5) isi perut muzik dunia

43
1.0 PENGENALAN Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza sama ada bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya atau apa-apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan. Seorang guru muzik yang baik perlu mempunyai pemikiran yang analitik dan dapat mengetahui faedah yang diperoleh daripada subjek MZU3202 Muzik Dunia. Melalui pengetahuan ini, guru muzik mendapat kelebihan semasa mengendalikan pendidikan muzik dalam bilik darjah selain membantu guru melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik. Saya telah memilih untuk menghubungkaitkan analisis muzik Dunia Phi Phat dari Thailand dengan alat muzik dan ciri- ciri muzik Gamelan dan Mak Yong dari muzik Tradisi Malaysia. 1.1 MUZIK DUNIA Muzik dunia adalah kategori alat muzik yang meliputi pelbagai gaya muzik yang berbeza dari seluruh dunia termasuk muzik tradisional, muzik neotradisional dan muzik di mana lebih daripada satu tradisi asimilasi budaya. Muzik Dunia bersifat inklusif dan statik menjadi penghalang daripada menjadi sejagat. Antara contoh Muzik iaitu muzik Jepun dan Cina Koto, muzik kawasan Sub-Sahara Afrika, muzik tradisional Cina seperti Opera Cina dan Orkestra Cina Moden, muzik Phi Phat dari Thailand dan Muzik dan Orkestra Klasik India. 1.1.1 Muzik Phi Phat 1

Upload: muhammad-amin

Post on 05-Dec-2015

240 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

hggkjg

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada

sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza

sama ada bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya atau apa-apa bunyi yang

dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan. Seorang guru muzik yang

baik perlu mempunyai pemikiran yang analitik dan dapat mengetahui faedah yang

diperoleh daripada subjek MZU3202 Muzik Dunia.

Melalui pengetahuan ini, guru muzik mendapat kelebihan semasa

mengendalikan pendidikan muzik dalam bilik darjah selain membantu guru

melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik. Saya telah memilih untuk

menghubungkaitkan analisis muzik Dunia Phi Phat dari Thailand dengan alat muzik

dan ciri-ciri muzik Gamelan dan Mak Yong dari muzik Tradisi Malaysia.

1.1 MUZIK DUNIA

Muzik dunia adalah kategori alat muzik yang meliputi pelbagai gaya muzik yang

berbeza dari seluruh dunia termasuk muzik tradisional, muzik neotradisional dan

muzik di mana lebih daripada satu tradisi asimilasi budaya. Muzik Dunia bersifat

inklusif dan statik menjadi penghalang daripada menjadi sejagat. Antara contoh

Muzik iaitu muzik Jepun dan Cina Koto, muzik kawasan Sub-Sahara Afrika, muzik

tradisional Cina seperti Opera Cina dan Orkestra Cina Moden, muzik Phi Phat dari

Thailand dan Muzik dan Orkestra Klasik India.

1.1.1 Muzik Phi Phat

Pi Phat adalah sejenis ensemble dalam muzik klasik Thailand yang terdiri daripada

kumpulan alat muzik idiofon, membranofon dan erofon. Ensemble muzik Phi Phat

boleh dibahagikan kepada 6 ensemble iaitu Pi Phat Khryang Ha, Pi Phat Khryang

Khu, Pi Phat Khryang Yai, Pi Phat Nang Hong, Pi Phat Duk Dam Ban dan Pi Phat

Mon.

Phi Phat Khryang Ha juga dikenali sebagai Phi Phat Quintet. Ensemble muzik

ini telah diambil daripada Pi Phat Chatri dan diiringi oleh penari-penari bertopeng

yang dikenali sebagai Khone. Kebiasaannya ensemble Pi Phat Khryang Ha terdiri

daripada 1 alat muzik Pi Nai (bass oboe), 1 alat muzik Taphon (secondary beat), 1

alat muzik Ching (main beat), 1 alat muzik Khong Wong Yai (bass gongs), 1 gong

1

yang berbentuk bulatan iaitu Khong Wong Yai, 2 alat muzik Klong Thad (Thai

Timpani) dan 1 alat muzik Ranat (treble xylophone).

Ensemble Pi Phat Khryang Ha

Muzik Pi Phat Khryang Khu diambil daripada Phi Phat Khryang Ha.

Ensemble ini terdiri daripada 1 alat muzik Pi Nai (bass oboe), 1 alat muzik Pi Nok

(treble oboe), 1 alat muzik Taphon (secondary timekeeper), 1 alat muzik Glong

Sogna atau 2 alat muzik Glong Khaek, 2 alat muzik Glong Thad (Thai timpani), 1 alat

muzik Ching (main timekeeper), 1 alat muzik Chap, 1 alat muzik Khong Wong Yai, 1

alat muzik Khong Wong Lek, 1 alat muzik Khong Mong, 1 alat muzik Ranat Ek dan 1

alat muzik Ranat Thum.

Ensemble Pi Phat Khryang Khu

Ensemble Pi Phat Khryang Yai merupakan ensemble Pi Phat yang paling

besar yang menjadi penanda aras tinggi terhadap kualiti muzik Pi Phat. Nama

ensemble ini diambil daripada sejenis xilofon logam (ranad ek lek and thume lek)

digunakan semasa pemerintahan Raja Chahri I. Ensemble ini terdiri daripada 14 alat

muzik yang mana 12 alat muziknya sama seperti ensemble Pi Phat Khryang Khu dan

ditambah dengan 1 alat muzik Ranat Ek Lek dan 1 alat muzik Ranat Thum Lek.

