tugasan cerpen suhana

52
__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF ABSTRAK Cerpen berasal dari cerita lucu berprosa, keadaan yang dilakar dengan pantas yang dengan cepat sampai kemuncaknya, selari dengan tradisi penceritaan lisan.Ia di baca dalam nafas masa yang singkat dan tidak mempunyai struktur yang terlalu kompleks. Cerita benar atau rekaan yang berbentuk pendek adalah maksud cerpen atau cerita pendek. Cerpen yang pertama di Malaysia, secara rasmi adalah karya ’’Kecelakaan Pemalas’’ tulisan Nor bin Ibrahim Al-Madrasi dalam majalah Pengasoh pada 4 Februari 1920.Sejak itu, cerpen menjadi salah satu jenis karya sastera yang relevan dalam menyampaikan maksud dan nilai kemanusian selari dengan hasil garapan pengarang yang tersendiri.Tugasan ini memberi tumpuan kepada penganalisaan cerpen sekitar era 70 an hingga era 90 an yang merangkumi aspek-aspek seperti penggunaan gaya serta kesantunan bahasa , sistem sapaan dan kepentingannya. Kajian ini juga menghuraikan penggunaan elemen- elemen bahasa tersebut dikalangan masyarakat dan generasi muda masa kini. PENGENALAN Cerita pendek disingkatkan perkataannya menjadi cerpen. Cerpen juga sebahagian daripada cereka (cerita reka-rekaan). Hashim Awang (Glosori Mini Kesusasteraan, Fajar Bakti, 1987) menyebut bentuk cereka yang pendek yang membawa satu persoalan bagi

Upload: maya-diana

Post on 02-Jan-2016

511 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Cerpen ‘Suhana’ memaparkan kisah seorang pelajar perempuan iaitu Suhana yang sering membuat masalah disiplin di sekolah sehingga menjadi buah mulut para guru. Suhana menjadi gambaran watak remaja hari ini yang terumbang ambing dalam arus dunia remaja . Masalah keluarga merupakan faktor utama yang menjadikan Suhana bersikap jelik dan berkelakuan tidak wajar. Tingkah lakunya sering membuatkan guru-guru lain mencemuh dan mengejinya.

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

ABSTRAK

Cerpen berasal dari cerita lucu berprosa, keadaan yang dilakar dengan pantas yang

dengan cepat sampai kemuncaknya, selari dengan tradisi penceritaan lisan.Ia di

baca dalam nafas masa yang singkat dan tidak mempunyai struktur yang terlalu

kompleks. Cerita benar atau rekaan yang berbentuk pendek adalah maksud cerpen

atau cerita pendek. Cerpen yang pertama di Malaysia, secara rasmi adalah karya

’’Kecelakaan Pemalas’’ tulisan Nor bin Ibrahim Al-Madrasi dalam majalah Pengasoh

pada 4 Februari 1920.Sejak itu, cerpen menjadi salah satu jenis karya sastera yang

relevan dalam menyampaikan maksud dan nilai kemanusian selari dengan hasil

garapan pengarang yang tersendiri.Tugasan ini memberi tumpuan kepada penganalisaan

cerpen sekitar era 70 an hingga era 90 an yang merangkumi aspek-aspek seperti penggunaan

gaya serta kesantunan bahasa , sistem sapaan dan kepentingannya. Kajian ini juga

menghuraikan penggunaan elemen-elemen bahasa tersebut  dikalangan  masyarakat

dan generasi muda masa kini.

PENGENALAN

Cerita pendek disingkatkan perkataannya menjadi cerpen. Cerpen juga sebahagian

daripada cereka (cerita reka-rekaan).

Hashim Awang (Glosori Mini Kesusasteraan, Fajar Bakti, 1987) menyebut bentuk

cereka yang pendek yang membawa satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan

tertentu yang indah. Ia memusatkan diri pada satu watak dalam suatu situasi di

suatu tempat dan ketika.

Page 2: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

BIODATA PENGARANG

Abu Hassan Morad dilahirkan pada 10 Mei 1957 di Chenok, Kedah. Beliau

mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Jitra hingga Tingkatan Tiga

sebelum meneruskan pelajarannya di Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Kolej

Sultan Abd. Hamid, Alor Setar. Beliau yang pernah mengikuti latihan perguruan di

Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang pernah menjadi guru sebelum

melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bimbingan dan

Kaunseling. Abu Hassan yang aktif dalam bidang penulisan sejak 1979 telah

menghasilkan 18 buah novel kanak-kanak dan remaja serta 42 buah cerpen. Selain

novel dan cerpen, beliau turut menghasilkan skrip drama, kritikan sastera, dan

rencana. Beliau banyak menyertai sayembara sastera dan memenangi beberapa

hadiah.Antaranya termasuklah hadiah penghargaan Peraduan Menulis Novel

Kanak-kanak Dewan Bahasa dan Pustaka,.Hadiah ketiga Sayembara Cerpen

ESSO GAPENA,.Hadiah ketiga Peraduan Menulis Buku Kanak-kanak, Jabatan

Perdana Menteri, .Hadiah kedua Pertandingan Menulis Novel Remaja, Hadiah

Sastera Utusan Melayu-Public Bank. Novel Julia yang dihasilkannya pula

memenangi hadiah kedua Pertandingan Menulis Novel Remaja 1998. Antara hasil

karya beliau yang terkenal adalah Sabarlah Sayang (1987), Tuk Din Tidak Gila

(1988), Si Alang Budiman (1990) , Suhana (1992),Titian Rindu (1996) dan

Natasya(1997). Abu Hassan yang menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Galeri Ilmu

sejak 1995. beliau banyak menjelajah ke luar negara seperti ke Bosnia-Herzegovina,

Jordan,Kemboja, Thailand, Vietnam, Arab Saudi, dan Australia.

Page 3: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

SUMBER KAJIAN

Tajuk cerpen yang telah dipilih ialah ‘ Suhana‘ hasil nukilan Abu Hassan Morad di dalam antologi

cerpen remaja yang juga bertajuk Suhana . Pertama kali diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka pada tahun 1992.

SINOPSIS

Cerpen ‘Suhana’ memaparkan kisah seorang pelajar perempuan iaitu Suhana yang sering

membuat masalah disiplin di sekolah sehingga menjadi buah mulut para guru. Suhana menjadi

gambaran watak remaja hari ini yang terumbang ambing dalam arus dunia remaja . Masalah

keluarga merupakan faktor utama yang menjadikan Suhana bersikap jelik dan berkelakuan tidak

wajar. Tingkah lakunya sering membuatkan guru-guru lain mencemuh dan mengejinya.

Sedangkan pada hakikatnya Suhana memerlukan bimbingan dan panduan. Kepincangan

hubungan kekeluargaan telah menjadikan Suhana sebagai mangsa keadaan. Guru-guru wanita

disekolahnya pula tidak cuba memahami atau menyelidik latar belakang pelajar-pelajar yang

bermasalah sehingga timbul konflik di antara guru dan pelajar. Akibatnya Suhana memberontak

dengan menepuk meja sekuat hatinya dan tidak hadir ke sekolah setelah di marahi oleh Cikgu

Mariam dan Miss Linda. Namun perubahan sikap Suhana mula terserlah apabila dia terserempak

dengan Cikgu Shafik yang ingin membeli buku di Pustaka Antara. Beliau merupakan guru kelas

yang tenang dan sabar dengan karenah pelajar. Suhana begitu teruja apabila Cikgu Shafik sudi

menghadiahinya beberapa buah buku. Buku yang bertajuk Bimbingan Permulaan Bagi

Mencapai Hidayah dan kisah hidup yang diceritakan oleh Suhana membuatkan Cikgu Shafik

berasa simpati dan sedar akan masalah yang dihadapi oleh Suhana.Beliau percaya Suhana

memerlukan bimbingan dan sokongan agar dapat meneruskan hidup dalam sinar hidayah yang

baru ditemuinya.

Page 4: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Watak yang memainkan peranan penting dalam mengubah sikap Suhana adalah Cikgu Shafik.

Seorang guru muda yang baru memulakan tugas beliau di sebuah sekolah menengah di ibu

kota, Kuala Lumpur. Beliau begitu optimist dan cuba memahami masalah setiap pelajar beliau

yang sedang meningkat remaja. Beliau cuba mengkaji dan menyelidik setiap gerak laku pelajar-

pelajar beliau sebelum mengambil apa-apa tindakan. Kewibawaan beliau seringkali tercabar dek

karenah rakan-rakan sekerja yang sinis dan mempertikai keupayaan beliau memandangkan

beliau berasal dari kampung dan berpewatakan alim . Cikgu Shafik, telah menggunakan

pendekatan yang santun dan berdiplomasi dalam membentuk pelajar beliau menjadi insan

berguna. Beliau juga bersikap sabar dan tenang semasa menghadapi sikap dan karenah rakan

sekerja beliau iaitu guru-guru wanita yang lebih senior dan suka bertindak tanpa berfikir panjang.

