salam kaunselor - careercounselling4u.uitm.edu.my · penulis: siti nuraini amran k.b.,p.a. setiap...

2
… MENGHADAPI KEHILANGAN ... Penulis: Siti Nuraini Amran K.B.,P.A. Setiap individu mempunyai takrifan yang tersendiri apabila berbicara tentang sebuah kehilangan. Ada yang kehilangan harta benda, putus kasih dengan insan yang tersayang ataupun juga kematian. Artikel ini membicarakan tentang kehilangan yang melibatkan kematian atau dipanggil juga ajal. Terdapat pelbagai cara dan sebab yang boleh membawa kepada kematian antaranya: Apabila mengalami penuaan, makhluk yang hidup akan mengalami kematian. Diserang pelbagai penyakit yang tidak dapat diubati. Mengalami kecelakaan seperti kemalangan jalan raya atau kebakaran. Berada dalam keadaan cuaca yang sangat panas atau sangat sejuk sehingga tidak dapat ditahan oleh badan. Mengalami keguguran sehingga bayi tidak dapat diselamatkan. Mengalami pendarahan yang berlebihan. Kematian juga berlaku apabila manusia tidak mendapat makanan, minuman atau perlindungan yang secukupnya. Dijatuhkan hukuman mati kerana jenayah yang dilakukan. Digigit haiwan berbisa atau dijangkiti virus. Kes-kes pembunuhan. Mati dalam tidur. Kematian merupakan pengakhiran dalam sebuah kehidupan individu yang telah meninggal namun permulaan kehidupan yang baru bagi individu di sekeliling mereka. Setiap makhluk yang hidup di dunia ini akan mati akhirnya, namun individu yang terdekat dengan si mati akan mengalami kehilangan. Terdapat perkara-perkara yang akan mengingatkan anda kepada kehilangan tersebut contohnya apabila tiba hari ulang tahun perkahwinan, kematian atau terdengar lagu kegemaran sehingga menimbulkan kembali rasa sedih. Setiap individu pastinya tidak akan terlepas daripada pengalaman sebegini sama ada ia sebuah kehilangan yang besar ataupun kecil. Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493 https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A. SALAM KAUNSELOR BIL. 9 (2018) KESAN KEHILANGAN ... Apabila berlaku kehilangan, kesedihan merupakan sebahagian daripada reaksi emosi yang akan anda alami. Perasaan sedih yang dialami ini adalah sihat dan normal. Namun, fasa kesedihan ini akan dialami secara berperingkat antaranya adalah penafian, kemarahan, rundingan, kemurungan dan penerimaan. Setiap individu akan melalui fasa-fasa ini dengan cara tersendiri kerana setiap individu mengawal emosi dan perasaan dengan cara yang berbeza. Penafian. Dalam fasa permulaan ini, anda akan menafikan kematian yang berlaku kerana mengharapkan peristiwa itu tidak pernah dan tidak mungkin berlaku. Kadangkala, anda akan cuba meneruskan kehidupan seperti biasa dengan membayangkan orang tersayang itu masih ada bersama-sama anda. Kemarahan. Dalam fasa ini pula, anda akan berasa marah terhadap diri sendiri kerana tidak dapat menyelamatkan insan tersayang. Anda juga mungkin akan menyalahkan sesiapa sahaja di persekitaran anda yang dirasakan penyebab kepada kematian itu berlaku. Contohnya, anda memarahi doktor kerana tidak melakukan sehabis daya untuk menyelamatkan insan yang anda sayangi. Rundingan Dalam fasa rundingan ini, anda cuba mencari alternatif bagi mengembalikan keadaan seperti sediakala. Keadaan ini dipanggil juga harapan palsubagi individu yang mengalami kesedihan ini. Contohnya sekiranya aku tenangkan hati ayah, pasti ayah tidak akan mengalami stroke dan meninggal”. Kemurungan Anda mula memahami peristiwa yang berlaku. Pada ketika ini akan hadir perasaan kesal, sedih dan putus harapan. Sekiranya anda tidak dapat menanganinya, anda akan dilanda kemurungan. Berusahalah untuk keluar daripada kemurungan itu. Penerimaan Anda akan mula menerima takdir yang berlaku. Walaupun perit, manusia tetap perlu belajar untuk menerima kenyataan. Kesibukan boleh membantu individu untuk menerima kehilangan. Namun, kesedihan itu mungkin akan berulang apabila anda kesunyian.

