4.0 kajian daya saing pasaran eksport buah-buahan …etmr.mardi.gov.my/content/report/2017/artikel...

21
62 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN PREMIUM MALAYSIA DI CHINA SUHANA SAFARI 4.1 PENDAHULUAN China merupakan pasaran eksport kedua terbesar bagi buah-buahan Malaysia selepas Singapura. Pada tahun 2016, jumlah keseluruhan eksport Malaysia adalah sebanyak RM 1.1 billion. China (termasuk Hong Kong) menyumbang sebanyak 11.7% berjumlah RM 129 juta. Eksport buah-buahan ke China meningkat dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.9% bagi tahun 2015. China merupakan negara yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di dunia dengan jumlah populasi 1.37 billion (2015) dan dijangka mencapai 1.42 billion menjelang tahun 2020. Pertumbuhan ekonomi yang cepat dan maju, menjadikan China sebagai negara yang mempunyai pengaruh ekonomi yang kuat di Asia pada masa kini. Malaysia merupakan salah satu pengeksport utama buah-buahan tropika termasuk manggis, rambutan, tembikai dan durian ke negara China (Malaysia External Trade Development Corporation [MATRADE], 2016). Buah durian Malaysia menjadi antara buah yang dipilih kerana rasanya yang lebih digemari oleh pengguna di negara tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya saing buah- buahan premium terpilih Malaysia di pasaran China disamping mendapatkan maklumat sosioekonomi pengguna. Dapatan kajian ini akan membantu dalam menyediakan maklumat pasaran eksport untuk merangka strategi pemasaran yang lebih berkesan. Selain itu, ia dapat digunakan sebagai asas dalam pembangunan varieti baru yang dapat memenuhi citarasa dan pemilihan pengguna di pasaran negara China. 4.2 LATAR BELAKANG Perluasan pasaran eksport buah-buahan tempatan bagi mengurangkan lambakan bekalan terutama pada musim buah menjadi strategi kerajaan dalam membangunkan industri buah-buahan tempatan negara. Malaysia merupakan salah satu pengeluar utama buah-buahan tropika di Asia. Pasaran tradisional buah-buahan tropika Malaysia adalah Singapura, Hong Kong dan Asia Tenggara. Kebanyakan destinasi eksport memerlukan keperluan fitosanitari kecuali bagi pasaran ke Eropah (EU), Hong Kong, negara timur tengah dan Singapura. Manakala bagi pasaran lain, Rundingan bagi mendapatkan laluan pasaran adalah tertakluk kepada pematuhan peraturan sanitasi dan fitosanitari (SPS) ketat yang diamalkan oleh negara-negara pengimport. Bagi memastikan

Upload: others

Post on 22-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

62

4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN PREMIUM

MALAYSIA DI CHINA

SUHANA SAFARI

4.1 PENDAHULUAN

China merupakan pasaran eksport kedua terbesar bagi buah-buahan Malaysia

selepas Singapura. Pada tahun 2016, jumlah keseluruhan eksport Malaysia

adalah sebanyak RM 1.1 billion. China (termasuk Hong Kong) menyumbang

sebanyak 11.7% berjumlah RM 129 juta. Eksport buah-buahan ke China

meningkat dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.9% bagi tahun 2015. China

merupakan negara yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di dunia

dengan jumlah populasi 1.37 billion (2015) dan dijangka mencapai 1.42 billion

menjelang tahun 2020. Pertumbuhan ekonomi yang cepat dan maju, menjadikan

China sebagai negara yang mempunyai pengaruh ekonomi yang kuat di Asia

pada masa kini. Malaysia merupakan salah satu pengeksport utama buah-buahan

tropika termasuk manggis, rambutan, tembikai dan durian ke negara China

(Malaysia External Trade Development Corporation [MATRADE], 2016). Buah

durian Malaysia menjadi antara buah yang dipilih kerana rasanya yang lebih

digemari oleh pengguna di negara tersebut.

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya saing buah-

buahan premium terpilih Malaysia di pasaran China disamping mendapatkan

maklumat sosioekonomi pengguna. Dapatan kajian ini akan membantu dalam

menyediakan maklumat pasaran eksport untuk merangka strategi pemasaran

yang lebih berkesan. Selain itu, ia dapat digunakan sebagai asas dalam

pembangunan varieti baru yang dapat memenuhi citarasa dan pemilihan

pengguna di pasaran negara China.

4.2 LATAR BELAKANG

Perluasan pasaran eksport buah-buahan tempatan bagi mengurangkan

lambakan bekalan terutama pada musim buah menjadi strategi kerajaan dalam

membangunkan industri buah-buahan tempatan negara. Malaysia merupakan

salah satu pengeluar utama buah-buahan tropika di Asia. Pasaran tradisional

buah-buahan tropika Malaysia adalah Singapura, Hong Kong dan Asia Tenggara.

Kebanyakan destinasi eksport memerlukan keperluan fitosanitari

kecuali bagi pasaran ke Eropah (EU), Hong Kong, negara timur tengah dan

Singapura. Manakala bagi pasaran lain, Rundingan bagi mendapatkan laluan

pasaran adalah tertakluk kepada pematuhan peraturan sanitasi dan fitosanitari

(SPS) ketat yang diamalkan oleh negara-negara pengimport. Bagi memastikan

Page 2: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

63

pengeksportan buah-buahan mematuhi syarat yang ditetapkan, Jabatan

Pertanian Malaysia bertanggungjawab memastikan pengeluaran buah di

peringkat ladang mendapat akreditasi myGAP, memantau pembungkusan dan

pemprosesan bagi pensijilan GMP atau HACCP dan menyediakan serta

mengesahkan dokumentasi eksport yang memenuhi syarat dan peraturan yang

ditetapkan.

China juga merupakan pengeluar buah-buahan termasuk buah tropika

(di bahagian Selatan China), namun permintaan yang tinggi menyebabkan

bekalan buah tidak mencukupi . Oleh itu, China mengimport buah-buahan dari

negara terdekat termasuk Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Nilai import buah-buahan bagi negara China dijangka meningkat dengan purata

sebanyak 9.9% setahun bagi tempoh 5 tahun akan datang sehingga 2020

(MATRADE, 2017).