Akhirnya Cikgu Shafik mendapat peluang untuk menceritakan perkara yang sebenar tentang

Suhana dan membalas setiap umpatan dan kejian dengan cara yang berbentuk nasihat,

berhemah dan berbahasa santun tentang tugas dan amanah seorang guru serta falsafah

keislaman.

Page 5: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

1. GAYA BAHASA

1.1 KONSEP GAYA BAHASA

Menurut Kris Mas, gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai,

khususnya dalam tulisan atau karangan. Gaya bahasa juga dirujuk kepada gaya

seseorang penulis menggunakan bahasa. Bagi Kris Mas, bahasa itu ialah perahu

yang didayung oleh setiap sastrawan dan ditumpang oleh pembaca dalam pelayaran

yang ingin mencari kebenaran.Keris Mas (Perbincangan Gaya Bahasa Sastera, DBP, 1990).

Gaya bahasa khusus perlu sesuai untuk digunakan kepada khalayak yang khusus untuk

menyampaikan maksud-maksud tertentu.Gaya bahasa memainkan peranan yang sangat

penting dalam membezakan setiap hasil karya atau sturuktur bahasa yang digunakan oleh

seorang penulis melalui puisi, cerpen mahupun novel. Timbulnya minat untuk mengikuti hasil

karya seseorang pengarang banyak didorong oleh gaya bahasa yang digunakan . Ia juga

sebagai identiti seseorang penulis dalam menyampaikan maksud mereka.

Gaya bahasa penulis A tidak sama dengan gaya penulis B dan seterusnya. Walaupun

mungkin penulis A, dan penulis B sama-sama menulis tentang ilmu pengetahuan umum, dan

kerana itu sama-sama menggunakan perkataan atau ilmu yang sama , namun gaya mereka

tetap mempunyai perbezaan gaya bahasa.Perbezaan ini disebabkan oleh penggunaan sturuktur

kata kerja aktif atau pasif . Penulis A gemar menggunakan sturuktur kerja aktif manakala Penulis

B gemar memakai struktur kerja pasif sebagaimana contoh berikut :

Penulis A : Sekolah adalah institusi tempat murid menerima pelajaran.

Penulis B : Sekolah adalah institusi tempat murid di beri pelajaran.

Melalui contoh ini, kita dapat lihat penulis A dan B mempunyai gaya bahasa yang

berlainan berdasarkan kepada pemilihan kata kerja beri dan terima. Walaupun maksud dan

makna kedua-dua ayat adalah sama , namun gaya bahasa yang digunakan menunjukkan

perbezaan. Dapat disimpulkan di sini bahawa, kelainan gaya bahasa seseorang penulis itu

berlaku kerana faktor minat dan kegemaran dalam menyusun atur ayat, memilih perkataan atau

ayat, menggunakan ungkapan tertentu, penggunaan frasa kata dan sebagainya.

Page 6: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Dalam konteks Gaya Bahasa Sastera yang digunakan didalam hasil karya

atau penulisan kreatif, terdapat beberapa gaya yang khusus dan menjadikan

sesuatu hasil karya itu unik dan tersendiri. Perbezaan gaya bahasa menjadikan

sesuatu hasil karya itu unik.

“Apabila sesuatu bahasa itu mudah,langsung dan terus terang dengan

menggunakan kata utuk membawa maksud konvensional, maka bahasa ittu disebut

bahasa literal atau bahasa harfiah sebaliknya, bahasa figurative menunjukkan

bahawa makna sesuatu kata atau ekspresi itu dikembangkan untuk mengisi ruang

yang lebih luas atau ruang yang berbeza daripada biasa”. Azizul Rahman Abdul

Rahman dan Mohamad Saleeh Rahamad, Bunga-bunga Bahasa untuk Penulisan,

penel perunding subjek B.Melayu JPNJ , 2009, hlm.2.

Gaya bahasa, di sebut juga sebagai ragam bahasa ini amat sinonim dengan

kehalusan budaya masyarakat Melayu khususnya atau masyarakat Timur amnya

baik dari segi adab dan juga pertuturan yang penuh kesantunan. Mesej atau kritikan

yang diberi tidak disampaikan secara ‘harfiah’.

Gaya bahasa yang digunakan diolah secara halus melalui perlambangan alam

untuk menunjukkan rentak dan tingkahlaku manusia. Dalam cerpen Suhana, gaya

bahasa yang digunakan tidak disampaikan secara langsung tetapi menggunakan kiasan yang

berseni dan mempunyai nilai esterik . Ia berfungsi untuk meninggikan kesan penyampaian

pengarang yang dapat mengubah dan menimbulkan nilai rasa . Gaya bahasa yang digunakan

oleh seseorang pengarang membangkitkan perasaan disamping merangsang daya fikir dan akal.

Gaya bahasa ini juga disebut “majas” dan dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :

1.1 simile

1.2 metafora

1.3 personifikasi

1.4 hiperbola

1.5 sinkope

1.6 peribahsa

1.7 imejan

Page 7: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

1.1 SIMILE

Kiasan atau perbandingan setara yang menggunakan perkataan bagai, umpama,

bak, ibarat dan sebagainya. Simile digunakan untuk beberapa tujuan yang lazimnya

sama dengan metafora dan penggunaan yang berkesan mestilah segar dan asli.

Penggunaan yg klise tidak member kesan yang kuat dalam hasil karya. Selain

daripada itu bahan bandingan yang digunakan haruslah sesuai dengan subjek yang

dikemukakan dan tidak seharusnya digunakan secara kerap dalam sesuatu tempat,

masa atau keadaan.Contoh yang terdapat dalam cerpen ini adalah:

(Halaman 22)

“Seperti seorang jaguh memacu kuda satria meredah hutan.”

(Halaman 24)

…laksana sekawan camar yang kehausan,

Seperti serumpun delima pasir yang kemerah-merahan,

Seperti pasir-pasir pantai yang bercahaya…..

Dapat kita simpulkan disini, bahawa penggunaan simile adalah berinspirasikan

daripada pemerhatian penulis cerpen ini terhadap alam semesta dalam

menyampaikan maksud dan kiasan dalam memberi gambaran bahasa yang retorik.

Melalui gaya bahasa yang diungkapkan pembaca dapat membuat gambaran dan

mudah memahami perkara yang dimaksudkan oleh penulis. Ia juga secara tidak

langsung dapat mengaktifkan daya fikir dan daya imaginasi para pembaca.

Sekiranya simile tidak digunakan oleh penulis, dan sesuatu perkara disampaikan

secara langsung. Sesi penceritaan dan pembacaan menjadi hambar dan tidak

menarik.

Page 8: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

1.2 METAFORA

Metafora ialah pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain

daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan ( sebagai perbandingan

atau kiasan ) maksud melalui rujukan kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 ), Antara unsur

metafora yang terdapat dalam cerpen ini ialah:

.( Halaman 23 )

…terdampar ke dada kota.

( Halaman 24 )

Aku pilih jalan itu.

( Halaman 25 )

Cuma namanya masih dikira manis.

( Halaman 26)

Dari jauh hatiku berkocak.

(Halaman 27)

Dah kenal arus dakwah.

(Halaman 28)

Dadaku ikut disambar bimbang.

(Halaman 29)

…memenatkan hidungku

(Halaman 30)

…menjeling ekor mata…

(Halaman 32)

…ditunggangi syaitan.

(Halaman 33)

…membuahkan kemanisan iman

Berdasarkan petikan metafora di dalam cerpen ini , saya dapat mengenal pasti unsur konkrit dan

unsure abstrak yang sering digunakan dalam membina metafora. Walaupun mempunyai

maksud yang sama dengan simile namun perbezaanya ialah metafora tidak menggunakan

perkataan “seperti”, “bagai”, “bak”, “umpama” untuk mengembangkan idea. Ia menjadikan

Page 9: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dikesan oleh pancaindera dapat digambarkan menerusi

imaginasi pembaca.

