54305896-konsep-perlembagaan

53
PENGENALAN Kira-kira 1000 tahun yang lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke- 15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka. Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britain atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal colonial British ini bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri- negeri Melayu yang lain. Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan Tanah Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besi dan timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campu

Upload: ctmaisara

Post on 12-Jan-2016

261 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

GOOD

TRANSCRIPT

Page 1: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

PENGENALAN

Kira-kira 1000 tahun yang lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah

menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan

perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-

10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang

di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal

abad ke- 15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik

minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan

atau koloni di Selat Melaka.

Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britain

atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan

kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal colonial

British ini bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi

semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain.

Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat

untuk mendapatkan Tanah Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil

mentah seperti biji besi dan timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambil

peluang campu rtangan dalam negeri-negeri Melayu. Disebabkan perang saudara,dan

gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah

penduduk di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan

kuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan

Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri

lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah,

Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand. Di Borneo pula, Borneo

Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang

Page 2: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik

keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris).

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis,

sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan

Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan

mahukan sistem yang pro- Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan

sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan

kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka).

Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama

Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura. Persekutuan yang baru diwujudkan

di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan

Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak.

Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai

Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa

kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal

penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk

Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik

diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei 1969.

Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan

bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan

sebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun

1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing

tersebut meninggalkan banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah

mengubah sosio-politik negara.

Page 3: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN

Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta

sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan perlembagaan menjadi

lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik seperti negara Malaysia.

Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial

yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara serta

melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai perlembagaan persekutuan yang

mengandungi 183 perkara yang merangkumi undang – undang tertinggi di Malaysia. Ia

merupakan satu dokumen undang – undang yang telah dibentuk berasaskan kepada

dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan

Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat

daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Maka

Perlembagaan berkenaan telah berkuat kuasa sejurus selepas Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian

mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan :

· Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan

· Bahagian 2 - Kebebasan asasi

· Bahagian 3 - Kewarganegaraan

· Bahagian 4 - Persekutuan

· Bahagian 5 - Negeri-negeri

· Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri

· Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan

Page 4: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

· Bahagian 8 - Pilihanraya

· Bahagian 9 - Kehakiman

· Bahagian 10 - Perkhidmatan awam

· Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat

· Bahagian 12 - Am dan pelbagai

· Bahagian 13 - Peruntukan sementara

· Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya

· Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Menurut Dr. Pisol Maidin melalui pautan http://budaklaw.wordpress.com di dalam

tajuk Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia ada

menyatakan Perlembagaan adalah sumber undang – undang tertinggi sesebuah

negara. Ia juga berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang – undang

samada di pihak kerajaan atau rakyat dan secara umumnya, perlembagaan terbahagi

kepada dua iaitu :

Perlembagaan bertulis – Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu

dokumen.

Perlembagaan tidak bertulis – Semua prinsip perlembagaan yang tidak

terkumpul dalam satu dokumen seperti undang – undang yang diluluskan oleh

Parlimen dan keputusan – keputusan mahkamah.

Page 5: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Malaysia mengamalkan Perlembagaan bertulis di mana badan perundangan,

kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan. Seperti yang kita

ketahui, Perlembagaan Malaysia terdiri daripada :

1. Teks

15 Bahagian

183 Perkara dan fasal – fasal

2. Jadual – jadual

13 jadual

Yang mana ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman,

kedudukan agama Islam, Kewarganegaraan, Bahasa kebangsaaan, Kedudukan dan

keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah. Di Malaysia, tidak

ada mana – mana institusi yang boleh mengatasi ketinggian kuasa Perlembagaan.

Malah, ketiga – tiga badan kerajaan iaitu badan Kehakiman, Perundangan dan

Eksekutif serta Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

Kuasa – kuasa perundangan dan kehakiman yang dijalankan di mahkamah juga

tertakluk kepada sekatan – sekatan yang dikenakan atau tertakluk di dalam

Perlembagaan.

Ini semua kerana terkandung dengan nyata di dalam Perlembagaan pada

perkara 4(1):

Perlembagaan Malaysia adalah undang – undang utama persekutuan dan apa –

apa undang – undang yang diluluskan yang berlawanan dengan Perlembagaan

adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.

