41474740 penyataan profesional

2
PENYATAAN PROFESIONAL Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini member tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara agensi-agensi KPM. Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat peringkat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semasa semester satu hingga lima itu merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum menjalani praktikum. Saya juga telah mendapat taklimat daripada unit praktikum mengenai hal ini iaitu latihan praktikum. Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak IPGM sendiri tetapi kami telah berpakat antara ahli-ahli PISMP Semester enam untuk mencabut undi bagi penempatan kami di sekolah. Hal ini kerana, setiap sekolah hanya dibenarkan sekurang-kurangya dua-tiga orang sahaja untuk sebuah sekolah bagi setiap opsyen. Undian telah dicabut dan saya telah mendapat cabutan yang menempatkan saya di Sekolah JenisKebangsaan Tamil Ladang Pamol. Saya bersama dengan seorang lagi rakan kelas saya P. Careline. Kami telah menerima taklimat daripada Ketua Unit Praktikum, En. Asmadi iaitu ketua praktikum di balai ilmu IPTHO pada sehari sebelum ke sekolah untuk melapor diri, saya dan rakan saya pergi meninjau lokasi sekolah tersebut. kami juga cuba mengambil catatan masa perjalanan dari rumah sewa kami ke sekolah. Ini bagi memudahkan lagi kami untuk ke skolah menjalani praktikum. Masa perjalan kami hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja, lebih kurang 1 kilometer dari rumah.

Upload: sivanaswari-karuppiah

Post on 08-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pismp

TRANSCRIPT

Page 1: 41474740 Penyataan Profesional

PENYATAAN PROFESIONAL

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam

program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam

situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini

member tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan

bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian

pintar dan pemuafakatan antara agensi-agensi KPM.

Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat

peringkat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semasa semester satu

hingga lima itu merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu

sebelum menjalani praktikum. Saya juga telah mendapat taklimat daripada unit

praktikum mengenai hal ini iaitu latihan praktikum.

Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak IPGM sendiri tetapi kami

telah berpakat antara ahli-ahli PISMP Semester enam untuk mencabut undi bagi

penempatan kami di sekolah. Hal ini kerana, setiap sekolah hanya dibenarkan

sekurang-kurangya dua-tiga orang sahaja untuk sebuah sekolah bagi setiap

opsyen. Undian telah dicabut dan saya telah mendapat cabutan yang

menempatkan saya di Sekolah JenisKebangsaan Tamil Ladang Pamol. Saya

bersama dengan seorang lagi rakan kelas saya P. Careline.

Kami telah menerima taklimat daripada Ketua Unit Praktikum, En. Asmadi iaitu

ketua praktikum di balai ilmu IPTHO pada sehari sebelum ke sekolah untuk

melapor diri, saya dan rakan saya pergi meninjau lokasi sekolah tersebut. kami

juga cuba mengambil catatan masa perjalanan dari rumah sewa kami ke

sekolah. Ini bagi memudahkan lagi kami untuk ke skolah menjalani praktikum.

Page 2: 41474740 Penyataan Profesional

Masa perjalan kami hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja, lebih

kurang 1 kilometer dari rumah.

.