salam kaunselor - careercounselling4u.uitm.edu.my · masyarakat hari ini dapat dikurangkan...

2
Kes bunuh diri semakin menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia malah ia merupakan masalah yang dibimbangi di seluruh dunia. Mengikut statistik, lebih 20 orang daripada 100,000 orang bunuh diri setiap hari. Manakala lebih kurang 7 orang daripada 100,000 iaitu 200 orang rakyat Malaysia membunuh diri dalam masa sebulan dan sebilangan besar terdiri daripada generasi muda. Pelbagai masalah telah menyumbang kepada kelakuan bunuh diri ini antaranya ialah masalah kesihatan mental yang tidak diurus dengan baik, masalah hubungan kekeluargaan, penyalahgunaan bahan terlarang dan dadah, isu kewangan dan banyak lagi. Masyarakat sering menganggap beberapa tindakan dan kelakuan seseorang tidak akan menyumbang kepada kejadian membunuh diri. Ia merupakan mitos yang tidak benar dan niat seseorang untuk mengakhiri hidupnya dengan cara membunuh diri tidak boleh dipandang ringan. Semua pihak termasuk institusi-institusi agama dan pendidikan, profesion dalam perkhidmatan sosial dan perubatan serta NGO perlu bekerjasama dalam memastikan tahap kesihatan mental masyarakat berada dalam keadaan baik. Risiko bunuh diri dalam kalangan masyarakat hari ini dapat dikurangkan sekiranya intervensi diberikan lebih awal. Sehubungan itu, sokongan dan keperihatinan masyarat sekeliling juga dapat membantu mencegah statistik kes bunuh diri daripada terus meningkat. Semoga dengan perkongsian mitos risiko bunuh diri ini menjadikan masyarakat lebih perihatin terhadap individu di sekeliling terutamanya kepada individu yang sedang berhadapan dengan krisis. Keperihatinan dan sokongan yang diberikan dapat mengubah keadaan sekaligus menjadikan kehidupan sosial yang lebih sejahtera. Individu yang sedang berhadapan dengan krisis juga perlu mengambil tindakan untuk mendapatkan bantuan. Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493 https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A. SALAM Individu yang menghidapi penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Individu yang memiliki sejarah ahli keluarga bunuh diri. Individu yang mempunyai kawan-kawan yang pernah mengambil tindakan membunuh diri. Individu yang pernah menjadi korban kekerasan fizikal, emosi atau seksual. Individu yang menghidapi kemurungan jangka panjang atau penyakit mental. Individu yang tidak berkahwin, tidak memiliki keterampilan atau tidak mempunyai kerjaya. Individu yang pernah mencuba bunuh diri sebelum ini. Individu yang mempunyai masalah ubat-ubatan. Individu yang sering berinteraksi dengan pesakit yang tidak dapat disembuhkan Wanita tiga kali ganda lebih berpotensi melakukan bunuh diri berbanding lelaki. Rujukan: Utusan (1 Oktober 2015). 1-2 Kejadian Bunuh Diri Di Malaysia Setiap Hari. Diambi dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/1-2-kejadian-bunuh-diri-di-malaysia-setiap-hari- 1.141744 Sarawak Voice (20 Julai 2017). Purata tujuh orang bunuh diri sehari di Msia dikaitkan dengan kesihatan mental. Diambi dari https://sarawakvoice.com/2017/07/20/purata-tujuh- orang-bunuh-diri-sehari-di-msia-dikaitkan-dengan-kesihatan-mental/ Lika Aprilia Samiadi (6 September 2017). Mengenali Orang-orang yang Memiliki Kecenderungan Bunuh Diri. Diambi dari https://hellosehat.com/pusat-kesehatan/penyakit- mental/mengenali-orang-orang-yang-memiliki-kecenderungan-bunuh-diri/ KAUNSELOR BIL. 2 (2018) Ancaman Bunuh Diri Penulis: Pn Nur Farahzawanah Ali K.B.,P.A. KenaLpasti Individu Yang Cenderung Untuk Membunuh Diri Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574), cubaan membunuh diri boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah. Al-Kahfi: 6 Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran)

Upload: truonghuong

Post on 17-Sep-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kes bunuh diri semakin menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia

malah ia merupakan masalah yang dibimbangi di seluruh dunia.

Mengikut statistik, lebih 20 orang daripada 100,000 orang bunuh diri

setiap hari. Manakala lebih kurang 7 orang daripada 100,000 iaitu 200

orang rakyat Malaysia membunuh diri dalam masa sebulan dan

sebilangan besar terdiri daripada generasi muda. Pelbagai masalah

telah menyumbang kepada kelakuan bunuh diri ini antaranya ialah

masalah kesihatan mental yang tidak diurus dengan baik, masalah

hubungan kekeluargaan, penyalahgunaan bahan terlarang dan dadah,

isu kewangan dan banyak lagi.

Masyarakat sering menganggap beberapa tindakan dan kelakuan

seseorang tidak akan menyumbang kepada kejadian membunuh diri. Ia

merupakan mitos yang tidak benar dan niat seseorang untuk mengakhiri

hidupnya dengan cara membunuh diri tidak boleh dipandang ringan.

Semua pihak termasuk institusi-institusi agama dan pendidikan,

profesion dalam perkhidmatan sosial dan perubatan serta NGO perlu

bekerjasama dalam memastikan tahap kesihatan mental masyarakat

berada dalam keadaan baik. Risiko bunuh diri dalam kalangan

masyarakat hari ini dapat dikurangkan sekiranya intervensi diberikan

lebih awal. Sehubungan itu, sokongan dan keperihatinan masyarat

sekeliling juga dapat membantu mencegah statistik kes bunuh diri

daripada terus meningkat.

