46701035 sinopsis saudagar besar dari kuala lumpur

99

Upload: erniey-mohamed

Post on 04-Aug-2015

1.261 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
Page 2: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 1( Halaman 1 hingga 9 )

A. Latar tempat : Pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Pagi ( waktu pejabat )

C. Watak dan perwatakan : 1. Encik Muhammad

Anak Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman

Pengarah Urusan Firma Dagang Internasional, salah sebuah anak syarikat Tan Enterprise

Bijak mengurus, mentadbir, merancang, dan berkomunikasi dalam urusan pentadbiran.

Mempunyai mata yang cerah bersinar dengan biji mata hitam yang agak besar

2. Datuk Tan Pengerusi Syarikat Tan Enterprise Bertolak ansur dan merendah diri

3. Mahani Setiausaha Encik Muhammad Berperwatakan menarik, sopan, dan bersederhana. Manis dengan senyuman. Cekap melaksanakan tugas

D. Plot : Peristiwa 1

Pada pukul 11.30 malam semalamnya Datuk Tan menerima panggilan telefon daripada Encik Muhammad. Encik Muhammad ingin menemuinya untuk membincangkan kontrak pembekalan lada hitam ke Jerman. Oleh itu, keesokan paginya Datuk Tan pergi ke pejabat Encik Muhammad. Pada ketika itu Encik Muhammad masih belum sampai di pejabatnya. Mahani telah mempersilakan Datuk Tan masuk dan mempelawa Datuk Tan minum kopi tetapi ditolaknya pelawaan itu dengan baik kerana Datuk Tan telah bersarapan di rumahnya. Datuk Tan menunggu Encik Muhammad di dalam bilik Encik Muhammad. Sambil menunggu ketibaan Encik Muhammad Datuk Tan memerhatikan keadaan sekeliling bilik Encik Muhammad. Setelah Encik Muhammad sampai, mereka mula berbincang dan

1

Page 3: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

keputusan telah berjaya dicapai. Datuk Tan kemudian meninggalkan pejabat Encik Muhammad.

Peristiwa 2

Setelah Datuk Tan beredar, Encik Muhammad memanggil Mahani ke biliknya. Mahani muncul dengan senyum simpul sambil membawa buku nota trengkas dan pensel. Mahani mencatat segala arahan yang diberikan oleh Encik Muhammad. Antaranya beliau meminta Mahani menghubungkan beliau dangan Pengerusi Syarikat Frankfurt Import-eksport di Frankfurt melalui telek hari ini juga. Arahan kedua ialah beliau meminta Mahani memberitahu semua pegawai dan kakitangan bahawa mereka semua dijemput hadir ke jamuan makan tengah hari di Paddock. Kemudian dia menyuruh Mahani menghubungkan beliau dengan Tuan Von Braun iaitu ejen Syarikat Jerman itu.

Peristiwa 3

Sebelum meninggalkan pejabat Encik Muhammad, Mahani ditegur oleh Encik Muhammad kerana memanggil beliau dengan panggilan ‘tuan’ sedangkan beliau meminta Mahani memanggilnya dengan panggilan ‘pak cik’. Mahani akur dengan permintaan Encik Muhammad itu demi menjaga perhubungannya dengan Encik Muhammad, iaitu orang yang menganggapnya seperti anaknya sendiri.

2

Page 4: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 2( Halaman 10 hingga 17 )

A. Latar tempat : Rumah Datuk Tan

B. Latar masa : Pada waktu malam, subuh, dan tengah hari

C. Watak dan Perwatakan : 1. Datuk Tan

Gemar membaca Beragama Kristian tetapi tidak taat pada agama

2. Datin Tan Isteri Datuk Tan Seorang yang mengambil berat dan prihatin

D. Plot : Peristiwa 1

Datuk Tan tidak sabar menunggu saat kejayaannya yang terbaru bersama Encik Muhammad. Beliau yakin dengan kebolehan Encik Muhammad kerana beliau mewarisi kebolehan Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman, anak Orangkaya Indera Datuk Muhammad Saman bin Bendahara Muda iaitu orang besar wilayah yang pertama berkongsi dengan tauke Cina melombong bijih. Begitu juga dengan Datuk Idris yang dilantik menggantikan ayahnya menjadi orangkaya wilayah tersebut dan mewarisi perniagaan lombong. Kini, Datuk Tan pula berkongsi dengan pewaris keluarga tersebut iaitu Encik Muhammad yang menubuhkan Syarikat dagangnya sendiri sebagai anak syarikat kepada Syarikat Tan Enterprise.

Peristiwa 2

Pada 23 November kelak Datuk Tan bercadang mengadap sultan pada hari puja umur baginda dan ingin mencadangkan supaya Encik Muhammad dilantik menyandang gelaran Orangkaya Wilayah Sungai Tualang yang masih kosong itu. Beliau turut berfikir dan mencuba memohon perkenan Baginda untuk melantik Encik Muhammad menyandang gelaran tersebut. Beliau juga ingin mencari jalan yang sesuai bagi menyingkirkan Penghulu Mahmud. Lamunan Datuk Tan diganggu oleh Datin Tan dan mereka kemudian berbincang tentang hasrat untuk bercuti dan memancing di Jeram Medang

3

Page 5: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Datin Tan bangun pada tengah hari. Datuk Tan pula telah pergi ke pejabat pada awal pagi. Datin Tan berasa keseorangan dan terkenangkan anak-anaknya iaitu Lily yang tinggal di asrama Universiti Malaya dan Robert yang sedang menuntut di London dalam Jurusan Kejuruteraan Lombong. Datin Tan kemudiannya berfikir-fikir hendak membawa anak gadisnya itu bercuti ke Pekan Tualang namun dirasakannya mustahil kerana Datuk Tan sudah tentu tidak akan membenarkan. Datin Tan juga hairan memikirkan Robert yang tidak tertarik kepada agama kristian walaupun setelah tinggal selama tiga tahun di Barat.

4

Page 6: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 3( Halaman 18 hingga 25 )

A. Latar tempat : Rumah Cik Puan Tipah ( kebun orkid )

B. Latar masa : Pada waktu pagi dan tengah hari

C. Watak dan Perwatakan : 1. Cik Puan Tipah

Isteri Encik Muhammad Seorang wanita yang jelita, bergaya, dan berwibawa Pembersih

2. Ali Pembantu di kebun orkid milik Cik Puan Tipah Rajin dan jujur

3. Minah Isteri Ali Pembantu di rumah Cik Puan Tipah

4. Jahid Anak lelaki Penghulu Mahmud Berpengalaman dan berhemah tinggi

5. Rohana (Ana) Anak bongsu Cik Puan Tipah Lincah dan periang

D. Plot : Peristiwa 1

Sewaktu Cik Puan Tipah sibuk menguruskan orkid di kebunnya, Ali telah memberikannya sepucuk surat yang diambil dari peti surat di rumahnya itu. Surat itu adalah daripada Jahid iaitu anak lelaki Penghulu Mahmud. Jahid menjadi pengganti ayahnya dalam mengambil tahu hal ehwal keluarga di kampung. Isi kandungan surat tersebut menyatakan tentang pendapat pegawai pertanian daerah bahawa tanah mereka di Jeram Medang sesuai untuk tanaman orkid namun memerlukan belanja yang besar kerana ditumbuhi lalang. Cik Puan Tipah bercadang menanam orkid jenis-jenis ‘vanda’ yang bunganya boleh dijual di pasaran dengan mudah. Cik Puan Tipah turut

5

Page 7: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

bercadang melantik Jahid sebagai pengurus berdasarkan pengalamannya menjadi pengelola ladang getah Datuk Tan.

Peristiwa 2

Cik Puan Tipah kemudiannya terkenangkan anaknya Rahim kerana kerap menulis surat dari London tentang kemerosotan moral di seluruh dunia oleh manusia pada zaman kini yang telah menurunkan darjat mereka, menjadi hamba kepada kekayaan, hawa nafsu, dan kemewahan termasuklah ayahnya sendiri iaitu Encik Muhammad. Suaminya turut tidak memahami cara anaknya itu berfikir. Cik Puan Tipah dapat merasakan perubahan dalam diri Rahim setelah lama belajar di London. Lamunan Cik Tipah terganggu oleh suara Rohana iaitu anaknya yang baru pulang dari sekolah. Selepas beberapa ketika, Mahani datang dengan tujuan membincangkan tentang percutian mereka ke Jeram Medang di Pekan Tualang.

6

Page 8: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 4( Halaman 26 hingga 33 )

A. Latar tempat : Rumah Tan Sri Syed Aris

B. Latar masa : Pada waktu malam hingga subuh

C. Watak dan Perwatakan : 1. Syarifah Mahani ( Mahani )

Dilahirkan pada 5 Oktober 1959 ( berusia 21 tahun ) Seorang yang ceria Taat pada agama dan ibu bapa

2. Syarifah Mu’inah Isteri muda Encik Muhammad Penyayang dan bertanggungjawab

3. Tan Sri Syed Aris Penyabar dan tabah menghadapi dugaan Mudah menerima hakikat

D. Plot : Peristiwa 1

Bab ini menceritakan tentang kelahiran Syarifah Mahani iaitu pada 5 Oktober 1959. Pada masa yang sama ibu kandungannya, Syarifah Naimah meninggal dunia. Tan Sri Syed Aris kemudian telah berkahwin dengan Syarifah Mu’inah iaitu adik kepada Syarifah Naimah atas nasihat walidnya, Tuan Syeikh Syed Salim Al-Makky. Pada hari tersebut, 5 Oktober 1980, Mahani telah menyambut hari jadinya yang ke-21 di samping merayakan ulang tahun perkahwinan yang ke-20 antara Syed Aris dengan Syarifah Mu’inah. Tan Sri Syed Aris bersyukur kerana perkahwinan mereka diberkati Allah s.w.t dan mendapat restu daripada walidnya.

Peristiwa 2

Tan Sri Syed Aris dan Syarifah Mu’inah kemudiannya terkenangkan peristiwa pada awal perkahwinan mereka. Syarifah Mu’inah berasa janggal kerana berkahwin dengan suami kakaknya sendiri tetapi kemudian perasaan itu luput dengan sendiri. Beliau juga bertanggungjawab memelihara anak saudaranya, Mahani sebagai anaknya sendiri. Situasi yang sama turut dirasai Tan Sri Syed Aris pada ketika itu, beliau juga pada mulanya tidak bersetuju dengan

7

Page 9: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

perintah orang tuanya itu. Hal ini demikan kerana beliau tidak dapat merasa lain daripada perasaan adik beradik terhadap Syarifah Mu’inah. Namun, akhirnya beliau bersetuju dan hidup bahagia dengan Syarifah Mu’inah dan perkahwinan mereka kekal hingga dua puluh tahun lamanya.

Peristiwa 3

Syarifah Mu’inah menceritakan hubungan Mahani dan Jahid serta mencadangkan keduanya dijodohkan. Tambahan pula ibu Jahid sangat berkenan dengan Mahani. Tan Sri Syed Aris pula lebih mementingkan pangkat dan darjat. Hal ini dapat dilihat apabila Tan Sri Syed Aris lebih berkenan menjalinkan hubungan dengan keluarga Encik Muhammad. Begitu juga Mahani yang menjadi serba salah kerana dia telah berkawan dengan Rahim sejak di bangku sekolah lagi. Namun begitu, hubungan mereka mula renggang semenjak Rahim melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada masa yang sama Jahid telah muncul dalam hidupnya.

8

Page 10: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 5( Halaman 34 hingga 42 )

A. Latar tempat : Rumah Tan Sri Syed Aris

B. Latar masa : Pada waktu malam hingga subuh

C. Watak dan Perwatakan : 1. Penghulu Mahmud

Bertanggungjawab Mempunyai kesedaran diri Tidak tajam berbalas fikiran

2. Jahid Bersikap tegas dan prihatin

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf Wakil rakyat di Pekan Tualang Tamak Tidak tetap pendirian

4. Encik Muhammad Adik Penghulu Mahmud Sangat menghormati abangnya

5. Jamilah Berusia 27 tahun Bersopan santun

D. Plot : Peristiwa 1

Pekan Tualang telah bersedia menerima dan menyambut kedatangan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan yang akan berangkat untuk mengadakan lawatan selama 2 hari. Pada setiap tahun, Baginda Sultan berangkat menemui rakyat jelata dari daerah ke daerah iaitu sebulan dua sebelum perayaan puja umur Baginda dijalankan.

Peristiwa 2

Penghulu Mahmud bercadang untuk menjual tanah pusaka dan hasilnya akan dibahagi mengikut pembahagian faraid. Namun, belum tanah itu dijual, anaknya sendiri, Jahid dan kakak Jahid telah membantah kerana bimbang keturunan mereka tidak akan dibenarkan

9

Page 11: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

oleh Tuanku memegang teraju wilayah itu, terutama gelaran Orangkaya Indera. Kata-kata anaknya, Jahid, membuatkannya berasa serba salah untuk menjual tanah tersebut. Dia juga kecewa dengan kepimpinan Yang Berhormat Encik Muhd. Yusuf yang hanya mementingkan diri.

Peristiwa 3

Encik Muhammad pulang ke kampung untuk memberitahu cadangan isterinya, Cik Puan Tipah untuk membuka kebun orkid di Jeram Medang dan mengingatkan abangnya, Penghulu Mahmud supaya mengadap Sultan untuk mengisi gelaran Datuk Indera. Encik Muhammad menghabiskan masa di kampung dengan menziarahi kawan-kawan dan ke masjid di samping mencungkil masalah asas dan belia-belia yang telah berhijrah ke bandar mencari pekerjaan.