2

Ensemble Pi Phat Khryang Yai

Ensemble Pi Phat Nang Hong dinamakan sempenan sebuah lagu yang

selalu dimainkan dalam ensemble ini. Nama lagu tersebut adalah Tab Ruang Nang

Hong dan dimainkan semasa upacara pembakaran mayat dan kematian. Penukaran

alat muzik Pi Nai dan Pi Nok dengan Pi Chawa. Ensemble Pi Phat adalah kombinasi

Pi Phat Mai Khaung dan ensemble dram Melayu.

Ensemble Pi Phat Nang Hong

Ensemble Pi Phat Duk Dam Ban digunakan dalam Opera Thai semasa

zaman putera Naris. Alat muzik ensemble ini terdiri daripada 1 alat muzik Ranat Ek,

1 alat muzik Taphon, 1 alat muzik Ranat Thum, 1 alat muzik Ranat Thum Lek, 1 alat

muzik Khong Wong Yai, 1 alat muzik Ching, 1 alat muzik Taphon, 1 alat muzik Saw

U,1 alat muzik Khlui U (bass flute), 1 alat muzik Khlui Phiang Aw dan 1 alat muzik

Wong Khong Chai (7 gong berpic)

Ensemble Pi Phat Duk Dam Ban

3

Ensemble Pi Phat Mon mula terkenal semasa zaman pemerintahan Raja

Chakri Rama IV apabila ensemble Pi Phat Mon dimainkan ketika upacara

pengebumian isterinya dan kemudiannya terkenal semasa zaman pemerintahan

Raja Vajiravuth Rama VI. Ensemble Pi Phat Mon mempunyai pelbagai alat muzik

seperti ensemble Pi Phat yang lain tetapi berbeza sedikit kerana mempunyai alat

muzik Gong Wong (Gong bulat), alat muzik Tapone ditukar kepada alat muzik

Tapone Mon yang lebih besar, alat muzik Pi Nai ditukar kepada alat muzik Pi Mon

dan ditambah dengan drum bulat iaitu Puang Mang Kog untuk memainkan melodi

dan ritma perkusi.

Ensembel Pi Phat Mon

Jenis Ensembel Peranan Dalam Masyarakat

Phi Phat Khryang Ha Mengiringi tarian bertopeng Khone,

Lakorn dan Nang Yai.

Phi Phat Khryang Khu Mengiringi tarian bertopeng Khone,

Lakorn dan Nang Yai.

Persembahan di istana.

Phi Phat Khryang Yai Mengiringi tarian bertopeng Khone,

Lakorn dan Nang Yai.

Persembahan di istana.

Phi Phat Nang Hong Majlis pengebumian kerabat diraja.

Phi Phat Duk Dam Ban Persembahan umum.

Selalu dimainkan secara Mai Nuam atau

indoor.

Phi Phat Mon Majlis pengebumian kerabat diraja.

Majlis pengebumian rakyat.

Persembahan keramaian.

4

1.1.2 Alat Muzik Phi Phat

Antara instrumen asli yang wujud dari Thailand dan digunakan sejak zaman purba

adalah alat muzik Pi Nai yang diperbuat dari kayu keras dan juga batu marmar.

Rangka badan alat ini ditiun dan dibentuk dengan 14 pasang cincin tembaga.

Rangka dalaman alat ini berbentuk silinder kosong. Di bahagian pangkal, terdapat

satu ruang untuk meletakkan pipit dua lapis (reed) manakala bahagian hujungnya

adalah satu bukaan besar. Pipit Pi Nai diperbuat daripada empat keping daun kelapa

sawit yang berbentuk bulat dan diikat bersama dengan menggunakan tiub tembaga,

perak dan besi lain. Pi Nai juga merupakan alat muzik utama dalam permainan

ensemble bersama dengan alat perkusi yang lain. Oleh itu, ia dikenali sebagai

ensemble Pi Phat

Pi Nai

Alat Muzik Saw-U berbentuk panjang seperti alat muzik China iaitu Er hu

atau instrument Cambodia, Tro U dan Rebab. Mempunyai dua tali dan dapat

menghasilkan lapan jenis not. Kotak suara alat ini diperbuat daripada tempurung

kelapa dan bahagian hadapannya ditutup dengan menggunakan kulit lembu. Alat

muzik ini adalah alat yang sensitif dan mudah pecah. Berperanan memainkan melodi

utama mahupun iringan dalam ensemble.

5

Seterusnya alat muzik Pi Cha Nai yang mempunyai dua bahagian yang

berbeza dan ia diperbuat daripada kayu atau gading. Alat muzik ini mempunyai reed

yang diperbuat daripada empat keping daun kelapa sawit yang berbentuk bulat dan

diikat bersama dengan menggunakan tiub tembaga, perak dan besi lain. Alat muzik

ini berkembang dari idea asal Pi Nai.

Pi Cha Nai

Alat muzik yang lebih kurang seperti Pi Cha Nai adalah alat muzik Chawa

yang mempunyai 8 lubang kecuali jarak antara lubang.

Pi Chawa

Alat muzik membranofon dalam ensemble Pi Phat iaitu Klong Thad

mempunyai permukaan kulit yang direnggangkan dan pada mulanya terdiri daripada

satu gendang dan kemudiannya penambahan Klong kedua menunjukkan perbezaan

nada.

Klong Thad

6

Alat muzik membranofon lain yang terdapat dalam ensemble Pi Phat adalah

Ta Phon. Rangka badannya berbentuk seperti labu sayung dengan ukuran diameter

25 cm pada bahagian kepala yang diletakkan pada bahagian kanan pemain.

Bahagian penghujung berdiameter 22cm yang ditempatkan pada bahagian kiri

pemain. Alat ini dimainkan dengan kedua-dua belah tangan.

Badan Ta Phon berukuran 48cm yang diukir dari kayu ‘Teak’ asli ataupun

pokok nangka. Penjuru bahagian kepala dijahit dengan rotan untuk mengukuhkan

bentuknya. Bahagian kepala disambungkan dengan satu bahagian kayu yang lain.

