5 refleksi.docx

3
ARMAZURIN BIN AB RAZAK 910922-06-5437 Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus Pendidikan Jasmani Suaian, kod PJM3114. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada pensyarah penasihat kami iaitu Encik Ahmad Jalani Bin Halus yang banyak memberi input secara langsung dan tidak langsung semasa di dalam atau di luar waktu pengajaran. Semasa melaksanakan tugasan ini terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi. Diantaranya, masalah kawalan murid. Mereka mudah bosan dengan aktiviti yang dilaksanakan. Selain itu, mereka juga tidak dapat memberi tumpuan yang lama terhadap aktiviti yang dijalankan. Mereka juga sangat agresif dan sangat aktif bergerak ketika kita hendak mengajar mereka. Kekangan ini semua memberi kesan yang mendalam terhadap sesi pengajaran yang hendak dijalankan. Semua masalah yang kami hadapi dapat ditangani dengan tenang dan bijaksana. Kami telah mengumpul masalah yang kami hadapi dan berbincang dengan dalam kumpulan bagaimana masalah ini boleh diatasi. Selain itu juga, saya juga berbincang dengan ahli kumpulan lain dan bertanyakan pendapat mereka tentang strategi yang mereka gunakan dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Semua hasil perbincangan sangat membantu saya dan ahli kumpulan. Kami menggunakan kaedah ganjaran bagi mengawal tingkah laku mereka. Jika mereka berkelakuak baik, kami memberi ganjaran kepada mereka seperti air susu dan makanan. Selain itu, kami juga menggunakan pujian bagi membentuk tingkah laku yang baik. Kami memberi pujian supaya mereka terus menjaga tingkah laku yang dihendaki untuk mendapatkan pujian. Dengan cara ini, kami dapat mengawal kelas murid dengan baik.

Upload: sitifatimah92

Post on 15-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

ARMAZURIN BIN AB RAZAK910922-06-5437Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus Pendidikan Jasmani Suaian, kod PJM3114. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada pensyarah penasihat kami iaitu Encik Ahmad Jalani Bin Halus yang banyak memberi input secara langsung dan tidak langsung semasa di dalam atau di luar waktu pengajaran.Semasa melaksanakan tugasan ini terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi. Diantaranya, masalah kawalan murid. Mereka mudah bosan dengan aktiviti yang dilaksanakan. Selain itu, mereka juga tidak dapat memberi tumpuan yang lama terhadap aktiviti yang dijalankan. Mereka juga sangat agresif dan sangat aktif bergerak ketika kita hendak mengajar mereka. Kekangan ini semua memberi kesan yang mendalam terhadap sesi pengajaran yang hendak dijalankan.Semua masalah yang kami hadapi dapat ditangani dengan tenang dan bijaksana. Kami telah mengumpul masalah yang kami hadapi dan berbincang dengan dalam kumpulan bagaimana masalah ini boleh diatasi. Selain itu juga, saya juga berbincang dengan ahli kumpulan lain dan bertanyakan pendapat mereka tentang strategi yang mereka gunakan dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Semua hasil perbincangan sangat membantu saya dan ahli kumpulan. Kami menggunakan kaedah ganjaran bagi mengawal tingkah laku mereka. Jika mereka berkelakuak baik, kami memberi ganjaran kepada mereka seperti air susu dan makanan. Selain itu, kami juga menggunakan pujian bagi membentuk tingkah laku yang baik. Kami memberi pujian supaya mereka terus menjaga tingkah laku yang dihendaki untuk mendapatkan pujian. Dengan cara ini, kami dapat mengawal kelas murid dengan baik.Bagi mengatasi masalah cepat merasa bosan terhadap aktiviti, saya dan rakan-rakan merancang satu aktiviti dan ansur maju yang sangat menyeronokkan dan membantu mereka menguasai kemahiran yang hendak dipelajari secara berperingkat. Apabila mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik dengan ansur maju pergerakan yang membantu mereka, mereka berasa puas dan ingin melakukan aktiviti berulang kali. Ini dapat menarik perhatian mereka dan mereka tidak merasa bosan dengan aktiviti kerana aktiviti yang dilaksanakan membolehkan mereka rasa satu kejayaan dalam melaksanakan aktiviti. Kami juga menggunakan alat bantu mengajar yang menarik. Bola yang berwarna-warni, alatan yang selamat dan sesuai, semua ini membantu mereka dalam menguasai kemahiran, ini membuatkan mereka tertarik dalam menjalani sesi PnP. Dengan cara ini, secara tidak langsung dapat menarik tumpuan mereka terhadap sesi PnP. Tingkah laku mereka yang agresif dan hyperaktif dapat dikawal dengan baik. Semua strategi ini dapat dijalankan dengan baik dan memberi kesan yang positif.Antara kekuatan yang dikenalpasti dan sangat membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini ialah mempunyai pensyarah pembimbing yang sangat mahir dalam bidang ini. Dengan pengetahuan yang sangat mendalam yang ada pada beliau, kami usaha menimba ilmu dengan sebanyak mungkin dan semua ini sangat membantu kami. Pandangan, perkongsian ilmu, teguran dan nasihat yang diberikan oleh beliau sangat membantu kami dalam menyelesaikan masalah yang kami hadapi seterusnya membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya mempunyai ahli kumpulan yang sangat berdedikasi terhadap tugas yang diberi. Jika kami mempunyai masalah, kami mudah berbincang dalam menangani masalah yang dihadapi. Komunikasi yang berkesan membantu melancarkan setiap perkara. Kekuatan lain pula ialah mempunyai kawasan gimnasium yang sangat sesuai untuk dijalankan aktiviti. Murid berkeperluan selesa melakukan aktiviti kerana kawasan yang yang selamat dan kondusif. Semua ini memainkan peranan penting dalam mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Murid dapat memberi tumpuan dan fokus tehadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, tugasan ini amat berharga buat saya kerana banyak memberi input bagaimana untuk menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap murid berkeperluan khas. Tugasan ini adalah satu pengaliran ilmu yang secara langsung dan berkesan. Kami dapat mencapai pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengaplikasian ilmu yang telah kami perolehi dalam topik-topik tertentu yang telah kami pelajari dan kaji. Lantaran adalah amat berguna untuk kami sebagai seorang bakal guru yang berjaya pada masa depan. Melalui pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya memperolehi banyak ilmu yang sangat berguna. Baru saya sedari mengajar murid berkeperluan khas sangat mencabar dan bukanlah satu yang mudah. Aktiviti yang dirancang perlu sesuai dengan keupayaan murid dan perancangan pengajaran perlu diteliti dengan cermat supaya sesi pengajaran yang dijalankan dapat membantu murid-murid dan bukanlah mendatangkan kecederaan kepada mereka. Perlu kita sedari sebagai guru Pendidikan Jasmani, aktiviti yang dilaksanakan kepada murid berkeperluan khas bukanlah sekadar bermain malah ia adalah satu terapi kepada mereka dalam menguasai kemahiran sebenar.