1.3 PERSONIFIKASI

Menurut kamus Dewan Edisi keempat (2007) ia dimaksudkan dengan pemberian (penyerapan)

sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak untuk

mendapatkan kesan sastera atau seni. Personafikasi adalah unsur yang digunakan untuk

memberikan sifat manusia kepada benda-benda bukan hidup. Ab Rahman Ab Rashid

(2003).Penggunaan gaya bahasa sebegini bertujuan untuk memberikan imej yang jelas kepada

para pembaca, dengan ini pembaca dapat membayangkan keadaan sebenar yang ingin

disampaikan oleh penulis. Antara unsur personifikasi yang dapat dikesan dalam cerpen ini ialah :

(Halaman 25)

…menunggu segulung ombak yang dingin.

(Halaman 25)

…di gigi jalan.

(Halaman 31)

…membasuh segala fitnah…

(Halaman 33)

…terdampar lorong hidayah…

…memilukan wajah pagi itu.

Ia merupakan bahasa kiasan yang sangat popolar dalam menyampaikan maksud

yang mendalam dan berunsurkan emosi. Ia menggunakan kata ganti orang ketiga

untuk perkara bukan manusia. Dengan menghubungkan gaya bahasa ini dalam

penulisan, pembaca lebih mudah memahami gambaran rupa alam melalui

perbandingan dengan sifat manusia.

Page 10: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

.

1.4 HIPERBOLA

Hiperbola berasal daripada bahasa Yunani yang bererti “pemborosan” atau “berlebih-lebihan”;

dan diturunkan daripada perkataan hyper (melebihi)+ballein (melemparkan). Hiperbola ialah

penggunaan kata yang berlebih-lebihan untuk menerangkan sesuatu. Gaya bahasa ini bukanlah

untuk tujuan pemujukan literal tetapi untuk meningkatkan atau menghasilkan kesan tertentu.

Azizul Rahman Abdul Rahman dan Mohamad Saleeh Rahamad, Bunga-bunga

Bahasa untuk Penulisan, penel perunding subjek B.Melayu JPNJ , 2009.

.Antara unsur hiperbola yang dapat dikesan dalam cerpen ini ialah :

(Halaman 22)

Biarlah berlumuran selut dan debu di badan. Biarlah bulunya dipagut onak dan duri.

(Halaman 26)

Muka masam mencuka.

Berderau darahku.

(Halaman 29)

Otakku berputar ligat.

(Halaman 31)

…menjeling tajam ke arahku.

(Halaman 32)

…dibakar dan dibarakan oleh cemuhan fitnah…

Melalui gaya bahasa ini, kita dapat huraikan bahawa penggunaan majas ini melibatkan kata-kata,

frasa atau kalimat tertentu bagi menimbulkan kesan dari segi jumlah, saiz dan sifat sesuatu yang

mahu disampaikan oleh pengarang. Ia bukanlah bertujuan sebagai agen pemujukan literal tetapi

untuk meningkatkan atau menghasilkan kesan tertentu. Ia tidak menggambarkan sesuatu yang

logik tetapi penggunaan gaya bahasa ini memberi impak terhadap pembaca.

Page 11: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

1.5 SINKOPE

Sinkope merupakan singkatan bagi sesuatu perkataan. Ia digunakanuntuk memudahkan lagi

penggunaan sesuatu ayat. Ab Rahman Ab Rashid( 2003 ).Sinkope juga bertujuan untuk

menunjukkan dialog lebih realistik dan tidak terlalu formal. Antara unsur sinkope yang dapat

dikesan dalam cerpen ini ialah :

( Halaman 26)

…Pengetua nak jumpa!

Mungkin hal gaji tu….

Nampaknya Suhana tu tak boleh dibiar lagi….

( Halaman 30)

..saya tak pandai..

Minta buku tu….

Saya nak jadi baik…..

Penggunaan gaya bahasa sinkope ini, menjadikan pembacaan lebih santai dan ia tidak terlalu

terikat dengan gaya bahasa karya ilmiah. Pembaca juga dapat menghayati dialog yang

digunakan dalam menyelusuri jalan cerita yang disampaikan. Gaya bahasa sinkope lebih

digemari oleh para pembaca kerana ia lebih ringkas dan maksud yang disampaikan tepat dan

berterus terang.

Page 12: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

1.6 PERIBAHASA

Peribahasa merupakan alat komunikasi yang sangat meluas digunakan dalam masyarakat

Melayu tradisional. Unsur peribahasa yang digunakan adalah untuk menyampaikan pandangan

tentang sesuatu secara berkias. Ia boleh menimbulkan kesan kesantunan bahasa dan tujuannya

untuk menjaga hati orang yang diberi teguran sekaligus menjaga kedudukan dan maruah diri

orang yang ditegur dan yang menegur. Antara unsur peribahasa yang dapat dikesan dalam

cerpen ini ialah:

(Halaman 23)

Aku terima dengan tangan terbuka.

..aku tidak pernah buruk sangka kepada sesiapa…

(Halaman 27)

Beri muka kepada pelajar.

Banyak mulut.

(Halaman 28)

Memang dia keras kepala!

Berubah air muka….

Penggunaan pribahasa menggambarkan ketinggian bahasa masyarakat Melayu. Melalui

peribahasa yang digunakan di dalam cerpen ini, ia menunjukkan kesantunan bahasa dalam

memberi kritikan atau teguran. Selain daripada itu, peribahasa juga dapat menyampaikan

maksud sindiran secara kiasan atau dalam bahasa yang halus sesuai dengan tradisi bahasa

kiasan Melayu.

Page 13: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

1.1.7 IMEJAN

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat (2007) ia membawa maksud penggunaan

beberapa imej yang terhimpun dalam sesebuah karya sastera atau pengunaan kiasan dalam

penulisan.Penggunaan imejan adalah untuk menggambarkan latar tempat yangingin

disampaikan di dalam sesebuah karya.Selain itu, ia juga digunakan oleh pengkarya untuk

menunjukkan latar masyarakat, berdasarkan imej yang diberikan,  pembaca

dapat menggambarkan keadaan sosial, budaya, ekonomi dan persekitaran dalam sesebuah

masyarakat dan tempat. Antara unsur imejan yang dapat dikesan dalam cerpen ini ialah :

( Halaman 22 )

Bilik darjah seperti biasa…

( Halaman 23 )

...ini bandar bukan kampung..

( Halaman 28 )

...tiba ke bilik guru...

..tidak muncul ke sekolah.

..selepas menunai solat asar di Masjid Kampung Baru….

…aku hilir mudik di jalan Tunku Abdul Rahman…

( Halaman 29)

...menjenguk ke Pustaka Antara...

Melalui imejan, pengarang dapat memindahkan latar ceritanya sama ada waktu atau tempatnya..

Dalam cerpen ini pembaca dapat menggambarkan situasi dan gambaran tempat dengan jelas.

Page 14: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

2. KESANTUNAN BAHASA

Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang

baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menujukkan penghormatan

kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Awang Sariyan, Santun Berbahasa,

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.

Penggunaan bahasa yang santun merupakan unsur penting dalam amalan

nilai dan budi bahasa. Baik pertuturan , bahasa tubuh mahupun penulisan,

penggunaan bahasa itu perlu mematuhi prinsip kesantunan berbahasa. Hal ini

demikian kerana penggunaan bahasa yang santun, tidak kira apa-apa bahasa pun,

mencerminkan masyarakat penggunanya. Jika baik bahasa yang digunakannya,

maka baiklah pandangan orang lain terhadap masyarakat bahasa itu, dan begitulah

sebaliknya. Bak kata pepatah, tinggi bangsa kerana bahasa. Dalam hal ini, kita akan

menilai konsep kesantunan bahasa yang terdapat dalam cerpen Suhana.

Sebagaimana kita sedia maklum kesantunan bahasa dibahagikan kepada dua iaitu

secara verbal dan non verbal.

2.1 KESANTUNAN BAHASA VERBAL

Komunikasi verbal terhasil dalam bentuk lisan atau bertulis´ -Keberkesanan

Interaksi Melalui Komunikasi Bukan Verbal: Satu Tinjauan Awal , Norazilah

Buhari, Nor Azlili Hassan, Nadhirah Nordin(UTAR).

Kesantunan bahasa verbal juga ialah bahasa yang melibatkan pertuturan sama ada perbualan

antara dua orang individu ataupun semasa memberikan ucapan di hadapan khalayak ramai.

sopan santun dan berbudi bahasanya seseorang itu banyak dapat dilihat dan

didengar melalui cara pertuturannya. Kesantunan bahasa dan nilai murni ialah sifat

sejagat, yang menggambarkan perilaku seseorang dan sebagai pancaran amalan

budaya dan tamadun sesuatu bangsa. Kesantunan bahasa dan nilai murni ini

diamalkan melalui pengucapan yang bertatasusila dan tingkah laku yang bersopan

santun.