Upload: dangkhanh

Post on 10-Mar-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SALAM KAUNSELOR - careercounselling4u.uitm.edu.my · Penulis: Siti Nuraini Amran K.B.,P.A. Setiap individu mempunyai takrifan yang tersendiri apabila berbicara tentang sebuah kehilangan

… MENGHADAPI KEHILANGAN ... Penulis: Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.

Setiap individu mempunyai takrifan yang tersendiri apabila berbicara

tentang sebuah kehilangan. Ada yang kehilangan harta benda, putus

kasih dengan insan yang tersayang ataupun juga kematian. Artikel ini

membicarakan tentang kehilangan yang melibatkan kematian atau

dipanggil juga ajal. Terdapat pelbagai cara dan sebab yang boleh

membawa kepada kematian antaranya:

Apabila mengalami penuaan, makhluk yang hidup akan

mengalami kematian.

Diserang pelbagai penyakit yang tidak dapat diubati.

Mengalami kecelakaan seperti kemalangan jalan raya atau

kebakaran.

Berada dalam keadaan cuaca yang sangat panas atau

sangat sejuk sehingga tidak dapat ditahan oleh badan.

Mengalami keguguran sehingga bayi tidak dapat

diselamatkan.

Mengalami pendarahan yang berlebihan.

Kematian juga berlaku apabila manusia tidak mendapat

makanan, minuman atau perlindungan yang secukupnya.

Dijatuhkan hukuman mati kerana jenayah yang dilakukan.

Digigit haiwan berbisa atau dijangkiti virus.

Kes-kes pembunuhan.

Mati dalam tidur.

Kematian merupakan pengakhiran dalam sebuah kehidupan individu

yang telah meninggal namun permulaan kehidupan yang baru bagi

individu di sekeliling mereka. Setiap makhluk yang hidup di dunia ini

akan mati akhirnya, namun individu yang terdekat dengan si mati

akan mengalami kehilangan.

Terdapat perkara-perkara yang akan mengingatkan anda kepada

kehilangan tersebut contohnya apabila tiba hari ulang tahun

perkahwinan, kematian atau terdengar lagu kegemaran sehingga

menimbulkan kembali rasa sedih. Setiap individu pastinya tidak akan

terlepas daripada pengalaman sebegini sama ada ia sebuah

kehilangan yang besar ataupun kecil.

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.

SALAM KAUNSELOR BIL. 9 (2018)

KESAN KEHILANGAN ...

Apabila berlaku kehilangan, kesedihan merupakan sebahagian

daripada reaksi emosi yang akan anda alami. Perasaan sedih yang

dialami ini adalah sihat dan normal. Namun, fasa kesedihan ini akan

dialami secara berperingkat antaranya adalah penafian, kemarahan,

rundingan, kemurungan dan penerimaan. Setiap individu akan

melalui fasa-fasa ini dengan cara tersendiri kerana setiap individu

mengawal emosi dan perasaan dengan cara yang berbeza.

Penafian.

Dalam fasa permulaan ini, anda akan menafikan kematian yang

berlaku kerana mengharapkan peristiwa itu tidak pernah dan tidak

mungkin berlaku. Kadangkala, anda akan cuba meneruskan

kehidupan seperti biasa dengan membayangkan orang tersayang itu

masih ada bersama-sama anda.

Kemarahan.

Dalam fasa ini pula, anda akan berasa marah terhadap diri sendiri

kerana tidak dapat menyelamatkan insan tersayang. Anda juga

mungkin akan menyalahkan sesiapa sahaja di persekitaran anda

yang dirasakan penyebab kepada kematian itu berlaku. Contohnya,

anda memarahi doktor kerana tidak melakukan sehabis daya untuk

menyelamatkan insan yang anda sayangi.

Rundingan

Dalam fasa rundingan ini, anda cuba mencari alternatif bagi

mengembalikan keadaan seperti sediakala. Keadaan ini dipanggil

juga “harapan palsu” bagi individu yang mengalami kesedihan ini.

Contohnya “sekiranya aku tenangkan hati ayah, pasti ayah tidak

akan mengalami stroke dan meninggal”.

Kemurungan

Anda mula memahami peristiwa yang berlaku. Pada ketika ini akan

hadir perasaan kesal, sedih dan putus harapan. Sekiranya anda tidak

dapat menanganinya, anda akan dilanda kemurungan. Berusahalah

untuk keluar daripada kemurungan itu.

Penerimaan

Anda akan mula menerima takdir yang berlaku. Walaupun perit,

manusia tetap perlu belajar untuk menerima kenyataan. Kesibukan

boleh membantu individu untuk menerima kehilangan. Namun,

kesedihan itu mungkin akan berulang apabila anda kesunyian.

