kajian tentang tahap pengaplikasian kemahiran … · education setting to enhance the application...

27

Upload: dangdang

Post on 07-Apr-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan
Page 2: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR

SECARA KRITIS DAN KREATIF DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 5SPM

DAN 5SPT DALAM PENGAJARAN MATEMATIK.

SALIZAWATI BINTI SAHAROM

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 3: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

ii

Page 4: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

iii

Page 5: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

iv

Dedikasi

Untuk Ayahbonda Tercinta

Saharom b. Mat Taib dan Rohaidah bt. Jaafar

Terima kasih di atas doamu, doronganmu

Diharapkan semoga Allah S.W.T merahmati dunia dan akhiratmu....

Buat Yang Tersayang

Adik-adikku Sarahanim, Ahmad Zulhilmi dan Subhatina

Teruskan perjuangan semoga kejayaan kakak menjadi pendorong buat kalian....

Istimewa Buat Tunang Yang Dikasihi

Mohd Faizal b. Ahmad

Terima kasih di atas kesabaran, nasihat dan kasih sayangmu

Semoga Allah memberkati hubungan kita

Dibah....Wahid....Imah....Sha....Mazni

Thanks..kalian adalah satu anugerah istimewa buatku...

Semoga persahabatan kita kekal buat selamanya..

Page 6: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur

alhamdullilah kerana dengan limpah dan kurnia dari-Nya kajian ini dapat disiapkam.

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke

seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Cik Hadijah Bt.

Jaffri yang telah banyak memberi tunjuk ajar , cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu

dalam proses menyiapkan projek kajian ini.

Tidak dilupakan, buat ibu bapa dan keluarga yang banyak memberi sokongan

terutamanya dari segi kewangan, sesungguhnya ia banyak membantu sepanjang

pengajian di UTM serta melancarkan perjalanan Projek Sarjana Muda ini.

Ucapan terima kasih juga buat para pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah memberi kerjasama

sepanjang kajian dijalankan. Akhir kata, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan serta individu-individu yang terlibat.

Page 7: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

vi

ABTSRAK

Berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara, perkembangan daya intelek

individu telah diberi penekanan utama bersama dengan perkembangan rohani, emosi dan

jasmani. Selaras dengan itu, Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)

merupakan satu matlamat utama pendidikan di Malaysia seperti yang ditekankan dalam

KBSM. Walaupun KBKK bukanlah satu mata pelajaran, namun unsur-unsurnya perlu

disepadukan bagi semua mata pelajaran. Oleh itu, pengajaran guru yang berkesan perlu

disebatikan dengan kemahiran berfikir agar ianya dapat membantu dalam usaha

mempertingkatkan perkembangan intelek pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau

tahap pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kreatif di kalangan pelajar 5 SPM dan 5

SPT dalam pengajaran matematik. Sejumlah 90 responden yang terdiri daripada pelajar-

pelajar 5 SPM dan 5 SPT yang pernah menjalani latihan mengajar telah dipilih.

Instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan soal selidik yang terbahagi kepada dua

bahagian iaitu bahagian A berkenaan dengan latar belakang responden dan bahagian B

yang melibatkan maklum balas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Data

maklum balas yang diterima, diproses menggunakan perisian SPSS versi 12.0. Hasil

kajian menunjukkan bahawa tahap pengaplikasian KBKK di kalangan pelajar 5 SPM dan

5 SPT telah wujud dan berada pada tahap yang tinggi di samping pengetahuan responden

tentang KBKK juga berada pada tahap yang baik. Kajian ini diharapkan dapat memberi

panduan kepada pihak guru, bakal guru, pihak sekolah dan universiti dalam usaha untuk

memantapkan lagi pengaplikasian KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik. Akhir sekali, beberapa cadangan telah disarankan sebagai alternatif untuk

kajian akan datang.