Page 15: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Sifat orang Melayu biasanya bertutur dengan nada yang lembut serta menggunakan

perkataan yang ``sedap didengar'' dan berhemah. Berbicara dalam bahasa lembut

tetapi penuh makna melambangkan personaliti diri individu yang mengamalkan

berbudi pekerti tinggi. Bahasa menunjukkan bangsa.

 Di dalam cerpen Suhana, terdapat beberapa petikan yang menunjukkan

kesantunan bahasa verbal iaitu:

( Halaman 27 )

“Saya minta maaf, cikgu. Saya terkasar sedikit,”…

( Halaman 28 )

“Memang dia keras kepala!”

( Halaman 32)

Aku mulakan tutur kataku dengan lembut sekali.

Berdasarkan petikan perbualan tersebut, pengarang telah menerapkan konsep

kesantunan bahasa dalam penulisan beliau. ‘Meminta maaf’ adalah satu perlakuan sosial verbal

di mana tujuannya adalah untuk mengukuhkan keberkesanan interaksi di antara penutur dan apa

yang di ambil kira sebagai perlakuan yang memerlukan penutur untuk meminta maaf adalah

bergantung kepada perlakuan yang dikira sebagai satu kesalahan di dalam sesuatu budaya

masyarakat. Kebanyakan masa kita dapati bahawa adalah sukar untuk berinteraksi dengan

mereka yang mempunyai budaya yang sama dengan kita, inikan pula berinteraksi dengan

mereka yang berlainan budaya dimana faktor kemungkinan wujudnya salah faham adalah tinggi.

Mengikut Tubbs and Moss (2003) kepercayaan serta pelakuan yang berbeza diantara penutur

merupakan asas bagi andaian respon yang berbeza. Oleh itu masyarakat yang terdiri dari

pelbagai budaya seperti Malaysia boleh membuat andaian yang berbeza tentang makna sesuatu

pelakuan dalam interaksi. Apabila ini berlaku, tanpa disedari kita mungkin akan melakukan

sesuatu perlakuan yang dianggap sebagai satu kesalahan oleh orang lain yang mungkin akan

menjejas keberkesanan interaksi.

Page 16: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

2.2 KESANTUNAN BAHASA NON VERBAL

komunikasi bukan verbal, seperti yang diusulkan oleh Chaney dan Martin (2000), melibatkan

aspek seperti ekspresi muka, parabahasa, haptik ataupun kinesik.Kesantunan bahasa non-verbal

ialah perkara yang tidak melibatkan pertuturan tetapi melibatkan gerakan tubuh badan.

Kesantunan bahasa secara non verbal sangat penting semasa berkomunikasi apatah lagi dalam

masyarakat Melayu yang menekankan kesantunan sejak kecil lagi. Memberi senyuman adalah

salah satu ekpresi wajah yang menunjukkan sikap mesra . selain daripada itu apabila berjalan di

hadapan seseorang, kita perlu menundukkan sedikit badan. Hal ini adalah untuk menunjukkan

tanda hormat kepada orang lain.

 

Di dalam cerpen ini, terdapat beberapa kesantunan bahasa non verbal yang ingin saya nyatakan.

( Halaman 23 )

Aku senyum seperti biasa.

( Halaman 26 )

Namun aku masih boleh melebar senyum, sambil mengurut janggut dan meraba-raba serban

hitam di kepalaku.

( Halaman 28)

Ada yang geleng kepala.

( Halaman 29 )

Suhana hanya mengenyit matanya lembut…..

Page 17: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

3. SISTEM SAPAAN

Sistem sapaan merupakan salah satu cabang dari kesantunan bahasa. Ia menunjukkan

adab dan budi bahasa sesuatu masyarakat ia meliputi protokol panggilan hormat dan

aturan sapaan. Dalam sesebuah karya penulisan,. sistem sapaan adalah penting. Ini kerana,

cara berkomunikasiyang betul dan adab-adab yang sopan dapat diterapkan secara langsung

mahupun tidak langsung kepada pembaca. bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan

dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan

penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa

dalam system sapaan mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan

ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur,

dan keakraban hubungan.

  Sapaan dan rujukan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua situasi,iaitu situasi

formal dan situasi tidak formal. Dalam situasi tidak formal, ia merujuk kepada hubungan akrab

dengan penutur kedua. Biasanya didalam situasi formal, kita perlu bercakap dengan

menggunakan perkataan yang santun dan menunjukkan rasa hormat terhadap pihak kedua.

 Pengguna bahasa Melayu tidak boleh mencampur adukkan penggunaan kata-kata tersebut

dengan bahasa lain secara sesuka hati kerana ia akan merosakkan kesantunan bahasa

Melayu.Di dalam cerpen ini, terdapat beberapa laras sistem sapaan yang berbeza.Pengarang ini

menggunakan kata ganti nama seperti ’aku’ dan ’saya’ . Beliau juga turut membahasakan

dengan pangkat seseorang contonya “cikgu” dalam kebanyakkan perbualan. Ini bersesuaian

dengan latar belakang cerpen ini yang mengambil tempat di sekolah.

Page 18: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

4. KEPENTINGAN GAYA BAHASA, KESANTUNAN BAHASA DAN SISTEM

SAPAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.

Hari ini, arus modenisasi dan globalisasi telah menjalar ke serata pelusuk

desa sehingga menjejaskan amalan dan budaya masyarakat Melayu khasnya dan

masyarakat Malaysia amnya. Nilai budi bahasa dan kesantunan yang diwarisi sejak

dahulu lagi semakin luntur dan digantikan dengan budaya material dan

konsumerisme . Meskipun demikian, kajian-kajian kemasyarakatan yamg dilakukan

mendapati bahawa masyarakat Melayu sama ada di desa mahupun di bandar, tidak

mudah untuk meninggalkan sepenuhnya amalan tradisi yang telah menjadi tunjang

dalam kehidupan mereka sehari-hari.

Perbincangan Labov Bailey, Wolfran, Cedergren dan Sankoffs, merupakan

antara beberapa sarjana bahasa yang mengkaji perkaitan antara masyarakat dan

bahasa. Minat mereka ialah untuk mendapatkan makumat tentang masyarakat

dengan mengkaji bahasa masyarakat tersebut. Mereka menggunakan pendekatan

sosiologi dan statistik. Di dalam masyarakat Melayu wujud pepatah seperti 'bahasa

menunjukkan bangsa'. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu dapat memaparkan

maklumat jati diri mengenai bahasa Melayu. Sebagai contoh bahasa istana memberi

sedikit gambaran tentang bahasa sapaan di istana. Kata-kata seperti "Ampun

Tuanku", "patik", Junjung Kasih" dan sebagainya, digunakan pada zaman dahulu

sehingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa bahasa ini kekal dan digunakan di

dalam upacara adat istiadat istana dan masih terus diamalkan dan terpelihara

daripada anasir-anasir budaya kuning. Bahasa halus (eufimia) yang digunakan ini

memaparkan kesopanan, kesantunan dan ketertiban jati diri bangsa Melayu

terutama di dalam upacara yang penuh dengan adat dan istiadat itu.

Bahasa sapaan yang betul, tepat dan bersesuaian digunakan pada ketua

negeri, orang besar-besar, pemimpin-pemimpin negeri dan orang kenamaan negara

menunjukkan ketertiban susunan protokol jati diri masyarakat Melayu sejak zaman

dahulu sehingga sekarang.

Page 19: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Sikap orang-orang Melayu yang mementingkan perasaan dalam berbahasa.

Kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponen sosiolinguistik

dan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau

peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat

dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Namun pada masa kini,

kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika berkomunikasi. Masihkah

kesantunan bahasa itu dipraktikkan ketika berkomunikasi pada zaman globalisasi

ini? Apa yang dapat kita sendiri lihat adalah semakin banyak penggunaan kata-kata

yang kurang sopan, yakni penggunaan bahasa yang tidak berbahasa ketika

berkomunikasi, serta tidak lagi menggunakan sapaan yang bersesuaian ketika

berkomunikasi. Natijah yang akan timbul daripada penggunaan sistem komunikasi

yang tidak tepat adalah akan wujud suasana yang tidak harmoni di dalam

masyarakat Malaysia.

Percakapan atau tulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur

akan memberi makna mendalam dan juga mampu menyentuh perasaan.Justeru,

Islam menggalakkan umatnya menggunakan bahasa yang indah dan baik-baik

apabila bertutur.Rasulullah SAW sendiri berdakwah menggunakan bahasa yang

paling baik dan halus dan tidak pernah menggunakan bahasa yang kesat dan kasar

dalam pengucapan baginda.Sifat ini seharusnya dicontohi terutama sekali para

remaja supaya dapat menggunakan bahasa yang baik dan teratur dalam

percakapan seharian.