Bahagian kayu yang disambungkan dilingkari dengan penampal yang berwarna

hitam dan dicat warna hitam. Berat campuran nasi dengan abu digunakan untuk

tiunan alat muzik ini.

Ta Phon

Alat muzik Ranak Ek mempunyai 21 - 22 kepingan kayu. Kepingan kayu yang

terendah ialah 38cm panjang, 5 cm lebar, dan ketebalan 1.5 cm. Semakin tinggi ton,

semakin kecil dan tebal saiz kepingan kayu. Kepingan kayu disusun menggunakan

tali yang disambungkan kepada rangka badan alat muzik yang berperanan sebagai

resonator. Panjang Ranat Ek ialah 125cm. Kepingan kayu Ranat Ek diperbuat

daripada kayu keras yang menghasilkan ton yang merdu. Rangka badan Ranat Ek

berbentuk seperti bot yang diperbuat daripada kayu ‘Teak’. Berat Ranat Ek adalah

sekitar 13kg - 15kg yang merupakan hasil buatan tangan.

Ranak Ek

7

Alat muzik Ranat Thum mempunyai 17 - 18 kepingan kayu. Kepingan kayu

yang terendah ialah 42 cm panjang dan 6 cm lebar. Semakin kecil saiz kayu,

semakin tinggi ton yang dihasilkan. Ton yang tertinggi mempunyai panjang kepingan

kayu 35.5 cm dan kelebaran dalam 5 cm. Panjang Ranat Thum ialah 125 cm dan

diperbuat daripada kayu buluh. Badan Ranat Thum berbentuk seperti kotak kayu

yang mempunyai panjang 125 cm, lebar 22 cm, dan diperbuat daripada kayu ‘Teak’.

Berat Ranat Thum adalah sekitar 10kg - 13kg yang merupakan hasil buatan tangan.

Ranat Thum

Alat muzik Khawng Wong Yai adalah kumpulan gong yang disusun dalam

bentuk bulatan. Ia mempunyai 16 tiunan yang berbeza yang diletakkan atas rangka

rotan yang berbentuk bujur. Alat ini dimainkan dengan sepasang pemukul kayu yang

leper. Diameter alat muzik ini adalah sepanjang 17 cm dari bahagian kiri pemain dan

12 cm dari bahagian kanan pemain yang mempunyai renj tiun dari D ke E’. Setiap

gong dililinkan untuk ditiun. Khawng Wong Yai boleh dimainkan dengan mengetuk

secara kuat ataupun lembut dan memainkan kaunter melodi.

Khawng Wong Yai

8

Alat muzik Khawng Wong Lek lebih terperinci berbanding Khwng Wong Yai.

Bezanya ia lebih kecil berbanding Khawng Wong Yai.

Khawng Wong Lek

Alat muzik Ching merupakan alat perkusi iaitu sepasang simbal gangsa yang

kecil. Ching diperbuat daripada besi dan dibentuk seperti cawan kecil yang

berdiameter 6 cm hingga 7 cm. Alat ini mempunyai satu lubang untuk diikat dengan

menggunakan tali. Ching dimainkan dengan mengetuk pada kedua-dua permukaan.

Ching menghasilkan bunyi “cing” dan “chap” seperti namanya.

Ching

Alat muzik Khlui mempunyai persamaan dengan Mulali, Piccolo dan

Seruling. Khlui Mempunyai tiga jenis Khlui moden.

Khlui

9

1.2 MUZIK MALAYSIA

Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat

sosial di negara kita. Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati

di negara kita dari dahulu hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada

manusia dalam kehidupan sosial. Ahli falsafah berpendapat manusia secara

semulajadi mempunyai tarikan terhadap muzik.. Fakta ini jelas kerana muzik menjadi

kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja dapat dinikmati

melalui pacaindera malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan seseorang itu.

Muzik dapat memberi kesan dalam hidup orang ramai melalui seni,irama dan lagu.

Muzik juga dapat ditontonkan dan dipersembahkan melalui pelbagai cara

samaada secara terus ataupun melalui media. Persembahan muzik bukan sahaja

dapat dilakukan dengan pelbagai cara malahan dapat dipersembahkan oleh kaum

lelaki mahupun wanita. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 pula seni muzik

merupakan satu gubahan bunyi yang menghasilkan hiburan dalam bentuk lagu dan

irama yang indah dan menyenangkan. Seni muzik juga sentiasa berubah-ubah

melalui aliran dari zaman ke zaman.

Di Malaysia, seni muzik tradisional merupakan seni yang tidak lapuk di

kalangan pelbagai etnik di negara kita. Seni muzik tradisional merupakan warisan

turun temurun sesuatu kaum dan mempunyai keunikan tersendiri. Setiap bangsa

mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Seni muzik tradisional juga bergantung

kepada adat dan budaya sesuatu bangsa. Pada zaman dahulu muzik hanya

dimainkan oleh golongan bangsawan ataupun untuk hiburan diraja sahaja. Namun

begitu terdapat juga muzik yang dimainkan untuk rakyat. Jelas disini seni muzik pada

zaman dahulu mempunyai hieraki tersendiri.

Selaras dengan peredaran zaman rakyat juga dapat menikmati seni ini pada

masa kini. Alat muzik juga merupakan lambang estetika dalam masyarakat kita. Ia

bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan malahan menjadi alat untuk penyebaran

maklumat dan sahsiah. Sesetengah alatan muzik juga mempunyai unsur magis yang

boleh menaikan semangat dan digunakan dalam upacara tertentu. Muzik Tradisional

di Malaysia boleh dibahagikan kepada Muzik Rakyat, Muzik Sinkretik, Muzik Klasik,

Muzik Tarian dan Muzik Popular.