Penggunaan per kapita buah-buahan di China adalah sebanyak 46 kg

pada 2016. Dari tahun 2008 hingga 2015, pasaran buah-buahan China

meningkat sebanyak 24% setahun, menunjukkan peningkatan terhadap

permintaan Tren ini menunjukkan pengambilan buah-buahan pengguna di

negara China semakin meningkat. Faktor ini juga ditambah dengan kesedaran

terhadap kesihatan, keselamatan makanan dan corak kehidupan urbanisasi

masyarakat bandar (China Ag, 2017).

Secara rasmi, Malaysia telah mendapat tujuh (7) laluan pasaran eksport

ke China bagi buah-buahan tempatan sama ada secara segar, diproses minima,

kering atau diproses. Laluan untuk mengeksport buah nenas segar baharu sahaja

diluluskan pada Mei 2017. Berikut adalah jenis buah-buahan mengikut HS kod

berserta keperluan fitosanitari bagi pengeksportan ke negara China.

Page 3: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

64

Jadual 4.1: Buah-buahan yang mendapat kelulusan eksport ke China serta keperluan

fitosanitari Bil. Jenis Buah Kategori

Produk

Eksport

HS Kod Keperluan Fitosanitari

1. Kelapa

Cocos nucifera

Segar 08011990

1. Mendapat Sijil Fitosanitari

2. Tiada rawatan khas pada buah, tetapi

mesti bebas dari jangkitan penyakit dan

perosak

3. Tempat pembungkusan mesti berdaftar

dengan DOA

2. Durian

Durio zibethinus

Murr.

Kering (freeze

dried)

08119090

1. Mendapat Sijil Fitosanitari dan

mengistihar hasilan freeze-dry

2. Produk memenuhi standard AQSIQ

Sejuk beku

(frozen)

1. Mendapat Sijil Fitosanitari

2. Sijil Kesihatan (dikeluarkan oleh MOH

Malaysia)

3. Isi buah (loose pulp) dibekukan pada -

300C selama 30 minit, disimpan dan

dieksport dengan suhu ≤ -180C

4. Sumber buah dari ladang yang didaftar

di DOA dan di audit oleh AQSIQ China

5. Ladang di akreditasi MyGAP dan

mengamalkan Integrated Pest

Management (IPM) to kawalan perosak

dan serangga

6. Buah diproses di fasiliti pemprosesan

yang berdaftar dengan DOA dan di audit

oleh AQSIQ China. Fasiliti mestilah

mendapat akreditasi GMP dari MOH

Malaysia .

Isi (paste) 1. Mendapat Sijil Fitosanitari

2. Sijil Kesihatan (dikeluarkan oleh MOH

Malaysia

3. Sumber buah dari ladang yang didaftar

di DOA dan mendapat akreditasi

MyGAP.

4. Buah diproses di fasiliti pemprosesan

yang berdaftar dengan DOA dan di audit

oleh AQSIQ China. Fasiliti mestilah

mendapat akreditasi MeSTI dari MOH

Malaysia .

Page 4: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

65

3. Tembikai

Citrullus lanatus

(Thunb.) Mansf.

Segar (fresh) 08071100

1. Mendapat Sijil Fitosanitari

2. Tiada rawatan khas pada buah, tetapi

mesti bebas dari jangkitan penyakit dan

perosak

3. Lubang pengudaraan di kotak

pembungkusan mestilah ditutup dengan

jaring mesh wire (saiz 32)

1. Tempat pembungkusan mesti berdaftar

dengan DOA

4. Nangka

Artocarpus

heterophyllus Lam

Kering (freeze

dried)

081090130 1. Mendapat Sijil Fitosanitari dan

mengistihar hasilan freeze-dry

2. Produk memenuhi standard AQSIQ

5. Manggis

Garcinia

mangostana L.

Kering (freeze

dried)

08045030

1. Mendapat Sijil Fitosanitari dan

mengistihar hasilan freeze-dry

2. Produk memenuhi standard AQSIQ

Segar (fresh) 1. Mendapat Sijil Fitosanitari

2. Tempat pembungkusan mesti berdaftar

dengan DOA

3. Lubang pengudaraan di kotak

pembungkusan mestilah ditutup dengan

jaring mesh wire (saiz 32)

4. Tiada rawatan khas pada buah, tetapi

mesti bebas dari jangkitan penyakit dan

perosak

6. Betik

Carica papaya L.

Segar (fresh) 08072000

1. Mendapat Sijil Fitosanitari

2. Buah mesti bebas dari lalat buah (fruit

fly) di setiap peringkat

3. Sumber buah dari ladang yang didaftar

di DOA, mendapat akreditasi MyGAP

dan di audit oleh AQSIQ China.

4. Buah melalui proses rawatan Hot Water

Treatment (HWT) pada suhu 46.50C

selama 10 minit di pusat rawatan yang

berdaftar dengan DOA dan disah oleh

AQSIQ China.

5. Lubang pengudaraan di kotak

pembungkusan mestilah ditutup dengan

jaring mesh wire (saiz 32)

7. Rambutan

Nephelium

lappaceum L.

Segar (fresh) 08109040

2. Mendapat Sijil Fitosanitari

3. Tiada rawatan khas pada buah, tetapi

mesti bebas dari jangkitan penyakit dan

perosak

4. Lubang pengudaraan di kotak

pembungkusan mestilah ditutup dengan

jaring mesh wire (saiz 32)

1. Tempat pembungkusan mesti berdaftar

dengan DOA

Kering (freeze

dried)

1. Mendapat Sijil Fitosanitari dan

mengistihar hasilan freeze-dry

2. Produk memenuhi standard AQSIQ

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia (2016)

Page 5: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

66

4.2.1 Objektif

Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat pasaran eksport

buah-buahan dan faktor sosioekonomi pengguna China. Objektif

khusus adalah seperti berikut:

Untuk mengenal pasti trend perdagangan buah-buahan

premium terpilih Malaysia di pasaran China.

Untuk mengenal pasti maklumat pesaing pasaran buah-

buahan Malaysia di pasaran China.

Untuk mengenal pasti faktor sosioekonomi pengguna China

terhadap buah-buahan premium terpilih.

4.2.2 Kepentingan kajian

Beberapa negara di Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia,

Myanmar dan Vietnam merupakan negara pesaing bagi buah-

buahan Malaysia di pasaran China. Justeru itu, adalah wajar untuk

mengenal pasti kedudukan daya saing Malaysia berbanding negara

pesaing untuk melihat potensi dan memperbaiki kedudukan buah-

buahan Malaysia di pasaran China. Daya saing yang positif

menunjukkan Malaysia berada di kedudukan yang betul di pasaran

eksport manakala daya saing yang negatif menunjukkan indikator

sebaliknya. Namun, Malaysia boleh menjadikan negara pesaing

yang lebih tinggi sebagai tanda aras dalam meningkatkan industri

buah-buahan negara.