Luqman Al-Hakim juga berpesan dengan anaknya, menggunakan istilah ‘wahai

anakku’ yang menggambarkan kelembutan seorang ayah dalam menasihati

anaknya sehingga termaktub dalam al-Quran (Luqman:12-19).

Penulis buku motivasi terkenal, La Tahzan (Jangan Bersedih), Dr. Aidh Abdullah al-

Qarni juga ada berkata dalam suatu temuramah, “Islamlah yang mengajak orang

untuk memiliki kebebasan berekspresi. Tapi ada dua syarat dalam hal ini. Jangan

sampai menghina suatu agama dan, kedua, jangan sampai merosak dan memfitnah

orang lain.”

Page 20: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Ini menunjukkan bahawa bersuara tidak mengehadkan batas pemikiran manusia,

tetapi harus dilakukan dengan batas lingkungan yang benar dan beretika iaitu

mengamalkan konsep kesantunan dan nilai-nilai murni.Namun dapat diperhatikan

senario pada hari ini, ialah penggunaan bahasa yang semakin kasar semakin

menular di dalam masyarakat hari ini.

Kita perlu sedar bahawa penggunaan bahasa dalam komunikasi seharian

bukan kecil fungsinya. Penggunaan bahasa yang tepat dan benar memberikan

makna mendalam dan struktur yang kukuh dalam menyampaikan sesuatu

maksud.Untuk bercakap mengenai kebenaran, tidak semestinya dalam nada yang

keras dan kasar. Ia boleh disampaikan dengan nada yang lembut, tetapi tegas dan

berprinsip.Untuk berbeza pendapat juga tidak semestinya meninggi suara atau

melukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa. Oleh itu,

masyarakat harus berupaya membezakan antara yang baik dan buruk, serta tidak

hanya terikut-ikut sesuatu perkataan atau perbuatan hanya dikatakan untuk

mengikut peredaran zaman.

Page 21: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Sub- tugasan

A. KONSEP KESANTUNAN BAHASA

‘Kesantunan’ didefinisikan sebagai perihal ( sifat ) santun, kesopanan, kehalusan ( budi

bahasa atau budi pekerti ) manakala ‘bahasa’ pula ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai

sebagaialat perhubungan kelompok manusia atau lebih jelas lagi adalah percakapan yang baik,

tingkah laku yang baik dan sopan santun juga meliputi gaya tubuh merujuk kepada kamus

Dewan Edisi Keempat tahun 2007.

Asmah Hj. Omar (2000) pula mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak

menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan

yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan

pendengar.

Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang

baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menujukkanpenghormatan

kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Awang Sariyan, Santun Berbahasa,

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.

Dalam kalangan orang Melayu, kesantunan dapat dilihat melalui pelbagai

perkara. Malahan sejak kita kecil lagi kita telah diajar bagaimana untuk bersopan

santun apabila bercakap dengan orang yang lebih tua, bagaimana hendak

membahasakan diri dan juga bagaimana hendak bertegur sapa mengikut peringkat

umur seseorang.

Oleh itu kesantunan bahasa berkait rapat dengan konsep budi bahasa yang menjadi falsafah

jati diri orang Melayu yang menjadi amalan sejak sekian lama. Ia dimantapkan lagi dengan

kedatangan Islam yang menjurus kepada akhlak yang terpuji. Kesantunan bahasa dibahagikan

secara verbal dan non verbal. Selain mengamalkan bahasa yang santun dalam komunikasi , nilai

kesantunan bahasa yang diterapkan di dalam penulisan khasnya cerpen dan karya lain amnya

amatlah penting. Selain daripada menjadi medium hiburan dan meluaskan pengetahuan ia dapat

Page 22: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

menyebarkan dan member kesan nilai-nilai murni, sifat pekerti mulia yang menjadi cerminan

kehidupan dan falsafah orang Melayu tentang budi bahasa secara halus kepada para pembaca.

i. Konsep Kesantunan Berbahasa secara Verbal

Menurut Hinton et al. (1994: 1) “sound symbolism is the direct linkage between

sound and meaning”. Jakobson & Waugh (87: 182) merujuk kepada fenomena yang

sama sebagai “... an inmost, natural similarity association between sound and

meaning (signans and signatum) ... ”. Dalam kata yang lebih mudah perlambangan

bunyi memperlihatkan unsur ikonik kerana terdapat kesamaan antara bunyi dengan

makna yang didokongnya. Hinton et al. (1994) selanjutnya membahagikan unsur

perlambangan bunyi ini kepada empat, yakni perlambangan bunyi zahir atau

jasmaniah, (corporeal), peniruan atau pengajukan (imitative), sinestetik (synesthetic)

dan konvensional atau kelaziman (conventional). Keratabasa yang mendokong

makna “penjelasan (penerangan) erti perkataan dengan berdasarkan tafsiran atau

huraian tentang bunyi atau suku kata yang terdapat pada perkataan itu” (Kamus

Dewan, 2005: 755) dalam bahasa Melayu boleh dianggap sebagai perlambangan

bunyi yang bersifat sinestetik dan konvensional.

Sifat ramah mesra dan penggunaan bahasa yang sopan seperti memberi

salam sesama manusia amat dituntut dalam agama kita. Penggunaan bahasa yang

mesra dan bersopan dengan siapa sahaja kita bertutur walaupun tidak

mengenalinya sebenarnya dapat mewujudkan pandangan atau persfektif positif

terhadap masyarakat lain. Di samping itu bahasa yang mesra juga boleh

membuatkan orang lain menyenangi diri kita. Orang yang mempunyai nilai baik ini

dalam diri sentiasa dihormati dan disukai oleh pihak lain. Oleh itu amalkanlah

menggunakan bahasa yang baik dengan sesiapa dan di mana sahaja kita bertutur

untuk keharmonian dan kebaikan kita bersama.

Bahasa halus ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan

santun serta menggunakan segala strategi untuk memaniskan percakapan.

Penggunaan bahasa halus ini mempunyai beberapa tujuan, antaranya adalah untuk

menghormati dan menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap, mewujudkan

Page 23: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

kemesraan dalam perhubungan dan sebagainya. Selain itu, kedudukan, pangkat,

umur, dan keakraban antara penutur dan pendengar mempengaruhi pemilihan

perkataan dan kata ganti nama. Oleh itu, bahasa halus ialah bahasa yang lebih

sopan dan lebih manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar

atau membaca. Pada kebiasaannya, bahasa halus disukai oleh semua orang

berbanding penggunaan bahasa kasar. Disamping itu, bahasa kiasan dan

peribahasa telah digunakan secara meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus,

iaitu bersopan santun dan tidak terlalu berterus terang.

Kita perlu bijak memilih perkataan-perkataan yang sesuai semasa bertutur

dan harus bergantung kepada situasi atau keadaan persekitaran. Hal ini demikian

kerana jika kita tersalah menggunakan bahasa pada sesuatu situasi, kita akan

dianggap sebagai seorang pengguna bahasa yang tidak sopan. dan juga akan

dikatakan seorang yang tidak beradab. Sebagai contoh, semasa kita berada dalam

situasi formal dan melibatkan golongan masyarakat yang mempunyai kedudukan

dan pangkat, kita haruslah menggunakan bahasa yang sopan dan halus agar

menghormati orang disekeliling. Hal berbeza jika kita bersama-sama rakan-rakan,

ahli keluarga atau orang yang rapat dengan diri kita, maka kita bebas untuk

menggunakan sebarang perkataan semasa berkomunikasi. Oleh itu, seorang

pengguna bahasa yang baik harus peka akan bahasa yang dituturkan demi

kebaikan diri sendiri dan orang lain.

Page 24: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

ii. Konsep Kesantunan Berbahasa secara Non verbal

Komunikasi bukan verbal, seperti yang diusulkan oleh Chaney dan Martin (2000), melibatkan

aspek seperti ekspresi muka, parabahasa, haptik ataupun kinesik.Kesantunan bahasa non-verbal

ialah perkara yang tidak melibatkan pertuturan tetapi melibatkan gerakan tubuh badan.

Kesantunan bahasa secara non verbal sangat penting semasa berkomunikasi. Contohnya,

apabila seseorang berjalan di hadapan seseorang, dia akan menundukkan sedikit badannya. Hal

ini menunjukkan bahawa seseorang itu hormat kepada orang yang lebih tua. Selain itu, kita

hendaklah sentiasa senyum apabila berkomunikasi dengan seseorang . senyuman

melambangkan komunikasi non verbal yang bersifat mesra dan mudah didekati. Contoh yang lain

ialah kepala hendaklah ditundukkan sedikitapabila bertemu dengan sultan sebagai tanda hormat.