Page 6: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

PENDAPAT – PENDAPAT TOKOH MENGENAI PERLEMBAGAAN

TUN SALLEH ABBAS

Surat catatan atau surat cara yang mengandungi semua undang-

undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah

negara yang moden.

SHAMSUL AMRI

Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak

bertulis. Menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa

antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana

kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

SALMAH HUSSAIN

Suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara yang

merangkumi organisasi pentadbiran dan kemasyarakatan. Perlembagaan

tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin

keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara.

Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa

yang lain, atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan

masyarakat antarabangsa.

RUSLAN ZAINUDDUIN

Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan

undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa

pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat.

Page 7: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah Negara.

Konsep Perlembagaan

Merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah Negara

KONSEP

PERLEMBAGAAN

Page 8: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Bermatlamat untuk memberikan

jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

Perlembangan Persekutuan mengandungi 131 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, YDPA, keistimewaan raja-raja ,Melayu dan hak orang bukan melayu, soal bahasa Melayu, agama, kehakiman, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya.

TIDAK BERTULIS: Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang adat. Contoh: adat perpatih.

BERTULIS: Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Contoh: Perlembagaan

Malaysia

Page 9: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN
Page 10: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

UNSUR-UNSUR

PERLEMBAGAAN

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

Page 11: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Unsur – unsur tradisi adalah antara faktor penting untuk mewujudkan identity

Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Ia juga merupakan sebuah

kontrak sosial yang telah dipersetujui dan disepakati. Unsur – unsur tradisi yang

terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia meliputi

Bahasa

Agama

Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

serta kedaulatan pemerintahan beraja.

Ketiga- tiga aspek atau tradisi ini amat penting dan termaktub di dalam

Perlembagaan antara tujuan untuk menstabilkan sistem politik di Nagara Malaysia. Hak

bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai agama rasmi

negara serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan

Sarawak serta kuasa raja- raja tidak boleh di sentuh atau dipertikaikan.

Selain itu, unsur tradisi in juga dilindungi dibawah Akta Hasutan¹ atau lebih di

kenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Internal Security Act 1960 (ISA)

Ini menyatakan bahawa jika terdapat sebarang hasutan berkaitan dengan unsur – unsur

tradisi ini maka seseorang atau pemula hasutan boleh dikenakan tidakan dibawah Akta

Keselamatan Dalam Negeri. Maka di sini unsur – unsur tradisi boleh dianggap sebagai

isu yang sensitif serta dilarang dijadikan isu perbincangan awam.

Unsur- unsur ini penting kerana menjadi faktor penting untuk mewujudkan identiti

Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan, ia juga merupakan satu

“kontrak sosial”. Ianya telah pun wujud semenjak ratusan tahun sebelum Perlembagaan

Persekutuan 1963 dan ia berperanan menstabilkan sistem politik negara” (Tun Salleh

Abbas bekas Ketua Hakim Negara).

Page 12: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Agama Islam

Perkara 3 Islam sebagai Agama rasmi. Walaupun agama Islam dianggap sebagai agama rasmi, namun agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas

Pemerintahan berajaPerkara 32,38(4)

Kedudukan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan negara, Kewujudan institusi ini adalah sebagai simbol kuasa,kestabilan politik dan perpaduan etnik.

Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Hak ini meliputi pejawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,pendidikan,permit dan lesen perniagaan, selain itu berkaitan dengan perezaban tanah perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan penarikan hak berkaitan terhadap kaum lain. Etnik lain juga diberikan ruang untuk terlibat dalam perkara yang serupa dengan bilangan yang minoriti.

U N S U R - U N S U R D A L A M P E R L E M B A G A A N

M A L A Y S I A

Page 13: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

KRONOLOGISEJARAH

PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

SEHINGGA PENUBUHAN

MALAYSIA

Page 14: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

TAHUN PERISTIWA PENERANGAN

1874 PERJANJIAN PANGKOR

Sejarah perlembagaan Malaysia bermula

apabila Sultan menandatangani Perjanjian

Pangkor pada 10 September 1877 di Pulau

Pangkor. Merupakan perjanjian bertulis antara

negeri Perak dengan British. Perjanjian tersebut

menjadi kesinambungan kepada pembentukan

perlembagaan Malayan Union.

