salam kaunselor - careercounselling4u.uitm.edu.my · yang sentiasa mendorong anda untuk lebih...

2
KAWAN NYAWA KEDUA ANDA - Pada Hemat Pak Su - KAWAN sememangnya merupakan rukun dalam kehidupan seseorang di sepanjang zaman, dari kita kanak-kanak hinggalah lanjut usia. Tanpa kawan, kita seolah-olah tiada atau kurang makna dalam kehidupan. Kawan membentuk lingkungan sosial yang membolehkan kita berinteraksi, berkomunikasi, berkongsi perasaan, kasih sayang, maklumat, pandangan, nilai, kepercayaan serta menjadi sumber inspirasi dan motivasi. Bagi anda yang mempunyai tret personaliti extrovert, dalam kebanyakan masa dan situasi anda mendapat sumber tenaga dan motivasi daripada interaksi bersama kawan-kawan. Dalam hal ini, kawan ibarat nyawa kedua anda. Bagi anda yang memiliki tret personaliti introvert pula, anda akan mendapat sumber tenaga dan motivasi dari dalam diri anda. Dalam kebanyakkan situasi, anda akan cuba mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain. Dari sudut psikologi, kawan mempuyai pengaruh yang sangat besar dalam mencorakkan kehidupan seseorang. Pengaruh ini boleh berbentuk positif atau negatif. Kecenderungan anda untuk meniru atau mengikut pola pemikiran dan tingkah laku kawan sememangnya sangat tinggi kerana wujud unsur kepercayaan dan penerimaan yang ditawarkan oleh kawan melalui interaksi anda dengan mereka. Menyedari hakikat ini, anda harus bijak dalam memilih kawan kerana apabila tersilap memilih kawan, anda akan menanggung padahnya. Jika kawan anda baik, anda berkecenderungan untuk menjadi baik. Jika kawan anda jahat, anda juga berkecenderungan untuk menjadi jahat. Anda boleh lihat di sekeliling, ada kawan anda yang masuk ke universiti, sememang tidak pernah menghisap rokok dari zaman sekolah tetapi apabila berkawan dengan kawan-kawan yang menghisap rokok, akhirnya dia juga mula menghisap rokok. Lebih buruk lagi apabila dia terlibat dengan penagihan dadah dan akhirnya dibuang dari universiti. Jika baik kawan kita, ada kecenderungan untuk kita menjadi baik. Jika jahat kawan kita, maka ada kecenderungan untuk kita menjadi jahatPusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493 https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A. SALAM KAUNSELOR BIL. 7 (2018) Terdapat juga kawan anda yang masuk universiti dan tidak berapa pandai membaca Quran, malahan solat pun tidak cukup tetapi apabila sering berkawan dengan kawan-kawan yang rajin membaca Quran dan solat, akhirnya dia pandai membaca Quran dan rajin solat. Lebih memeranjatkan lagi, dia boleh mengajar orang lain membaca Quran. Begitu juga dalam hal akademik. Jika anda suka berkawan dengan dengan mereka yang rajin belajar, rajin berdiskusi, rajin ke perpustakaan, rajin berjumpa pensyarah, rajin buat ulangkaji dan sekiranya tabiat ini berterusan anda sebenarnya sudah membuka lorong untuk cemerlang dalam pengajian. Sebaliknya jika anda suka berkawan dengan mereka yang rajin ponteng kuliah, rajin main games, rajin bersembang, rajin buang masa di luar kampus dengan aktiviti yang kurang berfaedah, rajin menangguh tugasan pensyarah, rajin menonton video, rajin melayani media sosial, anda sebenarnya sedang membuka lorong untuk kecundang dalam pengajian dan mungkin kecundang dalam kehidupan juga. FAKTOR YANG MENYEBABKAN PELAJAR MUDAH TERPENGARUH DENGAN KAWAN YANG NEGATIF KETIKA BERADA DALAM ALAM KAMPUS IALAH : Kurang pengetahuan dan penghayatan amalan kerohanian / agama dalam kehidupan seharian. Tidak mempunyai prinsip hidup yang jelas. Suka mencuba perkara baharu berasaskan keseronokan sementara. Mudah terpengaruh ajakan dan pujukan rakan sebaya kerana bimbang kehilangan kawan. Tidak menetapkan matlamat yang jelas dari segi pencapaian akademik, kerjaya dan personaliti. Mempunyai hubungan yang kurang baik dengan ibubapa dan ahli keluarga. Kurang kemahiran berfikir secara kritikal dan analitikal. Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat - HR : Imam Ahmad -

Upload: buianh

Post on 02-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SALAM KAUNSELOR - careercounselling4u.uitm.edu.my · yang sentiasa mendorong anda untuk lebih berjaya dan menjadi insan yang baik. Walaupun ada sebahagian rakan anda semasa di sekolah

KAWAN NYAWA KEDUA ANDA

-Pada Hemat Pak Su -

KAWAN sememangnya merupakan rukun dalam kehidupan

seseorang di sepanjang zaman, dari kita kanak-kanak hinggalah lanjut

usia. Tanpa kawan, kita seolah-olah tiada atau kurang makna dalam

kehidupan. Kawan membentuk lingkungan sosial yang membolehkan

kita berinteraksi, berkomunikasi, berkongsi perasaan, kasih sayang,

maklumat, pandangan, nilai, kepercayaan serta menjadi sumber

inspirasi dan motivasi.