10

Page 12: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 6( Halaman 43 hingga 50 )

A. Latar tempat : Jeram Medang

B. Latar masa : Pagi hingga petang

C. Watak dan Perwatakan : 1. Ali

Kelihatan seperti orang bodoh Peramah Melucukan

2. Sarip Pemantu Sudin Seorang yang cermat dan berhati-hati

3. Sudin Wakil Yang Berhormat Muhd. Yusuf Berfikiran negatif dan mempunyai agenda tersendiri Seorang ‘broker’ Hitam manis, tegap, berambut kerinting, dan tinggi

4. Penghulu Mahmud Pemurah dan baik hati

5. Jahid Seorang yang teliti dan sentiasa berwaspada

D. Plot : Peristiwa 1

Sudin dan Sarip ke Jeram Medang untuk meninjau tanah milik Keluarga Penghulu Mahmud. Sewaktu meninjau mereka bertemu dengan Ali yang sedang menebas dan menebang di kawasan tersebut. Sudin meminta Ali supaya hadir ke ‘rest house’ membincangkan suatu perkara penting. Pada waktu petang, Sudin dan Sarip kemudian ke kebun kelapa dan mendapat tahu bahawa semua kebun tersebut milik Penghulu Mahmud dan orang yang mendirikan rumah dan pondok di situ hanya menumpang. Begitu juga dengan tanah lapang, gerai-gerai dan tanah seberang sungai. Sudin dan Sarip bertekad untuk membantu Yang Berhormat Muhd. Yusuf mendapatkan tanah-tanah tersebut.

11

Page 13: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 2

Pada waktu tengah hari, Ali telah terus pergi ke rumah Penghulu Mahmud. Namun sebelum itu, dia singgah di masjid kerana dia tahu Jahid belum pulang sambil menunggu waktu Zuhur. Ali disuruh bertemu dengan wakil Yang Berhormat seperti yang dirancangkan petang nanti. Jahid menasihati Ali supaya tegas dan menyatakan bahawa dia hanya bekerja untuk menebas kerana Cik Puan Tipah ingin menanam orkid di situ dan hanya diarahkan oleh Encik Muhammad.

12

Page 14: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 7( Halaman 51 hingga 59 )

A. Latar tempat : Rest house ( Rumah rehat )

B. Latar masa : Pagi hingga tengah hari

C. Watak dan Perwatakan : 1. Sudin

Mempunyai pelbagai tipu helah Banyak berhutang Bijak mencungkil rahsia

2. Sarip Pandai menilai

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf Mudah marah Mahu menguatkan kuasa politiknya Mempunyai motif tersendiri

D. Plot : Peristiwa 1

Sewaktu di rumah rehat Sudin menerangkan kepada Yang Berhormat Muhd. Yusuf tentang rancangan Encik Muhammad membersihkan tanah di Jeram Medang untuk tanaman orkid yang diuruskan oleh Jahid. Kebun orkid yang ingin diusahakan itu berkeluasan empat hingga lima ekar. Yang Berhormat Muhd. Yusuf berminat untuk mendapatkan tanah tersebut dengan motifnya untuk menambah kekuatan politiknya. Rakan kongsinya pula, Tauke Chan ingin meluaskan perniagaannya. Sudin berusaha mencari helah supaya dapat mempengaruhi Penghulu Mahmud. Yang Berhormat Muhd. Yusuf terus memikirkan rancangan perumahan untuk orang-orang Melayu yang tidak mempunyai tanah. Beliau sangat berharap rancangan tersebut berjaya supaya cita-citanya tercapai dan kedudukan politiknya terjamin.

Peristwa 2

Yang Berhormat Muhd. Yusuf bimbang rancangannya akan digagalkan oleh Encik Muhammad. Hal ini demikian kerana rancangan itu penting terutamanya selepas beliau bersara daripada kegiatan politik kelak. Beliau turut percaya usahanya untuk memperbesarkan

13

Page 15: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

kilang papannya di Pekan Kuala akan berjaya. Sudin mencadangkan kepada Yang Berhormat Muhd. Yusuf untuk menghasut penghuni-penghuni tanah Penghulu Mahmud agar mereka menuntut hak milik mereka tanpa melibatkan nama Yang Berhormat.

14

Page 16: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 8( Halaman 60 hingga 74 )

A. Latar tempat : Pejabat Encik Muhammad dan hotel

B. Latar masa : Pagi ( waktu pejabat ) hingga tengah hari

C. Watak dan Perwatakan : 1. Encik Muhammad

Menepati masa Bersemangat dan gemar berfalsafah

2. Tan Sri Syed Aris Pengarah Eksekutif Serba Dagang Internasional Tajam penglihatan tentang kepentingan orang

Melayu dalam dunia dagang

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf Berbadan gempal Seorang yang sibuk dengan dengan pelbagai tugas Kurang jujur

D. Plot : Peristiwa 1

Encik Muhammad telah mengadakan mesyuarat Pengarah Firma Serba Dagang Internasional, Kuala Lumpur, termasuklah Tan Sri Syed Aris iaitu Pengarah Eksekutif Serba Dagang Internasional. Mereka berbincang tentang kepentingan orang Melayu dalam dunia dagang. Encik Muhammad cuba meyakinkan Tan Sri Syed Aris bahawa sokongan Datuk Tan terhadap projek lada hitam itu akan menguntungkan syarikat. Tan Sri Syed Aris pula berpendapat menyokong pekebun-pekebun kecil di Johor lebih baik daripada menanam modal yang banyak membuka ladang sendiri, lebih-lebih lagi melibatkan modal dengan orang Cina. Dia juga mengingatkan Encik Muhammad tentang cita-cita politik kerajaan untuk mengisi matlamat tiga puluh peratus penglibatan orang Melayu dalam dunia dagang dan perusahaan. Walau bagaimanapun, Encik Muhammad mengingatkan Tan Sri Syed Aris bahawa politik kerajaan itu bukannya politik perkauman dan percaya terhadap rakan kongsinya iaitu Datuk Tan itu seorang yang jujur.

15

Page 17: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 2

Encik Muhammad telah bertemu Yang Berhormat Muhd. Yusuf di sebuah hotel. Mereka berbincang soal perniagaan terutamanya nasib kontraktor Melayu yang sering dipermainkan oleh rakan kongsi saudagar Cina. Encik Muhammad tidak bersetuju dengan pendapat tersebut kerana sama ada berkongsi dengan Cina, India atau Melayu mereka tetap perlu menghadapi risiko. Encik Muhammad telah menyatakan rancanganya hendak membuka perusahaan lombong di daerah Tualang. Yang Berhormat Muhd. Yusuf pula menyatakan rancangannya bersama Tauke Chan hendak membuka rancangan perumahan di kawasan tersebut. Namun, rancangan tersebut akan menyentuh kepentingan keluaraga Encik Muhammad. Encik Muhammad kesal kerana Tauke Chan telah merasuah abangnya dengan wang ringgit dan sebuah kereta Mercedes. Encik Muhammad kemudian berjaya memujuk Yang Berhormat Muhd. Yusuf menyertai rancangan itu dan berjanji akan menangani masalah Tauke Chan dan abangnya, Penghulu Mahmud.

16

Page 18: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 9( Halaman 75 hingga 77 )

A. Latar tempat : Pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Pagi ( waktu pejabat )

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mahani

Seorang yang tegas Kurang jujur

2. Encik Muhammad Teliti dan cekap Seorang yang tenang

D. Plot : Peristiwa 1

Encik Muhammad memanggil setiausaha pejabatnya iaitu Mahani berjumpa dengannya. Dia telah menyerahkan surat daripada Rahim iaitu anaknya kepada Mahani dan menanyakan mengapa surat itu dimasukkan ke dalam failnya. Mahani menjelaskan bahawa surat itu dialamatkan kepada Encik Muhammad. Encik Muhammad kemudian meminta Mahani membaca surat itu dan memberi pendapatnya pada keesokan hari walaupun surat itu adalah surat peribadi seorang anak kepada ayahnya. Mahani berasa bersalah kerana dalam diam dia telah membaca surat itu sebelum ini.

Peristiwa 2

Encik Muhammad sangat mengharapkan pendapat Mahani tentang keseluruhan isi tersebut kerana Mahani dan Rahim merupakan kawan lama. Isterinya juga mendesak supaya Rahim dijodohkan dengan Mahani. Sebelum ini dia pernah menulis surat yang panjang lebar kepada anaknya itu supaya menumpukan pelajaran dan jangan terlalu memikirkan hal-hal lain terutamanya tentang pandangan baru terhadap hidup ini yang mungkin bersifat negatif.

17

Page 19: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 10( Halaman 78 hingga 86 )

A. Latar tempat : Rumah Mahani

B. Latar masa : Malam hingga pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mahani

Banyak Berfikir Berbudi pekerti mulia

2. Syarifah Mu’inah Penyayang Memahami anaknya

D. Plot : Peristiwa 1

Di rumah, Mahani gelisah dan tidak dapat tidur dengan lena pada malam itu. Fikirannya merayau-rayau terus ke London dan Kampung Tualang. Esok dia terpaksa menyatakan pendapatnya tentang surat Rahim kepada Encik Muhammad, iaitu orang yang telah banyak berjasa dalam hidupnya. Encik Muhammad yang menyuruhnya belajar ilmu kesetiausahaan dan diambil bekerja di syarikatnya itu. Dia sedar perkara yang disebut dalam surat itu tentang dirinya bertujuan menyindir ayahnya sendiri dan bukan untuk membayangkan perasaanya terhadap Encik Muhammad.

Peristiwa 2

Mahani telah menyerahkan surat Rahim kepada orang tuanya untuk mendapatkan pandangan. Pada keesokan hari, dia menunggu untuk mendapatkan jawapan tetapi ayahnya telah keluar pada awal pagi lagi. Puan Sri Syarifah Mu’inah iaitu ibunya menenangkan Mahani dan tidak menyangka bahawa Rahim boleh berfikir yang bukan-bukan terhadap ayahnya.

Peristiwa 3

Tan Sri Syed Aris telah pergi ke rumah Encik Muhammad untuk membincangkan masalah yang timbul berhubung dengan surat tersebut. Terdapat dua persoalan yang ditimbulkan oleh Rahim dalam surat itu, yang pertama adakah Mahani masih menaruh hati kepada Rahim dan kedua adakah Encik Muhammad ada menaruh perasaan

18

Page 20: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

terhadap Mahani. Mahani mengagumi Encik Muhammad kerana majikannya itu seorang yang ‘gentleman’ dan bijaksana.

Peristiwa 4

Pada pagi itu fikiran Mahani berkecamuk memikirkan jawapan yang perlu diberikannya kepada Encik Muhammad sehinggakan dia menerima panggilan telefon daripada Encik Muhammad kerana lambat ke pejabat. Encik Muhammad memberitahu Mahani bahawa ayahnya sedang menunggu di pejabat.

19

Page 21: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 11( Halaman 87 hingga 95 )

A. Latar tempat : Warung Pak Salim dan rumah Imam Saad

B. Latar masa : Tengah hari

C. Watak dan Perwatakan : 1. Sudin

Lincah dan lepas laku Pernah berjudi dan kaki botol Broker yang telah banyak menjual tanah orang

kampung

2. Pak Salim Peniaga warung Janggut dan misai jarang-jarang dan tidak bercukur Rajin dan cekal Telah agak tua

3. Tuk Empat Dahlan Seorang jurucakap Bersikap sedikit kasar

4. Imam Saad Seorang yang dihormati di kampung Pulai Ayah Sudin Menepati janji

D. Plot : Peristiwa 1

Sudin singgah ke warung Pak Salim. Kehadirannya itu tidak disukai oleh pemuda-pemuda di situ. Sudin berbual dengan Pak Salim tentang masalah yang dihadapinya dengan bapanya iaitu Imam Saad. Pak Salim menyatakan bahawa bapanya itu susah hati memikirkan masalah orang kampung terutamanya pemuda-pemuda yang berpecah-belah kerana berbeza fahaman politik. Pak Salim menasihati Sudin supaya balik berjumpa dengan ayahnya kerana ayahnya marah bukan disebabkan soal politik tetapi kerana sebab lain. Sudin pula tidak suka tinggal di kampung kerana kecewa gadis pilihannya iaitu Gayah berkahwin dengan orang lain. Perkara tersebut berlaku kerana ayah dan ibunya tidak berani meminang Gayah.

20

Page 22: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 2

Sudin bercadang akan terus berhijrah ke Kuala Lumpur tetapi Pak Salim tidak bersetuju dan menasihatinya supaya terus tinggal di kampung memandangkan keadaan ibu dan bapanya sudah tua. Selain itu, dia diharap dapat menggantikan Imam Saad untuk mengembalikan keimanan dan kesejahteraan masyarakat kampung di situ. Sudin kemudiannya pulang ke rumah untuk menemui ibunya. Dia juga berasa ragu tentang sikap ayahnya itu terhadap kepulangannya nanti.

21

Page 23: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 12( Halaman 96 hingga 104 )

A. Latar tempat : Rumah Imam Saad

B. Latar masa : Tengah hari

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mak Minah

Ibu Sudin Penyayang

2. Sudin Jujur terhadap ibu bapanya Suka meningkah cakap orang

3. Imam Saad Warak Berwajah jernih dan selalu bersih Mudah dibawa berbincang

D. Plot : Peristiwa 1

Sewaktu Sudin pulang ke rumah, ibunya Mak Minah sedang memasak dan menyiapkan makanan tengah hari. Bapa Sudin iaitu Imam Saad masih tidak pulang dari surau. Semasa pulang, Mak Minah menceritakan tentang khabar angin yang mengatakan bahawa Sudin telah melarikan Gayah ke bandar. Cerita itu membuatkan ayahnya berasa sangat marah terhadapnya. Sudin amat terkejut kerana dia tidak mengetahui perkara itu lantas ibunya segera menyuruh budak yang bermain di bawah rumah memanggil suaminya pulang dari surau bagi membincangkan perkara tersebut.

Peristiwa 2

Imam Saad selama ini tidak pernah mempercayai bahawa Sudin ada kena mengena dengan soal Gayah yang lari dari kampung. Sudin menjelaskan perkara sebenar kepada ayahnya dan kesal kerana ibu dan ayahnya tidak berani masuk meminang Gayah. Imam Saad menerangkan bahawa mereka bukan tidak berkenan dengan Gayah tetapi sejarah keturunan mereka yang menghalang perkahwinan tersebut.Hal ini demikian kerana keluarganya dan keluarga Penghulu Mahmud masih menyimpan perasaan dendam antara satu sama lain.

22

Page 24: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Imam Saad juga tidak tahu siapakah yang menyebarkan khabar angin itu dan berharap Sudin dapat menyiasat sendiri.

