salam kaunselor - careercounselling4u.uitm.edu.my · tonjolkan sikap mesra, berkenalan dan mudah...

2
… PERSONALITI ... Penulis: Pn Masrina Abdul Halim K.B.,P.A. Personaliti berasal dari perkataan Latin ''pesona'', yang membawa maksud topeng, pelindung muka atau juga mengeluarkan suara (personare). Maksud ini merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Secara umumnya personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Terdapat pelbagai ujian personaliti antaranya adalah NEO PI-R (The Revised NEO Personality Inventory) untuk mengukur The Big FIVE Personality Traits; NEO FFI (NEO-Five Factor Inventory) yang merupakan versi pendek dari NEO PI-R dan Inventori Personaliti Sidek (IPS). Dalam ilmu psikologi, domain-domain pada The Big Five Personality Traits sering digunakan untuk menerangkan keperibadian atau personaliti seseorang. Domain-domain tersebut adalah : O : Openness C : Conscientiousness E : Extraversion A : Agreeableness N : Neuroticism Openness - Individu yang suka mencari dan berkongsi pengalaman untuk kepuasan diri sendiri. - Bersifat kreatif, berbudaya, prihatin, berfikiran luas dan sensitif. - Individu yang rendah Openness bersikap lebih kepada perkara-perkara praktikal dan cenderung kepada minat yang bertentangan. Conscientiousness - Individu yang berorganisasi, berketahanan tinggi, gigih dan bermotivasi tinggi untuk mencapai matlamat sesuatu perkara. - Bersikap suka bekerja keras, mempunyai pengurusan yang baik dan boleh bergantung harap. - Individu yang rendah Conscientiousness sering bersikap malas, tidak terurus dan tidak konsisten. Extraversion - Individu yang suka berinteraksi dan ransangan sosial untuk membina keyakinan diri mereka selain mewujudkan persaingan. - Bersikap suka kepada aktiviti sosial, berkomunikasi, aktif, mesra dan peramah - Individu yang rendah Extraversion juga digelar sebagai Introversion lebih bersikap pemendam, senyap dan menyendiri. Agreeableness - Golongan yang cenderung kepada orientasi interpersonal. - Bersikap prihatin, fleksibel, dipercayai, baik dan sopan, pemaaf, lembut hati, bertoleransi dan bekerjasama. - Individu yang rendah Agreeableness lebih bersikap kepada membangkang, protes, bersifat dingin dan antagonis. Neuroticism - Individu yang tidak stabil dari sudut emosi, dan sering menangani masalah yang dihadapi dengan cara yang tidak produktif. - Bersikap sering keresahan, marah, malu, beremosi dan sering bimbang. - Individu yang rendah Neuroticism mempunyai tahap kestabilan emosi yang tinggi, tenang, berkeyakinan tinggi dan terkawal . Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493 https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A. SALAM KAUNSELOR BIL. 4 (2018)

Upload: dangliem

Post on 09-Jul-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SALAM KAUNSELOR - careercounselling4u.uitm.edu.my · Tonjolkan sikap mesra, berkenalan dan mudah berbual-bual. ercakaplah tentang orang berbanding dengan idea, benda atau data. Tunjukkan

… PERSONALITI ...

Penulis: Pn Masrina Abdul Halim K.B.,P.A.

Personaliti berasal dari perkataan Latin ''pesona'', yang membawa maksud topeng, pelindung muka atau juga mengeluarkan suara

(personare). Maksud ini merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi

pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Secara

umumnya personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Terdapat pelbagai ujian personaliti

antaranya adalah NEO PI-R (The Revised NEO Personality Inventory) untuk mengukur The Big FIVE Personality Traits; NEO FFI

(NEO-Five Factor Inventory) yang merupakan versi pendek dari NEO PI-R dan Inventori Personaliti Sidek (IPS). Dalam ilmu

psikologi, domain-domain pada The Big Five Personality Traits sering digunakan untuk menerangkan keperibadian atau personaliti

seseorang. Domain-domain tersebut adalah :

O : Openness

C : Conscientiousness

E : Extraversion

A : Agreeableness

N : Neuroticism

Openness - Individu yang suka mencari dan berkongsi pengalaman untuk kepuasan diri sendiri.

- Bersifat kreatif, berbudaya, prihatin, berfikiran luas dan sensitif.

- Individu yang rendah Openness bersikap lebih kepada perkara-perkara praktikal dan cenderung kepada minat yang bertentangan.

Conscientiousness - Individu yang berorganisasi, berketahanan tinggi, gigih dan bermotivasi tinggi untuk mencapai matlamat sesuatu perkara.

- Bersikap suka bekerja keras, mempunyai pengurusan yang baik dan boleh bergantung harap.

- Individu yang rendah Conscientiousness sering bersikap malas, tidak terurus dan tidak konsisten.

Extraversion - Individu yang suka berinteraksi dan ransangan sosial untuk membina keyakinan diri mereka selain mewujudkan persaingan.

- Bersikap suka kepada aktiviti sosial, berkomunikasi, aktif, mesra dan peramah

- Individu yang rendah Extraversion juga digelar sebagai Introversion lebih bersikap pemendam, senyap dan menyendiri.

