daya tampung

30
PERSEKITARAN FIZIKAL ( Sumber alam ) DAYA TAMPUNG

Upload: haslinda-linda

Post on 14-Dec-2015

267 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

penggal 1

TRANSCRIPT

Page 1: Daya Tampung

PERSEKITARAN FIZIKAL( Sumber alam )

DAYA TAMPUNG

Page 2: Daya Tampung

MAKSUD : KEUPAYAAN SESUATU SUMBER ALAM UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN PENDUDUK PADA ARAS DAN TEMPOH TERTENTU

CIRI : DAYA TAMPUNG INI BERGANTUNG KEPADA;• KUANTITI DAN KUALITI STOK SUMBER YANG ADA• KEUPAYAAN TEKNOLOGI UNTUK MENJANA & MEMBANGUNKAN SUMBER ALAM• PENGURUSAN SUMBER YANG CEKAP & BERTERUSAN• KAWALAN TERHADAP PERTUMBUHAN PENDUDUK.

CONTOH : DAYA TAMPUNG SUMBER HUTAN DI MALAYSIA TIDAK LAGI BERUPAYA MEMENUHI PERMINTAAN SEKTOR PEMBINAAN.

Page 3: Daya Tampung

DEFINISI SUMBER SEMULAJADI

SUMBER ASLI YANG TERDIRI DARIPADA:

1)SUMBER YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI IAITU SUMBER YANG AKAN PUPUS DAN TIDAK BOLEH DIGANTI SEMULA SEPERTI SUMBER MINERAL (PETROLEUM, GAS ASLI, EMAS DLL)

2)SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI IAITU SUMBER YANG WUJUD SECARA BERTERUSAN, TIDAK PUPUS, ATAU BOLEH DIGANTI SEMULA SEPERTI SUMBER HUTAN, SUMBER AIR, SUMBER UDARA DLL.

Page 4: Daya Tampung
Page 5: Daya Tampung

HURAIKAN PERBEZAAN ANTARA SUMBER ALAM

YANG BOLEH DIPERBAHARUI DENGAN

SUMBER ALAM YANG TIDAK BOLEH

DIPERBAHARUI.

Page 6: Daya Tampung

Sumber alam boleh diperbaharui Sumber alam tidak boleh diperbaharui

1. Ada di mana-mana dan mudah diperolehi seperti udara, air, tanih.

Kewujudannya terhad di kawasan tertentu sahaja seperti petroleum dan gas asli di medannya sahaja.

2. Boleh pupus tetapi boleh dipulihara/diganti semula seperti hutan dan tanih.

Habis, pupus dan tidak boleh diganti semula atau dipulihara seperti bijih timah dan bijih besi

3. Boleh dihasilkan/kewujudannya dalam jangkamasa yang singkat seperti hutan melalui penanaman semula.

Kewujudannya dalam jangkamasa yang lama seperti petroleum dan arang batu mengambil masa jutaan tahun.

Page 7: Daya Tampung

KESAN KEPADATAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL

SISTEMATMOSFE

RA

SISTEMGEOMORFOLOG

I

SISTEMEKOLOGI

SISTEMHIDROLO

GI

Page 8: Daya Tampung

KESAN TERHADAP SISTEM GEOMORFOLOGI

HAKISAN TANAH & TANAH

RUNTUH

Berlaku apabila manusia melakukan pengubahsuaian

bukit bagi menyediakan pelbagai kemudahan bagi

keperluan penduduk. Antaranya untuk pembinaan

petempatan, lebuhraya, pertanian,pelancongan tanah

tinggi dll.

Penebangan pokok menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan terdedah

kepada hakisan air larian permukaan. Ini boleh

menyebabkan kejadian tanah runtuh

Berlaku apabila manusia melakukan pengubahsuaian

bukit bagi menyediakan pelbagai kemudahan bagi

keperluan penduduk. Antaranya untuk pembinaan

petempatan, lebuhraya, pertanian,pelancongan tanah

tinggi dll.