Page 8: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

vii

ABSTRACT

The National Education Philosophy has given great emphasis on the development

of physical, cognitive, emotional as well as spiritual aspects of individuals. With regards

to that, KBKK is being a major aim in Malaysia education system as emphasized through

KBSM. Even though KBKK is not a curriculum subject, its philosophy is integrated into

all subjects. The efficiency of teachers in teaching process should mutually combine with

creative thinking in order to enhance the pupil’s intellectual growth. This study was

carried out to identify the implementation of critical and creative thinking in mathematics

lesson by 5 SPM and 5 SPT students during their practicum. Total of 90 respondents

from 5 SPM and 5 SPT were chosen. The research instrument used in the study is a set of

demographic data of the respondents was divided into 2 parts. Part A is related to the

respondent, while part B involved the respondent’s feedback to the research question.

The data gained from the questionnaire were analyzed using SPSS 12.0 version for

Windows. It was found that the respondents’ critical and creative thinking skills as well

as their knowledge about KBKK are approximately high. It is hope that the findings

could provide ideas for teachers, school administrators as well as others who were in

education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly,

some suggestions have been forwarded as an alternative for the future research.

Page 9: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN JUDUL iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xiii

SINGKATAN xvii

BAHAGIAN SATU

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop dan Batasan Kajian 10

Page 10: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

ix

1.9 Definisi Operasional 11

1.9.1 Pengaplikasian 11

1.9.2 Pengajaran 11

1.9.3 Berfikir 12

1.9.4 Pemikiran Kritis 13

1.9.5 Pemikiran Kreatif 13

1.9.6 Domain Kognitif 14

1.9.7 Pelajar 15

1.10 Rumusan 14

BAHAGIAN DUA

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kemahiran Berfikir Dari Perspektif Sejarah 17

2.3 Konsep Kemahiran Berfikir 19

2.4 Kepentingan Kemahiran Berfikir 20

2.4.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 21

dan Kreatif

2.4.1.1 Kemahiran Berfikir Secara 22

Kritis

2.4.1.2 Kemhiran Berfikir Secara 24

Kreatif

2.5 Kemahiran Berfikir Dalam Matematik 25

2.6 Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam 27

Pengajaran

2.7 Model Kemahiran Berfikir 28

2.7.1 Model CoRT 1, Model CoRT 4 29

2.7.1.1 Model CoRT I 29

Page 11: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

x

2.7.1.2 Model CoRT IV 30

2.7.2 Model R.Swartz & Sandra Parks 31

2.8 Rumusan 33

BAHAGIAN TIGA

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 34

3.3 Sampel Kajian 35

3.4 Instrumen Kajian 36

3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 37

3.4.2 Bahagian B 38

3.5 Kajian Rintis 39

3.5.1 Kesahan 40

3.5.2 Kebolehpercayaan 41

3.6 Prosidur Kajian 41

3.6.1 Carta Alir Prosidur Kajian 42

3.7 Analisis Kajian 42

3.8 Rumusan 45

BAHAGIAN EMPAT

IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 46

4.2 Latar Belakang Responden 47

4.3 Analisis Bahagian A 47

Page 12: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

xi

4.3.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut 47

Kursus

4.3.2 Taburan Bilangan Responden Mengikut 48

Jantina

4.3.3 Taburan Bilangan Latihan Mengajar 49

Yang Telah Dijalani Responden

4.3.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 49

4.3.5 Taburan Responden Mengikut Keputusan 50

Subjek Matematik (SPM)