Agreeableness - Golongan yang cenderung kepada orientasi interpersonal.

- Bersikap prihatin, fleksibel, dipercayai, baik dan sopan, pemaaf, lembut hati, bertoleransi dan bekerjasama.

- Individu yang rendah Agreeableness lebih bersikap kepada membangkang, protes, bersifat dingin dan antagonis.

Neuroticism - Individu yang tidak stabil dari sudut emosi, dan sering menangani masalah yang dihadapi dengan cara yang tidak produktif.

- Bersikap sering keresahan, marah, malu, beremosi dan sering bimbang.

- Individu yang rendah Neuroticism mempunyai tahap kestabilan emosi yang tinggi, tenang, berkeyakinan tinggi dan terkawal.

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.

SALAM KAUNSELOR BIL. 4 (2018)

Page 2: SALAM KAUNSELOR - careercounselling4u.uitm.edu.my · Tonjolkan sikap mesra, berkenalan dan mudah berbual-bual. ercakaplah tentang orang berbanding dengan idea, benda atau data. Tunjukkan

Openness

Banyakkan berkongsi maklumat, perkembangan idea dan menggunakan kaedah yang kreatif dalam penyelesaian sesuatu masalah.

Timbulkan kebijaksanaan individu tersebut terhadap isu-isu semasa berbanding hanya berborak biasa atau bergossip.

Untuk individu yang kurang openness, timbulkan perbualan sesuatu yang dihadapi pada waktu dan di tempat itu juga. Fahami bahawa

individu tersebut hanya berfikir secara kecil dan hanya berurusan dengan sesuatu perkara pada waktu itu dan di tempat itu.

TIPS APABILA BERHADAPAN DENGAN INDIVIDU BERBEZA PERSONALITI

Setiap daripada kita mempunyai perbezaan personaliti dan ianya menjadikan kita sebagai makhluk yang unik.

Oleh itu, usahlah kita mengkelaskan atau menghukum keperibadian seseorang sebaliknya menghormati perbezaan yang

wujud sesama manusia dan diri sendiri. Latihlah diri untuk menjadi lebih kreatif dalam pergaulan dan komunikasi sosial

agar kehidupan kita lebih sejahtera.

Neuroticism

Apabila berhadapan dengan individu yang Neuroticism, jangan tonjolkan perasaan takut, bimbang dan gemuruh anda kepada mereka.

Cubalah untuk menjadi seorang pendengar yang baik

Jika boleh, kurangkan penekanan kepada tarikh akhir ‘deadlines’ atau kesan jika sesuatu projek yang dirancang bakal menemui

kegagalan.

Tunjukkan juga sikap prihatin dan minat terhadap kebajikan individu tersebut.

Agreeableness

Biasakan diri anda dan relaks. Berurusan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan untuk mencapai hubungan kerja yang cemerlang.

Apabila berhadapan dengan individu yang kurang atau tidak Agreeableness, sentiasa sabar dan bertoleransi. Bagaimanapun, tetapkan

dan nyatakan satu tahap untuk setakat mana mampu mengawal dengan sikap atau respon dingin sebegitu. Ini kerana, kadangkala

individu yang Disagreeable tanpa sedar mahukan orang lain untuk mencegah sikap anti sosial mereka itu.

Extraversion

Tonjolkan sikap mesra, berkenalan dan mudah berbual-bual. Bercakaplah tentang orang berbanding dengan idea, benda atau data.

Tunjukkan juga minat untuk meneruskan hubungan kerja sesama mereka.

Apabila berhadapan dengan individu yang Introversion, bergerak secara perlahan-lahan dalam membentuk satu hubungan dengan

mereka. Jangan terkeliru dengan ‘senyap’ dan ‘kurang minat’. Hormati dan sentiasa bertoleransi dengan sikap ‘menyendiri’ itu.

Perbincangan idea, benda dan data secara serius berbanding berkata mengenai orang.

Conscientiousness

Berikan mereka kebebasan dan jangan berleter atau membebel kepada mereka. Mereka biasanya taat pada komitmen yang telah

diberikan dan mampu menyelesaikan tanpa sebarang gesaan.

Apabila terlalu sibuk, mereka akan kerap kali terlepas pandang beberapa perkara. Jadi, sentiasa mengingatkan atau memaklumkan

kepada mereka yang memerlukan tanggungjawab mereka.

Untuk individu yang kurang Conscientiousness dalam tugasan atau pekerjaan, sentiasalah membuat susulan “follow up” daripada

mereka yang berautoriti, sentiasa ingatkan mereka dengan tarikh akhir kerja “deadlines”.

Rujukan: Andrew J. DuBrin. Human Relations: Interpersonal Job-Oriented Skills. Duane P. Schultz dan Sydney Ellen Schultz. Theories of Personality. Mischel. W. (1999). Introductory to personality (6th ed). Florida: Harcourt Brace College Pub. Pam Sheridan. (2005). Sallyport Megazine, Employee Creativity: “It’s a Matter of Management”