Bagi anda yang mempunyai tret personaliti extrovert, dalam

kebanyakan masa dan situasi anda mendapat sumber tenaga dan

motivasi daripada interaksi bersama kawan-kawan. Dalam hal ini,

kawan ibarat nyawa kedua anda. Bagi anda yang memiliki tret

personaliti introvert pula, anda akan mendapat sumber tenaga dan

motivasi dari dalam diri anda. Dalam kebanyakkan situasi, anda akan

cuba mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain.

Dari sudut psikologi, kawan mempuyai pengaruh yang sangat

besar dalam mencorakkan kehidupan seseorang. Pengaruh ini boleh

berbentuk positif atau negatif. Kecenderungan anda untuk meniru atau

mengikut pola pemikiran dan tingkah laku kawan sememangnya

sangat tinggi kerana wujud unsur kepercayaan dan penerimaan yang

ditawarkan oleh kawan melalui interaksi anda dengan mereka.

Menyedari hakikat ini, anda harus bijak dalam memilih kawan

kerana apabila tersilap memilih kawan, anda akan menanggung

padahnya. Jika kawan anda baik, anda berkecenderungan untuk

menjadi baik. Jika kawan anda jahat, anda juga berkecenderungan

untuk menjadi jahat. Anda boleh lihat di sekeliling, ada kawan anda

yang masuk ke universiti, sememang tidak pernah menghisap rokok

dari zaman sekolah tetapi apabila berkawan dengan kawan-kawan

yang menghisap rokok, akhirnya dia juga mula menghisap rokok.

Lebih buruk lagi apabila dia terlibat dengan penagihan dadah dan

akhirnya dibuang dari universiti.

“ Jika baik kawan kita, ada kecenderungan untuk kita

menjadi baik. Jika jahat kawan kita, maka ada kecenderungan untuk kita menjadi jahat”

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.

SALAM KAUNSELOR BIL. 7 (2018)

Terdapat juga kawan anda yang masuk universiti dan tidak berapa

pandai membaca Quran, malahan solat pun tidak cukup tetapi apabila

sering berkawan dengan kawan-kawan yang rajin membaca Quran

dan solat, akhirnya dia pandai membaca Quran dan rajin solat. Lebih

memeranjatkan lagi, dia boleh mengajar orang lain membaca Quran.

Begitu juga dalam hal akademik. Jika anda suka berkawan

dengan dengan mereka yang rajin belajar, rajin berdiskusi, rajin ke

perpustakaan, rajin berjumpa pensyarah, rajin buat ulangkaji dan

sekiranya tabiat ini berterusan anda sebenarnya sudah membuka

lorong untuk cemerlang dalam pengajian. Sebaliknya jika anda suka

berkawan dengan mereka yang rajin ponteng kuliah, rajin main

games, rajin bersembang, rajin buang masa di luar kampus dengan

aktiviti yang kurang berfaedah, rajin menangguh tugasan pensyarah,

rajin menonton video, rajin melayani media sosial, anda sebenarnya

sedang membuka lorong untuk kecundang dalam pengajian dan

mungkin kecundang dalam kehidupan juga.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PELAJAR MUDAH

TERPENGARUH DENGAN KAWAN YANG NEGATIF KETIKA

BERADA DALAM ALAM KAMPUS IALAH :

Kurang pengetahuan dan penghayatan amalan

kerohanian / agama dalam kehidupan seharian.

Tidak mempunyai prinsip hidup yang jelas.

Suka mencuba perkara baharu berasaskan keseronokan

sementara.

Mudah terpengaruh ajakan dan pujukan rakan sebaya

kerana bimbang kehilangan kawan.

Tidak menetapkan matlamat yang jelas dari segi

pencapaian akademik, kerjaya dan personaliti.

Mempunyai hubungan yang kurang baik dengan ibubapa

dan ahli keluarga.

Kurang kemahiran berfikir secara kritikal dan analitikal.

“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka

berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat ”

- HR : Imam Ahmad -

Page 2: SALAM KAUNSELOR - careercounselling4u.uitm.edu.my · yang sentiasa mendorong anda untuk lebih berjaya dan menjadi insan yang baik. Walaupun ada sebahagian rakan anda semasa di sekolah

Panduan Kepada Pelajar Baharu Dalam Merangka Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

Dan Membina Jalinan Hubungan Yang Positif Dengan Kawan.