23

Page 25: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 13( Halaman 105 hingga 112 )

A. Latar tempat : Hospital

B. Latar masa : Petang

C. Watak dan Perwatakan : 1. Sudin

Berkeyakinan Mempunyai kesedaran diri Sentiasa ingat pesan bapanya

2. Mat Akil Samseng Menaruh hati pada Gayah

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf Mementingkan keuntungan Talam dua muka

4. Jahid Prihatin

D. Plot : Peristiwa 1

Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Jahid melawat Sudin yang terlantar di hospital kerana kemalangan motosikal. Selepas mereka beredar Sudin teringat peristiwa sebelum dia mendapat kemalangan. Sudin mengesyaki Mat Akil yang telah mencederakannya kerana ketika dia ditimpa kemalangan kedengaran suara Mat Akil menyumpahinya. Dia juga percaya bahawa kemalangan itu dirancang dan ada hubung kait dengan Gayah kerana ramai yang menyangka bahawa dia telah melarikan Gayah termasuklah Mat Akil. Dia tahu bahawa Mat Akil sebenarnya turut menaruh hati pada Gayah.

Peristiwa 2

Sudin meminta Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Jahid supaya tidak melaporkan kemalangan itu kepada polis kerana motosikalnya tidak rosak dan di samping ketiadaan bukti untuk mendakwa Mat Akil. Sudin kemudiaannya teringatkan pesan ayahnya, sekiranya dia ingin mengahwini Gayah janganlah perkahwinan itu

24

Page 26: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

menjadi pemecah keluarga yang sudah renggang antara keluarganya dengan keluarga Tuk Penghulu Mahmud.

Peristiwa 3

Sudin tertanya-tanya mengapa Tauke Chan tidak melawatnya. Mungkinkah Tauke Chan marah kepadanya kerana kerja yang diarahkan olehnya itu belum mendatangkan hasil. Sudin juga berfikir sama ada Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah berjaya dipujuk oleh Encik Muhammad melalui Jahid untuk membatalkan rancangan yang ditaja oleh Tauke Chan dan menyertai rancangan yang lebih baik. Sudin juga berharap hanya Yang Berhormat Muhd. Yusuf yang datang melawatnya pada petang itu kerana dia ingin menanyakan pelbagai soalan. Dia juga runsing memikirkan kedudukan Gayah dan tidak mahu Gayah datang melawatnya.

25

Page 27: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 14( Halaman 113 hingga 121 )

A. Latar tempat : Rumah dan pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Subuh hingga pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Encik Muhammad

Orang paling berkuasa menjayakan perusahaan lombong di Lembah Tualang

Bertanggungjawab

2. Datuk Tan Pangarah Urusan Syarikat Lombong Lembah

Tualang ( anak syarikat Tan Enterprise )

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf Mahu mengubah nasib rakyat yang miskin Selalu sibuk dengan urusan kerja

4. Tan Sri Syed Aris Berpengalaman dalam urusan perniagaan

5. Mahani Bijak dan cekap melaksanakan tugas

D. Plot : Peristiwa 1

Syarikat Lombong Lembah Tualang telah berjaya ditubuhkan. Encik Muhammad dilantik sebagai pengerusi syarikat dan Datuk Tan hanya menjadi Pengarah Urusan. Hal ini demikian kerana Datuk Tan tahu tentang pelbagai masalah dan kesukaran yang dihadapi dalam usaha membuka lombong tersebut. Datuk Tan telah memilih Encik Muhammad sebagai pengerusi syarikat kerana pada pandangannya Encik Muhammad lebih sesuai untuk menjayakan perusahaan lombong itu.

Peristiwa 2

Encik Muhammad terkenangkan memang dari dahulu dia bercita-cita untuk meneruskan usaha yang dijalankan oleh arwah ayah dan datuknya itu. Selain itu, Encik Muhammad berhajat untuk

26

Page 28: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

membela nasib orang-orang di Kampung Pulai supaya diberi kemudahan agar kehidupan mereka bertambah baik. Dia juga akan cuba memujuk orang-orang muda supaya bekerja di lombong itu dan tidak lagi meninggalkan Kampung Pulai. Yang Berhormat Muhd. Yusuf pula cuba menempatkan masyarakat kampung itu dalam rancangan FELDA.

Peristiwa 3

Pada perayaan puja umur Tuanku Sultan beberapa bulan lalu, Datuk Tan dan Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah mengadap sultan dan berjaya memujuk Baginda memberikan gelaran Datuk Indera yang telah lama kosong kepada Tuk Penghulu Mahmud.

Peristiwa 4

Encik Muhammad membayangkan perasaan emosi dan sentimen yang timbul dalam hatinya terhadap penduduk Kampung Pulai. Dia sentiasa mencari jalan untuk menggunakannya. Dia tahu bahawa Tuanku Sultan akan berangkat menangkap ikan sambil berehat di Jeram Medang. Dia akan menggunakan peluang itu untuk mengumumkan pelantikan abangnya menyandang gelaran Orangkaya Indera. Perkara tersebut dilakukan bagi memberi penghormatan dan kebanggaan kepada penduduk Kampung Pulai serta menambat hati mereka.

Peristiwa 5

Encik Muhammad merancang akan mengadakan satu perayaan besar di Kampung Pulai. Penduduk kampung akan dihibur, dijamu, dihormati, dan dimuliakan sebaik-baiknya. Duli Yang Maha Mulia Sultan akan bersama mereka pada pembukaan perayaan dan mengisytiharkan pelantikan Tuk Penghulu Mahmud yang menyandang gelaran Datuk Orangkaya Indera. Pada masa itu juga, Yang Berhormat Muhd. Yusuf berperanan menjanjikan masa depan yang lebih gemilang kepada penduduk Kampung Pulai dan nasib mereka juga akan dibela.

27

Page 29: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 15( Halaman 122 hingga 130 )

A. Latar tempat : Kuala Lumpur

B. Latar masa : Tengah hari, malam dan pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mat Akil

Gemar berangan-angan Bekas banduan Pendengki dan iri hati

2. Ali Atenden pemungut sewa letak kereta Baik hati dan peramah

3. Kasim Pemandu baru Encik Muhammad Anak saudara Encik Muhammad

D. Plot : Peristiwa 1

Mat Akil pergi ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat bertemu dengan Gayah di samping mencari Kasim. Sebelum ini dia pernah ke Kuala Lumpur dan sama-sama berkeliaran dengan Kasim menjadi jaga kereta. Dia kemudiannya ditangkap polis bersama beberapa jaga kereta yang lain termasuk Kasim dan terpaksa merengkok selama tiga hari dalam penjara kerana tidak mempunyai wang untuk membayar denda. Sampai di Kuala Lumpur, Mat Akil berusaha mencari Kasim yang diketahuinya bekerja sebagai atenden pemungut sewa letak kereta.

Peristiwa 2

Sewaktu mencari Kasim, Mat Akil terjumpa dengan Ali iaitu kawan kepada Kasim. Ali memberitahu Mat Akil yang Kasim telah lebih sebulan berhenti kerja. Dia membawa Mat Akil bertemu dengan abang iparnya, Atan yang tahu di mana Kasim bekerja. Mat Akil bermalam di rumah Ali dan pada keesokan harinya, ketika berada di kaki lima Wisma Yakin, Mat Akil terserempak dengan Kasim yang kini telah bekerja sebagai pemandu Encik Muhammad. Akhirnya Mat Akil mengikut Kasim ke pejabat pakciknya di Bangunan Maju Jaya.

28

Page 30: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 16( Halaman 131 hingga 139 )

A. Latar tempat : Kedai Pak Salim

B. Latar masa : Petang

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mat Akil

Pemarah Berdendam terhadap Sudin Anak yatim piatu

2. Tuk Empat Dahlan Bapa saudara Mat Akil Mengambil berat hal ehwal masyarakat

3. Drebar bas Memahami sikap kanak-kanak Penyabar

4. Kawan-kawan Mat Akil Pemalas Sihat dan cergas Hanya mahu hidup gembira

D. Plot : Peristiwa 1

Setelah pulang ke kampung, Mat Akil masih tidak berpuas hati terhadap Sudin lebih-lebih lagi dia mendapat tahu bahawa Sudin telah pulih daripada kecederaan dan telah bekerja dengan Encik Muhammad. Mat Akil telah mengupah budak untuk menoreh tayar bas yang akan membawa rombongan pengantin ke Kuala Lumpur untuk menghantar Sudin. Namun, budak upahannya tidak menoreh tayar bas itu dan hanya mengempiskannya. Mat Akil juga sakit hati kerana Sudin berjaya mengahwini Gayah.

Peristiwa 2

Mat Akil terkenang zamannya sewaktu kecil dan menganggap Sudin sebagai punca nasib malangnya sejak kecil hinggalah sekarang. Ketika dia masih kecil, dia menjadi anak yatim dan menumpang di rumah Ketua Kampung iaitu bapa saudaranya, Tuk Empat Dahlan.

29

Page 31: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Setelah ibunya meninggal, dia telah berhenti sekolah. Semasa di sekolah, Sudin merupakan ketua murid yang sering membuat laporan mengenai dirinya yang selalu bergaduh. Kini, dia bertambah geram apabila Pak Alangnya iaitu Tuk Empat Dahlan pula menasihatinya supaya berubah menjadi baik.

Peristiwa 3

Namun, Mat Akil masih tidak berubah. Dia telah mencuri wang daripada tabung buluh Mak Alangnya dan kemudian ke rumah Imam Saad lalu membuang najis di atas cadar pengantin Sudin dan Gayah. Mat akil kemudiannya ke kedai Pak Salim dan minum bersama rakan-rakannya. Kemudian dia mengajak kawan-kawannya ke pekan untuk menonton wayang. Semasa dalam perjalanan peristiwa dia membuang najis di cadar itu menjadi bahan ketawa mereka.

30

Page 32: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 17( Halaman 140 hingga 148 )

A. Latar tempat : Rumah Encik Muhammad

B. Latar masa : Malam

C. Watak dan Perwatakan : 1. Cik Puan Tipah

Bertimbang rasa namun sedikit tegas

2. Rohana ( Ana ) Periang

3. Encik Muhammad Cekap mengurus Peramah dan mudah mesra Baik budi pekerti

4. Tan Sri Syed Aris Tidak menepati masa

5. Imam Saad Jujur

6. Kak Sa’emah Balu abang Encik Muhammad

D. Plot : Peristiwa 1

Suasana rumah besar di lereng bukit, nombor 23 jalan 32 riuh rendah dengan sanak saudara dan sahabat handai kerana akan berlangsung majlis akad nikah antara Sudin dan Gayah. Cik Puan Tipah pada mulanya tidak bersetuju majlis tersebut diadakan di rumahnya kerana lebih suka sekiranya dilangsungkan di Pekan Tualang sahaja. bagi Cik Puan Tipah biarlah pelamin pertama di rumahnya adalah untuk anak-anaknya sendiri. Tetapi akhirnya dia bersetuju kerana yang akan dilangsungkan hanyalah akad nikah.

Peristiwa 2

Encik Muhammad memikirkan hubungannya dengan orang-orang kampung yang semakin bertambah erat. Perkahwinan Sudin dan

31

Page 33: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Gayah pula memudahkan taktiknya menambat hati orang Kampung Pulai. Bagi Imam Saad pula perkahwinan itu akan memadamkan terus persengketaan lama yang berlaku antara keluarganya dengan keluarga Penghulu Mahmud.

Peristiwa 3

Rombongan pengantin yang diketuai oleh Tuk Empat Dahlan, Imam Saad dan Pak Salim telah tiba. Namun, Mat Akil tidak hadir. Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah menyambut kedatangan mereka dengan mesra. Pada masa yang sama Encik Muhammad memainkan peranan untuk menambat hati dan perasaan Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan kerana dengan cara ini akan dapat memenangi hati penduduk kampung pula.

32

Page 34: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 18( Halaman 149 hingga 155 )

A. Latar tempat : Pejabat Sudin

B. Latar masa : Pagi hingga petang

C. Watak dan Perwatakan : 1. Sudin

Pegawai Perhubungan Raya Syarikat Lombong Lembah Tualang

Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Cergas dan cekap

2. Jahid Setiausaha Jawatankuasa Perayaan

3. Pak Salim Bendahari Jawatankuasa Perayaaan Bendahari Jawatankuasa Kemajuan Kampung

4. Tuk Empat Dahlan dan Imam Saad Penasihat Jawatankuasa Perayaan

5. Jamaludin Anak Pak Salim Ahli Jawatankuasa Perayaan

6. Encik Muhammad Prihatin, teliti dan cekap Bertimbang rasa

D. Plot : Peristiwa 1

Sudin telah menerima jawatan penting dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang. Tugasnya bermula dengan pengurusan dan penyelenggaraan perayaan menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke Kampung Pulai untuk mengisytiharkan pelantikan Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk orangkaya Indera. Pengerusi Jawatankuasa Perayaaan yang dipilih dan dilantik oleh mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Kampung dipengerusikan oleh Tuk Empat Dahlan. Perbelanjaan perayaan itu ditanggung oleh Keluarga Penghulu

33

Page 35: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Mahmud. Sudin menjadi Pengerusi, Jahid sebagai Setiausaha, Pak Salim sebagai Bendahari dan Tuk Empat Dahlan bersama Imam Saad dilantik sebagai Penasihat manakala Tuan Pegawai Daerah menjadi Penaung.

Peristiwa 2

Encik Muhammad menasihati Sudin supaya memikat hati semua orang dan berusaha maenarik Mat Akil dan kawan-kawannya ke dalam Jawatankuasa Kecil Perayaan walaupun dia dan keluarganya masih tidak dapat memaafkan Mat Akil kerana menajisi cadar pengantinnya dulu. Dia ingin membalas dendam secara diam-diam terhadap Mat Akil dan kawan-kawannya. Di samping mempunyai tugas memikat hati seluruh Penduduk Kampung pulai.

Peristiwa 3

Sudin dan Jahid mengambil keputusan bertemu dengan Tuk Empat Dahlan untuk meminta nasihat berhubung cadangannya mengajak Mat Akil menjadi salah seorang ahli atau Ketua Jawatankuasa Kecil. Sudin berpendapat Tun Empat Dahlan mesti didampingi kerana dia adalah seorang yang berpengaruh di Kampung Pulai. Sudin juga bercadang menghebohkan jawatan Penghulu yang dikosongkan oleh Tuk Penghulu Mahmud akan disandang oleh Tuk Empat Dahlan.