1946 JAWATANKUASA KERJA

Dianggotai oleh 4 orang wakil Raja Melayu,

2 wakil UMNO, 6 wakil pegawai British. Tugas

utamanya adalah untuk merangka

perlembagaan baru yang boleh diterima orang

Melayu.

1946JAWATANKUASA

PERUNDING

Dianggotai oleh 5 orang Eropah, 2 orang

Cina, 2 orang India. Peranan jawatankuasa ini

adalah untuk mendapatkan pandangan orang

bukan Melayu mengenai draf perlembagaan .

Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor

dan membuat pindaan perlembagaan yang

dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya

menerima perlembagaan tersebut dan

dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi

Page 15: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

CIRI-CIRI UTAMA

DALAM SETIAP

PERINGKAT KE

ARAH

PENGGUBALAN

PERLEMBAGAAN

Ciri – ciri Malayan Union

Malayan Union merupakan

gabungan 11 buah Negeri-negeri

Page 16: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Melayu Bersekutu, Negeri Melayu tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri Selat . Ciri-ciri

utama Malayan Union ialah Singapura telah diasingkan menjadi Tanah Jajahan

Mahkota kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas. Selain itu, Malayan Union

diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. Manakala, Raja-raja

Melayu dilantik sebagai ahli Majlis Raja- raja dan hanya membincangkan soal agama

dan adat istiadat orang Melayu. Kerakyatan sama rata berdasarkan prinsip jus soli yang

menjadi asas kerakyatan Malayan Union juga telah diperkenalkan. Pada maa yang

sama, Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan diwujudkan sebagai badan pelaksana dan

perundingan.

Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu merupakan gabungan 11 buah negeri , 4

buah negeri-negeri Melayu Bersekutu, 5 buah negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2

buah Negeri Selat. Kerajaan Pusat diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu 2

badan kerajaan iaitu Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan. Negeri pula diketuai oleh

sultan dan jawatan Menteri Besar diwujudkan sebagai pentadbir negeri. Selain itu,

konsep Raja Berperlembagaan telah diwujudkan, kuasa raja ditentukan oleh

Perlembagaan. Sistem kerakyatan diperketatkan. Kerakyatan jus soli hanya untuk

rakyat melayu dan rakyat British yang lahir di sesebuah negeri Melayu dan menjadi

rakyat negeri itu secara automatik. Rakyat British ialah mereka yang lahir dan tinggal di

Pulau Pinang dan Melaka malahan British juga telah mengiktiraf semula ketuanan

Melayu yang diperakui sejak Perjanjian Pangkor.

Ciri- ciri Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada

Mac 1956. Tujuan pembentukannya adalah

untuk berbincang dan susun Perlembagaan

Page 17: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Suruhanjaya Reid diketuai oleh Lord Reid

( Hakim British ). Tugas Suruhanjaya ialah merangka Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu yang merdeka.

Ciri-ciri Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Cobbold adalah sebuah suruhanjaya yang diwujudkan adalah untuk

meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya

ini turut membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.

Suruhanjaya ini bertugas dari Februari ke April 1962 dan seterusnya mengemukakan

laporan kepada British pada Jun 1962. Ahli-ahli yang terlibat ialah Lord Cobbolt, Sir

Antony Abell, dan Sir David Waterson.

Page 18: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Kepentingan perlembagaan kepada negara kita ialah untuk

menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.

Perlembagaan juga dapat menentukan rangka, bentuk

pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin

pentadbiran yang cekap, jujur dan adil.

Perlembagaan seterusnya dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Perlembagaan

dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti

kebebasan diri, kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama.

Perlembagaan juga penting apabila ia dapat menentukan

batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.

Perlembagaan juga dapat memupuk unsur taat setia kepada

negara.Seseorang itu akan dilucutkan kerakyatannya jika

kerajaan Malaysia mendapati dia tidak setia atau telah memperolehi

kerakyatan negara lain.

