3garis panduan tajuk tugasan qgj3053 sep14

Upload: mimi-ko

Post on 02-Mar-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

QGJ3053

TRANSCRIPT

  • QGJ3053 SUKAN INDIVIDU

    (PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH)

    [Garis Panduan Tugasan dan Rubrik Permarkahan]

  • PERINCIAN TUGASAN KURSUS SUKAN INDIVIDU (QGJ3053)

    SEM 1 SESI 2014/2015

    TUGASAN BERTULIS (50 %): TARIKH HANTAR: 23 Nov. 2014 (Minggu 11)

    Tugasan bertulis dibahagikan kepada dua tugasan individu wajib iaitu:

    Tugasan Individu 1: Program Latihan Acara Padang: Lompat Tinggi (30%)

    Sebagai seorang jurulatih sukan untuk acara padang, anda dikehendaki merancang satu

    program latihan selama dua bulan bagi acara lompat tinggi supaya anda dapat memilih

    murid yang berbakat untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Sukan peringkat daerah. Anda

    perlu menghantar pasukan lelaki mewakili sekolah ke kejohanan sukan tersebut.

    Bincangkan secara terperinci program latihan dengan menyatakan empat prinsip sukan

    individu yang releven (pilihan sendiri) untuk mencapai matlamat program yang dirancang.

    Dalam program latihan tersebut, anda perlu menerangkan bagaimana ansur maju latihan

    dan variasi teknik latih tubi untuk acara lompat tinggi dapat dilaksanakan dengan jayanya

    (memenangi pingat).

    Garis Panduan:

    a. Sila sediakan 1 kertas kerja berkaitan perancangan program latihan untuk acara lompat tinggi (tidak lebih 20 mukasurat).

    b. Format penulisan harus mempunyai maklumat berikut:

    i. Tajuk Program Latihan ii. Tempoh Masa Program Latihan

    iii. Matlamat Program Latihan iv. Tempoh Masa Sesi Latihan v. Jumlah murid yang dilatih

    vi. Alatan yang diperlukan vii. Jadual Program Latihan

    viii. Objektif Setiap Ansur Maju Latihan ix. Perincian Aktiviti Ansur Maju Kemahiran x. Variasi Latih Tubi Kemahiran

    xi. Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan xii. Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program Latihan

    xiii. Aspek Keselamatan yang Harus Diutamakan xiv. Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerah xv. Penutup

  • c. Anda boleh menambah maklumat tambahan yang difikirkan relevan untuk perancangan program latihan.

    d. Penulisan dalam bentuk jadual (program latihan), bentuk poin dengan huraian pendek (penerangan perlaksanaan program), gambar rajah dan diagram (ansur maju kemahiran), atau foto semasa latihan (variasi latih tubi) dapat membantu dalam keberkesanan penyampaian maklumat utama tugasan anda.

    e. Kreativiti dan keaslian program latihan yang unik adalah elemen utama dalam permarkahan.

    Tugasan 2: Penganjuran Pertandingan Sukan Individu Pilihan (20%)

    Anda telah dipilih untuk menganjurkan satu pertandingan sukan individu untuk peringkat negeri. (Anda boleh pilih mana-mana sejenis sukan individu yang diperkenalkan dalam modul ini e.g. Tenis). Sediakan satu kertas kerja untuk mendapatkan kebenaran dan bantuan kewangan daripada Pejabat Pendidikan Negeri. Kertas kerja anda mesti merangkumi perancangan/persediaan awal pertandingan, perlaksanaan/pada hari pertandingan, laporan selepas pertandingan. Sila lampirkan dokumentasi seperti surat-menyurat, gambar/foto aktiviti semasa pertandingan sebagai bukti penganjuran pertandingan sukan di sekolah/kawasan anda.

    Tugasan tidak melebihi 20 mukasurat tidak termasuk dokumentasi/gambar foto/lampiran.