4.3.6 Taburan Responden Mengikut Keputusan 51

CPA/CGPA

4.4 Analisis Bahagian B 52

4.4.1 Persoalan Kajian 1 53

4.4.2 Persoalan Kajian 2 59

4.4.3 Persoalan Kajian 3 62

4.4.4 Persoalan Kajian 4 64

4.5 Rumusan 68

BAHAGIAN LIMA

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Perbincangan Kajian 70

5.2.1 Tahap Pengaplikasian KBKK Dalam 71

Pengajaran Matematik Di Kalangan

Pelajar 5 SPM dan 5 SPT

5.2.2 Tahap Pengetahuan dan Kefahaman 73

Pelajar-PelajarTahun 5 SPM dan 5 SPT

Tentang Kemahiran Berfikir

Page 13: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

xii

5.2.3 Tahap Pengaplikasian KBKK Dalam 74

Pengajaran Matematik Di Antara Pelajar

Lelaki dan Perempuan

5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan Pelajar 76

dan Pentadbiran Di Sekolah

5.3 Kesimpulan 77

5.4 Cadangan 79

5.4.1 Cadangan Umum

5.4.1.1 Tenaga Pengajar (Pensyarah) 79

5.4.1.2 Pihak Pentadbir 80

5.4.1.3 Inisiatif Kendiri 81

5.4.1.4 Perubahan Tingkahlaku Guru 81

5.4.1.5 Pihak Sekolah 82

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.5 Rumusan 84

Page 14: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

xiii

RUJUKAN 85

LAMPIRAN

LAMPIRAN A Borang Soal Selidik 90

LAMPIRAN B Output Analisis Persoalan 1, 2 dan 4 96

LAMPIRAN C Output Analisis Persoalan 3 107

LAMPIRAN D Output Analisis Kajian Rintis 109

Page 15: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Bilangan Responden Yang Terlibat 10

3.1 Jadual Taburan Populasi dan Sampel 36

3.2 Skor Bagi Item 38

3.3 Jadual Menunjukkan Pembahagian Item Soalan Mengikut 39

Aspek Yang Hendak Dikaji

3.4 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan Peratus 43

3.5 Jadual Pengkelasan Tahap Pencapaian Berdasarkan Min 43

3.6 Jadual Skala Likert 3 Mata 44

4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Kursus 47

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 48

4.3 Taburan Bialangan Dab Peratusan Bilangan Latihan Mengajar 49

Yang Telah Dijalani Oleh Responden

4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 50

4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 50

Keputusan SPM Bagi Subjek Matematik

4.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 51

Keputusan CPA/CGPA Terbaru

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min 53

Bagi Aspek Pengaplikasian Elemen-Elemen KBKK Dalam

Pengajaran Matematik

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min 59

Bagi Aspek Pengetahuan KBKK

4.9 Hipotesis Nul dan Hipotesis Alternatif 63

4.10 Output Ujian T 63

Page 16: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

xv

4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min 63

Bagi Aspek Kesediaan Pelajar Dan Pentadbiran

Di Sekolah

Page 17: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir Bagi Kajian Yang Dilakukan Oleh 42

Penyelidik

Page 18: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

xvii

SINGKATAN

KBKK : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

KBSR : Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah

SPM : Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Matematik)

SPT : Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Matematik)

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia

P&P : Pengajaran dan Pembelajaran

RRJP 2 : Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua

SPSS : Statistical Package for Social Science

FPN : Falsafah Pendidikan Negara

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sesungguhnya manusia dijadikan oleh Allah S.W.T dengan sebaik-baik kejadian.

Allah S.W.T telah menganugerahkan kepada manusia dengan satu sistem yang amat

kompleks iaitu akal fikiran di mana fungsinya dijanakan oleh otak. Melalui akal ini maka

terhasillah potensi yang amat menakjubkan. Ia juga sebagai alat pengukur yang dapat

membezakan manusia dengan kejadian Allah S.W.T yang lain. Namun demikian, tidak

ramai di antara kita yang memahami pengertian serta selok belok berfikir yang

sewajarnya.

Potensi akal yang kita miliki merupakan aset dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Menggunakan potensi akal dengan berkesan akan membentuk kemahiran

berfikir yang amat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran

berfikir ini boleh meransangkan perkembangan intelek pelajar. Kemahiran ini ialah

kebolehan menggunakan minda memahami makna dan kefahaman terhadap sesuatu,

meneroka pelbagai idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dengan membuat

pertimbangan yang wajar serta merenung kembali proses pemikiran yang telah dialami.

Page 20: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

2

Secara amnya, kemahiran berfikir terbahagi kepada dua bahagian, iaitu berfikir

secara kritis dan berfikir secara kreatif (KBKK). KBKK dapat menjadi alat yang

berkesan dalam usaha mencapai objektif kurikulum baru sekolah menengah (KBSM)

iaitu untuk mempertimbangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang

rasional, kritis dan kreatif.