KEPENTINGAN

PERLEMBAGAAN

DALAM KONTEKS

HUBUNGAN ETNIK

DI MALAYSIA

Secara amnya perlembagaan amat penting untuk mewujudkan satu bentuk

pemerintahan negara yang adil dan dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan

kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir

menjalankan tugasnya tanpa berlakunya penyalahgunaan kuasa. Ini adalah pengajaran

yang diambil kesan dari kezaliman dan penyalahkuasaan kuasa pemimpin-pemimpin

terdahulu. Selain daripada sebab-sebab yang diperbicangkan, terdapat beberapa

kepentingan perlembagan kepada negara kita seperti yang dinyatakan berikut:-

Page 19: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Perlem bagaan juga penting dalam

m em astikan wujudnnya keadilan

sosial antara kaum , hak kebebasan asasi

m anusia dihadkan bagi m engelakkan

berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara

kaum . Parlim en telah m eluluskan pindaan Akta Hasutan (1970),

yang m enghadkan kebebasan bercakap

bagi m engelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini..

Perlem bagaaan juga berperanan

supaya hak keistim ewaan orang

M elayu dan bum iputera di Sabah

dan Saraw ak tidak boleh dipersoalkan sebagaim ana yang dipersetujui dalam Persekutuan Tanah

M elayu dan pem bentukan

M alaysia.

Perlem bagaan juga penting untuk

m ew ujudkan integrasi nasional bagi

m em percepatkan lagi proses pem bentukan

negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat. Ia juga penting sebagai

panduan pem erintahan kerajaan negeri

Perlem bagaan Persekutuan bukan saja m em peruntukan kuasa

kepada pem erintah, tetapi juga kepada

Rakyat m elalui kebebasan

asasi( Bahagian 2, Perkara 5-13) dan hak

istim ew a orang M elayu. Keadaan ini

secara tidak langsung akan m em bentuk

pem bahagian kuasa dan dapat

m engelakkan daripada dom inasi kuasa oleh

sesuatu pihak.

Sebagaim ana yang digariskan dalam

Perlem bagaan, terdapat beberapa

peruntukan tertentu yang khas untuk YDPA

dan Raja/ Yang Dipertua Negeri. Dalam

hal ini w alaupun baginda m em punyai

bidang kuasa tertentu tetapi segala tindakan

m ereka adalah tertakluk kepada

Perlem bagaan ( Bahagian 4 , Bab 3, Perkara 40). Jadi , ini dapat m engelakkan

penyalahgunaan kuasa oleh pem erintah.

Page 20: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Setiap perlembagaan atau undang-undang ada kepentingannya. Begitu juga

dengan perlembagaan Malaysia. Kebanyakkan kepentingannya yang dinyatakan

seperti di atas banyak mengekalkan perpaduan antara semua kaum dan keistimewaan

orang melayu di Malaysia ini. Antara keistimewaannya ialah, menjamin kestabilan

sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Di dalam

merangka dan membentuk pentadbiran ketua atau Perdana Menteri bersama ahli

kabinet hendaklah meneliti dahulu perlembagaan.

Perlembagaan dijadikan sebgai panduan di dalam merangka sesuatu kenyataan.

Dengan mengambil kira perlembagaan semasa merangka dan bentuk pentadbirannya

kestabilan sesebuah Negara dapat di nikmati dengan baik. Selain itu juga dengan

adanya perlembagaan ini dapat membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran,

keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.

Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garis panduan bagaimana cara gerak kerja

sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapat dijalankan dengan lancar sehingga

berjaya.

Selain itu juga aspek yang paling penting di dalam pentadbiran ialah kejujuran,

keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran menjalankan tugas di dalam sesebuah

Negara. Kerana di sinilah terletaknya kepercayaan rakyat terhadap seseorang

pemimpin sebagai wakil mereka untuk membangunkan sebuah Negara yang maju dan

harmoni. Perlembagaan juga sebagai panduan pemimpin setiap semasa memerintah

supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Ini

kerana masa hadapan rakyat dan Negara terletak diatas bahu seorang pemimpin yang

berkaliber dan bertanggungjawab di dalam mengatur dan mengurus Negara supaya

segala kemudahan dan kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat.

Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan inilah

rakyat akan terus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan rakyat. Dengan

tertubuhnya perlembagaan ini juga menyatakan seseorang yang mempunyai

kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kerakyatan kewarganegaraannya dan boleh

dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara ini.

