlangan dalam semua bidang, kerja dan tugas. Peranan guru sangat besar sebagai agen perubahan sosial. Warga pendidik mempunyai tanggunghawab dan tugas besar untuk melayan jangkaan masyarakat dunia. Sebagai guru yang berada di alam pendidikan, perlu mempunyai sensitiviti terhadap perubahan baik mahupun buruk kerana dunia sudah menjadi kecil. Selain itu, Omar Mohd Hashim ( 1999 ) menjelaskan, persiapan rapi dan bersungguh-sungguh perlu untuk mencapai kecemerlangan. Melalui kecemerlangan diri, guru dapat membentuk insan sekeliling yakni murid-murid. Malah, perlu ada visi jauh dan guru perlu bersifat pragmatik, rajin berusaha, serba boleh, berilmu, rajin, berdisiplin dan teratur. Tambahan itu, guru perlu mempunyai hubungan meluas dan baik, mempunyai kemahiran komunikasi. Melalui usaha berterusan para pendidik bagi meningkatkan kecermelangan profesionalisme, sistem pendidikan akan dapat melahirkan warganegara yang berdisplin, tekun, berusaha dan mempunyai generasi seimbang. Malah, dengan ini rakyat Malaysia akan dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan dengan menyusaikan diri dengan perubahan terutamanya cabaran globalisasi masa kini. Menyoroti usaha ini, tugas para guru sebaga agen perubahan dapat dilihat dalam pembentukan disiplin murid. Melalui sekolah dan bilik darjah guru dapat membawa perubahan besar kepada disiplin murid melalui dua aspek tersebut. Para guru perlu menunjukkan contoh teladan ( kepimpinan melalui teladan ), malah guru perlu memerhatikan tingkah laku pelajar seperti minat, sikap, pergerakan secara keseluruhan untuk membentuk disiplin yang baik dalam diri mereka. Aspek penilaian di sekolah seperti ujian, peperiksaan dan pencapaian murid dalam kelas menunjukkan keberkesanan pengajaran guru. Namun begitu, guru perlu sentiasa berfikiran positif dan mencari jalan untuk membantu pelajar lemah dengan tidak mengabaikan mereka. Malah, guru tidak perlu terlalu menekankan aspek exam-oriented dalam kelas. Apa yang penting, penyampaian dan arahan guru perlu jelas. Murid-murid perlu tahu bahawa guru telah melakukan perkara terbaik dalam mengajar mereka, maka murid-murid perlu membantu diri sendiri dengan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan diri. Jelas, tugas guru sebagai agen perubahan menuntut budaya kerja yang kuat dalam kalangan guru untuk mencapai matlamat membentuk budaya kondusif dalam diri pelajar.

Page 18: Document5

Di samping itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa, guru berperanan besar dalam membentuk dan mencorak tingkah laku murid. Malah kajian oleh Universiti Chicago ( Czikszentmihalyi, 1987 ) dalam Abdullah Sani Yahaya, mendapati bahawa purata masa yang dikongsi oleh remaja dengan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam seminggu. Ibu bapa kekurangan masa bagi mengasuh, mendidik dan membimbing anak mereka. Masa anak-anak banyak dihabiskan diluar rumah terutamanya sekolah. Prof Madya Dr Abd Rahim Abd Rashid ( 2001 ) menghuraikan peranan guru dalam mencorak perkembangan nilai dalam pembangunan sekolah cukup luas. Guru yang datang dari pelbagai latar belakang sentiasa mempengaruhi pemikiran pelajar dari masa ke masa. Malah, pengaruh ini dikatakan tiada sempadan. Tambah beliau lagi, guru-guru yang berpengaruh dan berkesan menjadi role-model kepada pelajar. Nilai-nilai tersebut disebarkan melalui aspirasi dan idealisme guru dalam pelbagai perkara. Sebagai agen sosial, sekolah menjadi tempat guru menyampaikan ilmu dan membentuk tingkah laku murid. Malah, sekolah berperanan sebagai penyampai kebudayaan dan melahirkan nilai-nilai budaya. Di sekolah, nilai merupakan unsur budaya yang penting dalam mencorakkan kebudayaan murid bagi perkembangan moral, akhlak, tingkah laku, hubungan sosial, tindakan dan peranan murid. Teori sosialisasi memberi penekanan kepada nilai-nilai sosial dan moral yang perlu dititikberatkan bagi membentuk individu yang dapat mempertahankan cara hidup berhemah, bersopan dan berakhlak mulia. Oleh itu, guru berperanan untuk menjadi agen sosial kepada murid dengan menerapkan nilai-nilai agama, baik dan bermoral dalam diri pelajar. Melalui pengajaran merentasi kurikulum, guru dapat menyampaikan nilai murni dan agama bagi menguatkan perkembangan akhlak dan moral individu bagi menghadapi cabaran masa kini.