Penebangan pokok menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan terdedah

kepada hakisan air larian permukaan. Ini boleh

menyebabkan kejadian tanah runtuh

Page 9: Daya Tampung

KESAN KE ATAS SISTEM HIDROLOGI

PENCEMARANAIR

BANJIR KILAT

Page 10: Daya Tampung

KESAN TERHADAP SISTEM ATMOSFERA

PENCEMARAN UDARA

PEMANASAN GLOBAL &

PULAU HABA BANDAR

BERLAKU AKIBAT PENGELUARAN ASAP BERLEBIHAN DARI PERTAMBAHAN

KILANG DAN KENDERAAN BERMOTOR.

GAS-GAS PENCEMAR SPT. CO2 , CO, NO2 AKAN MEMENUHI RUANG

ATMOSFERA DAN MENGHASILKAN JEREBU

GAS-GAS PENCEMAR TADI AKAN MEMERANGKAP BAHANGAN MATAHARI DENGAN LEBIH BANYAK PADA WAKTU

SIANG DAN MENGHALANG PEMBEBASANNYA KE ATMOSFERA

PADA WAKTU MALAM.

Page 11: Daya Tampung

KESAN TERHADAP SISTEM EKOLOGI

KEMUSNAHAN

EKOSISTEM

KEPUPUSAN &

KEHABISAN SUMBER

Page 12: Daya Tampung

FAKTOR-FAKTOR YANG

MENYEBABKAN KEMEROSOTAN DAYA TAMPUNG SUMBER ALAM

Page 13: Daya Tampung

1. Tumpuan penduduk di sesebuah kawasan sahaja

Penduduk tertumpu di kawasan tertentu sahaja menyebabkan kepadatan penduduk terlalu tinggi.Ini menghasilkan tekanan terhadap

sumber alam khususnya tanah.

Saingan guna tanah meningkat menyebabkan kemerosotan daya tampung terutama dalam

pengeluaran makanan.

Contoh Pulau Jawa, Indonesia.

Page 14: Daya Tampung

2. Eksploitasi secara rakus dan berlebihan terhadap sumber alam.

•Penerokaan dan penggunaan secara rakus oleh penduduk menyebabkan kemerosotan dan kepupusan sumber alam khususnya

sumber yang tidak boleh diperbaharui.

•Contoh : Sumber hutan ditebang tanpa had atau ditebang secara haram.

•Contoh : Sumber marin/perikanan diambil secara berlebihan.

•Contoh : Sumber mineral dieksploitasi secara besar-besaran.

Contoh : Sumber tanah diguna

Page 15: Daya Tampung

3. Penggunaan yang tidak bertanggungjawab terhadap sumber

alam.

•Penggunaan sumber alam yang tidak bertanggungjawab telah merosakkan dan

mencemarkan alam sekitar

•Seperti aktiviti penebangan hutan di kawasan tadahan air merosakkan sumber air kepada

penduduk.

Pembuangan bahan-bahan pencemaran menyebabkan berlakunya pencemaran air,

udara dan tanih.

Page 16: Daya Tampung

4. Kurangnya kawalan dan penguatkuasaan undang-undang

yang longgar.•Pengawasan dan pemantauan yang

kurang dari agensi penguatkuasa – JAS, PBT dll.

•Hukuman yang ringan dan tidak setimpal dengan jenayah terhadap alam sekitar seperti denda

yang kecil sedangkan impak alam sekitar adalah besar.

Masalah birokrasi dan campur tangan politik.

Page 17: Daya Tampung

5. Kurangnya kesedaran dan kelalaian manusia

•Seperti penduduk yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti pembakaran terbuka,

pembuangan sampah sarap dll.

Penduduk lalai dan cuai untuk memulihara alam sekitar seperti pemuliharaan cerun, sungai, pantai

dll. Kesedaran meningkat apabila berlaku bencana.

