tekanan dan daya tindak

64
ISI KANDUNGAN BIL. TAJUK MUKA SURAT ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN 1 2.0 DEFINISI 3 3.0 TEORI DAN PUNCA TEKANAN 5 4.0 MODEL-MODEL TEKANAN 10 5.0 PROSES TEKANAN 22 6.0 KESAN TEKANAN 25 7.0 PENGURUSAN TEKANAN 30

Upload: syed-ibrahim-byros-khan

Post on 27-Jun-2015

1.616 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tekanan Dan Daya Tindak

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN 1

2.0 DEFINISI 3

3.0 TEORI DAN PUNCA TEKANAN 5

4.0 MODEL-MODEL TEKANAN 10

5.0 PROSES TEKANAN 22

6.0 KESAN TEKANAN 25

7.0 PENGURUSAN TEKANAN 30

8.0 KESIMPULAN 38

9.0 RUJUKAN 40

Page 2: Tekanan Dan Daya Tindak

1.0 PENGENALAN

Perkataan tekanan adalah suatu perkataan yang amat dikenali umum hampir di

semua peringkat usia hasil daripada pendidikan formal dan tidak formal; pendedahan

berterusan daripada pelbagai sumber seperti media massa, media hiburan; serta pelbagai

sumber penerbitan seperti buku, majalah, buletin, surat khabar dan sebagainya. Maka,

perkataan tekanan bukanlah suatu perkara baru kepada umum tetapi ianya sering kali tidak

diambil berat dan diabaikan begitu sahaja seolah-olah ia adalah perkara biasa yang tidak

perlu diberi perhatian sewajarnya. Ramai yang tidak sedar bahawa impak daripada

tekanan ke atas individu dan seterusnya terhadap sesuatu masyarakat adalah sangat besar

dan adalah sangat sukar untuk memulihkan semula keadaan yang terjadi akibat tekanan

individu telah menerima kesan yang paling buruk akibat tekanan iaitu kecelaruan

psikologi yang kronik. Seseorang akan mengalami kesan daripada tekanan bermula

dengan kesedihan yang normal, dan sekiranya tidak diatasi atau tidak dirawat akan

berlarutan kepada kemurungan, kerungsingan dan seterusnya kecelaruan pada peringkat

akhir.

Konsep tekanan ini telah wujud sejak zaman batu lagi apabila manusia primitif

yang sentiasa perlu berhadapan dengan cuaca sejuk, binatang liar dan tempat tinggal yang

tidak selamat bagi meneruskan kelangsungan hidup. Seterusnya, pada abad ke 14, tekanan

disebabkan oleh kesukaran hidup pada masa tersebut disebabkan oleh pelbagai

pertelingkahan dan peperangan akibat perebutan kuasa yang berlaku hampir di seluruh

dunia manakala bermula pada abad ke-17, Hooke mula menggunakan perkataan “stress”

dalam konteks sains fizikal dan seterusnya, penggunaan sistematik perkataan tekanan ini

tidak ditemui hingga abad ke-19. Pada abad ke-19, perkataan “stress” atau tekanan mula

digunakan secara meluas dan khususnya bagi memperihalkan masalah kesihatan yang

dihadapi oleh manusia. Pakar fisiologi Perancis, Claude Benard serta Hans Selye (1982)

yang merupakan antara tokoh awal yang giat dalam kajian membabitkan tekanan

menekankan bahawa keadaan dalaman sesuatu organisma haruslah pada kebanyakkan

masanya stabil walaupun dalam suasana sekitaran yang berubah-ubah. Pada tahun 1932,

Walter Cannon pula mengkaji fenomena tekanan dari aspek kestabilan dalaman badan.

Beliau menegaskan bahawa tekanan ini adalah fenomena yang menganggu kestabilan

dalaman tubuh manusia dan boleh berlaku jika sesuatu suasana sekitaran itu terlalu sejuk

1

Page 3: Tekanan Dan Daya Tindak

atau panas, kurang oksigen, kurang kandungan gula dalam darah dan seterusnya. Beliau

juga menggunakan istilah “understress” untuk memperihalkan keadaan individu yang

tertekan. Menjelang abad ke-20, tekanan atau stress telah menjadi antara masalah utama

dalam bidang kesihatan sehingga tokoh seperti Charlesworth dan Nathan (1982) mengelar

abad ini sebagai “abad tekanan” manakala pengamal perubatan, ahli psikologi dan pakar-

pakar perubatan serta kesihatan menggelar abad ini sebagai “Zaman Anxieti”1.

Memandangkan tekanan telah sedia wujud sejak zaman dahulu lagi dan sudah

tentu akan berterusan sehingga makhluk bernama manusia wujud di muka bumi, adalah

sangat penting bagi semua pihak terutamanya ahli psikologi, ahli perubatan, pihak

pengurusan organisasi (agensi kerajaan dan swasta, sekolah dan sebagainya) dan pihak

kerajaan memandang serius akan perkara ini. Semua pihak perlu memastikan pendekatan-

pendekatan tertentu telah diambil bagi bersedia menangani sebarang kes-kes seperti

tekanan yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, mewujudkan

satu unit pengurusan hal ehwal yang berkaitan psikologi termasuk tekanan di sesebuah

jabatan agar operasi sesebuah jabatan itu tidak diancam oleh pelbagai masalah akibat

tekanan. Unit-unit seumpama itu perlu sentiasa berusaha mengemaskini maklumat

berkaitan dari pelbagai sumber seperti institusi pendidikan tinggi awam dan swasta;

seminar-seminar antarabangsa; perpustakaan atau makmal; hospital; dan sebagainya

termasuk hasil-hasil penyelidikan dari semasa ke semasa.

Tugasan ini untuk subjek Psikologi Kesihatan SKPX3103 melihat tekanan dari

pelbagai sudut dan adalah satu contoh yang boleh digunakan sebagai rujukkan tambahan

dalam memahami dan menangani masalah yang berkaitan dengan tekanan. Walaupun

hasil tulisan ini adalah daripada seorang pelajar, namun pandangan dan perspektif hasil

daripada pengetahuan dan pengalaman tersendiri adalah baru dan berbeza yang boleh

digunakan bagi menangani masalah berkaitan tekanan. Malah hasil tulisan ini adalah

berdasarkan daripda pelbagai sumber rujukkan professional dari dalam dan luar negara

dan sahih. Hasil tulisan ini melihat tekanan dari pelbagai sudut termasuk pengenalan dan

sejarah perkembangan; definisi; tekanan dalam kerja; teori dan punca tekanan; model-

model tekanan; proses tekanan; kesan tekanan; pengurusan tekanan dan akhirnya

kesimpulan. Dengan melihat tekanan dari pelbagai sudut, ianya sangat membantu dalam

memahami dengan lebih mendalam dan seterusnya menyelesaikan sebarang masalah yang

berkaitan dengan tekanan untuk kebaikkan diri sendiri serta orang lain.

2

Page 4: Tekanan Dan Daya Tindak

2.0 DEFINISI TEKANAN

Tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap

sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling persekitaran yang menganggu rutin hidup

seseorang dan seterusnya kestabilan hidupnya. Tekanan adalah kebangkitan psikologi dan

fisiologi badan seseorang sebagai tindakbalas kepada permintaan dan perubahan yang

berlaku dalam persekitran terhadap dirinya dan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat

menangani permintaan dan perubahan tersebut, maka tekanan itu akan mendatangkan

kesan yang positif dan sebaliknya seseorang itu tidak dapat bertindakbalas dengan baik

dengan perubahan dan permintaan tersebut, maka individu tersebut akan berhadapan

dengan gangguan dalam hidupnya bermula dengan gangguan fungsi diri sendiri. Tekanan

sebenarnya adalah baik di satu sudut kerana tekanan membantu manusia berfungsi secara

lebih berkesan pada masa hadapan disebabkan oleh peningkatan ketahanan fizikal, mental

dan emosi yang kuat hasil daripada menangani sesuatu tekanan dengan baik.

Menurut Hans Selye (1956: 4), seorang Profesor University of Montreal dan pakar

yang banyak mengkaji tentang tekanan, mengatakan bahawa tekanan sebagai satu tindak

balas atau reaksi yang tidak spesifik tubuh terhadap sebarang rangsangan atau permintaan.

Apabila sesuatu permintaan itu melebihi daripada kemampuan badan, ia akan

mengakibatkan ketegangan. Manakala, menurut pandangan yang diberikan oleh Ma’rof

Redzuan & Haslinda Abdullah (2002: 209), tekanan adalah sebagai tindak balas seseorang

terhadap sesuatu keadaan dan suasana yang mengganggu serta memerlukan penyesuaian

sama ada untuk sistem badan atau pun pemikiran individu. Kaplan (1983: 296) pula

mengaitkan tekanan dengan persekitaran iaitu tekanan wujud akibat daripada kegagalan

individu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang melampaui

keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut akan

menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya sendiri.

Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalami ketegangan.

Berdasarkan Cox (1978), tekanan merupakan satu keadaan di mana persepsi

terhadap seseorang itu dan kemampuannya untuk mengatasi sesuatu permintaan.

Kegagalan memenuhi permintaan akan menghasilkan ketidakseimbangan yang akan

menyebabkan berlakunya tekanans dalam diri individu tersebut. Ketidakseimbangan akan

3

Page 5: Tekanan Dan Daya Tindak

bergantung kepada daya tindak seseorang dalam bentuk psikologikal yang melibatkan

strategi, kognisi serta tingkah laku dan fisiologikal. Tekanan akan berlaku sekiranya daya

tindak secara normal tidak berkesan. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan kerosakan

fungsi dan stuktur. Menurut Morstt & Furst (1979:7), tekanan adalah suatu keadaan yang

dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak

selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan.

Tokoh-tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali, al-Razi, Muhammad Uthman Najati,

Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung pula melihat

tekanan dari sudut gangguan jiwa atau emosi manusia. Gangguan jiwa atau emosi ini

wujud kerana hati manusia yang tidak beriman kepada Allah. Di samping itu, tekanan juga

dikaitkan dengan sikap-sikap seperti hasad dengki, sombong, ujub dan riak. Kisah-kisah

dalam al-Quran turut menggambarkan tekanan yang berlaku kepada masyarakat.

Misalnya, kisah-kisah para Nabi ketika menyampaikan dakwah Islamiah telah menerima

tekanan dari masyarakat yang kufur dan juga peristiwa-peristiwa tertentu yang berlaku

terhadap orang yang beriman. Keadaan-keadaan ini ada diceritakan dalam al-Quran seperti

dalam surah al-Maidah, 6: 27-30, Ali-Imran, 3: 38, Maryam, 19:5 dan 20 dan surah Yusuf,

12: 86.