Maklumat kecenderungan dan cita rasa pengguna

mempunyai hubungan dengan faktor sosioekonomi dan persepsi

terhadap buah-buahan. Maklumat yang diperoleh akan membantu

pengeluar dan pemasar mengenal pasti ciri-ciri yang dikehendaki

oleh pengguna sasaran di pasaran China. Secara tidak langsung,

maklumat yang tepat berdasarkan ciri buah yang digemari

pengguna dapat disediakan kepada pengeluar, penggubal dasar

dan penyelidik.

4.3 METODOLOGI KAJIAN

Pengumpulan data diperoleh dari kedua-dua sumber iaitu primer dan sekunder.

Data sekunder yang digunakan adalah perdagangan dan pengeluaran. Data

perdagangan diperoleh dari Global Trade Information System (GTIS) manakala

data pengeluaran diperoleh dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS), Jabatan

Page 6: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

67

Pertanian Malaysia (DOA) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

(MOA). Data primer dikumpul melalui kaedah survei bersemuka menggunakan

soal-selidik berstruktur. Pengunjung warga China ke Malaysia telah dipilih

sebagai sampel pengguna bagi negara China. Kaedah ini diguna pakai kerana

sumber manusia dan kos yang terhad bagi menjalankan survei diperingkat

pengguna di pasaran China. Seramai 584 responden telah dipilih secara rawak

bagi survei terhadap tiga (3) jenis buah, iaitu buah tembikai, durian dan betik.

Pemilihan buah berdasarkan tren data perdagangan buah-buahan yang telah

mendapat laluan pasaran eksport ke China serta mempunyai permintaan tinggi

di pasaran negara tersebut. Maklumat utama yang diperoleh termasuk maklumat

demografi, tahap kegemaran, kekerapan pengambilan, kesanggupan membayar

dan ciri buah yang digemari bagi setiap jenis buah yang dipilih. Survei lapangan

dijalankan dengan kerjasama agen pelancongan dan Kementerian Pelancongan

dan Kebudayaan Malaysia. Kaedah persampelan yang dipilih adalah

persampelan rawak mudah. Borang soal selidik berbahasa Mandarin dan

Inggeris digunakan disamping dibantu oleh penterjermah bertauliah semasa soal

selidik dijalankan.

Konsep kelebihan bandingan (comparative advantage) dan daya saing

(competitiveness) telah digunakan secara meluas dalam banyak kajian ekonomi

untuk menilai corak perdagangan dan pengkhususan negara dalam komoditi

yang mereka mempunyai daya saing (Erkan & Saricoban, 2014). Di peringkat

antarabangsa, daya saing didefinisikan sebagai kemampuan suatu ekonomi

untuk menarik pelaburan bagi meningkatkan eksport dan menambah bekalan

permintaan. Secara tidak langsung akan meningkatkan norma sosial yang

mengakibatkan peningkatan dalam taraf hidup warga yang lebih baik (Bobirca

dan Miclaus, 2011). Aktiviti eksport merupakan salah satu kaedah dalam menilai

daya saing sesuatu negara. Teorinya, peningkatan dalam prestasi eksport

menunjukkan peningkatan dalam daya saing sesebuah negara. Namun,

pengukuran daya saing ini tidak boleh dinilai dengan mudah, ia perlu dilihat dari

aspek mikro dan makro ekonomi, regulasi dan institusi yang mempengaruhi

produktiviti sesebuah negara. Analisis Comparative Export Performance (CEP)

digunakan untuk mengukur tahap daya saing sesuatu negara. Nilai CEP indeks

yang melebihi 1 menunjukkan daya saing yang tinggi di sesuatu pasaran

manakala indeks di bawah 1 menunjukkan impak sebaliknya. Bagi menilai

hubungan antara pemboleh ubah faktor sosioekonomi pengguna, analisis varians

dan faktor analisis dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package

for Social Science (SPSS). Analisis ini digunakan untuk menilai hubungan antara

faktor demografi dengan kekerapan pengambilan buah-buahan. Seterusnya,

analisis deskriptif dan keperihalan digunakan untuk mengetahui ciri kegemaran

pengguna terhadap buah terpilih iaitu tembikai, durian dan betik.

Page 7: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

68

4.4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.4.1 Perdagangan import dan eksport buah-buahan negara China

Jadual 4.2 menunjukkan status import dan eksport China bagi

tahun 2015. China mengeksport hampir 3.06 juta metrik tan buah-

buahan dengan peningkatan sebanyak 5.9% berbanding tahun

sebelumnya (2014) dengan nilai eksport sebanyak USD 5.21

billion. Antara buah-buahan eksport tertinggi China adalah epal,

limau mandarin dan buah pir. Bagi trend import, data

menunjukkan peratusan peningkatan sebanyak 12%, iaitu

berjumlah 4.34 juta tan metrik atau US$ 6.01 billion.

Jadual 4.2 : Status Import dan Eksport buah-buahan bagi negara China, 2015 Perdagangan Kuantiti (juta mt) % pertumbuhan Nilai (USD billion) % pertumbuhan

Export 3,061 5.9 5.21 20.68

Import 4,341 12.01 6.0 17.10

Sumber : MATRADE, 2017

Negara pengeksport utama buah-buahan ke negara China

termasuklah Thailand, Chile, Vietnam, Filipina, United States, Peru,

South Africa, Australia dan New Zealand. Malaysia menduduki

tangga ke 16 dengan peratus marginal 0.27% dalam senarai

negara pengeksport ke pasaran China (Rajah 4.1).

Rajah4.1 : Negara pengeksport buah-buahan ke pasaran China, 2015 Sumber : Global Trade Information System (GTIS), 2017

4.4.3 Eksport buah-buahan Malaysia ke China

Rajah 3 menunjukkan trend eksport buah-buahan Malaysia ke

China bagi tempoh 16 tahun dari tahun 2000 hingga 2016 dalam

bentuk kuantiti (kg) dan nilai dagangan (USD). Dengan

Page 8: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

69

menggunakan analisis Mann-Kendall, tren menunjukkan kuantiti

eksport Malaysia menurun secara signifikan sebanyak 1.7 juta

kg/tahun (p=0.02, jika p<0.05 menunjukkan hubungan yang

signifikan). Namun, tren nilai dagangan menunjukkan peningkatan

tetapi tidak signifikan (p=0.84) dengan peningkatan sebanyak USD

331 juta setahun. Walaupun kuantiti eksport menununjukkan

penurunan tetapi jumlah nilai menunjukkan peningkatan. Ini

menunjukkan bahawa harga jualan semakin mahal walaupun

jumlah eksport dalam bentuk kuantiti adalah semakin berkurang.