1.2.1 Gamelan

10

Nama gamelan berasal dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini

mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi

dan dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat dari

perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai

larasan yang tetap atau “fixed tuning”. Permainan muzik gamelan dilakukan secara

ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan

secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara

tersendiri.

Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti bonang, kenong,

gambang, gendang dan gong. Perkataan 'gamelan' berasal daripada perkataan Jawa

iaitu 'gamel' yang bermaksud memukul atau tukul. kemudian gamelan diperkenalkan

ke Pahang dan seterusnya ke Terengganu. Sebahagian besar alat-alat dalam

Gamelan Melayu di Pahang dan di Terengganu adalah alat-alat idiofon (idiophone)

iaitu yang diketuk dalam beberapa cara untuk mengeluarkan bunyi. Alat-alat idiofon

ini adalah diperbuat daripada gangsa dalam bentuk mangkuk yang berpencu dan

meallophones (sekiranya alat zilafon diperbuat daripada keping-keping tembaga

dipanggil metalofon) yang diketuk dengan beberapa jenis palu dengan cara yang

tertentu. Di samping itu satu alat membranophone juga terdapat dalam orkestra ini

dan alat ini adalah gendang yang mempunyai dua muka.

Keterangan yang berikut tentang Gamelan Melayu diasaskan kepada alat

Gamelan Melayu yang tertua di Malaysia yang terdapat dari istana Terengganu. Ia

menggambarkan nilai rasa muzik dan rujukan pemain- pemain Joget Gamelan

daripada tradisi istana dalam akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Hari ini alat

gamelan Melayu dari istana Terengganu disimpan di Muzium Tokoh, Kuantan,

Pahang. Sungguhpun Gamelan Melayu yang digunakan pada awal tahun-tahun

dalam kurun ke-19 (Istana Pekan) mungkin mengandungi banyak alat-alat tetapi

tidak ada bukti-bukti bertulis untuk menguatkannya.

1.2.1.1 Alat-Alat Muzik Gamelan

Bonang / Keromong

Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro

lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya

berbalut tali. Ia mempunyai variasi notasi yang merdu. Gamelan Melayu mempunyai

11

10 „mangkuk‟ berpencu yang mempunyai notasi 1, 2, 3, 5, 6. Tidak seperti gamelan

Jawa atau Bali yang mempunyai satu notasi tambahan iaitu 1, 2, 3, 5, 6, i.

Gambang:

Gambang dikategorikan dalam alat zilofon. Merupakan alat muzik yang diperbuat

dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap

satu berbeza ketebalan dan panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah

kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk

menggunakan kedua-dua belah tangan serentak.

Kenong

Kenong dikategorikan sebagai alat muzik idiophone. Kenong menyerupai gong tapi

lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong. Alat ini diletakkan di atas tali yang

diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang

merdu setelah diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang

dengan pemalu kayu yang dibalut dengan tali tebal di hujungnya. Peranannya adalah

untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh

gong.

Saron

12

Saron dikategorikan sebagai alat muzik metallophones. Saron terdiri daripada bilah-

bilah yang disusun di atas tapak kayu. terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong,

saron penerus/barong dan saron pekin. Saron demong juga memiliki bentuk yang

hampir sama dengan saron, tetapi saiznya lebih besar. Selain itu,

satu lagi perbezaan di antara keduanya ialah bilah demong lebih lebar dan lebih nipis

daripada saron.

Saron baron dan pekin mengamalkan teknik perdam dalam konteks

pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi(pekin) dan oktaf tengah(baron)

dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring. Dari

segi fizikalnya, saron pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih

menebal jika dibandingkan dengan bilah yang ada pada saron barong. Alat pemukul

bagi saron pekin juga berbentuk penukul yang diperbuat daripada tanduk kerbau dan

bagi pemukul demong dan barong diperbuat daripada kayu lembut.

Saron Penerus / Baron Saron Pekin

Saron Demong

Gendang

Gendang merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan,

ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah

pincang. Gendang dalam gamelan mempunyai fungsi tersendiri yang sifatnya tiada

pada alat-alat lain. Gendang merupakan alat membraphone. Membraphone

merupakan alat muzik yang terdiri daripada selaput-selaput kulit. Alat-alat

membraphone dimainkan dengan cara tabuhan.. Oleh itu gendang merupakan alat

tabuhan yang istimewa yang mempunyai sejarah pembuatan yan lama dan

13

berkembang kepada variasi alat-alat tabuhan istimewa dan pelbagai.

Badan gendang diperbuat daripada batang nangka atau batang cempedak.

Kedua-dua hujung rangka ditutup dengan kulit binatang sama ada kulit kambing,

lembu atau kerbau. Sebelah tepi dicucuk dengan rotan dan ditarik sehingga tegang

selari dengan batang yang menjadi kerangka gendang. Kebiasaanya bahagian yang

kecil dicucuk dengan 6 urat rotan, manakala bahagian yang besar dengan 9 urat

rotan. Gendang adalah alat penting di dalam memimpin rentak bunyian baik rendah

ataupun tinggi. Ia dianggap alat yang paling sukar dimainkan, dan memerlukan

kemahiran yang tinggi di dalam permainan lantaran tidak mudah untuk diberi notasi.

Gong

Gong adalah sejenis alat muzik 'idiophone' berasal dari Asia Timur Selatan. Gong

penting berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan

muzik gamelan. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang

berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.

Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama

muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia sebagai alat

utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terjamin

berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang

agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Gong tempatan

mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk

memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

14

1.2.2 Mak Yong

Persembahan Mak Yong secara keseluruhannya merupakan sebuah seni lakon yang

dimainkan oleh pelakon manusia dan bukan patung. Ia menggunakan dialog, tarian

serta muzik vokal dan instrumental untuk mengisahkan ceritanya. Mak Yong telah

ditentukan sebagai bentuk seni lakon yang sangat kuno, berunsur lagenda, mitos

dan mempunyai perhubungan yang erat dengan upacara perubatan tradisional main

puteri. Sumber-sumber bertulis telah membuktikan adanya perkembangan Mak Yong

di perkampungan Patani dan Kelantan dari abad ke-19 hingga ke abad ke-20 ini.