  • Maklumat penghantaran tugasan adalah seperti berikut:

    1. Kedua-dua tugasan di atas membawa sebanyak 50 MARKAH. 2. Kedua-dua tugasan hendaklah ditulis dalam 1 FAIL sahaja dan dimuatnaik dalam

    tapak penghantaran tugasan. 3. Tugasan ini hendaklah dihantar kepada PENSYARAH E-LEARNING KUMPULAN

    MASING-MASING SAHAJA! Jangan hantar tugasan ini kepada tenaga pengajar tutorial kerana mereka mungkin bukan pensyarah e-learning anda, atau sesiapa sahaja yang bukan menjadi pensyarah e-learning kumpulan anda.

    4. Mekanisme penghantaran tugasan ini adalah melalui TAPAK YANG DISEDIAKAN DALAM TUGASAN MYGURU3 SAHAJA! Jangan hantar tugasan melalui emel atau pos. Pensyarah E-Learning anda TIDAK AKAN MELAYAN tugasan yang dihantar melalui pos atau emel kecuali atas kes-kes tertentu yang dipersetujui oleh pensyarah e-learning.

    5. SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH TUTUP IAITU PADA 23 Nov. 2014 (MINGGU KE 11)! Tarikh tutup tapak penghantaran tugasan adalah muktamad dan tidak akan dibuka lagi selepas itu.

    6. Tugasan yang dihantar selepas tarikh 23 Nov. 2014 tidak akan ditanda. Ini bermakna anda akan kehilangan 50%. Masalah peribadi yang mengakibatkan kelewatan penghantaran tugasan tidak akan diambilkira oleh pensyarah. Pastikan anda mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pensyarah.

    7. Oleh yang demikian, pastikan anda mengikuti langkah-langkah sepatutnya dalam proses muatnaik tugasan bagi memastikan pensyarah e-learning berjaya membuka tapak penghantaran tugasan anda.

    8. Merujuk kepada pengalaman semester lepas, pensyarah e-learning tidak ada masalah dalam membuka tapak tugasan pelajar kecualilah jika pelajar sendiri tidak melakukan proses muatnaik dengan betul menyebabkan tugasan diterima tapi tidak boleh dibuka.

    PERHATIAN:

    TUGASAN LEWAT DARIPADA TARIKH AKHIR PENGHANTARAN (23 Nov. 2014)

    TIDAK AKAN DITANDA!

    SILA DISIPLINKAN DIRI DAN PATUHILAH PERATURAN KURSUS.

    TERIMA KASIH.

  • Rubrik Pemarkahan Tugasan QGJ3053

    Nama:____________________________Kumpulan:_______No.Matrik:______________

    BIL RUBRIK PEMARKAHAN WAJARAN

    MARKAH CATATAN

    TUGASAN 1: PROGRAM LATIHAN ACARA BALAPAN (30%)

    1 Latar belakang Program Latihan 2

    2 Jadual Program Latihan 5

    3 Objektif Setiap Ansur Maju Latihan 4

    4 Perincian Aktiviti Ansur Maju Latihan 4

    5 Variasi Teknik Latih Tubi 4

    6 Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan 4

    7 Kaedah Pemilihan Murid Berbakat 2

    8 Aspek keselamatan yang harus diutamakan

    2

    9 Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan peringkat daerah

    2

    10 Penutup 1

    Jumlah

    30

    TUGASAN 2: PENGANJURAN PERTANDINGAN SUKAN INDIVIDU PILIHAN (20%)

    1 Isi Kandungan Kertas Kerja 3

    2 Langkah-langkah persediaan/ perancangan penganjuran pertandingan

    6

    3 Prosedur dan perjalanan pertandingan

    5

    4 Keunikan Laporan dan Lampiran 4

    5 Keaslian dan Kreativiti Penulisan 2

    Jumlah

    20

    JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

    50 %

    Disediakan oleh: Dr. Lee Ai Choo Penyelaras Kursus Sep. 2014