47440294 kepentingan warm up

4

Click here to load reader

Upload: nong-photiwong

Post on 24-Apr-2015

19 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pjm

TRANSCRIPT

Page 1: 47440294 Kepentingan Warm Up

Kepentingan Warm-up Atau Memanaskan Badan.

Memanaskan badan memainkan peranan yang penting kepada tubuh badan seperti: (1)

Menyediakan kestabilan tubuh untuk menanggung beban. (2) Mengurangkan

kebarangkalian kecederaan (3) Penyediaan minda untuk menjalani latihan.

Memanaskan badan perlulah terdiri daripada memanaskan sendi-sendi yang terlibat

dalam latihan. Bahagian sendi yang utama yang perlu diberi perhatian adalah pada

sendi bahu. Ini kerana sendi ini adalah yang paling lemah berbanding sendi-sendi yang

lain.

Warm-up dimulakan dari kaki dan bergerak ke atas manakala warm-down pula dari

kepala hingga ke kaki. Warm-down amat penting kerana ia memastikan asid laktik yang

terhasil di otot-otot hasil daripada latihan yang dilakukan dapat mengalir ke seluruh

badan. Asid laktik yang terkumpul pada sesuatu bahagian badan boleh menyebabkan

kelenguhan pada bahagian tersebut. Selain itu warm-down berperanan memulihkan

kembali otot-otot yang tegang.

Bagaimana Mengurangkan Lemak Di Perut

Terdapat dua kaedah yang harus dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk

menghilangkan lemak di perut iaitu melalui diet dan latihan berbentuk erobik.

Pengurangan lemak di perut penting kerana ia akan menyembunyikan bentuk otot-otot

perut anda.

Sudah pasti diet yang dimaksudkan adalah diet yang mempunyai tahap lemak yang

rendah sebaliknya mempunyai karbohidrat kompleks seperti nasi atau ubi kentang.

Latihan-latihan yang bersifat erobik yang dilakukan 3-4 kali seminggu adalah cara

terbail untuk membakar lemak di perut. Yang dimaksudkan dengan erobik adalah

latihan-latihan yang memerlukan anda menarik nafas secara lebih kerap.

Page 2: 47440294 Kepentingan Warm Up

Latihan yang melebihi 20 minit adalah kaedah yang terbaik. Tetapi ia akan

menyebabkan kebarangakalian kerosakan otot dan kecederaan yang lebih tinggi. Oleh

sebab itu warm-up dengan melakukan gerakan ringan selama 5-10 dan regangan atau

"stretching" 20-30 saat untuk setiap otot dapat mengurangkan kecederaan.

Senaman ini amat sesuai untuk wanita bagi menguruskan badan serta rebuild bentuk

badan supaya lebih tegap dan tegeng.

Meliputi bahagian dada, belakang lengan, perut dan belakang peha (meliputi pinggul)

kerana bahagian ini yang paling menunjol menyumbang kepada kegemukkan apabila

dipandang.

Senamrobik (wajib)

Merupakan satu senaman yang paling effective untuk membakar lemak di seluruh

badan dan bahagian yang paling utama dada, belakang lengan (triceps), perut dan

belakang peha. Senamrobik lebih sesuai dan menyeronokkan apabila diiringi dengan

lagu-lagu dance.

Bagi Ahli Bina Badan senamrobik boleh menyatakan lagi setiap permukaan otot

(nampak lean).Tetapi bagi atlet bina badan yang ingin menambah berat badan meraka

akan berhenti daripada melakukan senamrobik ini adalah kerana senamrobik boleh

menurunkan berat badan dengan cepat ( pembakaran lemak berlaku secara

berterusan).

Dada (Chest) (lakukan 2 minggu sekali)

Latihan ini sama sebagai mana di lakukan oleh ahli binabadan tetapi ianya dilakukan

dengan beban yang sangat ringan. Jika ahli bina badan dengan beban mencapai 300 -

500 paun tetapi dalam latihan ini cuma 10 atau 15 paun sahaja. Dan ianya haruslah

dilakukan berulang kali. Jumlah bilangan adalah : 2 set dengan 12-15 ulangan setiap

Page 3: 47440294 Kepentingan Warm Up

set.

set pertama : 12-15 ulangan

set kedua : 12-15 ulangan

* Jumlah berat bergantung kepada kemampuan pastikan jumlah berat tersebut dapat

memenuhi jumlah bilangan diatas.Cadangan 10 -15 paun. Seeloknya gunakan mesin

kerana lebih selamat

Belakang Lengan (triceps) (wajib)

Latihan ini agak sukar untuk dilakukan. Haruslah dilakukan dengan berhati-hati.

set pertama : 12-15 ulangan

set kedua : 12-15 ulangan

* Jumlah berat bergantung kepada kemampuan pastikan jumlah berat tersebut dapat

memenuhi jumlah bilangan diatas.Cadangan 5- 10 paun. Seeloknya gunakan mesin

kerana lebih selamat

* Bagaimana nak pastikan ianya berkesan?

Bahagian terlibat akan terasa seolah -olah terbakar dan panas.

Belum Siap lagi .... bahan belum cukup!

Belakang Peha (hamstring) & Pinggul (wajib)

Mudah dilakukan dengan membuat senaman dengan cara baring mengiring ke

kiri,kanan dan angkat kaki ke atas. teknik ke-2 dengan cara baring telentang dengan

mengangkat kedua2 kaki dan membuat kayuhan membulat seperti mengayuh basikal.

senaman ini boleh juga di Lakukan dengan bebanan ringan sahaja.

set pertama : 12-15 ulangan

set kedua : 12-15 ulangan

* Jumlah berat bergantung kepada kemampuan pastikan jumlah berat tersebut dapat

memenuhi jumlah bilangan diatas.Cadangan 5- 10 paun. Seeloknya gunakan mesin

Page 4: 47440294 Kepentingan Warm Up

kerana lebih selamat.

PETUA

anda boleh mempelajari dengan jurulatih atau mengikut panduan diatas, selamat

mencuba