4

Page 6: Tekanan Dan Daya Tindak

3.0 TEORI DAN PUNCA-PUNCA TEKANAN

3.1 Teori Tekanan & Sindrom Adaptasi AM (GAS) Oleh Hans Selye (1974)

Tokoh psikologi yang banyak mengkaji fenomena tekanan, Hans Selye (1974)

memperkenalkan teori Sindrom Penyesuaian Umum (General Adaptation Syndrome -

GAS) dengan menyatakan bahawa tekanan adalah satu tindak balas yang tidak spesifik

oleh tubuh terhadap apa-apa rangsangan atau permintaan. Berdasarkan teori ini, Selye

menyatakan bahawa tubuh badan manusia mempunyai satu proses adaptasi yang akan

merangsang satu bentuk pertahanan bagi membantu mengatasi sebarang masalah yang

wujud. Selye menggunakan istilah sindrom dalam teori ini kerana manifestasi reaksi

adalah berkaitan di antara satu sama lain. Berdasarkan teori ini, Selye menerangkan

tekanan berdasarkan tiga tahap asas perkembangan yang berlaku ketika tekanan iaitu tahap

bersedia dan berjaga-jaga (Alarm Reaction), tahap penentangan (Stage of Resistance) dan

tahap kelesuan (Stage of Exhaustion). Ketiga-tiga tahap ini akan diterangkan dengan lebih

terperinci di bahagian 8.0 Proses Tekanan.

Rajah 1: Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum.

5

Page 7: Tekanan Dan Daya Tindak

3.2 Tekanan Menurut Perspektif Antony, Pervew & Kacmar

Antony, Pervew & Kacmar (1993) dalam Matt Jarvis (2002) telah mendefinisikan tekanan

sebagai interaksi antara individu dengan dengan persekitaran yang digambarkan oleh

perubahan fizikal dan psikologi yang boleh memberi kesan positif dan negatif. Seterusnya,

definisi ini telah diterangkan oleh (Cox,T. 1980) dari aspek yang berbeza iaitu dengan

membahagikan kesan tekanan tersebut kepada tiga perspektif dalam kajian beliau.

i. Melihat tekanan sebagai akibat atau kesan dari sesuatu yang lain dan

dijalankan sebagai pembolehubah bersandar.

ii. Melihat tekanan sebagai pembolehubah bebas, iaitu tekanan menjadikan

penggerak seseorang atau menjadi punca kepada sesuatu yang lain serta

mengkaji kesan yang timbul akibat tekanan.

iii. Melihat tekanan sebagai satu psikologi yang dinamik di mana tekanan dilihat

sebagai faktor yang berada di antara penyebab dan akibat dalam sesuatu

situasi.

3.3 Teori Psikodinamik, Kognitif, Tingkah laku dan Biologikal

Menurut Mahmood Nazar (2000) dan (2001), tekanan telah dijelaskan berdasarkan

beberapa teori iaitu dari sudut psikodinamik, kognitif, tingkah laku dan biologikal.

a. Teori Psikodinamik

Sigmund Freud telah mengaitkan tekanan dengan anxiety (kebimbangan)

sebagai isyarat yang menyatakan tentang kewujudan keadaan bahaya

daripada sesetengah tenaga naluri yang dianggap berbahaya kerana

bercanggah dengan nilai-nilai peribadi. Seorang pakar psikoanalisia yang

bernama Franz Alexender menyatakan bahawa tekanan ini disebabkan oleh

keteganggan emosi yang tertekan yang terlibat dengan konflik kesedaran.

(Lauzun 1963).

6

Page 8: Tekanan Dan Daya Tindak

b. Teori Behaviurisme

Menurut pandangan behaviurisme, Skinner menyatakan bahawa seseorang

yang menunjukkan tingkah laku yang tertekan terhadap sesuatu rangsangan

telah diteguhkan masa lampau untuk memberi tindak balas tersebut.

Manakala Lazarus (1996) pula mencatatkan bahawa tingkah laku yang

berkaitan dengan tekanan ini lebih dipengaruhi oleh proses pembelajaran

daripada pengaruh unsure mekanisme naluri. Melalui proses peneguhan ke

atas beberapa tingkah laku yang terpilih seseorang itu boleh dibentuk untuk

mengalami tekanan dari situasi tertentu. Sebagai contoh, bagi seseorang

yang mengalami tekanan di tempat kerja kerana terlalu banyak berhadapan

dengan permintaan atau perintah yang lain. Keadaan ini adalah tertakluk

kepada senang atau susah tingkah laku seseorang itu dibentuk dan jikalau ia

mudah, maka senanglah ia mengalami tekanan.

c. Teori Kognitif

Berdasarkan perspektif kognitif, Lazarus & Folkman (1984)

mendefinisikan penilaian kongnitif sebagai proses mengkategorikan

sesuatu penemuan dan sebagai aspek lain yang berkaitan dengannya dan

mengkaitkannya dengan makna yang ada pada kesihatan kendiri. Penilaian

ini menumpukan perhatian kepada mereka dan penilaian berlaku dalam

keadaan sedar. Contohnya seseorang pelajar tahu yang dia akan

menghadapi tekanan jikalau ia menduduki peperiksaan tanpa membuat

persediaan terlebih dahulu.

d. Teori Tingkah Laku dan Biologikal

Berdasarkan teori Sindrom Adaptasi Am (GAS), Hans Selye (1974) telah

mengkaji fenomena tekanan dari aspek biologi dan mendefinisikan tekanan

sebagai satu tindak balas yang tidak spesifik oleh tubuh terhadap apa-apa

rangsangan atau permintaan. Sindrom ini dikatakan Umum kerana tindak

7

Page 9: Tekanan Dan Daya Tindak

balas yang dihasilkan oleh tubuh badan adalah sama terhadap sebarang

bentuk rangsangan yang menyebabakan tekanan. Ia dinamakan sindrom

kerana manifestasi reaksi adalah berkaitan di antara satu sama lain.

Sindrom ini mempunyai proses adaptasi kerana tubuh akan merangsang

satu bentuk pertahanan yang membantu untuk mengatasi masalah. Model

ini adalah berdasarkan tiga tahap asas perkembangan yang berlaku ketika

tekanan iaitu tahap bersedia dan berjaga-jaga (Alarm Reaction), tahap

penentangan (Stage of Resistance) dan tahap kelesuan (Stage of

Exhaustion).

Dalam tahap bersedia dan berjaga-jaga, ia berlaku pada kali

pertama kewujudan tekanan untuk satu jangka masa yang akan mempunyai

tahap rintangan yang lebih rendah dari tahap normal. Peningkatan pada

gangguan di dalam perut dalam jangka masa yang singkat akan

menyebabkan peningkatan pada tekanan darah. Seterusnya badan akan

melarahkan sumber pertahanan untuk mempertahankan diri. Sekiranya

tindak balaspertahanan berjaya, keadaan kecemasan akan berjaya dan

badan akan kembali kepada normal. Kebanyakan tekanan jangka pendek

diselesaikan pada fasa ini. Tekanan jangka pendek seperti ini dikenali

sebagai tindak balas tekanan kuat.

Dalam tahap penentangan, sekiranya tekanan berterusan disebabkan

oleh faktorfaktor di luar kawalan organisasi ataupun tindak balas pertama

tidak berjaya, badan akan mengalami satu perubahan pada skala penuh.

Masalahnya badan akan mengembangkan banyak sumber untuk mengatasi

tekanan ini di mana umumnya mengakibatkan pengurangan ketahanan.

Tambahan pula, lebih banyak symptom fizikal yang serius seperti ulser

berlaku. Dalam tahap kelesuan, sekiranya tekanan tidak juga dapat dikawal,

badan akan kehabisan tenaga dan mengalami keletihan. Ketahanan

mungkin hilang kesemuanya dan kematian akan berlaku selepas itu.

8

Page 10: Tekanan Dan Daya Tindak

3.4 Teori Hierarki Keperluan Maslow dan Teori Dua Faktor Herzberg

Berdasarkan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1970) dan Teori Dua Faktor

Herzberg (1972), Alderfer (1969) menyatakan bahawa manusia memerlukan keperluan

yang boleh disusun di dalam satu hierarki. Di dalam susunan itu terdapat satu lagi

keperluan yang perlu dipenuhi di antara keperluan aras terbawah dengan kepuasan aras

tertinggi untuk mendapatkan kepuasan kerja. Manakala keperluan “Growth” pula adalah

untuk memenuhi keperluan instrinsik seseorang individu itu seperti perkembangan dan

pertumbuhan dan memenuhi potensi individu berkenaan. Di dalam pekerjaan keperluan ini

tercapai apabila pekerja terlibat dengan pekerja yang melibatkan pengguna kreativiti

mereka. Alderfer (1969) telah mengkelaskan tiga kategori keperluan yang perlu dipenuhi

iaitu keperluan “Existence”, keperluan “Relatedness” dan keperluan “Growth”. Keperluan

“Exiatence” adalah merangkumi segala bentuk keperluan psikologi material seperti

makanan, pakaian dan tempat tinggal. Dalam perkerjaan pula, keselamatan kerja, gaji dan

kemudahan. Keperluan “Relatedness” pula meliputi hubungan peribadi dengan orang lain

termasuklah rakan-rakan sekerja, keluarga penyelia dan orang bawahan. Alderfer

menegaskan bahawa keperluan ini dapat diberi kepuasan dengan menghilangkan rasa

marah dan permusuhan tetapi perlu menyemai perhubungan yang mesra dengan orang

lain.

9

Page 11: Tekanan Dan Daya Tindak

4.0 MODEL-MODEL TEKANAN

4.1 Model Stres – Cooper (1988)

Berdasarkan Model Stres Cooper.al (1979), beliau menyatakan bahawa tekanan

adalah sebarang kuasa yang meletakkan faktor psikologikal dan fizikal melampaui tahap

keupayaan individu. Ini bermaksud halangan yang timbul akan mengakibatkan tekanan.

Sehubungan dengan itu, setiap individu mempunyai keupayaan dan pendekatan yang

berbeza dan bergantung kepada jenis pesonaliti serta mekanisme daya tindak yang

digunakan. Sekiranya tekanan gagal ditangani, maka ia akan menimbulkan masalah dan

berkemungkinan individu tersebut akan mengalami tekanan yang terus dan berlarutan.

