37859806-kbkk

20
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif 1. Pengenalan Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Namun begitu, secara amnya mereka bersepakat bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses penggunaan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Jesteru itu, pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Berfikir bertujuan untuk mencari makna. John Dewey telah mendefinisikan berfikir adalah sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk melahirkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baru akan lebih dipercayai dan diyakini berdasarkan fakta sedia ada. Selain itu, ada juga tokoh yang lain mendefinisikan maksud berfikir itu sebagai manipulasi input deria dan persepsi yang diingat semula secara mental untuk membina pemikiran, sebab atau keputusan. Mengikut kajian-kajian yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh akademik, mereka telah menyimpulkan bahawa kemahiran berfikir melibatkan tiga komponen iaitu: i. Operasi mental ii. Pengetahuan iii. Sikap 1

Upload: hazwan-kadir

Post on 18-Feb-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

cantik

TRANSCRIPT

Page 1: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

1. Pengenalan

Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana

kebanyakan tokoh mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Namun begitu, secara

amnya mereka bersepakat bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses penggunaan

minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Jesteru itu, pemikiran

ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap

sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan

yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya

membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

Berfikir bertujuan untuk mencari makna. John Dewey telah mendefinisikan

berfikir adalah sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk

melahirkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baru akan lebih dipercayai dan

diyakini berdasarkan fakta sedia ada. Selain itu, ada juga tokoh yang lain mendefinisikan

maksud berfikir itu sebagai manipulasi input deria dan persepsi yang diingat semula

secara mental untuk membina pemikiran, sebab atau keputusan.

Mengikut kajian-kajian yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh akademik, mereka

telah menyimpulkan bahawa kemahiran berfikir melibatkan tiga komponen iaitu:

i. Operasi mental

ii. Pengetahuan

iii. Sikap

Berfikir terdiri daripada aktiviti mental, iaitu operasi yang dijalankan oleh minda.

Operasi berfikir boleh dibahagi kepada dua jenis yang umum iaitu operasi kognitif dan

1

Page 2: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

operasi metakognitif. Operasi kognitif digunakan untuk kita mencari sesuatu makna. Ia

meliputi:

i. Kemahiran yang tersendiri dan ringkas, seperti kemahiran pemprosesan

iaitu menganalisa dan mensintesis, penaakulan dan pemikiran kritis dan

kreatif.

ii. Strategi atau proses yang kompleks, seperti membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah.

Manakala operasi metakognitif meliputi operasi yang mengarahkan dan

mengawal kemahiran dan proses kognitif. Metakognisi biasanya dikenali sebagai berfikir

tentang pemikiran ( thinking about thinking). Ia melibatkan operasi untuk memandu

usaha seseorang demi mencari makna, khususnya operasi merancang, mengarah dan

menilai pemikirannya.

2. Tujuan KBKK

Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah

untuk membolehkan pelajar:

i. Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.

ii. Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara

lebih praktik samada di dalam atau di luar sekolah.

iii. Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.

2

Page 3: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

iv. Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru,

kabur dan sempit.

v. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan

intelek mereka.

vi. Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina

keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan

alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

3. Kepentingan Mempelajari Dan Menguasai KBKK

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang bijak dapat menyediakan

generasi masa kini untuk berhadapan dengan kehidupan yang kian mencabar di dalam

dunia yang serba canggih dan moden tambahan pula teknologi semakin cepat dan pantas

berubah serta kehidupan yang berbagai budaya. Antara kepentingan menguasai

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) termasuk:

i- Mengelakkan Kesilapan Berfikir

Terdapat beberapa jenis kesilapan yang sering dilakukan secara umum oleh

manusia dan dapat dielakkan sekiranya KBKK dikuasai. Antara kesilapan tersebut

ialah:

Berfikir secara “terburu-buru”

Terburu-buru bermaksud berfikir tanpa menggunakan masa untuk

meneliti unsur-unsur yang terlibat.

Berfikir secara “sempit”

3

Page 4: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Kelemahan ini adalah disebabkan oleh kesilapan manusia tidak

menggunakan maklumat yang mencukupi dan relevan dalam membuat

keputusan.

Berfikir secara “kabur”

Ia bermaksud tidak berjaya mengorganisasikan maklumat dan

pemikiran secara jelas dan nyata.

