43 penilaian pelaksanaan kem bestari solat program j-qaf di sekolah rendah. kajian di daerah kuala...

Upload: mohd-hazreek-zainal

Post on 02-Jun-2018

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    1/18

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    2/18

    2

    addition to discuss the findings, the researchers also refined some of the constraints

    that the educators faced and gave a few recommendations for further improvement.

    PENGENALAN

    Program Kem Bestari Solat adalah di antara modul yang diperkenalkan dalam ko-

    kokurikulum program j-QAF bagi tujuan pemantapan ibadah solat pelajar Islam itu

    sendiri. Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di bawah

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam

    usaha memastikan semua murid dapat menunaikan solat dengan sempurna

    terutamanya apabila murid tersebut telah berada ditahun 6. Pendekatan ini bertujuan

    untuk pemantapan lagi kaedah terkini pengajaran pendidikan Islam sejajar dengan

    perkembangan semasa. Antara kaedah di luar P&P yang dilaksanakan dalam usaha

    melahirkan generasi pelajar yang unggul solatnya adalah dengan mewujudkan model

    Kem Bestari Solat (KBS) di bawah program pendidikan Islam j-QAF.

    LATAR BELAKANG KAJIAN

    Program j-QAF diperkenalkan di sekolah-sekolah rendah sejak tahun 2005 adalah

    untuk memperkukuhkan Pendidikan Islam melalui penekanan dalam pelajaran Jawi,

    al-Quran, Bahasa arab dan Fardhu Ain di sekolah rendah (KPM 2004). Pelaksanannya

    dilakukan melalui penggubalan kurikulum, model dan juga modul. Dalam usaha

    menjayakan program j-QAF ini, guru-guru akan diberikan latihan khusus untuk

    melaksanakn pemulihan, bimbingan, pengukuhan, pengayaan, dan penghayatan

    pelajar (Ibrahim Hashim et.al. 2009). Setelah pelaksanaannya selama 5 tahun, satu

    kajian yang komprehensif perlu dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan programtersebut dan cadangan untuk untuk melakukan penambah baikan program dan

    pelaksanaanya.

    PERNYATAAN MASALAH

    Kajian tentang cabaran dan tekanan guru j-QAF di sekolah yang dijalankan oleh

    Misnan et. al .(2009) mendapati kurangnya kerjasama dalam kalangan ibu bapa untuk

    menjayakan program j-QAF seperti Kem Bestari Solat. Tidak semua ibu bapa yang

    menghantar anak-anak mereka untuk menyertai program ini di sekolah dan

    kebanyakan ibu-bapa hanya meletakkan tanggungjawab pengajaran dan penghayatan

    Fardhu Ain terhadap pelajar adalah kepada guru-guru j-QAF semata-mata.

    Hasil kajian oleh Ibrahim Hashim et. al (2009) pula mendapati peruntukan

    kewangan yang disediakan dalam program Kem Bestari Solat menunjukkan skor min

    yang tinggi iaitu 88.8%. Jumlah ini menjelaskan bahawa peruntukan kewangan yang

    diberikan untuk program ini adalah mencukupi. Namun begitu, kerjasama kakitangan

    sekolah dalam melaksanakan program j-QAF adalah pada tahap sederhana iaitu

    73.9%, begitu juga kerjasama dari guru-guru pendidikan Islam iaitu 77.0% dan

    kerjasama guru besar pula adalah 69.4% sahaja. Kajian Asmawati & Lukman (2009)

    juga menyatakan terdapat beberapa aspek yang menjadi masalah dan kekangan dalam

    pelaksanaan program Kem Besatari Solat ialah dari segi bilangan fasilitator danperuntukan kewangan yang disalurkan. Ini dapat dirumuskan bahawa kerjasama para

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    3/18

    3

    pentadbir, guru pendidikan Islam dan kakitangan sekolah dalam menjayakan program

    j-QAF secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana.

    Berdasarkan temubual yang dilakukan oleh pengkaji terhadap En. A. Rahman

    bin Hj Amran pada 18 Oktober 2011, yang merupakan Penolong Pegawai PPD KualaSelangor j-QAF, beliau menyatakan bahawa kurangnya persediaan dan kefahaman

    yang mendalam tentang pelaksanaan sebenar Kem Bestari Solat dalam sebahagian

    kalangan guru j-QAF sendiri menyebabkan objektif program tersebut tidak dapat

    dicapai sepenuhnya. Antara yang dikenalpasti adalah guru j-QAF Novis yang baru

    memulakan tugasan mengajar di sekolah dan juga segelintir golongan pentadbir yang

    masih kurang jelas berkenaan pelaksanaan program j-QAF itu sendiri.. Selain itu,

    aspek pengurusan yang lemah di beberapa buah sekolah di daerah Kuala Selangor

    juga menyebabkan program Kem Bestari tidak dilaksanakan mengikut bilangan yang

    ditetapkan iaitu empat kali setahun. Hal ini berlaku kerana pelbagai alasan yang

    diberi seperti faktor kesibukan, jumlah pelajar yang terlalu ramai, dan kekangan masa

    akibat kepadatan aktiviti sedia ada yang telah disusun dalam takwim sekolah.

    Rumusannya, kajian ini bertujuan membuat penilaian berdasarkan maklum balas

    guru-guru j-QAF tentang perlaksanaan program KBS yang telah dijalankan sama ada

    di dalam mahupun di luar bilik darjah. Justeru itu pengkaji merasa perlu untuk

    membuat kajian dengan lebih mendalam mengenai aspek ini untuk tujuan cadangan

    dan penambah baikan.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian adalah seperti berikut:

    1. Mengkaji penilaian guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF terhadap

    pelaksanaan program Kem Bestari solat

    2. Mengenalpasti tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF

    terhadap pelaksanakan program Kem Bestari Solat

    3. Mengenalpasti perbezaan tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam dan j-

    QAF dalam pelaksanaan KBS mengikut jantina, pengalaman mengajar danbidang pengkhususan guru.

    PERSOALAN KAJIAN

    1. Apakah penilaian guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF terhadap

    perlaksanaan program Kem Bestari Solat?

    2. Apakah tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF dalam

    melaksanakan program Kem Bestari Solat?

    3. Apakah perbezaan tahap kesediaan guru-guru Pendidikan islam dan j-QAF

    dalam melaksanakan program KBS mengikut jantina, pengalaman mengajar

    dan juga bidang pengkhususan guru?