•Pendidikan dan kesedaran alam sekitar di

kalangan masyarakat masih lagi rendah.

Page 18: Daya Tampung

LANGKAH MENGURANGKAN KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL AKIBAT KEPADATAN PENDUDUK

Page 19: Daya Tampung

1. Melaksanakan akta dan ordinan

LANGKAH PERUNDANGAN

•Akta kualiti alam sekeliling 1974. – Sub akta, enakmen dan peraturan/perintah.

•Akta perhutanan negara 1984

•Akta rezab sungai

Ordinan di bawah Pihak berkuasa tempatan dll.

Page 20: Daya Tampung

2. Penguatkuasaan oleh Agensi Pelaksana

Rondaan/pemantauan/kawal selia yang kerap oleh agensi pelaksana seperti JAS dan PBT.Agensi pelaksana diberi kuasa penuh untuk

melaksanakan tugas.

Menambahkan anggota penguatkuasa.Tangkapan tanpa pilih kasih dan berintegriti

Page 21: Daya Tampung

3. Perlaksanaan Hukuman

•Proses mahkamah perlu dipercepatkan.

•Denda/kompaun yang tinggi kepada pesalah alam sekitar.

•Penjara mandatori kepada penjenayah alam sekitar.

Page 22: Daya Tampung

4. Penyediaan EIA (Enviorment Impact Assesment) dan SIA (Social

Impact Assesment).

•Projek pembangunan di kawasan padat penduduk mestilah mendapat kelulusan EIA dan SIA.

•Kajian EIA dan SIA perlu dibuat secara terperinci oleh pakar runding bebas.

•Monitoring dan penilaian perlu dibuat dari masa ke semasa.

•Arahan mahkamah berkaitan dengan kelulusan EIA •dan SIA mestilah dipatuhi.

Page 23: Daya Tampung

AMALAN PENGURUSAN STRATEGIK

Melibatkan usaha jangka pendek dan jangka panjang.

Contoh: Dalam konteks mencegah & mengawal hakisan tanah, langkah berikutDilakukan : 1) membina benteng konkrit, membina sangkar dawai batu(Groin & gabion), menanam tumbuhan tutup bumi, membina alur-alur kecil dll )

2) Melaksanakan pertanian berkontur, membina teres, kaedah penanaman berjalur dan bergilir dll.

Dalam konteks mengawal pencemaran udara, Usaha berikut dilakukan iaitu: 1) Menempatkan industri mengikut jenis dan zon-zon, mengawal perlepasan asap melalui sistem penapisan, meninggikan serombong, mengurangkan penggunaan bahan api fosil dll.

Page 24: Daya Tampung

BENTENG KONKRIT

Page 25: Daya Tampung

GABION (SANGKAR DAWAI BATU)

Page 26: Daya Tampung

TANAMAN BERTERES/ KONTUR

Page 27: Daya Tampung

SEROMBONG ASAP

Page 28: Daya Tampung

KEMPEN KESEDARAN

1) PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

- PENDIDIKAN DIADAKAN DIPERINGKAT

SEKOLAH MAKTAB UNIVERSITI

2)KEMPEN KESEDARAN - KEMPEN KESEDARAN KEPADA

MASYARAKAT OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN

(NGO) SUPAYA MASYARAKAT MENJAGA

ALAM SEKITAR.

Page 29: Daya Tampung

SOALAN TUTORIAL MINGGU INI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Daya Tampung Persekitaran Fizikal? ( 3 m)

2. Huraikan perbezaan antara sumber alam boleh diperbaharui dengan sumber alam tidak boleh diperbaharui. ( 6m)

3. Bagaimanakah Faktor kependudukan boleh mempengaruhi kemerosotan daya tampung sumber alam? ( 10 m)

4. Terangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan daya tampung sumber alam sesebuah negara. (6 m)

Page 30: Daya Tampung

PELIHARALAH ALAM SEKITAR

UNTUK GENERASI AKAN

DATANG

“ pembangunan lestari “