pemikiran tidak rasional - careercounselling4u.uitm.edu.my · penulis: encik rosdi ali k.b.,p.a....

2
Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493 https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A. SALAM KAUNSELOR BIL. 3 (2018) PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL Penulis: Encik Rosdi Ali K.B.,P.A. Pernah atau tidak kita bayangkan apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran yang tidak rasional? Dalam bahasa mudah, ia bertentangan dengan pemikiran yang rasional. Manusia seringkali menafikan apabila orang lain menyatakan bahawa dia mempunyai pemikiran yang tidak rasional atau negatif. Hal ini disebabkan oleh persepsi atau pengetahuan tentang pemikiran tidak rasional hanya berdasarkan jangkaan sahaja. Berikut disenaraikan 12 pemikiran yang tidak rasional seperti yang dinyatakan oleh Albert Ellis dalam Theory of Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) pada tahun 1977. Cuba anda renungkan sejenak, adakah anda sedang mengalami pemikiran-pemikiran yang dinyatakan di bawah ini. Jika anda mempunyai satu atau lebih pemikiran ini sehingga menjejaskan kehidupan seharian, sila dapatkan khidmat nasihat mereka yang profesional bagi membantu anda menyelesaikan masalah berkenaan. Ini kerana pemikiran yang rasional, akan menzahirkan emosi dan tindakan yang positif. 1. Saya mesti diterima oleh orang yang rapat atau orang yang signifikan dalam hidup saya kerana ia sangat penting bagi saya. 2. Saya mesti disayangi oleh keluarga, kekasih atau sesiapa sahaja yang penting dalam hidup saya kerana ia merupakan perkara penting bagi diri saya. 3. Saya percaya bahawa semua masalah pasti ada jawapannya dan jika saya tidak mendapat jawapannya bererti saya tidak bagus dan tidak berguna. 4. Saya mesti mendapatkan apa yang saya harapkan, mahukan dan jangkakan dan jika saya gagal mendapatkannya ia adalah suatu keadaan yang sangat mengecewakan dan teruk. 5. Saya percaya bahawa masalah orang lain mesti menjadi masalah saya dan saya bertanggungjawab ke atasnya. 6. Lari daripada masalah adalah lebih baik daripada menghadapi masalah tersebut. 7. Saya hanya bagus dan berguna jika saya tidak mempamerkan kekurangan saya. ika saya mempamerkan kekurangan diri, saya adalah tidak bagus, teruk, tidak berguna dan orang lain mungkin tidak akan menerima saya. 8. Saya percaya bahawa orang jahat, tidak adil, kejam dan melampau mestilah dipersalahkan dan diambil tindakan. 9. Saya mesti bergantung kepada orang lain dalam meneruskan kehidupan saya. 10. Saya mesti sentiasa beringat tentang bahaya yang mungkin berlaku. 11. Saya tidak boleh berubah, lebih-lebih lagi zaman lampau telah mencorakkan diri saya pada hari ini. 12. Kebahagiaan saya berpunca daripada orang lain atau di luar kawalan diri saya dan saya tidak berkuasa untuk

Upload: phunghanh

Post on 10-Mar-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL - careercounselling4u.uitm.edu.my · Penulis: Encik Rosdi Ali K.B.,P.A. Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA,

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493

https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.

SALAM KAUNSELOR BIL. 3 (2018)

PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL Penulis: Encik Rosdi Ali K.B.,P.A.

Pernah atau tidak kita bayangkan apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran yang tidak rasional? Dalam bahasa

mudah, ia bertentangan dengan pemikiran yang rasional. Manusia seringkali menafikan apabila orang lain

menyatakan bahawa dia mempunyai pemikiran yang tidak rasional atau negatif. Hal ini disebabkan oleh persepsi

atau pengetahuan tentang pemikiran tidak rasional hanya berdasarkan jangkaan sahaja. Berikut disenaraikan 12

pemikiran yang tidak rasional seperti yang dinyatakan oleh Albert Ellis dalam Theory of Rational Emotive Behavior

Therapy (REBT) pada tahun 1977. Cuba anda renungkan sejenak, adakah anda sedang mengalami

pemikiran-pemikiran yang dinyatakan di bawah ini. Jika anda mempunyai satu atau lebih pemikiran ini sehingga

menjejaskan kehidupan seharian, sila dapatkan khidmat nasihat mereka yang profesional bagi membantu anda

menyelesaikan masalah berkenaan. Ini kerana pemikiran yang rasional, akan menzahirkan emosi dan tindakan yang

positif.

