4) k3 t5b7 kuasa pemerintahan

Upload: md-firdaus-miena

Post on 02-Jun-2018

290 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan

    1/10

    KUASA PEMERINTAHAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 1

    T5B7 : KUASA PEMERINTAHANINGATAN : 1. Rujuk buku teks ms 160 187

    2. Tidak perlu buat rangka jawapan3. Jumlah isi jawapan hendaklah mengikutperuntukan markah.

    Bil Tajuk ms

    SOALAN 1Malaysia ialah salah sebuah Negara demokrasi berparlimen yangmengamalkan KONSEP PENGASINGAN KUASA ( bt ms 171 ) 2

    SOALAN 2 Pengertian PARLIMEN dan fungsinya ( bt ms 172 )2

    SOALAN 3

    Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia

    btms 161 2

    SOALAN 4Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Perundangan ( legislatif)

    ( Bt ms 172 ) 3

    SOALAN 5Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Pelaksana ( Eksekutif)

    ( Bt ms 173 )4

    SOALAN 6Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Kehakiman ( Judisiari)

    ( Bt ms 174 )5

    SOALAN 7

    Kuasa Pemerintah dibahagikan kepada tiga cabang kuasa pemerintahaniaitu

    i. Badan perundanganii. Badan PelaksanaIii. Badan Kehakiman

    56

    SOALAN 8Proses meluluskan undang-undang di Parlimen ( Btms 173)

    7

    SOALAN 9Sebagai pemimpin Negara, apakah ciri-ciri yang perlu ada bagimeningkatkan kecekapan tadbir urus negara

    7

    SOALAN 10Pemerintahan Negara sejak merdeka dapat mensejahterakan rakyatMalaysia. Buktikan

    8

    SOALAN 11

    Jawapan untu k 3 soalan di bawah adalah sama :

    a) Cadangan transfomasi (perubahan) pentadbiranb) Cadangan untuk memperkasa sistem pemerintahan Negarac) Cadangan untuk memastikan kerajaan kekal dalam sistem demokrasi

    Berparlimen

    8

    SOALAN 12 Cadangan bagaimana rakyat dapat memantapkan sistem pemerintahannegara Malaysia

    9

    SOALAN 13 Nilai murni yang diterapkan dalam pentadbiran demi memajukan negara 9

    SOALAN 14

    9. MERUMUS kesimpulana) Pengetahuan yang diperolehib) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negarac) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

    10

    Jumlah isi jawapan hendaklah mengikutperuntukan markah

  • 8/10/2019 4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan

    2/10

  • 8/10/2019 4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan

    3/10

    KUASA PEMERINTAHAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 3

    RUJUK BUKUTEKS

    Andaian SoalanARAS

    2. MEMAHAMI ( Calon FAHAM tentang topik perbincangan)3. MENGANALISIS ( Calon buat ANALISIS terhadap solan,

    melibatkan proses pengumpulan maklumat )

    Isi jawapan ikutperuntukan

    markah

    Soalan 4 : Ciri / Fungsi / Tujuan / MatlamatBadan Perundangan ( legislatif) ( Bt ms 172 )

    DEWAN NEGARA

    Perundanganmerujuk undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan.Fungsibadan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dankesejahteraan rakyat.

    Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab mengubal undang-undang. Parlimen terdiri daripada yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan DewanRakyat.

    Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggiyang mengandungi 69 orangahli. Ahli Dewan Negara digelar Senatoryang mewakili setiap negeri. Senator dilantik tanpamelalui pertandingan dalam pilihanraya. Senator akan memegang jawatan bagi tempoh tigatahun. Senator mestilah berumur 30 tahun ke atas. Senator setaraf dengan Ahli Parlimen.Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

    Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang dipertuan Agong.Terdiri daripada 26 ahli, dipilihdari 13 buah negeri oleh Dewan Undangan Negeri daripada bukan kalangan ahli DUN. 2

    orang ahli dilantik oleh YDPA untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 orangWilayah Persekutuan Labuan, 1 orang dilantik mewakili Wilayah Putrajaya. 40 ahli dilantikoleg Agong dikalangan individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professionalAhli Dewan Negara merupakan individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalamperkhidmatan Awam, badan profesioan atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan,pertanian, kesenian, kebajikan dan mewakili kumpulan minoriti orang asli.

    DEWAN RAKYAT

    Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting yang dipilih oleh rakyat melaluipilihanraya umum. Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili kawasanpilihanraya. Tempoh jawatan anggota ahli Dewan Rakyat ialah 5 tahun.

    Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang diperingkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang diluluskan di Parlimen dinamakan Aktamanakala undang-undang yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen.Di Sabah dan Sarawak dinamai Ordinan.

  • 8/10/2019 4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan

    4/10

    KUASA PEMERINTAHAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 4

    Soalan 5 : Ciri / Fungsi / Tujuan / MatlamatBadan Pelaksana ( Eksekutif) ( Bt ms 173 )

    KABINET / JEMAAH MENTERI

    Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.

    Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.Bertindak mengubal dasar-dasarkerajaan dalam semua perkara. Diketuai oleh Perdana Menteri.

    Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau TimbalanPerdana Menteri mengetuai sesebuah kementerian. Kementerian bertanggungjawabmengubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaras program pembangunanekonomi atau sosial.

    KEMENTERIANBertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang serta menyelaras

    program pembangunan ekonomi dan social di Negara kita.Pada masa ini terdapat 26kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai olehseorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen atauSetiausaha Politik. Menteri yang tidak mempunyai kementerian dikenali sebagai Menteri TakBerpotfolio. Menteri Tak Berpotfolio membantu tugas-tugas tertentu yang akan diberikan olehPerdana Menteri.Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sebuahatau beberapa Kementerian.

    PERKHIDMATAN AWAM

    Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengetuai perkhidmatan awam. KSNbertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian atau jabatan kerajaan. Kementeriandiketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang dibantu oleh kakitangan kerajaan yang

    dikenali sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam. Semua kakitangan perkhidmatan awambertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan atau Ketua Pengarah.Sebuah

    kementerian biasanya mempunyai Jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

    BADAN BERKANUN

    Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasaautonomi. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan berkanunditadbir oleh Lembaga Pengarah. Badan berkanun bertanggungjawab mempercepatkanpentadbiran dan program pembangunan. Di bawah rancangan 5 tahun kerajaan.

    SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

    Terdapat beberapa suruhanjaya yang ditubuhkan untuk mengendalikan urusanpelantikan kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin seperti Suruhanjaya PerkhidmatanAwam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan , Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang, Suruhanjaya Kehakiman serta Suruhanjaya Polis dan Tentera.

  • 8/10/2019 4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan

    5/10

    KUASA PEMERINTAHAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 5

    Soalan 6 : Ciri / Fungsi / Tujuan / MatlamatBadan Kehakiman ( Judisiari) ( Bt ms 174 )

    Badan kehakiman berkuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah Perkarasivil berkaitan dengan saman memerlukan afidavit dan perkara jenayah pula melibatkan kanunkeseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan

    perundangan atau badan pelaksana. Badan kehakiman berkuasa mentafsir perlembagaan persekutuanatau perlembagaan negeri.

    Perlembagaan Malaysia telah menwujudkan sistem mahkamah untuk melaksanakan tugaskehakiman.Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara, undang-undang,mengisytihar undang-undang bertulis kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

    Mahkamah mempunyai kuasa mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badanperundangan atau parlimen. Dalam sistem mahkamah individu atau kumpulan yang tidak berpuas hatidengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

    Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Yang

    Dipertuan Agong berkuasa dalam urusan perlantikan dan kenaikan pangkat serta pelucutan jawatanseseorang hakim.Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik kerana hakim dilindungidari pengaruh politik untuk menjamin keadilan. Peguam Negara adalah penasihat undang-undangkerajaan dan menjadi Pendakwaraya atau Peguam Bela.

    =============================================================================

    Soalan 7 : Cabang-cabang kuasa pemerintahan [ 30m] [ btms 171-176]i. Badan perundanganii. Badan PelaksanaIii. Badan Kehakiman

    i. Badan perundangan [ btms 172-173] [ 10 markah]

    Perundangan merujuk undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan.Fungsi badan

    perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.

    Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab mengubal undang-

    undang. Parlimen terdiri daripada yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

    Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggiyang mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan

    Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri. Senator dilantik tanpa melalui pertandingandalam pilihanraya. Senator akan memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah

    berumur 30 tahun ke atas. Senator setaraf dengan Ahli Parlimen. Senator boleh dilantik menjadi

    Jemaah Menteri. Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang dipertuan Agong. Ahli Dewan Negara

    merupakan individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan Awam, badan

    profesioanalatau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, kebajikan dan

    mewakili kumpulan minoriti orang asli.

    Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum.

    Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili kawasan pilihanraya. Tempoh jawatan

    anggota ahli Dewan Rakyat ialah 5 tahun.

    Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang diperingkatDewan Rakyat. Undang-undang yang diluluskan di Parlimen dinamakan Akta manakala Undang-

  • 8/10/2019 4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan

    6/10

    KUASA PEMERINTAHAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 6

    undang yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Di Sabah dan Sarawak

    dinamai Ordinan.

    ii. Badan Pelaksana [ btms 173-174] [10 markah]

    Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.

    Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah

    menggubal dasar-dasar kerajaan.

    Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri

    mengetuai sesebuah kementerian. Kementerian bertanggungjawab mengubal dasar-dasar kerajaan,

    merancang dan menyelaras program pembangunan ekonomi atau sosial.

    Kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri atau

    Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Politik. Menteri yang tidak mempunyai kementerian dikenali

    sebagai Menteri Tak Berpotfolio. Menteri Tak Berpotfolio membantu tugas-tugas tertentu yang akan

    diberikan oleh Perdana Menteri..

    Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengetuai perkhidmatan awam. KSN bertanggungjawab

    mengawasi perjalanan kementerian atau jabatan kerajaan. Kementerian diketuai oleh KetuaSetiausaha Kementerian yang dibantu oleh kakitangan kerajaan. Semua kakitangan perkhidmatan

    awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

    Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan atau Ketua Pengarah. Badan berkanun

    merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi. Badan berkanun mempunyai

    peruntukan kewangan sendiri. Badan berkanun ditadbir oleh Lembaga Pengarah. Badan berkanun

    bertanggungjawab mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan

    Terdapat beberapa suruhanjaya yang ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan

    kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya

    Perkhidmatan Pendidikan , Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang , Suruhanjaya Kehakiman

    serta Suruhanjaya Polis dan Tentera.

    iii.Badan kehakiman [btms 174-176] [10 markah]

    Badan kehakiman berkuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah .Perkara

    sivil berkaitan dengan saman memerlukan afidavit dan perkara jenayah pula melibatkan kanun

    keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan

    perundangan atau badan pelaksana. Badan kehakiman berkuasa mentafsir perlembagaan persekutuan

    atau perlembagaan negeri.

    Perlembagaan Malaysia telah menwujudkan sistem mahkamah untuk melaksanakan tugas

    kehakiman.Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara, undang-undang ,

    mengisytihar undang-undang bertulis kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

    Mahkamah mempunyai kuasa mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undang-

    undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa

    badan perundangan atau parlimen. Dalam sistem mahkamah individu atau kumpulan yang tidak

    berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

    Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Yang

    Dipertuan Agong berkuasa dalam urusan perlantikan dan kenaikan pangkat serta pelucutan jawatan

    seseorang hakim.Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik kerana hakim dilindungi

    dari pengaruh politik untuk menjamin keadilan. Peguam Negara adalah penasihat undang-undang

    kerajaan dan menjadi Pendakwaraya atau Peguam Bela.

  • 8/10/2019 4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan

    7/10

    KUASA PEMERINTAHAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 7

    Soalan 8 : Proses meluluskan undang-undang di Parlimen ( Bt ms 173 )( Carta ms 173 baca dari bawah bawa ke atas )

    Proses meluluskan undang-undang di parlimen dimulakan

    Pembentangan cadangan oleh kementerian,Rang undang-undang mengalami penggubalanoleh Jabatan Peguam Negara. Jabatan Peguam Negara bertganggungjawab menyediakan draf rangundang2 tersebut.

    Rang undang-undnag melalui 4 peringkat sebelum diluluskan. Pada peringkat pembacaanpertama, rang undang-undang diperkenalkan. Menteri akan mengemukakan rang undang-undang yangberkenaan kepada semua ahli Dewan Rakyat.Setiausah Dewan Rakyat akan membacakan tajukringkas rang undang-undang tersebut. Kemudian, Menteri akan mengumumkan masa untk pembacaankedua dan pembacaan ketiga kepada ahli Dewan Rakyat

    Rang undang-undang akan dibahaskan secara terperinci oleh ahli Dewan Rakyat di peringkatpembacaan kedua. Perbahasan akan ditumpukan kepada aspek kebaikan, keburukan, kesan danpemgaruh undang-undang berkenaan kepada rakyat dan Negara. Suara majority 2/3 Dewan perlu untu

    meluluskan rang undang2 ini.

    Rang undang-undang dibincangkan secara terperinci dan mengikut urutan dan susunannyajawatankuasa di Dewan Rakyat. Jawatankuasa berkuasa untuk membuat pindaan ke atas rangundang-undang jika didapati perlu dipinda

    Rang undang-undang yang telah disemak oleh Jawatankuasa dibaca semula oleh Menteriberkenaan pada peringkat pembacaan ketiga kepada ahli-ahli dewan Rakyat. Dibahaskan sebelumdiluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara.