    HIPOTESIS KAJIAN

    1. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penilaian guru-guruPendidikan Islam dan j-QAF dengan perlaksanaan Kem Bestari solat

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    4/18

    4

    2. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan guru-guru

    Pendidikan Islam dan j-QAF dengan pelaksanaan Kem Bestari Solat

    3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru-guru

    Pendidikan Islam dan j-QAF dalam pelaksanaan KBS mengikut jantina,

    pengalaman mengajar dan juga bidang pengkhususan .

    BATASAN KAJIAN

    Batasan kajian berfokus kepada aspek penilian terhadap pelaksanaan Model Kem

    Bestari Solat program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian ini merupakan satu tinjauan

    yang dijalankan terhadap guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF di sekolah-sekolah

    kebangsaan (SK) yang melaksanakan program j-QAF di bawah Kementerian

    Pelajaran Malaysia.Kajian ini tertumpu di kawasan daerah Kuala Selangor. Terdapat 3

    kawasan Zon yang menempatkan 34 buah sekolah kebangsaan dalam kawasan

    tersebut. Kawasan Zon adalah seperti berikut:

    1. ZON Bestari Jaya

    2. ZON Jeram

    3. ZON Tanjong Karang

    Berdasarkan tumpuan terhadap kesemua ZON tersebut, gambaran sebenar populasi di

    daerah Kuala Selangor dapat dihasilkan melalui dapatan kajian ini.

    DEFINISI OPERASIONAL

    Kem Bestari Solat

    Aktiviti model KBS ini dilaksanakan dalam bentuk latih tubi di luar waktu

    persekolahan sama ada di dalam atau luar kawasan sekolah. Sebagai contoh, antara

    pengisian aktiviti Kem Bestari Solat ialah latihan mengambil wuduk, amali solat dan

    pelaksanaan solat berjemaah. Tambahan pula aktitivi seumpama ini amat bersesuaian

    dengan tahap murid sekolah rendah yang berada dalam alam kanak-kanak. Islam

    sendiri menekankan bahawa penyampaian ilmu dan pendidikan itu seharusnya sesuai

    dan menepati tahap murid. Justeru itu, aktiviti berbentuk amali ini pastinya dapat

    memberi kesan positif kepada pembelajaran murid (Asmawati & Lukman 2009).

    Melalui definisi di atas, pengkaji berpendapat bahawa program KBS ini

    diwujudkan bagi tujuan melahirkan murid yang faham sepenuhnya perkara yang

    berkaitan dengan ibadah wuduk dan solat. Kefahaman yang dimaksudkan dalam

    program ini ialah murid yang sempurna dari segi perlakuan wuduknya. Solat yang

    sempurna pula bermaksud sempurna dalam perlakuan rukunnya termasuklah dalamperkara yang berkaitanfeliyyah, qauliyyah dan juga qalbiyyah.

    Konsep Program j-QAF

    Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan pendidikan Islam melalui

    penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang

    dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakankurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    5/18

    5

    digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan

    penghayatan murid. Pelaksanaanya menggunakan jadual waktu sedia ada (JAPIM2006)

    Sekolah Rendah

    Istilah Sekolah Rendah dalam kajian adalah merujuk kepada Sekolah Kebangsaan di

    bawah Kementerian pelajaran Malaysia. Sekolah rendah merupakan pendidikan awal

    kanak-kanak yang diwajibkan oleh KPM kepada semua pelajar yang berusia 7 hingga

    12 tahun. Sekolah rendah dalam kajian ini tidak melibatkan sekolah rendah agama,

    SRJK (Cina), SRJK (Tamil) dan lain-lain yang tidak berkaitan.

    REKA BENTUK KAJIAN

    Reka bentuk dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif berbentuk tinjauan dalam

    menghurai ciri-ciri pembolehubah yang berhubung dengan objektif kajian.Metodologi kajian adalah melibatkan pentadbiran soal selidik, temubual dan juga

    tinjauan. Penulis menggunakan kaedah tinjauan kerana maklumat yang dikumpul

    dalam sesuatu populasi dapat dijelaskan secara terperinci berdasarkan dapatan yang

    dikumpul dari sampel kajian dan dapatan data akan digeneralisasikan. Kaedah

    pengumpulan dan penganalisaan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah

    soal selidik bagi menjawab semua persoalan kajian yang melibatkan hipotesis-

    hipotesis yang dibina. Kajian ini melibatkan pengumpulam maklumat yang berbentuk

    penilaian, kesediaan, pelaksanaan dan kekangan yang dihadapi guru dalampenglibatan aktiviti Kem Bestari Solat.

    POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

    Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala

    Selangor (PPD), terdapat 34 buah sekolah rendah kebangsaan yang ditempatkan

    mengikut 3 zon di daerah tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji menetapkan jumlah

    responden seramai 180 orang sahaja. Mengikut Jadual Persampelan Krejcie dan

    Morgan (1970), untuk populasi yang bersaiz 320, saiz sampel yang digunakan ialah

    175. Prosedur persampelan rawak mudah digunakan dengan memilih 7 orang guru

    dalam setiap sekolah mengikut kesesuaian bilangan jantina di sekolah tersebut. Ini

    bertujuan bagi menentukan tahap perbezaan penilaian, tahap kesediaan dan tahap

    kekangan guru dalam melaksanakan program Kem Bestari Solat mengikut jantina,

    bidang pengkususan dan pengalaman mengajar. Oleh itu, dapatan kajian akan

    digeneralisai kepada semua guru pendidikan Islam dan j-QAF di daerah tersebut.

    Selain itu, maklumat tambahan yang diperolehi melalui temubual dan tinjauan

    dengan guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF juga telah dianalisis secara manual.

    Statistik yang digunakan adalah releven dengan objektif dan persoalan kajian.

    DAPATAN SOAL SELIDIK

    Isi kandungan kaji selidik yang dijalankan terbahagi kepada empat bahagian sepertijadual 1 di bawah.

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    6/18

    6

    Latar belakang responden

    Jadual 1: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina

    Bil Kumpulan Jumlah Peratus Min SP1 Lelaki 39 21.7 4.19 .872 Perempuan 141 78.3 4.08 .34

    Jadual 1 menunjukkan taburan dan peratusan responden mengikut jantina. Seramai 39

    orang (21.7%) terdiri daripada responden lelaki manakala seramai 141 (78.3%) adalah

    responden perempuan.