Berfikir secara “bercelaru”

Pemikiran ini tidak mempertimbangkan semua faktor secara sistematik

dan tersusun.

ii- Meningkatkan Pemikiran Secara Kritis Dan Kreatif

Pemikiran yang kritis dan kreatif dapat dipelajari sekiranya latihan yang

secukupnya diadakan. Tiga prinsip pengajaran pembelajaran KBKK adalah:

- Pengajaran berfikir dijalankan secara eksplisit, jelas, tersurat, dan

nyata supaya pelajar-pelajar sedar tentang proses berfikir yang

dialami.

- Suasana bilik darjah yang penuh dengan timbang rasa supaya pelajar

menghargai pemikiran yang bijak.

- Kemahiran berfikir disebatikan dalam pengajaran kandungan supaya

pelajar-pelajar dapat memikirkan apa yang dipelajari.

4

Page 5: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

iii- Memperkembangkan Daya Intelek

Pengajaran pembelajaran KBKK dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah

sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Peningkatan

KBKK juga sesuai dengan konsep sekolah bestari yang membolehkan para pelajar

menguasai pelajaran mereka berdasarkan sifat-sifat individu sendiri.

iv- Memupuk Pembelajaran Berdaya Fikir

Para pelajar mempunyai pengetahuan awal tentang alam sekitar sebelum

mengikut pendidikan persekolahan. Untuk meningkatkan pengetahuan mereka,

mereka harus menilai, mengkritik, mengubah suai dan membina semula

pemahaman mereka secara aktif dalam pemikiran mereka. Oleh itu penguasaan

KBKK dapat memupuk pembelajaran berdaya fikir.

v- Merealisasikan Wawasan 2020

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad,

sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada 20 Februari 1991, telah menyatakan

bahawa apa yang lebih penting kepada kita semua ialah apa yang berada di antara

dua telinga: ‘the brain power’ atau kuasa otak: bukan apa yang berada di antara

bahu: ‘the brawan power’ atau kuasa otot: atau apa yang berada di antara dua

tapak kaki: ‘the natural resources’ atau sumber semulajadi.

5

Page 6: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

vi- Kepentingan Global, Nasional dan Individu

Zaman ini adalah zaman persaingan kekuatan minda dan fikiran. Ledakan

maklumat telah menyebabkan situasi di mana bagaimana menguasai pengetahuan

lebih penting daripada apa yang dikuasai. Oleh itu, persaingan global yang hebat

telah menyababkan negara kita melancarkan rancangan ‘Multimedia Super

Coridor’ (MSC) di mana kekuataan minda akan membolehkan negara kita

mendahului negara-negara yang lain dalam abad ke 21.

4. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemikiran

Persekitaran dapat mempengaruhi kemahiran kanak-kanak untuk menjadi lebih

ingin mengetahui, imaginatif, dan mengamalkan proses penyelesaian masalah. Faktor-

faktor yang boleh mempengaruhi pemikiran termasuk:

i- Pendidikan :

Kanak- kanak mempelajari pengetahuan melalui institusi pendidikan seperti

sekolah, pengetahuan merupakan salah satu komponen pemikiran. Oleh itu,

pengetahuan menyediakan bahan atau tajuk untuk difikirkan. Sebagai contoh,

pemikiran dalam sejarah dipengaruhi oleh urutan peristiwa bersejarah, persoalan

sebab-musabab, dan perhubungan antara negara dan sejarah. Operasi pemikiran

yang khusus untuk sejarah mungkin berbeza daripada operasi untuk bahasa atau

sains. Oleh itu, untuk berfikir dengan bijak, pengetahuan dalam sesuatu mata

pelajaran diperlukan. Pendidikan dapat memainkan peranan dalam aspek ini.