Beliau telah menyatakan bahawa, setiap individu kebanyakan cuba menjaga emosi,

pemikiran dan hubungan dengan persekitaran agar mereka selesa.

Rajah 2 : Model Stres Cooper (1988)

(Sumber: Cooper et.al., (1988). “Living With Stress”. United State: Penguin Books.)

10

Page 12: Tekanan Dan Daya Tindak

4.2 Model Stres Atkinson (1988)

Menurut Atkinson (1988), tekanan didefinisikan sebagai permintaan berlebihan

yang melampaui kebolehan seseorang individu. Menurut beliau, permintaan daripada

pelbagai sumber akan mendatangkan tekanan berbanding kerja berlebihan dan kekurangan

masa yang merupakan masalah yang biasa. Beliau membahagikan tekanan kepada dua

kategori iaitu tekanan luaran dan tekanan dalaman. Tekanan luaran iaitu persekitaran

fizikal (seperti piawai yang terlalu tinggi) dan emosi (seperti tidak mahu meminta

bantuan).

Rajah 3: Model Stres Atkinson (1988)

(Sumber: Atkinson J.M. (1988). “Coping With Stress At Work”.

England: Thorsons Publishers Limited.)

11

Page 13: Tekanan Dan Daya Tindak

4.3 Model Punca Tekanan Kerja (Jaafar Muhamad, 2003)

Model ini dibentuk oleh Jaafar Muhamad (2003) untuk mengenalpasti tiga kumpulan

faktor yang berpotensi untuk menyebabkan tekanan iaitu faktor persekitaran, faktor

organisasi dan faktor individu.

Rajah 4: Model Punca Tekanan Kerja (Jaafar Muhamad, 2003)

(Sumber: Jaafar Muhammad, 2003. Kelakuan Organisasi)

4.3.1 Faktor Persekitaran

Ketidaktentuan persekitaran akan memberi kesan terhadap pelbagai aspek

kehidupan termasuk diri sendiri, keluarga, organisasi tempat bekerja dan

sebagainya dan boleh menyebabkan tekanan. Faktor-faktor persekitaran terdiri

daripada ketidakpastian ekonomi, ketidakpastian politik dan ketidakpastian

teknologi.

i. Ketidakpastian Ekonomi

Perubahan keadaan ekonomi semasa dunia boleh boleh mewujudkan

ketidakpastian ekonomi. Sekiranya ekonomi meleset, masyarakat menjadi

12

Page 14: Tekanan Dan Daya Tindak

bertambah bimbang terhadap kehidupan mereka. Kadangkala kemerosotan

atau kemelesesatan yang kecil sahaja boleh meningkatkan tahap tekanan

apabila tidak dapat memenuhi keperluan dan kehendak asas kehidupan

peribadi dan keluarga terutamanya apabila individu berhadapan dengan

risiko penurunan gaji dan ganjaran atau kemungkinan ditamatkan

perkhidmatan.

ii. Ketidakpastian Politik

Ketidakpastian politik tidak berkecenderungan untuk mewujudkan tekanan

di kalangan pekerja di Malaysia berbanding di negara-negara lain seperti di

Iran, di Nicaragua dan juga di India kerana sehingga kini Malaysia masih

mempunyai sistem politik yang agak stabil. Namun begitu, apa yang nyata

ialah ancaman yang seringkali terjadi dalam sistem politik dan perubahan

dalam struktur pemerintahan negara boleh menjadi rangsangan kepada

tekanan. Keadaan politik yang tidak menentu akan menyebabkan pekerja

berasa bimbang dan tidak selamat.

iii. Ketidakpastian Teknologi

Inovasi yang baru menjadikan kaedah dan pengalaman para pekerja

ketinggalan zaman dan tidak sesuai digunakan lagi bagi waktu itu.

Perkembangan sistem komputer, robotik, automasi dan sistem maklumat

dan telekomunikasi mempercepatkan inovasi ini berlaku dan seterusnya

menjadi ancaman kepada pekerja kerana ia boleh meningkatkan tekanan

pada diri mereka disebabkan tidak mampu untuk menguasai atau mengikuti

perkembangan teknologi tersebut.

13

Page 15: Tekanan Dan Daya Tindak

4.3.2 Faktor Organisasi

Faktor organisasi merupakan antara faktor utama yang menyebabkan

tekanan kepada manusia. Antara faktor-faktor dalam organisasi yang menjadi

punca tekanan ialah struktur organisasi, perubahan organisasi, politik organisasi,

kekaburan peranan, berlebihan beban kerja, kebosanan kerja dan kekurangan

sokongan kumpulan.

i. Struktur Organisasi

Ini merujuk kepada penyusunan dan perhubungan yang sistematik antara

jabatan dan kedudukan seseorang dalam organisasi. Individu pada

peringkat pengurusan mungkin akan tertekan dengan persaingan yang

hebat, perebutan syer pasaran baru, permintaan pengguna yang menurun,

peraturan baru oleh kerajaan yang mengikat jualan keluaran firma dan

sebagainya. Begitu juga bagi individu I peringkat pertengahan mungkin

tertekan oleh arahan dan pihak atasan, oleh aduanaduan peringkat bawahan,

mempunyai kakitangan yang kurang mahir dan cekap. Kekurangan kuasa

dalam perbuatan keputusan organisasi turut menyebabkan seseorang

merasa kurang berkesan dalam menjalankan sesuatu tugas. Jika individu

berada di peringkat bawahan pula mungkin tertekan oleh dasar dan

peraturan organisasi yang terlalu banyak dan mengelirukan.

ii. Perubahan Organisasi

Tekanan dan perubahan organisasi sememangnya berkait rapat. Perubahan

organisasi dari segi kebudayaan, tekanan dan dasar organisasi boleh

memecah belahkan aliran kerja dan perhubungan antara pekerja. Tekanan

akan timbul akibat sesuatu perubahan kerana setiap individu mempunyai

keperluan dan kehendak yang berbeza. Tekanan ini menjadi lebih serius

apabila perubahan itu dibuat tanpa persetujuan pekerja yang terlibat.

14

Page 16: Tekanan Dan Daya Tindak

iii. Politik Organisasi

Politik dalam organisasi adalah satu aspek penting. Kebolehan seseorang

memainkan politik akan menentukan kedudukan di hieraki pengurusan.

Tindakan ini mungkin bercanggah dengan moral dan pegangan individu

dan sekiranya keadaan ini berlanjutan, individu berkenaan akan

menghadapi tekanan dari semasa ke semasa.

iv. Kekaburan Peranan

Kekaburan Peranan dalam organisasi didefinisikan sebagai objektif yang

tidak jelas dan tanggungjawab kerja. Beech (1982) menyuarakan pendapat

bahawa kekaburan peranan wujud apabila seseorang itu lambat dan tidak

menerima sebarang maklum balas tentang prestasi kerjanya atau tidak pasti

akan ganjaran yang diterima terhadap prestasi kerjanya atau tidak pasti

akan ganjaran yang diterimanya. Jaafar Muhammad (2003) menyatakan

berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa orang yang

mengalami kekaburan peranan akan mengalami kepuasan kerja yang

rendah, tekanan kerja yang tinggi dan mempunyai perasaan bahawa dirinya

tidak berguna secara tidak langsung keyakinan dirinya turut merosot.

v. Berlebihan Beban Kerja

Beban kerja yang berlebihan boleh menyebabkan pekerja menjadi resah

dan bingung kerana mereka khuatir atau ragu sekiranya kerja yang

diarahkan tidak dapat disiapkan mengikut masa atau kualiti yang

diharapkan. Seringkali kerja yang berlebihan juga boleh membawa kepada

kesilapan. Jika ini juga berlaku dan berlarutan, pekerja berkenaan akan

merasa tertekan, mudah marah atau merempan. Sanders (1992)

menegaskan bahawa beban kerja dalam sesuatu bidang pekerjaan yang

ditanggung oleh sesuatu pekerja yang bersifat keterlaluan boleh membawa

kepada kesan negatif sama ada kepada individu sebagai pekerja itu sendiri

mahupun kepada organisasi di mana mereka berkerja.

15

Page 17: Tekanan Dan Daya Tindak

vi. Kebosanan Kerja

Pekerja-pekerja yang melaporkan kebosanan dan ketidakpuasan yang

paling tinggi terhadap beban kerja mereka adalah pekerja barisan

pengeluaran. Tanda-tanda kelakuan kerja yang ditunjukkan ialah

peningkatan diri dari segi kebimbangan, kemurungan dan ketidakselesaan.

Pekerja-pekerja yang menunjukkan darjah kebosanan yang tinggi dalam

pekerjaan, besar kemungkinan akan merasakan bahawa kemahuan dan

keupayaan mereka tidak digunakan dengan sepenuhnya dan menganggap

kerja mereka sebagai kurang kompleks atau rutin yang tidak mencabar.

vii. Kurang Sokongan Kumpulan

Sokongan sosial wujud apabila seseorang itu mempunyai perhubungan

dengan satu atau lebih orang lain. Perhubungan ini merupakan satu

interaksi berperasaan positif, saling memahami dan sering menasihat dan

menggalakkan antara satu sama lain. Ini menandakan sokongan orang lain

terhadapnya sama ada secara individu ataupun kumpulan. Tanpa sokongan

dari kawan-kawan atau kumpulan seseorang itu merasa terasing dan rendah

hati dan seterusnya boleh membawa kepada kekecewaan dan tekanan

dalam diri mereka.

16

Page 18: Tekanan Dan Daya Tindak

4.3.3 Faktor Personal

Jaafar Muhamad (2003) kebanyakan individu hanya bekerja 45 jam seminggu.

Masa selebihnya (123 jam) dihabiskan untuk berhubungan dengan masyarakat sekitar.

Segala masalah yang dialami pada waktu ini berkemungkinan akan dibawa ke tempat

kerja. Antara faktor individu utama yang dianggap personal meliputi faktor bentuk

kelakuan, perubahan dalam kehidupan dan konflik peranan.

i. Bentuk Kelakuan

Terdapat dua jenis bentuk kelakuan individu iaitu kelakuan jenis bentuk A

dan kelakuan bentuk jenis B. Kelakuan bentuk atau jenis A mula dikaji

dalam tahun 1970 an dan 1980 an. Ia adalah satu penilaian tahap yang

paling kerap digunakan. Kelakuan individu jenis A biasanya amat dikuasai

oleh keupayaan menguasai masa. Mereka cuba menyiapkan tugas yang

banyak dalam masa yang singkat. Antara kelakuan jenis A mempunyai ciri-

ciri seperti cuba dilakukan dalam masa secepat yang boleh terutamanya

bagi kerja yang rutin; tidak sabar untuk menunggu sesuatu kerja hingga

selesai; biasanya ia akan bertanya dari masa ke masa sama ada kerja itu

sudah selesai atau tidak; sentiasa berfikir atau cuba menyelesaikan dua atau

lebih perkara serentak; tidak dapat memanfaatkan masa lapang serta

menilai sesuatu kerjayaan dari segi kualiti.