    Rang undang-undang dibentang semula di Dewan Negara dan proses yang bsama seperti didewan Rakyat diulangi. Selepas rang undang-undang diluluskan , ia kaan diserahkan oleh DewanNegara kepada YDPA untuk diperkenankan dan diturunkan cop mohor Negara.Rang undang-undangsecara rasminya menjadi undang-undang selepas diperkenankan oleh YDPA.

    Semua undang-undang akan melalui peringkat terakhir iaitu pewartaan dalam warta Negara.

    ==========================================================================

    RUJUKBUKU TEKS

    Andaian Soalan ARAS4. APLIKASI ( Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang

    dipelajari serta kefahaman tentang pengetahuan dan maklumat ituuntuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI BARU )

    Isi jawapanikut

    peruntukanmarkah

    Soalan 9 : Sebagai pemimpin Negara, apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi meningkatkan

    kecekapan tadbir urus negaraAntara ciri-ciri pemimpin Negara ialah

    1. Amanah semasa melaksanakan tanggungkjawab yang digalas2. Bijak dalam memilih dan membuat keputusan3. Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan social4. Menolak amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam pentadbiran5. Mesra dan prihatin terhadap masyarakat6. Bersikap professional semasa menjalankan tugas7. Menepati masa dan melicinkan urusan pentadbiran8. Berani menghadapi cabaran9. Berwaspada menuju kejayaan10. Menggunakan sistem pentadbiran yang moden

    11. Mahir dalam penggunaan ICT bagi digunakan dalam urusan pentadbiran

    ( Sila olah jawapna anda dalam bentuk ESEI )

  • 8/10/2019 4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan

    8/10

    KUASA PEMERINTAHAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 8

    Andaian Soalan ARAS :5 & 6 MENILAI( Calon perlu menjelaskan kejayaaan yang dicapai

    oleh negara setelah memanfaatkan aplikasi )

    Isi jawapan ikutperuntukan

    markah

    Soalan 10 : Pemerintahan Negara sejak merdeka dapat mensejahterakan rakyat Malaysia. Buktikan

    Bukti pemerintahan Negara sejak merdeka dapat menyejahterakan rakyat ialah

    Dalam aspek politik. Kandungan Perlembagaan Malaysia telah memberi panduan kepada

    pemerintahan untuk memenuhi kehendak dan keperluan rakyat. Pemerintah menjalankan pentadbiran

    Negara dengan penuh tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

    Rakyat diberi peluang untuk memilih wakil mereka dalam pemerintahan Negara melalui pilihan

    raya. Kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat amat diberi perhatian. Pihak-pihak yang cuba unutk

    menyentuh hal-hal sensitif diambil tindakan yang sewajarnya.

    Dalam aspek ekonomi, pemerintah telah membuat beberapa dasar yang memberikan keadilan

    kepada semua kaum. Kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan dasar pembangunanEkonomi seprti memberi bantuan untuk emmbolehkan mereka maju dalam bidang ekonomi.

    Sosial pula, pihak pemerintah telah menyediakan pelbagai kemudahan pada rakyat seperti

    kemudahan pendidikan dan kesihatan.

    Pemerintah memperkenalkan dasar Pelajaran Kebangsaan. Banyak sekolah dan institut

    pengajian tinggi dibina untuk memberikan pendidikan yang lebih tinggi kepada rakyat. Pihak

    pemerintah memastikan pendidikan yang berkualiti diberikan kepada gernerasi muda.Pemerintah

    membina banyak hospital dan pusat kesihatan untuk meastikan rakyat hidup dalam keadaan sihat dan

    sejahtera.

    Andaian Soalan ARAS :7 MENJANA IDEA( Calon perlu menjelaskan CABARAN-

    CABARAN yang dihadapi dan LANGKAH LANGKAHuntuk

    mengatasi cabaran tersebut )

    Isi jawapan ikutperuntukan markahCadangan = 5mLangkah = 5m

    Soalan 11 : Jawapan untu k 3 soalan di bawah adalah sama :

    a) Cadangan transfomasi (perubahan) pentadbiranb) Cadangan untuk memperkasa sistem pemerintahan Negarac) Cadangan untuk memastikan kerajaan kekal dalam sistem demokrasi

    Berparlimen

    Memperluaskan E-kerajaan seperti myeg.Memastikan setiap menteri menetapkan KPI dan

    melaporkan prestasi mereka pada waktu yang ditetapkan. Menubuhkan Badan Pencegah Rasuah di

    dalam SPRM dengan bidang kuasa dan perundagan yang lebih efektif.