6

Page 7: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

ii- Emosi :

Emosi yang positif seperti ingin tahu, motivasi dan dorongan boleh meransang

sesorang untuk berfikir demi memahami alam semesta denagan lebih mendalam

lagi. Oleh itu, persekitaran yang menghargai pemikiran yang berdikari,

pengesanan pengetahuan secara objektif dan kesediaan untuk mencuba dapat

mengukuhkan kemahiran berfikir yang positif.

iii- Nilai :

Nilai dan sikap yang positif amat penting untuk meningkatkan kemahiran

berfikir seseorang. Seseorang yang mahir berfikir mempunyai toleransi terhadap

kesangsian, menghargai bukti yang diterima dan ingin mencari sumber maklumat

yang dapat dipercayai. Selain itu dia sanggup mengubah sesuatu keputusan yang

dibuatnya lebih awal sekiranya terdapat bukti yang baru, sanggup mencari lebih

banyak alternatif yang berlainan, dan lebih suka menimbangkan pelbagai data

sebelum membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

iv- Pengalaman :

Berfikir merupakan suatu proses perkembangan. Semakin seseorang individu

mematang dan menambah pengalamanya, struktur dan konteks bagi operasi

berfikir berkembang menjadi semakin kompleks dan sofisikated. Oleh itu, dia

akan dapat menangani situasi berfikir yang semakin mencabar.

7

Page 8: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

5. Kemahiran Berfikir

Apabila kita sedang berfikir, kita menggunakan operasi koginitif untuk mencari

makna daripada pengalaman. Operasi yang diskrit dan ringkas dipanggil kemahiran

berfikir, manakala operasi yang kompleks dan rumit dipanggil proses berfikir. Kemahiran

berfikir boleh dibahagi kepada dua kategori yang utama iaitu:

1. Kemahiran Berfikir Secara Kritis

2. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Kemahiran Berfikir Secara Kritis pula boleh dibahagikan kepada dua kategori kecil iaitu:

1. Kemahiran Menganalisis Secara Kritis

2. Kemahiran Menilai Secara Kreatif

Kemahiran Menganalisis Secara Kritis meningkatkan pemahaman dan kebolehan

menggunakan maklumat yang sedia ada. Kemahiran Menilai Secara Kritis meninjau

kemunasabahan sesuatu idea. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif memperluaskan idea

dan memperkembangkan imaginasi. Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif adalah

saling berkait, dan digunakan secara bersepadu semasa kita berfikir. Kemahiran ini

digunakan ketika seseorang menjalankan dua proses berfikir yang utama, iaitu :

a) Membuat Keputusan

b) Menyelesaikan Masalah

8

Page 9: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Apabila seseorang membuat keputusan berdasarkan maklumat yang relevan, atau

menjana penyelesaian yang asli kepada masalah yang dihadapinya, beliau meyepadukan

kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif untuk menilai kemunasabahan setiap pilihan

supaya pilihan yang terbaik dapat dipilih.

6. Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan

minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan

dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan

menggunakan alasan dan bukti. Ia juga ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang

asas untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam.

Terdapat empat ciri permikiran kritis yang utama.

a. Reaktif

Ia merupakan reaksi atau gerak balas terhadap idea-idea yang sedia ada dan

bukan penghasilan idea yang baru.

b. Penilaian

Ia digunakan untuk menentukna sama ada sesuatu idea itu patut dipercayai,

atau sesuatu tindakan itu patut dibuat dimana ia berasaskan satu set kriteria

termasuk keaslian, kebenaran, kejituan, kemunasabahan dan nilai idea

berkenaan.

9

Page 10: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

c. Analisis

Ia melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir yang asas untuk

menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami

dengan jelas.

d. Logik

Ia merangkumi kaedah menaakul secara logik dan bersepadu, dengan

mempertimbangkan andaian yang dibuat, serta sedar tentang hujah yang berat

sebelah. Ia digunakan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan

mempelajari konsep yang baru.

7. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Kemahiran berfikir secara kreatif pula ditakrifkan sebagai kecekapan

menggunakan minda untuk menjana danmenghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru,

asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai samada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan,

dan menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian maslah secara inovatif.

Ia juaga ditakrif sebagai penggunaan operasi yang berfikir yang asas untuk

mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik, dan membina. Terdapat

empat ciri pemikiran kreatif yang terdapat di sini.

a. Keberanian

Ia memerlukan keberanian untuk menjana idea yang banyak, pelbagai dan

baru tanpa dikongkong oleh idea yang lama.

b. Imaginatif

10

Page 11: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Ia memerlukan imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman yang

lepas. Imaginasi juga memerlukan kemahiran sintesis, iaitu cantuman idea-

idea yang sedia ada.

c. Perkembangan Idea

Ia merupakan salah satu hasil imaginasi idea yang sedia ada. Walaupun idea

yang dihasilkan bukan merupakan idea rekaan yang baru, tetapi hasil itu dapat

menyediakan pelbagai alternatif yang baru.

d. Reka Cipta

Ia merupakan hasil pemikiran kreatif yang unggul. Reka cipta dijalankan

berasaskan proses sintesis idea yang sedia ada, sehingga sesuatu yang asli

diciptakan.