Page 21: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Malaysia secara khususnya tidak memerlukan golongan yang derhaka pada

Negara yang akan membawa kepada kehancuran dan kemusnahan yang disebabkan

tiada kesetiaan pada Negara. Oleh itu, dengan perlembagaan ini rakyat Malaysia akan

terus mempertahankan hak mereka supaya tidak mudah di cabuli. Bagi mereka yang

tidak ada kesetiaan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Akhir kata, kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang

sesungguhnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan

pemerintahan Negara ini. Walaupun ia sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan

terperinci, setakat ini ia telah berjaya melicinkan pentadbiran Negara. Perlembagaan

sebenarnya adalah tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.

Perlembagaan juga telah menjadi dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen

di Malaysia. Melalui perlembagaan setiap warganegara sama ada pemerintah dan

rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya

Page 22: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

KONTRAK SOSIAL

DALAM KONTEKS

HUBUNGAN ETNIK

DI MALAYSIA

KONSEP KONTRAK SOSIAL

Page 23: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Menurut sejarah idea mengenai ‘kontrak sosial’ mula berkembang di Eropah

pada abad ke-17 dan 18.Istilah asal Kontrak Sosial (the social contract) telah

dikemukakan oleh Plato,seorang ahli falsafah Yunani,lebih 2500 tahun yang lalu dalam

tulisannya ‘The Republic’.Namun begitu penjelasan secara terperinci mengenainya

tidak diberi oleh beliau.

Konsep kontrak sosial kemudiannya dijelaskan dengan lebih mendalam oleh ahli

falsafah seperti Hugo Grotius, Jaque Rousseau, John Locke, Thomas Hobbes dan

Kant. Tiga orang ahli falsafah yang banyak menghidupkan dan mewarnai teori kontrak

sosial dalam sains politik moden Barat,ketika zaman pencerahan dan Revolusi Industri

adalah Thomas Hobbes (Leviathan,1651M) ,diikuti oleh John Locke (Two Treaties of

Government ,1960) dan Jean Jacques Rousseau (Du Contact Social 1762).

Manakala dalam Islam persoalan-persoalan mengenai kontrak sosial telah

diperjelaskan oleh Rasulullah di dalam Piagam Madinah (Sahifah Madinah) sewaktu

perjalanan dakwah baginda mewujudkan Negara Islam di Madinah. Piagam Madinah

adalah dianggap kontrak sosial dan perlembagaan bertulis yang pertama di Dunia.

Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, maka baginda terus menggubal

piagam yang dinamakan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) sebagai asas kepada

pembentukan sebuah negara baru iaitu Daulah Islamiyyah. Sahifah yang menjadi

dokumen asas negara ini digubal berdasarkan wahyu semata-mata. Antara kandungan

yang jelas adalah unsur pembentukan Negara, hubungan antara orang Islam dan kafir

serta hubungan luar negara. Keseluruhan perkara yang diperbincangan menjadi contoh

bagi kontrak sosial dalam Agama Islam.

Dalam tamadun Melayu pula, kontrak sosial dapat dikesan di dalam Sejarah

Melayu (Salalatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang (1612) yang menyebut perjanjian

antara Sang Purba (Raja) dan Demang lebar daun (rakyat).Yang dipersetujui bersama

Page 24: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

ialah perlunya rakyat patuh kepada Raja selagi raja berlaku adil. Ungkapan yang

dipegang oleh rakyat ialah ‘Raja adil raja disembah, Raja zalim Raja disanggah’.

Hasil dari istilah-istilah kontrak sosial yang diperolehi melalui sejarah definisi

Kontrak sosial ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu

maksud atau tujuan antara dua pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.

KONTRAK SOSIAL DI NEGARA MALAYSIA

Page 25: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Kontrak sosial di Malaysia bermula apabila British mula berfikir untuk

memerdekakan negara-negara jajahan mereka.Dalam masa yang sama rakyat di

Tanah Melayu juga memulakan usaha menuntut kemerdekaan daripada British. British

telah meletakkan syarat bahawa untuk mencapai apa yang mereka sebut sebagai

sebuah ‘kemerdekaan’, penduduk negara tersebut mestilah mengadakan apa yang

mereka sebut sebagai sebuah ‘kemerdekaan’.Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak

akan mencapai kemerdekaan kerana British menjadikan permuafakatan itu sebagai

prasyarat.

