d’puncak - careercounselling4u.uitm.edu.my · individu itu akan dianggap sebagai obes apabila...

5
OBESITI NEWSLETTER DATE KAUNSELING D’PUNCAK Keluaran Ogos, 2018 Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut untuk maklumat lanjut:- 03-32584069—Pejabat Am UKK 03-32584084—Sulaiman Selamat 03-32584085— Mawaddah Fida Farid 03-32584094—Azila Bakri 03-32584074– Nurfatihah Aziz 03-32584081—Mohd Zulkhairi Ibrahim Masalah obesiti di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang semakin membimbangkan pada setiap tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah menyenaraikan Malaysia sebagai Negara Paling Obes di Asia Tenggara pada tahun 2011. Malahan Kajian perubatan oleh British, The Lancet pada tahun 2013 pula mendapati kaum wanita di Malaysia mempunyai kadar obesiti sebanyak 49 peratus berbanding kaum lelaki disekitar 44 peratus. Obesiti merupakan satu keadaan di mana lemak badan yang berlebihan telah terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan aktiviti fizikal dan sosial seseorang menjadi terhad, malah boleh memendekkan jangka hayat individu yang mengalami masalah obesiti. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu itu akan dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) melebihi 30 kg/m2 ke atas.

Upload: hoangtu

Post on 05-Jun-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: D’PUNCAK - careercounselling4u.uitm.edu.my · individu itu akan dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) melebihi 30 kg/m2 ke atas. 2 Masalah berat badan yang semakin

1

OBESITI

B U S I N E S S N A M E

Newsletter Title

N E W S L E T T E R D A T E

KAUNSELING

D’PUNCAK

Keluaran Ogos, 2018

Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan

kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut

untuk maklumat lanjut:-

03-32584069—Pejabat Am UKK

03-32584084—Sulaiman Selamat

03-32584085— Mawaddah Fida

Farid

03-32584094—Azila Bakri

03-32584074– Nurfatihah Aziz

03-32584081—Mohd Zulkhairi

Ibrahim

Masalah obesiti di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang semakin

membimbangkan pada setiap tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

juga telah menyenaraikan Malaysia sebagai Negara Paling Obes di Asia

Tenggara pada tahun 2011. Malahan Kajian perubatan oleh British, The

Lancet pada tahun 2013 pula mendapati kaum wanita di Malaysia mempunyai

kadar obesiti sebanyak 49 peratus berbanding kaum lelaki disekitar 44

peratus.

Obesiti merupakan satu keadaan di mana lemak badan yang berlebihan

telah terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan

seseorang. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan

berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Ia

bukan sahaja boleh menyebabkan aktiviti fizikal dan sosial seseorang

menjadi terhad, malah boleh memendekkan jangka hayat individu yang

mengalami masalah obesiti. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),

individu itu akan dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya

(BMI) melebihi 30 kg/m2 ke atas.

Page 2: D’PUNCAK - careercounselling4u.uitm.edu.my · individu itu akan dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) melebihi 30 kg/m2 ke atas. 2 Masalah berat badan yang semakin

2

Masalah berat badan yang semakin meruncing ini sebenarnya berpunca dari kesilapan dan kelalaian diri kita

sendiri. Gaya hidup dan corak pemakanan seharian dikatakan antara penyebab utama pertambahan berat

badan dikalangan rakyat Malaysia. Menurut Norkumala (2007), masyarakat negara kita sering terdedah

dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Hasil daripada

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health And Morbidity Survey - NHMS) yang dibuat

pada tahun 2015, telah dianggarkan bahawa 3.3 juta orang penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas di

negara ini mengalami masalah obesiti. Malahan jumlah ini dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana

badan yang terlalu gemuk sudah pasti membataskan pergerakan mereka. Sikap dan budaya masyarakat kita

yang sering memandang ringan masalah ini semakin menambahkan lagi jumlah penghidap masalah obesiti di

Malaysia.

Page 3: D’PUNCAK - careercounselling4u.uitm.edu.my · individu itu akan dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) melebihi 30 kg/m2 ke atas. 2 Masalah berat badan yang semakin

3

Faktor Risiko Obesiti

1. Corak Pemakanan yang tidak seimbang seperti kekerapan menjamu selera dengan makanan segera,

makanan yang diproses dan makanan yang mengandungi gula yang berlebihan

2. Kurang aktiviti fizikal dan senaman akibat kesibukan dengan tugasan seharian dan hanya duduk di

hadapan komputer hingga menyebabkan kurangnya pergerakan fizikal pada setiap hari.