Penurunan nilai matawang negara (RM) juga merupakan faktor

pengaruh dalam peningkatan nilai eksport tersebut.

Di antara tujuh jenis buah yang mendapat laluan eksport ke

negara China, buah durian dan manggis merupakan buah yang

tertinggi diimport dari Malaysia dan menyumbang peratus

terbesar eksport ke China. Durian Malaysia dieksport dalam

bentuk kering, sejuk beku (frozen) dan diproses (paste), manakala

manggis dieksport dalam bentuk kering (freeze dried) dan segar.

Buah tembikai, kelapa dan betik menyumbang kurang dari 1% dari

jumlah keseluruhan eksport. Secara keseluruhan, jumlah eksport

buah-buahan Malaysia ke pasaran China meningkat sebanyak

0.98% daripada US$ 43.02 juta pada tahun 2015 kepada US$ 43.45

juta pada tahun 2016.

Rajah 4.2 : Eksport buah-buahan tempatan Malaysia ke pasaran China, 2000-2016* *Mann-Kendal analisis bagi tren eksport dalam bentuk kuantiti, p=0.02; *Wujud perbezaan signifikan, p = <0.05

Sumber : Global Trade Information System , 2017

Page 9: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

70

Jadual 4.3: Jumlah import buah-buahan tropika dari Malaysia, 2015 – 2016

Nama buah

Jumlah Import China

(USD ‘000) % sumbangan

2015 2016 2015 2016

Buah dan Kekacang 43.02 43.45 0.08 0.09

Durian 24.98 18.59 58.07 42.78

Manggis 17.41 22.87 40.47 52.64

Tembikai 0.0700 0.1400 0.17 0.32

Kelapa 0.0400 0.1500 0.09 0.35

Betik 0.0245 0.0035 0.06 0.08

Sumber : Kementerian Pertanian Malaysia, 2017

4.4.4 Analisis daya saing buah betik, tembikai dan durian Malaysia dan

negara pesaing lain di pasaran China

Bagi menilai kedudukan negara Malaysia dan pesaingnya di

pasaran China, analisis kedudukan digunakan untuk melihat

kedudukan Malaysia dan negara pesaing. Rajah 4.3 menunjukkan

kedudukan Malaysia dengan negara pesaing bagi pasaran eksport

buah-buahan pada tahun 2016. Secara amnya, Malaysia berada di

5 tangga teratas bagi eksport buah-buahan tropika. Thailand

merupakan pesaing utama bagi eksport durian, betik, manggis dan

nanas. Durian yang dieskport oleh Thailand adalah dalam bentuk

segar, dan separa proses, namun bagi Malaysia, eksport hanya

terhad kepada durian separa proses sejuk beku samada dalam

bentuk isi atau puri (pes). Bagi nangka dan nanas, Malaysia

mendapat akses eksport dalam bentuk sediaan kering. Malaysia

berada di tangga pertama bagi eksport nangka dan tangga ke

empat bagi nanas. Filipina, Thailand dan Taiwan merupakan

negara pesaing bagi eksport nangka ke China. Bagi betik dan

tembikai segar, Malaysia, masing-masing berada di tangga ke-3

dan ke-5. Vietnam dan Myanmar adalah pesaing utama bagi

eksport tembikai segar manakala Filipina, Taiwan, Thailand dan

USA pesaing bagi eksport betik. .

Page 10: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

71

0

1

2

3

4

5

Durian Sejuk Beku Tembikai Segar Betik Segar Manggis Segar Nanas Kering Nangka Kering

Ke

du

du

kan

Mal

aysi

a

Export Buah Malaysia ke China

Pesaing : Thailand

Pesaing : Vietnam, Myanmar,

Pesaing : Philippines,

Taiwan, Thailand,

USA

Pesaing : Thailland

Pesaing : -

Pesaing : Philippines,

Taiwan, Thailand

Rajah 4.3: Kedudukan Malaysia dan negara pesaing lain bagi pasaran eksport buah-

buahan ke China tahun 2016

Penilaian indeks daya saing Malaysia dan negara pesaing

telah dianalisis menggunakan Comparative Export Performance

(CEP). CEP index adalah versi yang telah diubahsuai dari formula

Balassa iaitu Revealed Comparative Advantage (RCA) (Chubashini

et al, 2011). Index ini digunakan untuk menilai kedudukan daya

saing antara negara di pasaran terpilih. Nilai index yang positif

(≥+1) menunjukkan bahawa negara tersebut mempunyai nilai

daya saing yang tinggi manakala nilai yang negative (≤-1)

menunjukkan daya saing yang rendah. Nilai positif yang lebih

tinggi menunjukkan daya saing yang lebih tinggi manakala nilai

negatif yang lebih tinggi menunjukkan daya saing yang lebih

rendah. Data perdagangan eksport bagi buah betik segar dan

tembikai segar dinilai dari sumber pangkalan data langganan

Global Trade International System (GTIS) bagi tahun 2012 hingga

2016 mengikut Harmonized System kod enam digit. Berdasarkan

Bobirca dan Miclaus (2011), formula CEP adalah seperti berikut :

CEP= ln (XiB/ XB) / (XiA / XA)

Dimana:

1. Xi B : Eksport negara B bagi pengeluaran i ke negara A 2. XB : Eksport negara B bagi keseluruhan pengeluaran

pertanian ke negara A 3. Xi A : Eksport negara A bagi pengeluaran i 4. XA : Eksport negara A bagi keseluruhan pengeluaran

pertanian

Page 11: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

72

Jadual 4.4: Nilai CEP Malaysia dan negara pesaing bagi eksport buah-buahan di pasaran

