oleh shaidathul suhana ros - pantai

1
Oleh Shaidathul Suhana Ros MELAKA, 9 Jan -- Menyedari peningkatan bilangan warga emas di negara ini, Hospital Pantai Ayer Keroh di sini memperkenalkan Perubatan Geriatrik yang mengkhususkan perubatan kepada penyakit pada usia tua. Pakar Geriatrik dan Perubatan Dalaman hospital itu Dr Tay Hui Sian berkata perubatan geriatrik menumpukan pada mendiagnosis, merawat dan mencegah gangguan yang mempengaruhi individu warga emas. “Golongan ini ibarat ‘emas yang bernyawa’. Mereka memerlukan rawatan dan penjagaan terbaik seiring pertambahan usia. “Mereka akan mengalami banyak perubahan fizikal dalam badan, sama ada faktor usia atau penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, osteoporosis dan sebagainya. Oleh itu, semasa merawat pesakit yang lebih tua, pakar geriatrik perlu mempertimbangkan aspek-aspek ini,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Dr Tay berkata bagi memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik, warga emas wajar berjumpa pakar geriatrik bagi menangani kesan pengambilan pelbagai ubat, kelemahan fizikal dan fungsi tubuh, serta pelbagai penyakit berkaitan proses penuaan seperti demensia, inkontinen dan osteoporosis. Beliau yang pernah berkhidmat di United Kingdom selama 14 tahun, juga berkata antara kelebihan berjumpa pakar geriatrik ialah seseorang warga emas ialah dapat mengurangkan keperluan berjumpa pakar-pakar perubatan dalam bidang lain, memendekkan tempoh rawatan di hospital serta mengurangkan pengambilan ubat-ubatan. “Ramai warga emas dan keluarga mengandaikan bahawa penurunan daya ingatan, pendengaran, penglihatan, mobiliti dan perubahan emosi merupakan proses semula jadi, namun jika simptom yang dialami melampau, itu bukan semula jadi. “Penyakit yang biasa mempengaruhi warga emas antaranya demensia, strok, parkinson, jangkitan, pengsan, pening, kemurungan, kerapuhan tulang, radang sendi. Jika warga emas mempunyai masalah ini, sila bawa mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan jangan menunggu sampai keadaan menjadi teruk,” katanya. Menurut Dr Tay, tenaga pakar geriatrik di Hospital Pantai Ayer Keroh mempunyai pengalaman luas selain disokong pasukan khusus terdiri daripada ahli profesional dalam pelbagai disiplin, merangkumi ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan, pakar diet dan ahli terapi pertuturan dan bahasa. "Secara kolektif, pasukan ahli perubatan profesional ini menggunakan kaedah lebih holistik untuk mendiagnosis dan merawat keadaan penyakit pesakit berumur, selain memberi sokongan sosial yang mungkin diperlukan dalam rawatan setiap pesakit. “Setakat ini perkhidmatan baharu yang mula beroperasi Jun tahun lepas mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan kira-kira 1,000 pesakit telah mendaftar,” katanya. Program pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan di Perubatan Geriatrik hospital itu ialah Pakej Asas berharga RM330 dan Pakej Komprehensif berharga RM580, selain Program 'Fall and Mobility' untuk menilai dan merawat pesakit berisiko tinggi untuk jatuh berharga RM178 sahaja. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 06-2319999 sambungan 2138. -- BERNAMA

Upload: others

Post on 05-Nov-2021

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Oleh Shaidathul Suhana Ros - Pantai

Oleh Shaidathul Suhana Ros

MELAKA, 9 Jan -- Menyedari peningkatan bilangan warga emas di negara ini, Hospital Pantai Ayer Keroh di sini memperkenalkan Perubatan Geriatrik yang mengkhususkan perubatan kepada penyakit pada usia tua.

Pakar Geriatrik dan Perubatan Dalaman hospital itu Dr Tay Hui Sian berkata perubatan geriatrik menumpukan pada mendiagnosis, merawat dan mencegah gangguan yang mempengaruhi individu warga emas.

“Golongan ini ibarat ‘emas yang bernyawa’. Mereka memerlukan rawatan dan penjagaan terbaik seiring pertambahan usia.

“Mereka akan mengalami banyak perubahan �zikal dalam badan, sama ada faktor usia atau penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, osteoporosis dan sebagainya. Oleh itu, semasa merawat pesakit yang lebih tua, pakar geriatrik perlu mempertimbangkan aspek-aspek ini,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Dr Tay berkata bagi memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik, warga emas wajar berjumpa pakar geriatrik bagi menangani kesan pengambilan pelbagai ubat, kelemahan �zikal dan fungsi tubuh, serta pelbagai penyakit berkaitan proses penuaan seperti demensia, inkontinen dan osteoporosis.

Beliau yang pernah berkhidmat di United Kingdom selama 14 tahun, juga berkata antara kelebihan berjumpa pakar geriatrik ialah seseorang warga emas ialah dapat mengurangkan keperluan berjumpa pakar-pakar perubatan dalam bidang lain, memendekkan tempoh rawatan di hospital serta mengurangkan pengambilan ubat-ubatan.

“Ramai warga emas dan keluarga mengandaikan bahawa penurunan daya ingatan, pendengaran, penglihatan, mobiliti dan perubahan emosi merupakan proses semula jadi, namun jika simptom yang dialami melampau, itu bukan semula jadi.

“Penyakit yang biasa mempengaruhi warga emas antaranya demensia, strok, parkinson, jangkitan, pengsan, pening, kemurungan, kerapuhan tulang, radang sendi. Jika warga emas mempunyai masalah ini, sila bawa mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan jangan menunggu sampai keadaan menjadi teruk,” katanya.

Menurut Dr Tay, tenaga pakar geriatrik di Hospital Pantai Ayer Keroh mempunyai pengalaman luas selain disokong pasukan khusus terdiri daripada ahli profesional dalam pelbagai disiplin, merangkumi ahli �sioterapi, ahli terapi pekerjaan, pakar diet dan ahli terapi pertuturan dan bahasa.

"Secara kolektif, pasukan ahli perubatan profesional ini menggunakan kaedah lebih holistik untuk mendiagnosis dan merawat keadaan penyakit pesakit berumur, selain memberi sokongan sosial yang mungkin diperlukan dalam rawatan setiap pesakit.

“Setakat ini perkhidmatan baharu yang mula beroperasi Jun tahun lepas mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan kira-kira 1,000 pesakit telah mendaftar,” katanya.

Program pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan di Perubatan Geriatrik hospital itu ialah Pakej Asas berharga RM330 dan Pakej Komprehensif berharga RM580, selain Program 'Fall and Mobility' untuk menilai dan merawat pesakit berisiko tinggi untuk jatuh berharga RM178 sahaja. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 06-2319999 sambungan 2138.

-- BERNAMA