Tingkah laku yang bersopan santun dan lemah lembut juga merupakan salah satu bahasa

tubuh yang menunjukkan kesantunan. Sikap yang kasar dan memek muka yang bengis

menunjukkan sifat dan peribadi yang seseorang.buruk . Kedatangan Islam telah memantapkan

lagi pancaran budi bahasa dalam diri masyarakat Melayu. Ini termasuklah dalam aspek

pemakaian yang sopan dan sesuai dengan keadaan.

Page 25: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Sub-tugasan

Bahagian B

Jelaskan fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan

nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terhasilnya bahasa yang tiada

kesantunannya, iaitu disebabkan oleh gangguan emosi, kurangnya ilmu

pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu dan kebudayaan masyarakat

Melayu,pengaruh media massa serta media sosial dan juga diujarkan atau

dituturkan secara disengajakan atau sekadar bergurau senda.Kurangnya aspek

kesantunan berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkan oleh gangguan

emosi, mungkin sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa si penutur

maka terkeluarlah kata-kata yang tidak sopan atau kata-kata yang agak kasar

nadanya sehingga menimbulkan rasa sakit hati dan dendam. Hal ini boleh jadi

disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan

marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan

kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut.

“Dewan Rakyat kecoh, TPM dikata ‘pekak’“, demikian antara tajuk berita di akhbar

Sinar Harian bertarikh 16 Mac 2011.

Merujuk kepada pernyataan di atas, jelaslah semakin maju negara,semakin

ramai golongan profesional dan terpelajar, namun semakin terhakis nilai kesantunan

dan budi bahasa dalam berkomunikasi. Malang sekali kerana cara pemikiran dan

tamadun kita semakin mundur serta sering dikelirukan dengan istilah ‘kebebasan

bersuara’.

Pelbagai kesan dan akibat buruk akan timbul daripada kepincangan

berbahasa yang mana berlakulah perang mulut sesama warga dewan, kecoh

dengan bantahan dan permintaan supaya ditarik balik ungkapan yang terlepas serta

Page 26: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

keperluan permohonan maaf. Rendah sekali jadinya kualiti perbahasan apabila

disertai oleh pemimpin pilihan rakyat yang separuh matang dan ‘buta’ budi bahasa.

Dalam sebuah negara yang bertamadun, lebih-lebih lagi dalam masyarakat Malaysia

penghuninya amat tidak menyenangi penggunaan kata, frasa atau ayat yang

mengandung konotasi biadab atau menghina.

Akhir-akhir ini kita dapat lihat semakin banyak orang yang mempunyai bahasa

tetapi tidak berbahasa yakni tiada kesantunan bahasa. Kita menghadapi satu

senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi

kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat

Malaysia semakin luntur. Jika diselami ke dasarnya, terdapat pelbagai faktor yang

mempengaruhi fenomena kesantunan berbahasa dikalangan generasi muda hari ini.

Faktor utama adalah daripada sikap dan didikan sedari kecil yang membentuk sikap

dan sahsiah individu dalam mengamalkan konsep santun dan berbudi bahasa.

Kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa atau tatasusila bahasa Melayu

dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh

menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Hal ini terjadi pada mereka

yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak dididik dalam

masyarakat Melayu. Tetapi terdapat juga penutur adalah orang Melayu tetapi tetap

juga kurang pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu misalnya mereka tidak

bersekolah.Walau bagaimanapun, penilaian tentang kesantunan berbahasa

sebenarnya ditentukan secara mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak

bercakap. Di mana sering kali terjadi apabila pihak yang mendengar atau diajak

bercakap menganggap dan menuduh pihak yang bercakap itu berlaku kurang sopan

terhadapnya, misalnya si penutur sengaja menuturkan sesuatu yang menyinggung

perasaan si pendengar, padahal si penutur tidak pernah berniat untuk berbuat

demikian.

Selain itu, pengaruh dan anasir-anasir buruk dari negara luar mudah

meresapi dan menjadi ikutan. Bahasa menunjukkan bangsa. Khasnya bagi bangsa

Melayu yang terkenal dengan budi bahasa dan kesantunannya.Jika dari kecil ibu

Page 27: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

bapa tidak menekankan konsep budi bahasa dan sopan santun terhadap anak-anak

mereka tidak mustahil jika anak-anak ini membesar dan mengamalkan perkataan

atau perbendaharaan kata yang tidak santun. Itulah sebabnya, demi komunikasi

sihat dan berkesan, anak-anak perlu dididik tentang kesantunan dalam berbahasa

sejak kecil lagi. Malah pendidikan di sekolah juga menyerapkan nilai-nilai murni

dalam falsafahnya.Ini semua untuk membentuk anak-anak yang berjiwa bersih,

berhemah, bersopan santun dan berbudi pekerti mulia, sebagai bekalan penting

untuk kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Apabila kalau nantinya

mereka ini menjadi pemimpin. Pemimpin yang sewajarnya berakal-budi.

Bahasa rojak juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi

kesantunan berbahasa dan adalah salah satu bahasa yang biasa dituturkan oleh

rakyat di negara ini. Bahasa ini hasil daripada campuran pelbagai bahasa dalam

satu pertuturan. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya adalah bahasa Melayu

yang mana secara tidak langsung tidak menggambarkan kesantunan dalam

berbahasa . Bahasa ini digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat

khususnya golongan remaja. Alasan yang popular didengar adalah penggunaannya

boleh menonjolkan kehebatan penutur menguasai bahasa lain, terutamanya bahasa

Inggeris. Sebenarnya, tanpa mereka sedari semasa menuturkan bahasa rojak

dengan jelas memperlihatkan diri mereka tidak mampu untuk menuturkan sesuatu

bahasa itu dengan sepenuhnya dan akan dicemuh oleh masyarakat disekeliling.

Pada kebiasaannya, penutur bahasa rojak ini akan mencampurkan bahasa Melayu

dengan bahasa Inggeris. Mereka tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi ingin

menunjukkan kebolehan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris khususnya remaja

yang tinggal di bandar-bandar besar.Mereka berasa angkuh dan megah dengan

bahasa yang dituturkan sehingga hilang sifat santun bahasa Melayu yang berciri

lemah-lembut,sopan dan berintegriti.

Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan satu

topik yang hangat diperkatakan kerana para pengkaji bahasa menganggapnya

sebagai penyalahgunaan bahasa dan mungkin akan menimbulkan krisis dalam

pembelajaran bahasa. Pengguna bahasa perlulah menggunakan satu bahasa

Page 28: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

sahaja secara sepenuhnya. Malah, penggunaan bahasa asing yang mempunyai

persamaan makna dengan bahasa ibunda juga harus dielakkan dengan memakai

bahasa Melayu yang betul. Fenomena bahasa rojak ini boleh merosakkan ketulenan

bahasa dan kesantunan dalam berbahasa. Malah, penggunaan bahasa rojak untuk

komunikasi seharian juga boleh menghadkan perbendaharaan kata sedangkan

bahasa Melayu kaya dengan unsur tersebut. Perkembangan bahasa rojak tanpa

kawalan ini akan menyebabkan bahasa sebagai jati diri orang Melayu menjadi

kabur. Sedangkan, kekuatan sesuatu bangsa itu terletak pada bahasa dan

budayanya.

Selain daripada bahasa rojak faktor penggunaan bahasa pasar sudah

menjadi perkara wajib dalam proses komunikasi. Bahasa pasar turut termasuk

sebilangan perkataan slanga, terbentuk daripada pengubahsuaian daripada

perkataan dalam Bahasa Melayu Piawai ataupun dicedok daripada bahasa lain,

sering digunakan terutamanya di kalangan masyarakat bandar, yang mungkin sukar

difahami di kalangan

generasiterdahulu,contohnya awek (gadis); balak (jejaka);usha (perhati); skodeng (in

tai; cun (cantik);  poyo atau slenge  (buruk) dan lain-lain. Kata ganti nama yang baru

turut direka dengan menggunakan gabungan kata ganti nama sedia ada dengan

perkataan orang,contohnya kitorang (kita + orang,menggantikanperkataan kami); 

korang (kau + orang, bagi merujuk kepada ramai orang);  diorang or derang 

(dia + orang, menggantikan perkataan mereka).