Di dalam kemahiran berfikir secara kreatif, 2 komponen perlu dititik beratkan iaitu:

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Menjana Idea-idea Alternatif

menjana kemungkinan - kemungkinan

Mencantum Idea-Idea

mencipta metafora

11

Page 12: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

8. Contoh-contoh Kemahiran Berfikir Secara Kritis

i. Membanding dan membeza

ii. Membuat kategori

iii. Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan

iv. Menerangkan sebab

v. Membuat urutan

vi. Menentukan sumber yang dipercayai

vii. Membuat ramalan

viii. Mengusul periksa andaian

ix. Membuat inferens

9. Contoh Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

i. Mencipta analogi

ii. Menjana dan menghasilkan idea baru

iii. Mencipta metafora

10. Contoh Penggunaan KBKK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Teknologi

Maklumat

Teknologi maklumat merupakan satu mata pelajaran baru yang diwujudkan di

semua sekolah oleh pihak kerajaan untuk memberi peluang kepada setiap pelajar

mempelajari segala perkara pengetahuan asas tentang ICT. Teknologi ini berkembang

dengan cepat dan pantas, untuk mengurangkan jurang digital antara para pelajar luar

12

Page 13: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

bandar dan para pelajar di sekolah bandar, maka subjek Teknologi Maklumat (IT) ini

diwujudkan.

Pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan kreatif amat sesuai di dalam mata

pelajaran Teknologi Maklumat. Kaedah ini boleh dijalankan dengan pelbagai cara bagi

mewujudkan sebanyak mungkin idea dan pendapat para pelajar bagi menghasilkan

sesuatu yang baru. Tambahan pula, teknologi sering berkembang dengan cepat.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran IT, tenaga pengajar perlu

menggunakan pendekatan yang telah disarankan dalam penggunaan KBKK untuk

keberkesanan proses pembelajaran.

Membanding dan membeza

Membanding dan membeza merupakan pendekatan yang efisyen kerana ia

mengkaji persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih daripada dua perkara

berdasarkan aspek-aspek yang tertentu. Perkara yang dikaji boleh merupakan sesuatu

objek, peristiwa, organisma, idea, sistem, atau institusi. Tujuan kaedah ini adalah untuk

memudahkan pelajar memahami perkara-perkara yang dibandingkan dengan lebih

mendalam lagi, mengelak kekeliruan tentang perkara-perkara yang seakan-akan sama,

membantu dalam kemahiran yang lebih kompleks dan seterusnya membantupelajar

membuat keputusan dengan bijak. Contoh aktiviti pembelajaran membanding dan

membeza:

• Pelajar menyenaraikan persamaan antara pencetak dot metric

dengan pencetak laser.

13

Page 14: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

• Pelajar menghuraikan perbezaan antara pencetak dot metric

dengan pencetak laser.

Membina Kategori

Membina kategori merupakan satu teknik yang memerlukan pelajar

menyenaraikan sifat-sifat sprt: bentuk, saiz, warna, kelajuan, pengeluaran, pengilang,

kegunaan dan lain-lain. Ia juga memerlukan pelajar mengkelaskan sifat-sifat,

mengkatagori objek mengikut sifat dan membuat generalisasi. Tujuan kaedah ini ialah

untuk membantu pelajar memilih perkara yang diperlukan, mengasingkan kelas yang

perlu diberi perlindungan, membantu pelajar mengetahui sifat ahli-ahli dalam kelas yang

sama, dan membantu mengenal pasti perhubungan antara kelas-kelas yang berkaitan.

Contoh aktiviti pembelajaran mengkategori ialah:

• pelajar menyenaraikan sifat-sifat rangkaian komputer berasaskan

grafik topologi rangkaian

• pelajar membuat generalisasi bagi topologi bintang, topologi bas,

dan topologi cincin.