1. Saya mesti diterima oleh orang yang rapat atau orang yang signifikan dalam hidup saya kerana ia sangat

penting bagi saya.

2. Saya mesti disayangi oleh keluarga, kekasih atau sesiapa sahaja yang penting dalam hidup saya kerana ia

merupakan perkara penting bagi diri saya.

3. Saya percaya bahawa semua masalah pasti ada jawapannya dan jika saya tidak mendapat jawapannya bererti

saya tidak bagus dan tidak berguna.

4. Saya mesti mendapatkan apa yang saya harapkan, mahukan dan jangkakan dan jika saya gagal mendapatkannya

ia adalah suatu keadaan yang sangat mengecewakan dan teruk.

5. Saya percaya bahawa masalah orang lain mesti menjadi masalah saya dan saya bertanggungjawab ke atasnya.

6. Lari daripada masalah adalah lebih baik daripada menghadapi masalah tersebut.

7. Saya hanya bagus dan berguna jika saya tidak mempamerkan kekurangan saya. ika saya mempamerkan

kekurangan diri, saya adalah tidak bagus, teruk, tidak berguna dan orang lain mungkin tidak akan menerima

saya.

8. Saya percaya bahawa orang jahat, tidak adil, kejam dan melampau mestilah dipersalahkan dan diambil tindakan.

9. Saya mesti bergantung kepada orang lain dalam meneruskan kehidupan saya.

10. Saya mesti sentiasa beringat tentang bahaya yang mungkin berlaku.

11. Saya tidak boleh berubah, lebih-lebih lagi zaman lampau telah mencorakkan diri saya pada hari ini.

12. Kebahagiaan saya berpunca daripada orang lain atau di luar kawalan diri saya dan saya tidak berkuasa untuk

Page 2: PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL - careercounselling4u.uitm.edu.my · Penulis: Encik Rosdi Ali K.B.,P.A. Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA,

Berubah Daripada Pemikiran Tidak Rasional Kepada Pemikiran Yang Lebih Rasional

Rujukan: Corey, G. (2005). Student Manual Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy. California: Brooks/Cole publishers. Ellis, A., & Harper, R. (1997). Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy. California: Thomson Brooks/Cole. Melati Sumari et al. (2014). Teori Kaunseling Dan Psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

KEKUATAN BOLEH JADI KELEMAHAN,

KELEMAHAN BOLEH JADI KEKUATAN...

Encik Rosdi Ali K.B.,P.A. Pegawai Psikologi Kanan

UiTM Shah Alam

1. PERTIKAIKAN LOGIK INDIVIDU

Logik yang dimaksudkan dalam konteks ini adalah suatu keadaan yang menjadi kebiasaan pada seseorang individu.

Sebagai contoh, apabila seseorang individu tidak mahu menyuarakan pendapat ketika berada dalam sesuatu

mesyuarat. Individu itu tidak semestinya tidak mahu menyatakan pendapatnya tetapi mungkin terdapat faktor lain

yang menghalangnya daripada meneruskan tindakannya untuk terus bersuara.

2. PERTIKAI KEPERCAYAAN INDIVIDU MENGGUNAKAN BUKTI

Kepercayaan tidak rasional seseorang individu boleh dipertikai dengan cara mengemukakan bukti. Sebagai contoh,

apabila berhadapan dengan individu yang kemurungan setelah melalui episod kegagalan dalam kehidupannya.

Individu ini boleh dijelaskan dan diingatkan tentang kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai sebelum ini sebagai

bukti kepadanya bahawa kegagalan sekali bukanlah bererti gagal untuk selamanya.

3. PERTIKAIKAN FUNGSI INDIVIDU

Kepercayaan tidak rasional seseorang individu juga boleh dipertikai dengan cara memberi perhatian kepada kesan

yang akan dialami oleh individu apabila mereka mengamalkan kepercayaan tersebut. Dalam hal ini, seseorang

individu boleh dibimbing dengan memikirkan bahawa keadaan itukah yang diinginkan terjadi kepada dirinya.

4. MEMBENTANGKAN RASIONAL

Dalam cara ini, seseorang individu dibentangkan dengan rasional kepercayaan lain bagi menggantikan kepercayaan

tidak rasional yang sedang dialami. Cara ini boleh membantu individu menukar kepercayaan tidak rasional kepada

kepercayaan yang lebih rasional. Contohnya “Saya tidak boleh berubah, lebih-lebih lagi zaman lampau telah

mencorakkan diri saya pada hari ini”. Kepercayaan yang lebih rasional adalah “ Saya boleh memulakan langkah

pertama untuk perubahan diri sendiri”