    Jadual 2: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut bidang

    pengkhususan

    Bil Bidang Pengkhususan Jumlah Peratus Min SP1 Guru j-QAF 98 54.4 4.17 .392 GPI 82 45.6 4.01 .34

    Jadual di atas menunjukkan seramai 98 orang (54.4%) responden terdiri daripada gurupendidikan Islam j-QAF manakala guru pendidikan Islam pula adalah berjumlah 82

    orang (45.6%)

    Jadual 3: Taburan peratusan responden mengikut pengalaman mengajar

    Bil Pengalaman Mengajar Jumlah Peratus Min SP

    1 1-3 Tahun 40 22.2 4.14 .3222 4-6 Tahun 62 34.4 4.13 .4203 7-9 Tahun 11 6.1 4.44 .3574 10 Tahun ke atas 67 37.2 3.96 .322

    Jadual 3 di atas menunjukkan bahawa bilangan guru-guru pendidikan Islam j-

    QAF sebagai responden yang terlibat dalam hasil soal selidik ini adalah mereka yang

    mempunyai pengalaman mengajar lebih dari sepuluh tahun adalah lebih tinggi

    berbanding responden yang lain iaitu sebanyak 67 orang (37.2 %), diikuti bilangan

    guru yang mempunyai pengalaman selama 4 hingga 6 tahun sebanyak 62 orang

    (34.4%), manakala guru yang berkhidmat sebagai guru novis pula seramai 40 orang(22.2%) dan guru yang terlibat sebagai responden yang paling sedikit ialah mereka

    yang mempunyai pengalaman mengajar selama 7 hingga 9 tahun iaitu seramai 11

    orang (6.1%)

    ANALISA STATISTIK DESKRIPTIF

    Kajian ini akan memaparkan hasil analisa data dan diskripsinya terhadap penilaian,

    tahap kesediaan dan masalah yang dihadapi guru-guru Pendidikan Islam j-QAF dalam

    pelaksanaan KBS. Untuk melihat taburan min berhubung penilaian guru terhadap

    pelaksanaan KBS , nilai min telah dikategorikan berdasarkan skala berikut:

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    7/18

    7

    Jadual 4: Taburan nilai min berdasarkan kriteria

    Julat min Kriteria

    0.0 hingga 2.33

    2.34 hingga 3.67

    Tahap Rendah

    Tahap Sederhana3.67 hingga 5.00 Tahap Tinggi

    Sumber: Nik Mohd. Rahimi (2005) dan Zamri (2005)

    Mengkaji penilaian guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF terhadap

    pelaksanaan Kem Bestari Solat

    Jadual 5: Penilaian guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF terhadap

    pelaksanaan Kem Bestari Solat

    Bil Item N= 180 1 2 3 4 5 Min SP

    1 Program KBS membantu - - - 89 91 4.48 .60meningkatkan pencapaian murid 49.4% 50.6%dalam pelaksanaan solat denganbetul.

    2. Program KBS di sekolah telah 2 2 12 124 40 4.10 .65dilaksanakan mengikut modul 1.1% 1.1% 6.7% 68.9% 22.2%

    yang telah ditetapkan3. Pelaksanaan Program KBS perlu - 4 27 103 46 4.03 .76

    dikekalkan sebanyak 4 kali 2.2% 15.0% 57.2 25.6%setahun

    4. Kandungan modul program KBS - - 6 115 59 4.29 .52adalah bersesuaian dengan 3.3% 63.9% 32.8%KBSR pendidikan Islam.

    5. Telah mengadakan post 2 7 39 106 26 3.81 .76mortem setiap kali KBS 1.1% 3.9% 21.7% 58.9% 14.4%

    dijalanlan untuk tujuanpenambah baikan

    6. Penetapan pelaksanaan program 8 14 44 95 19 3.53 1.01KBS di luar waktu persekolahan 4.4% 7.8% 24.4% 52.8% 10.6%adalah amat sesuai

    7. Murid yang cemerlang mengusai - 1 10 103 66 4.30 .59pelakuan dan bacaan solat yang 0.6% 5.6% 57.2% 36.7%

    perlu dilibatkan sebagaifasilitator dalam program KBS

    8. Guru pendidikan Islam dan j- - 6 23 120 31 3.97 .65QAF telah menyediakan 3.3% 12.8% 66.7% 17.2%

    pelbagai BBM yang sesuai dansecukupnya (seperti kad manila,carta bergambar, kertas kosong,pensil, debu tanah, lembarankerja dll) setiap kali program

    KBS dilaksanakan9. Murid yang lemah perlu - 2 4 81 93 4.47 .60

    diutamakan dan dibimbing 1.1% 2.2% 45.0% 51.7%

    sendiri oleh GPI dan j-QAFdalam setiap aktiviti kumpulan.

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    8/18

    8

    11. Program KBS berjalan lancar - 2 22 126 30 4.02 .57

    setiap kali pelaksanaannya 1.1% 12.2% 70.0% 16.7%12. Kebanyakan murid mencapai - 1 30 127 22 3.94 .55

    objektif yang disasarkan selepas 0.6% 16.7% 70.6% 12.2%

    KBS dijalankan

    10. Semua guru yang terlibat dalamKBS telah diberi taklimatpenerangan sebelum programdilaksanakan.

    - - 147.8%

    114

    63.3%

    52

    28.9%

    4.21 .56

    Total Min 4.10

    Segmen ini akan memperihalkan penilaian guru berhubung pelaksanaan program KemBestari Solat. Nilai Min digunakan sebagai asas perbandingan dan magnitud nilai min

    yang dikemukakan menggambarkan darjah persetujuan guru. Jadual di atas telah

    disusun mengikut nilai min tertinggi (4.48) kepada yang paling rendah (3.98).

    Secara keseluruhannya, guru berpandangan bahawa program KBS dapatmembantu meningkatkan pencapaian murid dalam pelaksanan solat dengan betul

    (4.48). Mereka bersetuju menjadikan murid yang lemah untuk diutamakan dan

    dibimbing sendiri oleh mereka dalam setiap aktiviti kumpulan (4.47). Mereka juga

    berpendapat bahawa murid yang cemerlang menguasai pelakuan dan bacaaan solat

    yang betul perlu dilibatkan sebagai fasilitator dalam program KBS (4.30). Kandungan

    modul program KBS pula adalah bersesuaian dengan KBSR Pendidikan Islam (4.29).

    Mereka juga besetuju bahawa semua guru yang terlibat dalam KBS telah diberi

    taklimat dan penerangan sebelum program tersebut dilaksanakan (4.21). Berdasarkan

    temubual oleh pengkaji terhadap 5 orang responden, 4 daripadanya telah menyatakan

    bahawa kesemua guru yang terlibat dalam KBS di sekolahnya telah diberi taklimat

    ringkas awal oleh guru pendidikan Islam dan j-QAF seperti menyampaikan maklumat

    tentang peserta program, objektif dan peralatan yang diperlukan untuk pelaksanaan

    KBS.