Pada awal abad ke-20, teater Mak Yong juga tersebar luas di Semenanjung

Malaysia, Medan dan di kepulauan Riau-Lingga di Indonesia.

Muzik Mak Yong dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada

sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab tiga tali. Selain itu,

terdapat juga alat-alat yang dipinjam daripada orkestra wayang kulit Kelantan dan

menora seperti serunai, geduk dan canang. Alat-alat pinjaman ini digunakan untuk

menghasilkan muzik instrumental bagi tujuan khas seperti lagu Tari Ragam dan

sebagainya.

15

1.2.2.1 Alat-Alat Muzik Mak Yong

Tetawak

Tetawak merupakan sepasang gong berbusut dari keluarga idiofon yang digantung

pada rak kayu dan dipalu dengan pemukul kayu yang berbalut dengan kain pada

hujungnya.

Gendang ibu dan anak

Gendang adalah sepasang gendang berbentuk tong panjang (baluh - diperbuat

daripada kayu) dengan dua muka kulit yang ditegangkan dengan kuat.

Rebab

Alat tiga tali yang memainkan melodi instrumental dalam muzik Mak Yong. Ia

tergolong dalam keluarga kordofon dalam kelas kecil ’lut yang digesek’. Rebab

mempunyai badan kayu berbentuk segitiga dengan penjuru bulat. Bahagian

mukanya ditutup dengan kulit perut lembu yang telah diproses dan dikeringkan. Satu

bonggol kecil yang diperbuat daripada lilin lebah yang dinamakan susu dipasangkan

di sebelah kiri pusat badannya. Bonggol ini berfungsi sebagai bahan untuk

meredamkan bunyi.

16

Bahagian belakang badan rebab diliputi dengan kain dan benang-benang

yang berwarna-warni. Bahagian leher alat ini diperbuat daripada kayu tebal tanpa

fret. Sepasang pancang tebal dipasang pada bahagian bawah badan rebab yang

berfungsi sebagai kakinya. Di bahagian hujung leher rebab dipasangkan ’kecopong’

yang diukir bentuk pucuk rebung dan dicatkan. Kecopong dilengkapi dengan ’finial’

iaitu satu bahagian yang tajam dan boleh dilucutkan dari kecopong.

Serunai

Serunai atau juga disebut puput serunai, adalah nama alat muzik aerofonik (tiup)

yang terkenal sebagai alat muzik tradisional Melayu. Bahagian yang unik bagi

serunai ialah bahagian hujungnya yang mengembang, berfungsi untuk memperbesar

volume suara.

17

Canang

Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil.

Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensembel paluan

tradisional yang terdapat di Kelantan. Dalam konteks persembahan yang

berhubungan dengan teater tradisional ia disertakan secara berpasangan iaitu

canang 'ibu' dan 'anak'.

Kesi

Kesi merupakan sejenis alat muzik tradisional Melayu yang diperbuat daripada

logam. Ia merupakan sepasang piring logam yang diikat antara keduanya dengan

tali. Ketika dimainkan, ia akan dipukul sesama sendiri. Kesi selalunya dimainkan

secara berkumpulan dangan peralatan muzik yang lain.

18

2.0 HUBUNGKAIT ANTARA MUZIK PHI PHAT DENGAN GAMELAN DAN

MAK YONG

Muzik Phi Phat mempunyai beberapa perkaitan dengan muzik Gamelan dan Mak

Yong dari segi sejarah, jenis alat muzik, ciri-ciri muzik dan cara permainan alat

muzik.

2.1 JENIS ALAT MUZIK

Gamelan Phi Phat Mak Yong

Pi Nai

Di bahagian pangkal, terdapat satu ruang untuk meletakkan pipit dua lapis (reed) manakala bahagian hujungnya adalah satu bukaan besar.

Pipit Pi Nai diperbuat daripada empat keping daun kelapa sawit yang berbentuk bulat dan diikat bersama dengan menggunakan tiub tembaga, perak dan besi lain

Serunai

Serunai diperbuat daripada kayu yang dilarik berbentuk bulat dan mempunyai 3 bahagian iaitu kecopong atau patak, batang dan nali.

Pada nali inilah dipasang pipit yang diperbuat dari daun tar (lontar atau kelapa laut) dilipat menjadi 4 keping diikat serta dipotong mengikut kesesuaian pada nali tersebut

19

Saw-U

Alat Muzik Saw-U berbentuk panjang seperti alat muzik China iaitu Er hu atau instrument Cambodia, Tro U dan Rebab.

Mempunyai dua tali dan dapat menghasilkan lapan jenis not. Kotak suara alat ini diperbuat daripada tempurung kelapa dan bahagian hadapannya ditutup dengan menggunakan kulit lembu.

Alat muzik ini adalah alat yang sensitif dan mudah pecah. Berperanan memainkan melodi utama mahupun iringan dalam ensemble

Rebab

Rebab mempunyai badan kayu berbentuk segitiga dengan penjuru bulat.

Bahagian mukanya ditutup dengan kulit perut lembu yang telah diproses dan dikeringkan. Satu bonggol kecil yang diperbuat daripada lilin lebah yang dinamakan susu dipasangkan di sebelah kiri pusat badannya.

Bonggol ini berfungsi sebagai bahan untuk meredamkan bunyi.

Gendang

• Gendang anak dan gendang ibu diperbuat dari kayu nangka dan muka gendang ditutupi dengan kulit lembu dan kulit kambing.