Semoga dengan perkongsian mitos risiko bunuh diri ini menjadikan

masyarakat lebih perihatin terhadap individu di sekeliling terutamanya

kepada individu yang sedang berhadapan dengan krisis. Keperihatinan

dan sokongan yang diberikan dapat mengubah keadaan sekaligus

menjadikan kehidupan sosial yang lebih sejahtera. Individu yang sedang

berhadapan dengan krisis juga perlu mengambil tindakan untuk

mendapatkan bantuan.

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.

SALAM

Individu yang menghidapi penyakit yang tidak dapat

disembuhkan.

Individu yang memiliki sejarah ahli keluarga bunuh diri.

Individu yang mempunyai kawan-kawan yang pernah

mengambil tindakan membunuh diri.

Individu yang pernah menjadi korban kekerasan fizikal,

emosi atau seksual.

Individu yang menghidapi kemurungan jangka panjang atau

penyakit mental.

Individu yang tidak berkahwin, tidak memiliki keterampilan

atau tidak mempunyai kerjaya.

Individu yang pernah mencuba bunuh diri sebelum ini.

Individu yang mempunyai masalah ubat-ubatan.

Individu yang sering berinteraksi dengan pesakit yang tidak

dapat disembuhkan

Wanita tiga kali ganda lebih berpotensi melakukan bunuh

diri berbanding lelaki.

Rujukan: Utusan (1 Oktober 2015). 1-2 Kejadian Bunuh Diri Di Malaysia Setiap Hari. Diambi dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/1-2-kejadian-bunuh-diri-di-malaysia-setiap-hari-1.141744 Sarawak Voice (20 Julai 2017). Purata tujuh orang bunuh diri sehari di M’sia dikaitkan dengan kesihatan mental. Diambi dari https://sarawakvoice.com/2017/07/20/purata-tujuh-orang-bunuh-diri-sehari-di-msia-dikaitkan-dengan-kesihatan-mental/ Lika Aprilia Samiadi (6 September 2017). Mengenali Orang-orang yang Memiliki Kecenderungan Bunuh Diri. Diambi dari https://hellosehat.com/pusat-kesehatan/penyakit-mental/mengenali-orang-orang-yang-memiliki-kecenderungan-bunuh-diri/

KAUNSELOR BIL. 2 (2018)

Ancaman Bunuh Diri Penulis: Pn Nur Farahzawanah Ali K.B.,P.A.

KenaLpasti Individu Yang Cenderung Untuk Membunuh Diri

Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574),

cubaan membunuh diri boleh dikenakan hukuman penjara

sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali

sekiranya didapati bersalah.

Al-Kahfi: 6 “Maka (apakah) barangkali kamu akan

membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka

berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada

keterangan ini (Al-Quran)”

Mitos: Bertanyakan soalan tentang niat atau cadangan membunuh diri kepada individu yang berhadapan dengan krisis boleh

mencetuskan idea kepada mereka untuk membunuh diri.

Realiti: Bertanyakan soalan secara langsung tentang niat atau cadangan membunuh diri tidak lagi mencetuskan idea kepada mereka

untuk membunuh diri. Malah soalan secara langsung lebih baik dari bahasa kiasan.

Seseorang Individu Mampu Mengawal Diri Mereka Sendiri

REALITY IS PAINFUL,

SO FACE IT WITH CHEERFUL,

INSYALLAH IT WILL TURN TO WODERFUL.

Pn Nur Farahzawanah Ali K.B.,P.A. Pegawai Psikologi Kanan

UiTM Shah Alam

Mitos: Kelakuan mencederakan diri yang berulang-ulang menunjukkan bahawa individu hanya cuba untuk mendapatkan perhatian dan tidak

akan mengambil tindakan untuk membunuh diri.

Realiti: Tindakan mencederakan diri yang boleh menyumbang kepada kematian memerlukan saringan dan rawatan yang lebih teliti.

Perbuhungan yang empati dan tidak membuat penilaian terhadap individu diperlukan untuk memahami kelakuan dan berhadapan dengan

individu tersebut.

Mitos: Individu tidak akan membunuh dirinya sekiranya individu tersebut...

Telah membuat perancangan untuk pergi bercuti

Ada anak-anak kecil di rumah

Telah tandatangan kontrak tidak mencederakan diri

Menyedari bahawa keluarganya sangat menyayanginya

Realiti: Keinginan untuk membunuh diri boleh mengatasi pemikiran yang rasional. Sokongan mental dan emosi perlu diberikan

secara berterusan. Kekuatan diri mereka untuk terus hidup datang daripada sokongan padu penjaga, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

Mitos: Sekiranya seseorang telah nekad untuk membunuh diri, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan mereka.

Realiti: Keinginan untuk membunuh diri biasanya disebabkan keadaan yang mendesak. Memastikan persekitaran yang selamat dan

membantu mereka mengharungi situasi yang mendesak boleh menyelamatkan nyawa mereka. Sekiranya masyarakat atau keluarga dapat

membantu mereka menghadapi krisis tersebut, hasil yang positif akan berterusan.

Mitos: Individu yang membunuh diri ini terdiri daripada dua golongan, satu golongan hanya bercakap tentang keinginan untuk bunuh

diri dan satu golongan terus melakukan.

Realiti: Sebilangan besar individu yang membunuh diri pernah mengatakan niat mereka untuk membunuh diri. Maka perhatian dan

tindakan yang sewajarnya perlu diberikan kepada individu ini.