    Menurut penilaian guru juga, perjalanan program KBS yang telah

    dilaksanakan di sekolah adalah mengikut modul yang telah ditetapkan (4.10). Mereka

    juga bersetuju berkenaan pelaksanaan program KBS yang perlu dikekalkan sebanyak

    4 kali setahun (4.03). Selain itu, program KBS berjalan dengan lancar setiap kali

    pelaksanaannya (4.02) . Namun begitu, ramai guru yang kurang bersetuju dalam

    menyatakan kebanyakan murid telah mencapai objektif yang disasarkan selepas KBS

    dijalankan (3.98). Selain itu, guru Pendidikan Islam dan j-QAF juga kurangmenyediakan pelbagai BBM yang sesuai dan secukupnya (seperti kad manila, carta

    bergambar, kertas kosong, debu tanah, lembaran kerja dan sebagainya) setiap kali

    program KBS dijalankan (3.97). Manakala penetapan pelaksanaan program KBS di

    luar waktu persekolahan pula dianggap kurang sesuai (3.53). Namun begitu, hasil

    temubual dengan 5 orang guru di tiga buah sekolah yang berbeza di daerah Kuala

    Selangor mendapati kesemua guru telah menyatakan bahawa amat bersetuju dengan

    aspek pelaksanaan KBS di luar waktu persekolahan. Berdasarkan huraian tersebut,

    dapat disimpulkan bahawa guru telah memberi penilaian yang positif dan negatif

    terhadap pelaksanaan KBS di sekolah dalam daerah Kuala Selangor.

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    9/18

    9

    Mengkaji persediaan guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF terhadap

    pelaksanaan Kem Bestari Solat

    Jadual 6: Persediaan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF terhadap

    pelaksanaan Kem Bestari Solat

    Bil Item 1 2 3 4 5 Min SP

    1. Saya sentiasa mengkaji latar - 2 33 127 18 3.87 .63belakang murid sebagai 1.1% 18.3% 70.6% 10.0%persediaan awal sebelumprogram KBS dilaksanakan

    2. Saya kerap menggunakan - 2 35 126 17 3.87 .56

    BBM yang sesuai setiap kali 1.1% 19.4% 70.0% 9.4%terlibat dalam pelaksanaanprogram KBS

    3. Saya akan merekod - 1 13 126 40 4.11 .62

    pencapaian murid dalam 0.6% 7.2% 70.0% 22.2%KBS secara jujur setiap kali

    selepas pelaksanaannya.4. Saya telah melibatkan diri 2 5 12 109 52 4.11 .80

    dalam program KBS 1.1% 2.8% 6.7% 60.6% 28.9%

    sebanyak 4 kali setiap tahun5. Kursus-kursus anjuran

    PPD/JPN/ KPM yang pernahsaya sertai banyak membantusaya menggunakan pelbagaikaedah P&P dalam programKBS.

    6. Menyediakan laporan setiapkali selepas program KBS

    - 10.6%

    - 1

    0.6%

    2011.1%

    22

    12.2%

    12267.8%

    123

    68.3%

    3720.6%

    34

    18.9%

    4.06 .65

    4.05 .57

    7. Jumlah waktu yangdiperuntukkan dalam setiapaktiviti LDK program KBS

    adalah sesuai danmencukupi.

    10.6%

    10.6%

    3016.7%

    12569.4%

    2312.8%

    3.91 .67

    8. Saya sentiasa memastikanmurid melibatkan diri secaraaktif dalam setiap aktiviti

    dalam LDK program KBS

    - - 63.3%

    13172.8%

    4323.9%

    4.20 .48

    9. Saya akan memantau muridyang lemah dalam menguasaiperkara yang berkaitan solatsetiap kali pelaksanaan KBSselesai dijalankan

    - 10.6% 84.4% 12267.8 4927.2% 4.21 .54

    10. Program KBS hanya sesuaidilaksanakan kepada muridyang lemah sahaja

    137.2%

    2815.6%

    6033.3%

    6133.9%

    1810.0%

    3.23 1.06

    Total Min 3.97

    Skala julat min akan dihuraikan oleh pengkaji mengikut turutan min yang

    paling tinggi iaitu (4.21) kepada min yang paling rendah iaitu (3.23). Secara umumnyaguru mempunyai tahap persediaan yang baik berhubung dengan pelaksanaan KBS.

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    10/18

    10

    Dari sudut persediaan guru, kebanyakan guru akan memantau murid yang

    lemah dalam menguasai berhubung perkara berkaitan solat setiap kali pelaksanaan

    KBS selesai dilaksanakan dengan dapatan min sebanyak (4.21). ini diikuti dengan

    persediaan guru yang bersetuju yang sentiasa memastikan murid melibatkan dirisecara aktif dalam setiap aktiviti KBS yang dijalankan (4.20). Selain itu, mereka telah

    mendapat min yang sama (4.11) dalam dua item yang berbeza iaitu dalam aspek

    mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam merekod pencapaian murid secara

    jujur setiap kali pelaksanaan KBS dan aspek sentiasa bersedia melibatkan diri dalam

    pelaksanaan KBS sebanyak 4 kali setahun. Kursus-kursus anjuran PPD/JPS/KPM

    yang pernah guru-guru sertai juga telah membantu mereka mempelbagaikan kaedah

    P&P dalam aktiviti KBS (4.06) Selain itu, dapatam nin berkaitan persediaan guru

    menulis laporan penilaian murid selepas selesai aktiviti KBS dijalankan pula ialah

    (4.05).

    Guru juga berpendapat bahawa jumlah waktu yang diperuntukkan dalam setiapaktiviti LDK program KBS adalah kurang sesuai dan mencukupi (3.91).Mereka juga

    menyatakan tentang kurangnya persediaan mereka dalam dua item yang berbeza yang

    mendapat persamaan jumlah min (3.87) iaitu sentiasa mengkaji latar belakang murid

    sebagai persediaan awal sebelum KBS dan kerap menggunakan BBM yang sesuaidalam setiap aktiviti yang melibatkan KBS. Selain itu, mereka kurang bersetuju dalam

    menyatakan program KBS hanya sesuai dilibatkan kepada murid yang lemah dalam

    pencapaian akademik sahaja (3.23).

    Mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan Islam dan j-

    QAF dalam melaksanakan program Kem Bestari Solat

    Jadual 7: Kekangan yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Islam j-QAF

    berhubung pelaksanaan Kem Bestari Solat

    Bil Item 1 2 3 4 5 Min SP

    1. Bilangan murid yang - 4 26 127 23 3.93 5.9dilibatkan dalam LDK ketika 2.2% 14.4% 70.6% 12.8%

    pelaksanaan KBS adalahsesuai

    2. Penglibatan guru akademik 8 18 41 90 23 3.78 3.17

    terhadap program KBS amat 4.4% 10.0% 22.8% 50.0% 12.8%menggalakkan

    3. Sumber kewangan yang 13 11 63 84 9 3.36 .94

    diperuntukkan untuk program 7.2% 6.1% 35.0% 46.7% 5.0%KBS adalah mencukupi

    4. Peralatan dan kemudahan 9 3 45 113 10 3.60 .86dalam mengendalikan 5.0% 1.7% 25.0% 62.8% 5.6%program KBS adalahmencukupi

    5. Tempat yang digunakan 1 1 25 134 19 4.16 3.03

    untuk pelaksanaan program 0.6% 0.6% 13.9% 74.5% 10.6%KBS adalah sesuai dan

    selesa.6. Terdapat surau yang selesa di - 1 25 108 46 4.10 .63

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    11/18

    11

    sekolah sebagai kemudahanaktiviti solat

    0.6% 13.9% 60.0% 25.6%

    7. Kehadiran murid dalamprogram KBS hampirmencecah 100%

    8. Kebanyakan murid yanglemah bacaan solat adalahdalam kalangan mereka yangtidak pandai membaca al-Quran

    9. Bilangan fasilitator adalahmencukupi dalam setiap sesiKBS dilaksanakan

    10. Program ini pernahmelibatkan penyertaan dalamkalangan ibu bapa,

    jawatankuasa masjid danmasyarakat setempat.

    63.3%

    3

    1.7%

    5

    2.8%

    2312.8%

    1910.6%

    1

    0.6%

    11

    6.1%

    5329.4%

    6536.1%

    19

    10.6%

    62

    34.4%

    6033.3%

    7843.3%

    103

    57.2%

    88

    48.9%

    3418.9%

    126.7%

    54

    30.0%

    14

    7.8%

    105.6%

    3.39 .88

    4.13 .75

    3.52 .83

    2.75 1.03

    Total Min 3.60

    Paparan data dalam jadual di atas akan memperihalkan berkatan masalah dan

    kekangan yang dihadapi oleh guru berhubung pelaksanaan Kem Bestari Solat di

    sekolah mereka. Nilai min digunakan sebagai asas perbandingan dan magnitud nilai

    min menggambarkan darjah persetujuan guru berkaitan masalah dan juga kekangan

    yang dihadapi. Nilai min telah disusun daripada aras tertinggi (4.16) kepada aras yang

    paling rendah (2.75).

    Secara umumnya, guru menyatakan bahawa tempat yang digunakan untuk

    pelaksanaan program KBS adalah sesuai dan selesa (4.16). Guru juga bersetuju

    bahawa kebanyakan murid yang lemah bacaan solat adalah dalam kalangan mereka

    yang tidak pandai membaca al-Quran (4.13). Surau juga ada disediakan di sekolah

    sebagai kemudahan guru dan murid untuk melakukan aktiviti solat (4.10). Namun

    begitu, bilangan murid LDK yang telah ditetapkan sewaktu program KBS pula adalah

    kurang sesuai (3.93). Manakala dari sudut penglibatan guru akademik terhadap

    program ini juga kurang menggalakkan (3.78) begitu juga peralatan dan kemudahan

    dalam mengendalikan program KBS yang kurang mencukupi (3.60).

    Selain itu, bilangan guru yang terlibat sebagai fasilitator dalam setiap kalipelaksanaan KBS dilihat hampir menjadi permasalahan (3.52). Manakala item

    berkaitan dengan sumber kewangan yang diperuntukkan untuk program KBS untuk 4

    kali setahun juga didapati kurang mencukupi (3.36). Selain itu, bilangan murid yang

    hadir menyertai program KBS tidak pernah mencecah 100% ialah (3.39). Masalah

    dan kekangan yang paling utama dihadapi oleh guru ialah program ini kurang

    mendapat penyertaan dan penglibatan dalam kalangan ibu bapa, jawatankuasa masjid

    dan masyarakat setempat (2.75)

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    12/18

    12

    PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

    Penilaian guru Pendidikan Islam dan j-QAF terhadap pelaksanaan Kem Bestari

    Solat.

    Secara umumnya, hasil kajian mendapati, majoriti guru-guru pendidikan Islam dan j-

    QAF telah memberi penilaian positif berhubung pelaksanaan Kem Bestari Solat di

    sekolah masing-masing serta ianya telah dilaksanakan dengan baik. 8 item berkaitan

    penilaian guru telah mendapat nilai min yang tinggi iaitu 4.10 hingga 4.47. Antara

    penilaian yang diperolehi dari guru-guru ialah program ini mampu membantu

    meningkatkan pencapaian murid dengan betul. Dapatan ini selari dengan kajian

    Ibrahim Hashim (2009) yang menunjukkan 85.6% guru-guru bersetuju bahawa Kem

    Bestari Solat dapat menyedarkan kepentingan solat dan sebanyak 99.5% murid pula

    berpendapat bahawa program KBS dapat membantu mereka belajar dan memperbaiki

    solat mereka. Manakala dapatan kajian oleh Haslinda Hussin (2009) pula yang

    mendapati 59 orang murid dari jumlah keseluruhan yang terlibat dalam pembelajaranj-QAF didapati telah melakukan ibadah solat tanpa disuruh oleh mana-mana pihak.

    Kajian ini juga mendapati 82.8% guru-guru bersetuju memberi pandangan

    bahawa kekerapan program KBS ini perlu dikekalkan sebanyak 4 kali setahun.

    Pandangan ini disokong oleh dapatan kajian Asmawati & Lukman (2009) yang

    menunjukkan seramai 75.4% orang guru menyatakan bahawa menerusi program ini,

    mereka dapat mendisiplinkan murid untuk mengamalkan aktiviti solat. Program ini

    dilihat banyak membantu murid meningkatkan hafalan dan kefahaman murid

    terutamanya dalam aspek perkara-perkara yang berkaitan dengan solat.

    Selain itu, seramai 83.7% guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di daerahKuala Selangor telah menyediakan pelbagai BBM yang sesuai dan secukupnya setipa

    kali program KBS dijalankan. Dapatan ini sesuai dengan teori pengajaran oleh Ibn

    khaldun (2000), yang menjelaskan bahawa medium yang perlu dilakukan oleh guru

    dalam proses menyampaikan ilmu ialah dengan penggunaan alat bantu mengajar.