3. Genetik atau keturunan iaitu kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi

berikutnya di dalam sesebuah keluarga

4. Peningkatan usia akan menyebabkan kadar metabolisme menurun.

5. Jantina di mana kaum wanita mempunyai kebarangkalian untuk menjadi obes berbanding lelaki kerana

wanita mempunyai kadar metabolisme yang rendah berbanding lelaki. Masalah obesiti akan menjadi

semakin meruncing apabila wanita itu mencapai tahap menopause.

6. Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat untuk merawat kemurungan juga boleh mengakibatkan masalah

berat badan berlebihan

Kesan obesiti

1. Meningkatkan risiko penyakit tiga serangkai yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti

kencing manis, darah tinggi dan juga sakit jantung, kolesterol tinggi, strok, sleep apnea (gangguan di

mana anda berhenti bernafas, untuk jangka masa pendek semasa tidur), asma dan kanser.

2. Tahap keyakinan diri yang rendah akibat malu diejek oleh rakan-rakan yang normal. Kanak-kanak

yang obes, lebih mudah didiskriminasi dan diejek oleh rakan-rakan sebaya di sekolah. Hal ini

menyebabkan kanak-kanak obes itu hilang atau kurang keyakinan diri dan apabila masalah ini dibawa

sehingga dewasa, tahap kepuasan hidup mereka juga akan terjejas.

3. Depresi

4. Penyakit osteoartrisis

Page 4: D’PUNCAK - careercounselling4u.uitm.edu.my · individu itu akan dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) melebihi 30 kg/m2 ke atas. 2 Masalah berat badan yang semakin

4

Langkah mengatasi obesiti

1. Gaya pemakanan yang seimbang

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi secara kerap adalah salah satu cara untuk meningkatkan

metabolisma badan. Cuba lah elakkan diri daripada makan ketika dalam keadaan sedang kelaparan

kerana kita akan lebih cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak hingga menyebabkan kita

akan menjadi mengah dan lesu.

2. Lebihkan protein, serat dalam makanan seharian. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-

buahan yang diketahui lebih menyihatkan berbanding makanan lain.

3. Kurangkan makanan bergoreng, berminyak, bersantan, makanan manis dan makanan masin.

4. Pemilihan senaman yang sesuai sangat penting untuk mengurangkan berat badan. Mulakan aktiviti

bersenam dengan ringkas tetapi mudah untuk dilakukan secara berterusan. Elakkan pemilihan senaman

yang berat kerana ia akan menyebabkan kita rasa susah dan tidak bersemangat untuk bersenam pada sesi

yang berikutnya.

Kesimpulannya, masalah obesiti yang semakin meruncing dalam kalangan rakyat Malaysia perlulah

dibendung dengan kadar yang segera. Setiap orang perlu bertanggungjawab dengan jumlah pengambilan

makanan yang diambil agar ia adalah seimbang dan tidak memudaratkan kesihatan diri sendiri. Amalan gaya

hidup yang sihat amat dititikberatkan agar individu itu dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan baik.

Page 5: D’PUNCAK - careercounselling4u.uitm.edu.my · individu itu akan dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) melebihi 30 kg/m2 ke atas. 2 Masalah berat badan yang semakin

5

RUJUKAN

1. Obesity and overweight Fact sheet No 311. WHO. January 2015.

2. Institut Kesihatan Umum. (2008). Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (NHMS III) 2006, Status

Nutritional. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan.

3. Pertubuhan Kesihatan Sedunia. (2003). Diet Pemakanan dan pencegahan penyakit kronik: laporan

bersama WHO perundingan / FAQ pakar. Geneva: WHO.

4. OBESITI Masalah Besar Kesihatan Malaysia. (2018). http://www.imedik.org/obesiti-masalah-besar-

malaysia/

Oleh:-

Puan Azila Bakri Pegawai Psikologi Kanan Unit Kerjaya & Kaunseling Kampus Puncak Alam

Editan dan rekaletak : Nurfatihah Aziz