Penggunaan bahasa ini dilihat merupakan fenomena sebenar yang berlaku

dalam masyarakat kita apabila bercakap dengan bangsa lain atau salah satu kod

berbahasa generasi muda hari ini. Hal ini disebabkan pelbagai faktor, dan salah satu

daripadanya adalah disebabkan pengaruh media dan komunikasi. Misalnya dalam

karya filem atau drama mendedahkan masyarakat untuk menggunakan bahasa

pasar kerana kita mudah terpengaruhi dengan media dan teknologi ini. Hal ini juga

memberi kesan kepada penonton yang masih di bawah umur, kerana mereka

terdedah dengan budaya bahasa pasar ini sejak kecil lagi dan potensi untuk mereka

untuk menggunakannya amat besar dan luas.

Page 29: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Kebiasaannya, bahasa Melayu tidak lagi menjadi perantaraan yang utama

dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, kecuali sebagai bahasa pasar apabila

masyarakat Melayu, Cina dan India yang berkedudukan rendah berhubungan

sesama mereka. Jadi, sesuatu tindakan yang drastik harus dilaksanakan bagi

membendung gejala ini menular dalam filem atau drama Malaysia. Penerbit dan

pengarah boleh menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan

meskipun ia melibatkan kaum-kaum tertentu. Penggunaan bahasa pasar ini

bukanlah suatu yang baru kerana pada zaman penjajah lagi bahasa ini digunakan

dengan meluas, cuma pada era teknologi dan globalisasi ini pengaruh medialah

yang dapat membantu meningkatkan semula martabat bahasa Melayu dan

mengembalikan kesantunan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan bagi

semua masyarakat tanpa mengira kaum, status pengaruh media dan komunikasi.

Integriti bahasa Melayu juga semakin lemah dengan munculnya ``bahasa

SMS'' melalui penggunaan telefon bimbit dan bahasa internet melalui medium

interaksi sosial dunia maya seperti facebook, twitter dan sebagainya. Sebab utama

penggunaan kod singkatan dalam bahasa SMS dan bahasa internet ini didorong

oleh faktor penjimatan wang dan faktor kesegeraan dalam konteks komunikasi tidak

formal.Sistem ejaan yang digunakan semakin haru-biru. Perkataan ``macam mana''

dieja ``camner'', ``dia'' dieja ``dier'', ``Apa cerita'' dieja ``pecite'' dan seumpamanya.

Dan ejaan-ejaan ini secara sedar atau tidak telah pun digunakan oleh para pelajar

kita di sekolah-sekolah sewaktu menjawab soalan peperiksaan. Dewasa kini,

penggunaan bahasa sebegitu semakin merebak, terutamanya dalam kalangan

remaja. Mereka berpendapat, penggunaan bahasa seperti itu menunjukkan diri

mereka lebih hebat dan tidak terkongkong dengan bahasa Melayu dan secara tidak

langsung mengabaikan kesantunan berbahasa di kalangan generasi muda hari ini.

Kadang-kala sesuatu bahasa yang kita ujarkan sehari-hari boleh memberi

satu perspektif yang negatif terhadap si pendengar dan merosakkan kesantunan

berbahasa walaupun maksud sebenar yang ingin disampaikan sama sekali tidak

melambangkan seperti apa yang difikirkan oleh si pendengar. Namun kita harus

Page 30: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

sedar kadangkala ada segelintir masyarakat kita yang menggunakan ragam

bahasa yang kelihatan agak kasar pada dasarnya, tetapi bagi mereka kebiasaan

ragam bahasa sedemikian itu sebenarnya adalah lebih mesra antara mereka.

Contohnya masyarakat yang berasal dari Melaka, jika kita lihat kebiasaan mereka

akan menggunakan bahasa atau pengaruh loghat daerah yang agak kasar apabila

bertemu dengan sahabat yang sudah lama tidak dijumpai. Contoh ayat yang sering

mereka gunakan seperti:

“Celaka kau! Lama tak jumpa. Kau buat apa sekarang?”

Masyarakat lain yang mendengar bicara antara mereka sudah pasti akan timbul

perspektif negatif. Namun bagi mereka ragam bahasa sedemikianlah yang

membuatkan hubungan persahabatan antara mereka lebih mesra. Kita seringkali

bersalah sangka atau memandang negatif kepada semua orang yang

menggunakan bahasa kasar atau tidak mengamalkan kesantunan berbahasa dalam

pertuturan mereka.

Mungkin persekitaran mereka yang menentukan cara atau ragam bahasa

yang sedemikian. Kadang-kala apa yang ingin disampaikan atau maksud sebenar

yang tersirat daripada pertuturan yang kelihatan kasar itu berbeza dengan apa yang

kita fikirkan. Namun haruslah kita sedar bahawa penggunaan bahasa yang tidak

santun ini perlu digunakan dalam situasi atau tempat yang sesuai. Ini kerana bahasa

yang kita gunakan menjadi cermin peribadi diri kita. Kita akan dipandang serong dan

dianggap memiliki budi bahasa atau moral yang rendah jika tidak mengamalkan

kesantunan dalam berbahasa. Dalam hal ini kita perlu kembali kepada ajaran Islam

yang menekankan budi bahasa atau akhlak dalam pergaulan. Suatu bangsa atau

negara akan berjaya apabila warga negaranya terdiri daripada mereka yang

berakhlak luhur. Sebaliknya jika warga sesebuah negara berakhlak atau berbudi

buruk, maka rosaklah bangsa dan negara itu.

Amalan budi bahasa dan nilai murni ini perlu ada pada setiap individu dan

diamalkan pada setiap masa. Kedua-duanya dapat membawa kesejahteraan kepada

Page 31: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

rakyat, bangsa, dan negara. Amalan ini telah lama tersemai dalam kehidupan

bangsa dan tamadun Melayu dan hal ini terbukti melalui pantun Melayu.

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga; 

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Tanam serai tanam halia,

Tanam juga pokok sengkuang; 

Orang berbudi disanjung mulia,

Ke mana pergi tiada terbuang.

Penerapan amalan budi bahasa dan nilai murni dalam kalangan rakyat

Malaysia perlu diterima secara terbuka. Penyebarannya perlu berterusan melalui

media, kempen, aktiviti minggu perpaduan, seminar, mesyuarat, aktiviti perayaan,

tempat awam, institusi awam dan swasta, dan sebagainya. Menurut Khalid Ibrahim,

Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), “penerapan amalan budi bahasa dan

nilai murni dalam kalangan kakitangan jabatan kerajaan serta anggota masyarakat

bukan sahaja memudahkan urusan, malah dapat mengurangkan 30 peratus aduan

yang diterima oleh BPA. Hal ini demikian kerana aduan tentang kakitangan jabatan

kerajaan, terutama di bahagian kaunter, bersikap kasar dan enggan melayan orang

ramai yang membuat urusan, adalah antara aduan yang sering diterima oleh biro

berkenaan”.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa aspek kesantunan dan budi bahasa

amat penting dalam kita mengharungi kehidupan sehari-hari. Ini kerana bahasa

adalah wadah atau medium kita berkomunikasi di antara satu sama

lain.Sesungguhnya bahasa adalah pencapaian paling awal dalam tamadun manusia.

Kepentingan budi bahasa tidak dapat dinafika lagi. Dengan penggunaan bahasa

yang santun segala bentuk perhubungan akan menjadi lebih baik. Ini kerana bahasa

percakapan yang baik dan santun akan memantulkan tingkah laku yang baik ,

Page 32: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

membentuk akal budi yang seterusnya membentuk masyarakat yang

bertamadun.Kita juga perlu sedar sejak zaman dahulu lagi masyarakat Melayu

terkenal kerana mempunyai nilai budi bahasa yang tinggi. Falsafah inilah yang

menjadi identiti dan banyak diterjemahkan di dalam kehidupan seharian dan juga

hasil karya masyarakat Melayu. Semuanya terpulang kepada diri kita untuk

menilainya.

Tegak rumah kerana sendi,

Runtuh sendi rumah binasa,

Sendi bangsa adalah budi,

runtuh budi runtuhlah bangsa.

Page 33: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

REFLEKSI

Alhamdulillah , syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan

ruang dan peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini dan dengan izinnya saya telah berjaya

menyiapkan menyiapkan tugasanWAJ3115 Bahasa Melayu Komunikasi ini dalam

masa yang ditetapkan. Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima

kasih kepada pensyarah kami iaitu Pn.Idawati Binti Moin yang telah memberi

penerangan yang jelas walaupun ringkas semasa tutorial dan memberi perspektif

yang lebih luas kepada saya dalam dunia komunikasi Bahasa Melayu.