Page 2: SALAM KAUNSELOR - careercounselling4u.uitm.edu.my · Penulis: Siti Nuraini Amran K.B.,P.A. Setiap individu mempunyai takrifan yang tersendiri apabila berbicara tentang sebuah kehilangan

MENGHADAPI KEHILANGAN ORANG TERSAYANG ...

Apabila berlaku kehilangan, kehidupan anda akan mengalami perubahan. Walaupun begitu, anda perlu bertindak secara positif

supaya dapat bertahan dan menjadi insan yang lebih matang. Ikuti beberapa tip yang disertakan di bawah bagi membantu anda

menghadapi kehilangan ini.

i. Carilah Sokongan

Adalah sangat penting untuk anda sedar dan tahu bahawa masih ada insan yang sentiasa ada di sisi sewaktu anda memerlukan

sokongan. Sokongan ini boleh diperolehi apabila anda bercakap dengan kawan-kawan anda, ahli keluarga, kaunselor atau pakar

profesional yang lain. Sokongan juga boleh diperolehi dalam bentuk kumpulan sokongan kerana apabila berada dalam

kumpulan, setiap individu boleh berkongsi pengalaman masing-masing apabila menghadapi sesebuah kehilangan.

ii. Bersabar.

Tidak ada tempoh yang khusus bagi seseorang untuk keluar daripada kesedihan yang dialami apabila berlaku kehilangan.

Setiap individu mempunyai tempoh masa yang tersendiri dan bergantung juga kepada keakraban anda dengan individu yang

telah meninggal itu. Anda mungkin berasa marah apabila ada yang menyuruh anda supaya bersabar namun sememangnya

anda perlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menempuhi saat kesukaran itu.

iii. Sedar diri.

Kadangkala apabila anda terlalu dibuai kesedihan yang dialami, anda akan terus tenggelam dalam emosi yang negatif. Bangkit

dan keluarlah daripada kesedihan itu kerana tidak ada yang boleh anda ubah dengan terus bersedih. Mereka yang pergi akan

tetap pergi tetapi yang hidup perlu membina kehidupan sendiri demi masa depan yang lebih baik. Insan tersayang yang telah

pergi itu tidak mungkin akan kembali ke pangkuan anda sebaliknya hargailah insan yang masih ada di sisi anda. Saling

bergantung antara satu sama lain contohnya adik beradik, boleh membantu anda untuk bangkit kembali.

iv. Lahirkan perasaan anda.

Apabila kesedihan semakin mencengkam diri anda, luahkan perasaan anda dengan menceritakannya kepada orang yang

dipercayai seperti sahabat karib atau ahli keluarga. Sebenarnya, dengan mengakui perasaan yang anda alami adalah lebih

membantu daripada anda memendamkan segalanya sendirian. Tidak salah untuk sedih dan menangis namun anda juga

perlukan gelak tawa sebagai penawar kepada kesedihan yang dialami.

v. Jaga diri anda.

Pastikan anda istiqamah dalam mengamalkan rutin hidup seharian. Jika anda seorang pelajar, hadirkan diri ke kuliah dan

selesaikan tugasan anda seperti biasa. Cari masa untuk bersenam kerana senaman boleh menjana minda dan tubuh yang sihat.

Jagalah pemakanan anda kerana dalam keadaan sedih biasanya anda akan bertindak mengambil makan secara berlebihan.

Kadangkala manusia suka mengambil tindakan yang merosakkan diri sendiri apabila menghadapi kehilangan seperti

pengambilan alkohol dan dadah kerana merasakan ia dapat menghilangkan kesedihan yang dialami namun dalam tidak sedar

tindakan itu semakin merugikan diri.

Perasaan sedih apabila kehilangan yang tersayang pasti tidak akan pergi dengan sekelip mata.

Masa terus berlalu, namun kesedihan itu akan tetap datang dan pergi.

Kesedihan yang dialami akan lebih mendalam apabila individu tersebut lebih rapat dengan anda.

Carilah bantuan profesional seperti kaunselor sekiranya anda tidak dapat mengawal perasaan sendiri.

“ KEBAHAGIAAN ITU DINIKMATI APABILA ANDA DAPAT MENIKMATI APA YANG DIMILIKI ”

Rujukan: https://hellodoktor.com/ms/pusat-kesihatan/kesihatan_mental/bagaimana-ingin-menghadapi-kehilangan-orang-tersayang/ https://www.pendidik.com.my/2018/10/12/bagaimana-hadapi-kehilangan-orang-tersayang/ https://www.goodtherapy.org/learn-about-therapy/issues/grief