• Pemukulnya diperbuat dari rotan dan kayu.

• Gendang digunakan untuk mengawal tempo sesuatu lagu.

Ta Phon

Rangka badannya berbentuk seperti labu sayung dengan ukuran diameter 25 cm pada bahagian kepala yang diletakkan pada bahagian kanan pemain.

Bahagian penghujung berdiameter 22cm

Gendang

Gendang adalah sepasang gendang berbentuk tong panjang (baluh - diperbuat daripada kayu) dengan dua muka kulit yang ditegangkan dengan kuat.

20

yang ditempatkan pada bahagian kiri pemain. Alat ini dimainkan dengan kedua-dua belah tangan.

Badan Ta Phon berukuran 48cm yang diukir dari kayu ‘Teak’ asli ataupun pokok nangka.

Penjuru bahagian kepala dijahit dengan rotan untuk mengukuhkan bentuknya. Bahagian kepala disambungkan dengan satu bahagian kayu yang lain.

Bahagian kayu yang disambungkan dilingkari dengan penampal yang berwarna hitam dan dicat warna hitam.

Berat campuran nasi dengan abu digunakan untuk tiunan alat muzik ini.

Gambang

Gambang dikategorikan

dalam alat zilofon. Merupakan alat muzik

yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang.

Kebiasaanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'.

Cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan

Ranak Ek

Alat muzik Ranak Ek mempunyai 21 - 22 kepingan kayu

Semakin tinggi ton, semakin kecil dan tebal saiz kepingan kayu. Kepingan kayu disusun menggunakan tali yang disambungkan kepada rangka badan alat muzik yang berperanan sebagai resonator.

Panjang Ranat Ek ialah 125cm. Kepingan kayu Ranat

21

serentak. Ek diperbuat daripada kayu keras yang menghasilkan ton yang merdu. Rangka badan Ranat Ek berbentuk seperti bot yang diperbuat daripada kayu ‘Teak’.

Berat Ranat Ek adalah sekitar 13kg - 15kg yang merupakan hasil buatan tangan.

Kenong

Kenong dikategorikan sebagai alat muzik idiophone. Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong.

Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk.

Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang dengan pemalu kayu yang dibalut dengan tali tebal di hujungnya.

Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.

Khawng Wong Yai

Alat muzik Khawng Wong Yai adalah kumpulan gong yang disusun dalam bentuk bulatan.

Ia mempunyai 16 tiunan yang berbeza yang diletakkan atas rangka rotan yang berbentuk bujur. Alat ini dimainkan dengan sepasang pemukul kayu yang leper.

Diameter alat muzik ini adalah sepanjang 17 cm dari bahagian kiri pemain dan 12 cm dari bahagian kanan pemain yang mempunyai renj tiun dari D ke E’.

Setiap gong dililinkan untuk ditiun. Khawng Wong Yai boleh dimainkan dengan mengetuk secara kuat ataupun lembut dan memainkan kaunter melodi

22

Ching

Alat muzik Ching merupakan alat perkusi iaitu sepasang simbal gangsa yang kecil.

Ching diperbuat daripada besi dan dibentuk seperti cawan kecil yang berdiameter 6 cm hingga 7 cm.

Alat ini mempunyai satu lubang untuk diikat dengan menggunakan tali.

Ching dimainkan dengan mengetuk pada kedua-dua permukaan. Ching menghasilkan bunyi “cing” dan “chap” seperti namanya.

Kesi

Kesi merupakan sejenis alat muzik tradisional Melayu yang diperbuat daripada logam.

Ia merupakan sepasang piring logam yang diikat antara keduanya dengan tali.

Ketika dimainkan, ia akan dipukul sesama sendiri. Kesi selalunya dimainkan secara berkumpulan dangan peralatan muzik yang lain.

23

2.2 SEJARAH MUZIK

Gamelan Phi Phat Mak Yong Gamelan Pahang

diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti isteri kedua sultan, iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada 1914, apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan. Pada 1915, set peralatan gamelan di bawah jagaannya di Pahang dibawa ke Istana Maziah Terengganu dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain dan menari dengan iringan gamelan.

• Terdapat cerita lisan yang menyatakan bahawa ensembel Phi Phat wujud sejak zaman kuno dan bersangkut paut dengan generasi Raja dan istana Thai lebih dari 800 tahun dahulu.

• Masyarakat Thai berkemungkinan besar menyerap muzik dan alat muzik yang asalnya daripada India melalui masyarakat Khmer (Cambodia), dan Burma. Pengaruh negara Bali, Jawa, China dan Barat juga tidak dilupakan.

Pada mulanya Mak Yong berada di bawah naungan raja Kelantan yang telah mendirikan kawasan teater dikenali sebagai Kampung Temenggung di Kota Bharu yang dinaungi oleh Tengku Temenggung Ghaffar dari Istana Kelantan

24

Muzik gamelan dibawa dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan Majapahit dalam kurun ke 14 - 15.

• Dokumen terawal mengenai muzik Thai adalah pada abad ke-14 dalam kalendar Buddha iaitu Trai Phun Phra Ruang.

• 1932 – Selepas perubahan revolusi pada, pemerintahan monarki jatuh namun kesetiaan pada pemerintahan raja kekal.

• Sumber bertulis membuktikan adanya perkembangan Mak Yong di kawasan desa Patani & Kelantan dari abad ke-19 hingga ke abad ke-20.

• Menurut Hikayat Patani, Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 400 tahun dahulu & berkembang ke Kedah & negeri-negeri lain.