Seterusnya, ucapan terima kasih ini juga buat rakan sekuliah saya

kumpulan TESL 3 yang telah sama-sama bertungkus-lumus menyiapkan tugasan

ini. Walaupun kami tinggal di daerah berlainan, ternyata jaringan telekomunikasi dan

interaksi maya seperti khidmat pesanan ringkas (sms), email dan juga facebook

telah banyak membantu kami berhubung di antara satu sama lain dan merapatkan

hubungan sesame kami.

Selain itu, tidak lupa ucapan terima kasih juga kepada suami saya Azman Bin

Che Daud dan juga ahli keluarga saya kerana telah memberi sokongan dan

dorongan kepada saya. Terima kasih juga buat semua pihak yang telah membantu

secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Melalui tugasan ini, pelbagai ilmu dan pengalaman yang sangat bernilai.telah dapat

saya pelajari

Sepanjang menyiapkan tugasan ini,kerjasama di antara rakan sekuliah saya

amat baik dan masing-masing memberi komitmen sepanjang perbincangan yang

dijalankan. Selain daripada itu, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima

kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu dari segi bahan rujukan

dan memberi komen serta kritikan berguna dalam menyiapkan tugasan kali ini.

Tugasan ini merangkumi aspek menganalisis, mengulas dan menghuraikan aspek-aspek

gaya bahasa, kesantunan bahasa,sistem sapaan dan kepentingannya berdasarkan sebuah

cerpen yang dipilih merupakan satu pengalaman dan cabaran yang baru. Refleksi saya menjurus

Page 34: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

kepada kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar dan juga guru serta sejauh mana keyakinan

penguasaan sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini juga member kesedaran kepada

saya mengenai kepentingan kesantunan berbahasa sebagai seorang guru. Pada ketika saya

mendengar taklimat tugasan oleh pensyarah saya iaitu Pn.Idawati Binti Moin, saya cuba

memahami konsep kesantunan dan budi bahasa yang telah sekian lama diterapkan dalam jiwa

masyarakat Melayu. Yang mana mempunyai pelbagai gaya bahasa sama ada secara lisan

mahupun bukan lisan serta melalui bidang penulisan.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah merangka satu jadual pelaksanaan tugasan.

Dr Salihan Siais ( 2000 ) dalam bukunya ’ Strategi BelajarCemerlang PJJ ’ menyatakan bahawa

antara cara mengurus masa yangberkesan ialah dengan menyediakan jadual waktu. Pada saya,

ia merupakanperancangan strategik jangka pendek yang memudahkan saya terutamanya dari

segi pembahagian masa. Sebagai seorang pelajar yang mengikuti mode pendidikan jarak

jauh ( PJJ ) masa adalah aset yang amat bernilai.Pembahagian masa yang tepat dapat

membantu saya mengatur hidup saya antara kerjaya, pengajian dan yang paling penting sekali

keluarga.

Adalah menjadi keutamaan saya memilih cerpen yang sesuai. Ini penting bagi

memastikan tugasan saya ini menepati kehendak soalan yang telah ditetapkan. Akhirnya, saya

telah memilih cerpen ’Suhana” oleh Abu Hassan Morad kerana saya tertarik nilai-nilai yang cuba

diterapkan oleh penulis yang boleh saya gunakan untuk melengkapkan tugasan ini. Kaedah

mencari maklumat juga haruslah terancang dan sekali lagi aspek masa menjadi keutamaan.Bagi

mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya telah meminjam buku-buku

dari perpustakaan awam dan Pusat kegiatan Guru( PKG ) di Paloh,Kluang , menggunakan

bahan rujukan buku daripada rakan-rakan dan melakukan kolaborasi atau perbincangan dengan

mereka dalam penulisan tugasan ini terutamanya bagi soalan yang sedikit sukar untuk

difahami.Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah berjaya mempelajari dan mengetahui

beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk tugasan.Walaupun tajuk tugasan sudah pun

dipelajari dalam sesi kuliah oleh pensyarahyang mengajar kami, namun, pelaksanaan tugasan ini

telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada yang telah

saya perolehi melalui buku-buku rujukan tambahan. Dengan kata lain, pelaksanaan tugasan ini

dapatlah dikatakan sebagai sesi ulangkaji kerana saya melakukan bacaan terhadap rujukan yang

saya gunakan. Melalui bacaan inilah saya dapat menambahkan dan mengukuhkan lagi

pengetahuan saya berkaitan tajuk soalan yang dibincangkan.

Page 35: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

 

Melalui pembacaan dan rujukan yang saya buat, dapat saya nyatakan di sini bahawa penulis-

penulis tanah air kita sedang berusaha membantu sebaik mungkin menerapkan nilai-nilai murni,

kemanusiaan, kemasyarakatan, moral, perpaduan dan sebagainya melalui karya-karya mereka

kepada masyarakat namun, dalam masa yang sama terpaksa mencari satu ramuan untuk terus

melangkah dan membuktikan bahawamereka masih relevan di era dunia tanpa sempadan ini.

Othman Puteh dan Abdul Ahmad ( 1993 ) dalam buku Sekitar Satera Kanak-Kanak dan Remaja

menerangkan tentang perkembangan karya-karya yang sesuai untuk perkembangan diri dan

sahsiah kanak-kanak dan remaja. Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan

Bahasa Dan Pustaka ( DBP ) menyatakan bahawa kemerosotan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu berpunca daripada enam faktor, iaitu dasar bahasa yang ada selama ini tidak kuat

atau lemah; pelaksanaan dasar itu lemah atau tidak tegas;perancangan bahasa atau cara

membina dan mengembangkan bahasa sebagaibahasa kebangsaan Malaysia tidak cekap atau

tidak kena atau tidak sesuaidengan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa yang sudah maju

sebelum1957. Petikan dari sebuah tabloid Berita Harian bertarikh 18 Julai 2011.Selain itu faktor-

faktor seperti media massa dan media cetak, pengaruh rakan sebaya, kurangnya minat

membaca dan jati diri yang lemah turutmenyumbang kepada lunturnya kesantunan bahasa

dalam kalangan pelajar hariini. Jati diri ialah membentuk dan membina diri setiap ke arah

positif. Antaranya ialah mengenal pasti sikap-sikap yang perlu ada semasa

berinteraksi,berkomunikasi, bekerjasama dan dalam membuat sesuatu pertimbangan.Ahmad

Marzuki Ismail ( 2007 ). Pembentukan jati diri yang baik

jugamemudahkan generasi muda terutamanya pelajar, menerima dan membuat penilaian

tehadap segala perkembangan dan perubahan yang berlaku dengan bijak.

Dengan membaca juga, generasi muda khususnya pelajar dapat membentuk jati diri

yang positif. Tanpa membaca kita mudah dipengaruhi olehsikap dan tingkah laku individu lain.

Aspek yang paling ditakuti ialah kita tidakmampu menilai kepentingan dan faedah dalam

kehidupan seharian.Ahmad Marzuki Ismail ( 2007 ).Oleh yang demikian, masih tidak terlewat bagi

saya sebagai seorang pendidik untuk memberi penekanan yang lebih dalam aspek

kesantunanberbahasa dalam kalangan pelajar melalui medium bacaan. Program NILAM iaitu

Nadi Ilmu Amalan Membaca yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah diMalaysia adalah satu

Page 36: Tugasan Cerpen Suhana

__________________________________________WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia ke arahpembentukan generasi yang minat

membaca. Membaca adalah sumber ilmu.Dengan menjadikan membaca sebagai budaya, ia

sekaligus memperkembangdan membina minda pelajar untuk maju dan berdaya saing.Dalam

konteks pengajaran dan pengajaran pula, pemilihan bahanpengajaran adalah penting. Guru

seharusnya bijak memanipulasikan bahan pengajaran yang ada. Dalam buku-buku teks

misalnya, banyak terdapat unsur nilai dan kesantunan berbahasa. Jadi pengajaran dan

pembelajaran harus adahubung kait dengan pengajaran kemahiran bahasa yang lain seperti

mendengar dan bertutur, membaca dan memahami, dan menulis. Sebagaimana yang

terungkap didalam falsafah pendidikan Negara.Guru wajar memberikanpenekanan kepada

aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang terdapat dalam petikan

yang diajar. Ini dapat menyediakan bakal pemimpin masa depan yang berhemah dan seimbang

dari segi jasmani, emosi dan sosial.

Untuk memastikan budi bahasa dan nilai-nilai murni tidak terhakis dalam

budaya hidup masyarakat negara ini, semua pihak haruslah memainkan peranan

masing-masing, terutamanya ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan. Ibu

bapa perlu berperanan mendidik anak-anak sejak awal lagi dengan menyemai budi

bahasa yang baik di rumah.