1. Pilih Kawan Yang Baik

Sifat remaja memang sukakan kawan yang ramai kerana pengiktirafan rakan sebaya amat penting dalam proses kematangan

diri. Kelompok kawan atau rakan ini akan membentuk sub-budaya yang akan mempengaruhi cara anda berfikir, bertindak,

berinteraksi dan bersosial. Dalam hal ini, anda perlu bijak dalam memilih kawan. Cari kawan yang boleh dijadikan sahabat baik,

yang sentiasa mendorong anda untuk lebih berjaya dan menjadi insan yang baik. Walaupun ada sebahagian rakan anda

semasa di sekolah dianggap sebagai ‘budak baik’ tetapi apabila menikmati sedikit kebebasan di universiti dan tersalah pilih

kawan, ramai juga yang terjerumus dengan aktiviti yang negatif dan merosakkan masa depan mereka.

2. Bina Prinsip Hidup Yang Jelas

Ada orang yang mengatur kehidupannya berdasarkan prinsip dan ada orang yang mengatur kehidupannya berdasarkan

persekitaran. Jika anda orang yang berpegang teguh dengan prinsip kehidupan yang jelas, anda percaya dan yakin untuk apa

hidup dan ke mana akhir kehidupan ini, anda akan sentiasa berada dalam landasan yang betul. Lebih-lebih lagi jika prinsip

kehidupan ini berasaskan nilai agama. Dalam hal ini anda akan sentiasa berhati-hati dalam memilih kawan supaya mereka tidak

merosakkan pegangan prinsip hidup anda. Orang yang kehidupannya berasaskan persekitaran akan sentiasa terdedah dengan

pengaruh persekitaran terutama pengaruh rakan sebaya.

3. Bina Konsep Kendiri Yang Positif

Konsep kendiri adalah penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana anda menganggap tentang diri sendiri sama

ada secara positif atau negatif. Ia berkait rapat dengan perasaan anda terhadap kebolehan diri. Jika anda melihat diri anda

secara negatif, anda akan berasa tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri. Ini akan mendedahkan diri anda kepada

pengaruh kawan. Sebaliknya jika anda melihat diri secara positif, anda akan lebih yakin dengan diri sendiri dan berusaha

mengatasi kekurangan yang ada dengan cara yang positif. Untuk membina konsep kendiri yang positif anda perlu melatih minda

berfikir secara positif dan berada dalam lingkungan sosial yang positif.

4. Latih Diri Berfikir Secara Kritikal Dan Analitikal

Jika anda tidak mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal dan analitikal pada tahap yang tinggi, anda akan mudah

terpengaruh dengan unsur luar termasuk kawan. Apabila anda malas berfikir, anda akan mengikut sahaja pola pemikiran orang

lain. Apa sahaja perkara atau unsur luar yang datang dalam kehidupan anda, lihat dan fikir secara kritikal dan analitikal. Lihat

dari berbagai sudut dan perspektif, apa baik, buruk dan apa kesannya. Jika anda mempunyai sedikit maklumat tentangnya,

carilah maklumat dari sumber yang lain atau rujuk kepada yang pakar, buat pertimbangan yang rasional dan secara objektif,

barulah anda boleh membuat keputusan.

5. Amalkan Tabiat Asertif

Apabila anda berkomunikasi dengan orang lain, adakalanya anda menampilkan tingkah laku asertif, pasif atau agresif. Anda

akan lebih selamat dari pengaruh orang lain jika anda sentiasa bertindak secara asertif iaitu menyatakan ketegasan pendirian

anda secara terus terang tanpa menyentuh perasaan dan hak orang lain. Jika anda berani mengatakan tidak mahu, ia

menunjukkan anda tegas dengan pendirian anda. Tidak ada sesiapa yang boleh mempengaruhi anda kerana itu adalah

pendirian anda, keyakinan anda dan cara anda. Jika anda agresif, akan ada orang yang berasa sakit hati. Jika anda pasif, anda

memberi ruang untuk orang lain menguasai diri anda.

6. Wujudkan Rangkaian Sahabat Baik Melalui Media Sosial

Anda sekarang berada dalam dunia digital. Wujudkan rangkaian sahabat baik melalui media sosial seperti WhatsApp Group

Mengaji Quran, AJK Persatuan, Tugasan Kumpulan dan lain-lain di mana anda menghimpunkan sahabat-sahabat baik yang

saling bantu-membantu, saling mendorong dan tegur-menegur ke arah kebaikan bersama.

7. Programkan Minda Anda

Sebenarnya minda anda boleh diprogramkan. Setiap individu mempunyai minda sedar dan minda bawah sedar. Semua

tindakan seharian anda adalah berdasarkan program yang sudah ada dalam minda bawah sedar yang berstatus kepercayaan

atau keyakinan. Jika anda diminta untuk makan batu, anda tentu menolaknya kerana ada program dalam minda bawah sedar

yang menjelaskan bahawa batu itu tidak boleh dimakan dan anda benar - benar meyakini bahawa batu tidak boleh dimakan.

Jika unsur pengaruh kawan anda itu bersifat “batu”, mengapa mesti anda terima dan mengapa mesti anda telan? Anda terima

kerana anda telah mengubah program “batu” dalam minda anda yang bermaksud anda yang mempunyai kuasa untuk

memprogramkan minda anda dan bukan kawan anda. Anda adalah apa yang anda fikir. Dalam menjalin hubungan dengan

kawan, anda harus sentiasa memprogramkan minda dengan perkara-perkara yang positif sahaja.