Berlawanan dengan kelakuan jenis A ialah kelakuan jenis B. Individu jenis

B tidak menjadi masa yang singkat sebagai pengukur kejayaan mereka.

Antara kelakuan jenis B yang agak ketara ialah tidak tergopah gapah

menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah; tidak merasa perlu

menonjolkan pencapaian yang diperolehi melainkan ia benar-benar perlu

dilakukan; suka bersukan dan bersantai untuk merehatkan badan serta

boleh berehat tanpa rasa bersalah.

Dari kajian yang terbaru, penyelidik mendapati bahawa kelakuan orang

dari jenis A lebih cenderung untuk mengalami tekanan semasa dan di luar

17

Page 19: Tekanan Dan Daya Tindak

waktu kerja. Secara lebih spesifik lagi, jenis A lebih berisiko untuk

mendapat penyakit jantung atau darah tinggi. Mereka mempunyai

komponen marah yang kronik, berperasangka dan tidak amanah. Namun

begitu, sikap gila kerja, sikap terburu-buru atau bersemangat berlumba-

lumba. Kebaikannya ialah orang seperti inilah yang selalu berjaya dalam

kerjayaannya.

ii. Perubahan Dalam Kehidupan

Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang mungkin

membawa tekanan kerja. Keadaan ini mempengaruhi prestasi dalam kerja

dan selanjutnya menjejaskan prestasi organisasi. Hatta Sidi, Ruzanna Zam

Zam dan Muhamed Hatta Shaharom (2003) menyatakan bahawa semakin

seseorang itu meningkat usia, kemampuannya untuk bertindak balas

terhadap teknanan akan lebih sukar. Proses ketuaan boleh melemahkan

sistem otak yang bertindak balas terhadap tekanan dan menjadi kurang

berkesan.

iii. Konflik Peranan

Konflik peranan timbul apabila seseorang pekerja diberi arahan yang

bertentangan dengan pihak atasan. Konflik boleh wujud apabila norma

kumpulan yang tidak rasmi bercanggah dengan kehendak rasmi organisasi.

Keadaan ini boleh menjadi satu tekanan kepada individu kerana mereka

berhadapan dengan situasi yang mengelirukan.

18

Page 20: Tekanan Dan Daya Tindak

4.4 Model Tekanan Kerja Guru (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978)

Model ini yang dibentuk oleh Kyriacou dan Sutcliffe (1978), berpegang kepada

konsep tekanan kerja guru sebagai satu sindrom gerak balas terhadap kesan negatif seperti

kemarahan atau kemurungan guru yang biasanya disertai oleh potensi perubahan

pathogenic psychological dan ‘biochemical’ yang berpunca daripada aspek pekerja guru

dan perantara yang dipersepsikan sebagai mendatangkan ancaman terhadap harga diri atau

kesempurnaan diri guru dan gaya tindak untuk mengawal atau menangani ancaman akan

digiatkan untuk mengurangkan sesuatu ancaman yang dipersepsikan (Mokhtar,1998).

Rajah 2.6: Model Tekanan Kerja Guru oleh Kyriacou dan Sutcliffe.

(Sumber : Kyriacou dan Sutcliffe, 1978)

Model ini telah membezakan punca tekanan kerja berpotensi (1) daripada punca tekanan

kerja sebenar (3). Punca tekanan kerja berpotensi adalah aspek-aspek objektif kerja guru

seperti beban tugas yang banyak dan keadaan bising yang memungkinkan tekanan berlaku

19

Page 21: Tekanan Dan Daya Tindak

(5). Punca tekanan kerja berpotensi hanya akan menyebabkan tekanan guru jika ia

ditanggap oleh guru sebagai ancaman kepada harga diri dan kesejahteraan dirinya (2).

Taksiran oleh guru tentang permintaan atau tuntutan yang dibuat kepada dirinya

bergantung kepada interaksi antara ciri-ciri individu guru (7) dan tanggapan guru itu

terhadap tuntutan kepada dirinya. Punca tekanan kerja berpotensi yang telah ditaksir

sebagai mempunyai ancaman dipanggil punca tekanan kerja sebenar (3). Punca tekanan

kerja sebenar merupakan satu subset punca tekanan kerja berpotensi. Dengan kata lain,

punca tekanan kerja sebenar masih wujud dalam persekitaran guru tetapi ditanggap secara

berlainan dari lebihan set punca tekanan kerja berpotensi yang lain. Mekanisme daya

tindak (4) diperkenakan untuk menangani punca tekanan kerja sebenarnya oleh individu.

Sebahagian daripadanya ditentukan oleh ciri-ciri individu guru. Tekanan guru juga adalah

berkaitan secara langsung dengan tahap ketidakupayaan mekanisme daya tindak (4)

menangani punca tekanan sebenar (3) dan tahap guru mentaksir ancaman (2). Di sini,

tekanan guru dilihat sebagai respon terhadap pengaruh negatif seperti kemarahan dan

kemurungan yang biasanya diikuti oleh keadaan lain yang dianggapkan sebagai respon

berkaitan dengan tekanan guru (5). Respon-respon ini boleh berupa perubahan psikologi

seperti ketidakpuasan kerja, perubahan fisiologi seperti tekanan darah tinggi atau

perubahan tingkah laku seperti tidak hadir bekerja. Model tekanan guru ini secara tidak

langsung menjejaskan bahawa tekanan guru adalah hasil daripada tanggapan atau taksiran

guru terhadap tuntutan-tuntutan yang dibuat terhadap dirinya, ketidakupayaan atau

kesukaran memenuhi tuntutantuntutan tersebut dan kegagalan memenuhinya merupakan

atau ancaman kepada kesejahteraan mental dan fizikalnya. Maka, secara tidak langsung

dapat dinyatakan di sini, punca tekanan kerja dengan guru adalah bergantung kepada

sejauh mana penafsiran guru terhadap ancaman ke atas dirinya.

4.5 Model Tekanan Guru (Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1995)

Model ini dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni. Model dibina

berpandukan kepada lima sumber yang mempengaruhi tekanan di kalangan guru. Lima

sumber yang dimaksudkan ialah beban kerja, karenah pelajar, pengiktirafan professional,

sumber pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurang baik.

20

Page 22: Tekanan Dan Daya Tindak

Rajah 2.7: Model Tekanan Guru

(Sumber : Boyle, Borg, Falzon & Baglioni , 1995)

Berdasarkan Model Tekanan Guru, kelima-lima faktor: bebanan kerja (Workload),

karenah pelajar (Student Misbehavior), pengiktiafan professional (Professional

Recognition), sumber pengajaran (Classroom Resources), perhubungan kurang baik

dengan rakan sekerja (Poor Colleague Relations) yang merupakan faktor utama yang

menyebabkan tekanan kepada guru. Walau bagaimanapun dalam kajian yang mereka

lakukan berpendapat bahawa di antara lima faktor utama ini, bebanan kerja dan salah laku

pelajar menjadi penyumbang utama terhadap tekanan yang dialami oleh guru berkenaan

dan diikuti oleh faktor-faktor lain. Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas, didapati

bahawa wujudnya pelbagai faktor yang menjadi faktor penyumbang kepada tekanan di

tempat kerja.

21

Page 23: Tekanan Dan Daya Tindak

6.0 PROSES TEKANAN

Tokoh psikologi yang banyak mengkaji fenomena tekanan, Hans Selye (1974)

menjelaskan bagaimana tekanan berlaku menggunakan Teori Sindrom Penyesuaian

Umum (General Adaptation Syndrome - GAS) dengan menyatakan bahawa tekanan

adalah satu tindak balas yang tidak spesifik oleh tubuh terhadap apa-apa rangsangan atau

permintaan. Berdasarkan teori ini, Selye menyatakan bahawa tubuh badan manusia

mempunyai satu proses adaptasi yang akan merangsang satu bentuk pertahanan bagi

membantu mengatasi sebarang masalah yang wujud. Selye menggunakan istilah sindrom

dalam teori ini kerana manifestasi reaksi adalah berkaitan di antara satu sama lain.

Menurut beliau, tekanan secara asasnya adalah reaksi individu yang berlaku melalui tiga

peringkat iaitu peringkat amaran, peringkat penentangan dan peringkat keletihan

yang diringkaskan sebagai Sindrom Penyesuaian Umum (General Adaptation Syndrome -

GAS). Umum (General) membawa maksud penyebab tekanan meninggalkan kesan

terhadap bahagian-bahagian tertentu pada badan. Penyesuaian (Adaptation) merujuk

kepada ransangan pertahanan yang dibentuk untuk membantu tubuh badan mengubahsuai

atau mengendalikan penyebab tekanan. Sindrom (Syndrome) menunjukkan individu

mengalami lebih atau kurang reaksi tekanan secara berkait.

Rajah 2.1: Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum

(Sumber: Selye, H. (1974). “Stress Without Distress”. New York: Harper and Row)

22

Page 24: Tekanan Dan Daya Tindak

Pada peringkat amaran (alarm stage), individu mula menyedari dan mengenalpasti

ancaman yang ujud daripada penyebab tekanan atau stres (stressor). Persepsi terhadap

situasi yang mencabar dan menekan ini menyebabkan otak menghantar mesej bio-

mekanikal kepada pelbagai bahagian dalam tubuh badan yang membawa kepada

peningkatan kadar respirasi (pernafasan), tekanan darah, degupan jantung, tekanan otot,

dan maklumbalas fisiologi. Tahap tenaga individu dan keberkesanan mengendalikan

tekanan menurun sebagai maklumbalas awal kepada peringkat amaran. Rasa terkejut yang

melampau, boleh mengakibatkan ketidakseimbangan atau kematian kerana tubuh badan

tidak berupaya menghasilkan tenaga yang mencukupi. Dalam banyak situasi, peringkat

amaran menyedarkan individu terhadap keadaan persekitaran dan menyediakan tubuh

badan untuk peringkat penentangan.

Pada Peringkat Penentangan (Resistance Stage) pula menunjukkan bahawa

individu menahan tekanan yang disebabkan oleh ancaman asal. Walaupun penyebab

tekanan masih kekal, tetapi simptom yang wujud pada peringkat amaran mula hilang.