34

Page 36: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 19( Halaman 156 hingga 162 )

A. Latar tempat : Rumah Mahani

B. Latar masa : Malam

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mahani

Kekasih Rahim Romantik

2. Rahim Berterus terang Gemar berbahas dan berani

3. Robert Gemar membaca buku keagamaan Kaki mengalah Ingin hidup bebas daripada kemaksiatan

D. Plot : Peristiwa 1

Mahani menerima surat daripada Rahim menyatakan tentangannya terhadap penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Rahim mendapat tahu penubuhan syarikat itu melalui Robert. Perkara itu menyebabkan Mahani berasa risau, di samping setiap kali menerima surat daripada Rahim, mesti ada bayangan daripada ayahnya. Walau bagaimanapun, Mahani tetap berasa gembira dengan kehadiran surat-surat daripada Rahim kerana mendapat kembali perhatian daripada orang yang dicintainya. Perkara yang berlaku antara Rahim dan ayahnya menjadi tanda tanya yang digambarkan oleh keseluruhan surat Rahim itu.

Peristiwa 2

Robert akan pulang dan tinggal di Pekan Tualang serta menjadi jurutera di Lembah Tualang. Rahim pula akan pulang menentang ayahnya kerana dia mendapat tahu hal ayahnya dengan wang dan kekayaan. Mahani tidak dapat membayangkan sejauh mana akan terjadi penentangan antara anak dan ayah itu. Dia juga tidak mengerti bagaimana Rahim dapat membuat kesimpulan bahawa ayahnya akan menganiaya orang di Kampung Pulai sedangkan dia di luar Negara.

35

Page 37: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Mahani berpendapat bahawa Rahim tidak mengetahui situasi sebenar di Kampung Pulai. Dia menganggap Rahim hanya membuat kesimpulan sendiri. Pada keesokan hari, Mahani berhajat hendak bertemu dengan Jahid untuk berbincang agar dapat memberi beberapa petunjuk untuk menjawab soalan Rahim dalam surat-suratnya.

36

Page 38: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 20( Halaman 163 hingga 170 )

A. Latar tempat : Kedai Pak Salim

B. Latar masa : Petang

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mat Akil

Suka bergaduh Tidak menghormati orang tua Suka menghina orang lain Telah mula berubah menjadi sedikit baik

2. Kemat Jerangkung Lekas marah dan cepat terasa Pantang dihina

3. Sudin Tenang dan bijak berkata-kata Pandai mengawal keadaan Baik hati

4. Pak Salim Mudah memberi kerjasama

D. Plot : Peristiwa 1

Berlaku pertelingkahan antara Mat Akil dan Kemat Jerangkung di kedai Pak Salim berhubung dengan pengambilan tanah orang Kampung Pulai. Mat Akil mewakili orang yang mempunyai tanah manakala kemat Jerangkung mewakili orang yang menumpang pada tanah orang lain. Sudin yang kebetulan lalu di situ cuba menyelesaikan pergaduhan tersebut.

Peristiwa 2

Sudin membawa risalah daripada Yang Berhormat Muhd. Yusuf ke seluruh kampung. Risalah itu menerangkan berkenaan perpindahan penduduk ke tanah rancangan baru FELDA. Semua orang kampung diminta datang ke surau pada hari Jumaat pukul sebelas pagi untuk mendengar taklimat daripada Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan selepas solat Jumaat diadakan sedikit jamuan nasi minyak.

37

Page 39: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Sudin amat khuatir jika ada penduduk Kampung Pulai yang tidak mahu berpindah ke rancangan baru yang diusahakan oleh Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan apabila Encik Muhammad meminta kerjasama berhubung dengan soal itu maka Yang Berhormat Muhd. Yusuf sedia memberikan khidmatnya membantu penduduk Kampung Pulai meningkatkan taraf hidup mereka. Beliau telah berunding dengan pihak FELDA untuk menerima penduduk Kampung Pulai dan ditempatkan pada satu kawasan khas yang menjadikan mereka sebagai peneroka baru.

Peristiwa 4

Tidak ada siapa yang tahu tentang rancangan Syarikat lombong Lembah Tualang kerana itu merupakan muslihat dan taktik dalam usaha Encik Muhammad membuat dan memenangi hati penduduk Kampung Pulai. Semenjak perayaan menyambut Tuanku Sultan dan pelantikan Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk Indera keadaan Kampung Pulai semakin aman. Mat Akil dan kawan-kawanya mula memberi kerjasama. Namun begitu, Sudin merasai Mat Akil dan kawan-kawannya masih belum betul-betul berubah. Oleh itu, Sudin akan menggunakan peluang tersebut sebaik-baiknya untuk membalas segala perbuatan Mat Akil dan kawan-kawannya.

38

Page 40: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 21( Halaman 171 hingga 178 )

A. Latar tempat : Surau Kampung Pulai

B. Latar masa : Pagi hingga tengah hari

C. Watak dan Perwatakan : 1. Sudin

Teliti dan cekap

2. Yang Berhormat Muhd. Yusuf Tidak menepati masa Berani

3. Encik Muhammad Dipandang tinggi oleh masyarakat

4. Mat Akil Keras kepala Musang berbulu ayam

D. Plot : Peristiwa 1

Suasana hari Jumaat di Kampung Pulai pada hujung minggu itu berbeza dari hari Jumaat sebelumnya, sebelum Zuhur kaum lelaki ke surau mendengar ucapan Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan selepas itu akan diadakan sedikit jamuan nasi minyak. Yang Berhormat Muhd. Yusuf akan memberi ucapan dan menerangkan segala perkara yang bersangkutan dengan penyertaan penduduk Kampung Pulai dalam rancangan FELDA. Kini, penduduk kampung telah tahu bahawa ada rancangan untuk memaju dan membaiki taraf hidup mereka yang susah dan miskin itu. Sambutan terhadap rancangan tersebuat adalah amat menggalakkan.

Peristiwa 2

Yang Berhormat Muhd. Yusuf juga telah mengeluarkan risalah-risalah yang menerangkan tentang kedudukan tanah milik orang kampung yang akan berpindah ke rancagan FELDA. Beliau juga memberi jaminan bahawa setiap orang Kampung Pulai tidak akan mengalami kerugian.

Peristiwa 339

Page 41: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Sewaktu Yang Berhormat Muhd. Yusuf berucap, beliau telah memuji kebijaksanaan Datuk Indera dan kemurahan hati Encik Muhammad. Encik Muhammad telah menerangkan rancangan syarikatnya untuk membeli tanah orang Kampung Pulai serta membayar sagu hati kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan Sudin sebagai orang perantaraannya. Walau bagaimanapun, Encik Muhammad belum lagi menerangkan tentang rancangan Syarikat Lombong Lembah Tualang.

Peristiwa 4

Encik Muhammad telah berjaya memikat hati golongan tua dan muda di Kampung Pulai. Sebelum beredar dia berjumpa dan berbual-bual dengan kumpulan Mat Akil yang sedang membersihkan paralatan memasak. Kemudian Encik Muhammad pergi mendapatkan Sudin dan berpesan supaya menggalakkan Imam Saad menjadi imam di Pekan Tualang dan mendorong Tuk Empat Dahlan memohon jawatan penghulu.

40

Page 42: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 22( Halaman 179 hingga 185 )

A. Latar tempat : Pejabat dan rumah Encik Muhammad

B. Latar masa : Petang dan malam

C. Watak dan Perwatakan : 1. Datuk Tan

Sentiasa berwaspada

2. Kasim Pemandu Encik Muhammad Sedikit pelupa

3. Rohana ( Ana ) Banyak bertanya tentang abangnya, Rahim

4. Encik Muhammad Gemar menikmati pandangan Bijak mengawal keadaan

5. Cik Puan Tipah Memahami dan taat pada suami

D. Plot : Peristiwa 1

Encik Muhammad memikirkan mengapakah Datuk Tan tidak bersetuju Syarikat Lombong Lembah Tualang membawa masuk syarikat raksasa orang putih. Syarikat itu mahu syer tiga puluh peratus dengan membawa masuk sebuah kapal korek dan menuntut dua kerusi pengarah. Bagi Encik Muhammad langkah itu dapat memastikan perlombongan dapat dijalankan dengan lebih baik, cepat dan menghasilkan pengeluaran yang terjamin.

Peristiwa 2

Encik Muhammad yakin dia telah memenangi hati penduduk Kampung Pulai. Namun, dia risau dengan golongan tua kerana terdapat peraturan bahawa golongan yang diterima mengikuti rancangan FELDA ialah mereka yang berumur tidak lebih daripda empat puluh tahun. Imam Saad, Tuk Empat Dahlan dan Pak Salim mungkin menimbulkan kesulitan yang besar tehadapnya. Kesulitan akan

41

Page 43: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

bertambah besar apabila anak buah mereka nanti tidak mahu meninggalkan mereka. Oleh itu, Encik Muhammad berfikir untuk menempatkan Imam Saad menjadi Imam di Pekan Tualang dan Tuk Empat Dahlan menjadi penghulu. Baginya pemindahan penduduk Kampung Pulai dan perlombongan yang akan dijalankan di situ merupakan satu proses pembangunan yang tidak boleh disekat. Jika ada sesiapa yang menerima kesusahan atau menanggung kerugian, maka itu adalah perkara biasa dalam pelaksanaan pembangunan.

Peristiwa 3

Pada malam itu, ketika Encik Muhammad dan isterinya, Cik Puan Tipah menemani Ana dan Kasim menonton televisyen, dia telah menerima sepucuk surat daripada Rahim yang diberikan oleh Mak Enon. Encik Muhammad merahsiakan surat itu daripada Ana dan menyatakan surat itu daripada Robert kerana khuatir Ana ingin mengetahui isi kandungan surat tersebut.

42

Page 44: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 23( Halaman 186 hingga 192 )

A. Latar tempat : Bangunan Maju Jaya

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Sudin

Mempunyai ramai kenalan Bekas ‘broker’ Berterus terang

2. Sani Suka menunjuk-nunjuk Anak Tuk Imam Seorang broker

D. Plot : Peristiwa 1

Sudin telah bertemu dengan kawan lamanya, Sani yang menjadi ‘broker’ dan meminta pertolongannya untuk dikenalkan kepada ‘manager’ syarikat ‘finance’. Sani memerlukan sekurang-kurangnya sembilan ribu ringgit dan ingin mendapatkan wang dengan menggadai kereta di ‘finance’ itu. Wang itu diperlukan untuk berurusan dengan rakan dagangnya dari seberang. Sudin tidak mahu membantu Sani kerana menganggap perniagaan gali lubang timbun lubang yang diamalkan Sani akan merugikannya. Sudin juga menasihati Sani supaya berhenti melakukan pekerjaan itu.

Peristiwa 2

Sudin telah terfikir untuk menggunakan kesempatan daripada masalah Sani bagi memudahkan proses mempersarakan Imam Pekan Kuala iaitu ayah Sani. Sudin merancang melaksanakan rancangannya itu dengan menggunakan Sani. Jika bapa Sani bersara, sudah tentu Imam Pekan Tualang akan diambil alih oleh Imam Saad iaitu ayahnya walaupun dia belum memberitahu cadangannya itu kepada ayahnya iaitu Imam Saad.

43

Page 45: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Keadaan Sani itu membawa kesempatan besar untuk dipergunakan. Bapa Sani memang sudah lama memujuk anaknya supaya bekerja tetap dan tinggal di Pekan Kuala kerana dia sudah tua. Encik Muhammad bersetuju memberi wang kepada Sani dengan menandatangani perjanjian hutang dengan cagaran tanah ayahnya di Pekan Kuala itu. Selain itu, Sani akan diberi kerja yang sesuai supaya dia boleh menyelesaikan hutangnya itu kelak.

44

Page 46: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 24( Halaman 193 hingga 199 )

A. Latar tempat : Coffee-house ( Bangunan Maju Jaya )

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Jahid

Mengambil berat

2. Mahani Pandai berpura-pura Banyak bertanya

3. Encik Muhammad Selalu sibuk

4. Kasim Pemandu Encik Muhammad

D. Plot : Peristiwa 1

Sewaktu di ‘coffee-house’ Jahid memberitahu Mahani tentang kepulangan Rahim dalam bulan Julai dan dia akan bekerja dalam Bahagian Pengurusan, Syarikat Lombong Lembah Tualang. Encik Muhammad tentu berbangga kerana Rahim berkelulusan daripada universiti terkenal di London dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dagang dan tepat pada waktu Syarikat Lombong Lembah Tualang selesai ditubuhkan, fikir Mahani. Walau bagaimanapun, Mahani tidak yakin Rahim akan bekerja dengan syarikat lombong itu kerana dia telah menyatakan tentangannya terhadap hasrat ayahnya itu. Mahani juga pasti Jahid juga tidak tahu tentang pendapat dan penentangan Rahim tehadap ayahnya.

Peristiwa 2

Mahani berhasrat untuk memberi maklumat yang lengkap kepada Rahim tentang ayahnya itu. Dia tahu bahawa Rahim suka berbahas kerana hendak membuktikan kebenarannya. Dia percaya mesti ada sebab yang betul dan benar untuk Rahim menentang ayahnya itu walaupun dirinya sendiri percaya bahawa Encik Muhammad tidak mungkin bermaksud jahat terhadap orang Kampung Pulai.

45

Page 47: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Encik Muhammad yang baru pulang dari biliknya di tingkat 5 memberitahu Mahani bahawa dia akan mendapat seorang pembantu di pejabat kerana urusan serta fail-fail pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang akan dipindahkan dari pejabat Tan Enterprise ke pejabatnya. Mereka kemudiannya pulang ke pejabat di Bangunan Maju Jaya menaiki kereta yang dipandu oleh Kasim

46

Page 48: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 25( Halaman 200 hingga 207 )

A. Latar tempat : Rumah Mahani

B. Latar masa : Petang, malam dan tengah hari

C. Watak dan Perwatakan : 1. Syarifah Mu’inah

Penyayang dan memahami anaknya Mahani

2. Mahani Seorang yang inginkan kepastian dan kebenaran Sabar

3. Tan Sri Syed Aris Bertimbang rasa Peka Gemar bermain golf

D. Plot : Peristiwa 1

Mahani berasa gugup apabila diberitahu oleh ibunya bahawa Datuk Indera Mahmud datang merisik untuk meminangnya. Dia tidak pasti sama ada wakil itu datang meminangnya bagi pihak Rahim ataupun Jahid. Rahim dikenalinya sejak dari sekolah lagi manakala Jahid, perkenalan mereka baru sahaja. Mahani juga tertarik dengan sikap Jahid kerana dia seorang yang sopan dan mempunyai sifat sebagai pelindung kaum wanita. Mahani juga keliru sama ada Rahim atau Jahid yang mencintainya.