China Komoditi 2012 2013 2014 2015 2016

Buah-buahan dan kekacang

Malaysia 0.67 0.77 1.06 0.93 1.00

Thailand 2.12 2.16 2.14 2.18 2.14

Vietnam 3.29 3.15 3.23 3.32 n.a

Filipina 2.25 2.58 3.04 2.26 2.51

Myanmar 2.43 n.a 3.01 2.53 2.62

Tembikai

Malaysia -1.75 -3.35 -3.04 n.a -2.53

Thailand -9.8 -11.25 -7.52 n.a -11.2

Vietnam n.a -1.00 1.54 n.a 4.42

Filipina n.a n.a -2.38 n.a n.a

Myanmar 6.58 n.a 6.78 7.11 7.12

Betik

Malaysia -1.65 -2.26 1.67 0.03 -2.00

Thailand -2.15 -1.31 -0.25 -1.27 -1.17

Vietnam n.a -2.78 n.a n.a n.a

Filipina 1.99 4.05 3.32 2.45 3.40

Myanmar n.a n.a n.a n.a n.a

Secara keseluruhannya, nilai CEP indeks bagi kelima-lima

negara pengeluar buah-buahan dan kekacang yang mengeksport

ke pasaran China menunjukkan nilai positif dari tahun 2014

hingga 2016 (Jadual 4.4). Ini menunjukkan bahawa kesemua

negara berdaya saing di pasaran eksport China. Namun, CEP

indeks bagi Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara

pesaing seperti Thailand, Vietnam, Filipina dan Myanmar. Bagi

nilai CEP buah tembikai segar, Myanmar menunjukkan nilai positif

melebihi 1 antara tahun 2012 hingga 2016 dan semakin

meningkat. Manakala bagi negara Malaysia dan Thailand, CEP

indeks menunjukkan nilai yang negatif. Ini membuktikan bahawa

antara ketiga-tiga negara, Myanmar lebih berdaya saing dalam

mengeksport tembikai segar ke pasaran China berbanding

Vietnam, Malaysia dan Thailand. Faktor geografi terutamanya

faktor jarak dan lokasi yang bersebelahan dengan tanah besar

China menjadikan Myanmar berkelebihan mengeksport buah

tembikai ke sana. Vietnam juga menunjukkan nilai daya saing

positif pada tahun 2014 (1.54) dan 2016 (4.42).

Nilai CEP indeks Malaysia bagi komoditi betik pada tahun

2014 dan 2015 menunjukkan nilai positif dan kembali negatif pada

Page 12: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

73

tahun 2016. Ini menunjukkan bahawa Malaysia boleh berdaya

saing dengan konsisten bagi eksport betik ke negara China jika

kuantiti dan kualiti eksport ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Secara keseluruhan, Filipina menunjukkan tren CEP yang positif

bagi pasaran eksport betik dengan Malaysia dan Thailand indeks

tertinggi, 4.05 pada tahun 2013. Syarikat Dole di Filipina menjadi

pengesksport terbesar betik ke pasaran China. Berdasarkan data

dari Administration of Quality Supervision, Inspection and

Quarantine China (AQSIQ), Filipina mengeksport sebanyak 340

metrik tan betik ke negara China dan jumlah ini meningkat

sebanyak 65% kepada 605 metrik tan pada tahun 2017 (Jing,

2017). Selain itu, Dole Philippines Inc. merupakan pemain industri

terbesar di pasaran Asia bagi buah-buahan tropika termasuk betik

yang sebahagian besar kawasan penanamannya adalah di negara

tersebut.

4.4.5 Faktor sosioekonomi dan kecenderungan pengguna China terhadap pembelian buah tembikai, betik dan durian

Faktor sosioekonomi dan kecenderungan terhadap buah-buahan

tropika diperoleh bagi mengenal pasti maklumat pasaran,

penerimaan dan daya saing di peringkat pengguna. Maklumat ini

penting kepada pengeksport dan pengeluar buah-buahan yang

dipasarkan ke negara China mengikut ciri-ciri kesukaan pengguna.

Maklumat demografi pengguna ditunjukkan di Jadual 4.5. Majoriti

responden adalah pengguna perempuan iaitu seramai 367 orang

(62.8%) dan selebihnya lelaki (37.2%). Bagi umur responden

pula, majoriti responden adalah di kalangan warga muda di antara

25 hingga 45 tahun (48.0%) dan bekerja sama ada dengan syarikat

swasta, kerajaan atau bekerja sendiri (59.5%).

Pendapatan isi rumah tertinggi adalah bernilai kurang dari

Yuan (¥) 10,000 (44.2%) atau Ringgit Malaysia (RM) 6,200.00.

Menurut laporan Statistik (2017) pengiraan terkini pendapatan

per kapita rakyat negara China di kawasan bandar adalah

sebanyak ¥ 33,616.2 pada tahun 2016 dan kawasan luar bandar

bernilai ¥12,363.4. Di setengah-setengah kawasan membangun

seperti Shanghai, Beijing dan Zheijiang, pendapatan per kapita

adalah lebih tinggi iaitu lebih dari ¥40,000 sebulan. Secara tidak

langsung ini menunjukkan pengunjung yang datang ke negara ini

adalah dari golongan pertengahan dan ke bawah yang juga

mewakili 20% populasi rakyat China iaitu 145.2 juta dari 1.38

bilion pada tahun 2017.

Page 13: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

74

Majoriti responden mempunyai pengetahuan di kelas sijil

profesional dan ke atas dengan bilangan isi rumah antara 1-3

orang (56.7%). Purata bilangan isi rumah negara China adalah 3.1

orang per isi rumah, yang terdiri daripada ibu bapa dan seorang

anak. Saiz isi rumah ini berkemungkinan berkaitan dengan dasar

kontroversial satu kanak-kanak yang diperkenalkan pada tahun

1979 (Statista, 2017).

Jadual 4.5: Demografi pengguna buah-buahan bagi pasaran China Perkara Elemen Frekuensi %

Jantina Perempuan 367 62.8

Lelaki 217 37.2

Umur 25-53 tahun 140 24.0

36-45 140 24.0

< 24 tahun 112 19.2

46-55 97 16.6

>56 95 16.3

Pendapatan Isi

Rumah

<¥ 10,000 258 44.2

¥ 10,001- ¥ 20,000 149 25.5

¥ 20,001- ¥ 30,000 56 9.6

¥ 30,001- ¥40,000 55 9.4

¥ 40,001- ¥ 50,000 27 4.6

>¥ 50,001 39 6.7

Pekerjaan Bekerja dengan Syarikat Swasta atau Kerajaan 238 40.8

Pesara 113 19.3

Bekerja Sendiri 109 18.7

Pelajar 74 12.7

Tidak bekerja 50 8.6

Pendidikan Sekolah tinggi dan kurang 169 28.9

Sijil Professional dan Diploma 227 38.9

Ijazah Sarjana Muda 159 27.2

Ijazah Sarjana dan lebih 29 5.0

Bilangan Isi Rumah 1-3 orang 331 56.7

4-6 orang 240 41.1

>7 orang 13 2.2

(pertukaran nilai mata wang = ¥1.00 bersamaan RM 0.62)

4.4.6 Kekerapan dan faktor yang mempengaruhi dalam pembelian buah-buahan

Analisis varians antara demografi dan kekerapan membeli buah-

buahan telah dijalankan. Pendapatan isi rumah memberikan

petunjuk yang signifikan (p=0.002) seperti di Jadual 4.6.