• Dari tahun 1913 hingga 1942 kedua-dua raja dan permaisuri Pahang bergiat secara aktif untuk memperkembangkan dan menaungi tradisi joget gamelan itu. Pada masa ini ciri-ciri yang tertentu membezakan

• Kerajaan Thailand mengutamakan kebudayaan muzik teater dan tarian

• Kerajaan menubuhkan ‘’Department Fine of Arts’’

• Mak Yong berada di bawah naungan raja Kelantan yang telah mendirikan kawasan teater dikenali sebagai Kampung Temenggung di Kota Bharu yang dinaungi oleh Tengku Temenggung Ghaffar dari Istana Kelantan.

• Gamelan Pahang ini kini banyak mengalami pengubahsuaian dan mempunyai ciri Melayu dan kini digelar gamelan Melayu khasnya bila dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan pembesar, tokoh politik luar negara dan pelancong.

• Digunakan untuk mengiringi teater dan tarian tradisional Thailand.

• Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

• Dipersembahkan dengan persembahan main puteri dengan tujuan untuk menyembuhkan penyakit.

• Dipersembahkan dalam konteks ritual.

25

2.3 CIRI-CIRI MUZIK

Gamelan Phi Phat Mak Yong• Tuning dan

pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses rumit.

• Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau “fixed tuning”.

• Agak kelam-kabut atau kucar-kacir

• Tekstur muziknya rumit.

• Setiap pemain diberi kebebasan untuk menvariasikan bahagian masing-masing ketika memainkan sesebuah karya.

• Terry E. Miller dan Sean Williams (1998) menganalogikannya seperti keadaan trafik di Bangkok.

• Muzik Thailand disusun dengan padat dan teratur sehinggakan seseorang itu berkemungkinan tidak dapat mendengar organisasi muzik Thailand dengan mudah.

• Mendengar organisasi dalam meter duaan yang dimainkan oleh simbal dengan bunyian ‘ching’ dan ‘chap’ secara berselang-seli.

• Pendengar juga boleh bertumpu kepada bunyi dram. Pada kebiasaannya dram memainkan cyclic pattern yang hampir sama dengan sedikit variasi.

• Mendengar organisasi dalam meter duaan yang dimainkan oleh simbal dengan

• Menggunakan rangka gongan tertentu gendang ibu dan anak.

• Memainkan corak tertentu bagi setiap lagu Mak Yong.

• Menghasilkan empat timbre tertentu bergantung kepada teknik memukul kulitnya: ’cak’, ‘ting’, ‘duh’, ‘pak’.

26

bunyian ‘ching’ dan ‘chap’ secara berselang-seli.

• Memerlukan 3 alat muzik yang memainkan melodi dan 2 yang memainkan irama

• Gamelan menggunakan empat sistem tuning - sléndro, pélog, degung (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat) dan madenda (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

• Danielou di dalam buku ‘Music of Cambodia and Laos’ berkata, “kesamaan tuning di sekitar Asia Tenggara dipelopori daripada ‘gandhara-gama’, sistem tujuh pic daripada muzik kuno India.” (1957 : 2)

• Satu oktaf dibahagikan kepada tujuh pic dengan kesamaan interval di antara satu sama lain (di mana interval yang sama antara setiap pic). (Montri Tramote, 1964)

• Setiap pic mempunyai nama yang tersendiri dan berbeza daripada sistem barat. Alat-alat muzik dalam ensembel Phi Phat yang mengamalkan sistem ini ialah ranat ek dan ranat thum.

27

• Pada umumnya melodi bergerak secara bertingkat-tingkat (conjunct melodic motion).

• Untuk mengembangkan melodi, frasa melodi dalam lagu yang tertentu kadangkala diulangi beberapa kali dengan pelbagai variasi, ataupun kadang-kadang frasa melodi tertentu juga terus diulangi pada peringkat pic yang berlainan daripada pic asalnya..

• Kedua-dua teknik ini mengembangkan baris melodi terdapat dalam hampir semua lagu joget gamelan.

• Terdapat dua aliran teknik permainan yang utama yang dapat dikenalpasti.

• Pertama ialah Mai Khaeng yang bermaksud hard-mallet atau pemukul keras.

• Kedua ialah Mai Nuam yang bermaksud soft-mallet atau pemukul lembut.

• Merupakan teknik bermain ensembel Phi Phat yang menggunakan mallet atau pengetuk yang keras.

• Biasanya diperbuat daripada tanduk haiwan untuk keluarga ranat.

• Kayu keras yang dibalut kain pula dijadikan mallet untuk memainkan peralatan khong.

• Merupakan teknik permainan ensembel Phi Phat yang menggunakan mallet atau pengetuk yang lembut.

• Biasanya diperbuat daripada kayu bambu atau kayu yang lebih kecil serta dibalut dengan kain.

• Ensembel jenis ini pula biasanya dimainkan di tempat yang tertutup seperti dewan atau di bawah tempat berbumbung kerana ia berbunyi lebih lembut atau soft.

• Memainkan repertoire yang lebih mellow atau perlahan dan jarang sekali mempunyai notasi dram yang mudah

• Tekstur muzik • Melodi dimainkan oleh • Dipersembahkan oleh

28

gamelan adalah polifoni. Polifoni bermakna banyak suara atau bahagian yang mempunyai satu melodi bergerak bersama lapisan melodi yang terbentuk dari melodi asalnya. Satu ciri utama muzik gamelan ialah bentuknya iaitu berulang pusingan di mana setiap frasa diulangkan muziknya dan bergerak dalam bentuk bulatan.

alat-alat muzik yang berbeza yang juga dikenali sebagai heterophony atau polophonic stratification

• Melodi utama dimainkan secara serentak dalam variasi yang dibahagikan kepada unit ritma yang lebih cepat atau lebih lambat.

seorang penyanyi atau Tok Minduk.

• Penyanyi solo dan pemain rebab mengiringi penyanyi itu mempersembahkan melodi yang kompleks dan berhiasan dalam semua lagu.