    Melaksanakan proses terbuka, cekap dan telus bagi perolehan kerajaan pada semua

    peringkat. Melakukan kerja dengan beretika dan professional bagi memastikan urusan berjalan dengan

    lancer. Menubuhkan unit pengurusan prestasi dan pelaksanaan (PEMANDU) di bawah Jabatan

    Perdana Menteri sebagai pemangkin kepada proses transformasi.

    Memastikan setiap sector awam menepati masa bekerja. Menaikkan taraf perkhidmatan talian

    kerajaan supaya senang di akses dan mesra pengguna.Memupuk semangat kerja berpasukan bagi

    mencapai kerja yang sistematik. Melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahirantinggi melalui MyBrain15.Menjalankan tugas dengan ikhlas tanpa sebarang rugutan.

  • 8/10/2019 4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan

    9/10

    KUASA PEMERINTAHAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 9

    ==============================================================================

    Soalan 12 : Cadangan bagaimana rakyat dapat memantapkan sistem pemerintahan negaraMalaysia

    Mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam perlembagaan Malaysia.Meningkatkan ilmu pengetahuan untuk memajukan Negara. Menghormati pemimpin Negara

    yang mengutamakan kebajikan rakyat dan Negara. Mengutamakan rundingan melalui

    permuafakatan atau musyawarah.

    Menyokong usaha kerajaan seperti Progran Transformasi Kerajaan (GTP).

    Meningkatkan perpaduan antara kaum bagi mengelak sebarang rusuhan.Menyemarakkan

    semangat patriotism dalam diri rakyat.Meningkatkan semangat jati diri bagi mempertahankan

    kedaulatan Negara.

    Mengamalkan toleransi dan bertolak ansur antara pemimpin dan rakyat.Mendaftar

    sebagai pengundi bagi melaksanakan tanggungjawab dalam memilih pemimpin yangberkaliber.Sedia bekorban demi mempertahankan Negara.

    =============================================================================

    Andaian Soalan ARAS :8. NILAI MURNI / IKTIBAR / PATRIOTISME ( Calon menyatakan nilai-nilai murni,

    iktibar dan unsurnpatriotisme yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita )

    IKTIBARmestilah, hendaklah, haruslah, mestilah dll

    Isi jawapanikut

    peruntukanmarkah

    Soalan 13 : Nilai murni yang diterapkan dalam pentadbiran demi memajukan negara

    Nilai murni yang diterapkan dalam pentadbiran demi memajukan negara ialah cinta akan

    negara dipupuk dalam diri setiap rakyat. Kepimpinan ya ng berwibawa yang ditunjukkan oleh

    setiap pemimpin negara bijak dalam membuat keputusan setelah menilai dari pelbagai sudut

    pandangan. Saling menghormati budaya dan fahaman antara negara. Bersikat terbuka

    apabila menerima teguran

    PENUTUP / KESIMPULAN / RUMUSAN

    9. MERUMUS kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkana) Pengetahuan yang diperolehib) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negarac) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

    dan terbilang

  • 8/10/2019 4) k3 t5b7 Kuasa Pemerintahan

    10/10

    KUASA PEMERINTAHAN

    Panitia Sejarah Daerah Raub Page 10

    Soalan 14 : MERUMUS kesimpulana) Pengetahuan yang diperolehib) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negarac) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

    . Pengetahuan yang saya peroleh ialah saya dapat mengetahui fungsi dan

    peranan serta tanggungjawab setiap cabang kuasa pemerintahan iaitu badan

    Pelaksanaan, Badan pelaksana dan badan kehakiman.

    Antara iktibar yang saya peroleh daripada tajuk yang dikaji ialah saya perlu

    mematuhi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi.

    Di samping itu, kita seharusnya mematuhi sistem pentadbiran negara agar

    bangsa Malaysia bersama-sama berkerjasama memakmurkan negara. Selain itu,

    kita juga sepatutnya mendokong aspriasi yang dizahirkan oleh para pemerintah

    agar negara kita terus cemerlang di persada dunia.

    Antaraharapan saya untuk masa depan Malaysia yang gemilang adalah saya

    berharap generasi muda dapat meneruskan legasi kepimpinan para pemimpin

    terdahulu dan sekarang. di samping itu, saya juga turut berharap agar saya dan

    seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mengembleng tenaga dan idea untuk

    memajukan negara dan seterusnya mengangkat martabat bangsa.