Pada peringkat ini, keupayaan individu menghadapi keperluan persekitaran semakin

meningkat dan melebihi keadaan yang biasa kerana tubuh badan mengaktifkan pelbagai

mekanisma bio-kimia, psikologi dan gelagat. Walau bagaimanapun penentangan hanya

kepada satu atau dua keperluan persekitaran sahaja, dan ini menyebabkan individu mudah

berasa tertekan dan tersinggung terhadap cabaran-cabaran lain. Ini memperihalkan

mengapa individu lebih cenderung untuk menghadapi atau menguruskan perkara yang

baik-baik atau lain-lain penyakit apabila mereka berhadapan dengan tekanan. Peringkat

penentangan masih berpegang bahawa peningkatan tahap hormon dilindungi oleh kelenjar

pituitari (terletak pada pangkal otak yang mempengaruhi fungsi dan pertumbuhan badan)

dan korteks adrenal (kulit/lapisan luar buah pinggang). Jika pendedahan berterusan kepada

ancaman penyebab tekanan, seseorang individu akan mencapai peringkat keletihan

(Exhaustion Stage).

Pada Peringkat Keletihan (Exhaustion Stage), Aktiviti kelenjar pitutari dan korteks

adrenal semakin lemah dan individu tidak lagi mampu bertahan terhadap tekanan yang

berterusan. Kebanyakan simptom fisiologi yang wujud pada peringkat amaran berulang

semula. Apabila tekanan tidak diredakan, individu akan mengalami tekanan yang

membawa kepada gangguan fisiologi dan psikologi berdasarkan kecederaan fizikal

termasuklah boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan koronari atau penyakit

23

Page 25: Tekanan Dan Daya Tindak

jantung. Penemuan Selye terhadap tiga peringkat dalam GAS ini dapat memberi

penjelasan secara fisiologi tentang teori bagaimana wujudnya tekanan dan memberi kesan

kepada fungsi fisiologi, psikologi dan tingkah laku manusia.

24

Page 26: Tekanan Dan Daya Tindak

7.0 KESAN TEKANAN

7.1 Kesan Umum Fisiologi dan Psikologi

Secara umumnya, tekanan boleh memberi impak yang sangat besar terhadap

pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk bermula dengan kegagalan berfungsi dengan

baik dan seterusnya kesihatan, keselamatan, prestasi kerja, keluarga, masyarakat dan

sebagainya. Kesemua impak ini berkisar kepada aspek fisiologi, psikologi dan tingkah

laku. Tekanan hidup yang berterusan boleh mengakibatkan masalah pada pengendalian

isyarat saraf sistem hormon dan seterusnya menjejaskan sistem pertahanan tubuh badan

manusia. Ini seterusnya akan mengakibatkan kegagalan fungsi-fungsi sistem dalam badan

manusia yang lain termasuk gangguan terhadap fungsi organ-organ badan manusia dan

menyebabkan pelbagai jenis penyakit fizikal dan somatik. Antara penyakit fizikal yang

boleh disebabkan oleh tekanan juga adalah termasuk ulser, tekanan darah tinggi, sakit

kepala, insomnia (tidak boleh tidur), keletihan, sakit bahu, sakit belakang, sakit pinggang,

penyakit arteri, sakit jantung, stroke, asma, atau lelah, muntah dan loya, kemandulan, dan

sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa tekanan hidup yang berterusan mempunyai

hubungan rapat dengan amalan kehidupan individu yang mempunyai personaliti jenis A di

mana indvidu dalam golongan ini amat kuat bekerja, tidak mahu berehat atau rekreasi,

selalu marah, terlalu suka bersaing, mempunyai cita-cita tinggi dan sentiasa mengejar

masa. Indviidu yang mempunyai personaliti jenis A berisiko untuk mempunyai tahap

tekanan hidup yang tinggi dan mereka sering menghadapi penyakit jantung dan penyakit

psikosomatik yang lain yang berkaitan dengan tekanan hidup.

Sepertimana yang telah diketahui, tekanan diperlukan oleh manusia untuk

meneruskan hidup dan disebabkan itu toleransi terhadap tekanan ini tidak sama sepanjang

masa, sekiranya seseorang itu menghadapi tekanan yang berterusan tanpa sebarang usaha

yang sesuai bagi mengurus tekanan yang dihadapai. Ini adalah disebabkan oleh tahap

toleransi terhadap tekanan yang semakin berkurangan akan menyebabkan tahap

kerentaannya pula meningkat. Ini seterusnya pula boleh menyebabkan penyakit somatik

seperti kemurungan (unipolar major depression), kerunsingan (anxiety), bipolar affective

disorders, schizophrenia dan gangguan personaliti (psikosis) dan masalah jiwa yang lain.

25

Page 27: Tekanan Dan Daya Tindak

Kesan fisiologi dan kesan psikologi akibat tekanan adalah saling berkaitan. Hampir

kesemua kesan fisiologi terhadap tekanan diikuti atau disebabkan oleh kesan-kesan

psikologi. Perubahan-perubahan psikologi yang dimaksudkan ialah pada emosi, motivasi

dan kognisi. Apabila mengalami keadaan yang tertekan, manusia akan merasa gelisah,

runsing dan muram. Ada yang kurang selera makan, tidak boleh tidur, kurang berat badan

dan kehendak seksual pun berkurangan. Kesan tekanan terhadap motivasi akan

menyebabkan gangguan kepada prestasi kehidupan manusia akibat kehilangan minat

dalam kebanyakkan perkara terutamanya bidang pekerjaan. Tumpuan yang terlalu kerap

terhadap tekanan yang dialami iaitu bagaimana untuk mengatasi atau melarikan diri

daripada tekanan tersebut boleh menyebabkan produktiviti kerja menurun dan ini sering

diiringi dengan masalah-masalah lain di tempat kerja seperti masalah disiplin, sering

melakukan kesilapan dan ralat, terjejas hubungan dengan rakan-rakan dan sebagainya.

Beberapa perubahan terhadap aspek kognisi apabila seseorang itu menghadapi

tekanan yang berterusan adalah termasuk kurang penumpuan dan fokus terhadap sesuatu

perkara, tidak berupaya untuk berfikir dengan jelas dan baik dan fikiran yang sering

tertumpu kepada masaah tekanan itu sendiri. Proses-proses mental lain seperti befikiran

secara rasional, kebolehan menyelesaikan masalah dan pembuatan keputusan juga boleh

terjejas. Kesan tekanan terhadap aspek psikologi yang mempunyai komponen emosi dan

kognitif memberi kesan negatif terhadap kesihatan (fisiologi) iaitu termasuk peningkatan

risiko penyakit jantung, penyakit muskuloskeletal (musculoskeletal disorders - MSD),

serta masalah tekanan darah dan ketegangan otot. Sebagaimana yang telah disedari,

tekanan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah psikologi seperti kehabisan

tenaga (burnout), masalah gastrousus, ketegangan (strain) dan menyebabkan kemurungan

(depression), (kebimbangan, kesedihan dan kebengkengan/cepat marah), serta tingkah

laku yang menjejaskan fungsi normal harian (prestasi yang lemah, kemalangan, gangguan

tidur dan pengambilan alkohol).

26

Page 28: Tekanan Dan Daya Tindak

7.2 Masalah Kesihatan dan Penyakit Kronik

Tekanan berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kronik

memandangkan lebih 20 tahun, tekanan merupakan punca masalah kesihatan.

Kemurungan yang berpunca daripada tekanan sebenarnya boleh menjejaskan tahap

kesihatan individu. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga menunjukkan antara empat

penyebab utama masalah kesihatan mental ialah kemurungan. Selain penyebab kepada

penyakit jantung, tekanan juga merupakan punca kepada masalah kesihatan mental yang

boleh menjejaskan kos pengurusan industri. Kementerian Kesihatan melalui Tinjauan

Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga turut melaporkan bahawa tekanan di tempat

kerja antara faktor yang menyebabkan peningkatan masalah kesihatan mental di Malaysia.

Masalah kesihatan kronik sebegini terjadi kerana tekanan boleh dikaitkan dengan tekanan

darah yang mengalir secara berlebihan terhadap dinding arteri. Tekanan darah yang

meningkat dan berlebihan akan menyebabkan dinding arteri menjadi sempit dan ia

menyukarkan darah untuk melaluinya.

Tahap tekanan yang tinggi juga mengakibatkan peningkatan tahap kolesterol

dalam saluran darah yang boleh meningkatkan tekanan darah. Apabila individu

mengalami tekanan, tekanan darah akan meningkat dan menurun. Perubahan yang tidak

menentu sebegini boleh menyebabkan saluran darah tercedera serta berfungsi secara tidak

normal. Inilah fenomena fisiologi yang boleh menjejaskan tahap kesihatan akibat tekanan.

Situasi ini merupakan alasan terbaik yang dapat menunjukkan bahawa tekanan merupakan

penyebab utama kepada penyakit jantung dan terdapat juga kajian yang turut

menghubungkan tekanan dengan penyakit kanser. Konsep tekanan juga digunakan sebagai

perkaitan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung koronari dan gangguan

psikiatri. Pekerja yang mengalami tahap tekanan yang tinggi boleh memberi kesan

signifikan melalui peningkatan kepada pelbagai masalah kesihatan seperti ketegangan

mata, telinga berdengung, batuk yang teruk, sakit dada, masalah perut, sakit kepala dan

ketidakselesaan muskuloskeletal. Masalah kesihatan sebegini boleh memberi impak besar

kepada fungsi kehidupan seharian terutamanya seperti masalah disiplin dan

ketidakhadiran, prestasi kerja kerja yang menurun di tempat kerja; kegagalan pengurusan

rumahtangga, konflik keluarga dan konflik sosial; serta pengambilan alkohol dan dadah.