Perbandingan min menunjukkan kumpulan pendapatan tinggi

merupakan golongan pengguna yang paling kerap membeli buah-

Page 14: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

75

buahan dalam perbelanjaan mereka. Dapatan ini adalah berkaitan

secara langsung dengan teori pendapatan dan permintaan, dimana

peningkatan pendapatan akan menyebabkan peningkatan dalam

permintaan. Seiring dengan peningkatan taraf hidup negara

membangun seperti China, kesedaran terhadap makanan sihat

adalah tinggi terutama bagi golongan berpendapatan tinggi

(MATRADE, 2016) dan pengambilan buah-buahan menjadi pilihan

utama dalam menu harian. Oleh itu, dari aspek pemasaran,

golongan ini perlu menjadi kumpulan pengguna sasaran dan buah-

buahan yang dipasarkan haruslah berkualiti kerana kuasa

membeli bagi golongan ini adalah lebih tinggi.

Jadual 4.6: Analisis ANOVA; pendapatan isi rumah dan kekerapan membeli buah-

buahan Kumpulan pendapatan N Mean F Sig.

<¥ 10,000 258 1.92 3.865 .002

¥ 10,001- ¥ 20,000 149 1.81

¥ 20,001- ¥ 30,000 56 1.98

¥ 30,001- ¥40,000 55 2.05

¥ 40,001- ¥ 50,000 27 2.74

>¥ 50,001 39 2.10

Antara aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pembelian

buah-buahan dinyatakan dalam analisis faktor (Jadual 4.7). Empat

faktor utama telah dikenalpasti berdasarkan nilai eigen value dan

prosedur putaran Varimax (Rotated Component Matrix). Keempat-

empat faktor menunjukkan 59.42 peratus varians secara

keseluruhan bagi “Faktor mempengaruhi keputusan pembelian

buah-buahan’ (faktor 1 = 18.80 peratus; faktor 2 = 15.1 peratus,

faktor 3 =13.01; faktor 4 =12.56) selepas putaran Varimax

dilaksanakan. Nilai dalam Rotated Component Varimax

menunjukkan bahawa faktor 1 terdiri daripada 6 item dan

dikonstruk sebagai faktor intrinsik (faktor dalaman buah-buahan

seperti kesegaran, kualiti, tekstur, aroma dan rasa), item-item di

bawah faktor 2 di konstruk di bawah faktor kesihatan dan

pensijilan (terdiri daripada 5 item iaitu item baik untuk diet dan

kesihatan, nutrisi, penggunaan racun, organik dan pensijilan). Bagi

faktor ke-3, item dikonstruk di bawah faktor penggunaan dan

pemasaran (terdiri daripada 4 item terdiri daripada kegunaan

masakan, unik, harga dan pembungkusan). Faktor ke-4

berdasarkan faktor ekstrinsik (faktor luaran yang terdiri daripada

6 item iaitu saiz buah, bentuk buah, warna buah, warna isi buah,

ketebalan isi buah dan kuantiti biji. Kempat-empat faktor (faktor

intrinsik, kesihatan dan pensijilan, penggunaan dan pemasaran

Page 15: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

76

dan ekstrinsik) merupakan empat faktor yang digunakan oleh

pengguna China sebelum membuat pembelian buah-buahan

Malaysia di pasaran China. Di dalam kajian ini juga, tempat

pembelian yang paling banyak dilawati oleh pengguna dikenalpasti

iaitu di pasar basah (18.74%), pasar borong (17.99%), pasar

malam (17.97%), kedai runcit (13.24%) dan hypermarket

(13.24%). Secara tidak langsung menerangkan bahawa pengguna

China lebih cenderung ke pasar segar untuk mendapatkan bekalan

barangan segar mereka.

Jadual 4.7: Rotated Component Matrix; faktor mempengaruhi keputusan pembelian

buah-buahan

Component 1 2 3 4

Kesegaran .816

Kualiti Buah .784

Tekstur Isi Buah .782

Aroma .573

Rasa .488

Baik untuk Diet dan Kesihatan

.772

Pensijilan

.740

Nutrisi

.729

Penggunaan Racun

.726

Organik

.614

Kegunaan Masakan

.790

Unik

.677

Harga

.569

Pembungkusan

.539

Saiz Buah

.791

Bentuk Buah

.789

Warna Buah

.681

Warna Isi Buah

.642

Ketebalan Isi Buah

.539

Kuantiti Biji

.432

Component / Factor Eigenvalues Variance explained (%) Cumulative variance

explained (%)

1 7.580 18.795 18.795

2 3.019 15.059 33.854

3 2.342 13.005 46.859

4 1.318 12.556 59.415

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy .902

Bartlett's Test of Sphericity Approx. Chi-Square 6899.983

df 276

Sig. .000

Page 16: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

77

4.4.7 Ciri kegemaran bagi buah tembikai, durian dan betik segar

Maklumat citarasa pengguna di analisis berdasarkan cirri buah

terpilih iaitu tembikai, durian dan betik. Buah-buahan ini dipilih

berdasarkan kelulusan protokol oleh pihak berkuasa di negara

China. Jadual 4.8, 4.9 dan 4.10 menerangkan ciri yang digemari

bagi buah tembikai, durian dan betik. Berdasarkan dapatan kajian,

ciri buah tembikai yang menjadi pilihan utama pengguna China

adalah bersaiz sederhana, anggaran saiz antara 1 kg – 4kg dan

berbentuk bulat. Faktor ini adalah berkait rapat dengan buah

tembikai biasa yang berada di pasaran iaitu berwarna merah,

berjalur hijau gelap dan berkulit nipis. Bagi sifat intrinsik pula,

pilihan pengguna menyukai tekstur buah yang sederhana rangup,

manis dan mempunyai kandungan air yang tinggi. Bagi saiz dan

kuantiti biji pula, pilihan pengguna adalah yang kecil dan

sederhana banyak. Secara umumnya pilihan pengguna China

menyamai ciri buah tembikai yang telah dieksport Malaysia ke

China. Varieti hybrid yang banyak digunakan oleh petani Malaysia

untuk pasaran eksport pada masa kini adalah varieti New Dragon

dan Super Dragon yang berasal dari Taiwan (Rasmuna et al, 2016).

