40 jenis senaman perut

2
40 Jenis Senaman Perut & Tips Mengempiskan Perut Jika anda mengalami masalah perut buncit dan ingin mengempiskannya, anda tidak perlu berputus asa kerana terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda. Individu yang mengalami masalah perut buncit akan mengalami masalah dari segi keyakinan dan juga penampilan. Antara beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perut buncit adalah pengambilan makanan yang tidak sihat dan kurang bersenam. Berikut merupakan beberapa tips mengempiskan perut: Khasiat air putih/mineral air putih akan membantu membersihkan organ dalaman dalam tubuh seseorang. Selain itu, ia juga akan membantu memudahkan sistem pencernaan berjalan dengan lancar dan terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit. Secara tidak langsung ia akan memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh manusia dan mengempiskan masalah

Upload: rashidin-bujang

Post on 13-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 40 Jenis Senaman Perut

40 Jenis Senaman Perut & Tips Mengempiskan Perut

Jika anda mengalami masalah perut buncit dan ingin mengempiskannya, anda tidak perlu

berputus asa kerana terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda. Individu yang

mengalami masalah perut buncit akan mengalami masalah dari segi keyakinan dan juga

penampilan. Antara beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perut buncit adalah

pengambilan makanan yang tidak sihat dan kurang bersenam.

Berikut merupakan beberapa tips mengempiskan perut:

Khasiat air putih/mineral – air putih akan membantu membersihkan organ dalaman dalam

tubuh seseorang. Selain itu, ia juga akan membantu memudahkan sistem pencernaan berjalan

dengan lancar dan terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit. Secara tidak langsung ia

akan memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh manusia dan mengempiskan masalah

Page 2: 40 Jenis Senaman Perut

perut buncit. Oleh itu, perbanyakkanlah minum air putih yang bersih kerana ia juga

memberikan tenaga kepada anda.

Bersenam/olahraga – Anda yang mengalami masalah perut buncit boleh melakukan

senaman sebagai langkah mengempiskan perut. Hal ini kerana melalui senaman ia dapat

memberikan kita berat badan yang ideal sesuai dengan berat badan. Senaman juga

memberikan tubuh badan yang sihat dan cergas. Pelbagai aktiviti senaman boleh dilakukan

seperti jogging, push-up dan sebagainya.

Kurangkan pengambilan garam yang berlebihan – pengambilan kandungan garam dalam

makanan akan menyebabkan berlakunya penambahan sodium terhadap cairan tubuh yang

akan melambatkan mekanisme dalam tubuh seseorang manusia. Kesannya, ia akan

menyebabkan berlakunya perut buncit kepada individu tersebut kerana perut akan menjadi

kembung dan penuh akibat masalah pengeluaran air yang tidak sempurna. Selain itu, adalah

tidak digallakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat. Hal ini

bermaksud, gaya pemakanan yang sihat diperlukan untuk memastikan kesihatan perut anda

dan terhindar daripada masalah perut buncit.

Jauhi stress – jadikan kehidupan anda sesuatu yang menggembirakan tanpa terbeban

dengan masalah. Jika anda mempunyai masalah, selesaikan dengan baik dan cuba untuk

menjadikan masalah tersebut sebagai bukan bebanan. Hal ini kerana stress biasanya akan

membuatkan seseorang meningkat nafsu makan dan menyebabkan kesukaran tidur. Selain itu,

hindarkan daripada tidur setelah makan kerana ia akan menjadikan perut mudah untuk buncit.

Oleh itu, adalah lebih anda banyak ketawa kerana ia akan membantu anda membakar kalori

serta lemak yang terdapat dalam tubuh.

Ubat pelangsing – jika anda mengambil keputusan untuk mengambil ubat pelangsing yang

terdapat dalam pasaran, anda haruslah berhati-hari kerana dikhuatiri ia akan memberikan

kesan sampingan kepada kesihatan anda. oleh itu, adalah lebih baik jika anda mendapatkan

nasihat daripada doktor atau pakar yang lebih mengetahui mengenai ubat yang sesuai untuk

anda.

Selain itu, khidmat dan nasihat yang diberikan doktor juga akan mengelakkan anda

daripada menghidapi kesan sampingan berbahaya yang mungkin akan mempengaruhi tahap

kesihatan anda.