    Penyediaan BBM yang sesuai dan sempurna adalah bertujuan untuk membantu

    sesuatu pengajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokan serta memudahkan

    murid mencapai matlamat pengajaran.Sebagaimana dijelaskan oleh Omar al-Syaibani

    (1991), bahawa metod pengajaran dalam pendidikan Islam bertujuan untuk

    memudahkan proses pengajaran bagi pelajar dan membuatnya mencapai sebanyak

    mungkin tujuan yang diinginkan

    Kajian juga mendapati seramai 63.4% guru-guru yang bersetuju berhubung

    penetapan pelaksanaan KBS di luar waktu persekolahan. Berdasarkan temubual yang

    dilakukan oleh pengkaji mendapati 4 dari 5 responden menyatakan bahawa

    penganjuran program yang ditetapkan di luar waktu persekolahan seperti pada hari

    sabtu agak menyukarkan murid untuk hadir kerana faktor kenderaan dan juga urusan

    keluarga. Situasi ini menyebabkan kurangnya sambutan murid untuk menghadirkan

    diri dalam program tersebut.

    Namun begitu, dapatan melalui soal-jawab juga mendapati salah seorang

    responden menyatakan bahawa beliau sangat bersetuju program KBS yang telahdianjurkan di luar waktu persekolahan pada hari sabtu. Menurut beliau, masa khusus

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    13/18

    13

    yang diperuntukkan di luar waktu persekolahan dilihat dapat membantu guru lebih

    fokus untuk membantu murid mencapai sesuatu objektif sesuatu topik yang hendak

    disampaikan. Situasi ini juga memberi masa dan ruang kepada guru pendidikan Islam

    dan j-QAF untuk menyediakan peralatan dan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk

    pelaksanaan program KBS ini..

    Guru-guru Pendidikan Islam j-QAF juga bersetuju (96.7%) dalam

    mengutamakan dan membimbing sendiri murid-murid yang lemah dalam setiap

    aktiviti KBS. Dapatan ini disokong oleh Ibrahim Hashim (2009) yang menyatakan

    ilmu diperingkat ijazah oleh (90%) guru-guru dapat membantu mereka dalam

    pengajaran. Ini kerana guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF telah diberi penerangan

    dan latihan yang mencukupi tentang program ini melalui kursus dan taklimat

    berkaitan model dan modul tersendiri dalam melaksanakan proses pemulihan,

    bimbingan, penguasaan, kemahiran, pengukuhan dan penghayatan murid (Ghazali

    2007).

    Namun begitu, timbul kebimbangan apabila terdapat guru-guru menunjukkan

    penilaian yang agak negatif dalam aspek tertentu kerana telah memperolehi min yang

    sederhana iaitu 3.53 hingga 3.98. Ini kerana walaupun program KBS banyak

    membantu penguasaan bacaan dan perlakuan dalam solat, masih terdapat murid yang

    gagal menguasainya dengan baik.

    Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dan j-QAF terhadap pelaksanaan Kem

    Bestari Solat

    Berdasarkan hasil dapatan kajian, keseluruhan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF

    mempunyai pandangan yang agak seimbang sama ada dari sudut yang positifmahupun negatif berhubung kesediaan mereka terhadap pelaksanaan KBS. Sebanyak

    6 daripada 10 item mempunyai nilai min yang tinggi iaitu 4.05 hingga 4.21.

    Dari sudut kesediaan terhadap pelaksanaannya pula, guru-guru telah

    berpandangan (82.2%) bahawa jumlah waktu yang diperuntukkan dalam setiap aktiviti

    dalam LDK program KBS adalah sesuai dan mencukupi. Dapatan ini disokong

    melalui kajian lepas berhubung perkara yang sama oleh Asmawati & Lukman (2009)

    yang mendapati bahawa guru-guru j-QAF berpandangan jadual program KBS yang

    telah disusun adalah sesuai (85.7%). Manakala tempoh masa Kem Bestari Solat yang

    dilaksanakan juga adalah sesuai dan mencukupi (73.1%).

    Majoriti guru -guru telah bersetuju (88.4%) menyatakan bahawa kursus-kursus

    anjuran PPD/JPN/KPM yang pernah dihadiri dapat membantu mereka membuat

    persediaan untuk mempelbagaikan kaedah P&P dalam model KBS program j-QAF.

    Dapatan ini selari dengan hasil kajian Ab. Tamuri et al (2004) berhubung persepsi

    guru terhadap kurikulum Pendidikan Islam yang menyatakan faktor kehadiran dalam

    kursus memberi kesan kepada yang lebih positif dalam P&P.

    Sebanyak 79.4% guru-guru bersetuju telah menggunakan BBM yang sesuai

    setiap kali program KBS dijalankan. Dapatan kajian ini selari oleh kajian yang

    dilakukan oleh Ibrahim Hashim (2009) yang telah mendapati jumlah peratusanpenggunaan BBM pengajaran j-QAF yang telah disediakan ialah (71%). Namun

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    14/18

    14

    begitu, dalam kajian beliau juga menyatakan hampir separuh daripada guru (47.7%)

    sukar mendapatkan BBM yang sesuai untuk pengajaran serta BBM yang telah

    disediakan di sekolah pula tidak mencukupi (50.7%) menyebabkan mereka tidak

    kerap menggunakan BBM dalam pengajaran mereka.

    Dapatan kajian juga menunjukkan (82.2%) guru-guru bersetuju membuat

    rekod pencapaian murid murid yang menyertai program KBS secara jujur setiap kali

    selesai pelaksanaanya. Ianya merujuk kepada pentaksiran hasil pencapaian pelajar

    terhadap segala proses pengajaran yang telah dilakukan. Pentaksiran ini meliputi

    penilaian objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada dan juga kaedah mengajar

    (Robert Glaser 1962).

    Selain itu, hampir separuh guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF (43.9%)

    berpandangan bahawa program KBS hanya sesuai dilaksanakan kepada murid yang

    lemah. Dapatan ini agak membimbangkan kerana kerana ianya bertentangan dengan

    konsep model Kem Bestari Solat itu sendiri. Model KBS ini telah dikategorikansebagai aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam yang diwajibkan ke atas semua murid

    Islam yang terlibat dalam program j-QAF (Bahagian Pendidikan Islam KPM 2006).

    Kenyataan ini dapat difahami bahawa program ini bukanlah dilaksanakan mengikut

    tahap kesesuaian pencapaian pelajar.