Peristiwa 2

Setelah diberitahu oleh bapanya, Tan Sri Syed Aris bahawa utusan dari keluarga Datuk Mahmud datang merisik untuk meminangnya dan ingin menjadikannya tunang Rahim. Namun, Mahani tetap membisu seribu bahasa. Sikap Mahani itu merunsingkan ibunya, Syarifah Mu’inah. Semenjak Mahani dan Rahim kecil lagi dia dan Cik Puan Tipah telah bercadang hendak berbesan. Dia berharap sekarang telah tiba masanya hajat itu dilaksanakan dan diizinkan Tuhan.

47

Page 49: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Pada malam itu, Mahani meminta diberi tempoh dua puluh empat jam untuk memberikan jawapannya. Mahani telah menghantar telegram ke London tanpa pengetahuan ibu bapanya untuk mendapatkan kepastian daripada Rahim. Pada petang keesokan harinya telegram daripada Rahim telah diterima Mahani. Sewaktu mangambil telegram tersebut dia berasa amat cemas. Gelagatnya itu menjadi tanda tanya pada Syarifah Mu’inah.

48

Page 50: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 26( Halaman 208 hingga 215 )

A. Latar tempat : Rumah Tan Sri Syed Aris

B. Latar masa : Malam dan pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Puan Syarifah Mu’inah

Bertolak ansur Bertimbang rasa

2. Tan Sri Syed Aris Sentiasa mengamalkan sikap dan cara hidup yang

sederhana walaupun seorang yang kaya-raya

3. Mahani Berpendirian tegas Berpandangan jauh

D. Plot : Peristiwa 1

Suasana rumah Tan Sri Syed Aris pada malam itu terang-benderang bermandikan cahaya kerana selepas waktu Isyak nanti akan diadakan kenduri menerima pinangan daripada keluarga Encik Muhammad. Pertunangan antara Rahim dan Mahani akan diisytiharkan. Mahani tidak mahu majlis pertungannya diadakan secara besar-besaran. Begitu juga dengan majlis perkahwinan mereka kelak. Dia membantah cadangan ibunya hendak mengadakan majlis secara besar-besaran kerana menganggapnya sebagai suatu pembaziran dan akan menyebabkan berlakunya salah faham atau ada yang berkecil hati.

Peristiwa 2

Mahani bersetuju dangan pinangan tersebut setelah mendapat jawapan telegram daripada Rahim dengan tiga patah perkataan saja iaitu ‘I love you’. Empat hari selepas telegram itu, Mahani telah menerima sepucuk surat ‘express’ daripada Rahim menyatakan perjuangannya menentang Tauke Besar Muhammad bin Datuk Indera Idris iaitu bapanya dan konco-konconya. Perkara tersebut menyebabkan Mahani terseret sama unutk merealisasikan perjuangan

49

Page 51: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

bakal suaminya itu namun dia tidak akan menjadi penderhaka kepada orang tuanya itu.

Peristiwa 3

Uapacara pertunangan tersebut berjalan dengan lancar dan teratur. Encik Muhammad telah memberi cuti selama seminggu kepada Mahani. Pada keesokan harinya selepas makan, Mahani berhasrat ingin ke rumah Datuk Tan, kerana ada satu perkara yang hendak diketahuinya daripada Datin Tan. Datin Tan merupakan salah seorang Pengarah Syarikat Lombong Lembah Tualang dan sudah tentu banyak maklumat yang akan diketahuinya dalam syarikat itu. Mahani juga berasa ada maklumat yang berguna untuk diselitkan dalam surat yang akan ditulisnya kepada Rahim pada malam nanti.

50

Page 52: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 27( Halaman 216 hingga 222 )

A. Latar tempat : Rumah dan pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Encik Muhammad

Sentiasa bersyukur

2. Cik Puan Tipah Sentiasa menyokong suaminya Sependapat dengan suaminya Mudah menerima teguran

D. Plot : Peristiwa 1

Encik Muhammad bersyukur kerana usahanya menyatukan Rahim dengan Mahani telah Berjaya. Dia juga terkejut dengan kandungan surat terakhir yang diterima daripada Rahim yang agak ganjil. Dia sedar bahawa Rahim tidak tahu hakikat hidup dan harus belajar banyak lagi tentang teori-teori pembangunan ekonomi. Oleh itu, Encik Muhammad tidak hairan punca Rahim yang masih belum menjawab surat rasmi daripada Datuk Tan yang menawarkan jawatan sebagai Pegawai Pengurus Dagang Syarikat Lombong Lembah Tualang.

Peristiwa 2

Sudin menghubungi Encik Muhammad dan dia diminta oleh Encik Muhammad menunggunya di sebuah restoran dan membawa Jahid bersama. Pada masa yang sama Yang Berhormat Muhd. Yusuf juga ingin berjumpa dengan Encik Muhammad. Encik Muhammad menjangkakan mereka tentu berhadapan dengan masalah orang Kampung Pulai. Ketika itu fikirannya terganggu. Hal ini demikian kerana jika memang mereka berhadapan dengan masalah yang sama tidaklah berat benar untuk diselesaikan tetapi jika masalah mereka berlainan tentu panjang ceritanya. Masalah yang berlainan tentu memerlukan tindakan yang berlainan. Dua masalah memerlukan dua tindakan. Semakin banyak tindakan akan menyebabkan semakin rumit dan semakin sukar untuk diselesaikan kelak.

51

Page 53: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 28( Halaman 223 hingga 230 )

A. Latar tempat : Pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Encik Muhammad

Bijak mengatur strategi dalam perniagaan Gemar menghisap paip Penyabar

2. Cik Puan Tipah Bersikap sedikit terburu-buru

3. Mahani Cekap dan berkeyakinan Jelita dan sopan

D. Plot : Peristiwa 1

Perkahwinan Rahim dan Mahani telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak dan akan dilangsungkan pada akhir bulan September. Kebetulan pula Rahim terpaksa menunda kepulangannya hingga bulan September. Encik Muhammad berasa lega kerana tempoh tersebut memberi kesempatan kepadanya untuk menyelesaikan perkara atau masalah yang baru berbangkit di Lembah Tualang sebelum Rahim pulang.

Peristiwa 2

Sudin dan Jahid melaporkan kejadian menjahanamkan ladang orkid Cik Puan Tipah di Jeram Medang dan Yang Berhormat Muhd. Yusuf pula melaporkan kejadian perkelahian hebat di Pekan Kuala. Antara yang terlibat ialah Ali, pengelola ladang orkid Cik Puan Tipah. Kedua-dua kejadian itu berlaku serentak dan melibatkan Ali. Kejadian itu dikaitkan dengan beberapa sebab. Pertama, Pendekar Omar yang berkelahi dengan Ali menjadi penyokong sebuah parti manakala Ali menjadi orang kuat pemuda parti di Pekan Tualang. Kedua, ada hubungannya dengan kegiatan kempen untuk bersarakan imam tua di Pekan Kuala dan menaikkan Imam Saad menjadi imam di Pekan Tualang.

52

Page 54: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 2

Encik Muhammad meminta peguam syarikatnya, Shahril supaya membela Ali dalam kedua-dua kes tersebut. Dia meminta peguamnya menyaman pihak yang membinasakan kebun orkid itu dan mengelakkan perkara itu dikaitkan dengan soal-soal politik. Selain itu, shahril juga diminta menjalankan penyiasatan yang menyeluruh terhadap punca kes itu. Dia juga telah meminta Yang Berhormat Muhd. Yusuf memberikan kerjasama kepada peguamnya itu.

Peristiwa 3

Encik Muhammad telah memanggil Mahani untuk mengajaknya ke Pekan Tualang bersama isterinya dan Ana pada pagi hari Sabtu. Namun begitu, Encik Muhammad masih memberi cuti selama seminggu kepada Mahani. Dia juga gembira melihat Mahani berasa bahagia bersama dengan anaknya, Rahim. Dia juga bedoa agar Mahani dan Rahim hidup berbahagia selama-lamanya. Mahani pula berjanji dalam hatinya akan melahirkan kedamaian antara Encik Muhammad dan Rahim.

53

Page 55: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 29( Halaman 231 hingga 237 )

A. Latar tempat : Pejabat Encik Muhammad

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mahani

Penyayang Mudah mesra

2. Cik Puan Tipah Gemar bertanya

3. Encik Muhammad Tegas dan baik hati

D. Plot : Peristiwa 1

Mahani masuk ke pejabat dengan fikiran dan perasaan yang agak letih kerana semalaman dia tidak dapat tidur lena. Dia juga memikirkan sikap Rahim yang masih berkeras kepala dengan ayahnya dan dia tahu harapan Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah agar dia dapat melembutkan hati Rahim. Kesedaran Mahani terhadap nasib penduduk Kampung Pulai semakin terasa apabila dia sendiri berkunjung ke kampung itu Sabtu lalu. Dia berpendapat bahawa penduduk Kampung Pulai memang perlu dibantu dan diberi pertolongan untuk memajukan kehidupan mereka.

Peristiwa 2

Encik Muhammad telah menjalankan temu duga untuk memilih pekerja baru bagi menampung urusannya yang semakin bertambah semenjak menjadi Pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang yang baru ditubuhkan. Dua orang telah dipilih iaitu Saadiah, bakal menjadi kerani dan Azliah memangang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma kesetiausahaan.

54

Page 56: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Cik Puan Tipah dan peguamnya diminta datang ke pejabat bertemu Encik Muhammad untuk berbincang berhubung dengan masalah ladang orkid di Jeram Medang. Orang lain tidak dibenarkan mengganggu perbincangan mereka. Situasi itu menimbulkan tanda tanya kepada Mahani, siapakah yang mengkhianati kebun orkid Cik Puan Tipah. Pada fikirannya sebab itu tentu bukan datang daripada Encik Muhammad atau Cik Puan Tipah kerana orang Kampung Pekan Tualang sangat menghormati keluarga Datuk Indera. Setelah perbincangan itu selasai dan peguam itu balik, Encik Muhammad mengajak Mahani makan di luar bersama dia dan isterinya.

55

Page 57: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 30( Halaman 238 hingga 245 )

A. Latar tempat : Restoran

B. Latar masa : Petang

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mahani

Bijak membaca fikiran orang lain Berketurunan Arab Mengambil berat

2. Cik Puan Tipah Tidak biasa makan di restoran Berterus terang

3. Encik Muhammad Gemar makan makanan barat

D. Plot : Peristiwa 1

Encik Muhammad, isterinya dan Mahani telah singgah makan di restoran. Encik Muhammad selalu membawa tetamunya makan tengah hari di situ dan dia juga ada syer dua puluh peratus dalam restoran itu. Mereka telah memesan steak dan air limau. Semasa makan Encik Muhammad mengambil kesempatan bercakap tentang Rahim dan berharap Mahani dapat menjinakkan sifat pembangkang yang ada dalam jiwa anaknya. Encik Muhammad juga menganggap Rahim dan Mahani merupakan anak Melayu yang dibesarkan dalam kalangan orang Melayu tetapi dia bukan orang kampung yang tulen kemelayuannya. Hal ini demikian kerana Rahim dan Mahani merupakan anak kota, anak masyarakat kosmopolitan yang tidak mengerti akan masyarakat Melayu. Bagi Encik Muhammad, masyarakat Melayu hingga ke hari ini masih bukan masyarakat kota, bukan masyarakat industri dan dagang.

56

Page 58: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 2

Cik Puan Tipah ingin mengetahui perkara yang selalu ditulis dalam surat-surat Mahani dan Rahim. Mahani menceritakan antara perkara yang dibincangkan dengan Rahim dalam surat-surat mereka ialah tentang anak. Rahim juga belum mahu menerima tawaran Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk menjadi Pegawai Pengurusan Dagang dan Perusahaan kerana menganggap Syarikat itu kelak akan menganiaya orang Kampung Pulai. Syarikat Lombong Lembah Tualang pula tidak bergantung kepada Rahim dan kegiatan itu perlu untuk pembangunan ekonomi orang Melayu. Syarikat itu akan tetap membeli tanah orang Kampung Pulai dan jika Rahim berkeras menentang, kemungkinan Rahim akan diketepikan begitu sahaja.

57

Page 59: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 31( Halaman 246 hingga 252 )

A. Latar tempat : Rumah Sani ( Pekan Kuala )

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Sani

Tahu mengenang jasa Masih mempunyai sikap ragu-ragu Mempunyai kesedaran diri

2. Sudin Banyak memberi nasihat Berkeyakinan dan mempunyai matlamat hidup

3. Yang Berhormat Muhd. Yusuf Pandai bermain dengan kata-kata Baik hati

D. Plot : Peristiwa 1

Sani telah pulang dan tinggal tetap di tempat kelahirannya, Pekan Kuala. Ayahnya telah berhenti dari menjadi imam kerana dia telah bersetuju untuk menetap di situ. Sani juga telah ditawarkan oleh Yang Berhormat Muhd. Yusuf untuk menjadi wakilnya di beberapa buah kampung hingga ke wilayah Pekan Tualang menggantikan Sudin yang akan menumpukan pekerjaan sebagai pegawai perhubungan dalam syarikat Encik Muhammad. Pada awalnya dia ragu-ragu untuk menerima jawatan tersebut tetapi setelah menerima nasihat daripada Sudin, fikirannya berubah.

Peristiwa 2

Sani ingin membalas budi baik Yang Berhormat Muhd. Yusuf kerana telah membatalkan aduan orang ramai terhadap ayahnya dan berjaya memujuk ayahnya supaya berhenti dengan sukarela. Yang Berhormat Muhd. Yusuf juga telah menjamin pinjaman wangnya dengan Encik Muhammad tanpa dikenakan bunga.

58

Page 60: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Sewaktu dalam perjalanan ke Pekan Tualang Sani mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Muhd. Yusuf bahawa ayahnya itu selalu sakit dan telah dinasihati oleh doktor supaya memohon untuk bersara. Kesihatan ayahnya itu menganggu tugasnya sebagai imam dan sering menimbulkan masalah kepada orang kampung. Oleh itu, Imam Saad akan dilantik menjadi imam dan ditempatkan di Pekan Tualang manakala penduduknya akan dipindahkan ke sebuah rancangan FELDA.