Selain itu, dalam menjadi agen sosial pendidik perlu berfikiran positif sebagai mekanisme sosial bagi menanamkan nilai-nilai moral, akhlak, kerohanian dan tingkah laku yang baik serta mendidik golongan muda supaya mereka dapat mempertahankan nilai-nilai yang mendorong kemajuan dan kesejahteraan hidup. Satu istilah penting dalam tugas guru sebagai agen sosialisasi ialah sebagai salah satu pembentuk jati diri murid. Jati diri bermaksud membentuk dan membina diri setiap individu ke arah positif. Antara tujuan pembinaan jati diri ialah membentuk ketrampilan diri dari segi pemikiran, pergerakan, berpakaian, berbahasa, cara memberi maklum balas dan tindakan balas secara positif serta mempunyai sifat murni dalam pergaulan seharian ( Ahmad Marzuki Ismail, 2006 ). Dalam pada itu, jati diri membolehkan individu menerima dan menangani segala perubahan dan perkembangan semasa dengan sebaik mungkin. Di samping itu, antara peranan utama guru ialah mendidika murid supaya rajin membaca dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun hal ini dilihat remeh, namun guru perlu menjadi agen sosial dalam memangkinkan budaya membaca dalam diri pelajar. Di sekolah, program seperti Nilam, sudut bacaan, kempen membaca merupakan tanggungjawab sosial

Page 19: Document5

guru secara tidak langsung dalam memupuk budaya membaca. Peranan membaca penting dalam pembentukan jati diri. Pembacaan dalam kalangan pelajar dilihat masih berada pada tahap rendah. Pembacaan dapat membantu generasi muda untuk berkembang dari aspek intelek, rohani dan emosi. Melalui pembacaan, individu akan mendapat mesej secara berkesan, dapat dihayati dan diamalkan. Pelajar perlu diberi pendedahan tentang kaedah membaca, masa dan tempat yang sesuai untuk membaca. Maka, dengan cara ini akan dapat memastikan bahan bacaan memberi sumbangan nilai dan moral kepada pembaca.

             

4.0 Penutup

Ulasan mengenai aspek penyumbang kebejatan gejala sosial dan hubungkait dengan isu keguruan telah disenaraikan satu persatu. Malah, gejala sosial yang berlaku juga telah diperjelaskan untuk mengatasi masalah ini. Masalah gejala sosial ini dilihat mempunyai perkaitan dengan isu keguruan masa kini.           

Para pendidik perlu bersifat terbuka dalam mendidik anak-anak muda di sekolah. Mereka perlu diberi peluang dan ruang untuk mengekspresikan perkembangan diri. Misalnya, kegiatan-kegiatan yang dijalankan di sekolah perlu lebih dimanfaat dengan kualiti masa berbanding kuantiti masa yang ada. Setiap kegiatan yang dilakukan dalam sekolah perlu diterapkan dengan semangat bersungguh-sungguh dan akur kepada peraturan dan keputusan sekolah. Dengan ini, pelajar sekolah yang mematuhi peraturan dan menerima sesuatu dengan terbuka dapat dibentuk dari banguku sekolah dan dapat dibawa ke luar sekolah.           

Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan generasi yang seimbang, para pelajar iaitu remaja seharusnya meningkatkan kemampuan diri dengan nilai-nilai murni. Kesemua nilai ini dapat diperoleh melalui pendidikan di sekolah. Ilmu pengetahuan dapat diperoleh dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran dapat dikutip melalui pengalaman menjalankan aktiviti luar kelas seperti unit beruniform, kelab dan pertubuhan. Malah, bagi remaja yang berkemampuan kewujudan kelas muzik, kelas tarian, kelas fardhu ain dan bermacam lagi aktiviti di luar sekolah dapat diguna pakai untuk meningkatkan nilai tambah kepada diri.           

Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Bin Miskon, kejayaan cemerlang dalam bidang akademik banyak bergantung kepada keupayaan murid dan guru menangani cabaran yang ada dalam sistem pendidikan negara seperti globalisasi dalam pendidikan, kemahiran menggunakan teknologi maklumat

Page 20: Document5

dengan sepatutnya, pendemokrasian pendidikan dan sikap keterbukaan kepada kepelbagaian budaya. Walaupun pada masa kini pembelajaran tidak perlu berorientasikan peperiksaan semata-mata, namun remaja perlu merebut peluang meningkatkan ilmu dalam diri. Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak kecil dan diteruskan sehingga ke alam remaja. Melalui ini, pelajar yang mempunyai pedoman dan jati diri kukuh dapat mengatasi masalah dan dapat mengharungi cabaran gejala sosial dengan lebih bermanfaat kepada diri sendiri serta orang lain.

Sokongan kepada anak murid daripada guru amat bermakna berikutan guru merupakan pembentuk tingkah laku, pengurus pembelajaran, agen perubahan kepada mereka (Syed Ismail Bin Syed Mustafa&Ahmad Subki Bin Miskon, 2010 ). Murid-murid yang melakukan kesilapan seharusnya diberi peluang kerana kesilapan merupakan pengalaman dan pedoman untuk mengajar mereka agar tidak mengulangi perkara  yang sama.

Kesimpulanya, apa yang pasti globalisasi yang dihadapai remaja masa kini dapat di atasi melalui pedoman diri. Malah, jalan utama untuk menghadapi cabaran duniawi dalam diri remaja kini ialah berbalik kepada nilai-nilai murni. Malah, peranan guru dalam membentuk tingkah laku murid ke arah yang positif menuntut usaha berlipat ganda daripada warga pendidik sendiri.

Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah.

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.

Page 21: Document5

Melalui media massa mahupun media cetak pelbagai kes gejala sosial yang sering menjadi topik ataupun isu utama yang diperkatakan.

Contoh berita gejala sosial  yang disiarkan oleh media massa

DEFINISI GEJALA SOSIALGejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).

Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan

Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.

Page 22: Document5

MASALAH GEJALA SOSIAL

Pada era globalisasi ini pelbagai masalah gejala sosial yang berlaku di negara kita. Keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja menjadi topic hangat yang diperkatakan disebakan golongan ini merupakan generasi yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. 