Kemahiran berfikir antara individu dengan individu yang lain adalah berbeza

walaupun ia menggunakan kaedah berfikir yang sama. Ini kerana tahap atau darjah

pemikiran seseorang adalah tidak sama. Sesiapa yang cuba mengkaji darjah kemahiran

berfikir seseorang, ia adalah usaha yang sukar dan kompleks (Bartlett,1958). Contohnya,

seorang pelajar yang paling bijak dalam sesebuah kelas dan sentiasa mendapat 100

markah untuk subjek matematik, tidak dijadikan sebagai kayu pengukur kepada

penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ini menunjukkan bahawa tahap

kepintaran yang sebenar seseorang individu terhadap sesuatu mata pelajaran tidak dapat

memastikan bahawa dia telah menguasai KBKK.

Menururt Edward de Bono (1976), andaian yang dibuat selama ini adalah bahawa

kemahiran berfikir dapat dikuasai secara otomatis melalui pendidikan. Menurut beliau

lagi, dalam proses pendidikan proses mental yang ditekankan ialah kefahaman dan

analisis. Beliau menggambarkan pemikiran ini sebagai pemikiran bercorak deskriptif dan

pasif.

Manakala menurut Wan Zahid (1996), menyatakan penekanan kepada proses

berfikir kepada guru semata-mata adalah tidak memadai kerana pelajar juga perlu diberi

pendedahan kepada proses berfikir ini. Oleh yang demikian, seluruh proses pengajaran

dan pembelajaran seharusnya menggalakkan pelajar-pelajar berfikir. Pendekatan

interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran diperlukan supaya selaras dengan

Page 21: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

3

penilaian yang dilaksanakan di peringkat nasional di mana 25% daripada soalan-soalan

yang diberikan memerlukan pelajar menggunakan KBKK.

Dalam konteks persekolahan di Malaysia pula, guru merupakan antara individu

yang diberi tanggungjawab melahirkan insan yang berbudaya ilmu, kreatif, inovatif dan

mampu untuk menjana idea yang original. Hasil yang dilakukan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK) jelas menunjukkan pelajar tidak dilatih untuk

mengembangkan kemahiran saintifik dan KBKK mereka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (Abu Hassan b. Kassim, 2001).

Abd. Rahim (1999), berpendapat bahawa agenda KBKK yang perlu dibangunkan

di sekolah-sekolah memerlukan reformasi kurikulum dan pedagogi. Kurikulum mata

pelajaran di sekolah perlu diransang dengan kemahiran berfikir dan membangunkan

intelektual pelajar. Belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan semata-mata tidak

mencukupi jika tidak dititik beratkan dengan kemahiran berfikir kerana melalui

kemahiran inilah kita boleh menimba lebih banyak pengetahuan di samping membina

kefahaman.

Pendidikan yang bermutu juga akan melahirkan generasi yang sedar dan insaf

terhadap erti hidup dan tanggungjawab. Generasi yang berkualiti amat diperlukan untuk

mencapai hasrat kerajaan menuju wawasan 2020 seperti mana yang disarankan oleh

bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu negara kita mesti maju dari aspek ekonomi, politik,

sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Untuk merealisasikan hasrat ini, bidang pendidikanlah yang menjadi nadi utama

dan pendidik perlu memainkan peranan penting. Pendidik bukan sahaja berfungsi untuk

mencurahkan ilmu dan memperkembangkan kemahiran pelajar malahan juga sebagai

Page 22: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

4

pembentuk akhlak dan menjadi contoh serta teladan kepada pelar-pelajar dan masyarakat.

Sebagaimana kata Pythagoras ( dalam Samini 1986) pembersihan jiwa dalam membentuk

etika dan moral adalah syarat mutlak kepada kesempurnaan manusia. Oleh itu, pendidik

seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk memberi pendidikan yang sewajarnya

kepada para pelajar. Pendidik juga perlu sedar bahawa mereka perlu menyediakan

pelajar yang kritis, kreatif dan inovatif.

Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)(1991-2000) ada

menyatakan bahawa usaha-usaha dalam bidang pendidikan dan latihan akan diteruskan

untuk melahirkan warganegara yang mempunyai imbangan yang sesuai dengan

pengetahuan dan kemahiran dengan penumpuan terhadap sains dan teknologi, nilai-nilai

murni dan moral yang tinggi, rasa tanggungjawab, berdaya cipta, mudah lentur diri dan

berupaya memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara yang harmoni,

makmur dan bersatu.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam tempoh dua dekad yang lalu terdapat pelbagai usaha berterusan untuk

memperbaiki kurikulum sekolah dan pengajaran. Penyusunan Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR) misalnya adalah bertujuan untuk melengkapkan para pelajar dengan

kemahiran dan pengetahuan asas untuk membaca, menulis dan mengira. Dalam

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) aspek kemahiran berfikir telah mendapat

penekanan yang sewajarnya pada tahun 1995 di mana aspek ini akan menjadi lebih

penting kerana ianya ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 23: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

5

Budaya menghafal dan hanya menunggu maklumat dari guru seolah-olah telah

sebati dengan diri pelajar kerana mereka beranggapan cara ini lebih mudah dari berfikir

dan mencari maklumat sendiri. Situasi ini, bukan sahaja dapat dilihat di sekolah malah

termasuk pelajar-pelajar yang berada di institusi pengajian tinggi. Malahan para pelajar

di institusi pengajian tinggi pun masih gagal dilatih untuk berfikir secara berkesan.

Sebagai implikasinya, maka lahirlah pelajar kita yang dikatakan tidak produktif, inovatif

dan tidak berfikiran kritis dan kreatif.

Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna sekiranya

penekanan diberikan kepada teori konstruktivisme dengan memberi peluang kepada

pelajar supaya terlibat secara aktif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga

domain kognitif, afektif dan psikomotor perlu diseimbangkan secara harmonis dalam

setiap aktiviti yang dijalankan bagi mewujudkan kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif di kalangan pelajar. Dengan ini, usaha kerajaan untuk melahirkan pelajar yang

kreatif, inovatif, kritis serta analitis di samping mempunyai akhlak yang mulia

sebagaimana disarankan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan tercapai. Iltizam

Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020, antara lain memajukan pemikiran

rakyatnya dengan jalan pendidikan. Abd.Rahim (1999), menyatakan :

“Pendidikan perlu membangunkan minda rakyat sebagai asas membentuk

masyarakat berfikir. Membina kemahiran berfikir sebagai asas membangunkan

minda perlu menjadi satu agenda kritikal pendidikan supaya tranformasi sosial

dapat dilakukan. Minda lemah yang terbentuk daripada perkembangan

pembangunan yang rendah akan menyebabkan masyarakat Malaysia ketinggalan

dan tidak mampu menyiapkan diri untuk menghadapi arus perubahan dan arus

kemajuan informasi maklumat, sains dan teknologi”.

Page 24: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

6

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) merupakan satu elemen yang

penting dalam sistem pendidikan negara kita sekarang terutamanya di peringkat sekolah

rendah dan menengah. Walaupun KBKK ini bukan satu mata pelajaran, namun unsur-

unsurnya perlu disepadukan, di mana semua mata pelajaran KBSR dan KBSM di sekolah

malahan di institut pengajian tinggi perlu diterapkan dengan KBKK tersebut. Dengan

cara ini pelajar akan dapat meningkatkan daya intelek mereka seiring dengan

perkembangan rohani, emosi dan jasmani seperti yang dihasratkan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Namun ianya agak sukar untuk dilaksanakan kerana terdapat

pelbagai halangan dalam proses pelaksanaannya seperti masalah kesediaan guru atau

pensyarah dari aspek kemahiran dan pengetahuan.

Oleh itu, untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, seseorang

individu itu perlu memenuhi ciri-ciri berikut :

i. Kemahiran secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu

data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis

data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur,

mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat.

ii. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran menjanakan idea yang

banyak, pelbagai dan baru.

iii. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah

kemahiran secara kreatif.