59

Page 61: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 32( Halaman 253 hingga 259 )

A. Latar tempat : Kedai Pak Salim dan rumah Datuk Indera Mahmud

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Pak Salim

Tidak tetap pendirian Mudah berubah

2. Sudin Penyabar dan tenang

3. Mat Akil Sentiasa gembira

4. Yang Berhormat Muhd. Yusuf Bijak, ikhlas dan berpengalaman Kadangkala bersikap tegas

D. Plot : Peristiwa 1

Sewaktu di kedai Pak Salim, Sudin terpaksa berhadapan dengan sikap Pak Salim yang membantah rancangan perpindahannya ke rancangan FELDA. Sudin cuba memujuk Pak Salim supaya kembali pada persetujuan yang diberikannya seminggu lalu tetapi gagal. Sudin kemudian beredar dari kedai Pak Salim dan meminta supaya memberitahu perubahan tempat perjumpaan bersama Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai FELDA setelah Pak Salim tidak membenarkan kedainya dijadikan tempat perjumpaan tersebut.

Peristiwa 2

Semasa dalam perjalanan ke Pekan Tualang, Sudin telah menumpangkan Mat Akil dan rakan-rakannya. Sudin mendapat tahu punca yang menyebabkan Pak Salim meradang. Hal ini demikian disebabkan Pak Salim kecewa kerana Tuk Empat Dahlan dapat menjadi Penghulu dan memperoleh rumah di Pekan Tualang tanpa perlu mengikut ke rancangan FELDA manakala Imam Saad pula dilantik menjadi imam kerajaan dan memperoleh tanah ganti kepada tanah wakaf surau itu di Pekan Tualang. Tinggal dia seorang sahaja orang tua yang terpaksa mengikut anaknya ke rancangan FELDA.

60

Page 62: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Perisriwa 3

Sudin ke rumah Datuk Indera Mahmud untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Encik Muhammad. Mereka sedang rancak berbincang tentang rancangan memindahkan penduduk Kampung Pulai ke FELDA. Sudin pula melaporkan tentang masalah yang dihadapinya dengan Pak Salim. Masalah tersebut akan diselesaikan oleh Yang Berhormat Muhd. Yusuf dengan bantuan Sani. Yang Berhormat Muhd. Yusuf akan bertemu dengan Pak Salim dan berjanji untuk mendapatkannya sebuah tapak kedai sebagai jalan penyelesaian.

61

Page 63: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 33( Halaman 260 hingga 267 )

A. Latar tempat : Surau ( Kampung Pulai )

B. Latar masa : Tengah hari, petang, malam, dan pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Encik Muhammad

Bermotivasi

2. Jamaludin Anak Pak Salim

3. Mahani Berpendirian tinggi Bijak mengawal diri

D. Plot : Peristiwa 1

Pengumuman kewujudan Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk membeli tanah orang-orang kampung oleh Encik Muhammad telah mendapat tentangan daripada Jamaludin dan pemuda berjubah ( Lebai Maarup ). Mereka beranggapan tujuannya itu semata-mata untuk mengusir penduduk Kampung Pulai. Di samping itu, mereka juga menyangka bahawa Encik Muhammad akan mendirikan sebuah hotel di situ. Pada pendapat mereka pembinaan hotel peranginan di Jeram Medang akan membawa kepada masalah sosial seperti berjudi, minum arak, dan berzina ke daerah itu. Peristiwa tersebut merupakan tamparan yang hebat kepada Encik Muhammad.

Peristiwa 2

Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Sani telah berjaya memujuk Pak Salim supaya menjual tanahnya dan berpindah ke FELDA. Pak Salim juga dijanjikan untuk mendapat kemudahan rumah kedai di rancangan FELDA itu kelak. Dia juga telah berjanji untuk memastikan anaknya, Jamaludin tidak akan membantah rancangan itu lagi. Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah mencadangkan supaya kunjungan Penolong Pegawai Daerah ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh Encik Muhammad.

62

Page 64: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Encik Muhammad terkenangkan peristiwa beberapa tahun yang lalu ketika Mary menjadi setiausahanya. Encik Muhammad sering keluar makan dengan setiausahanya itu. Mary telah mengajarkannya semacam cara hidup yang amat manis. Encik Muhammad sering menghabiskan masa dengan Mary. Dia juga sering melupakan Cik Puan Tipah. Tetapi era itu telah lama ditinggalkannya sejak kehadiran Mahani yang banyak memberinya kesedaran.

Peristiwa 4

Encik Muhammad telah mendapat laporan daripada peguamnya berhubung dengan kes pergaduhan di Pekan Kuala dan pengkhianatan di kebun orkid Jeram Medang. Dia kemudian keluar untuk bertemu dengan Datuk Tan berbincang berhubung dengan perkara tersebut. Dalam hatinya, Encik Muhammad tetap bertekad bahawa operasi perlombongan di Kampung Pulai seta operasi pemindahan penduduk Kampung Pulai ke rancangan FELDA tidak boleh dihalang oleh anasir-anasir fanatik.

63

Page 65: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 34( Halaman 268 hingga 274 )

A. Latar tempat : Pejabat Tan Enterprise

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Encik Muhammad

Sayangkan kerjayanya Pandai membahagi masa Professional sewaktu bekerja

2. Datuk Tan Suka bergurau Berkeyakinan dan tegas

D. Plot : Peristiwa 1

Semasa pertemuan Encik Muhammad dan Datuk Tan timbul cerita tentang Mary iaitu bekas setiausaha Encik Muhammad yang datang berjumpa dengan Datuk Tan untuk mencari pekerjaan. Encik Muhammad tidak lagi berminat untuk mengambil tahu tentang Mary kerana menganggap perkara dahulu telah berlalu dan yang perlu dihadapi sekarang ialah urusan Syarikat Lombong Lembah Tualang.

Peristiwa 2

Encik Muhammad menunjukkan laporan peguamnya kepada Datuk Tan dan membuat kesimpulan bahawa anak-anak muda yang menjahanamkan kebun orkid Cik Puan Tipah di Jeram Medang sebenarnya diupah untuk berbuat demikian oleh seseorang dan dia sedang mencari motif sebenar orang tersebut berbuat demikian. Encik Muhammad mengesyaki Tauke Chan terlibat kerana ingin membalas dendam kepadanya kerana telah mengagalkan rancangannya mahu berkongsi dengan abangnya mendirikan taman perumahan di Pekan Tualang. Datuk Tan tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana dia tahu Tauke Chan tidak akan berani berbuat demikian. Datuk Tan mencadangkan supaya peguam itu meneruskan siasatan.

64

Page 66: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Datuk Tan percaya sekiranya Kampung Pulai tidak dapat dibeli operasi perlombongan tetap dapat diteruskan manakala Encik Muhammad pula memikirkan nasib dan masa depan Kampung Pulai yang akan dikelilingi tasik dan timbunan pasir bekas lombong. Oleh sebab itulah, dia mahu membela nasib penduduk Kampung Pulai.

65

Page 67: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 35( Halaman 275 hingga 282 )

A. Latar tempat : Kedai Pak Salim dan pondok mesin getah

B. Latar masa : Petang jumaat dan malam

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mat Akil

Sentiasa gembira Tamak dan tidak jujur

2. Sudin Prihatin Bertanggungjawab Penyabar

3. Mak Minah Pendendam

D. Plot : Peristiwa 1

Mat Akil telah menerima upah daripada Sudin dan diingatkan supaya sentiasa memerhatikan gelagat Jamaludin dan Lebai Maarup. Mat Akil ke kedai Pak Salim mencari Lebai Maarup kerana berani menuduh rancangan Encik Muhammad mendirikan hotel peranginan di Jeram Medang sebagai satu usaha membawa maksiat. Mat Akil kemudian mengajak rakan-rakannya itu balik ke pondok. Di pertengahan jalan, mereka terserempak dengan Mak Ngah dan Milah.

Peristiwa 2

Setibanya di Pondok, Mat Akil membahagi-bahagikan wang upahan yang diberikan oleh Sudin. Mat Akil masih bercerita tentang kegagalannya untuk memikat Gayah dan meminta maaf kepada rakan-rakannya kerana tidak dapat membeli barang-barang yang mereka pesan dahulu ketika di bandar mencari Gayah. Mereka juga sedar dengan perubahan yang berlaku antara mereka dengan Sudin kerana sebelum ini mereka dengan Sudin bermusuhan.

66

Page 68: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Kemudian mereka berpisah dan berjanji akan berjumpa di tempat yang sama pada keesokan hari. Mat Akil terus ke rumah Sudin. Kali pertama dahulu dia telah dihalau oleh Mak Minah. Dia sedar Mak Minah sukar memaafkannya tetapi walau apa pun kini dia telah berjaya menolong Sudin sambil mendapatkan kesenangan mencari wang. Sekiranya Tuk Empat Dahlan menjadi penghulu dia sendiri akan menjadi anak saudara penghulu. Mat Akil juga tidak menyangka kedatangannya itu disambut baik, tidak seperti dahulu.

67

Page 69: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 36( Halaman 283 hingga 290 )

A. Latar tempat : Kedai Pak Salim

B. Latar masa : Tengah hari

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mat Akil

Pandai berpura-pura Bersikap batu api Penipu

2. Sudin Teliti Bijak memperalatkan orang lain

3. Pak Salim Mudah dipujuk dan dibawa berbincang Bertimbang rasa

D. Plot : Peristiwa 1

Mat Akil menyampaikan maklumat tentang Lebai Maarup kepada Sudin tetapi maklumat yang disampaikannya itu sentiasa berubah-ubah. Lebai Maarup dikatakan ejen sebuah parti politik dan asalnya anak Kampung Pulai tetapi telah lama meninggalkan kampung itu mengikut bapanya ke Kuala Selangor, Tanjung Karang. Dia juga telah mengarahkan kawan-kawannya mengikut Lebai Malang dan tentang Jamaludin pula dia berharap Pak Salim sendiri dapat menyelesaikan masalah anaknya itu.

Peristiwa 2

Mat Akil menasihati Pak Salim supaya meminta pertolongan Sudin untuk mendapatkan bantuan membuka kedai di Pekan Tualang atau di Pekan Kuala. Man membawa berita tentang Lebai Maarup yang telah diserang oleh mereka. Mat Akil menyuruh Man dan rakan-rakannya pergi mengaji dengan Lebai Maarup yang mengajar dua kali seminggu di Balai Raya khas untuk budak-budak muda dan membuat laporan kepada Imam Saad kononnya Lebai itu mengajar ilmu sesat.

68

Page 70: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Pak Salim telah bertemu Sudin untuk meminta pertolongan menangani masalah anaknya, Jamaludin. Sudin berjanji akan membantu Pak Salim untuk mendapatkan tapak kedai di Pekan Tualang kelak. Kemudian Sudin, Mat Akil dan rakan-rakannya pergi ke Pekan Tualang untuk berbincang tentang Lebai Maarup. Sudin juga telah menyediakan laporan kepada Encik Muhammad tentang orang-orang Kampung Pulai seperti juga orang di tempat lain yang ingin mengecap kesenangan dan kemewahan hidup moden. Mat Akil dan kawan-kawannya berhasrat untuk bersuka ria di bandar setelah ibu bapa mereka menjual tanah. Sudin dan Gayah pula akan kembali ke Kuala Lumpur. Oleh itu, dia akan berusaha menyelesaikan masalah pembelian tanah itu dengan segera.

69

Page 71: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 37( Halaman 291 hingga 297 )

A. Latar tempat : Pejabat Sudin dan rumah Penghulu Mahmud

B. Latar masa : Pagi dan tengah hari

C. Watak dan Perwatakan : 1. Sudin

Pendendam Bijak mengatur stratergi Bertanggungjawab

2. Sani Cekap melaksanakan kerja

3. Jahid Pendiam Komited dengan tugas

D. Plot : Peristiwa 1

Sudin tidak mempercayai laporan yang dibuat oleh Mat Akil kerana ayahnya sendiri memuji kegigihan Lebai Maarup yang berani mencuba menarik kembali orang-orang muda ke jalan yang benar. Mat Akil juga menipu dengan mengatakan Lebai Maarup adalah ejen sebuah parti politik dan mungkin akan menjadi calon dalam pilihan raya beberapa tahun lagi. Mat Akil turut mahu mencederakan Lebai Maarup buat kali kedua supaya dia meninggalkan Kampung Pulai.

Peristiwa 2

Sudin masih berdendam terhadap Mat Akil. Dia ingin membalas segala perbuatan jahat yang dilakukan oleh Mat Akil dahulu tetapi belum tiba masanya kerana dia mahu mempergunakan Mat Akil sepenuhnya. Sudin juga berusaha memerangkap Mat Akil dan membalas dendam secara halus terhadapnya. Dia akan mendapatkan bantuan daripada Kemat Jerangkung untuk menjadi saksi terhadap jenayah yang dilakukan oleh Mat Akil dan rakan-rakanya.

70

Page 72: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Sani melaporkan bahawa sikap Jamaludin dan Lebai Maarup menentang pembelian tanah Kampung Pulai tidak ada kena mengena dengan politik Yang Berhormat Muhd. Yusuf. Dia juga mendapat tahu bahawa Pendekar Omar diupah oleh Tauke Chan untuk memukul pekerja-pekerja kebun orkid dan memusnahkan pokok-pokok orkid tersebut melalui bekas pemandu Tauke Chan.

Peristiwa 4

Sudin teringatkan keluhan ayahnya tentang akhlak orang muda di kampung itu yang telah runtuh dan orang tua yang kini mengejar kebendaan dan kemewahan. Imam Saad tidak berdaya lagi membetulkan keadaan dan mengharapkan orang seperti Lebai Maarup untuk menjalankan tugas tersebut.

Peristiwa 5

Jahid telah menyiapkan senarai orang-orang yang tidak bertanah dan menumpang di tanah keluarga Datuk Mahmud supaya memudahkan kerja Encik Muhammad. Sudin telah mengambil keputusan untuk membawa Gayah ke Kuala Lumpur kelak. Dia mengerti benar betapa liciknya muslihat-muslihat yang dilakukan oleh Encik Muhammad tatapi dia tidak mampu menentang kerana telah termakan budi termasuklah usaha mengahwinkannya dengan Gayah.