Dapatan ini konsisten dengan data sekunder yang menunjukkan

China adalah negara kedua tertinggi mengimport tembikai

Malaysia (33%) selepas Singapura (62%).

Page 17: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

78

Jadual 4.8 : Ciri kegemaran pengguna china terhadap buah tembikai Ciri Ciri Pilihan Pengguna China Ciri Umum Tembikai di Pasaran

Saiz buah Sederhana (1kg – 4kg) Besar (>4kg)

Sederhana (1kg – 4kg)

Kecil (<1kg)

Bentuk buah Bulat Bulat

Oblong

Warna kulit Berjalur Hijau Gelap

Berjalur Hijau Gelap

Berjalur Hijau Kekuningan

Warna isi buah Merah Merah

Kuning

Ketebalan kulit Nipis Nipis

Sederhana

Tebal

Tekstur Sederhana Rangup Lembut

Sederhana Rangup

Rangup

Rasa Manis Manis

Kurang Manis

Saiz biji Kecil Kecil

Besar

Kuantiti biji Sederhana Banyak Banyak

Sederhana Banyak

Besar

Kandungan air Tinggi Tinggi

Sederhana

Rendah

Durian Malaysia telah mendapat kelulusan eskport ke China

dalam bentuk sejuk beku (frozen) dan pes (paste). Varieti popular

bagi durian yang dieksport adalah Musang King dan D24. Antara

ciri durian yang dipilih oleh pengguna China adalah warna isi yang

kuning, ketebalan isi yang sederhana dan tekstur buah yang

sederhana. Bagi nilai intrinsik, ciri yang digemari adalah rasa yang

manis, saiz ulas buah sederhana banyak (5 hingga 6 ulas bagi sebiji

buah bersaiz sederhana 1.5 kg hingga 2.0 kg). Prospek permintaan

durian Malaysia adalah positif dan menunjukkan daya saing

Malaysia adalah tinggi, harga buah durian seperti Musang King

dan D24 lebih mahal daripada jenis durian lain seperti “Golden

Pillow” dari Thailand. Oleh itu, kelebihan daya saing durian

Malaysia adalah dianggap berkualiti tinggi (dan lebih baik)

daripada durian Thailand (China Ag, 2016). Malaysia perlu

meningkatkan pengeluaran buah durian secara lebih konsisten

kerana permintaan dari pasaran China yang memberangsangkan.

Pada masa ini, eksport buah segar (dalam bentuk biji) masih

Page 18: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

79

belum mendapat kelulusan dari pihak kerajaan China walaupun

terdapat permintaan untuk mendapatkan durian segar Malaysia.

Oleh itu, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Malaysia telah menyediakan program untuk membawa pelancong

dari negara China ke kebun durian di beberapa lokasi negara.

Program ini dianggap berkesan kerana bilangan pengunjung yang

hadir semakin meningkat setiap tahun (Eiylla, 2017). Selain itu,

program ini merupakan satu inisiatif kerajaan bagi menggalakkan

pendapatan pekebun durian dan juga menyumbang kepada

ekonomi negara.

Jadual 4.9: Ciri kegemaran pengguna China terhadap buah durian Ciri Pilihan Pengguna China Ciri Umum Durian Sejuk Beku

di Pasaran

Warna isi buah Kuning Kuning

Kuning jingga

Krim

Ketebalan isi buah Sederhana Nipis

Sederhana

Tebal

Tekstur Sederhana lembut Lembut

Sederhana lembut

Keras

Rasa Manis Manis

Sederhana Manis

Kurang Manis

Saiz biji Sederhana Kecil

Sederhana

Besar

Kandungan air Sederhana Rendah

Sederhana

Tinggi

Eksport buah betik pada penghujung tahun 80 an sehingga

tahun 2000 an sangat memberangsangkan lebih-lebih lagi selepas

pelancaran variety Eksotika dan mencapai kemuncak sehingga

tahun 2004 dan pernah menjadi pengeksport utama dunia selepas

Mexico (Mohd Anim, 2011). Jumlah eksport betik mula merosot

apabila tanaman betik tempatan menurun akibat penyakit mati

rosot betik bermula tahun 2012. Dianggarkan sebanyak 800

hektar, iaitu 2/3 kawasan penanaman betik di negara ini terpaksa

dimusnahkan. Walau bagaimanapun, permintaan betik sentiasa

meningkat dan eksport ke pasaran China menunjukkan kadar

pertumbuhan yang positif sejak tiga tahun terkini (Jadual 4.2).

Pengeluaran betik yang memenuhi ciri-ciri permintaan pengguna

dapat membantu daya saing di pasaran eksport. Ciri pilihan

Page 19: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

80

pengguna China bagi buah betik adalah buah bersaiz sederhana

(antara 1kg-4kg), berbentuk sederhana bujur, kulit berwarna

kuning, warna isi jingga kemerahan, rasa yang manis, saiz biji dan

kuantiti biji yang sederhana.

Jadual 4.10: Ciri kegemaran pengguna China terhadap buah betik Ciri Pilihan Pengguna China Ciri Umum Betik di Pasaran

Saiz buah Sederhana (1kg-5kg) Besar (>5kg)

Sederhana (1kg-5kg)

Kecil (<1kg)

Bentuk buah Sederhana bujur Bujur

Sederhana Bujur

Bujur Panjang

Warna kulit Kuning Kuning Hijau

Kuning

Warna isi buah Jingga kemerahan Jingga Kemerahan

Merah

Kuning

Ketebalan kulit Sederhana Nipis Nipis

Sederhana Nipis

Tekstur Sederhana Lembut

Sederhana lembut

Keras

Rasa Manis Manis

Sederhana Manis

Kurang Manis

Saiz biji Sederhana Kecil

Sederhana

Besar

Kuantiti biji Sederhana Rendah

Sederhana

Tinggi

Kandungan air Sederhana Rendah

Sederhana

Tinggi

4.5 SARANAN

Saranan bagi meningkatkan daya saing pasaran eksport buah-buahan tempatan

Malaysia adalah seperti berikut:

1) Meningkatkan jumlah dan kualiti eksport produk berdaya saing

Melalui analisis yang ditunjukkan, kedudukan Malaysia bagi pasaran

eksport buah durian dan manggis adalah baik dimana Thailand sahaja

menjadi pesaing bagi komoditi ini. Ini menunjukkan kelebihan kepada

negara sebagai pengeksport utama buah ini di pasaran China. Dengan

peningkatan jumlah dan jaminan kualiti buah yang dieksport, Malaysia

mampu menandingi negara pesaing. Justeru itu, galakkan untuk menanam

Page 20: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

81

lebih banyak pokok durian dan manggis berkualiti adalah perlu.