Meneliti Bahagian-bahagian Kecil dan Keseluruhan

Ia didefinisikan sebagai menganalisis perkaitan antara bahagian-bahagian kecil

dalam sesuatu perkara dengan perkara yang berkenaan secara keseluruhan. Perkaitan ini

boleh dikaji dari segi struktur atau fungsi, atau kedua-duanya. Perkara yang dikaji pula

boleh merupakan sesuatu objek, organisma, idea, sistem atau institusi. Tujuan kaedah ini

ialah membantu pelajar memahami sumbangan bahagian-bahagian terhadap sesuatu

14

Page 15: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

sistem, memudahkan penyelenggaraan dan pembaikan setiap komponen yang berkaiatan

dan memahami tentang struktur dan fungsi bahagian-bahagian yang dapat meningkatkan

kretiviti dan boleh mengkaji cara mengubah suai atau meningkatkan keberkesanan setiap

bahagian demi meningkatkan keberkesanan sistem keseluruhan. Contoh aktiviti kaedah

ini ialah:

- pelajar menceritakan perkaitan diantara cakera keras, RAM dan

ROM.

Menerangkan Sebab

Menerangkan sebab bermaksud menjelaskan apakah yang sebenarnya

menyebebkan sesuatu perkara itu berlaku berdasarkan bukti-bukti yang dapat dikumpul.

Ia juga merupakan pendekatan di dalam KBKK yang menerangkan semua kemungkinan

yang menyebabkan berlaku sesuatu, menyemak sebab untuk menentukan boleh terima

atau tidak, memilih kemungkinan yang paling diterima dan membuat generalisasi.

Tujuannya ialah sekiranya sebab-sebab sesuatu peristiwa dapat diketahui, kita boleh cuba

menghalang peristiwa yang buruk daipada berlaku, atau mendorong peristiwa baik

supaya berlaku, dan membuat ramalan berdasarkan sebab-sebab yang diketahui. Sebagai

contoh pelajar diminta menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan skrin monitor gagal

memaparkan Windows dan pelajar diminta menerangkan kemungkinan-kemungkinan

yang menyebabkan fail tidak dicetak oleh pencetak.

Membuat Urutan

15

Page 16: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Membuat Urutan ialah mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan

berdasarkan kriteria yang bermakna. Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu

objek, organisma, idea atau institusi. Tujuan kaedah ini ialah supaya pengesanan mana-

mana perkara yang disusun mengikut turutan dapat dijalankan dengan senang, cepat dan

ekonomik, objek-objek yang disusun mengikut urutan dapat disimpan dalam ruang yang

memadai, sesuatu peristiwa yang berlaku dapat ditinjau semula supaya tahu sebab dan

penyebabnya, dan mengutamakan tugas yang lebih penting. Jenis-jenis Urutan ialah

urutan masa, urutan abjad, analisis operasi, rangkaian sebab, kitar dan pangkatan. Sebagai

contoh, pelajar dikehendaki menceritakan sejarah ringkas dan perkembangan komputer

pada zaman sebelum tahun 1940 dan zaman selepas tahun 1940.

Menentukan Sumber Yang Dipercayai

Ia didefinisikan sebagai menentukan samada sumber maklumat yang diterima

boleh dipercayai atau tidak. Ianya bertujuan supaya pelajar dapat membuat keputusan

berdasarkan sumber maklumat yang boleh dipercayai dan mengelakkan daripada

kegagalan yang disebabkan oleh maklumat yang salah. Sebagai contoh pelajar diminta

membuat penilaian samada pemproses jenis Pentium lebih baik daripada jenis AMD

berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah diberikan.

Membuat Ramalan

Kemahiran membuat ramalan adalah kemahiran menjangka perkara yang akan

berlaku pada masa hadapan berdasarkan bukti atau maklumat yang diperolehi,

menyenaraikan jangkaan yang mungkin berlaku, mengusul periksa ramalan dan

16

Page 17: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

mengambil ramalan terbaik. Ia bertujuan sebagai membuat persediaan atau perancangan

tindakan yang lebih sesuai dengan situasi yang mungkin berlaku dan berikhtiar dengan

kemampuan sendiri bagi mengelakkan kejadian atau peristiwa yang tidak diingini.

Contoh aktiviti pembelajaran meramal adalah seperti berikut:

• Pelajar menyenaraikan akibat yang mungkin berlaku apabila

sistem pengendalian tidak ada di dalam sistem komputer

• Pelajar menerangkan akibat yang akan berlaku apabila pemproses

dicabut dari papan induk.