27

Page 29: Tekanan Dan Daya Tindak

7.3 Prestasi Kerja

Tekanan yang disebabkan oleh sebarang faktor termasuk di tempat kerja bukan

sahaja akan menjadi masalah individu tersebut tetapi merupakan masalah keluarga,

organisasi, masyarakat di sekeliling dan juga negara secara keseluruhannya. Misalnya,

apabila seseorang individu mengalami kecederaan kesan daripada tekanan, ia boleh

menjejaskan prestasi kerja dan memberi impak terhadap produktiviti organisasi dan

negara. Masalah kesihatan akibat tekanan di tempat kerja seharusnya tidak diabaikan oleh

organisasi kerana ia boleh menyebabkan sumber manusia sesebuah negara kehilangan

daya saing. Sumber manusia yang sering mengalami masalah kesihatan akan

menyebabkan prestasi kerja mereka terjejas. Apabila prestasi terganggu, sumber manusia

gagal menggunakan sepenuhnya kreativiti mereka dan melakukan tugas pada tahap

minimum. Fenomena ini seharusnya dibimbangi dalam persekitaran perniagaan masa kini

yang penuh dengan persaingan. Ia boleh menjejaskan kedudukan organisasi dalam

mempertahankan kelebihan daya saing. Masalah tekanan di tempat kerja bukan hanya

menjejaskan prestasi kerja, tetapi paling dibimbangi apabila ia boleh membawa kepada

masalah kemalangan pekerjaan yang lebih buruk. Situasi ini boleh mengganggu operasi

organisasi dan akhirnya memberi kesan kepada produktiviti negara.

7.4 Risiko Kemalangan

Sepertimana yang telah diketahui, kesan tekanan terhadap psikologi dan fisiologi

akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan masalah fungsi psikologi yang lain

termasuk masalah kehilangan tumpuan dan fokus dan sebagainya. Akibatnya pelbagai

impak akan terjadi akibat kegagalan minda dan fizikal tidak dapat berfungsi dengan baik

termasuk risiko terhadap menghadapi kemalangan yang akan meningkat terutamanya

dalam bidang pekerjaan. Manusia menghabiskan 2/3 daripada hayatnya dalam bidang

pekerjaan bagi mencari rezeki dan meneruskan kehidupannya. Dalam bidang pekerjaan,

apabila pekerja mengalami tekanan dan ia melakukan tugas yang berulang, maka

kecenderungan mereka mendapat kecederaan atau kemalangan adalah sangat tinggi.

Misalnya dalam situasi organisasi perkilangan yang melibatkan operator pengeluaran yang

28

Page 30: Tekanan Dan Daya Tindak

bekerja mengikut sistem syif dan memerlukan pekerja untuk berdiri dengan lebih lama

dalam satu tempoh masa yang panjang, seseorang individu yang mengalami tekanan

mempunyai risiko mengalami kemalangan kerana kegagalan memberikan tumpuan dan

fokus terhadap kerja yang dilakukan. Telah terbukti bahawa tekanan di tempat kerja boleh

menyebabkan menyebabkan peningkatan kadar kecederaan dan kemalangan. Kenyataan

ini bertepatan, dengan fenomena di Malaysia di mana jumlah kemalangan yang dilaporkan

pada tahun 1999 hingga 2003 bagi sektor perkilangan merupakan jumlah yang tertinggi

berbanding dengan lainlain sektor.

Tekanan boleh mempengaruhi individu dengan pelbagai cara iaitu mengurangkan

daya ketahanan terhadap penyakit, mengganggu tidur serta menyebabkan hilang daya

tumpuan. Apabila masalah ini berterusan, ia boleh menyebabkan kecenderungan individu

untuk melakukan kesilapan dan kecuaian yang membawa kepada risiko kemalangan,

kecederaan, serta penurunan prestasi di tempat kerja misalnya kualiti produk yang rendah

yang akan menjejaskan keseluruhan produktiviti sesebuah organisasi. Ini boleh

mengakibatkan tindakan disiplin dikenakan misalnya penurunan gaji atau paling teruk

diberhentikan kerja. Akibatnya keseluruhan hidup individu akan berada di ambang

kemusnahan dan risiko untuk mengalami penyakit jiwa adalah sangat tinggi pada waktu-

waktu sebegini.

7.5 Kehidupan Sosial

Sebenarnya, tekanan boleh memberi impak yang besar terhadap kehidupan sosial

seseorang individu. Di samping impak kronik seperti penyakit mental yang telah

dijelaskan, tekanan boleh menyebabkan seseorang individu berada dalam kemurungan,

cepat marah dan tidak suka bergaul. Keadaan tekanan yang berlebihan boleh

menyebabkan masalah ini berpanjangan sehingga ke rumah dan melibatkan pihak lain.

Tekanan boleh menyebabkan terbawanya tanda kebimbangan tersebut ke rumah. Ini boleh

mengganggu psikologi dan hubungan sosial antara pasangan dan seterusnya akan

mengugat kestabilan rumahtangga. Kesemua impak sosial ini menunjukkan tekanan boleh

menganggu keperluan individu untuk bersosial dan akan menyebabkan kehilangan

sokongan sosial yang sebenarnya amat diperlukan bagi kelangsungan hidup yang normal

terutamanya apabila berhadapan dengan masalah seperti tekanan.

29

Page 31: Tekanan Dan Daya Tindak

8.0 PENGURUSAN TEKANAN

Tekanan telah terbukti membawa impak yang cukup besar dalam kehidupan

manusia sama ada dari aspek negatif mahupun positif. Selye (1978) turut mengatakan

bahawa tekanan hidup ini tidak harus dielak kerana tekanan hidup adalah satu-satunya

fenomena yang dapat menyiapkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau bahaya

dengan cara berada dalam tahap berjaga-jaga. Beliau juga menyarankan supaya kita

menyesuaikan diri terhadap bentuk tekanan yang am dan tidak kepada yang khusus. Ini

kerana penyesuaian seperti ini akan dapat membantu individu menghadapi kesukaran

mengatasi sesuatu tekanan yang serius kerana ia telah pun melazimkan diri dengannya.

Sebagai contoh, adalah lebih mudah untuk membimbit sebuah kotak dengan kedua-dua

belah tangan daripada dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Pelbagai kaedah dan pendekatan telah digunakan untuk mengurus tekanan sejak

dari zaman dahulu lagi. Kaedah-kaedah ini telah terbukti berkesan dan seseorang individu

yang berhadapan dengan tekanan hanya perlu memilih salah satu atau lebih kaedah

tersebut yang sesuai dengan kemampuan diri dalam pengurusan tekanan yang berkesan.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diamalkan secara sendiri tanpa memerlukan

sebarang bantuan profesional tetapi sekiranya seseorang individu tidak dapat menguruskan

sebarang tekanan dengan baik bagi satu tempoh masa yang panjang dan telah menganggu

fungsi normal harian individu, maka adalah amat digalakkan untuk mendapatkan bantuan

profesional seperti ahli psikologi, ahli psikoterapi, kaunselor dan sebagainya.

8.1 Kaedah Adaptasi Tekanan

Kaedah paling baik dalam menghadapi dan mengatasi tekanan adalah untuk

mengadaptasikan diri dengan tekanan ialah agar seseorang itu dapat mengenal pasti tahap

tekanan yang boleh dialami secara peribadi. Tiap-tiap manusia mempunyai kerentaan yang

berbeza-beza terhadapa tekanan, ada yang boleh menerima tekanan dengna berlebihan dan

ada yang tidak.

30

Page 32: Tekanan Dan Daya Tindak

Cara-cara bagi membantu untuk mengetahui bentuk tekanan yang dihadapi dan seterusnya

mengadaptasi adalah seperti berikut:

i. Memahami proses dan kesan tekanan

ii. Mengenal pasti punca-punca utama tekanan

iii. Mengenali dan mengetahui bila tekanan itu akan berlaku

iv. Membentuk beberapa cara yang bersesuaian untuk mengatasi tekanan yang

kerap dihadapi

v. Melatih diri bagi menghadapi tekanan dengan cara yang ditetapkan terlebih

dahulu

vi. Kenali bentuk tekanan yang boleh membantu perkembangan diri

Dengan cara ini, mereka yang telah mengetahui tahap kerentaan masing-masing

tahu berapa banyak tekanan yang boleh dihadapinya dan yang mana patut dielakkan.

Dengan ini juga, impak sesuatu tekanan dapat dikurangkan kerana seseorang itu telah

bersedia secara mental dan juga fizikal untuk berhadapan dengan sebarang tekanan pada

bila-bila masa sahaja. Ini adalah seolah-olah “memprogramkan” diri agar berhadapan

dengan sesuatu tekanan. Langkah adaptasi terhadap tekanan ini seterusnya dapat

membantu melancarkan usaha menyelesaikan sesuatu punca tekanan tersebut.

8.2 Kaedah Inokulasi Tekanan

Patterson (1986) dan Janis (1982, 1984) menyarankan kaedah inokulasi tekanan

terutamanya kepada golongan professional dan eksekutif pengurusan tekanan. Kaedah ini

bertujuan untuk meningkatkan pertahanan terhadap tekanan yang akan dihadapi oleh

seseorang itu. Teori tentang inokulasi tekanan ini mengandaikan bahawa apabila

seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi tekanan ataupun apa-apa bentuk perubahan

emosi, maka kesan yang akan diakibatkan oleh perubahan itu adalah tidak begitu teruk

jikalau berbanding dengan mereka yang tidak bersedia untuk mengadapinya (Janis, 1982).

31

Page 33: Tekanan Dan Daya Tindak

Dengan berpandukan teori ini, satu program dibentuk khas yang menggunakan

teknik pembelajaran dan penyesuaian bagi mencapai matlamat tersebut. Pada tahap awal,

klien akan dibekalkan dengan pengetahuan bagaimana caranya untuk memahami reaksi

tersendiri terhadap tekanan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah untuk mereka yang

berkenaan mempersepsikan masalah yang dihadapi secara rasional dan tanpa melibatkan

emosi. Pada tahap kedua, klien akan dibekalkan dengan teknik-teknik menyesuakan diri

dan cara-cara mengatasi tekanan yang dihadapi itu. Mereka juga akan mempelajari

kaedah-kaedah menilai sesuatu situasi dan menetapkan matlamat yang boleh dicapai.

Tahap akhir ialah latihan iaitu klien akan dikenakan beberapa bentuk tekanan dan merka

perlu mengaplikasikan teknik-teknik penyesuaian dan pengelakkan yang telah dipelajari.

Teknik inokulasi tekanan ini amat berguna bagi mereka yang ingin pelajari cara-cara

menyesuaikan diri dengan tekanan hidup serta mengawal perasaan dan emosi mereka.