Hubungan kerjasama antara negara Malaysia dan China digesa bagi

mempercepatkan kelulusan laluan terhadap sediaan eksport seperti buah

durian segar (bersama kulit).

2) Pemasaran produk premium di pasaran sasaran

Dapatan kajian menunjukkan faktor pendapatan adalah signifikan

terhadap pembelian buah-buahan. Justeru itu, bagi meningkatkan jualan

dan permintaan eksport, jualan runcit premium di pasaran terpilih adalah

digalakkan. Sebagai contoh buah-buahan di bungkus dengan bungkusan

yang istimewa dan unik serta dijual di pasaraya terpilih. Jualan produk

premium seperti ini akan menambah nilai jualan dan keuntungan kepada

peniaga.

4.6 RUMUSAN

Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan eksport buah-buahan Malaysia

ke pasaran China berdaya saing sederhana. Bagi komoditi durian, dan manggis,

daya saing Malaysia adalah menyamai atau lebih baik dari negara pesaing iaitu

Thailand. Antara beberapa faktor yang perlu diberi penekanan ialah faktor

intrinsik (terdiri daripada kesegaran, kualiti, tekstur, aroma dan rasa), faktor

kesihatan dan pensijilan (diet untuk kesihatan, nutrisi, penggunaan racun,

organik dan pensijilan), faktor penggunaan dan pemasaran (kegunaan untuk

masakan, keunikan, harga dan pembungkusan), dan faktor ekstrinsik (saiz buah,

bentuk buah, warna buah, warna isi buah, ketebalan isi buah dan kuantiti biji).

Analisis varians menunjukkan pendapatan isi rumah adalah signifikan.

Pertambahan pendapatan isi rumah mendorong pengguna membeli buah-

buahan. Selain itu, ia juga didorong oleh faktor kesedaran terhadap kesihatan

dan makanan berkhasiat di kalangan golongan berpendapatan tinggi. Tempat

pembelian juga menunjukkan pengguna China cenderung untuk membeli buah-

buahan di pasar segar, ini termasuklah pasar segar, dan pasar malam. Dari aspek

ciri pilihan buah-buahan yang disukai terhadap 3 jenis buah iaitu tembikai,

durian dan betik, tiada perbezaan yang ketara antara pilihan pengguna dan ciri

buah di pasaran. Justeru itu, bagi mendominasi syer pasaran di China, buah-

buahan tropika Malaysia perlu mematuhi keperluan negara pengimport,

termasuk protokol kelulusan eksport dan keperluan fitosanitari.

4.7 RUJUKAN

Mohd Anim, H. (2011). Betik [Blog post]. Diperoleh dari

http://animhosnan.blogspot.my/2011/02/betik.html.

Page 21: 4.0 KAJIAN DAYA SAING PASARAN EKSPORT BUAH-BUAHAN …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 4-Suhana et al.pdf · Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan daya

82

Annual per capita income of urban household in China from 1990 to 2016 (in

yuan) (Diperoleh pada 5 Januari 2018 dari

https://www.statista.com/statistics/278698/annual-per-capita-

income-of-households-in-china/

Bobirca, A. & Miclaus, P.G.,(2011). A Multilevel Comparative Assessment

Approach to International Services Trade Competitiveness: The Case of

Romania and Bulgaria. International Journal of Humanities and Social

Sciences. Vol:1. No:1. 3, 1-6

China Ag (2017). Chinese Market for Malaysian Durian. Commodity Report.China

: China Agriculture

Chubashini, S., Tengku Mohd Ariff, T.A., Abu Kasim, Ali., Rawaida, R., dan

Noorlidawati, A. H., (2011). Competitiveness of Malaysia’s fruits in the

global agricultural and selected export market : Analyses of Revealed

Comparative Advantage (RCA) and Comparative Export Performance

(CEP). Economic and Technology Management Review, 6(2011):1-17

Eiylla, S. (2017, 27 Julai). Musang King memang sedap tapi ada 100 lagi jenis

durian anda patut cuba. Rojak Daily. Diperoleh dari

http://www.rojakdaily.com/skop/article/3055/musang-king-memang-

sedap-tapi-ada-100-lagi-jenis-durian-anda-patut-cuba

Erkan, B.,. dan Saricoban, K.,(2014). Comparative Analysis of the

Competitiveness in the Export of Science-Based Goods Regarding Turkey

and the EU+13 Countries. Vol 5. No 8 (1)

Forbes. (2016) : 2106 Forbes China Rich List (Full List). Diperoleh pada 20

Disember 2017 dari

https://www.forbes.com/sites/russellflannery/2016/10/29/2016-

forbes-china-rich-list-full-list/#68b41ba02bae

Jing, Z., (2018). DOLE: Chinese Consumers Can Say No to GMO Papayas.

Diperoleh pada 5 Januari 2018 dari

http://www.producereport.com/article/dole-chinese-consumers-can-

say-no-gmo-papayas

Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). (2016).

Laporan berkala -: China’s Fruits Market – MATRADE BEIJING

Nik Rozana, N.M., Suntharalingam, C., Mohd Khairul, M., Nor Amna A’liah, M.N.

dan Mohd Fairuz, O. (2015). Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas

ASEAN (AFTA) dan kesannya ke atas pengeluaran, perdagangan, dan

pelaburan sektor pertanian di Malaysia. Laporan Projek Sosioekonomi

2015, Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, MARDI

Rasmuna, M.M, Hairazi, R., Mohd Zaffrie, M.A., Syahrin, S., Nor Amna A’liah,

M.N., Nik Rozana, N.M. (2016). Kajian penilaian tahap penggunaan

teknologi moden di sepanjang rantaian nilai aktiviti pengeluaran

tembikai/melon di Malaysia. Laporan Projek Sosioekonomi 2016, Pusat

Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, MARDI