• Kedua-dua bahagian muzikal ini dimainkan pada waktu yang sama.

• Berbentuk tekstur heterofonik.

• Apabila kulit itu dipukul dengan tangan kanan pada bahagian tengah dan tepi. Bunyi 'dung'

• Diperdengarkan sebagai bunyi register rendah, sambil 'bung' juga terletak dalam register rendah serta

sifatnya bergaung.

• Terdapat juga teknik di mana melodi dimainkan secara digandakan (double) yang tidak ditunjukkan di dalam notasi.

• Mempunyai renj pic yang sangat luas

• Kedua-dua pemain memainkan melodi yang sama pada masa yang sama dengan variasi tersendiri.

• Persembahan melodi diiringi alat muzik solo lain dalam gaya heterofonik.

• Gongan dalam lagu tertentu berfungsi sebagai panduan atau rangka untuk ciptaan melodi atau rentak tertentu.

• Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang leb

• Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

• Rentak yang dimainkan oleh pemain gendang menggunakan sekurang-kurangnya tiga bunyi nimonik

• Rumit - penggunaan beberapa rejister pada masa yang sama menyebabkan terhasilnya tekstur bunyi yang kedengaran lebih rumit

• Muzik Thai adalah tetap dalam tempo dan detik, dalam meter duaan mudah, sedikit sinkopasi dan tekanan pada bit terakhir dalam bar atau frasa.

• Irama utama dimainkan oleh ching yang mempunyai 3 peringkat. Antaranya

• Corak-corak irama atau rentak yang tertentu terdiri daripada 4 atau 8 bit.

• Rentak 4 atau 8 bit terkadang motif irama 2 bit merupakan motif dan rentak yang standard.

• Digabungkan dengan pelbagai cara untuk menyampaikan rentak yang lengkap dalam lagu-lagu Mak Yong.

29

tertentu. Bunyi-bunyi ini disebut dengan sukukata 'bung,' 'dung, dan 'tak'.

peringkat satu, chan dio, peringkat dua, song chan dan peringkat tiga, sam chan.

• Pada umumnya rentak-rentak dibentukkan dalam frasa irama 4-bit atau 8-bit mengikut panjangnya gongan atau bahagian kenongan dalam muzik. Rentak tertentu diulangi beberapa kali untuk melengkapkan masa gongan yang ada

dalam muzik.• Dalam sistem ini, pic-

pic yang berturut-turut dalam skel slendro (daripada pic yang paling rendah kepada pic yang paling tinggi) bernombor 1,2,3,5 dan 6.

• Sistem nombor ini masih digunakan hari ini untuk menotasikan lagu-lagu joget Gamelan.

• Dalam suatu ciptaan asas muzik Thai, skel pentatonik yang terdiri daripada 5 ton asas digunakan.

• Terdapat 7 ton dalam 1 oktaf

30

REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya dapat juga saya, Muhammad Amin

Bin Hassan Bokhori dapat menyiapkan tugasan MZU3202 Muzik Dunia pada

semester ini. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya memperoleh pelbagai

input yang sangat berguna. Walaupun pada mulanya, saya menghadapi beberapa

masalah seperti kekangan masa dan kurang bahan rujukan, tetapi masalah-masalah

itu akhirnya dapat diatasi dengan usaha yang jitu.

Melalui tugasan ini, saya dapat mencari maklumat dari pelbagai sumber

tentang muzik etnik Asia, Afrika, dan muzik Barat, membanding beza ciri-ciri muzik,

mengklasifikasikan alat muzik dari segi bentuk, teknik bermain dan peranannya,

menganalisis dan menghubungkaitkan antara muzik dunia Phi Phat dengan muzik

Gamelan dan Mak Yong. Selain itu, saya dapat menggunakan pengetahuan dan

kefahaman tentang teori dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam

bidang pendidikan Muzik dengan mengaplikasikan kemahiran untuk membina

pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan murid.

Namun demikian, semua ini tidak dapat saya lakukan tanpa bantuan rakan-

rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia membantu dan tidak lokek berkongsi

idea serta pengetahuan sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tidak

lupa juga kepada pensyarah MZU3202 Muzik Dunia, Encik Mubin B, Md Nor yang

tidak penat lelah memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses menyiapkan

kerja khusus ini. Akhir sekali, terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa

menyokong dan memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini

dengan sempurna tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya.

Intihanya, saya amat berpuas hati dengan hasil tugasan ini walaupun telah

banyak cabaran yang dilalui. Secara umumnya, saya berharap agar tugasan ini

dapat diteruskan lagi untuk membantu memperbaiki kelemahan diri, seterusnya

mencari ilmu baharu yang boleh digunakan pada masa hadapan. Sekian terima

kasih

31

BIBLIOGRAFI

Elya Masha, “Apa itu Gamelan?”, Gamelan, Diakses pada 25 Julai 2015

http://elyamasya.blogspot.com/2010/04/gamelan.html,

Lembaga Muzium Negeri Terengganu, “Pengenalan & Sejarah Gamelan”,

Gamelan Melayu. Diakses pada 27 Julai 2015.

http://gamelan.terengganu.gov.my/

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik,

Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1,

Pulau Pinang: The Asian Centre.

Morton, D. (1976). The traditional music of Thailand. Berkeley: University of

California Press.

Nik Hartini Bt. Nik Latif, “Alat-alat gamelan Malaysia”, Apresiasi Muzik Tradisional

Gamelan. Diakses pada 26 Julai 2015. http://gamelanmelayu.blogspot.com/

Northern Thai Oboe Ensemble. (1995). Fong Naam: Ancient-contemporary music

from Thailand. Tucson, Ariz: Celestial Harmonies

Weerasinghe, C., & World Federation of United Nations Associations. (1976).

Thailand, its music and its people. New York: Desto.

32