document4

1
Ketiga, guru biasa memberi kesedaran tentang pentingnya pelajaran. Terdapat murid yang sangat aktif untuk belajar dan pada masa yang sama terdapat juga murid yang datang sekolah hanya sebagai rutin harian. Dalam hal ini, guru biasa memberi kesedaran kepada anak-anak murid bahawa betapa pentingnya pelajaran pada masa kini sebab pendidikan yang diperoleh oleh seseorang akan menentukan masa depan mereka. Apabila guru memberikan kesedaran, murid-murid berpeluang untuk mengubah dirinya dan bersedia untuk menghadapi cabaran di dunia pendidikan ini. Keempat pula, guru biasa menolong murid untuk membuat keputusan rasional. Murid-murid di sekolah rendah berupaya mengambil keputusan sendiri tetapi masalahnya mereka tidak tahu bahawa keputusan yang diambil itu rasional atau tidak. Jadi, adalah menjadi tugas kepada guru biasa untuk menolong murid membuat pertimbangan, mengenal pasti baik buruk sesuatu tindakan dan sebagainya.

Upload: mohd-syukur-abdullah

Post on 12-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: Document4

Ketiga, guru biasa memberi kesedaran tentang pentingnya pelajaran. Terdapat

murid yang sangat aktif untuk belajar dan pada masa yang sama terdapat juga murid

yang datang sekolah hanya sebagai rutin harian. Dalam hal ini, guru biasa memberi

kesedaran kepada anak-anak murid bahawa betapa pentingnya pelajaran pada masa

kini sebab pendidikan yang diperoleh oleh seseorang akan menentukan masa depan

mereka. Apabila guru memberikan kesedaran, murid-murid berpeluang untuk

mengubah dirinya dan bersedia untuk menghadapi cabaran di dunia pendidikan ini.

Keempat pula, guru biasa menolong murid untuk membuat keputusan rasional. Murid-murid di sekolah rendah berupaya mengambil keputusan sendiri tetapi masalahnya mereka tidak tahu bahawa keputusan yang diambil itu rasional atau tidak. Jadi, adalah menjadi tugas kepada guru biasa untuk menolong murid membuat pertimbangan, mengenal pasti baik buruk sesuatu tindakan dan sebagainya.