model kem bestari solat- kursus 2013.pptx

28
MODEL KEM BESTARI SOLAT

Upload: mumtaz-aqeeda

Post on 18-Nov-2015

341 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

contoh model kem bestari solat

TRANSCRIPT

MODEL KEM BESTARI SOLAT

MODEL KEM BESTARI SOLAT

103. Maka Dirikanlah solat itu .Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.

Qala Rasulullah SAWRasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.

Riwayat at-Tirmidzi

PENDAHULUANDilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segibacaan, perbuatan danpenghayatanAktiviti ini dilaksanakan secara intensif (latih tubi)disatu tempat khasmengikut kesesuaiansesebuah sekolah

OBJEKTIF

KONSEPSemua Guru Pendidikan Islam wajib dilibatkan dalam pelaksanaan Model ini dan guru-guru lain serta pelajar turus boleh dilibatkan sama berdasarkan keperluan sekolah.Makluman kepada pihak pentadbir sekolah dan komuniti setempat12345

WAKTU PELAKSANAANKBS 1JANUARI - MACKBS 2APRIL MEIPersediaan e-pelaporan JUN KBS 3JUN - JULAIKBS 4OGOS OKTOBER Persediaan e-pelaporan OKT

PELAKSANAANKEM BESTARI SOLAT PROGRAM j-QAF

Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menguasai wudhuk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif (latih tubi) di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

3. Aktiviti ini dilaksanakan di luar waktu PdP sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

4. Kem ini dilaksanakan 4 kali setahun kepada setiap murid. Setiap kem mengandungi 6 LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dengan jumlah masa 10 jam.

5. Pihak sekolah boleh melaksanakan kem ini secara sepenuh hari (2 hari) atau separuh hari (4 hari) dengan syarat semua aktiviti dilaksanakan mengikut jumlah masa yang telah ditetapkan. Rujuk Lampiran 1A dan Lampiran 1B.

6. Pelaksanaan Kem Bestari Solat yang seterusnya akan mengambil kira kekuatan dan kelemahan murid berdasarkan penilaian kem yang terdahulu.

7. Walaupun kurikulum asas bagi kem ini adalah sama bagi tahun satu hingga tahun enam, tetapi berbeza dari segi pengisian semasa kem mengikut tahun. Di samping itu terdapat kurikulum tambahan bagi setiap kem untuk tahun tiga, empat, lima dan enam.

8. Tahun 1, 2 & 3 boleh dilaksana serentak jika fasilitator mencukupi.

9. Elemen Bestari Solat dimasukkan dalam pengajaran Ulum Syariah bertujuan mengukuhkan kefahaman dan amalan solat dalam kehidupan murid.(5-10 minit semasa PdP)10. Menjalankan soal selidik pra (saya) & pasca (solat 5 waktu)11. Rekod pencapaian lapor kepada penyelaras kem, ibu bapa, KP , GB . & JPN.12. Murid yang belum menguasai perlu tindakan susulan semasa PdP ulum syariah.

KURIKULUM ASAS DAN SUKATAN LDK

TAHUN SATUTAHUN DUATAHUN TIGALDK 1Anggota, niat dan cara berwudhukAnggota wudhuk dan doa wudhukLafaz dan niat solat berjemaah serta cara pelaksanaannyaLDK 2Amali WudhukDoa Iftitah dan Surah Al-FatihahBacaan Tahiyyat Awal dan AkhirLDK 3Niat SolatBacaan duduk antara dua sujud dan Tahiyyat AwalBacaan Surah Al-Masad, An-Nasr, Al-Kafirun, Al-KautharLDK 4Bacaan pendek dalam solatBacaan surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas dan Doa QunutDoa Qunut, Bacaan semasa ruku, itidal, sujud dan duduk antara dua sujudLDK 5Perlakuan SolatAmali WudhukPerkara-perkara membatalkan wudhuk dan amali wudhukLDK 6Amali SolatAmali SolatPerkara-perkara membatalkan solat dan amali solat