Elemen-elemen penting yang terdapat dalam kontrak sosial ini telah menjadi

keutamaan dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957. Semasa kontrak

sosial ini dibincangkan antara kaum Melayu, Cina dan India sebelum merdeka, British

telah menawarkan kepada orang Cina dan India, sekiranya mereka tidak mereka tidak

bersetuju untuk menerima syarat yang ditetapkan ini, British memberi mereka dua

pilihan iaitu pulang ke negara asal mereka dan berpindah ke negara-negara Asia di

bawah jajahan takluk British. Pada waktu itu kaum Cina dan India telah bersetuju

dengan kontrak sosial tersebut.

Kontrak sosial juga telah menjadi anak kunci kepada hubungan kaum

sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Kontrak sosial juga menjadi asas

kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara Demokrasi Berparlimen,

Raja Berpelembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Kontrak sosial telah

memainkan peranan penting dalam perkara perlembagaan, kemerdekaan, hubungan

kaum dan sistem pemerintahan.

Seawal termeterainya kontrak ini di awal pembinaan negara, hal ini dipandang

relevan kerana masyarakat bukan bumiputera masih baru di tanah ini. Namun setelah

Page 26: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

masa selama 50 tahun berlalu, generasi terkemudian, masyarakat yang lahir daripada

benih penduduk bukan bumiputera tadi sudah merasakan bahawa mereka juga rakyat

Malaysia yang perlu mendapat kesaksamaan hak dalam menongkah arus kehidupan di

bumi tercinta ini. Isu ini sememangnya antara isu yang boleh membawa negara ke arah

kemusnahan sekiranya tidak difahami secara teliti terutamanya oleh generasi muda

dewasa ini.

Perlembagan Persekutuan Malaysia pada hari ini merupakan hasil dari kontrak

Sosial yang telah dipersetujui antara etnik dalam proses pembentukan Negara

semasa;

Bantahan orang melayu terhadap rancangan Malayan Union melahirkan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Pemuafakatan pelbagai etnik di wakili oleh Parti Perikatan, cadangan NGO’s dan

Raja-Raja Melayu-Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Pemuafakatan antara etnik merangkumi Sabah dan Sarawak dalam Penubuhan

Malaysia-Perlembagan Persekutuan Malaysia 16 September 1963

Semasa proses pembentukan Perlembagaan Perseketuan terdapat beberapa

kaedah yang di praktikan antara etnik

konsep win-win solution/situation

persefahaman, tolenrasi,berkongsi kuasa.

sedia berkorban

Contoh; Orang melayu sanggup memberikan kerakyatan manakala bukan melayu

sanggup menerima hakikat kedudukan istimewa orang melayu. Hasilnya prinsip “jus

soli” diterima dan 80000 etnik cina diterima menjadi warganegara.

Page 27: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

PERBINCANGAN MENGENAI KONTRAK SOSIAL

Page 28: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Setelah merujuk banyak buku dan melayari internet berkaitan dengan Kontrak

Sosial kami berpendapat bahawa kontrak sosial ini merupakan satu perjanjian yang

tidak bertulis yang telah dimeterai oleh pemerintah dan pentadbir Negara pada zaman

sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Kontrak sosial ini masih lagi

menjadi pegangan dan ikutan oleh pemimpin pada masa kini. Bagi kami, kontrak sosial

ini memang merupakan tindakan bijak yang dilakukan oleh pemimpin tiga kaum utama

di Malaysia iaitu Melayu, India, dan Cina dalam menjadikan rakyat Tanah Melayu yang

pada masa itu berkerjasama dan hidup sebagai satu komuniti masyarakat yang

harmoni. Masyarakat ,Malaysia pada masa itu terlalu bersikap pasif terhadap satu sama

lain. Pada masa tersebut, setiap kaum hanya mementingkan keadaan dan keperluan

kaum masing-masing sahaja. Malah pada masa itu perasaan cinta kepada Tanah

Melayu masih belum terpahat dalam diri rakyat bukan Melayu. Ini seterusnya membawa

kepada pembentukan perjanjian yang tidak bertulis yang telah membawa kepada

permuafakatan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Malah kontrak sosial ini turut

menjamin keamanan Negara sehingga ke hari ini.

