dinamik f2 daya

13
DINAMIK Bab 7 SAINS TINGKATAN 2

Upload: ainiainiaini

Post on 22-Jan-2018

437 views

Category:

Science


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dinamik f2 daya

DINAMIK Bab 7

SAINS TINGKATAN 2

Page 2: Dinamik f2 daya

DAYA (FORCE)

•Daya adalah suatu tindakan yang boleh mengubah kedudukan objek pegun (tidak bergerak) atau objek yang bergerak di dalam garis lurus.

•Daya tidak boleh dilihat atau dirasai tetapi kehadirannya boleh diperhatikan sebagaikesan-kesan daya (effects of force).

•Daya boleh wujud dalam pelbagai bentuk

Page 3: Dinamik f2 daya

Jenis Daya•

1) Daya GravitiDaya tarikan yang menggerakkan sesuatu jasad ke arah pusat cakerawala (eg: bulan atau Bumi)

2) Daya GeseranDaya menentang gerakan yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan

3) Daya ElektrostatikDaya tarikan antara cas berlainan / Daya tolakan antara cas yang sama

4) Daya MagnetDaya tarikan atau tolakan antara dua magnet yang berlainan atau antara magnet dengan bahan magnet.

Page 4: Dinamik f2 daya

• 1. Daya geseran • Daya geseran (frictional force) adalah suatu daya yang menentang gerakan

antara dua objek yang bersentuhan.• Daya geseran boleh;• memperlahankan objek yang sedang bergerak. • memberhentikan objek yang sedang bergerak.• mengelakkan sesebuah objek pegun daripada bergerak.• Daya geseran bertindak menentang arah gerakan objek.

Page 5: Dinamik f2 daya

• 2. Daya graviti• Daya graviti (gravitational force) ialah daya yang tertarik ke pusat bumi. Daya

ini menyebabkan semua benda yang dilambung akan jatuh semula ke bawah.

Page 6: Dinamik f2 daya

• 3. Daya elektrik• Daya elektrik dihasilkan apabila elektron (cas negatif) bergerak melalui satu

konduktor.

Page 7: Dinamik f2 daya

• 4. Daya elektrostatik• Daya elektrostatik (electrostatic force) adalah disebabkan oleh cas yang

terbentuk pada objek yang telah digosok. Objek dengan cas yang sama akan menolak antara satu sama lain, manakala objek dengan cas yang berbeza akan menarik antara satu sama lain.

Page 8: Dinamik f2 daya

• 5. Daya magnet• Daya magnet (magnetic force) ialah daya tarikan antara magnet dan bahan-

bahan magnetik seperti paku. Daya magnet tinggi pada kedua-dua kutub utara dan selatan. Magnet dengan kutub yang sama akan menolak antara satu sama lain, manakala magnet dengan kutub yang berbeza akan saling menarik.

• Daya elektromagnet• Daya elektromagnet (electromagnetic force) adalah magnet yang dibuat

dengan memagnetkan sekeping teras feromagnet dengan membenarkan arus elektrik mengalir melalui gegelung konduktor sekeliling teras tersebut.

• Elektromagnet boleh menarik bahan magnet seperti keluli dan besi selagi mana arus elektrik dibekalkan.

Page 9: Dinamik f2 daya

neraca spring - untuk mengukur dayaneraca tuas - untuk mengukur jisim

Page 10: Dinamik f2 daya

KEPENTINGAN DAYA DALAM KEHIDUPAN

• 1. Buah kelapa tidak akan jatuh tanpa daya graviti2. Kereta dapat bergerak tanpa tergelincir dengan adanya daya geseran3. Pintu tidak dapat dibuka tanpa daya tarikan4. Air tidak dapat dialirkan tanpa daya untuk memusingkan pili5. Kilat tidak dapat terhasil tanpa daya elektrostatik6. Kompas tidak dapat berfungsi tanpa daya magnet

Page 11: Dinamik f2 daya
Page 12: Dinamik f2 daya
Page 13: Dinamik f2 daya