Peristiwa 6

Sudin sedar sekiranya dia berjaya nanti dia akan mengikut jejak langkah Encik Muhammad di dalam dunia dagang dan perusahaan dan kemungkinan dia akan mewarisi tipu muslihat yang tidak jujur atau menjadi saudagar Melayu pertama yang bersifat jujur dan telus.

71

Page 73: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 38( Halaman 298 hingga 299 )

A. Latar tempat : Bilik kerja dan kebun orkid di rumah Encik Muhammad

B. Latar masa : Pukul 9 pagi pada hujung minggu

C. Watak dan Perwatakan : 1. Encik Muhammad

Tekun dan komited terhadap kerja

2. Cik Puan Tipah Mengerti dan memahami keadaan suaminya

D. Plot : Peristiwa 1

Pada pagi minggu itu, Encik Muhammad berada di dalam bilik kerja di rumahnya dan tidak mahu diganggu. Dia mendapat tahu tentang perkembangan terbaru di Kampung Pulai dan membatalkan rancangannya hendak ke kampung itu esok. Berkenaan dengan Jamaludin yang ingin mendapatkan sebuah kedai di Pekan Tualang bukanlah suatu masalah yang besar baginya tetapi dia agak kecewa dengan kemunculan Lebai Maarup yang mengeruhkan keadaan. Encik Muhammad juga tertanya-tanya tujuan sebenar Lebai Maarup.

72

Page 74: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 39( Halaman 300 hingga 306 )

A. Latar tempat : Rumah Imam Saad dan rumah Yang berhormat Muhd. Yusuf

B. Latar masa : Petang sabtu hingga ke malam

C. Watak dan Perwatakan : 1. Sudin

Mudah tersentuh

2. Imam Saad Prihatin dan baik hati

D. Plot : Peristiwa 1

Imam Saad mengadu kepada anaknya Sudin bahawa Lebai Maarup telah dipukul orang pada malam semalam, Lebai Maarup tahu siapa yang telah memukulnya itu tetapi dia tidak mempunyai bukti yang zahir untuk menuduh sesiapa. Hanya secara batin sahaja Lebai Maarup mengagak orang yang memukulnya itu. Lebai Maarup mahu menegakkan keadilan dan ingin melihat pembalasan yang setimpal dilakukan. Walau bagaimanapun, Lebai Maarup tidak mahu membawa perkara tersebut kepada pihak polis kerana dia tiada bukti yang zahir.

Peristiwa 2

Lebai Maarup telah meminta orang kampung ke balai raya pada pukul sembilan pagi kerana ingin membongkar kes yang menimpa dirinya. Dia menerangkan punca yang menyebabkan dia dipukul orang dan dia tidak akan melawan sekiranya dipukul lagi kerana dia tetap tidak akan berhenti menyampaikan kebenaran, seruan Allah s.w.t dan Rasul-Nya

Peristiwa 3

Sudin telah dijemput sama dalam perjumpaan itu. Sebelum perjumpaan itu berlangsung dia perlu berjumpa denga Mat Akil dan Kemat Jerangkung. Hal ini demikian keranaa, ini merupakan peluang terbaik untuk membalas dendam terhadap Mat Akil. Dia kemudian ke Pekan Kuala bertemu Yang Berhormat Muhd. Yusuf untuk ke rumah Encik Muhammad bagi melaporkan perkembangan terbaru yang berlaku di Pekan Kuala.

73

Page 75: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 4

Sudin mendiamkan diri sahaja sewaktu perjalanannya dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf ke Kuala Lumpur. Dia merasakan perlunya berhati-hati dan menyimpan sebaik mungkin rancangannya untuk memberi hukuman kepada Mat Akil dan rakan-rakannya. Dia juga yakin walau apa pun yang terjadi Encik Muhammad tidak akan kalah.

74

Page 76: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 40( Halaman 307 hingga 313 )

A. Latar tempat : Di surau, balai raya, dan kedai Pak Salim

B. Latar masa : Pada waktu subuh hingga pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Lebai Maarup

Bijak menarik penduduk kampung untuk ke surau Berani menegakkan keadillan

2. Imam Saad Imam Kampung Pulai

3. Bilal Endut Bapa saudara Lebai Maarup

4. Kemat Jerangkung Pendiam Pengikut Lebai Maarup yang paling setia

5. Mat Akil Kurang ajar Tidak mahu mendengar kata

6. Man Kawan Mat Akil Tidak menghormati orang yang lebih tua Pemarah Kejam dan ganas

D. Plot : Peristiwa 1

Pada waktu subuh, Lebai Maarup, Imam Saad, Bilal Endut dan Kemat Jerangkung terkurung dalam surau akibat hujan lebat. Imam Saad dan Bilal Endut hendak mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Lebai Maarup di balai raya pagi nanti tetapi Lebai Maarup enggan memberitahu. Hal ini demikian kerana Lebai Maarup hanya mahu menenangkan suasana dan tidak mahu ada sesiapa yang akan sakit hati terhadapnya. Lebai Maarup juga bersyukur kepada Allah s.w.t dan berterima kasih kepada Tuk Imam, Pak Ngah dan Cik Kemat kerana

75

Page 77: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

banyak memberi sumbangan kepadanya untuk memimpin orang kampung.

Peristiwa 2

Ketika Di balai raya orang telah penuh. Dua orang luar juga berada dalam balai raya. Suasana senyap tatkala Lebai Maarup memulakan ucapannya. Ketika dia mahu mula berbicara Mat Akil dan rakan-rakannya sering sahaja menyampuk dan kadangkala menghinanya namun Lebai Maarup tetap sabar. Mat Akil bersikap kurang ajar dan tidak menghormati majlis menyebabkan perjumpaan ramai itu menjadi kecoh. Lebai Maarup juga menyatakan bahawa dia tidak merempat di kampung itu dan telah pulang dari merantau.

Peristiwa 3

Mat Akil, Man dan rakan-rakannya mula bertindak diluar kawalan. Man telah membaling batu ke arah Lebai Maarup dan tepat mengenai mukanya. Suasana di dalam balai raya itu menjadi haru biru. Mat Akil, Man dan dua orang kawannya telah meluru ke depan. Mat Akil telah melibas pisau dan terkena pada bahu Lebai Maarup menyebabkan darah terpercik keluar. Kemat Jerangkung dapat memegang Mat Akil dari belakang kemudian serangan itu terhenti apabila terdengar letupan pistol. Dua orang luar itu menangkap Mat Akil, Man dan dua orang rakannya serta digari.

76

Page 78: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 41( Halaman 314 hingga 315 )

A. Latar tempat : Rumah Encik Muhammad

B. Latar masa : Tengah hari

C. Watak dan Perwatakan : 1. Encik Muhammad

Penyayang Komited dengan kerja

2. Cik Puan Tipah Memahami suaminya Rajin dan taat

D. Plot : Peristiwa 1

Encik Muhammad banyak menghabiskan masanya di bilik kerja sehingga dia sendiri tidak menyedari bahawa dia tidak makan dan minum dari malam semalam. Encik Muhammad kemudiannya keluar dan berjumpa dengan isterinya di taman orkid. Encik Muhammad juga bercadang mengadakan kenduri dan menjemput Lebai Maarup membaca doa.

77

Page 79: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 42( Halaman 316 hingga 320 )

A. Latar tempat : Hospital Daerah dan Balai Polis

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Sudin

Prihatin Tidak pernah bermuka keruh

2. Bilal Endut Tabah dan sabar

3. Imam Saad Prihatin

4. Tuk Empat Dahlan Mengambil berat

5. Pak Salim Prihatin dan mengambil berat

6. Kemat Jerangkung Pengikut yang setia

7. Yang Berhormat Muhd. Yusuf Cepat bertindak

8. Sani Cekap menjalankan kerja

D. Plot : Peristiwa 1

Sudin dan Bilal Endut menunggu dengan perasaan bingung dan cemas di luar bilik rawatan kecemasan Hospital Daerah. Lebai Maarup hampir tidak sedarkan diri tatkala dibawa ke hospital. Mereka dikehendaki ke balai polis untuk memberi keterangan tetapi Sudin tetap berkeras mahu mengetahui dulu keadaan Lebai Maarup. Mereka akan ke sana selepas doktor keluar. Kemudian Imam Saad, Tuk Empat Dahlan, Pak Salim dan Kemat Jerangkung tiba selepas balik dari balai

78

Page 80: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

polis memberi keterangan. Doktor memberitahu bahawa Tuk Bilal kehilangan banyak darah dan tidak boleh diganggu hingga keesokan harinya.

Peristiwa 2

Di balai polis Sudin dan Bilal Endut bertemu dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Sani. Mereka baru sahaja menerima beberapa keterangan dari polis. Bilal Endut kemudian masuk dan memberi keterangan dan selepas itu Sudin pula yang memberi keterangan. Sewaktu di luar Sudin menceritakan segala-galanya kepada Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Sani. Mereka bercadang hendak ke Kuala Lumpur petang nanti untuk menyampaikan berita baru itu kepada Encik Muhammad.

Peristiwa 3

Di depan lokap yang berjeriji besi itu, Sudin melihat Mat Akil, Man dan kawan-kawannya sedang termenung. Sudin memberitahu mereka dia cuba mendapatkan peguam namun dalam hati Sudin dia berasa puas kerana dendamnya telah terbalas. Sudin kemudiannya beredar dari situ dengan perasaan yang lapang.

Peristiwa 4

Sudin dan orang-orang tua kampungnya pulang ke Kampung Pulai menaiki keretanya. Sudin berasa bersyukur kerana musuhnya sudah menerima balasan. Imam Saad pula berharap Lebai Maarup dapat memimpin orang kampungnya di FELDA nanti. Sudin juga ingin melihat ayahnya memenangi sesuatu walau sekecil mana sekalipun.

79

Page 81: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 43( Halaman 321 hingga 326 )

A. Latar tempat : Rumah Encik Muhammad

B. Latar masa : Pada waktu malam

C. Watak dan Perwatakan : 1. Encik Muhammad

Murah dengan senyuman Baik hati Peka

2. Cik Puan Tipah Murah dengan senyuman Lemah lembut

3. Datuk Tan Chong Seng ( Datuk Tan ) Pengarah Urusan Syarikat Lombong Lembah

Tualang

4. Tan Sri Syed Aris Berfikiran terbuka

5. Sudin Peramah Memendam perasaan

D. Plot : Peristiwa 1

Suasana rumah Encik Muhammad meriah pada malam itu. Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah sentiasa senyum dan ketawa. Encik Muhammad menjemput Shahril, peguamnya secara mengejut. Encik Muhammad juga berasa lega kerana semuanya sudah selesai dan Lebai Maarup boleh menjalankan dakwahnya tanpa mengganggu keluarga Datuk Indera. Mat Akil juga harus dibela supaya dia tidak akan menyebut nama Sudin kerana Sudin telah membantu mencari peguam untuknya.

80

Page 82: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 2

Sudin berusaha mencari alat untuk muslihatnya sendiri. Dia sentiasa berhati-hati kerana walau apa pun yang terjadi dia tetap akan menjadi alat pada Encik Muhammad. Hal ini demikian kerana masa depannya bergantung kepada saudagar besar itu. Dia juga ingin mengubati kesedihan hati ayahnya. Dia juga mahu mempergunakan pertentangan antara Encik Muhammad dan Rahim kerana mungkin dapat menimbulkan sesuatu yang konkrit dalam usahanya hendak mengubati hati ayahnya sendiri.

Peristiwa 3

Sebelum pulang, Sudin menerima arahan daripada Encik Muhammad supaya berbincang dengan peguam Shahril untuk membela Mat Akil dan kawan-kawannya itu tanpa memperlihatkan perhubungannya dengan Mat Akil dalam kes tersebut. Sewaktu dalam perjalanan pulang Yang Berhormat Muhd. Yusuf menyatakan perasaan bangganya terhadap Datuk Tan dan Encik Muhammad yang bijak menyelesaikan masalah kepada Sudin, tetapi Sudin hanya mendiamkan diri.

81

Page 83: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 44( Halaman 327 hingga 331 )

A. Latar tempat : Balai Raya Kampung Pulai, Bangunan Maju Jaya, dan hospital

B. Latar masa : Pada waktu pagi hari Isnin

C. Watak dan Perwatakan : 1. Yang Berhormat Muhd. Yusuf

Bekerja keras

2. Sudin Mengambil berat Bijak berkata-kata Pandai berpidato

3. Lebai Maarup

Mengenang jasa Sabar dan tabah

4. Shahril

Peguam Encik Muhammad Cekap

D. Plot : Peristiwa 1

Pegawai Daerah dan Pegawai FELDA datang ke Balai Raya Kampung Pulai untuk memberi penerangan tentang penempatan orang kampung itu ke rancangan FELDA. Turut hadir dalam majlis itu ialah Yang Berhormat Muhd. Yusuf, Sani, Jahid dan Sudin. Ketika memberi ucapan, Sudin memuji kepimpinan Yang Berhormat Muhd. Yusuf, sikap bertimbang rasa dan baik hati Datuk Indera Mahmud serta keluarganya dan kemurahan hati Encik Muhammad selaku Pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang.

82

Page 84: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 2

Yang Berhormat Muhd. Yusuf yang membuka jalan untuk orang kampung menyertai rancangan FELDA. Datuk Indera Mahmud pula bersetuju memberi sagu hati serta ganti rugi kepada orang kampung yang menumpang di dalam tanah keluarganya. Manakala Encik Muhammad akan membeli tanah orang kampung dengan harga yang tinggi.

Peristiwa 3

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, Sudin singgah melawat Lebai Maarup di hospital dan tidak lupa membincangkan tentang kedudukan tanah pusaka ayah Lebai Maarup itu. Dia juga mendapat tahu bahawa Lebai Maarup berkelulusan SPM. Sudin berjanji akan melawat Lebai Maarup lagi pada sebelah petang kerana dia perlu segera ke pejabat Encik Muhammad.

Peristiwa 4

Sudin ke pejabat Encik Muhammad dan membincangkan tentang masalah Mat Akil dan kawan-kawanya itu dengan peguam Shahril dan urusan pembelian tanah penduduk Kampung Pulai. Encik Muhammad juga diberitahu oleh Sudin bahawa tanah pusaka lebai Maarup masih lagi atas nama ayahnya.