8.3 Kaedah Penilaian Kendiri

Kaedah Penilaian Kendiri adalah salah satu lagi cara yang praktikal untuk

mengatasi tekanan dari aspek kognitif. Beech et. Al. (1982) menyatakan bahawa cara ini

meminta individu menilai secara kognitif tanda-tanda perubahan pada tingkah laku dan

keadaan fisiologi yang berkaitan dengan tekanan yang dihadapi. Mereka akan menilai

suasana sekeliling, sifat, dan tingkah laku sendiri dan mencatatkannya dalam bentuk

rekod. Mereka ini kemudiannya akan diminta mencatatkan beberapa peristiwa dan

pengalaman harian yang berkaitan dengan tekanan seperti berapa batang rokok yang

dihisap dalam satu hari, berapa banyak makanan yang telah diambil, berapa gelas

minuman keras yang diminum dan lain-lain. Tujuan kaedah ini adalah untuk menyedarkan

mereka yang bahawa mereka mempunyai masalah dan supaya mengenali tekanan serta

mengetahui cara-cara yang lazim mereka gunakan bagi menjauhi tekanan tersebut.

Dengan kesedaran seperti ini, individu berkenaan akan tahu dan sedar bila ia mengadapi

tekanan dan apakah cara yang boleh digunakan bagi mengatasi tekanan yang dihadapi itu.

32

Page 34: Tekanan Dan Daya Tindak

Pendekatan bagi penyelesaian masalah yang bersistematik bagi individu yang kerap

menghadapi tekanan dapat dilaksanakan dengan cara-cara seperti berikut:

i. Mengenali simptom tekanan yang dihadapi itu serta membahagi-

bahagikannya ke dalam komponen-komponen yang kecil supaya lebih

mudah diurus

ii. Mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang tekanan yang dihadapi

supaya dapat menyediakan diri bagi menghadapinya kelak

iii. Melihat kembali pengalaman-pengalaman lampau yang mempunyai kaitan

dengan tekanan hidup

iv. Kenali alternatif tingkah laku yang sesuai bagi menggantikan tingkah laku

yang lazimnya digunakannya dalam menghadapi sesuatu tekanan itu. Ini

akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi

Apa yang penting dalam saranan ini ialah individu berkenaan harus membentuk satu

tingkah laku alternatif yang perlu dipraktikan secara berulang kali supaya ia menjadi lazim

pada dirinya. Adams (1980, hlm 212) menyarankan cara-cara seperti berikut bagi

mencapai matlamat di atas:

i. Mengenal pasti kehendak dalam hidup dan keputusan tersebut diikuti

ii. Menggunakan masa lapang secara produktif dan berguna

iii. Menetapkan pendirian yang tetap

iv. Menguruskan konflik yang dihadapi secara terbuka dan secara langsung tanpa

berselindung

v. Mengelakkan tingkah laku yang suka menyalahkan orang lain

vi. Memberikan tindak balas yang positif kepada orang lain

vii. Belajar untuk mengatakan “tidak” pada masa-masa tertentu

viii. Menyelesaikan masalah dengan kadar yang pantas, kerana jika dilambat-

lambatkan, maka masalah itu akan menjadi bertambah rumit

ix. Menilai semula matlamat dan harapan. Tidak menetapkan matlamat yang

terlalu tinggi dan terlalu sukar untuk dicapai

x. Mengelakkan bekerja dalam jangka waktu yang panjang. Berhenti buat

beberapa ketika untuk berehat sejenak

33

Page 35: Tekanan Dan Daya Tindak

8.4 Pendekatan Kaunseling atau Psikoterapi

Pendekatan kaunseling atau psikoterapi digemari oleh ramai pakar jiwa sebagai

satu cara yang baik untuk mengatasi tekanan. Lazimnya, klien akan difahamkan tentang

masalah yang menyebabkan tekanan dan juga diajar cara-cara yang sesuai untuk

digunakan bagi menjauhi tekanan. Dengan cara ini, bukan sahaja masalah dapat diatasi

tetapi punca dan sebabnya dikenal pasti supaya mereka yang bermasalah akan terus dapat

menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan yang akan menyebabkan tekanan hidup.

Secara amnya, kita perlu sedar bahawa tekanan hidup ini adalah perlu bagi

kehidupan manusia. Tanpa tekanan, hidup ini tidaklah begitu bermakna. Tekanan hidup

ini merupakan satu bentuk tenaga pendorong bagi manusia untuk mencuba sesuatu yang

baru, untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih konstruktif.

Pada masa yang sama, tekanan juga dapat memberi manusia satu sensasi yang berlainan

daripada pengalaman yang lazim. Walau bagaimanapun, tekanan ini perlu dikawal supaya

tidak mengganggu perjalanan kehidupan harian kita. Jikalau terlalu banyak menghadapi

tekanan hidup, maka jalan penyelesaian yang sesuai diperlukan untuk mengatasinya.

Biasanya, dengan hanya bercakap tentang masalah yang dihadapi kepada kawan-kawan

yang sudi mendengarnya buat beberapa ketika beban yang dihadapi itu akan berkurangan.

Sebaliknya, sekiranya ada pula rakan yang sedang menghadapi tekanan, apa yang perlu

dilakukan adalah hanya mendengar masalah yang sedang diutarakannya itu. Cara tolong-

menolong ini akan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh kita semua dari masa ke

masa dan mungkin dengan cara ini juga, menjelang abad yang ke-21 dan pada masa-masa

akan datang manusia sudah mengetahui dan mampu untuk menguruskan sebarang isu

yang berkaitan dengan tekanan agar kelangsungan kehidupan manusia dapat diteruskan

dalam keadaan harmoni.

8.5 Kaedah Permainan Peranan

Kaedah permainan peranan bagi mengatasi tekanan adalah berlainan sedikit daripada

kaedah permainan peranan yang digunakan dalam kaunseling atau psikoterapi. Di sini,

klien akan disuruh memberi beberapa tindak balas lazim terhadap rangsangan-rangsangan

yang disediakan. Tindak balas mereka ini boleh dinilai dari segi tingkah laku, cara

34

Page 36: Tekanan Dan Daya Tindak

pertuturan dan lain-lain cara. Ini bertujuan untuk melatih mereka yang mempunyai

kerentaan yang tinggi terhadap tekanan untuk belajar menyesuaikan diri dengannya. Satu

daripada kebaikkan yang terdapat pada kaedah permainan main peranan ini ialah pelbagai

ransangan boleh diberi kepada seseorang itu supaya ia dapat mempelajari cara-cara

berkesan untuk mengatasi tekanan yang dihadapinya itu.

8.6 Teknik Tenang Diri (Progresive Musle Relaxation-PMR)

Teknik tenang diri adalah salah satu kaedah relaksasi yang memberi tumpuan kepada

kumpulan-kumpulan otot-otot ini diasaskan oleh Dr. Edmund Jacobson pada tahun 1902

dan telah diperbaiki oleh Bensen pada tahun 1950-an. Satu daripada teknik ini dikenali

sebagai “Pengenduran Otot-Otot Secara Progresif” (Progresive Muscle Relaxation).

Seseorang yang ingin melakukan latihan ini harus menegangkan serta mengendurkan

kesemua 14 kumpulan otot dalam badan satu persatu dan tiap pergerakan harus diberi

perhatian yang sepenuhnya (Sutterley 1977). Dengan cara memberi tumpuan kepada

penempatan otot-otot dan perbezaan ketegangna dan pengenduran, individu dapat

mengalami sensasi ketenangan seluruh tubuhnya dan pada masa yang sama, memberi

ketenangan kepada jiwanya.

8.7 Kaedah Senaman, Sukan atau Latihan Jasmani

Aktiviti sukan, senaman atau latihan jasmani adalah salah satu kaedah yang sering

dicadangkan oleh pelbagai pihak kerana ianya secara tidak langsung dapat membantu

manusia berhadapan dengan tekanan yang dihadapi dengan pelbagai cara. Badan yang

segar akan mempunyai otak yang cerdas dan seterusnya secara tidak langsung akan

membantu dalam berhadapan dengan tekanan dengan pelbagai cara. Antaranya, memberi

ruang dan masa pertama bagi tidak terlalu memikirkan dahulu masalah atau tekanan yang

dihadapi buat sementara waktu dan sementara emosi belum stabil sehingga memperolehi

kaedah yang sesuai bagi menyelesaikan masalah atau punca yang menyebabkan tekanan

yang dihadapi dalam jangka waktu yang tertentu. Malah, melalui aktiviti bersenam secara

35

Page 37: Tekanan Dan Daya Tindak

berkumpulan, seseorang dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan yang mungkin

dapat memberikan pendapat, pandangan, idea atau pun sudi hulurkan bantuan bagi

membantu menyelesaikan tekanan yang dihadapi. Ini adalah kerana, kemungkinan rakan-

rakan pernah berhadapan dengan tekanan seumpamanya atau pun mengetahui sumber-

sumber yang dapat membantu bagi menyelesaikan tekanan yang dihadapi.

Tetapi kadang kala tekanan yang dihadapi itu tidak perlu dielakkan sebaliknya

harus digunakan untuk perkembangan diri sendiri. Misalnya, anda mempunyai konflik

dengan seirang pekerja lain dalam hal yang berkaitan dengan kenaikkan pangkat. Hanya

seorang sahaja yang akan dipilih dan pemilihan ini akan berdasarkan kepada prestasi kerja

masing-masing. Jikalau hal ini dilihat sebagai konflik atau gangguan, maka ia akan

menyebabkan tekanan. Emosi yang negatif seperti cemburu, marah, geram, iri hati serta

beberapa yang lain mungkin wujud. Sebaliknya, jikalau ia dilihat sebagai satu

pertandingan dan ganjarannya ialah kenaikan pangkat, maka anda akan dapat atasi konflik

dan tekanan dengan produktif dan pada masa yang sama akan dapat ganjaran jika berjaya.

Pada masa yang sama, jikalau semua tekanan yang dihadapi itu harus dielak dan dijauhi

ini bermakna anda tidak dapat melakukan segala aktiviti harian yang melibatkan sedikit

risiko. Hidup tidak akan bermakna tanpa tekanan, seperti yang ditegaskan oleh Selyle,

iaitu tekanan itu adalah perasa hidup.

8.8 Ubat-Ubatan

Sememangnya ubat-ubatan dan beberapa dadah-dadah yang dikawal

penggunaannya oleh pihak kerajaan boleh membantu individu yang menghadapi tekanan

menenangkan diri. Penggunaannya ubat penenang seperti phenothiazine dan

benzodiazepine atau dadah perangsang seperti amphabia dan vanthorous dapat memberi

ketenangan buat seketika waktu. Walau bagaimanapun, penggunaan dadah ini tidak

dipersetujui oleh kebanyakkan pakar-pakar jiwa dan kesihatan kerana ia mempunyai

kesan-kesan sampingan yang tidak baik. Ia hanya digunakan k etas mereka yang

menghadapi tekanan dengan begitu teruk sekali sehingga menganggu segala aspek

kehidupannya. Antara ubat perubatan (dadah) yang lain yang sering digunakan bagi

36

Page 38: Tekanan Dan Daya Tindak

mengawal, mengatasi atau merawat tekanan adalah termasuk tricyclic antidepressant

clomipramine (Anafranil), SSRIs, fluoxetine (Prozac), fluvoxamine (Luvox), paroxetine

(Paxil), sertraline (Zoloft) dan benzodiazepines.