    Manakala baki sebanyak 4 item dalam aspek ini pula menunjukkan terdapat

    beberapa kekurangan yang berlaku dalam kalangan guru-guru berhubung dengan

    kesediaan mereka dalam pelaksanaan KBS dengan jumlah nilai min masing-masing

    3.91 hingga 3.23. Antara perkara yang berkaitan kekurangan persediaan guru-guru

    ialah kurang mengkaji latar belakang murid sebagai persediaan awal sebelum

    pelaksanaan KBS dan juga kurang menggunakan BBM yang sesuai dalam setiapaktiviti terutamanya berkaitan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dalam KBS.

    Masalah atau kekangan yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Islam dan j-

    QAF dalam pelaksanaan KBS

    Secara umumnya, majoriti guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF mengalami

    beberapa kekangan berhubung pelaksanaan KBS di sekolah mereka. Sebanyak 7

    daripada 10 item mempunyai hasil dapatan nilai min yang agak rendah iaitu 3.93

    hingga 2.75. Antara kekangan yang dihadapi oleh guru-guru ialah kurangnya

    penyertaan guru-guru akademik terhadap program ini. Pandangan mereka terhadap

    aspek penglibatan guru akademik di dalam pelaksanaan program KBS ini secara

    keseluruhannya adalah di tahap yang sederhana. Situasi ini dilihat secara langsung

    akan menyebabkan berlakunya masalah bilangan fasilitator yang kurang mencukupi

    untuk setiap aktiviti kumpulan mengikut bilangan ahli yang ideal. Menurut Wan

    Norjihan (2003), jumlah ahli yang dinamik untuk setiap kumpulan dalam LDK ialah

    tidak kurang dari 6 orang dan tidak melebihi 12 orang. Ini bertujuan bagi membantu

    objektif dan matlamat sesuatu program atau aktiviti dapat dicapai dengan lebih

    berkesan. Kekurangan fasilitator akan menyebabkan bilangan ahli dalam LDK

    semakin bertambah.

    Berdasarkan temubual yang dilakukan, majoriti guru akademik kurangmelibatkan diri dalam program KBS yang dianjurkan pada hari sabtu kerana ramai di

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    15/18

    15

    antara mereka yang menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah dan perlumenghadirkan diri ke kuliah yang diadakan setiap hari sabtu. Namun begitu, ada juga

    segelintir guru akademik yang kurang berminat untuk menyertai pelaksanaan KBS

    kerana faktor kurang keyakinan diri dalam aspek penyampaian pengajaran

    terutamanya yang melibatkan bacaan dan juga ayat hafazan al-Quran serta perkara-perkara tertentu di dalam solat. Malahan ada di antara mereka yang meminta untuk

    diletakkan sebagai Fasilitator kepada kumpulan murid yang agak pintar dalam

    pelajaran. Menurut Zamri Mahamod et al (2007), kurangnya penguasaan dalam

    kalangan guru terhadap sesuatu ilmu pengajaran akan mendatangkan perasaan kurang

    percaya pada diri dan mendatangkan rasa bimbang seterusnya menghilangkan

    keyakinan diri murid terhadap kredibiliti guru tersebut. Situasi ini mungkin akan

    menghalang murid untuk mencapai sesuatu objektif KBS yang dianjurkan.

    Namun begitu, hanya seorang daripada 5 responden sahaja yang bersetuju

    bahawa penglibatan guru akademik adalah tinggi dalam membantu melaksanakan

    program KBS. Menurut beliau, keadaan ini berlaku kerana sokongan pentadbirsekolah yang tegas dan kuat telah mendorong dan mewajibkan kesemua guru sama

    ada guru Pendidikan Islam dan j-QAF mahupun guru akademik untuk turut sama

    terlibat menjayakan setiap program sekolah yang dianjurkan termasuklah program

    Kem Bestari Sekolah. Ada juga di antara sekolah mereka yang telah menetapkan

    penyertaan guru akademik sebanyak dua kali setahun dalam setiap pelaksanaan

    program KBS dijalankan.

    Kehadiran murid sebagai peserta KBS juga tidak mencecah sebanyak 100%.

    Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan oleh pengkaji melalui pelaksanaan

    KBS dari dua buah Sekolah Kebangsaan di daerah Kuala Selangor, beberapa

    kelemahan dapat dikenalpasti oleh pengkaji berkaitan dengan jumlah kehadiran muriddalam menyertai program KBS yang telah diadakan pada hari sabtu. Mengikut rekod

    kedatangan dua sekolah yang berbeza, peratusan murid yang hadir ke program KBS

    kali ke 4 masing-masing hanyalah mencapai hampir 80% sahaja. Hasil kajian

    Asmawati & Lukman (2009) terhadap masalah kehadiran murid juga adalah hampir

    sama iaitu hanyalah 73.1% sahaja.

    Selain itu, kekangan yang paling jelas yang dihadapi oleh guru-guru juga ialah

    berkaitan penyertaan yang rendah dalam kalangan ibu bapa, jawatankuasa masjid dan

    masyarakat setempat (41.2%) terhadap penganjuran program KBS ini. Analisis kajian

    ini selari dengan dapatan oleh Ibrahim Hashim (2009) yang menunjukkan bahawa

    penglibatan masyarakat yang bekerjasama dalam KBS hanyalah mencapai 54.5%

    sahaja. Keadaan ini berlaku kerana faktor biokrasi dan ianya juga memerlukan

    perancangan yang teliti serta komitmen dari pelbagai pihak yang perlu dilakukan

    untuk melibatkan mereka dalam program sekolah seperti program KBS ini.

    KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

    Secara keseluruhannya, dapatan kajian dapat disimpulkan sebagaimana yang berikut;

    1. Tahap penilaian guru-guru Pendidikan Islam j-QAF terhadap pelaksanaan

    Kem Bestari Solat adalah tinggi. Dapatan ini adalah berdasarkan kepada

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    16/18

    16

    jumlah responden yang diperolehi daripada guru-guru Pendidikan Islam

    dan j-QAF di daerah Kuala Selangor.

    2. Tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAf terhadap

    pelaksanaan Kem Bestari Solat adalah aras sederhana berdasarkan analisiskajian yang telah dijalankan dengan catatan min keseluruhan iaitu 3.97.

    3. Tahap kekangan atau masalah yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan

    Islam dan j-QAF berhubung pelaksanaan KBS juga di aras sederhana

    dengan dapatan analisis min keseluruhan 3.60. Manakala item 10 telah

    mendapat min terendah iaitu 2.75 yang menyatakan tentang penglibatan

    dalam kalangan ibu bapa, jawatankuasa masjid dan masyarakat setempat

    berkaitan program KBS ini.

    CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

    Berdasarkan hasil dapatan kajian dan perbincangan yang telah dilakukan dengan

    mengambil kira beberapa faktor-faktor penilaian, persediaan guru dan juga kekangan

    yang dihadapi oleh guru-guru berhubung dengan pelaksanaan KBS, pengkaji telah

    mengemukakan beberapa cadangan yang difikirkan perlu dilaksanakan untuk

    memastikan perjalanan program Kem Bestari Solat ini terus berjalan dengan lancar

    dan jayanya. Antara cadangan adalah seperti berikut:

    i. Kajian berhubung keberkesanan pengajaran guru sewaktu pelaksanaan aktivitiKBS perlu dikaji bagi mengenalpasti strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

    yang paling sesuai oleh guru serta kesungguhan guru-guru dan pihak sekolah

    ketika mengendalikan proram ini

    ii. Membuat kajian perbandingan pelaksanaan program KBS dengan program-

    program akademik lain yang berkaitan untuk tujuan penambah baikan

    terutamanya dalam aspek kesediaan guru dan juga pengurusan program yang

    lebih teratur agar model KBS ini benar-benar dilaksanakan mengikut garis

    panduan yang telah ditetapkan oleh JAPIM.

    iii. Guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF haruslah bersama-sama berganding

    bahu untuk memastikan pelaksanaan program KBS ini dilaksanakan dengan

    berkesan. Selain itu, mereka juga harus berperanan sebagai mudarris, muallim,

    muaddib, mursyid dan murabbi yang seharusnya berkesinambungan

    terutamanya kepada murid yang lemah dan bukan hanya sekadar melalui

    program KBS bahkan juga sewaktu P&P di dalam kelas pelajar tersebut.

    iv. Membuat kajian yang lebih mendalam berkaitan penilaian, persepsi serta

    kekangan yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF terhadap

    aktiviti kurikulum j-QAF yang lain seperti model Model Khas Pemulihan

    Jawi,Model Tasmik (al-Quran),Model 6 bulan Khatam al-Quran dan Model

    Perluasan Bahasa Arab dan Komunikasi

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    17/18

    17

    KESIMPULAN

    Kesemua program j-QAF, khususnya Kem Bestari Solat adalah merupakan satu usaha

    Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan

    terutamanya dalam bidang Pendidikan Islam itu sendiri. Matlamat aktivitikokurikulum program Kem Bestari Solat yang lebih berbentuk amali ini adalah

    bertujuan dapat menarik minat murid untuk mengikuti dan mempelajari ibadah solat

    dan seterusnya diharapkan amalan solat menjadi sebati dalam diri para pelajar. Guru-

    guru Pendidikan Islam dan juga guru j-QAF pula berperanan sebagai medium

    perantaraan antara ilmu dan murid adalah elemen terpenting dalam menjayakan

    kurikulum Pendidikan Islam j-QAF itu sendiri.

    Rujukan

    Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. 2010. Amalan pengajaranguru pendidikan Islam berteraskan konsep Muallim. Journal of Islamic and

    Arabic Education. 2 (1): 43-51

    Ab. Halim Tamuri, Shahrin Awaluddin & Tajul Arifin Nordin. 2009. Aktiviti dan

    fungsi surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di

    sekolah-sekolah menengah.Journal of Tropical Forest Sciences. 21 (4) : 307-

    315

    Asmawati Suhid & Lukman Abdul Mutalib. 2009. Tinjauan Terhadap Kem Bestari

    Solat.Journal of Islamic Education 1(1): 15-28

    Ghazali Darusalam. 2007. Pelaksanaan program j-QAF mengikut persepsi pensyarah

    dan pelajar.Jurnal Penyelidikan. 10: 18-25.

    Haslinda Hussin. 2009. Keberkesanan program j-QAF dalam pembentukan peribadi

    kanak-kanak Islam: Kajian kes di Sekolah Kebangsaan Durian Air Tawar,

    Bera Pahang. Latihan Ilmiah Antropologi dan Sosiologi. Kuala Lumpur:

    Universiti Malaya

    Ibrahim Hashim, Misnan Jemali, Muhammad Akramin, Mohd Abdul Nasir, Ahmad

    zulfikar Shah, Zanariah Noor, Mohd Abdul Aziz Hasanudin Abd Hamid. 2009.

    Draf Laporan Akhir Penilaian Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek Penyelidikan. Universiti Pendidikan

    Sultan Idris.

    Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izhan Mohd Hamzah. 2009. Sifat

    dan peranan keperibadian Guru cemerlang pendidikan Islam (GCPI) dan

    hubungannya dengan motivasi pelajar.Jurnal Teknologi. 51 (E).: 57-71.

    Kamarul Azmi Jasmy & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Pengajaran dan

    Pembelajaran. Skudai: penerbit UTM

  • 8/11/2019 43 Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor-h

    18/18

    18

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Keperihalan Dasar dan Prinsip Kurikulum

    Semakan Tahun 2003. Pendidikan Islam dan Bahasa Arab KBSR/KBSM.

    JAPIM

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran Pendiikan Islam KBSR.Cetakan Kedua. Bahagian Kurikulum Pendidikan islam dan Moral. Kuala

    Lumpur. Penerbit: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan

    Pengurusan Kurikulum j-QAF. Cetakan Pertama. Bahagian Kurikulum

    pendidikan Islam dan Moral. Kuala Lumpur. Penerbit. Jabatan Pendidikan

    Islam dan Moral.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model

    Pengajaran dan Pembelajaran kokurikulum j-QAF Tahun 1. Cetakan ketiga.

    Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Kuala Lumpur. Penerbit:Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

    Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining size for research activities.

    Educational and Psychological Measurement. 30: 60-610

    Misnan Jemali, Ekhwan Johan Mustafa, Syed Hassan Syed Isa, Muhammad Faizol

    Jali dan Mohd Bukhari Yahya. 2009. Cabaran dan Tekanan Guru j-QAF di

    Sekolah. Kajian Penyelidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. Kemahiran Mendengar Bahasa Arab: Satu Kajian diSekolah Menengah Kerajaan Negeri . Tesis Doktor Falsafah. Bangi: Fakulti

    Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Suhaimi Muhammad. 2007. Tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan model

    pengajaran simulasi bagi mata pelajaran pendidikan Islam. Tesis Sarjana

    Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

    Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. 1993. Wawasan pendidikan Agenda Pengisian.

    Kuala Lumpur:Nurin Enterprise

    Zamri Mahamod, Norasmah Othman & Mohamed Sani Ibrahim.2007.

    Profesionalisme Guru Novis. Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia