newsletter title kaunseling - careercounselling4u.uitm.edu.my · adalah merupakan faktor utama yang...

5
KECERDASAN EMOSI NEWSLETTER DATE KAUNSELING D’PUNCAK Keluaran September, 2018 Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut untuk maklumat lanjut:- 03-32584069—Pejabat Am UKK 03-32584084—Sulaiman Selamat 03-32584085— Mawaddah Fida Farid 03-32584094—Azila Bakri 03-32584074– Nurfatihah Aziz 03-32584081—Mohd Zulkhairi Ibrahim Pengenalan Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Lan “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Mengikut kamus dewan Edisi ke-4, emosi ditakrian sebagai perasaan jiwa yang kuat, seper perasaan sedih, gembira, takut manakala kecerdasan pula adalah kesempurnaan akal (untuk berfikir, menger, seper kepandaian, kepintaran, kecerdikan)

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · adalah merupakan faktor utama yang boleh disandarkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling faham memahami

1

KECERDASAN EMOSI

B U S I N E S S N A M E

Newsletter Title

N E W S L E T T E R D A T E

KAUNSELING

D’PUNCAK

Keluaran September, 2018

Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan

kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut

untuk maklumat lanjut:-

03-32584069—Pejabat Am UKK

03-32584084—Sulaiman Selamat

03-32584085— Mawaddah Fida

Farid

03-32584094—Azila Bakri

03-32584074– Nurfatihah Aziz

03-32584081—Mohd Zulkhairi

Ibrahim

Pengenalan

Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Latin “emovere” yang

membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan

keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Mengikut

kamus dewan Edisi ke-4, emosi ditakrifkan sebagai perasaan jiwa yang kuat,

seperti perasaan sedih, gembira, takut manakala kecerdasan pula adalah

kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti, seperti kepandaian, kepintaran,

kecerdikan)

Page 2: Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · adalah merupakan faktor utama yang boleh disandarkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling faham memahami

2

Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengurus diri sendiri dari aspek perasaan, emosi

dan juga tingkahlaku (Goleman, 1998). Kejayaan seseorang pekerja dalam sesebuah organisasi adalah

bergantung kepada bagaimana pekerja tersebut mengurus serta mengawal emosi secara bijak. Kecerdasan

emosi ditempat kerja adalah dilihat melalui tingkahlaku seseorang apabila mereka berada dalam situasi

genting yang melibatkan perasaan dan tekanan (stress).

Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan

perubahan dari sudut diri, psikologi dan fisiologi. Perubahan emosi ini banyak memberi kesan kepada

persekitaran terutamanya apabila seseorang berada di dalam sebuah organisasi. Emosi yang terkeluar melalui

komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku seseorang boleh menimbulkan

salah faham yang mana boleh menyebabkan sesuatu organisasi lumpuh dan komunikasi menjadi tidak

mencapai tahap komunikasi berkesan.

Secara ringkasnya Kecerdasan Emosi melibatkan tiga faktor utama iaitu:-

Kebolehan menilai dan melahirkan emosi diri sendiri dan orang lain dengan tepat

Kebolehan menyesuaikan emosi dalam diri sendiri dan orang lain

Menggunakan kecerdasan emosi untuk merancang, memula dan melaksanakan tindakan

Apa emosi anda hari ini?

Page 3: Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · adalah merupakan faktor utama yang boleh disandarkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling faham memahami

3

7 Kategori Kecerdasan Emosi

Saiful, Fuad dan Rahman (2010) dalam kajian mereka berkenaan kecerdasan emosi membahagikan

kecerdasan emosi kepada 7 kategori iaitu:-

1) Emotional Control (Pengawalan Emosi)

Keupayaan mengawal emosi diri sendiri, emosi yang menganggu (luaran) dan keupayaan mengawal

perubahan emosi yang tidak dijangka (impulsif)

2) Emotional Maturity (Kematangan Emosi)

Keupayaan untuk memudahkan dan membimbing kecenderungan emosi diri sendiri dan orang lain bagi

mencapai matlamat yang telah dirancang

3) Emotional Conscientiousness (Kehematan Emosi) Keupayaan seseorang untuk mengambil tanggungjawab dan menjaga integriti untuk perkembangan diri sendiri

4) Emotional Awareness (Kepekaan Emosi)

Keupayaan mengetahui dan memahami keadaan serta emosi diri sendiri dan orang lain di persekitaran

5) Emotional Commitment (Komitmen Emosi)

Keupayaan mengurus dan menyelaraskan emosi dan bekerja dengan orang lain dalam kumpulan atau

organisasi ke arah matlamat yang sama.

6) Emotional Fortitude (Keanjalan Emosi)

Keupayaan dalam rundingan dan menyelesaikan perselisihan faham yang melibatkan emosi.

7) Emotional Expression (Ekspresi Emosi)

Keupayaan menyampaikan, menyesuaikan emosi diri-sendiri serta mempengaruhi corak pemikiran dan

tingkah laku seseorang untuk mengubah sesuatu keadaan.

Page 4: Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · adalah merupakan faktor utama yang boleh disandarkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling faham memahami

4

Kecerdasan Emosi dan Organisasi

Organisasi merupakan tempat paling banyak berlakunya konflik terutamanya yang melibatkan salah faham

dalam menyampaikan maklumat mahupun dalam pekerjaan seharian. Akibat dari perhubungan yang tidak

harmoni dan suasana yang tidak kondusif ini menyebabkan sesuatu kerja terganggu dan boleh menjejaskan

pencapaian setiap organisasi. Mohd Azhar (2002) menyatakan, pengendalian emosi yang baik dapat

membentuk kepercayaan, kesetiaan, komitmen, produktiviti dan inovasi dalam kalangan individu, kumpulan

dan sesebuah organisasi. Ini adalah kerana apabila setiap pekerja memahami tahap kecerdasan emosi mereka

sendiri dan faham peranan yang harus dijalankan, secara tidak langsung pekerja dapat memberi fokus dalam

menyempurnakan setiap tugasan.

Ciri-ciri mereka yang mempunyai kecerdasan emosi:-

Empati: iaitu memahami orang lain secara mendalam

Pandai mengurus kemarahan

Kemampuan untuk menyesuaikan diri

Disukai oleh rakan di pejabat

Semangat setiakawan yang tinggi

Page 5: Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · adalah merupakan faktor utama yang boleh disandarkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling faham memahami

5

Penutup

Kecerdasan emosi memainkan peranan penting dalam membangunkan pekerja yang matang dalam sesebuah

organisasi. Kemampuan untuk mengurus kercerdasan emosi dan memahami orang lain dipersekitaran kita,

adalah merupakan faktor utama yang boleh disandarkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling

faham memahami bagi mendepani kehidupan seharian.

Sekiranya berminat untuk menjalankan ujian berkaitan kecerdasan emosi, sila hubungi kaunselor Unit Kerjaya

Kaunseling untuk temujanji.

Rujukan:

1. Oxford Dictionary of Psychology, Andrew M. Colman, 1995

2. Mohd Azhar Yahaya (2004), Kompetensi Kecerdasan Emosi Dan Kesannya Terhadap Keberkesanan

Organisasi, Jurnal Pengurusan Awam Jilid 3 Bilangan 1

3. Saiful, Fuad & Rahman(2010) USMEQ-i Manual, KKMED Publication: Malaysia

Oleh:-

Encik Mohd Zulkhairi Ibrahim Pegawai Psikologi Kanan Unit Kerjaya & Kaunseling Kampus Puncak Alam

Editor dan reka letak: Nurfatihah Aziz Sumber gambar : Google image