TAHUN EMPATTAHUN LIMATAHUN ENAMLDK 1Syarat wajib dan syarat sah solat, Kedudukan Imam dan Makmum, Muafiq dan MasbuqAzan dan Iqamah, laungan azan dan iqamah, jawab azan dan iqamah, doa selepas azan dan iqamahBacaan Tahiyyat Awal, Tahiyyat Akhir dan Doa QunutLDK 2Bacaan Tahiyat Awal, Tahiyyat Akhir, Doa Qunut dan Sujud SahwiSolat berjemaah (teori dan praktikal), lafaz niat solat berjemaah, perlakuan solat berjemaah, kedudukan imam dan makmum, masbuq dan muafiqSolat Jenazah (teori dan amali), lafaz dan niat solat jenazah, perlakuan solat jenazah, kedudukan imam dan makmum, bacaan dalam solat jenazahLDK 3Bacaan Surah Al-Qariah, Al-Adiat, Al-Zalzalah dan pengertian bacaan Takbiratul Ihram, Ruku, Itidal dan SujudMenghafaz Surah Al-Bayyinah, Al-Qadr dan Al-AlaqMenghafaz Surah At-Tin, As-Syarh dan Ad-DhuhaLDK 4Lafaz Azan dan IqamahLafaz dan erti bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Iftitah, Tahiyyat Awal, Tahiyyat Akhir dan Doa QunutAmali Imam dan Makmum, menentukan kedudukan Imam dan Makmum, Mengimamkan solatLDK 5Amali Wudhuk dan Doa Selepas WudhukAmali Wudhuk dan TayammumWirid dan Doa selepas solatLDK 6Amali Solat BerjemaahAmali Solat BerjemaahAmali Solat Berjemaah

Masalah makmum masbuq & muafiq

JUSTIFIKASI PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT 4 KALI SETAHUN

Matlamat akhir pelaksanaan Kem Bestari Solat adalah memastikan murid-murid di peringkat sekolah rendah dapat menguasai ibadah wudhuk dan solat dengan sempurna dari segi rukun dan sunat. Murid-murid membudayakan solat di dalam kehidupan dan bersedia untuk menjadi imam kepada keluarga dan masyarakat.

Matlamat akhir ini juga mengambil kira hasrat Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 30 Disember 2003 semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (pelaksanaan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah mampu memastikan semua murid Khatam Al-Quran dan menguasai ibadah solat sehingga layak menjadi imam apabila mereka berada di tahun enam).

3. Setiap kem bagi tahun semasa mempunyai kesinambungan antara satu sama lain dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan murid berdasarkan penilaian kem yang terdahulu.

4. Adalah menjadi harapan kita, individu yang menjaga solat lima waktu akan menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara sebagaimana firman Allah di dalam surah Al- Ankabut ayat 45 yang bermaksud :

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada fahsya dan mungkar

JAWATANKUASA PELAKSANA

SUMBERKEWANGAN

SUMBER KEWANGANPeruntukkan daripada Bahagian Pendidikan Islam, KPMSumber luar seperti :-BaitulmalBank - BankPIBGDerma Orang PerseoranganSumber-sumber lain yang difikirkan sesuai oleh JK Pelaksana

PENILAIANCONTOH BORANG PENILAIAN INDIVIDU

PENUTUP

Memastikan semua murid Islam yang mengikuti persekolahan rendah dapat mengerjakan dan mengamalkan solat lima waktu sehari semalam dalam kehidupan harian mereka dengan sempurna untuk menyempurnakan salah satu rukun Islam yang lima.

SENARAI AJK BENGKEL UST MOHAMED ZAMRI BIN BASIR (SARAWAK) KETUA KBSUST AHMAD NAJIB BIN ABD MALIK (SABAH) KETUA LITERASIUST MOHAMMAD SABRI HJ JALPAH SABAHUST MUHAMMAD AFANDIE YAHAYA SELANGORMAIZATUL AKMAM BUHORI MOHD ALI JOHORMUHAMMAD NOOR BIN DIN KELANTANUSTAZAH TIJAH SHAMSUDDIN PERAKUSTAZAH SAMSIAH BTE A.RANI - TERENGGANUUST JAAFAR BIN BELAL SARAWAKMOHD SHUKRIY BIN HASHIM PENANGMOHD RIZAL BIN BASIRUN SARAWAK ABDUL RAZAK AMAN MELAKAHIDAYATI MOHD NOR PUTAJAYAMUHAMMAD ZIKY BIN JAMALUDIN N9DZIAUDDIN BIN SAAD -KEDAH

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

ADMIN : [email protected]

TERIMA KASIH