Mengusul Periksa Andaian

Didefinisikan sebagai mengkaji samada andaian yang dibuat tentang sesuatu

perkara itu tepat atau tidak, sebelum keputusan dibuat untuk menerima atau menolak

andaian berkenaan. Ia bertujuan supaya andaian yang dibuat adalah munasabah, tindakan

yang diambil dapat mendatangkan kesan yang dijangka, dan supaya tuduhan yang tidak

berasas dapat dielakkan. Sebagai contoh pelajar diberikan satu situasi bahawa pencetak

tidak melakukan operasi mencetak setelah diberikan arahan. Pelajar mungkin

mengandaikan bahawa kabel tidak disambungkan. Kemudian pelajar membuat tindakan

menyambungkan kabel pencetak.

Membuat Inferens

Membuat inferens bermaksud membuat kesimpulan awal tentang sesuatu makna,

pola atau kelunjuran berdasarkan pemerhatian, maklumat, bukti, atau petanda tertentu. Ia

bertujuan untuk membuat kesimpulan awal berdasarkan maklumat yang diterima dan

17

Page 18: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

memahami sesuatu situasi dengan cepat supaya bersedia menghadapinya. Contohnya

pelajar dikehendaki membuat andaian awal mengenai masalah pencetak yang tidak

berfungsi.

Kaedah Mencetus Atau Menghasilkan Idea

Kaedah mencetus atau menghasilkan idea bermaksud mengemukakan idea yang

lain daripada idea kebiasaan. Kaedah ini sesuai jika pelajar diminta membina satu modul

aplikasi yang baru. Idea baru mungkin boleh diperolehi dengan cara:

• Mengubahsuai

• Mengecilkan

• Membesarkan

• Menggantikan

• Mengatur semula

• Menterbalikkan

• Menggabungkan

Sebagai contoh, pelajar diminta mengubahsuai satu aturcara yang mengguna ‘if-else’

kepada aturcara yang menggunakan ‘case’dalam aturcara C..

Menaakul Melalui Analogi

Kaedah menaakul melalui analogi ialah menghasilkan kenyataan yang dapat

menggambarkan sesuatu perkara dengan membandingkan perkara ini dengan perkara lain

berdasarkan persamaan dan perbezaan antara dua perkara yang berkenaan. Dengan itu,

18

Page 19: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

kita dapat mebuat kesimpulan tentang perkara ini berdasarkan pemahaman tentang

perkara yang beranalogi.

Mencipta Metafora

Kaedah mencipta metafora pula ialah menggunakan bahasa figuratif untuk

menerangkan makna sesuatu perkara. Metafora mengaskan ciri-ciri sesuatu objek, orang,

atau peristiwa dengan menggunakan sesuatu perkara lain yang beranalogi untuk

menerangkan ciri-ciri dengan jelas dan dramatis. Sebagai contoh, pelajar dikehendaki

mengaitkan pemproses dengan organ badan manusia.

Menyelesaikan Masalah

Pendekatan menyelesaikan masalah yang ditakrifkan sebagai strategi atau proses

mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kreatif dan kritis untuk memutuskan

cadangan yang terbaik bagi mengatasi suatu kesukaran, halangan atau kekurangan yang

dihadapi. Sebagai contoh, guru meminta para pelajar membina satu bentuk rangkaian

bagi sebuah organisasi. Mereka perlu mencadangkan bentuk- rangkaian yang sesuai

untuk organisasi tersebut. Mereka juga perlu menyatakan mengapa mereka memilih

topologi rangkaian berkenaan berdasarkan keadaan organisasi tersebut. Strategi asas

dalam proses menyelesaikan masalah adalah mengenal pasti dan menganalisis masalah,

mencadangkan penyelesaian-penyelesaian yang mungkin, menilai dan meramalkan

akibat setiap penyelesaian dan seterusnya mencadangkan penyelesaian terbaik untuk

masalah yang dihadapi. Kemahiran ini adalah kemahiran tinggi. Pelajar perlu memilih

19

Page 20: 37859806-KBKK

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

dan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dibincangkan mengikut kesesuaian

untuk menyelesaikan masalah yang diberi.

20