Dapat dikatakan di sini bahawa pemimpin pada zaman dulu telah mengambil

keputusan yang bijak dengan mewujudkan kontrak sosial yang terus diikuti walaupun

tiada bukti hitam putih yang menyatakan perkara tersebut. Permuafakatan antara kaum

akan terus terpelihara jika semua orang mengetahui tentang kontrak sosial ini dan

terus mengikutinya.

RUMUSAN

Page 29: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara

hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam

kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu.

Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang

diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk

membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju.

Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial ini dengan

menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dengan mematuhi

perlembagaan yang telah dibentuk dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan

ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang erat dan padu serta

mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan menyenangkan. Dalam kata-

kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan

berasaskan kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Dan inilah

semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah

masyarakat majmuk di Malaysia.

Page 30: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

REFLEKSI KENDIRI

Pada 21 Februari 2011 yang lalu, guru- guru pelatih PISMP dari semester tiga

telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran WAJ3106, Hubungan

Etnik. Tugasan ini merupakan sebuah tugasan kumpulan yang terdiri daripada tiga

orang ahli. Kumpulan saya terdiri daripada saya LINGGESWARAN ILMAREN, YASOTA

KAVARI dan SHARMILA DEVI GOPAL.

Tugasan Hubungan Etnik pada kali ini banyak membincangkan berkaitan dengan

Perlembagaan Malaysia. Ianya telah menjelaskan secara terperinci bagaimana

golongan terdahulu berkorban untuk mendapatkan Kemerdekaan malah membentuk

sebuah kerajaan daripada tangan Penjajah.

Melalui tugasan kali ini juga telah memberi peluang kepada saya untuk

mendalami dan memahami kandungan Perlembagaan Malaysia. Ia juga memberi

peluang kepada saya mengkaji dan menilai peraturan dan undang – undang yang

ditetapkan di dalam Perlembagaan. Malah, secara tidak langsung ia dapat

meningkatkan kefahaman saya tentang unsur – unsur tradisi yang terkandung di dalam

Perlembagaan dan keutamaan untuk mengetahui dan menjaganya.

Selain itu, tugasan ini telah membuka mata saya tentang hubungan etnik di

Malaysia dan kepentingan sebuah Perlembagaan untuk menjaga dan mengawal

kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara yang mempunyai berbilang etnik.

Selain itu, ia juga memberi pemahaman kepada saya tentang kewujudan kontrak sosial

yang harus di peliharan dan difahami.

Akhir kata, melalui tugasan ini dapat saya simpulkan bahawa bukan mudah

untuk membentuk sebuah kerajaan yang mempunyai berbilang etnik di dalamnya.

Perlembagaan sesebuah negara haruslah dijunjung dan dihayati sebagai satu panduan

menjaga keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara.

LINGGESWARAN ILMAREN .

Page 31: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

REFLEKSI KENDIRI

Pada 21 Februari 2011 yang lalu, guru pelatih PISMP semester tiga telah diberi

satu tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran WAJ3106, Hubungan Etnik.

Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa

yang agak singkat itu, kami dikehendaki untuk mendapatkan maklumat berkaitan

dengan perlembagaan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Haji

Bakri kerana menjadi hala tuju kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Beliau telah

memberikan banyak pandangan dan idea bagi menyiapkan tugasan ini. Sebelum

memulakan tugasan, En. Haji Bakri telah memberikan penerangan yang terperinci

mengenai tugasan yang diberikan ini. Mujurnya kami diberikan peluang untuk

menyiapkan tugasan ini dalam kumpulan tiga orang.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut

masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain.

Saya terpaksa berbuat begitu untuk mengelakkan diri daripada menghadapi masalah

kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai perlembagaan dalam nota

pembelajaran kami, jadi ini dapat memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan ini

pada waktunya.

Saya telah berusaha untuk mendapatkan maklumat berkenaan tugasan ini

dengan merujuk sumber-sumber yang disediakan di Pusat Sumber IPG KTAA. Selain

itu, sumber internet juga telah membantu saya untuk mendapatkan beberapa maklumat

tambahan berkaitan tugasan. Saya juga telah mendapatkan gambar-gambar yang

menarik dan berkaitan bagi kegunaan tugasan kerja kursus ini.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah

musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi

penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak

Page 32: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, ’Bulat air kerana pembetung, bulat

manusia kerana muafakat’. Saya dan rakan-rakan saya bersatu-padu dan sentiasa

berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Saya akan berbincang dan

meminta pandangan rakan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan

izin Tuhan, saya akan mempraktikkan sebaik mungkin nanti. Setelah membuat banyak

pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.

Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang sejarah penggubalan perlembagaan

dan kaitannya dengan perpaduan dengan lebih mendalam. Saya juga dapat mengetahui

kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di sesebuah negara dan

kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Saya akan berusaha sedaya

upaya untuk mengekalkan perpaduan yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum di

negara Malaysia yang gemilang ini.

Walaupun menghadapi sedikit masalah, saya dan rakan-rakan telah berjaya

menyiapkan tugasan kerja kursus pendek yang diberikan ini dengan sempurna dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara semua

pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah

pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih dan dapat digunakan dalam menempuh

arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang.

Akhirnya, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima

kasih kepada pensyarah, rakan-rakan, keluarga dan insan-insan yang membantu saya

secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan tugasan kerja kursus pendek

ini.

YASOTA A/P KAVARI

Page 33: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : LINGGESWARAN A/L ILMAREN (901006-02-5793)

SHARMILA DEVI A/P GOPAL (900101-06-5844)

YASOTA A/P KAVARI (901119-04-5504)

KUMPULAN : PISMP BT/PJ/KH SEMESTER : 3

MATA PELAJARAN : HUBUNGAN ETNIK

PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK HAJI BAKRI

TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN T/TANGAN

21.2.11 Menerima soalan tugasan dan

taklimat daripada pensyarah

matapelajaran

Tugasan perlu dihantar

selewat-lewatnya 11

Mac 2011

22.2.11 Membuat rancangan Membuat perancangan

untuk mencari sumber

maklumat

24.2.11 Mencari maklumat Mencari maklumat dari

beberapa buah buku di

pusat sumber

Mengumpul maklumat

dari internet

Page 34: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

27.2.11Menyediakan draf

Menyusun maklumat

3.3.11 Menganalisis

maklumat berdasarkan

kehendak tugasan

Menghubungkait

maklumat yang relevan

13.9.11

17.9.11

Membuat kerja kursus Membuat huraian

terperinci

Memasukkan data dan

maklumat yang

diperolehi ke dalam

kerja kursus

Menaip segala input

yang diperlukan

9.3.11 Menyempurnakan

tugasan

Membuat semakan

terakhir

11.3.11 Menghantar tugasan lengkap

kepada pensyarah pembimbing

Diterima dan direkodkan

Page 35: 54305896-KONSEP-PERLEMBAGAAN

BIBLIOGRAFI

1.Internet

a.http://www.malaysianbar.org.my

b. http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-6-perlembagaan-presentation

c. http://5s2st.netfirms.com/sejarah5.htm a

d. www.scribd.com/doc/8024671/tajuk 6 perlembagaanmalaysia

e. www.scribd.com/doc/16539305/Kontrak-Sosial-Dalam-an Malaysia

f..http://www.scribd.com/doc/13592503/Bab 7-Perlembagaan Malaysia

g. www.pemuda-enggang.org

2.Shamsul Amri Baharudin.Modul hubungan Etnik.Kuala Lumpur.

Kementrian Pengajian Tinggi

3.Mohamad Salleh Abas 1987.Sejarah Perlembagaan Malaysia.Dewan Bahasa dan

Pustaka.

4.Nota-nota kuliah.

(http://www.malaysianbar.org.my

( www.scribd.com/doc/16539305/Kontrak-Sosial-Dalam-an yang dilayari pada 1hb Ogos

2009

(www.pemuda-enggang.org yang dilayari pada 1Ogos 2009)