STATISTIK LAPORAN GEJALA SOSIAL

STATISTIK LUMBA HARAM BAGI TAHUN 2001 - 2004                                               NEGERI BILANGAN %Perlis 27 0.5Kedah 112 2.0PulauPinang 431 8.0Perak 635 12.0Selangor 1,041 20.0Kuala Lumpur 255 5.0Negeri Sembilan 469 9.0Melaka 81 1.0Johor 925 17.0Pahang 477 8.9

Page 23: Document5

Kelantan 141 3.0Terengganu 201 4.0Sabah 240 4.5Sarawak 292 5.0Labuan 5 0.1Jumlah 5,332 100.0

                       Penyalahgunaan Dadah di Malaysia

Etnik Bilangan %Melayu 191,141 65.9Cina 53,210 18.4India 29,134 10.1Bumiputera Sabah & Sarawak

11,795 4.0

Lain-lain 4,483 1.6Jumlah 289,763 100.0

Kes Pembuangan Bayi 2000-2006

Masalah yang sering berlaku dikalangan remaja antaranya:

         Ponteng sekolah         Merokok dan menghisap dadah         Seks bebas dan jenayah seksual         Samseng dan gengtarisme         Vendalisme         Memeras ugut         Mencuri dan menyamun         Balck metal         Lumba haram

Page 24: Document5

PUNCA GEJALA SOSIAL

Punca – punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan padaarus global yang digelar globalisasi.

Page 25: Document5

Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasiekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (cityculture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanyateknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi. Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruhdan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada hal-halyang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang bolehmenjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius.

Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan dengan masyarakat tradisional,masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggapsaudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional sepertimemuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam. Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim

         Bentuk-bentuk Manifestasi globalisasi dan modenisasi

      Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagaialat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat ygcukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakincanggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadimasalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat disekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaaningin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

     Internet

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparangejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurangsehat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus kearah pemikiran negatif.

     Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

Page 26: Document5

Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapaseharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadisatu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapaterhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuatanak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencarialternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtanggayang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remajauntuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

     Cara Berpakaian

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita.Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju.Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiransempit.Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun BruneiDarussalam sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalahdengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan

      Dunia Cinta Remaja

Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramtelah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih majutetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaanini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cintakepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islamsendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpamengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telahdigariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.

     Terlalu Banyak Masa Lapang

Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurangterarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaatseperti perbuatan negatif.

Page 27: Document5

     Pengaruh Rakan Sebaya

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

     Dahagakan Keseronokkan

Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak.

Page 28: Document5

KESAN MASALAH GEJALA SOSIAL

Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara.  Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Kesan Ke atas Individu

Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

Kesan Ke atas Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah,

Page 29: Document5

pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

Kesan Ke atas Masyarakat

Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

Kesan Ke atas Negara

Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk

Page 30: Document5

CARA MENANGANI MASALAH GEJALA SOSIAL

Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini. Berikut beberapa saranan:

1.      Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri

Page 31: Document5

serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak anak-anak

2.      Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

3.      Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.

4.      Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

Page 32: Document5

5.      Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

6.      Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. secara dekat para guru perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka. Para guru harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka.

     Oleh hal yang demikian, guru memainkan peranan yang amat penting untuk memupuk nilai-nilai murni sejak awal persekolahan lagi supaya asas sistem nilai kukuh dan tidak mudah runtuh. Nilai-nilai tradisi masyarakat seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu perlu digalakkan dalam masyarakat moden ini.  Guru bertanggungjawab untuk mengukuhkan nilai-nilai murni bagi membentuk modal insan yang seimbang dan menyeluruh.

     Peranan guru sebagai pembimbing boleh membantu pelajar yang mengalami masalah sosial. selain itu, kaunseling pada peringkat sekolah adalah penting untuk membantu pelajar mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka.  Program ini akan lebih bermakna sekiranya sekolah mempunyai kaunselor-kaunselor yang berkelayakan.

     Di dalam bilik darjah pula, guru perlulah menggunakan pelbagai strategi untuk menarik perhatian pelajar agar mereka berasa seronok ke sekolah dan tidak ponteng sekolah.  Penerapanan nilai -nilai melalui pelbagai program sekolah seperti kem motivasi, pembinaan berpasukan dan aktiviti sukan perlu diperbanyakan untuk membentuk personaliti dan akhlak yang baik.

     Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang amat tinggi daripada insan yang digelar guru. Masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang akan datang.  Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial dan menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020.