.

8.9 Menjaga Kesihatan

“Mengelak adalah lebih baik daripada merawat” merupakan kiasan yang sering

diperkatakan oleh orang-orang terdahulu. Dalam kes tekanan, menjaga kesihatan tubuh

badan merupakan satu langkah penting dalam usaha mengelakkan diri daripada

menghadapi tekanan hidup secara berterusan. Individu yang dapat membentuk amalan

hidup yang berteraskan penjagaan kesihatan tubuh badan pada amnya akan dapat

menjauhkan diri daripada mengalami tekanan yang tidak diingini. Antara kaedah tersebut

yang dapat membantu kita adalah seperti berikut:

i. Mengambil makanan yang berzat dan berkhasiat

ii. Mengelakkan makanan yang berlemak, bergula, yang terlalu banyak garam dan

yang mengandungi bahan-bahan campuran dan kimia

iii. Menjaga berat badan, tidak terlalu gemuk atau terlaku kurus

iv. Kerapkan bersukan, bersenam dan melakukan aktiviti fizikal dengan

secukupnya

v. Tidak merokok, minum minuman keras atau menggunakan dadah apabila

menghadapi masalah

vi. Mendapatkan rehat secukupnya

vii. Kerap berjumpa dengan doktor untuk mengetahui hal-hal yang berkaitan

dengan kesihatan tubuh badan seperti tekanan darah, tahap kolesterol dalam

darah, kandungan lemak badan dan lain-lain lagi. Dengan cara ini, amalan

pemakanan dapat terkawal dengan kadar yang lebih sempurna dan lebih baik

37

Page 39: Tekanan Dan Daya Tindak

9.0 KESIMPULAN

Tekanan sudah terbukti bahawa salah satu elemen kehidupan yang tidak mungkin

dapat dielakkan oleh manusia dan amat berguna sekiranya manusia berusaha sedikit untuk

memahami tekanan dan menanganinya dengan baik. Seperti yang telah diketahui, tekanan

adalah terjadi apabila permintaan dari persekitaran adalah tidak sepadan dengan

kebolehan, sumber, dan kehendak yang dimiliki oleh individu dan memberi kesan ke atas

psikologi dan fisiologi kepada individu. Seseorang individu yang berasa tertekan akan

menunjukkan kemurungan dan sekiranya ia berterusan dan tidak diatasi dengan kadar

segera, ia boleh meninggalkan kesan yang buruk (distress) terutamanya kepada fungsi

fisiologi dan psikologi manusia secara umumnya. Apabila rasa tertekan, keadaan fisiologi

badan terutamanya sistem pertahanan badan akan terganggu dan menyebabkan pelbagai

masalah kesihatan termasuk penyakit arteri, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan

sebagainya. Manakala keadaan psikologi individu pula akan terganggu dan manusia

cenderung gagal untuk membuat keputusan dengan baik. Individu mudah berasa bimbang,

takut dan cepat marah dan ini boleh menjejaskan prestasi kehidupan secara keseluruhan

dan boleh menjejaskan fungsi kehidupan normal termasuk dalam rumahtangga, kerjaya

dan dalam konteks sosial secara amnya.

Sebagaimana tekanan atau daya tindak adalah diperlukan bagi menggerakkan

sesuatu objek menurut bidang sains, tekanan dalam kehidupan manusia boleh

dimanipulasi bagi mendorong manusia untuk memperbaiki kehidupannya dan berkembang

maju tetapi ianya perlu dalam keadaan terkawal agar tekanan yang berlebihan tidak

memberi kemudaratan kepada diri sendiri. Pelbagai kaedah-kaedah pengurusan tekanan

boleh digunakan dan dikuasai untuk menangani sebarang tekanan yang datang dengan

positif. Misalnya, mengenalpasti punca berlakunya tekanan, bersedia menerima kenyataan

setiap apa pun yang berlaku dan mengamalkan ajaran-ajaran agama masing-masing ketika

menghadapi sebarang masalah yang boleh menyebabkan tekanan. Pengurusan tekanan

yang baik boleh menyebabkan seseorang individu bertindakbalas dengan menunjukkan

peningkatan dalam perkembangan kendiri dan prestasi peribadi, merangsang kreativiti dan

menggalakkan ketekunan serta motivasi. Oleh itu, tekanan perlu ada dalam kehidupan

manusia.

38

Page 40: Tekanan Dan Daya Tindak

Maka, tekanan tidak sepatutnya dipandang remeh dan perlu diatasi dengan kadar

segera sebaik sahaja dikenalpasti terutamanya pada masa kini yang semakin banyak

perubahan yang mendadak dan pelbagai cabaran. Ahli-ahli sains dari seluruh dunia telah

meluangkan sejumlah masa dan peruntukkan kewangan yang tinggi bagi menghasilkan

pelbagai penyelidikan dan dapatan serta hasil kajian yang berkaitan denagn tekanan

sebagai sumber rujukkan kepada umat manusia. Semua pihak yang berkenaan cuma perlu

mengambil sedikit usaha dan memberi sedikit perhatian hanya untuk menggunakan segala

sumber-sumber yang telah sedia bagi memastikan pelbagai isu berkaitan tekanan dapat

diatasi dan menyediakan suasana persekitaran yang sesuai.

39

Page 41: Tekanan Dan Daya Tindak

RUJUKAN

1. Abdul Latiff Ahmad. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006.

2. Ahasan R: Human Adaptation to shift work in improving health, safety and productivity – some recommendations. Work Study 51(1), 9-16 (2002).

3. Briner RB dan Reynolds S: The cost, benefits, and limitations of organizational level stress interventions. Journal of Organizational Behavior 20, 647-664 (1999)

4. Cox T dan Griffith A s: The nature and measurement of work stress: theory and practice. In: Wilson, J. R. dan Corlett, E. N. ed. Evaluation of Human Work: A Practical Ergonomics Methodology. London: Taylor & Francis, 1995: 783-799.

5. Doby VJ dan Caplan RD: Organizational stress as threat to reputation: effects on anxiety at work and at home. Academy of Management Journal 38(4), 1105-1123 (1995)

6. Donald I, Taylor P, Johnson S, Cooper C, Cartwright S dan Robertson S: Work environments, stress and productivity: an examination using asset. International Journal of Stress Management 12(4), 409- 423 (2005)

7. Dua JK: Job stressors and their effects on physical health, emotional health, and job satisfaction in a University. Journal of Educational Administration 32(1), 59-78 (1994)

8. Harrington SS dan Walker BL: The effects of ergonomics training on the knowledge, attitudes, and practices of teleworkers. Journal of Safety Research 35, 13-22 (2004)

9. Hospital Kuala Lumpur. Jabatan Pendidikan Kesihatan, Pameran Hari Kesihatan Mental Sedunia, 11 Oktober 2004, 2004.

10. Kenny DT dan Cooper CL: Introduction: occupational stress and its management. International Journal of Stress Management 10(4), 275-279 (2003)

11. Kets de Vries MFR: Organizational Stress: A Call for Management Action. Sloan Management Review, 21(1), 3-14 (1979)

12. Landy FJ, Psychology of Work Behavior. 4th ed. United States of America: Brooks/Cole Publishing Company. (1989).

13. Mahmood Nazar Mohammad. 2001. Pengantar psikologi. Kuala Lumpur: DBP.

14. Mason JE: A historical view of the stress field. Journal of Human Stress, 1, 6-12, 45- 52 (1975)

15. McGrath JE: Stress and behavior in organizations. In: Dunnette, M. ed. Handbook of Industrial and Organizational Psychology. Chicago: Rand McNally, 1976: 1353-1395.

40

Page 42: Tekanan Dan Daya Tindak

16. McHugh M dan Brennan S: Managing the stress of change in the public sector. International Journal of Public Sector Management 7(5), 29-41 (1994)

17. Miles RH: Roles requirements as sources of organizational stress. Journal of Applied Psychology 61, 172-179 (1976)

18. Mital A dan Pennathur A: Advanced technologies and humans in manufacturing workplaces: an interdependent relationship. International Journal of Industrial Ergonomics 33, 295-313 (2004)

19. Mohamad Khan Jamal Khan, Nor Azimah Chew Abdullah dan Ab. Aziz Yusof: Keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam organisasi. Selangor: Prentice Hall, 2005.

20. Murphy LR: Job stress research at NIOSH: 1972-2002. Historical and Current Perspectives on Stress and Health 2, 1-55 (2002)

21. Noblet A, Rodwell J dan McWilliams J: The job strain model is enough for managers Journal of Managerial Psychology 16(8), 635-649 (2001)

22. Rees WD: Managerial Stress – Dealing With The Causes, Not The Symptoms. Industrial and Commercial Training 29(2), 35-40 (1997)

23. Robbins SP: Organizational behavior. 9th ed. New Jersey: Prentice-Hall, Inc, 2001. 31. Glazer S, Stetz TA dan Izso L: Effects of personality on subjective job stress: a cultural analysis. Personality and Individual Differences 37, 645-658 (2004)

24. Rollinson D: Organisational behaviour and analysis: an integrated approach. 3rd ed. England: Pearson Education Ltd, 2005.

25. Schermerhorn JR, Hunt JG dan Osborn RN: Organizational behavior. 9th ed. United States of America: John Wiley & Sons, Inc, 2005.

26. Selye H: Stress without distress. Philadelphia: Lippincott, 1974.

27. Selye H: The stress of life. 2nd ed. New York: McGraw-Hill Co, 1976. 15. Selye H: The stress of life. New York: McGraw-Hill Co, 1956.

28. Strazdins L dan Bammer G: Women, work and musculoskeletal health. Social Science & Medicine 58, 997-1005 (2004)

29. Wickens CD, Lee J, Liu Y dan Becker SG: An introduction to human factors engineering. 2nd ed. New Jersey: Pearson Education, Inc, 2004.

30. Zafir M.M. and Fazilah M.H: Stres di tempat kerja dan kesannya terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Malaysian Journal Of Community Health 12, 37-45, (2006)

41