83

Page 85: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 45( Halaman 332 hingga 334 )

A. Latar tempat : Rumah Sudin di Kampung Pulai

B. Latar masa : Pada waktu malam dan subuh

C. Watak dan Perwatakan : 1. Sudin

Mudah berubah Mempunyai matlamat hidup Setia Bertanggungjawab

2. Gayah Sangat mencintai Sudin

D. Plot : Peristiwa 1

Sudin pulang ke rumah setelah sehari suntuk menjalankan tugasnya. Dia dapat merasakan perubahan pada ayahnya, Imam Saad setelah dilantik menjadi Imam Pekan Tualang. Ayahnya kini menjadi seorang pendiam. Sudin teringat kata-kata Lebai Maarup yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hatinya. Lebai Maarup tidak akan berputus asa mengajak orang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Peristiwa 2

Pada malam itu Sudin tidak dapat tidur lena kerana fikirannya terganggu. Dia teringatkan pertemuannya dengan Mahani dan cerita tentang Encik Muhammad akan berusaha menyedarkan Rahim tentang cara dia bekerja kerana Rahim antara penghalang hasratnya itu.

Peristiwa 3

Setelah bersarapan pagi, Sudin keluar untuk menyelesaikan urusan dengan Jahid dan Sani. Kemudian dia ke pejabat untuk menunggu telefon dari peguam Shahril. Selain itu, dia akan ke hospital untuk melawat Lebai Maarup. Sudin juga menjangkakan mungkin ada antara tanah di Kampung Pulai tidak dapat dibeli dan mengharapkan kepulangan Rahim itu nanti akan dapat mengubah cara ayahnya itu.

84

Page 86: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 46( Halaman 335 hingga 344 )

A. Latar tempat : Rumah Datuk Indera Mahmud dan surau Kampung Pulai

B. Latar masa : Pada waktu pagi hingga petang

C. Watak dan Perwatakan : 1. Encik Muhammad

Tidak menepati masa Dihormati Pandai mengawal keadaan

2. Sudin Sentiasa bersedia

3. Muhammad Alif bin Abdul Karim Anak Maimunah binti Datuk Indera Idris Berani Pensyarah di Universiti Malaya

4. Lebai Maarup Sabar menempuh dugaan Berpandangan jauh Tabah Baik hati

D. Plot : Peristiwa 1

Seluruh ahli keluarga Datuk Indera Mahmud berkumpul di rumahnya untuk menghadiri mesyuarat pembahagian sebahagian daripada harta keluarga Datuk Indera yang akan dibeli oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang seperti yang diiklankan dalam akhbar oleh peguam yang menguruskan hal ehwal harta Datuk Mahmud. Mesyuarat diketuai oleh peguam dan dibantu oleh Tuan Kadi Wilayah Tualang yang bertanggungjawab membahagikan harta di kampung itu mengikut faraid.

Peristiwa 2

Setelah selesai penerangan peguam, majlis diserahkan kepada Datuk Indera Mahmud dan Encik Muhammad. Encik Muhammad menjadi marah apabila melihat ahli keluarga itu tidak menghormati Datuk Indera Mahmud ketika dia sedang berucap. Encik Muhammad

85

Page 87: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

mewakili Datuk Indera Mahmud meminta persetujuan ahli keluarganya melerai pembahagian harta di Kampung Pulai dan syarikatnya akan menawarkan harga yang tinggi untuk membeli tanah-tanah tersebut.

Peristiwa 3

Encik Muhammad dikejutkan dengan pertanyaan Muhammad Alif bin Abdul Karim, waris nombor sembilan yang mahu melabur dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan jumlah wang harga tanah bahagian masing-masing dimasukkan sebagai saham. Pada awalnya Encik Muhammad cuba memperlekehkan Muhammad Alif tetapi terkedu apabila mengetahui Muhammad Alif seorang pensyarah di Universiti Malaya dan berkelulusan Sarjana Ekonomi dari London School of Ecomonics, London.

Peristiwa 4

Selepas Zuhur, Encik Muhammad dan Sudin ke Kampung Pulai untuk menziarahi Lebai Maarup yang baru keluar dari hospital. Pertemuan itu diadakan di surau dan turut hadir ialah Imam Saad dan Bilal Endut itu. Lebai Maarup menyatakan hajatnya kepada Encik Muhammad untuk mewakafkan tanahnya untuk keperluan agama. Encik Muhammad tidak bersetuju dengan Lebai Maarup itu. Lebai Maarup tetap dengan perdiriannya kerana sebuah surau pasti diperlukan oleh pekerja-pekerja lombong dan setelah 15 tahun apabila pelombongan selesai, belas lombong itu pasti dibangunkan juga dan memerlukan sebuah surau atau sebuah masjid atau sebuah sekolah agama. Encik Muhammad terpaksa mengalah dan cuba memikirkan cadangan Lebai Maarup itu. Sudin pula dapat membayangkan kegembiraan ayahnya, Imam Saad kerana Encik Muhammad terpaksa akur dengan keputusan Lebai Maarup itu.

86

Page 88: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 47( Halaman 345 hingga 349 )

A. Latar tempat : Surau Kampung Pulai

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Lebai Maarup

Tenang dan lemah lembut

2. Encik Muhammd Berubah sikap apabila berhadapan dengan masalah Sedikit ego

3. Sudin Tenang dan lemah lembut

4. Mahani Bersikap terbuka Mudah menerima pandangan

D. Plot : Peristiwa 1

Encik Muhammad ke Kuala Lumpur tanpa membawa Sudin bersamanya. Dia mengarahkan Sudin membereskan urusan tanah dengan Lebai Maarup. Sudin juga akur dengan cara Lebai Maarup mengemukakan cadangannya kepada Encik Muhammad yang amat baik dan munasabah. Encik Muhammad tidak dapat tunduk dengan cadangan Lebai Maarup kerana dia seorang yang ego dan selalunya berjaya dalam tugasnya. Lebai Maarup menasihati Sudin supaya bertenang dan sabar dengan sikap Encik Muhammad kerana dua tiga hari kemudian Allah s.w.t akan melembutkan hatinya dan menenangkannya.

Peristiwa 2

Sudin kembali ke pejabatnya pada keesokan hari untuk menunggu telefon dari peguam Shahril. Sudin juga berhajat untuk menyertakan tanah wakaf ayahnya dalam gagasan Lebai Maarup itu. Dia kemudian telah menerima panggilan telefon daripada Mahani bertanyakan peristiwa yang berlaku di Pekan Tualang semalam yang

87

Page 89: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

menyebabkan Encik Muhammad mengambil cuti secara tiba-tiba dan semua urusannya dibatalkan.

Peristiwa 3

Sudin pula ingin bertemu dengan Mahani untuk membincangkan tentang Rahim. Sudin menceritakan peristiwa yang berlaku di Pekan Tualang antara Encik Muhammad dan Lebai Maarup. Sudin mengemukakan suatu teori kepada Mahani supaya Rahim mengikut kehendak ayahnya bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Mahani bersetuju dengan teori Sudin itu kerana dia sendiri sedang memikirkan cara hendak membantu Rahim memahami ayahnya dan dalam masa yang sama membantu Encik Muhammad memahami anaknya. Dengan teori itu, Rahim tidak akan kalah kepada ayahnya itu. Walau bagaimanapun, dia juga tidak akan menang keseluruhannya.

Peristiwa 4

Sebelum menunggu Rahim balik dari London, Sudin menelefon peguam Shahril supaya menangguhkan dahulu kedatangannya ke Pekan Tualang sehingga minggu hadapan. Dia juga mengharapkan kepulangan Rahim akan membuka jalan yang memudahkan segala urusannya.

88

Page 90: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 48( Halaman 350 hingga 352 )

A. Latar tempat : Lapangan terbang

B. Latar masa : Pada waktu pagi

C. Watak dan Perwatakan : 1. Mahani

Berfikiran rasional Setia

2. Rahim Berfikiran terbuka Tunang Mahani

3. Robert

Peramah dan riang

D. Plot : Peristiwa 1

Mahani menunggu kepulangan Rahim dan Robert di lapangan terbang. Perjumpaannya dengan Sudin kelmarin membukakan langkah baru untuk merapatkan jurang antara Rahim dengan ayahnya. Rahim pulang bersama Robert dan mereka tidak memberitahu kepulangan mereka kepada ibu bapa masing-masing.

Peristiwa 2

Mahani mengajak mereka ke restoran untuk berbincang dan menerangkan rancangannya itu. Rahim bersetuju dan mengharapkan rancangannya itu benar-benar boleh memberi kesan kepada ketamakan ayahnya itu. Robert juga menasihati Rahim supaya bersetuju dengan rancangan tersebut dan tidak menentang ayahnya itu. Rahim memberi syarat kepada Mahani sekiranya rancangan itu berjaya mereka akan tinggal di kompleks dalam kampung yang ditinggalkan itu.

89

Page 91: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 49( Halaman 353 hingga 358 )

A. Latar tempat : Rumah Encik Muhammad

B. Latar masa : Pada waktu petang

C. Watak dan Perwatakan : 1. Rohana ( Ana )

Lincah dan Periang

2. Cik Puan Tipah Penyayang

3. Encik Muhammad

Prihatin Tabah Penyabar

4. Mak Enon Pembantu rumah Encik Muhammad

5. Rahim Prihatin Penyayang Sentiasa gembira dan tenang

6. Robert Banyak membaca

D. Plot : Peristiwa 1

Ana menerima panggilan telefon daripada Rahim dan berlari memberitahu kepulangan abangnya kepada ibunya, Cik Puan Tipah menyampaikan berita gembira itu kepada suaminya yang berada di bilik kerja. Mereka pergi ke lapangan terbang dan bertemu dengan Datuk Tan dan Datin Tan yang juga datang menjemput Robert.

90

Page 92: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 2

Dalam perjalanan pulang, mereka dihiburkan dengan gelagat Ana. Walau bagaimanapun, Encik Muhamamad kelihatan masih sugul ekoran peristiwa Lebai Maarup dua hari yang lepas. Sampai di rumah, semua menghadap hidangan teh yang disediakan oleh Mak Enon kecuali Encik Muhammad yang terus masuk ke dalam bilik kerjanya.

Peristiwa 3

Mak Enon menghantar teh untuk Encik Muhammad dan diminta oleh tuannya itu memanggil Cik Puan Tipah masuk. Cik Puan Tipah kemudiannya memanggil Rahim masuk bertemu dengan ayahnya tu. Dia dan Ana tidak dibenarkan mencampuri urusan mereka berdua di dalam bilik itu. Cik Puan Tipah amat risau dengan Rahim dan suaminya yang berada dalam bilik itu. Dia khuatir akan berlaku pertengkaran antara anak dan ayah kerana melihat keadaan suaminya dua hari lalu dan kepada nada surat-surat Rahim selama ini. Akhirnya apabila suara yang menusuk keluar dari bilik itu bertambah keras, dia masuk tetapi sebaik sahaja pintu dibuka dia melihat kedua-duanya sedang gelak ketawa.

Peristiwa 4

Rahim dan ayahnya ketawa tentang cerita Robert yang ingin menjadi sami. Cik Puan Tipah masih tidak berpuas hati dan ingin mendapatkan penjelasan daripada Rahim dan suaminya. Rahim minta beredar kerana ingin mengemaskan barang-barangnya. Encik Muhammad menerangkan kepada isterinya bahawa Rahim telah bersetuju menerima jawatan yang ditawarkan oleh Datuk Tan sebagai Pegawai Pengurusan Lombong Lembah Tualang.

91

Page 93: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Bab 50( Halaman 359 hingga 365 )

A. Latar tempat : Rumah Encik Muhammad dan Rumah Tan Sri Syed Aris

B. Latar masa : Pada waktu malam

C. Watak dan Perwatakan : 1. Rahim

Rajin Pemurah Bakal Pegawai Pentadbiran Syarikat Lombong

Lembah Tualang

2. Mahani Sangat menyayangi Rahim

3. Tan Sri Syed Aris Berfikiran terbuka

D. Plot : Peristiwa 1

Rahim membahagi-bahagikan bungkusan hadiah kepada ahli keluarganya termasuklah Mak Enon. Selepas itu, dia beredar ke rumah Mahani seperti yang telah dijanjikan di lapangan terbang tadi. Rahim memberitahu Mahani bahawa rancangan mereka telah berjaya. Satu kompleks akan didirikan yang lengkap dengan pejabat, bangsal pekerja, surau dan lain-lain. Dia juga memberitahu tentang persetujuan untuk menerima tawaran menjadi Pegawai Pengurusan Pentadbiran dan akan tinggal di kompleks tersebut seperti yang dirancang bersama.

Peristiwa 2

Tan Sri Syed Aris hairan dengan perubahan keputusan yang dibuat oleh Encik Muhammad. Dia juga tidak suka kepada Lebai Maarup dan menganggap Imam Saad lebih alim daripada Lebai Maarup kerana tuanya dan banyak pengalaman. Namun pendapat itu disanggah oleh Rahim. Walau bagaimanapun, Rahim teragak-agak untuk berbahas dengan bakal mertuanya itu kerana tidak mahu menjadi seperti ayahnya petang tadi yang bertukar menjadi marah.

92

Page 94: 46701035 Sinopsis Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Peristiwa 3

Rahim menceritakan kepada Tan Sri Syed Aris peristiwa perbahasannya dengan ayahnya petang tadi yang berhubung dengan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim membandingkan kebajikan yang dilakukan oleh ayahnya hanya untuk kepentingan diri manakala kebajikan yang dilakukan oleh Lebai Maarup merupakan kebajikan suruhan agama kerana mengabdikan diri kepada Allah s.w.t demi kebaikan manusia di dunia dan di akhirat.

Peristiwa 4

Tan Sri Syed Aris bersyukur kerana Encik Muhammad telah disedarkan oleh Rahim tentang kesan pembayaran ekonomi kepada orang Melayu dan berharap Rahim akan dapat bekerjasama dengan Lebai Maarup. Setelah Tan Sri Syed Aris dan Syarifah Mu’inah beredar. Rahim dan Mahani menganggap kemenangan itu merupakan kemenangan Imam Saad yang ikhlas dan sabar. Mereka menghabiskan sisa malam di ‘setee’ panjang dan Rahim menghadiahi Mahani seutas kalung platinum bermadalion kecil dengan sebiji permata berlian halus.

93