Page 25: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

7

Walau bagaimanapun, persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah adakah

KBKK yang dilaksanakan oleh pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah

berkesan dan adakah pelajar menyedari tentang penerapan elemen-elemen KBKK dalam

pembelajaran seharian. Selain itu, wujud juga persoalan tentang sama ada pelajar-pelajar

dapat mengolah sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru menjadi sesuatu yang lebih

bermakna. Kegiatan pemikiran sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan

fakta kerana ia adalah satu cara pembelajaran. Jadi adalah menjadi tanggungjawab

pendidik serta kerjasama dari pelajar adalah perlu untuk memastikan sesuatu pengajaran

dan pembelajaran itu lebih berkesan.

Apa yang lebih merumitkan lagi ialah apabila seseorang itu kurang berminat atau

hilang tumpuan terhadap sesuatu maklumat yang disampaikan kepada mereka. Misalnya,

apabila seseorang pelajar terpaksa mengambil subjek matematik disebabkan oleh

pengaruh rakan-rakan dan sebagainya tetapi pada hakikatnya pelajar tersebut tidak

berminat dalam subjek yang diambil itu, maka pelajar ini sukar untuk menggunakan

pemikirannya secara kritis dan kreatif apabila melibatkan pemprosesan masalah

matematik. Ini dibuktikan lagi oleh Crow & Piper (1983) di mana pelajar yang

mempunyai sikap yang positif terhadap matematik mendapat markah yang tinggi di

dalam ujian mereka.

Justeru itu, berdasarkan permasalahan ini penyelidik ingin meninjau sejauh mana

pelajar matematik Fakulti Pendidikan telah dapat menguasai kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif. Seterusnya, dapat mengaplikasikan KBKK dalam proses pengajaran

mereka sewaktu menjalani Latihan Mengajar di sekolah.

Page 26: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

8

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada perkara yang dibincangkan, kajian ini secara amnya

bertujuan melihat sejauh mana kefahaman dan penggunaan kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif (KBKK) di kalangan pelajar- pelajar tahun 5 SPM dan 5 SPT Fakulti

Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tentang penggunaan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan para pelajar Matematik Fakulti Pendidikan di

Universiti Teknologi Malaysia dari aspek berikut :

i. Mengenal pasti tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran oleh pelajar-

pelajar tahun 5 SPM dan 5 SPT sewaktu menjalani Latihan Mengajar.

ii. Mengenal pasti tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar–pelajar tahun

5 SPM dan 5 SPT Fakulti Pendidikan terhadap kemahiran berfikir.

iii. Mengenal pasti perbezaan di antara pelajar lelaki dengan perempuan dalam

mengaplikasikan KBKK dalam pengajaran Matematik.

i. Melihat persepsi pelajar tahun 5 SPM dan 5 SPT terhadap pengaplikasian

KBKK dalam pengajaran Matematik dari aspek kesediaan pelajar serta

pentadbiran di sekolah tempat mereka menjalani Latihan Mengajar.

Page 27: KAJIAN TENTANG TAHAP PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN … · education setting to enhance the application of KBKK for mathematics subject. Lastly, ... 5.2.4 Persepsi Guru Tentang Kesediaan

9

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti beberapa aspek yang perlu

dikaji. Antara persoalan kajian ialah :

i. Adakah pelajar- pelajar tahun 5 SPM dan 5 SPT dapat mengaplikasikan KBKK

dalam pengajaran mereka sewaktu menjalani Latihan Mengajar?

ii. Apakah tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar tahun 5 SPM dan 5

SPT tentang kemahiran berfikir?

iii. Adakah terdapat perbezaan tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran

Matematik di antara pelajar lelaki dan perempuan?

iv. Apakah persepsi pelajar 5 SPM dan 5 SPT terhadap pengaplikasian KBKK dalam

pengajaran Matematik dari aspek kesediaan pelajar serta pentadbiran di sekolah

tempat mereka menjalani Latihan Mengajar?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis yang dibuat hanya melibatkan persoalan kajian yang ketiga iaitu untuk

melihat perbezaan tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran Matematik di antara

responden lelaki dan responden perempuan. Berikut adalah hipotesis bagi persoalan ini.

Hipotesis : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara min

tahap pengaplikasian KBKK dalam pengajaran Matematik di

antara pelajar lelaki dan perempuan